Sunday, October 30, 2011

bakal menerima kehadiran 'orang baru'...

assalamualaikum..

Alhamdulillah..terasa malam ni ada sedikit kelapangan memandangkan si kecil saya sudah lena...dan..oohh..sebenarnya masih ada tugasan sekolah untuk pengumpulan data murid-murid masih belum selesai, namun..biarkanlah buat sementara waktu kerana hati dan jari ini bagai ditarik-tarik untuk ditarikan di dada keyboard ini. kerja..ianya takkan selesai sehingga mata ini ditutup buat selamanya.

Kesempatan dua hari yang terluang, saya gunakan untuk balik kampung. kemana?Kg Relai, Kerambit Kuala Lipis Pahang. kampung tempat bersemadinya arwah suami,mak dan ayah mertua saya. tujuan sebenar, bukan sekadar untuk menemui adik2 saya yang dah lama tak jumpa.(.kali terakhir berjumpa selepas aidilfitri yang lalu..oppss....kalau aidilfitri..baru lagi laa)....emmmm...sebenarnya..adik ipar saya bertunang semalam dengan anak dara salah seorang pakcik yang tinggal di kg sg soi kuantan. makanya, berarak la kami beramai2 ke kuantan semalam. cadangnya nak tidur di kuantan..tapi last minit, terpaksa balik memandangkan kebanyakan dari adik2 tu nak bergegas balik ke universiti2 masing2 dan tempat2 kerja masing2..

Ini adalah pertunangan kedua dalam tahun ni dalam keluarga di kg Relai..dan mungkin akan ada yang ketiga di penghujung tahun ini. nasihat kak long.kak ngahnya dan org2 tua yang lain.."deme buat serentak je la kenduri nanti..senang kerja..kita ni takde orang tua..sekali harung kan senang.." semoga Allah permudahkan urusan anak2 yatim piatu itu..amin ya rabb..

Balik ke kampung, satu perkara yang sangat menggembirakan saya..bukan apa..selain mengimbau memori, saya seronok dan terkesan sangat2 dengan ketabahan kesebelasan adik beradik arwah..yang tetap tabah,sabar, hepi, tenang, berkerjasama, bersatu hati..dan banyak lagi nilai2 murni kalau nak di'list'kan walaupun mereka semua insan2 terpilih yang diuji Allah..bukan senang weii..nak memujuk hati saat orang lain hepi sekeluarga dengan mak dan ayah yang ada untuk menempuh hari demi hari, menyambut raya dan tentunya ketika nak menyambut kehadiran 'orang2 baru' dalam keluarga..yang menyarungkan cincin buat tunang2 adik2 tu, tak lain tak bukan siapa lagi..kalau bukan pengganti mak nya..kak long mereka laa..sedara mara mengusik 'mak muda'..umur 32 tahun..berperanan menggantikan mak dalam semua perkara. 

energy saya kembali di'charge'..saya perlu lebih kuat dan tabah dari mereka..dan tak lupa..saya juga perlu membantu mereka andai diperlukan..saya sayangkan adik2 saya disana..sebab mereka punya orang2 yang menyayangi saya tanpa syarat..mereka tetap adik2 saya sampai bila2..insyaAllah..




Saturday, October 29, 2011

anak soleh

assalmualaikum..

nak memulakan ayat pun terasa kekok..almaklumlah..sekarang ni nak wat entry punya la malas..tahap gaban punya..banyak menda nak cerita..nak celoteh.. tapi kan..sokmo je niat tak kesampaian..pergi sekolah,balik sekolah, layan anak soleh..bla..bla..bla..dah malam, sempurnakan tanggungjawab dengan Pencipta kita..anak soleh dah ngantuk..tidurkan anak soleh..terus umminya pun..zzzz...sambung esoknya..gitu la jugak rutinnya..takde nya nk buka blog..fikir2..nk susun2 ayat..hai..sat lagi datang anak soleh..."mi..nak aa..ba..ta.."..sudahnya..tinggallah blogku ini usang sendiri..huhu..

 sekarang ni anak soleh ni sangatlah riuh..ramah..friendly..asal buka mata..mulut dia pun riuh la..mata tutup..barulah dia tutup mulut..tu pun kadang2 tidur mulut terbuka..hehe..sebelum tido pun ada je report dan request dia..baru2 ni sebelum tido dia cakap, "mi..muhd nak beli motor besar cam aki cu..mi beli ye.." pasal kamera DSLR pun dah beberapa kali dia minta..haii..kanak2 zaman sekarang..macam2 kan..tak serupa zaman mak ayah dia kecik2 dulu..masa kan sentiasa berubah..harap sangat2 semoga muhammad fathi tidak menjadi seorang yang materialistik.. semoga anak soleh jadi hamba Allah yang soleh, jadi seorang yang beriman,bertaqwa,berilmu dan beramal dengan ilmunya..dan menjadi pejuang agama Allah..amin ya rabb..


 8 bulan






1 tahun 4 bulan






Saturday, October 8, 2011

ISU HANGAT KINI- bajet 2012..


Assalamualaikum warahmatullah..

Alhamdulillah..atas segala nikmatMu ya Rabbi. Semoga aku tergolong dalam golongan orang yang sentiasa bersyukur padaMu ya Ilahi..

Semalam, bajet 2012..pastinya topic ini hangat dibincangkan dalam media maya, media elektronik,media cetak dan perbualan sehari dua ini. Alhamdulillah..rezeki Allah beri..ingat tu Allah yang Maha Pemberi Rezeki. Dapatlah juga bonus setengah bulan gaji dan kenaikan gaji.

Ramai dikalangan pekerja swasta tidak berpuas hati dengan bajet ini. Tiada benefit untuk mereka. Bukan imbuhan atau one-off payment yang diperlukan,tetapi pemansuhan  cukai-cukai tertentu yang diperlukan. Ikutkan mereka juga banyak menerima bonus dari majikan mereka (bagi sesetengah majikan la..) tapi cukai yang dikenakan mungkin agak membebankan berikutan cost of living yang makin meninggi dewasa ini.

Sebelum ini ada terdengar dalam segmen isu semasa di radio IKIM.fm tentang pro dan kontranya usia persaraan dilanjutkan ke 60tahun. Penyelidik IKIM itu menyatakan bahawa Negara kita adalah antara Negara yang menetapkan usia persaraan paling rendah berbanding Negara-negara lain. Kebanyakan Negara menetapkan usia 60tahun dan UK adalah Negara yang meletakkan usia persaraan antara yang tertinggi iaitu 65 tahun. Rasionalnya ialah purata umur rakyat Malaysia telah meningkat ke 70 tahun dan lebih. Antara factor lain usia persaraan ini dilanjutkan menurut penyelidik IKIM tersebut ialah kerana purata rakyat Malaysia yang berkahwin lewat meningkat. Maknanya, mereka menyimbangi usia persaraan dan usia anak pekerja ketika bersara. Saya tidaklah menyokong seratus peratus apa yang telah ditetapkan oleh kerajaan, kerana kontranya tetap ada. Bagaimana dengan peluang pekerjaan bagi warga muda. Sekarang, peratusan pengangguran dikalangan warga muda adalah rendah iaitu sekitar 3.9% sahaja. Berikutan ketetapan usia kerajaan tentang usia persaraan itu, kemungkinan peratusan pengangguran. akan meningkatkan. Dan kerajaan mungkin berhadapan dengan situasi mc yang berlambak, maklumlah dah berusia, lutut dah ‘ketat’,pinggang dah ‘bengkok’ atau ‘bongkok’. Itu belum lagi termasuk yang diserang oleh penyakit-penyakit 3 serangkai atau penyakit-penyakit yang glamour dewasa ini.

Saya sendiri, andai dipanjangkan umur, belum tentu sanggup untuk meneruskan perkhidmatan sehingga 60 tahun. Kerja satu ibadat, jika kena dengan niatnya, tetapi hati ini teringin juga untuk beribadat secara khusus yang penting tiada stress.   

Saya bersyukur atas apa yang dijanjikan, namun saya terlebih gembira tentang berita tentang kemudahan untuk melanjutkan pelajaran bagi penjawat awam. Alhamdulillah, Allah Maha Mendengar dan bakal memakbulkan doa saya (amin..) hasrat yang tertangguh sejak sekian lama, cadangnya saya mahu melanjutkan pelajaran tahun depan. yuran pengajian, tempat pengajian dan bidang pengajian juga telah di’survey’. Cuma tunggu masa untuk mendaftar secara online apabila tiba masanya. Dan apabila kerajaan mengumumkan tentang pembiayaan yuran pengajian ijazah sarjana dan PHD bagi penjawat awam saya tersenyum syukur. Selain niat saya untuk mencari ilmu, saya juga berniat untuk mencari tempat Muhammad fathi menimba ilmu seawal mungkin. Pada hemat saya, jika dulu Rasulullah sedari kecil dihantar ke perkampungan Bani Saad untuk memastikan akhlaknya mulia dan pertuturannya fasih, apa salahnya andai saya mencari ruang dan peluang untuk Muhammad menimba ilmu sedari kecil supaya dia dapat belajar bertutur dalam bahasa kedua, menghafaz Al-Quran sedari umurnya 3 tahun dan saya berharap saya dapat memastikan penggunaan otaknya dimaksimumkan sebaik mungkin (insyaAllah biiznillah..) kita merancang, dan penentunya adalah Yang Maha Esa. Semoga Allah memudahkan urusan saya dan anak saya dan memakbulkan hajat saya untuk menuntut ilmu sebanyak mungkin.  

Sunday, October 2, 2011

ohh facebook...

assalamualaikum..

Segala pujian buatMu yang tidak lupa untuk MEMBERI, sedang hambaMu ini selalu lupa untuk BERSYUKUR. TERLALU banyak nikmat yang Allah beri, tidak kita hargai, yang kita cari apa yang tiada pada kita. selalu lupa apa yang ada pada kita, dan selalu menyintai apa yang ada pada orang lain. mengharapkan apa yang ada pada orang lain menjadi milik kita juga. bersyukurlah!!! setiap manusia ada bahagiannya..

Pagi Ahad yang indah. selama hampir dua bulan, sejak Ramadhan hingga menjelang Aidilfitri dan perginya arwah aki, rutin hidup saya keluar dari norma kehidupan biasa. selalunya pergi ke sekolah mengambil masa tak sampai lima minit, tapi selalunya dalam dua bulan ini, saya berulang dari kampung yang mengambil masa empat puluh minit ke sekolah. tak jauh sangat pun, tapi sedikit memenatkan. makanya, jarang la saya online dan mengadap laptop lama-lama. sekarang barulah ada kelapangan, tetapi idea pulak yang menghilang.

apabila membuka laptop, saya akan ke facebook, blog2 yang 'wajib' baca, check email dan menambah sikit ilmu dari manafaat teknologi sekarang. apabila membuka akaun facebook, perubahan demi perubahan dibuat oleh admin facebook. ramai yang merungut. tidak selesa dengan perubahan baru yang dibuat oleh facebook, dengan komen daripada friends yang dapat dilihat oleh friendsss yang lain, walaupun tiada kena mengena. apapun yang ditulis oleh friend, akan dapat dilihat oleh orang lain. emmm..memang agak tidak selesa. big boss facebook kata, "aku punya facebook, suka hati akulah nak buat camane..hangpa suka sangat kat facebook aku ni..hangpa ikut je la.." begitulah lebih kurang mungkin komen balasannya daripada rungutan orang ramai.

pun begitu, orang kita dan orang-orang bukan dari kalangan kita ni terus addicted dengan facebook. termasuk saya? saya rasa saya taklah addicted sangat. ada masa,saya buka..tengok2 cerita dan berita terbaru kawan-kawan. sesekali komen dan like...itu saja..sehubungan dengan perubahan baru facebook tu, maka ramailah sahabat2 minta tolong unsubscribe nama dia di sebelah kanan tu..supaya komen2 dia tidak terlalu di'public'kan serata dunia. walaupun saya terbaca nota -minta-tolong tu..tapi saya tak buat pun..sebab saya rasa sahabat2 saya yang terpilih tu tak la jenis mengarut sangat. kalau ada yang mengarut saya akan unfriend je..kalau tak nak komen menjadi tontonan awam,janganlah komen..kalau komen pun, komen yang baik-baik saja, sebab kita hari-hari pun memang kena buat yang baik-baik aje..jangan buat yang tak baik. kalau fikir balik, kita ni hari-hari 24/7..setiap saat menjadi tontonan malaikat yang mencatit dan menjadi tontonan SANG PENCIPTA MANUSIA DAN PENCIPTA SEGALA YANG ADA DIDUNIA INI..apalah nak ditakutkan takat menjadi tontonan dalam facebook tu...betul tak?

itulah kan..semakin hari, semakin canggih manusia..semakin sempit dunia. facebook ini membuatkan semua manusia tau cerita awak, kalau awak jenis suka bercerita..manusia tahu awak marah, kalau awak jenis suka luahkan kemarahan di wall facebook, manusia tahu awak berharta, kalau awak jenis suka tunjuk gambar harta2 awak..manusia tahu awak sedang bahagia, bila awak tunjuk gambar keluarga bahagia atau status awak stail dalam hati ada taman dan bunga sedang berkembang mekar. semua jadi terlalu open dengan teknologi hari ini. hatta dalam masjid pun boleh buat status " tengah tunggu nak solat isyak berjemaah..banyak pahala dapat  bila berjemaah..."  aduhhh laaa...

Kesimpulannya, berpada-padalah dalam segala hal..nak berfacebook, jangan sampai runtuh rumahtangga, nak berfacebook jangan sampai anak kelaparan, nak berfacebook jangan sampai bermasam muka dengan jiran, dan lebih afdhal kalau yang dah senja tu..pakat2 la gi ke surau masjid, dari rajin ke Pusat Jalur Lebar Komuniti (ni kes dalam felda saya je mungkin..) semoga kita semua dan zuriat keturunan kita dilindungi dari fitnah dunia yang makin mencabar ini..semoga Allh selamatkan kita..