salam ukhuwwah. bagaimana untuk memulakan kalam, hati dan jiwa ini benar2 tersentuh dengan apa yang dibaca sedari semalam. tidak sengaja sebenarnya, apabila membuka mukabuku ku itu, terpandang satu status dari seorang sepupu saya yang sedang belajar di Universiti Al-Bayt Jordan. dan tidak lama kemudian, satu lagi post status dari seorang sahabat kepada adik yang yang juga semuanya mantan pelajar Al-Bayt Jordan. semuanya berkaitan kematian salah seorang pelajar Jordan university of Science and Technology (JUST). dan kemuncaknya, saifulislam.com juga menceritakan kisah yang sama.
kisah pemergian seorang anak muda yang sedang berjuang di medan ilmu. saat saya membaca buat pertama kali, saya tidak begitu ambil peduli. sekadar ucapan "innalillahi wainna ilaihi rajiuun..Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa'fu anhu.." saya tidak mengenalinya.inilah tipikal muslim sekarang,tidak ambil peduli tentang orang yang tidak dikenali. tetapi apabila muncul status kedua dari sahabat adik itu, saya teruja untuk mengenali allahyarham. saya mengodek2 facebook dan akhirnya saya ketemu facebook arwah yang masih aktif. terkedu! buat pertama kalinya saya membaca facebook orang yang telah meninggal dunia dan akuannya masih aktif. tidak mengapa pada saya, kerana allahyarham ILham Ellani ini orang baik dan soleh. saya membaca dan menghadamkan setiap bait kata-kata insan yang bakal dipanggil pulang. beberapa status terakhirnya, mengadu tentang kesakitannya. demam! sakit kepala! dan status kedua terakhir menceritakan tentang hidungnya yang asyik berdarah setiap 2 atau 3 jam sekali. dan akhirnya saat membaca status terakhirnya, saya terasa sangat syahdu. status terakhirnya bertarikh 28 Nov 2011 yang lalu mencerita yang dia tidak menjangka seteruk itu penyakitnya. ya, allahyarham disahkan mengidap leukimia dan setelah 4 hari terlantar di hospital, dia akhirnya pergi mengadap Ilahi. semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh beliau dan ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh. saya tidak mengenalinya, tetapi saya dapat rasakan perasaan sahabat2 allahyarham. kehilangan yang mengejut. Ibrahnya, 1. betapa tabah dan kuatnya allahyarham ketika menghadapi kesakitan demi kesakitan di perantauan, tidak ramai yang mengetahui perit lelah allahyarham mengharungi ujian kesakitan itu. 2. betapa setiap manusia pasti akan merasai kematian dan apabila tiba saatnya, tidak akan terlewat atau tercepat barang sesaat. berikut saya copy ucapan takziah dari Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan.
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh .
Sekali lagi kita dikhabarkan dengan berita mengenai kematian, tetapi kali ini melibatkan pelajar tahun 3 JUST Saudara Mohd Ilham Ellani Bin Jamal yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 3.15 petang tadi [waktu Jordan ] 3 Disember 2011 Sehubungan dengan itu, pihak kepimpinan MPPMJ dan seluruh warga MPPMJ merakamkan ucapan takziah dan semoga Allah Subhanallah Wa Taala. mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan dihimpunkan bersama golongan orang-orang yang soleh. Semoga Allah memberikan ganjaran dan kekuatan buat kalian sepertimana kuatnya para syuhada Mutah..
أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِن رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُوْلَئِكَ هُمْ الْمُهْتَدُونَ
Bermaksud: Sungguh akan Kami berikan cubaan kepada kalian, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun” (Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan hanya kepada-Nya kami kembali) . Mereka itulah orang-orang yang mendapat shalawat dan rahmat dari Rabb mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.(Al-Baqarah : 155-157)
Oleh yang demikian,saya ingin mengambil kesempatan mengajak warga MPPMJ untuk bermuhasabah diri dalam mengingati hakikat kehidupan. Sebagaimana baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. telah berwasiat kepada Ibnu Umar (Abdullah) r.a. berbunyi:
“Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang musafir ataupun sebagai pengembara.” (Matan Ar-Baien,Imam nawawi)
Tambahan pula, Ibnu Umar pernah berkata:
“Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati”.(Matan Ar-Baien,Imam nawawi)
Maka, wasiat tersebut mengingatkan kita bahawa hakikat musafir di dunia ini pasti ada penghujungnya Justeru, apakah persiapan yang telah kita lakukan untuk bertemu Allah S.W.T pada hari yang penuh dengan persoalan di padang Mahsyar?
Nabi bersabda kepada utusan anak perempuan baginda yang menyampaikan berita kematian cucu baginda, lalu baginda bersabda :
” Pulanglah kepadanya dan khabarkan sesungguhnya Allah berhak mengambil dan memberi kepunyaanNya, setiap perkara sudah ada ajalnya disisi Allah, maka suruhlah dia bersabar dan mengharap ganjaran kepada Allah”.(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Saya sekali lagi mewakili seluruh kepimpinan dan warga MPPMJ, merakamkan takziah dan berharap agar seluruh ahli keluarga dapat bersabar atas ketentuan Allah Subhanallah Wa Taala ini. Semoga Allah Subhanallah Wa Taala. melimpahi rahmat ke atas roh beliau dan mudah-mudahan beliau ditempatkan bersama roh para solihin dengan izin Allah Subhanallah Wa Taala, InshaAllah. Al-Fatihah
MUHAMMAD HUSSIN BIN MOHD FAUZI
Presiden,
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan sesi 2011/2012
Innalillahi wainna ilaihi roojiuun...Allahu Akbar..sedih...teringat kenangan pahit yg lalu...
ReplyDelete