Wednesday, March 28, 2012

book review- kemana wang anda?

assalamualaikum..

saya sangat suka membaca buku ini.  bidang pengurusan harta juga adalah bidang 'favourite' saya. siapa tak suka harta kan? ada ke yang benci wang? saya rasa kalau adapun, mungkin dia ada gangguan mental. hehe..tapi tak bermakna saya gila wang.itu satu istilah yang lain pula yer..satu soalan untuk anda, apa yang anda akan lakukan bila anda dapat RM50k..simpan?joli?melabur? dan berapa lama duit itu berada di tangan anda? ok, bayangkan saja..sebab tiada siapa yang akan beri anda duit RM50k free-free.so, jom kita review buku ni..sorry la, kalau cara saya review ni tak ikut standard..ini standard saya yer..hehe..


di dalam buku ini diceritakan beberapa ti untuk financial freedom..ada tips untuk mengira financial freedom kita..then ada dititipkan perancangan kewangan untuk kita mencapai matlamat kita mengikut pelan usia kita. contohnya seperti fasa 1 awal kerja (awal 20an hingga awal 30an) kemudian fasa 2 apa yang patut kita lakukan di usia awal 30an hingga awal 40an..then fasa 3 awal 40an hinggalah ke awal 50an dan akhir sekali awal 50an hingga usia bersara. bagaimana untuk menjana pendapatan dari tabungan dan pelaburan. juga diceritakan kepentingan pelan takaful untuk pendidikan anak-anak. kepentingan menabung dan banyak lagi..snagat berbaloi untuk membacanya kerana didalamnya sangat banyak ilmu yang dikongsi oleh puan pengarang. sekian ulasan buku saya.

p/s: maaf..terasa susunan ayat yang sangat serabut..jarang buat book review...huhu..

2 comments:

  1. salam..
    suya pun ada satu buku berkait dengan financial planning ni.. bagus utk jd wise planner diri sendiri

    ReplyDelete
  2. wslm..ermm..betul! saya sgt suka membaca buku macam tu..utk panduan diri jg..

    ReplyDelete