Selepas bebeapa kali diajukan soalan tentang iddah wanita yang sedang
mengandung, barulah saya sedar bahawa semasa membahaskan topik iddah,
saya terlupa untuk mencatatkan tentang iddah wanita mengandung.
Tempohari (errr… lama dulu sebenarnya!) ada saya catatkan bahawa bagi
perempuan yang kematian suami ketika sedang mengandung, maka iddahnya
tamat apabila dia bersalin, tidak kira sama ada tempoh mengandungnya
panjang ataupun pendek, atau sama ada kandungannya cukup bulan atau pun
tidak.
Dalam hal ini sebenarnya ada perbincangan panjang antara fuqaha sama
ada hendak dikira sehingga wanita ini bersalin ataupun melihat kepada
tempoh yang paling panjang (ab’ad al-ajalayn) kerana ada pertindihan dua
faktor pengiraan iddah, iaitu kematian dan kehamilan. Perbahasan lanjut
hal ini boleh dirujuk dalam kitab-kitab fiqh munakahat.
Namun, mengikut pandangan yang paling kuat, tempoh iddah wanita ini
habis apabila dia bersalin (berasaskan ayat ke 4 Surah al-Talaq). Mmm…
diulangi, … apabila dia bersalin. Jangan ada pula yang tanya, “Kena
tunggu habis nifas ke baru habis iddah?”
Baiklah, kembali kepada topik iddah untuk wanita yang hamil.
Disebutkan dalam Surah al-Talaq ayat yang ke 4, maksudnya:
“Dan bagi wanita-wanita yang hamil, maka ‘ajal’ (tempoh iddah) mereka tamat apabila mereka bersalin.”
Berdasarkan ayat ini, difahami bahawa tempoh iddah bagi perempuan
yang diceraikan ketika sedang hamil akan berakhir apabila dia bersalin.
Hukum ini mudah difahami kerana antara sebab diwajibkan iddah ialah
untuk memastikan rahim wanita tersebut bersih daripada percampuran benih
lelaki. Jadi, apabila dia bersalin, maka anak hasil percampuran dengan
benih suami telah keluar dan rahimnya telah bersih. Bersih dalam erti
kata, tiada benih lelaki dan tiada janin di dalam rahim.
Banyak lagi dalil-dalil daripada hadis yang menyokong hukum ini,
namun, memadailah jika saya jelaskan dengan ayat di atas sahaja kerana
ia sudah terang, maka apa lagi nak disuluh-suluh. Simpan je torch light
tu. Jimat tenaga, barulah lestari.
jenjalan ziarah mengukuhkan karat2/ sisa ilmu yang yg kdgkala larut apabila tidak digunakan.
ReplyDeletejazakallah khier...
moga ceria, sabar dan tabah selalu