Tuesday, December 7, 2010

MAHA 2010

Bismillahirrahmanirrahim..

aku rasa majoriti rakyat Malaysia tahu tentang kewujudan Ekspo Pertanian dan Perternakan yang besar tu.MAHA stand for what eak?aku pun tak tau..tapi setakat ni dah 2 kali aku pergi..sambutannya, MasyaAllah luar jangkaan..

kali pertama aku pergi pada tahun 2008 dulu. waktu tu pergi ngn my beloved late husband la..best sgt, walaupun sesat pada mulanya sbb kami mmg tak tau jalan..bawa anak2 sedara termasuklah si linda yang kawen baru ni..

tahun ni, pergi pada hari ahad 5/12/2010..hari terakhir MAHA..emmm..apa nak kata, jalan jem tahap gaban punya laa..kami pergi tiga kereta, dua tiga kali mengeliling cari jalan yang ok ckit nak masuk..lastly,abg long, abg ngah n shahrul terpaksa turunkan kami kat tepi exit dekat agro bazar tu..then, kami pun jalan kaki pi agro bazar..driver2 bertiga tu pergi cari parking..

dari agro bazar, kami amik bas ke pintu 1, masih bersesak..disebabkan terlalu ramai umat manusia, kami decided nak pi tempat ternakan saja, so..naik bas lagi ke pintu 2 tempat pameran ternakan..Muhammad yang tak pernah naik bas punya la excitednyee dapat naik bas..terpaksa dukung dia sambil berdiri dalam bas..sbb raaaamai sgt org...sampai pintu 2, masuk kawasan ternakan..nasib baik masih ada lagi memori2 2008 tu..cuaca panas terik..kak ngah dan anak2nya mula penat, last2 aku hantar dia org pergi surau..rehat kat sana..aku ngan 3 org adik, muhammad and wani jalan semula..wahh..sungguh gagah rupanya muhammad berjalan di tengah panas terik..sama naik je cam umi dia..hehe..

sedih je muka lembu ni...

cam tak pernah tgk kambing lak budak2 ni...isk..isk..isk..


ni tempat yang paling aku suka..Subhanallah..MasyaAllah..cantiknya...

sempat angkut 3 pasu orkid..

Pak2 supir masih belum ketemu tempat parking..punya la lama..last2 pi cari buah, then kumpul semula kt pintu 2 amik bas ke agro bazar semula..

sementara tunggu org2 yang mencari tpt parking..kami dah habis lawatan, depa tak dpt parking lg..bayangkan....

akhirnya, kami selamat keluar dar MAHA dan pi cari tpt makan sebab dah lapar sgt2..nasib baik muhammad tak meragam...bagus anak umi ni...


makan kat sini..cyberjaya..







ahli rombongan...tak termasuk pak2 supir..

puas hati selepas bersesak2 di MAHA..

antara kelemahan pengurusan yang aku nampak..
1. tempat parking penuh - tapi mgkn sbb time kami dtg tu waktu kemuncaknya..
2. tandas kotor-ramai sgt guna dan tak tau jaga kebersihannya..
3.beratur panjang nak dapatkan bas- patut tambah lagi bas..sian aku yang bawa budak kecik ni..
4.peta takde-papan tanda pun kurang..
5. pamplet @ maklumat prog pun aku tak dpt-atk tau sgt apa event dia ari tu..2008 dulu dapat tau gak ada rodeo tu..tapi tak sempat nak tgk..tgk budak2 naik kuda je la..

aku rasa pihak management kena baiki kelemahan2 yang wujud tu..termasuklah tpt parking sbb ramai yang parking tepi highway..bahaya plak rasanya..

rasanya tu sajalah bebelan aku kali ni..hehe..panjang umur dan andai ALLAH izinkan..2 tahun lagi kita pergi lagi MAHA.. kita tgk ada tak perubahan..oklah cau dulu..nak prepare utk esok punya prog...


ummufathi @ FJU
71210/10.28pm.



No comments:

Post a Comment