Sunday, December 4, 2011

home sweet home..

assalamualaikum...

ingatkan nak buat enty pagi tadi..best je nak menyayat di pagi yang tenang,tapi sibuk2 dengan kerja rumah, makanya,saya terpaksa mem'postponed'kan niat saya..sehinggalah matahari tegak di atas kepala..:)

salam ukhuwwah semua. hari ahad yang tenang. sedari pagi, sibuk melayan anak+anak saudara-sambil masak+lepaks dengan adik2 yang jarang2 jumpa..jadi sedar tak sedar, masa berlalu begitu saja.rupanya dah masuk separuh hari untuk hari ini. entry ni dibuat untuk cerita kisah semalam..jadi jom...kita zzzzaaaasss kembali ke hari semalam...

pagi sabtu..bangun pagi2.terus sibuk nak memasak, sebab hari ini saya bercadang untuk membuat jamuan di rumah saya di Taman Jaya 8 Temerloh Pahang.Rumah saya yang baru dapat kunci bulan April yang lalu..bulan April???ooohhh..sudah lama yer..hehe..waahhh..baru saya sedar, sudah lapan bulan saya dapat kunci..tapi saya tak buat apa2 pun dengan rumah tu...huhuu...sungguh terharu..:(

cuma sebulan yang lalu, saya berjaya meletakkan perabot asas dalam rumah tu. nak buat apa yer rumah tu...saya pun tak tahu kalau orang tanya macam tu..nak duduk, rasanya tidak buat masa sekarang sebab saya selesa tinggal di rumah mak ayah saya sekarang, lagipun sekolah tempat saya mencari rezeki hanya dua tiga langkah dinosour je dari rumah saya..kalau nak disewakan, saya rasa sayang..sebab rumah baru, takut rosak pulak..dan akhirnya,saya bercadang untuk bangunkan sebuah homestay atau rumah sewa harian di rumah tu,walaupun saingannya banyak,tapi takpelah..rezeki masing2 kan..semoga ada manafaatnya nanti.

saya rasa, kalau orang lain mesti excited sangat2 bila dapat kunci rumah sendiri buat kali pertama. kalau anda tanya saya, saya akan jawab..biasa je..mungkin sebab situasi yang berbeza. tahun 2009 dulu,saya memang bercadang untuk memiliki rumah pertama sebelum umur 30tahun. dan saya sendiri mencari2 iklan daripada pemaju perumahan, dan ketika itu, arwah mak mertua saya ada menegur" kak ngah nak beli rumah ke?" saya menafikan, sebab niat saya tu saya tak bincang lagi dengan abang. abang hanya memandang saya dengan penuh tanda tanya bila mak tegur saya begitu. then saya ceritakan hasrat saya pada abang, dia hanya diam. menyokong tidak, menolak pun tidak. (peristiwa ini berlaku dalam jangka masa sebulan sebelum pemergiannya..)

cuma seminggu selepas itu, abang sendiri cakap,"bestnya kalau kita ada rumah sendiri kan.." 
sayang," emmm...memang best, sayang nak tanam orkid banyak2"
abang, "petang2 boleh kita berkebun.."
sayang, "emm..kita tanam pisang yek.."
abang, " hujung minggu baru kita balik umah relai atau jenderak kan.."

berangan memang best!! ^_^

sayangnya, angan-angan itu hanya sekadar angan-angan. Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah kurniakan. tak sangka pada usia 31 tahun, Allah telah memberi saya rezeki ini. hakikatnya bukan milik saya sepenuhnya lagi, kerana  hutang saya yang bertimbun itu..huhu..
apepun..syukur yang tak terhingga..semoga rumah itu menjadi aset yang mendatangkan keuntungan buat saya dan anak soleh saya. hakikatnya, segalanya bukan milik saya. harta yang Allah pinjamkan ini, saya akan hibahkan buat anak soleh saya Muhammad Fathi. saya tiada harta..yang ada semua milik Allah dan dipinjamkan buat anakanda tercinta. semoga Allah menganugerahkan kami satu rumah di syurga kelak..untuk kami sekeluarga berkumpul semula...amin ya rabb..

p/s: 1-ini bukan gambar rumah saya, ni tempat kami berdua menumpang teduh, rumah mak ayah saya..
2- errkk- maaf, gambar muhammad not in proper attire..
3- sedang menangis berebut kamera dengan ummi....haha....



4 comments:

  1. Assalamualaikum..amin..smga impian kita utk menempah satu mahligai di syurga bsama yang dicintai dimakbulkan Allah...

    ReplyDelete
  2. amin ya rabb..insyaAllah kak, semoga Allah tempatkan semula kita bersama org2 yang kita syg di JannahNya..amin.

    ReplyDelete
  3. rumah akak ni kat temerloh laa ye.. maksudnya kalu saya nak bercuti ke sana leh stay kat umah homestay akak ni kan..

    ReplyDelete
  4. Ain..dlm gambar ni rumah mak akak..umah akak yang nak wat homestay tu x letak gambar lg..masih dlm usaha nak bg fully furnished..nnti kalo dh siap akk letak gambar n promosi..i.allah..leh la ain datang nnti..:)

    ReplyDelete