alhamdulillah atas segala nikmat yang Alah kurniakan..nikmat iman,nikmat islam,nikmat sihat,nikmat ketenangan yang saya rasai sekarang..Allahu Akbar, tanpaMu ya Rabbi..siapa la kami..
Alhamdulillah sekali lagi, cuti persekolahan seminggu telah berlalu. sminggu yang sangat sibuk dan diawal cuti tu Allah uji saya dengan nikmat sakit.cirit birit dan muntah2 yang menyebabkan saya tak makan satu hari. Alhamdulillah..Allah bagi saya sakit..hikmahnya dapatlah usus saya berehat sebentar. bukan apa, selalunya usus tu sentiasa bekerja..maklumlah pantang jumpa makanan..mesti ngappp...huhu..
dan di akhir cuti itu, berlangsung majlis pertunangan akak..siapa akak? akak bukan kakak saya, tapi adik saya..ya, dia adik ipar saya sebenarnya..adik arwah abang, suami yang tersayang. dan adik beradik dia seramai 11 orang tu masih adik beradik saya. kalau nak tau, memanglah adik beradik dia tersangatlah ramai..dan ramah..sampai sekarang saya sangat selesa, seronok dan sangat bahagia berada di kalangan mereka.
ok, kita cerita pasal majlis tu..ini majlis pertunangan yang ketiga dalam keluarga abang,selepas mak ayah dan abang tiada. pertama pertunangan teh, then aba (fakhrudin) dan ketiga akak. dan ini majlis kenduri yang agak besar dikendalikan oleh adik beradik selepas mak ayah dan abang pergi. memang sangat besar cabarannya..maklumlah, kak long pun baru berumur 33 tahun, tua setahun je dari saya dan abang. semua kelengkapan telah tersedia sewaktu saya sampai. dan pada hemat saya, majlis berlangsung dengan lancarnya. walaupun ada juga cakap2 belakang yang berbisa, sehingga ada hati yang terguris, dan tanpa disedari airmata mengalir..teringat pada arwah mak..ayah dan abang..bukan saya yer..tapi ketua yang bertanggungjawab dalam keluarga..sangat kesian..sewaktu airnata kaklong menitis..ingin saja saya memeluk kak long..memujuk..tapi saya sendiri,tidak berdaya..tak kuat..seandainya saya menghampirinya..pasti airmata saya mengalir lebih laju..
akak selamat ditunangkan dengan man..alhamdulillah..selesai upacara menyarung cincin..akak bersalaman dengan semua orang, sampai giliran kak long..airmatanya hampir mengalir..begitu juga apabila bertemu mata dengan saya yang berada di sebelah kaklong..laju je airmatanya mengalir..saya pujuk akak..."jangan menangis akak...nanti kak ngah nangis sama.." dan diwaktu itu..saya rasa fikiran kami sama..kalaulah mak ayah dan abang masih ada....huhu...
astaghfirullahalazim...hati selalu memujuk agar kata-kata kalau itu tidak dikeluarkan...tapi..semoga ia tidak membuka laluan untuk syaitan menghasut...cepat2 ucap astaghfirullahalazim... apapun akak..selamat bertunang..semoga jodoh akak dengan man kekal hingga ke syurga..kak ngah sayang akak..sayang kak long..sayang korang semua..
-wajah2 kesayangan hamba-
No comments:
Post a Comment