Friday, January 15, 2010

inilah kita...

salam...

alhamdulillah, sentiasa sihat..sentiasa bertenaga..sentiasa ada makanan..sentiasa ada duit..sentiasa disayangi..tapi sentiasakah kita ingat Allah?berapa kali dalam sehari kita ingat Allah? @ kita lebih ingatkan duit daripada ingat Allah..@ kita lebih ingatkan makanan dari ingat Allah @ lebih ingat org tersayang dari ingat Allah..
eh...ingat apa...waktu solat ingat...yerr...ingat waktu solat, tapi dalam solat tu sendiri fikiran kita ingat macam-macam...
eh, keta tak bayar lagi laa...camne la leh lupa...
o..oh..baru aku ingat, aku letak duit tu kat dalam almari, patutlah takde dalam wallet...
menda la nak masak malam ni ek..bihun sup pun sodap...

macam-macam kita ingat kan...benda yang kita lupa letak, kadang-kadang dalam solat la kita ingat..tak cakap kat org lain, muhasabah diri sendiri...o_o

hidup kita dipenuhi dengan macam-macam...yang selalu membuatkan kita lupa pada Yang Pencipta, yang sentiasa memerhatikan kita..kita tak rasa kita diperhati..jarang sekali kita ingat Dia...sedangkan banyak benda dalam hidup kita Dia dah beri...Dia Maha Kaya, dia tak kisah pun awak ingat ke tak...tapi kita manusia yang lemah ini sentiasa perlukan Dia...

jadi, buatlah cara peminta yang baik, penerima yang baik..bersyukur dengan segala pemberianNya, kerana kita sentiasa memerlukan Dia...kerana Dia Maha Kuasa..

di saat senang..ingatlah pada Allah
di saat susah..ingatlah pada Allah
di saat sakit...ingatlah pada Allah
di saat sihat...ingatlah pada Allah

No comments:

Post a Comment