assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
salam ukhuwwah..seminggu yang berlalu..sepi. sunyi je belog ni. tuan belog bizi sikit lately. hari ni baru berkesempatan membuka laptop. nak buat entry lagi, nak jenjalan bw lagi. kena spend masa betul2 ni sementara si hero tu tidur.
seminggu ini, pelbagai perkara berlaku. macam2. saya nak cerita tentang apa yang berlaku pada hari khamis yang lalu. seminggu yang lalu. hari ni pun dah hari khamis. alkisahnya....sesudah subuh, sinar suria masih belum menampakkan bayangnya. alam masih terasa sunyi. sesudah menyidai telekung, muhammad nampak bergerak2. hampir membukakan matanya, sudahlah malam tadi lewat tidur, pagi pulak awal bangunnya. lalu saya menepuk2 badannya untuk menidurkannya semula. tiba-tiba, suasana sunyi pagi itu dicemari dengan bunyi yang kuat. raungan. lolongan. teriakan. saling sahut menyahut. saya yang panik, terus terjun katil berlari ke arah suara tersebut. suara yang berpunca dari rumah jiran sebelah. sekujur tubuh kecil kebiruan dipapah oleh mak saya yang terlebih dahulu sampai. juga dipegang oleh kak de (anak jiran sebelah). "danish..danish kena sawan..tarik.." ibu danish sudah tidak mampu berfikir, hanya menangis meraung memanggil nama anaknya yang tidak sedarkan diri. "bawa ke klinik..klinik.." suara ayah saya kedengaran. makcik rodiah pun menyiakan dan saya segera berlari balik ke rumah untuk mencari kunci kereta dan menghidupkan kereta. danish diangkat masuk ke dalam kereta, dan dia masih belum sedarkan diri. belumpun sempat kereta bergerak, terdengar rengekan dari mulut kecilnya. Alhamdulillah..danish dah sedar. sampai ke klinik. kami menunggu doktor on call. tidak lama kemudian doktor datang memeriksa suhu badan danish, tekanan darah, jantung dan sebagainya. suhu badannya tinggi. begitu juga dengan tekanan darahnya. danish semakin tenang dan hanya sesekali merengek. tetapi dia meraung apabila doktor berusaha mengambil darahnya. tidak lama kemudian, danish dan ibunya dibawa ambulans untuk dihantar ke hospital temerloh. saya dan nenek danish kembali pulang ke rumah.
secara jujurnya, saya tidak pernah berdepan situasi panik dan havoc sebegitu. saya juga sangat2 terkejut melihat danish yang kebiruan dan terkulai layu. saya dapat bayangkan perasaan seorang ibu apabila berdepan keadaan tersebut. danishlah satu2nya anak ibunya. ibunya pula menghidap penyakit jantung berlubang sejak kecil, dan kelahiran danish adalah rahmat Allah setelah ibunya bertarung nyawa melahirkannya. doktor juga telah berpesan supaya dia tidak boleh mengandung. dan ibu danish sanggup menanggung risiko untuk mendapatkan seorang anak. saya tidak dapat bayangkan andai saya berdepan situasi begitu. nauzubillah min zalik peristiwa itu menjadikan saya terfikir tentang harga sebuah kehidupan, kesihatan dan nikmat melihat anak yang sihat. Ya Allah peliharalah kami, ya Allah..dari sebarang musibah. pliharalah iman kami, kepadaMu tempat kami bergantung dan kepadaMu kami berlindung..
p/s:muhammad dah bangun. so, kena out dulu..jumpa lagi..
No comments:
Post a Comment