assalamualaikum...
hari ni nak buat entry 3 in 1..harap tabah membacanya..^_^...
Pertemuan Ukhuwwah SSH..
alhamdulillah..setelah merancang selama dua minggu (yeke?x ingat la..) akhirnya Allah izinkan kami bertemu. kumpulan sokongan SSH dlm entry saya yang dahulu berlegar sekitar alam maya, dan akhirnya, pertemuan di alam realiti tercipta..petang sabtu 17hb Disember 2011 bertempat di KL Sentral,kami bertemu. perjalanan untuk sampai ke situ agak mencabar. pagi2 lagi saya drive dari Pahang, bersama dua orang adik yang sokmo jadi bodyguard i...hehe..dan of course dgn my hero..muhammad. sampai di rumah kak long hampir jam 12.30 tengahari, bertolak pn dah lewat sebenarnya. memang plan nak ajak muhammad fathi naik komuter for the first time, so sampai kat KTM Serdang ingat nak parking kereta kat situ...tup-tup..parking tu tgh renovate..maka,saya pun berpatah balik ke balakong. dari taman impian Ehsan kami naik bas ke KTM serdang. saja nak bagi experience kat muhammad naik bas.then naik komuter ke KL Sentral. hati berdebar je..macamana la rupanya kak pae dan nur ni ye..saya yang pertama sampai kat situ,sempat solat dan makan dulu. barulah kami bertemu di depan McD..mula2 nampak Nur, then disebelahnya ada kak pae..alamak cantik la Nur ni..kata saya dalam hati. bila dia tersenyum, terasa sampai ke hati...kak pae plak sangatla comel..macam anak dara je..hehe..Nur bersama Nadaa dan Marwa..manakala kak pae bersama alya dan fawwaz..mula2 agak segan, tapi lama2 rancak bercerita..muhammad plak buat perangai, dia mengantuk dan penat akhirnya meraung2 ajak balik..terasa cam tak puas je nak berborak..apakan daya,terpaksa bergegas balik dulu. sampai rumah kak long, badan terasa penat yang amat..maklumlah bersesak2 dalam komuter dengan mengdukung muhammad..tapi sangat best dapat jumpa mereka berdua.
esoknya, saya dan keluarga ke Kelab Golf Bukit Rahman Putra, menghadiri majlis persandingan abang ipar pada adik saya. sangat terharu dengan layanan keluarga mereka. walaupun budaya keluarga mereka dan keluarga kami berbeza, bahasa keluarga mereka dan keluarga kami berbeza, tapi layanan mereka tetap sama. sangat mesra. tahniah pada keluarga Dato Dr Kamarul Bahrain yang menerima menantu baru yang sangat cantik.
Taklimat SBPA
seperti yang sedia maklum, penjawat awam sekarang hangat membincangkan tentang isu SBPA..beberapa pembaharuan dilakukan dlm SBPA, saya nak ulas lanjut cam malas je..hehe..yang pastinya, pagi tadi saya bersama rakan2 sejawatan telah menandatangani persetujuan menerima SBPA. dan saya dengan jayanya dengan menge'tick' di kotak persaraan 60thn...huhu..mesti korang tanya..larat ke nak kerja sampai 60thn?..jawapannya wallahua'lam..kalau panjang umur, sihat tubuh badan..insyaAllah..mulanya saya nak stay umur persaraan cam yang saya pilih thn 2008 dulu iaitu 58thn..tapi memandangkan loan rumah saya sampai umur saya 60thn, maka saya dengan 'terpaksanya' tick kat 60thn..huhu..tapi in case nak bersara awal..dipersilakan..dan mengikut taklimat yang ikuti tadi, katanya saya dapat pencen macam biasa..itupun mungkin akan ada perubahan demi perubahan yang akan berlaku sepanjang perkhidmatan saya. jadinya..bersedia jela..
Demam..
sebenarnya badan kita juga memerlukan rehat yang cukup. saya dapat pengajaran ini apabila suhu badan saya meningkat, kepala semakin memberat, seluruh badan terasa sakit...mungkin rehat yang tidak mencukupi. dari hari sabtu sampai semalam, saya memandu beratus-ratus kilometer..dalam masa sebulan hampir 5ribu kilometer kereta itu bergerak..mungkin pada anda, tak la banyak sangat..tapi cuba bayangkan sewaktu saya di sarawak dulu, milleage kancil saya 28000 selama 4thn lebih..dan apabila saya berpindah ke Pahang, milleage Pesona saya 50000 dalam masa 2thn...huhu..baru saya sedari, bahawa Pesona itu sangat berjasa pada saya..dan malam ini, setelah sebiji panadol menjadi habuan saya..barulah badan terasa lega..alhamdulillah..Allah memberi sakit dan Dialah yang Maha Penyembuh..saya rasa seronok sebenarnya bila sesekali Allah bagi sakit pada saya. mungkin sebagai satu peringatan pada saya..cukupla mengejar dunia..dan memberi peluang badan saya berehat, jika tidak mungkin si merahku itu bergerak lagi hari ini. huhu..demamku ini nampaknya 'berjangkit' pada muhammad. suhu badan dia malam ni 38.2. buka peti sejuk..ubat demam yang selalu disimpan sudah habis. terpaksalah tunggu pagi esok untuk tindakan selanjutnya..harap2 suhu badan muhammad terkawal..janganlah terlalu panas. ya Allah sembuhkan la muhammad ya Allah..hanya Engkau yang Maha Penyembuh..
minum plain water banyak2 yer muhammad! =)
ReplyDeletep?s+> akak, sy ada email akak..
terima kasih raihan..i.allah..doakn kami cepat sembuh ek..akk dh balas email tu..:)
ReplyDeleteawak, apa khabar pn abqariah? ingat saya tak :) :) mardhiah12. tak sangka awak ada blog
ReplyDeleteingat la mar..geng BMC..huhu..dh lama x guna nickname tu..hehe..tu la, sy follow blog aida..x tau awak ummu auni..:)
ReplyDeleteyelah, kejap2 bertukar nick kan. banyak sangat kenangan mardhiah12 tu, tapi rasanya time to move on dah..
ReplyDeletedah lama kita tak jumpa, dari zaman U sampai dah beranak pinak. hari tu anis ada message saya. Saya pula tak berkesempatan nak pergi kenduri doa selamat rumah dia. Banyak nak cerita pada awak, anis, geng BMC dulu2. Dalam masa 10 tahun, dah macam2 berubah dalam hidup kita kan.
ReplyDeleteRindu pula pada zaman dulu walaupun saya memang yakin Allah uji kita sebegini sebab kita wanita hebat (itulah kata kawan saya dulu..) dan saya percaya benar begitu.
betul la mar..dari zaman anak dara sampai sekarang, meti byk perubahan..kalau jumpa mesti byk cerita kan..sy pn cuma tau perkembangan anis melalui facebook je..bestnya kalau kita dapat jumpa kan...ya, betul..i.allah..kita wanita hebat..i.Allah..
ReplyDelete