Alhamdulillah, Isnin 9 syawal 1433H bersamaan 27/08/2012..isnin yang pertama bekerja setelah seminggu bercuti. Alhamdulillah..walaupun sedih dengan pemergian ramadhan yang lalu,tapi sambutan syawal yang meriah melupakan seketika kesedihan itu..terasa sedih sebenarnya,terutama apabila ke masjid untuk berjemaah maghrib dan Isyak,suasananya tak semeriah ketika adanya terawih selepas isyak..
terasa ingin menulis, meluah segala cerita yang terbuku didada..banyak sangat nak cerita..tapi masa dan kesibukan seharian tak mengizinkan saya menulis disini.tambahan pula, saya sekarang sudah berpindah ke rumah suami di tepi hutan sana (bak kata muhammad-tapi saya amat menyukai istana kecil kami ditepi hutan itu..) jadi, tiada talian internet disana, dan juga tiada televisyen..hehe..sangat aman...bila saya ceritakan yang istana itu tiada televisyen,tiada internet,ramai yang tidak mempercayainya..ye la zaman sekarang seolah-olah satu kewajipan bagi satu rumah ada satu televisyen..sebenarnya ada televisyen..tapi kami tak pernah memasangnya..entah kenapa,mungkin siarannya yang kurang jelas barangkali. jadi,saya sudah selesa dengan keadaan itu, saya akan menonton tv apabila balik ke rumah mak saya atau mak mertua, internet pula saya dapat akses bila di sekolah atau di rumah mak saya..terasa sangat aman dunia..hehehe...
opss..sebenarnya saya nak cerita pasal ramadhan yang lalu dan sambutan aidilfitri kami, okey kita mulakan dengan catatan ramadhan..:)
________________________________________________________________________________
Catatan Ramadhan
ramadhan kali ni memang berbeza, maklumlah dah bertambah seorang disisi..kalau dulu berpuasa dengan mak, apak dan adik2, sekarang banyak masa saya habiskan dengan en suami dan muhammad fathi. kehidupan sepanjang ramadhan ni banyak masa dihabiskan diatas jalan, sampailah hari semalam, kami memang banyak masa dok dalam kereta, almaklumlah, dari istana kecil kami ke sekolah saya, amik masa 40minit, en suami hantar saya ke sekolah, balik nanti dalam pukul 2.00 ke 2.30 ptg (ikut hari) amik muhammad, dah masuk asar, lepas solat asar gi jalan2 pasar ramadhan jap..dah masuk maghrib then isyak, pastu terawih, balik rumah tidur, bangun sahur gi kerja..macam tu la rutin harian saya sepanjang ramadhan, nak bertilawah pun banyak dalam kereta dan di sekolah je..huhu..
terasa sedih sangat bila nk menjelang syawal,sebab terasa amalan masih kurang. tak betul2 rebut tawaran hebat sepanjang satu bulan tu..tapi apakan daya, hanya mampu berdoa semoga dapat bertemu ramadhan akan datang.. hampir menjelang syawal, satu peristiwa tidak dapat dilupakan berlaku, baju raya kami sekeluarga yang sedondon tu, DIGIGIT TIKUS...habis berlubang2..memang sampai tak leh nak pakai..SANGAT GERAM DAN KECEWA..sabooorr jelaaaa...huhuhu..en suami memujuk ajak beli baru..tapi rasa cam membazir beli sampai dua kali, muhammad pun pujuk ummi, katanya," takpe ummi, kita beli baru..nanti kita tak yah letak dalam almari tu dah.." hehe..terubat gak rasa hati..akhirnya, kami pergi mencari baju melayu warna putih susu untuk muhammad supaya sedondon dengan baju waktu akad nikah dulu..lagipun baju tu pun sekali je pakai..jadilah tema putih untuk raya kali ni..hehe..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BINGKISAN SYAWAL..
Raya pertama kami beraya di rumah mak saya..petangnya, barulah kami balik ke rumah mak mertua ni kota gelanggi, esoknya raya kedua, dengan tema warna hitam, kami bergegas ke Kuala Lipis, menziarahi kubur arwah suami..en suami memang berniat dari awal nak menziarahi kubur arwah..kami pun menziarahi keluarga arwah termasuk, mak saudara sepupu dan nenek saudara arwah. petangnya, kami balik ke kota gelanggi dan esoknya raya ketiga ada kenduri di rumah mak mertua, kenduri menyambut menantu + tahlil arwah tok en suami, raya keempat kami ke temerloh dan raya kelima kami ke kg pasir durian, kuala tembeling untuk meraikan pernikahan adik ipar (adik arwah suami). alhamdulillah, hubungan saya dengan keluarga arwah suami tetap utuh, dan en suami pun sangat memahami dan menggalakkan saya menghubungi keluarga arwah, malah dia sekarang sudah mesra dengan adik2 arwah.
gambar hari raya pertama kami.
hari raya ke enam, kami balik ke terengganu untuk menziarahi tokki en suami yang sudah uzur. seronok sangat dapt berjalan ke terengganu, siap mandi laut lagi dengan en suami dan muhammad...waktu kat pantai tu, ada orang shooting drama, pelakonnya, aiman pelakon terkenal cerita vanilla coklat tu..saya dengan adik2 ipar yang comel2 tu pun 'selok' (teruja sgt2) melihat org shooting, almaklumlah..tak pernah tengok..en suami senyum je..hehe..raya ketujuh, kami balik pahang..sampai rumah dah pukul 12 malam dan keesokan harinya, iaitu semalam, pak sedara en suami meninggal dunia di hospital temerloh. Innalillahi wainna ilaihi rajiun..dalam kemeriahan, dan kegembiraan menyambut syawal..Allah bagi peringatan yang nikmat dunia ni sementara je..membuatkan kami terfikir..Allah..sibuk kehulu ke hilir meraikan syawal..Allah bagi ingatan yang malaikat maut sentiasa menjenguk kita..bila tiba masa kita? wallahua'lam..bersedia atau tidak?..Allah..doa dan harapan semoga Allah memanjang umur kita, supaya dapat lagi kita meraikan ramadhan yang akan datang..amin
Assalamualaikum ummfathi..
ReplyDeleteSaya suka mengikuti blog anda and tertanya2 juga kenapa lama menyepi..so rupanya ada surprise besar...Alhamdulillah dan tahniah dan semoga kekal ke akhir hayat..