Thursday, October 21, 2010

anakku sangatlah rajin..

assalamualaikum..

sila perhatikan betul2 gambar dibawah..

rajin kan anak bujang i tuu..


dah la pakai baju tikus betina tu..takpe baju wat kije kan sayang..siram pokok tepi tu la dik...

semoga muhammad athi terus rajin sampai besar..amin.

tolonglahhh...

Assalamualaikum..




Bicara sepi pada sebuah hati yang lesu..akal yang beku…minda yang tepu..



Khamis, 21.10.2010



Semalam..kem bestari solat..balik sekolah pukul 3.30pm..malam lepas maghribh terus tertidur kepenatan yang amat..sampaikan isyak terlewat dikerjakan..muhammad fathi pun hampir menjadi mangsa amukan penatku..astaghfirullah..sian Muhammad, last2 aku yang mengalir airmata..waaa..sian anak umi..sori sayang…



Sejak semalam jugak..tiupan taufan usikan tu bermula…entah dari mana puncanya aku tak tau..tapi, setau aku start dari aku buat air sirap semalam..dan waktu aku kuar dari staff room tu, entah apa ayat yang kuar dari mulut orang tu..yang membuatkan sampai hari ini aku ditanya soalan-soalan yang pelik..plezz laaa…



So, arini otak aku tepu..serabut dan rasa macam nak lari ke jerantut, pekena teh tarik dan roti canai pakdin, takpun ke tepi padang MDJ pekena char kuey teow…waaa..kalau ada ………………….stop it!!!!



Ok..

Bertenang..

Tarik nafas..

Lepas…

Tarik…

Lepas…



Ya Rabbi…


ummu fathi @ skju,
12.50.

Monday, October 18, 2010

bizi eh..

assalamualaikum..

wow..lama sih..tak menjenguk alam maya..

bizi sesangatnyee..ek eleh..cam le org laen x bizi..

last weekend, berkampung kat sekolah..

jumaat 15 okt 2010

3.00pm -  pendaftaran perkhemahan unit uniform SKJU..
4.00pm - sempat ngelat dgr bajet 2011..ikut perkembangan semasa, benda penting woih..
5.00pm - memasak untuk kumpulan aku yang semuanya boyzz..terpaksa cikgu cikginyee yg masak..ngeee..ada plak yg tukang observe..tu tak tahannyeee..
6.30pm- lari balik umah nk khidmat diri kat umah..muhammad fathi siap nangis nak ikut...dpt fon call suruh bg kuliah maghrib..aiseh man..tak dan nk prepare ni..
7.30pm -gi sekolah smula..budak2 tgh makan..laa..org nk semangat nk bagi kuliah, depa cancel lak..
10.30pm - lari balik tido kt umah..org laen tido kt sekolah, aku slmber balik umahh..heheh..cikgu besar, jgn marah yer..malam esok saya tido kat sekolah..

sabtu 16 Okt 2010

9.00am - pekse PTK..ngee ngeri memikirkan keselamberan aku yg tak baca pun..jawab senang je sebab dah ada pilihan jawapan, pilih je laa...
12.00 - siap exam, pecut balik umah..muhammad nak ikut lagi..gi kenduri bawak muhammad n terus ke sekolah..
2.00pm -anto muhammad balik umah, join jungle trekking..ingat2 dekat la..rupe-rupenyee..huishh..2jam setengah merayau dalam ladang kelapa sawit..sampai cikgu2 lelaki cakap..huii mantop tul ustazah ikut jungle trekking..dah lama tak join outdoor activity cenggini..best tahap tak ingat tu..hehe..
6.30pm - budak2 kena dera dengan larian berhalangan kat padang sekolah pulak..dah la penat blik jungle trekking...ada tergoleh terguling dah..tapi solute la semangat budak2 ni...
7.00pm - balik umah mandi..amik muhammad..
7.30pm - dengar kuliah maghrib by Ust Ramizul Amin..mula2 muhammad ok je..dah hampir nak masuk isyak tu dia mula wat perangai nak kuar dewan..
9.00pm - adegan bakar membakar..aku tak tolong pun depa bakar ayam, aku tukang makan je..dah tu, ayam yang siap dibakar terpaksa dikontrol untuk bagi semua peserta dapat makan, tapi yg best tu, semua cikgu guna nama anak aku nak minta ayam lagi..zarfan, anak aisyah nak ayam..matnor, anak aisyah nak sosej..zarfan, anak aisyah nak lagi...aiiyaa..padahal yang tukang bedal tu takde kaitan pun dengan muhammad..
10.30pm-anto muhammad balik umah, dia tido n aku lari balik sekolah n tido kat sekolah..first time tinggal anak tido ngn adik..camping punya pasai...

ahad 17 okt 2010

5.00am - balik ke umah..bdk2 tgh qiamullail..sedeeyy takdpt join skali...diharamkan...:)
9.00am - gi sekolah setelah selesai urusan rumahtangga..
10.00am -gi kk jemput apak n inah..jadi mak supir aku akhir2 ni..suka2..lalala..
12.00- makan, sempat tolong masak skit je..huhu..
2.30- bersurai...penat sesangatnyeee..

begitulah kisah aku yg bizi....aku tgh rindu ni...rindu sgt2 nk mengadap Dia..moga Dia msh beri nafas uttku malam ini dan supaya Dia sedarkan aku nanti, nak dating ngan Dia...sape nak ikut??..dah banyak wat dosa ni..kena taubat byk2..takut Dia marah nanti, lgpn rindu lama dh x dating ngn Dia..nak berdua je ngan Dia...

Ya Allah, ampunilah dosa2 aku ya Allah..kelalaianku ya Allah..andai aku terlalu alpa dengan apa yang aku lalui beberapa hari ini sehingga melupakan Engkau..ampunilah aku Ya Allah..sesungguhnya Engkau Maha Kaya, aku yang memerlukanMu sedangkan Engkau punya berbillion2 lagi hambaMu yang taat padaMu..siapalah aku dimataMu ya Allah..ya Tuhanku..jauhkanlah aku dari dosa dan maksiat..amin ya Rabbalalamin...

Rindu Dia,
Ummu Fathi,
196 FJU.

Tuesday, October 12, 2010

kepercayaan dan berdikari..

“dialah isteri saya.”

Ucapan yang ringkas. Tapi dalam maksud dan makna tersirat. Disitu terletak kebanggaan, penghormatan dan kepercayaan. Ucapan ketika memperkenalkan aku kepada seorang guru perempuan sekolahnya, setelah semalamnya aku dan guru itu rancak bersembang.


“sabarlah sayang, abang redha sayang berkhidmat di sana”


Seminggu itu, aku hanya meminta dan terus meminta izinnya untuk berhenti kerja. Sudah mencari-cari kerja kosong di dalam negeri Pahang. Tidak sanggup lagi bagiku berjauhan dengannya setelah diuji dengan kehilangan anak yang dinanti. Kesabarannya melayan karenahku begitu mengagumkan. Malah ketika itu, aku tidak sempat menyelami hatinya kerana kami sama-sama kehilangan. Apa yang aku tahu, aku hanya mahu berada di sampingnya. Dia seperti biasa tidak pernah menunjukkan atau menceritakan kesedihannya, sedangkan dialah yang benar-benar mahukan anak perempuan. Berkat kesabarannya, dan mungkin Allah menguatkan aku melalui kesabarannya, kami kembali ceria dan aku tidak bercerita lagi tentang kemahuanku untuk berhenti kerja.


“Abang tau, kalau abang takde pun, sayang boleh berdikari..”


Speechless. Tapi terselit rasa sayang, bangga dan bahagia. Yang pasti kepercayaannya padaku sangat tinggi. Dan aku gunakan sebaiknya kepercayaan itu. Kepercayaan sangat penting apabila berlakunya PJJ. Tanyalah mana-mana pasangan yang berkahwin, siapalah yang sanggup berjauhan dengan pasangannya. Tetapi andai itu ujian dan dugaan bahtera kasih, apakan daya, kuatkan iman, teguhkan kepercayaan.nescaya ujian itulah penguat kasih, penyemai sayang yang berpanjangan. Namun perlukan satu syarat, jangan terlalu lama berjauhan. Takut-takut syaitan berjaya menyucuk jarumnya. Rasa selesa bila berjauhan adalah racun dalam diam sebuah ikatan pernikahan.


Sebenarnya kata-kata yang terpacul dari landasan kata abang itu adalah ayat-ayat akhir seseorang yang seolah-olah telah tahu ajalnya bakal tiba walau jasadnya tiada cacatnya. Sebelum itu, sebelum bersiap ke masjid untuk solat jumaat seminggu sebelum pemergiannya, dia hanya memerhati aku membuat kerja-kerja di dapur. Dengan perut yang memboyot, aku leka menyiapkan kerja, tanpa disedari lama rupanya dia memerhatikan aku. Entah apalah yang difikirkan tika itu..


Berdikari. Ya, dan Alhamdulillah, Allah telah tarbiyah aku sedari kecil sememangnya seorang yang berdikari. Bermula habis sekolah rendah, aku ditakdirkan merantau ke daerah Raub yang jauhnya ratusan kilometer dari tempat kelahiranku. Aku dan sepupuku adalah pelajar paling jauh ketika itu. Dua tiga bulan selepas menjejak kaki ke SMAAFBT, aku telah berjaya pulang dan kembali sendirian ke sekolah apabila tiba musim cuti menaiki bas awam.


Sewaktu tingkatan 4, aku telah berpindah ke sekolah menengah agama yang berdekatan dengan kampungku. Malangnya, kemasukan aku yang agak terlewat memaksa aku mencari tempat tinggal luar kerana asrama telah penuh. Jadi sekali lagi aku berulang dari rumah kakak ke sekolah, kemudian menumpang di rumah ustazah Raudhah yang banyak berbakti padaku. Jasanya kukenang hingga ke akhir hayatku. Hanya Allah yang mampu membalasnya.


Begitu jua swaktu di matrikulasi UIA di PJ, dalam jangka waktu yang singkat, aku sudah mampu mencari jalan pulang walaupun sendirian menaiki bas awam di tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur. Sesekala terpaksa menapak sendirian ke hentian puduraya tika malam sudah menjelma. Apakan daya, itulah rutin seorang pelajar sepertiku.


Tidak habis di situ, aku juga sudah biasa berdikari apabila sendirian di Sarawak. Perjalanan hidupku berliku dan memaksa aku untuk kuat, sabar dan tabah. Namun hakikatnya, aku punya DIA yang membuatkan sepanjang perjalanan-perjalanan hidupku ini kuat, tidak gentar dan diselamatkan. Apabila aku punya DIA, aku tidak takut pada siapa-siapa.


Dan hingga kini, aku tetap terus mahu berdikari. Bukan mendabik dada menyatakan diri ini hebat, tetapi andai kita keseorangan dan ingin berdikari, rasa hati ingin terus kuat bergantung padaNYA. DIA tetap hadir dan subur di hati ini. Setiap saat, setiap ketika. Setiap helaan nafas ini dilepaskan, DIA ADA. Dan dengan izin DIALAH, aku masih kuat berdiri disini.


Dulu, aku berlari di jalanan kehidupan atas kepercayaan yang tersayang dan DIA YANG SENTIASA ADA. Kini aku terus juga berlari di landasan berliku ini atas kepercayaan bahawa DIA TETAP ADA, walaupun yang tersayang telah tiada….



ummu fathi,
skju @ 10.30am

Thursday, October 7, 2010

cuti..

Bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah..segala puji hanya layak buatMu Ilahi..

Tanpa dirancang, aku tidak ke sekolah hari ini. inilah ketentuanNya. semalam, aku keluar ke bandar membeli barang2 untuk jamuan pada hari sabtu ini, dan Muhammad Fathi pun kubawa bersama. Mungkin kerana cuaca yang terlalu panas, dalam perjalanan pulang, suhu badannya mula meningkat. sehingga ke malam, suhu masihnya tetap sama. panas!

hari ini, ku berdoa agar suhunya badannya turun. namun, masih tetap sama. khuatir dengan keadaannya,aku tidak berkompromi dengan tugasku di sekolah. sms kulayangkan kepada GPK HEM menyatakan ketidakhadiran aku untuk bertugas pada hari ini. mujurlah budaya sekolah aku yang tidak begitu ketat, dengan satu sms saja, aku sudah layak untuk mengambil cuti rehat khas.

bangun pagi, mukanya serius. selalunya ceria je..alahai..susah hati umi macam ni muhammad... tambah pula, terpaksa berkejar nak menghantar cik nor yang menjalani ujian komputer untuk mengambil lesen memandu. memandangkan kesukaran mendapatkan kenderaan awam di hari2 persekolahan seperti hari ini, terpaksalah umi menjadi driver teksi free. muhammad yang masih belum kebah pula merengek2 tidak membenarkan umi menghantar cik nor.

maka, terpaksalah sekali lagi mengangkut muhammad fathi sekali untuk ke temerloh. mula2 cuak jugak nak bawak muhammad, takut demamnya makin teruk, takut dia muntah dalam kereta pulak..macam2 aku fikir, tapi kerana kesian melihatnya menangis ingin mengikut, kugagahi jua..cik inah pun terpaksalah pergi juga..

dalam kereta, mukanya ceria..aikk..dapat berjalan, ceria terus muka..tak macam org demam pun dik..alhamdulillah, sepanjang perjalanan dia tidak meragam, sempat singgah di klinik homephathy ikhwan mengambil ubat.

setelah diamati, ada satu persamaan demam muhammad kali ini dengan sebelum ini. sebelum ini muhammad demam selepas mengambil sesudu scot emulsion. dan semalam juga begitu, tengahari tu, muhammad merengek2 menunjukkan jarinya ke botol scot emulsion tu, so, aku berilah sesudu..dengan izin Allah, petang tu suhu badannya naik..dulu pun sama gak..ke dia ni alah dengan scot emulsion tu???...wallahua'lam..moralnya, lepas ni aku tak beri dah kat muhammad benda alah tu..

petang tadi dah beransur sihat, walaupun masih terasa suam2 kuku badannya..sudah mampu berlari2 dan memanjat kerusi meja makan..maknanya dah sihat la tu..tapi, malam tadi, muammad muntah sampai habis basah bajunya, buaiannya dan beberapa helai kain..ok gak la dia muntah tu, sekurang2nya keluar gak kahak dia..

sekarang muhammad fathi sudah tidur dengan amannya..semoga pagi besok, muhammad fathi bangun dengan ceria dan sihat..insyaAllah..


ummu fathi,
196 @ fju.

Sunday, October 3, 2010

1 thn 6 bln..

Bismillahirrahmanirrahim..



Ahad, 3 Oktober 2010..


hari ini adalah hari kelahiran arwah ayah dan epi..(adik arwah abg ) epi berkongsi tarikh lahir dgn arwah ayah..dan hari ini genap 1 thn 6 bln pemergian mereka.


sebenarnya baru kembali dari kerambit. menjengah ke rumah sewa baru pak njang n enjang dan terus ke kg relai..kembali ke rumah yang penuh memori itu..segalanya telah berubah..seakan masih terbayang kemeriahan saat masih bersama mereka..mak yang rajin memasak di tepi tingkap..ayah yang selalu duduk di tiang tengah sambil menonton tv dan abg yang setia menemaniku di tepi dinding mengadap tv...ku rindu saat itu...


pagi tadi juga, satu mesej dari da ku terima..dalam perjalanan hingga terpaksa tangguh utk reply..akhirnya dapat bermesej ketika jam menghampiri 3.30 ptg..da masih bersedih..dan aku juga sedih bila da sedih..hinggakan teresak2 aku membaca bait2 kerinduaannya pada arwah mak, ayah dan abg ngahnya..kami mengimbau memori terakhir di rumah bersama arwah..kami biasa menghamburkan kesedihan bersama kerana kami adalah antara insan2 yang bersama mereka hingga ke akhir hayat mereka.


Da anak yang baik. mungkin ada hikmahnya, mak tak izinkan da kerja semasa menunggu keputusan STAMnya. mak bangga da dah jadi anak dara yang pandai buat kerja kat dapur. yang rajin tolong mak sampai mak boleh relax..da anak yang baik, sampaikan da tolong sikatkan rambut mak..da memang manja dengan mak..dan Allah takdirkan da adalah insan yang bersama melihat kemalangan itu di depan matanya dan hanya mampu melihat arwah mak, ayah dan abg ngahnya terkulai kaku di dalam kereta yang remuk kerana bantuan bomba yang lambat sampai. dari jam 5.00pg mereka kemalangan hinggalah jam 8.00pg barulah bomba datang, da,teh dan adik hanya mampu memandang...da juga pengsan beberapa kali..teh lembik badan..adik yang tak begitu mengerti hanya mampu menangis..


mujurlah anak arwah mak baik2..semua menjadi kata orang..teh juga hafiz Al-Quran..sepanjang mereka tersepit di dalam kereta, teh hanya mampu membaca ayat2 al-Quran tanpa henti..walaupun mereka dipanggil pergi bukan di pembaringan selesa di rumah yang indah, namun saat2 pemergian mereka tetap diiringi oleh ayat2 suci Al-Quran dari seorang anak dan adik yang menghafaznya.


sungguh! terlalu berat ujian ini..walau ku cuba beberapa kali berjanji utk tidak akan menitiskan airmata lagi, namun kesekian kalinya aku gagal..apatah lagi andai adik2 mengadu rindu pada arwah mak, ayah dan abg mereka..


Ya Allah Ya Tuhanku..Engkau mengetahui kelemahan kami..Egkau mencipta kami..Engkau yang memiliki kami dan org2 yang kami sayangi itu..Engkau yang selayaknya menguji kami..bantulah kami dalam menghadapi ujian ini ya Allah..tabahkanlah hati kami..engkau hiburkanlah hati2 kami yang dilanda kesedihan ini..engkau kuatkanlah iman kami..jauhkan kami dari godaan syaitan durjana dan temukanlah kami semua di jannah FirdausMu..Amin YaRabbalalamin..




masih menyayangimu,

fju@5.00pm

Friday, October 1, 2010

mode rajin..

Bismillahirrahmanirrahim..

aii..lama dh tak update blog rasenye...nak update, tp takdak idea..so, biarlah dulu..ada sawang tak agak2nye..tambah plak aku kan bizi...bizilah sangatnya..banyaknya membizikan diri sendiri.. :p

alhamdulillah...minggu ni, semangat kerja aku rasa berada di tahap memberansangkan..sebenarnya, sekarang ni sekolah aku dapat guru besar baru..sbb tu semangat kerja aku berubah..hehe..ade ke macam tu? kerja kerana Allah..bukan kerana guru besar, bukan kerana APC...

nak cite la skit pasai guru besar ni..bukan nak menyumpat tau...dosa besar menyumpat org..ingat tuu..seorang wanita yang berasal dari daerah temerloh ni la jugak..sebelum ni berkhidmat di sk kg raja, cameroon highland..tinggal di taman sri semantan. jauh gak dia berulang nak pi sekolah ni..

seorang yang agak tegas dan konsisten dalam arahannya..sebenarnya masih baru untuk aku menjustifikasikan karekternya..tapi yang aku suka perubahan yang dibawanya..

apabila aku menjejak kaki ke sekolah ni, (sekolah ini tempat aku belajar kecik2 dulu..) aku terkejut dengan budaya sekolah ini..budaya yang relax..sangat2 relax..berbeza dgn 3 buah sekolah yang aku berkhidmat sebelum ni..selama 9 bulan bersama guru besar lama, hanya sekali je kami meeting..best kan..:) sepatutnya meeting KMK kena wat tiap2 minggu..meeting panitia takde, minggu panitia takde, aktiviti panitia agama islam je yang aktif, panitia lain diam membisu, bukan tahap membisu, malah membeku..bukan nak kutuk..tapi, aku rasa kesian kat murid SKJU sebab aktiviti panitia banyak membantu murid2 sebenarnya..try tanya sifir, memang kantoi..thn 4 sifir 6,7 tu tak dapat lagi..aku dulu time belajar kat sini, siap la kena rotan kalau tak hafal sifir..

guru2 disini sebenarnya berada di dalam zon selesa..hingga terlena..kebanyakannya adalah guru2 lama yang telah berkhidmat di sekolah ini berbelas-belas tahun..dan bila aku perhatikan mereka mempunyai karekter masing2..macam2 perangai ada..wallahua'lam..

apabila guru besar baru datang, perubahan berlaku..maklumlah guru besar perempuan..kata org..pada aku biasa je laki ke perempuan..yang penting kita tetap buat kerja kita..takde perubahan sangat yang berlaku..kecuali bagi mereka yang rajin tak masuk kelas..atau..dah terbiasa dgn tak bermeeting hingga boleh dikatakan tiap2 tahun ada sampai surat layang dari sini ke ppd untuk menyuarakan rasa tidakpuas hati..yang sebenarnya boleh diselesaikan melalui mesyuarat..

entah ler..aku nak bersuara, aku masih baru..cuma mendengar rungutan demi rungutan..apalah sangat semua yang perlu kita lakukan itu..sememang itu kerja kita..tak perlu merungut sahabat2ku.lipatgandakan usaha kita..fikirkan segala2nya demi murid2 tersayang..be positif..andai kita merungut..apa yang nampak hanya kelemahan kita sahaja..

apapun, semoga perubahan yang berlaku memberi impak kepada perubahan sahsiah dan akademik murid2 skju..semoga skju terus maju dan mantap..


saya seorang guru,
fju @ 0224am..