Friday, December 23, 2011

mujahid kecil..

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

pagi jumaat yang tenang. Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW. jom berselawat..Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad..semoga hidup kita dan mati kita dalam keadaan beriman dan disana nanti kita mendapat syafaat dari Penghulu sekelian Nabi itu.

sebelum saya nak cerita pasal mujahid kecil tu..saya nak ucapkan terima kasih buat anda-anda yang masih sudi menjenguk kami dua beranak kat sini. ramai yang meletakkan link blog ini di blog mereka. terima kasih. sebenarnya saya takut, takut sangat2 bila makin ramai orang membaca kisah saya. saya tahu risikonya ada. tapi, saya niatkan segalanya kerana Allah. semoga anda mengambil manafaat apa yang baik, dan segala yang buruk, sila abaikan..kebaikan itu datangnya dari Allah..keburukan dan kelemahan itu datangnya dari diri insan yang dhaif ini. hakikatnya insan ini juga dari Allah, Pemilik segala-galanya. apabila anda menyatakan saya kuat, tabah dan sabar. semoga ia menjadi doa buat saya. saya tidak kuat, saya bukanlah seorang yang sabar, apatah lagi tabah untuk menghadapi semua ini. tapi ketabahan, kekuatan dan kesabaran itu datangnya dari Allah jua. Dia yang meminjamkan segala-galanya kepada saya. saya diuji begini, ada manusia diuji lebih susah dari saya, ujian kesakitan yang berpanjangan, saya rasa kalau saya ditempat mereka.saya tidak mampu menghadapinya. ada diuji ujian impian yang tidak kesampaian, cth sudah lama kahwin, masih belum punya cahayamata, ada ujian penceraian hidup, ada ujian kesenangan hidup. ya, kesenangan hidup juga ujian. malah pada saya, ujian itu jauh lebih susah dari mana2 ujian yang lain. opppss...dah terpanjang la plak..hehe..

okey, jom kita bercerita tentang mujahid kecil ni plak. umur dia sekarang dah 2 tahun 8 bulan lebih dah. kejapnya rasa, dah makin membesar dah. selalu dia cakap,"muhammad dah besar dah". tapi kalau perkara yang dia taknak buat dia akan kata, "muhammad kecil lagi.." hehe..subjektif betul kecil-besar pada dia. boleh berubah mengikut kehendak dia sendiri. ^_^

dia semakin petah berkata-kata. baru-baru ni, dalam perjalanan pulang dari Temerloh, saya memandu tenang. seperti biasa, dia jadi peneman dan 'radio' dalam kereta tu. memang dia takkan berhenti bercakap, kecuali kalau dia tidur. dalam kereta tu, tiba-tiba dia tanya saya, "mi..sape jadikan Allah?"..haaaiishhh...budak ni baru 2thn 8 bln..dah tanya soalan yang sangat mencabar tu..jadi saya pun terangkan yang Allah tuhan kita, yang mencipta kita. Tiada siapa yang menjadikan Dia. Dia terjadi dengan sendirinya. Dia takkan sama macam kita. saya tak tau la dia faham tak apa yang saya terangkan. saya  terfikir juga, camana nak terangkan dengan penerangan yang ringkas dan difahami oleh kanak-kanak berusia dua tahun lebih ini dalam konsep ketuhanan. camana yek..saya kena banyak membaca lagi ni. tapi penerangan saya hari tu, dijawabnya,"oooohh.." dan dia sendiri yang sambung."Allah jadikan pokok, Allah jadikan buah.Allah jadikan motor besar.." hehe..dia sangat meminati motor besar. saya pun terangkan, motor besar tu manusia cipta, tapi manusia ni pun Allah yang cipta. Bijak tak Allah? berkuasakan Allah...

suatu hari yang lain, dia bermain-main bersama sepupu-sepupunya. berlari-lari di tepi longkang. tiba-tiba kakinya terjatuh dalam longkang. "Allah.." dia melatah. Alhamdulillah. sekurang-kurangnya nama Allah telah masuk sedikit demi sedikit dalam hatinya. Atok dia selalu berpesan, ajarkan kalimah Lailaha illallah padanya. masukkan kebesaran Allah dalam hatinya, sebelum dia membesar dengan membesarkan makhluk ciptaanNYA.

perkembangan pembelajarannya, emm..dia semakin rajin mengaji. kadang-kadang, dia sendiri mencari buku Al-Furqannya. cuma sejak saya kurang sihat baru-baru ni, aktiviti mengajinya sedikit terganggu. kesian muhammad, hari ni kita sambung semula ya sayang..dia dah kenal byk huruf,tapi kadang-kadang, agak sukar dia menyebut. bab hafazan pulak, dia agak ketinggalan sedikit. masih di tahap lama. saya tidak mahu terlalu memaksa. belajar menghafaz ketika santai, tapi sayangnya..dia sangat suka bermain. hafazannya jadi tunggang langgang. kadangkala tidak mahu mengikut kita membaca. bagaimana ya...saya terbaca yang darwish tu boleh menghafaz surah Al-Buruj sambil memanjat kerusi. MasyaAllah..camana saya nak buat kat muhammad, supaya dia betul-betul suka menghafaz. tanpa paksaan dari saya.saya kena email dan menuntut dengan kak Lina Karim, ibu Darwish n Darwisya la ni...huhu...dia juga sudah pandai membilang satu sampai sepuluh. tapi selalu hilang no 8..nape ek..tak minat nombor lapan kot...huhu..


Alhamdulillah, sekarang ni muhammad sudah mula mengikut atoknya ke masjid. selalu jemaah masjid tanya tok, tak nangis ke dia? biasanya dia tak nangis, elok je dia ikut sembahyang kat belakang.bila balik dari masjid, saya akan tanya, " muhammad solat apa tadi?" dia akan kata,"muhammad solat ashar..tok solat gerib.." hehe..jarang sungguh sama jawapan solatnya. mesti dia solat lain dari atoknya. tapi kebelakangan ni, dia selalu juga ajak tok balik awal. sedangkan tok selalu balik lewat. kesian plak kat tok. jadi muhammad tak ikut tok le masjid dah dua tiga hari dah. minggu depan, muhammad akan ikut semula. i.Allah..saya perasan, bila dia ikut saya singgah di masjid, dia akan terus ke tempat wudhuk, dan berwudhuk. selalu tak sempurna pun wudhuknya. sokmo lupa basuh kepala. dari basuh muka, basuh tangan sebelah sampai siku dan terus basuh kaki. bila suruh basuh kepala, dia akan hulurkan satu kepala dia bawah paip. habis basah semua..huhu..selalu kena bawa baju spare, singgah masjid mesti kena tukar baju, sebab habis basah baju ambil wudhuk. sekali tu, singgah kat masjid Kuala Krau. lepas amik wudhuk je, dia terus masuk masjid (tempat muslimat, masih tak ajar dia untuk ke tempat muslimin) dia trus solat (ikut cara dia la...hehe) padahal jemaah tak solat lagi. consider dia solat sunat tahiyatulmasjid la tu...hehe...bila jemaah solat, dia ikut jugak..tapi sokmo siap awal dari jemaah.then lari-lari dalam masjid. kadang tu bising gak.. takut gak jemaah lain terganggu. sekarang ni orang masih belum terbuka untuk mmbawa kanak-kanak mencintai masjid. tapi setakat ni, tak pernah muhammad kena marah buat bising dalam masjid. selalu gak pesan dan tegur dia. semoga dia faham suatu hari nanti, dan semoga masyarakat kita akan menjadikan masjid, salah satu tempat mesra kanak-kanak suatu hari nanti.

Alhamdulillah, terasa seronok dn bahagia sangat membesarkan muhammad fathi. pelbagai cabaran., pelbagai dugaan, namun kebahagian melihat dengan membesar depan mata itulah yang tak ternilai. Alhamdulillah Ya Allah..nikmatMu yang tak terkira. semoga mujahid kecil ini menjadi mujahid soleh, sesoleh Sultan Muhammad Al-Fateh..amin..

















5 comments:

  1. Assalammualaikum.. Saya suka bace blog akak.. Pernah saya bace 1kisah dlm blog akak smpai menitis airmata.. Saya kagum ngan akak.. sbb akak tabah dalam menghadapi ujian nye.. Semoge muhammad jadi anak yang soleh .. Dan boleh jage ummi dia..

    ReplyDelete
  2. amin... muhammad dgar kata ummi ye...jd anak yng baik..

    ReplyDelete
  3. Amin...moga muhammad menjadi insan soleh dunia dan akhirat...penyejuk hati bonda..penyelamat kedua-ibubapa diakhirat sana...amin.

    ReplyDelete
  4. tima kasih sudi baca blog yg x seberapa ni..amin semoga muhammad fathi menjadi anak dan hamba Allah yang soleh..terima kasih atas doa semua..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...seronok bace blog akk... akk pndai mengarang...=) Saya doakan agr akk trus menjadi insan yang kuat dan tabah...bukn sng nk mmbesarkn ank...Tp, insyaAllah,akk boleh...hope akk trus kekalkn penulisan blog akk...mgkin kisah2 akk dpt mnjdi pnduan bg org lain...

    ReplyDelete