Assalamualaikum warahmatullah..
Alhamdulillah..atas segala nikmatMu ya Rabbi. Semoga aku
tergolong dalam golongan orang yang sentiasa bersyukur padaMu ya Ilahi..
Semalam, bajet 2012..pastinya topic ini hangat dibincangkan dalam
media maya, media elektronik,media cetak dan perbualan sehari dua ini.
Alhamdulillah..rezeki Allah beri..ingat tu Allah yang Maha Pemberi Rezeki.
Dapatlah juga bonus setengah bulan gaji dan kenaikan gaji.
Ramai dikalangan pekerja swasta tidak berpuas hati dengan
bajet ini. Tiada benefit untuk mereka. Bukan imbuhan atau one-off payment yang
diperlukan,tetapi pemansuhan cukai-cukai
tertentu yang diperlukan. Ikutkan mereka juga banyak menerima bonus dari
majikan mereka (bagi sesetengah majikan la..) tapi cukai yang dikenakan mungkin
agak membebankan berikutan cost of living yang makin meninggi dewasa ini.
Sebelum ini ada terdengar dalam segmen isu semasa di radio
IKIM.fm tentang pro dan kontranya usia persaraan dilanjutkan ke 60tahun. Penyelidik
IKIM itu menyatakan bahawa Negara kita adalah antara Negara yang menetapkan
usia persaraan paling rendah berbanding Negara-negara lain. Kebanyakan Negara
menetapkan usia 60tahun dan UK
adalah Negara yang meletakkan usia persaraan antara yang tertinggi iaitu 65
tahun. Rasionalnya ialah purata umur rakyat Malaysia telah meningkat ke 70
tahun dan lebih. Antara factor lain usia persaraan ini dilanjutkan menurut
penyelidik IKIM tersebut ialah kerana purata rakyat Malaysia yang berkahwin lewat
meningkat. Maknanya, mereka menyimbangi usia persaraan dan usia anak pekerja
ketika bersara. Saya tidaklah menyokong seratus peratus apa yang telah
ditetapkan oleh kerajaan, kerana kontranya tetap ada. Bagaimana dengan peluang
pekerjaan bagi warga muda. Sekarang, peratusan pengangguran dikalangan warga
muda adalah rendah iaitu sekitar 3.9% sahaja. Berikutan ketetapan usia kerajaan
tentang usia persaraan itu, kemungkinan peratusan pengangguran. akan
meningkatkan. Dan kerajaan mungkin berhadapan dengan situasi mc yang berlambak,
maklumlah dah berusia, lutut dah ‘ketat’,pinggang dah ‘bengkok’ atau ‘bongkok’.
Itu belum lagi termasuk yang diserang oleh penyakit-penyakit 3 serangkai atau
penyakit-penyakit yang glamour dewasa ini.
Saya sendiri, andai dipanjangkan umur, belum tentu sanggup
untuk meneruskan perkhidmatan sehingga 60 tahun. Kerja satu ibadat, jika kena
dengan niatnya, tetapi hati ini teringin juga untuk beribadat secara khusus yang penting tiada stress.
Saya bersyukur atas apa yang dijanjikan, namun saya terlebih
gembira tentang berita tentang kemudahan untuk melanjutkan pelajaran bagi
penjawat awam. Alhamdulillah, Allah Maha Mendengar dan bakal memakbulkan
doa saya (amin..) hasrat yang tertangguh sejak sekian lama, cadangnya saya mahu
melanjutkan pelajaran tahun depan. yuran pengajian, tempat pengajian dan bidang
pengajian juga telah di’survey’. Cuma tunggu masa untuk mendaftar secara online
apabila tiba masanya. Dan apabila kerajaan mengumumkan tentang pembiayaan yuran
pengajian ijazah sarjana dan PHD bagi penjawat awam saya tersenyum syukur. Selain
niat saya untuk mencari ilmu, saya juga berniat untuk mencari tempat Muhammad
fathi menimba ilmu seawal mungkin. Pada hemat saya, jika dulu Rasulullah sedari
kecil dihantar ke perkampungan Bani Saad untuk memastikan akhlaknya mulia dan
pertuturannya fasih, apa salahnya andai saya mencari ruang dan peluang untuk
Muhammad menimba ilmu sedari kecil supaya dia dapat belajar bertutur dalam
bahasa kedua, menghafaz Al-Quran sedari umurnya 3 tahun dan saya berharap saya
dapat memastikan penggunaan otaknya dimaksimumkan sebaik mungkin (insyaAllah
biiznillah..) kita merancang, dan penentunya adalah Yang Maha Esa. Semoga Allah
memudahkan urusan saya dan anak saya dan memakbulkan hajat saya untuk menuntut
ilmu sebanyak mungkin.
Alhamdulillah 'ala kulli hal..seronok kak pae bc apa yg aisyah tulis..smga apa yg diimpikan tcapai..mg2 fathi jg menjadi al-hafiz seperti abinya...
ReplyDeleteinsya-Allah hasrat yang murni akan tercapai,
ReplyDeleteameen...
Salam kak. LAma sy xbaca blog akak..blog sy sndr pun lama xbukak n update..ehe. Akak nk sambung dlm negara ke luar negara? Amin,moga makbul hajat akak.
ReplyDelete-ina
amin ya rabb.syukran semua..
ReplyDeleteina, akk nk smbg dlm negara je la..doakn akk yek..
InsyaAllah kak..semoga termakbul hajat akak:). Kalu2 uia ada dlm cadangan akak..then akak berjaya ke sana..jgn lupa bgtau sy, blh kita jumpa:). All da best;)
ReplyDelete-ina