Wednesday, November 11, 2009

surat terbuka

terima kasih tak terhingga buat Ust pahrol md joui atas tulisan ini...satu lagi motivasi diri buat diri ini..syukran!

Ke ribaan isteriku yang tersayang…Sayang, aku tenang di sini kerana ku yakin kau telah menerima hakikat ini dengan tabah dan bijaksana. Hentikan tangisanmu di sana. Demi ketenanganku di sini. Yakinlah, perpisahan sebenar bukan kerana jaraknya destinasi. Tetapi oleh retaknya hati.

Perpisahan ini, insya-Allah akan menyuburkan cinta… sekiranya kita menerimanya sebagai satu didikan Allah. Yakinlah, kita akan bertemu dalam suasana yang lebih indah dan manis. Perpisahan ini adalah mahar buat saat yang indah itu.

Semoga perpisahan ini menguatkan jiwaku. Tiadalah ubat jiwa yang paling mujarab kecuali mencintai Allah. Dan dengan cinta itu nanti semuga kita saling menyintai kerana Allah – cinta yang lebih suci.

Kita dipaksa berpisah untuk “dijemput” ke daerah tauhid dan syariat-Nya. Selama ini kita terlalu banyak berlakon-lakon dan bermain-main dengan pelbagai alasan dan kemalasan. Aku pasrah dengan “paksaan” ini walaupun suntikannya terlalu sakit, ubatnya pahit.

Sayangku,
Hadapilah kenyataan yang sudah termaktub sejak azali ini. Kesedihan dan air mata tidak akan meredakan hati apalagi menyelesaikan masalah. Aku sentiasa berdoa untukmu.

Ya Allah…
Ampunilah dosa-dosa isteriku dan memaafkan semua kesalahannya. Kuatkanlah iman dan taqwanya… dengan Kau suburkan selalu dihatinya rasa hina, berdosa, jahil, lemah, miskin, berharap terhadap-Mu.

“Ya Rahim…
Berilah dia kekuatan dan kesabaran dalam mendidik anak-anak kami. Agar ditangannyalah nanti tertempa zuriat yang soleh dan solehah. Bimbinglah kemarahannya, kebijaksanaannya, kesabarannya, kelembutannya, hukumannya dan segala-galanya dengan seimbang, agar dia terdidik untuk mendidik.”

“Ya Rahman…
Maniskanlah akhlak isteriku semanis wajahnya. Hiasilah kata-kata dari lidahnya dengan kebenaran dan kelembutan, seperti Kau telah hiasi matanya dengan kecantikan. Berilah kecantikan dan keindahan hakiki dengan limpahan taqwa yang sejati.”

“Ya Rabbi…
Lembutkan hati isteriku agar mudah ia mengadu-ngadu pada-Mu. Lenturlah jiwanya agar ia mudah merayu-rayu dan meminta-minta pada-Mu. Haluskanlah perasaannya agar dia mampu menangis dan merintih-rintih pada-Mu. Hancur dan remuk-redamlah dirinya dalam menerima didikan-Mu kerana di situlah pengiktirafan dia sebagai hamba-Mu.”

Sayang,
Ramai pasangan berpisah kerana putus cinta. Namun lebih ramai yang terpisah kerana terlalu cinta. Bila cinta makhluk membelakangi cinta Allah, maka cinta itu akan kehilangan daya untuk bercinta sesamanya. Ia akan layu, kesepian dan keseorangan. Pada cinta yang ilusi begini… pertemuan adalah perpisahan. Tapi bila cinta itu cinta hakiki, berpisahkanpun masih bertemu.

Justeru, perpisahan ini untuk menyelamatkan. Perpisahan ini adalah mehnah yang akan menguatkan kembali ikatan perkahwinan. Ia adalah satu “reaksi berantai” kepada semua yang ada ikatan dengan kita. Agar semuanya bergantung dengan ALLAH semata. Jangan kita bergantung dengan selain-Nya.

Makhluk yang terhubung atas nama suami, isteri, ibu, bapa, anak, adik, abang, kakak, saudara, sahabat atau apa sahaja akhirnya akan pergi jua. Sesungguhnya, perpisahan adalah cara Allah “mencantas” pergantungan hati kita dengan yang bernama suami, isteri, ibu, bapa, anak dan saudara.

Hakikatnya saat itu pasti tiba. Mati boleh terjadi bila-bila. Ketika itu jika hati tidak bersedia… pedih dan sakitnya tentu terlalu. Mungkin hilang kewarasan, mungkin luntur semangat, kecewa untuk meneruskan hidup. Dan paling khuatir, terhakis iman, tercalarnya tauhid.

Sayang… bergantunglah pada Allah kerana hubungan kita dengan-Nya tidak akan dipisahkan istilah janda, duda dan yatim. Sedangkan hubungan kita sesama manusia tidak dapat tidak, pasti diputuskan oleh MATI. Justeru… anggaplah perpisahan ini satu persediaan untuk menghadapi saat mati yang sudah pasti datang.

Syukur … kerana dahulu pernah aku terlintas, bagaimana nanti kalau kalau salah seorang daripada kita dipanggil pulang oleh Allah? Apakah ketika itu hati akan redha? Ah, lantaran benci merasainya, fikiran dikunci daripada memikirkannya…. Padahal itu sudah pasti. Oh! Tuhan, benci betul rupanya kita kepada mati.

Angkuh betul kita dengan ‘milik’ pinjaman Allah ini. Seolah-olah isteri, suami, anak-anak dan lain-lain itu benar-benar kepunyaan kita. Terlalu berat untuk memulangkannya. Sebab ‘memulangkannya’ bererti berpisah!

Tidak sanggup kita “pulangkan” kembali bila tarikh pulangnya sudah tiba. Kini, alhamdulillah, pinjaman itu dipinta kembali oleh Allah buat sementara… aku diserahkan kembali olehmu, dan kau diserahkan kembali olehku kepada-Nya.

Didikan ini sangat mahal harganya. Inilah intipati iman kita kepada satu ayat Quran yang sangat pendek:
“Sesungguhnya kita kepunyaan Allah, dan kepada Allah kita akan dikembalikan.”
Bersedialah untuk menghadapi yang terburuk akibat perpisahan ini. Namun jangan sekali-kali terputus dari berharap sesuatu yang terbaik.

Doaku dan doamu pasti dicelahi oleh rasa bimbang takut-takut tidak diperkenankan tetapi padamkanlah segalanya dengan satu keyakinan bahawa ia pasti diperkenankan. Amin. Yang penting… bukan diperkenankan atau tidak, tetapi semoga Allah tingkatkan kesabaran, keimanan dan tawakal kita menghadapi apa jua takdir-Nya.

Isteriku, jangan dipinta ringankan ujian, tetapi pintalah ‘beratnya’ iman untuk menghadapi ujian i
tu!

dear diaryku (4)...

salam ukhuwah..

puji dan syukur hanya buatMu ya Ilahi..Alhamdulillah..

minggu yang menyesakkan...inilah tugas guru, ahad baru ni kena jaga budak2 camping..nasib baik tak kena tidur kat sekolah, bukan tak mau dan bukan tak sanggup, seandainya diarahkan insyaAllah akan kuturuti, tapi memandangkan akulah guru yang tinggal paling jauh dari sekolah, jadi mungkin ada consideration kat situ..jadi tukang masak, kena basuh periuk kawah...itulah uniknya jadi cikgu...semua kerja leh wat...

minggu ni jugak, sibuk nak tanda paper exam...alhamdulillah..semua kelas dah settle..nak kena masukkan data j-qaf gak time ni...semalam semua guru j-qaf abs kalut menyiapkan data, 6 buah laptop bersepah-sepah di bilik j-qaf..ramai menegur, kaya no cikgu j-qaf ni ada laptop belaka...bukan masalah kaya, tapi masalah data yang tak siap lagi...bukan kerja last minit tapi, banyak kerja yang bertindih menyebabkan terpaksa buat last minit..bukan mencari alasan, tapi itulah saja peluang masa yang ada..

alhamdulillah...dalam kesibukan, ada masa juga untuk menilik kelemahan diri...diri yang lemah, dhaif (bahasa arabnya..) faqir..bilalah masanya aku dijemput untuk menjadi tetamunya...selalu sayu je hati nak ke sana...ya Allah ya tuhanku izinkan aku menjadi tetamuMu...semoga Allah izinkan aku kesana..sebelum mata ditutup buat selamanya...


Wednesday, November 4, 2009

dear diaryku (3)...



Alhamdulillah...hari yang indah, penuh dengn nikmat Ilahi...tak mampu hambaMu yang dhaif ini menghitungnya..alhamdulillah...

hari ni, Muhammad sudah menjangkau 7 bulan..sekejap saja rasanya..masa terus berlalu dan berlalu..rasa macam nak cakap kat jam tu...stop la dulu...jgn terlalu cepat sgt berjalan...nanti makin jauh aku dengan kenangan-kenangan itu, makin jauh aku dengan 030409...tapi...aku manusia waras, Allah telah kurniakan akal dan iman padaku...malah Dia telah berikan peluang padaku untuk belajar di institut pengajian tinggi dan belajar dari pengalaman hidup orang lain dan diri sendiri..

seperti kata Imam Al-Ghazali..apakah yang paling jauh sekali?..yang paling jauh sekali ialah masa yang telah berlalu...

emm...muhammad dah pandai menyusur (laju ke depan)..-> info terbaru buat mak-mak dan pak-pak sedara muhammad yang jauh...ciknor di jordan, mak jang di USIM, mak lang di UPM...Pak itam yang nak balik ke Mesir... sekarang dia dah makin ligat dah...pantang ada barang depan mata dia, cepat je dia nak capai...

apak pun akan balik dari Jerman minggu ni...mesti tok pun dah rindu sgt kat Muhammad..minggu ni pun I.Allah ramai yang balik kg...best la...leh jumpa amira..yasmin...anak-anak buahku sayang...

Alhamdulillah atas segala nikmatMu ini ya Allah..dan janganlah Engkau uji kami dengan apa yang tak sanggup kami hadapi, ampunilah kami, rahmati kami...

tragedi 030409 siri 3

Alhamdulillah…segala puji dan syukur kutujukan khas buatMu Ilahi, Tuhanku Yang Maha Pengasih, Maha Mengetahui..selawat dan salam buat junjungan Besar, Nabi Muhammad S.A.W yang telah bersusah payah menyebar Islam, hingga sampai ke zaman kami dan kami dapat menikmati keindahan nikmat Islam dan Iman ini.

First of all, aku nak betulkan niat…sebelum ni ada berniat tapi agak serong..dulu, ketika orang lain berblog, aku yang agak buta IT ini juga ingin berblog. Sekadar minat untuk menulis..tapi ketika itu aku mempunyai komitmen lain. Kini, setelah dia tiada aku yang buta IT ini berjaya membina blog yang simple ini (setelah belajar sendiri, sebab tu buruk semacam jer…huhu…)…sebab aku banyak tak tau tentangnya…niatnya sekadar untuk meluahkan rasa hati setelah pemergiannya. Tapi kini, setelah aku berfikir berkali-kali…alangkah indahnya andai apa yang aku tuliskan ini dapat memberi manafaat kepada pembacanya. Aku tak tau berapa orang sahaja yang membaca blog ini, tapi aku tak kisah biarlah sedikit tapi aku ikhlas untuk menyampaikan sesuatu yang mungkin berguna buat mereka. Dan juga aku berlindung denganMu Yang Esa, Yang Maha Mengetahui segala isi hati, daripada sifat riyak atau takbur…apa yang aku catatkan, dan tuliskan hasil pemikiran aku, ilham kurniaanNya, dan pengalaman diri yang kadangkala sebenarnya agak peribadi. Dan aku amat-amat berharap agar aku dapat memberi ‘sesuatu’ kepada pembaca dan juga peringatan untuk diri yang dhaif lagi faqir ini. Aku juga berharap semoga sesuatu yang aku tinggalkan ini dapat menjadi saham yang bermanafaat buatku di alam sana nanti.

TRAGEDI 030409 SIRI 3

Sukar untukku menyambung siri ini sebenarnya. Namun kugagahi juga, bukan memaksa diri mengungkap memori antara kami, namun seperti yang kuniatkan diatas, semoga ada manafaat yang tersirat. Hakikat yang perlu kita semua sedari, suatu ketika nanti, samaada lambat atau cepat, jauh atau dekat, kita pasti akan menyusul mereka-mereka yang telah pergi. Itu hakikat yang perlu kita sedari. Semestinya yang paling utama, bekal bentuk apakah yang bakal kita bawa?...satu persoalan yang aku tinggalkan untuk kita sama-sama fikirkan…

03 April 2009..

Tarikh yang bermakna buat diriku, hari yang menukarkan gaya kehidupanku…semalamnya, khamis..aku masih punya dia, dan esoknya,jumaat, dia sudah tiada…dan aku tidak dapat lagi bertemu dengannya selepas dia melangkah kaki malam itu buat selama-lamanya…Allah, tuhanku yang Maha Pengasih, yang Maha Lembut, memanggilnya saat aku tidak menunggunya..saat aku tenang terlena..saat aku punya sikecil yang dapat mengalihkan perhatian dan ingatanku buat sementara..saat yang pada pandangan aku yang dhaif ini rasakan paling tepat.. Alhamdulillah syukur atas segala nikmatMu dan rahmat hidayatMu ya Allah. YA ALLAH YA TUHANKU, JANGANLAH ENGKAU PESONGKAN HATI INI SETELAH ENGKAU MEMBERI HIDAYAH…

Firman Allah Taala yang bermaksud; “ maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan”

Seumur hidupku, inilah kali pertama aku berdepan dengan kematian. Kematian insan yang begitu hampir dengan mata dan hatiku. Sewaktu aku bergelar isteri, akulah penunggu setia. Hampir setiap waktu aku menunggu panggilan dan mesejnya.. maklumlah perkahwinan jarak jauh..apabila aku bercuti tanpa gaji…(waktu-waktu terakhir yang Allah telah atur untuk kami tinggal bersama untuk kali terakhirnya) aku sentiasa menunggu saat kepulangannya dari kerja. Dan saat aku dimasukkan ke wad, aku menunggu waktu melawat. Tapi malam itu, pertama kalinya aku tidur dengan lena (akibat ubat bius) tanpa menunggunya.

030409…ulangtahun kelahiran ayahku yang ke 70

030409…ulangtahun kelahiran k.de yang ke 27

030409…hari Dato’ Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 6.

030409…kelahiran puteraku sayang jam..2.08pg..di HOSHAS.

030409…pemergian suami, mak dan ayah mertua tersayang…jam 4.40pg..di km7 jln jerantut-temerloh..

Tanda-tanda..

Didalam buku “Menyingkap tabir rahsia hidup sesudah mati” karangan Drs. H.Syahrin Nosution..menyatakan bahawa roh seseorang tahu baawa ajalnya sudah dekat. Tetapi biasanya orang sekelilingnya hanya dapat mengerti apabila simati sudah tiada..begitu juga dengan arwah abang..

1.Kalau abang mati macamana?

Satu soalan yang abang utarakan 2 minggu sebelum pemergiannya..masih kuterbayang waktu itu, wajahnya yang selamba menyoalku..mulutku terkunci, tidak berkata apa-apa, namun hatiku menganggapnya sebagai satu gurauan semata-mata.

2.Kalau abang takdepun, abang tau,sayang pun berdikari gak..

Waktu aku memuji mak sedaraku yang begitu berdikari apabila ketiadaan suaminya yang selalu berkursus. Dia berkata sedemikian, Aku hanya terdiam bila dia berkata begitu..

3.Janji dengan abang, walau apapun yang terjadi, sayang mesti pakai tudung labuh sampai bila-bila..

Janji antara kami yang mampu mendidikku untuk menutup aurat dengan sempurna..

4. Kesukaannya pada warna putih..

5 hari sebelum pemergiannya..Hampir dua hari dia memakai baju putih hadiah dari petronas. Sehinggakan aku memasukkan bajunya kedalam bakul baju untuk dibasuh, dia masih mencari baju putihnya itu.sebulan sebelumnya, dia kata cantik kalau Honda civicnya itu dicat dengan warna putih.

5. Abang takde mood la nak main badminton..

2 minggu sebelumnya juga, mood dia untuk beriadhah di petang hari juga sudah tiada, padahal baru sahaja dia membeli kasut untuk bermain..pabila ku Tanya mengapa, dia pun tak tau jawapannya..

6. Bestnya kalau kita dapat jaminan syurga..

Di wad, sewaktu dia dating melawatku hari khamis itu, dia banyak termenung, dan apabila kuceritakan perihal kakak sewad denganku yang kematian anaknya sewaktu kecil, itu jawapannya..dia berkata sambil matanya memandang jauh kedepan…

7. Tidak henti-henti membuat kerja..

Ahad seminggu sebelum ketiadaannya, dia bekerja dari pagi sehinggalah tengahari itu, macam-macam kerja dibuatnya ..tidak berhenti-henti, selepas itu dibawanya adik dini menaiki kereta…first time kurasakan dia meletakkan dini dipangkuannya sewaktu membawa kerata. selepas itu abg long mengajaknya keluar minum dan kata abg long, dia diam sepanjang jalan dan di gerai itu..apabila pulang, dia duduk di tangga dapur itu dan menunggu sambil merenung aku yang sedang sibuk di dapur.

8. Abang seronok berada dalam keluarga sayang..terima kasih kerana memberi abang peluang ni..

Kalau ikutkan agak pelik kata-kata sedemikian dikeluarkan dari mulutnya setelah hampir 2 tahun kami berkahwin..bukan dia tidak biasa berkumpul dalam keluarga besarku itu…kata-katanya sewaktu dalam perjalanan pulang dari rumah we..

9.Jangan terlalu panjang angan-angan..

Ketika dalam perjalanan ke Bandar, dia bercerita tentang tazkirah yang didengari dari tv9, kata Dr Fatma az-Zahra, jangan terlalu panjang angan-angan terhadap dunia, jangan keras hati dan mata dari mengalirkan airmata kerana terkenangkan dosa-dosa kita…kalau panjang angan-angan dan keras mata dan hati, itu tanda kita hubbuddunia..

10.Penyayangnya yang berlebihan

Dia sememangnya seorang yang sangat caring, romantic dan penyayang..sepanjang perkahwinan kami, kami sentiasa jalan berpegangan tangan. Tetapi kurasakan caring yang berlebihan waktu-waktu terakhir dia bersamaku..pernah sekali, dia menjejakiku di bahgian perempuan surau di tempat rehat itu, selepas dirasakan agak lama aku bersolat. Takut apa-apa terjadi padaku, katanya…sekali lagi di hadapan pasaraya tf, dia melarang akumelangkah longkang kecil itu, dan memegang tanganku membawaku melalui jalan yang agak jauh tanpa melalui longkang tersebut.

11.Pesanan terakhirnya…

Pesanan terakhirnya sewaktu di HOSHAS, tenangkan fikiran,jangan fikir bukan-bukan..abang saayang sayang.

Semua tanda-tanda itu sewaktu bersamaku dan yang kulihat tetapi dengan anak muridnya, pada hari khamis itu, di dalam kelas…katanya…

“ hari ni hari terakhir ustaz mengajar kamu, lepas ini ada orang yang ganti ustaz..”

Bagaimana dia melontarkan kata-kata terakhirnya pada anak-anak muridnya?..hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang tersirat dihatinya dan apa yang dirasakannya pada hari-hari terakhirnya..

Minggu terakhir itu, makteh kata dia banyak menghabiskan masanya di dalam bilik mesyuarat sekolah. Apa yang dilakukannya disitu hanyalah membaca Al-Quran.

Dan sebelum dia melangkah kaki pulang hari terakhirnya di sekolah itu, dia meminta pada semua guru supaya mendoakannya..”doakan selamat ye..”mereka cuma menganggap yang abang risaukan keselamatan aku yang bakal melahirkan anak…

Monday, November 2, 2009

Isu terkini..

Assalamualaikum..

Resah hatiku tika ini..resah dengan situasi yang melanda negara hari ini. pejuang agama ditangkap ketika menyampaikan kuliah, alasan tiada tauliah...masyaAllah..tauliah apa yang diperlukan?..dia punya ijazah, master dan phd..itu pada sijilnya, ilmunya..semua orang tahu dia seorang ilmuwan..pengemudi bahtera perubahan minda..semoga Allah melindungi dia dan terus memberi kekuatan dan semangat padanya untuk menyampaikan ilmu dan terus menjana perubahan masyarakat..amin.