Thursday, April 26, 2012

S.A.Y.A S.A.N.G.A.T T.E.R.K.I.L.A.N..

assalamualaikum warahmatullah..

salam ukhuwwah semua..semoga kita semua dalam rahmat dan kasih sayang Ilahi..

hari khamis hampir menghilang beberapa jam lagi..jumaat pula bakal menjelma..khamis ni..hari ni..pelbagai rasa sedang berperang di dada sekarang ini. alkisahnya begini, pagi tadi, saya menerima pesanan dari seorang kawan (guru) dari SKP yang telah menjuarai Kejohanan Bola Jaring bawah 12thn Zon Kuala Krau..katanya dia hendak menyerap 4 orang pemain sekolah saya untuk menyertai pasukan zon Kuala Krau ke peringkat daerah Temerloh yang bakal berlangsung 2 Mei nanti. untuk pengetahuan, sekolah saya berjaya mendapat Naib Johan dalam perlawanan peringkat zon tempoh hari.

dalam kepala saya ni, saya dah listkan empat pemain terbaik saya, baik dari sudut fizikal, skill permainan, kelincahan dan kecergasan mereka. maka, saya pun khabarkan pada GPK KOKurikulum sekolah saya. dia bersetuju dan menyuruh saya menyediakan surat kebenaran penjaga. perkara ini dilanjutkan dalam mesyuarat jam 1 tengahrai tadi..tiba-tiba ada seorang guru memberi respon yang negatif dan menyatakan yang kita tak perlu menghantar pemain2 tersebut disebabkan masalah disiplin dan pencapaian akademik mereka yang merosot. guru besar juga bersetuju dengan pandangan cikgu tersebut dan mengarahkan supaya saya tidak menghantar wakil dari sekolah saya. GPK 1 memberi pandangan yang agak berbeza dari GB dan Penyelaras tahun 6 tadi, GPK KOKO hanya diam..saya hanya menurut arahan GB saja, walaupun dalam hati saya sangatlah terkilan..selepas mesyuarat berakhir, sekali lagi saya cuba berbincang dengan GB tentang keputusannya, dia tetap dengan pendiriannya...walaupun saya rasa semua GPK menyebelahi saya, dan bersetuju untuk menghantar pemain2 tersebut. saya merayu pada GB, hanya sehari saja murid2 tersebut tidak hadir kesekolah..latihan pusat juga diadakan pada hari sabtu dan ahad..saya sanggup untuk menghantar dan membawa pulang mereka dari pusat latihan di SKP itu..GB memberi tempoh sehingga esok untuk membuat keputusan samada perlu menghantar pemain sekolah atau tidak.

ini kali kedua, permintaan saya ditolak atas alasan akademik tahun 6. kali pertama berkaitan dengan kem bestari solat yang saya ingin adakan pada hari sabtu minggu lepas. guru besar tidak membenarkan murid2 tahun 6 terlibat dengan KBS dengan alasan mereka ingin menghadapi peperiksaan pada hari Selasa minggu ini. saya tak kisah untuk KBS tu..sebab saya akan aturkan KBS untuk tahun 6 di lain kali, tapi untuk kejohanan bola jaring ni,inilah satu2 nya peluang yang ada..saya melatih dan menunggu hampir tiga tahun (sejak berkhdmat di SKJU) dan tahun ini dengan izin Allah, pemain2nya berbakat dan berjaya..namun akhirnyaaaa...sangat hampa dan terkilannn...

saya telah meletakkan target untuk kerjaya saya pada tahun ini. dan salah satu target saya, dengan izin Allah, saya ingin melatih pemain bola jaring sekolah hingga sekurang2nya ke peringkat daerah..sebab saya nampak potensi pemian2 saya..tapi apakan daya...sangat sedih..huhuhu...

 ehsan pakcik google

saya tahu, pencapaian akademik sangat penting, tapi sekadar melepaskan untuk satu hari pada saya, tidak menjadi masalah..tapi biarlah...seandainya keputusan pihak pentadbir tetap tidak membenarkan..siapalah saya untuk membantah..saya akur dan menurut perintah..tapi terasa juga untuk mencabar guru2 tahun 6 dan penyelarasnya..saya telah korbankan masa saya, muka saya (muka saya teruk kena sunburn...hhuhu...) waktu latihan tetapi dihalang untuk ke peringkat yang lebih tinggi..saya cabar mereka supaya mengajar dan mendidik pemian2 saya ini untuk dapat sekurang2nya 3A 2B dalam UPSR tahun 2012...sorii laaa...kalau korang baca nampak saya sangat emosi...hahaha...sememangnya benar...sekarang saya amat emosi...dalam hati saya sekarang kalau korang nak tau  ada tiga perkataan saja...S.A.Y.A  S.A.N.G.A.T. T.E.R.K.I.L.A.N...huhuhu.... 

8 comments:

  1. Assalamualaikum...

    diharap cikgu sihat disamping anak dan keluarga tersayang....
    hmmm bila membaca coretan diatas saya juga terkilan dengan segelintir masyarakat yang terlalu memandang rendah kepada anak2 yang kurang berjaya akademinya... pada saya sukan amat penting untuk diri kita...(wlupun saya bukan ahli sukan :) ) jgn dek keputusa akademik yang tidak memuaskan kt hukum anak2 yg berminat sukan ni dilarang untuk bergiat aktif.... kita kene memahami jiwa dan rentak anak2 kecil sebenarnya utk kita membentuk anak2 menjadi insan yang berguna... sy doakan cikgu tidak berputus asa dan kuatkan semangat untuk terus mendidik... walaupun saya bukan seorang pendidik di sekolah tp saya juga adalah seoarang pendidik di rumah... insyaallah... salam

    ReplyDelete
    Replies
    1. i.allah..saya takkan berputus asa..teruskan perjuangan..hehe..tima kasih..

      Delete
  2. Salam Kak Aishah,
    Semoga dikuatkan hati dan diberi ketabahan walau dalam apa jua keadaan...

    *Teringin nak jumpa akak,moga ada jodoh ye..insyaAllah bulan 6 ni praktikum di SMK Temerloh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..praktikum kt SMKT..waaa..dekat dah ni..jom jumpa..jom jumpa..^_^

      Delete
  3. salam kak,
    saya main bola jaring sejak sekolah dan saya faham perasaan akak. budak-budak tu kalau dah nampak tak berapa pandai, baik kita bukak laluan untuk ke arah sukan dan kemahiran. mana tau di peringkat daerah, orang nampak potensi mereka. then boleh naik ke peringkat negeri. and mana tahu terus boleh masuk sekolah-sekolah sukan. budak-budak sekolah sukan bukan semuanya pandai-pandai belaka.

    teruskan usaha nye kak! semoga Allah mempermudahkannya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yee..akak pn main sejak sekolah..dan skrg melatih bdk2 plak..mesti tau kan camne frustnyee...huhu..tapi takpe la..dh xde rezki..

      Delete
  4. Nanti try latih budak darjah 5 ke darjah 4, so x de komitmen nak periksa...mana tahu rezeki mereka x tersekat mcm yang tahun 6 ni.Kesian deranmg

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kan kak tyha..kena training awl2 ni..i.allah utk thn depan harap2 xde dh jadi macam thn ni..

      Delete