Friday, December 21, 2012

2012 yang bakal berakhir...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

tajuk entry ni takde kaitan dengan orang yang kecoh2 kata dunia nak kiamat... ^_^

"KEHIDUPAN DI DUNIA INI UMPAMA MIMPI, KITA AKAN TERJAGA DARI MIMPI APABILA KITA MATI..KEBAHAGIAN DAN NIKMAT DUNIA ADALAH ILUSI, IA AKAN MENJADI REALITI APABILA KITA MELANGKAH KAKI KE DALAM SYURGA YANG ABADI..."

pagi tadi, eh, bukan tengahari tadi..saya dapat satu meseg dari my bbf..katanya, "u dh lama tak update blog, u dh bersara jadi blogger ke?" ayat dia tu terus menyedarkan saya dari mimpi...yeee...saya dah lama tinggalkan dunia blog ni..bukan lama sgt n, entry terakhir bulan 9 dulu kot..lama gak la tu..syiannn kat blog i ni...bersawang, bertikus dh pun gaknye...tapi yang syoknya..ada jgk yg sudi bertandang..saya sangat menghargai kehadiran kalian di laman bersawang saya ni...disebabkan saya dah terjaga dari mimpi (mimpi kecil je..sebab kalau kita mati nanti baru kita betul2 terjaga ---> betul ke?) jadi..saya pun nak update la blog saya ni...

alhamdulillah...kehidupan ni, antara syukur dan sabar..setiap yang kita hadapi, kita lalui, kita lakukan pasti ada ganjaran dan balasan..inilah kehidupan..kehidupan adalah jihad dan di syurga tempat isitirehat..ye..sekarang kita sedang berjihad..

alhamdulillah..detik2 yang berlalu..Allah masih memberi pelbagai nikmatNYA yang tak putus2..saat demi saat berlalu..hingga akhirnya kini, kita sudah sampai ke penghujung tahun 2012..tak sangka kan...dalam beberapa hari lagi, andai diizinkanNYA, kita bakal menjejak tahun 2013..apa yang telah kita lakukan sepanjang tahun 2012..semakin baikkah kita? atau semakin jauh kita dariNYA..Nauzubillah...

terlalu banyak cerita nak dikongsi bersama..tetapi untuk siri pertama entry penutup 2012 ini, saya nak ceritakan tentang anak bujang saya tu..sape lagi kalau bukan muhammad anak soleh..


gambar terbaru di bukit tinggi resort..rambut dah botak sebab ikut abi yang suka rambut botak.. 

sekarang muhammad dah hampir 3 tahun 8 bulan..dia budak yang sangat aktif..berat badan dia memang sentiasa maintain..kurus melidi..berat baru mencecah 15kg, dan tingginya dah mencecah 100cm. baru ni pergi ke i-city, dia kena bayar jugak utk permainan yang bagi free bagi kanak2 yang tinggi bwh 90cm..
anak soleh ni makin membesar, makin tak reti dok diam. kalo dalam keta tu, mulut dia je yg bising..kami berdua layan je dia..kejap2 dia cerita, dia nyanyi selawat, macam2 dibuatnya..dari sudut belajar, memang dia tak masuk mana2 taska or tadika or playschool lg..semuanya sy ajar sendiri dulu...tapi bila ummi dia ajar sendiri, tau la amatlh slow progressnya..tapi still ada peningkatan...alhamdulillah..iqra..still iqra 1..tp dah separuh la..surah yang dah hafaz pun baru 3 surah, al-fatihah, al-ikhlas dan an-nas..sekarang sedang menghafaz surah al-falaq..dia lebih minat pada nombor berbanding huruf..baru belajar sampai 10, tapi dia suka kalau kita teka2 operasi mudah seperti tolak dan tambah menggunakan 5 jari..lebih dari 5 jari dia tu dah confused...hehe...

kata2 yang saya suka sangat dengar, "muhd sayang umi..sebab umi anak muhd..muhd sayang sgt abi, sebab abi anak muhd..." hahaha..dah selalu ajar, ummi ni ibu muhd, abi ayah muhd..bukan anak..tapi still lagi tersyasyulll...tapi dia faham..sampai moyang dia pun dia leh atur, sape anak siapa..

melihat dia membesar sihat, gembira, cerdas, aktif, cerdik...membuatkan hati saya menjadi sayu..arwah abah tak sempat tengok muhd membesar sehingga besar macam sekarang..tapi syukurlah Allah berikan pinjam abi yang dapat mengubat duka dihati kita kan muhd..semoga Allah jadikan muhd anak dan hamba Allah yang soleh..semoga kita semua bahagia hingga ke syurga..

No comments:

Post a Comment