Saturday, January 29, 2011

inilah hidup seorang ummufathi..

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah atas segala nikmat kurniaanNya..

Minggu yang penuh kontroversi..macam-macam yang berlaku dalam minggu ni. isnin, hati terguris dengan kata-kata seseorang..agak emo aku ni kan..tapi andai anda di tetap aku,pasti anda juga terasa. kerana ia seolah-olah menjatuhkan maruahku. tapi aku ni stail x pendam dan tak reti nak dendam, bukan bermakna diri ini baik sangat, tapi bila aku dah luahkan dengan airmata, segalanya bagai hilang..bila aku tengok muka orang tu, aku tak rasa apa-apa dah, even sebelum ni rasa cam nak........................

Rabu lalu, aktiviti kokurikulum berjalan seperti biasa. minggu ini giliran sukan dan permainan. mengikut ketetapan yang diputuskan dalam mesyuarat, aktiviti mestilah dijalankan pada waktu petang, jam 5.00ptg sehingga 6.30ptg. ini perjumpaan pertama bagi kelab-kelab di bawah sukan dan permainan. so, seperti biasa, pemilihan AJK akan diadakan pada perjumpaan pertama ini. disebabkan sekarang musim hujan, kak midah yang juga guru bola jaring mencadangkan agar perjumpaan dibuat di waktu tengahari, selepas waktu pulang murid-mutid tahap 2. jadi berlangsunglah perjumpaan kami dengan jayanya.

Esoknya, khamis, ketika aku masuk kantin untuk sarapan, kebetulan guru besar juga ada disitu. maka, guru besar pun bertanya tentang perjumpaan semalam. katanya ada ibu bapa penjaga murid yang marah-marah tunggu anaknya diluar pagar, sebab anaknya tak keluar-keluar walaupun jam sudah menunjukkan pukul dua. agak terkejut. tapi aku selamber je, bersahaja memohon maaf atas kecuaian sendiri. walaupun ianya idea kak midah, tetapi aku tak leh letakkan kesalahan atas bahu dia seorang, sebab guru bola jaring ada tiga orang, so kami semua bersalah lah. alasannya, kami tak maklumkan pada pihak atasan dan ibu bapa akan perjumpaan itu hingga menyusahkan ibubapa yang menunggu anaknya. memang aku tidak terfikir tentang itu sebabnya hari itu aku agak moody disebabkan kata-kata orang itu, aku hanya diam dan mengikut saja. perkara itu berlarutan sehingga dibawa ke dalam KMK. kebetulan pulak aku tiada dalam KMK khamis tu, sebab ada tasmik, jadi kak midah lah juga terpaksa menjawab bagi pihak bola jaring. sehingga jumaat, kak midah masih terkejut dengan apa yang berlaku, dan dia sangat-sangat risau dan terkilan. tapi aku cakap kat dia, tenanglah kak midah, guru bola jaring tiga orang, tapi seolah-olah dia seorang je guru bola jaring, risau terlebih. perkara nak berlaku dan ianya telah berlaku.

jumaat, satu lagi kontroversi berlaku, melibatkan politikus dan jagoan kampung. macamana aku tersepit di celah-celah pergolakan politik felda ini pun aku tak tau..ceritanye camni..untuk pemilihan pemain bola jaring sekolah dan latihan pemain tu, aku memohon bantuan seorang ahli PIBG sekolah yang agak rapat denganku. maklumlah aku tak mampu memberi komitmen setiap petang melatih mereka, terutama agak sukar untuk aku nak mengheret muhammad setiap kali ada latihan, jadi aku memohon jasa baik kak ida tolong. malangnya sewaktu pemilihan orang lain yang datang tanpa diundang. bagai orang mengantuk disorongkan bantal, aku pun dengan sukahatinya memohon bantuan ibu kepada murid yang menjadi calon pemain sekolah tu untuk melatih. maka, semua pemain sekolah serta murid-murid yang pernah bermain bola jaring bermain di padang futsal tempat geng-geng kak su ( ibu pemain sekolah tu) bermain. rupa-rupanya kak su dan kak ida ni tak sebulu..kak ida mewakili golongan 'wanita' dan kak su mewakili golongan 'puteri'. pergolakannya dah lama bermula dari pemilihan puteri dan berlanjutan hingga ke padang bola jaring.. aku manalah tahu semua tu..tau pun bila kak ida datang jumpa aku petang jumaat tu mengadu kat aku yang semua geng 'kecil' dia (anak murid aku yang bermain wakil sekolah) lari ke padang futsal (lari ke geng k.su), kata kak ida, dulu budak-budak kecik tu tak dipandang pun oleh geng padang futsal, selalunya kalau geng padang futsal tak cukup pemain, mereka main bola jaring dengan budak-budak lelaki yang melepak kat padang tu. geng kak ida yang bermain di dewan je layan budak-budak kecik tu. sekarang ni budak-budak kecik tu pulak yang jadi rebutan. aku yang tak tau apa-apa hanya memohon maaf atas apa yang berlaku dan semuanya bukan atas kehendak aku nak melaga-lagakan mereka.

mak kata, ada peluang untuk aku mainkan peranan utk berdakwah dengan mereka. aku agak janggal sebenarnya bersama dengan mereka yang 'not proper attire a.k.a so sexy. tapi Allah dah pilih aku bersama mereka. memang aku patut buat sesuatu..tapi macamana yerr..pergolakan tu aku takkan sentuh bila bersama puteri-puteri tapi hati-hati wanita juga aku perlu jaga. ya Allah ya tuhanku bantulah aku...

p/s: bila puteri dan wanita tak sebulu, bolehkah seorang 'nisa' menghulurkan bantuan? ;)


ummufathi @ FJU,
3.58pm

Thursday, January 27, 2011

jom layan...

Asslamualaikum..

bismillahirrahmanirrahim..

hari ini pergi sekolah dengan mata yang bengkak. sekali lagi sepanjang 1 thn 9 bln 3 minggu 3 hari ini..kali ni taknak menyembunyikan mata disebalik cermin mata, masih selamber dan bersahaja..senyuman tetap dibibir dan sesekali menyampuk orang berborak dan tergelak dengan lawak mereka.

namun andai di teliti air mukaku, ia tetap mendung. semendung cuaca hari ini. terserempak dengan seorang kakak cleaner yang sudah berpengalaman seperti aku, suaminya meninggal dunia ketika umurnya 24 tahun, meninggalkan dia bersama 3 orang anak yang masih kecil dan seorang baru 3 bulan dalam kandungan. daripada tidak pandai menoreh getah, kakak tu terpaksa belajar menoreh getah dan mengharungi susah payah mencari rezeki demi menyuap sesuap nasi ke mulut anak-anak. muhasabah diri sendiri, aku diuji tika terlalu banyak nikmat yang diberiNya..Allahu rabbi..dan kakak itu dapat membaca airmukaku, serta dapat mengesan bengkaknya mataku.

kenapa sampai macam tu? ia sekadar satu lagi ujian yang aku perlu hadapi. akibat kata-kata manusia yang tak berfikir sebelum berkata. akibatnya ada hati yang terluka tanpa disedari..ingin sekali bibir ini menuturkan kata-kata balasan..dan kata-kata sentiasa bermain2 di dalam hatiku. dan Alhamdulillah, kesabaran masih mengatasi segalanya. bimbang juga aku terlepas cakap sebab manusia ini kesabarannya ada hadnya juga..harap2 aku dapat terus bersabar. doakan yer..

biasalah mulut orang kan. terutama yang melibatkan golongan istimewa macam aku ni. ada je yang nak mengata, walaupun aku rasa aku dah sehabis daya menjaga diri daripada terjebak dengan fitnah. mungkin sebab bekerja dengan manusia-manusia yang kurang rasa hormatnya pada muslimah. untuk hari-hari mendatang, aku akan mengambil ibrah dari apa yang telah terjadi. 

oklah, malas dah nak citer yang sedih2..sekarang aku nak layan lagu ni..



pernah sekali dulu dia pernah berkata, "insyaAllah, abang akan jaga sayang, sayang syg sepanjang hidup abg."
so, aci dak kalau aku terasa dia tujukan lagu ini untuk aku..hehe..dan betul katanya, kata-kata terakhirnya padaku juga..abang saaayang syg...

kami suka senilagu yer..memang suka nasyid..tapi ada gak terbabas lagu anuar zain dan faizal tahur..hehe..dia juga pernah nyanyikan lagu keabadian cinta dan mahakarya cinta kat aku..hehe..memang best..sebab si dia ni stail suka luahkan perasaan..tak macam sesetengah golongan dia yang jenis tak suka nak cakap sayang, sayang, miss.miss.luv.luv ni..

dan dia juga suka melagukan Al-Quran padaku, dan pada baby dlm kandunganku dulu..sambil baring atas ribanya..arghh..segala kenangan indah ini juga menguatkan aku..

oklah dah la..layan lagu tak abes2..jom amik wudhuk baca al-Quran plak..

p/s: rindunyeeee...


ummufathi @ FJU,
11.09pm

Sunday, January 23, 2011

sahabat-->ini untuk kamu semua..

Bismillahirrahmanirrahim...


malam sudah panjang, namun mata masih belum mampu dilelapkan. seketika mengerling ke jam di dinding, jarum pendeknya sudah berada ditengah-tengah antara satu dan dua, dan jarum panjangnya sudah di angka 6. semalam dan hari ini  (ahad) cuti..jadi banyak masa dihabiskan di rumah bersama keluarga.

dalam pada itu, ada kesempatan menjejaki sahabat2 di FB. sebenarnya dah lama mencari sahabat-sahabat di Sarawak, alhamdulillah semalam dapat berjumpa dengan hampir separuh tenaga pengajar di sekolah penuh kenangan itu..SK RAKYAT JLN HJ BOLHASSAN.

juga membaca status fb kak zie, menjiwai setiap bait kata, setiap luahan rasanya..aku mengalirkan airmata..teresak2 aku disaksikan oleh keyboard lappy ini..sangat sedih..aku amat memahami bagaimana rasa kehilangan lewat 20 hari pemergian suami tersayang.

terbayang saat kita berenam makan laksa sarawak di kg no 6 (betul ke, tak ingat sgt dh kg no berapa)..aku dan abang fuad,kak zie dengan abang masdie, kak lehot dengan suaminya.. kebetulan abang fuad terbang ke sarawak cuti tu, tempat tu plak memang tempat feberet kami makan, hari tu kak zi dan kak lehot saja nak join, sambil para suami kami berkenalan.

kini, dua daripada enam antara kita telah pergi menyahut panggilan Ilahi..hanya empat antara kita yang tinggal..siapakah antara kita giliran yang seterusnya? hanya Dia Yang Maha Mengetahui..

anak kak zie sudah pandai bercakap. masih belum mengerti tentang mehnah dan tribulasi kehidupan ini. bertanyakan kemana menghilangnya sang abah..hanya linangan airmata si ibu menjadi jawapan. sabarlah sahabat..sesungguhnya Allah sangat menyayangi kita, sebab itulah kita dipilihNya untuk diuji.

masih teringat saat aku kehilangan anak sulungku dulu, kak zie dengan watak kakak sulungnya, menyabarkan aku sambil airmatanya melimpah ke pipiku saat dia mencium dahiku, memberi sedikit semangat dan kekuatan. sahabat itu ada di sisi saat aku diuji. kini giliran dia diuji..aku hanya mampu memanjang doa ke hadrat Ilahi semoga Allah terus memberati iman dia dan keluarga menghadapi saat yang sukar begini.

p/s: sihatkah lagi bapak hasanku?cikgu hashim dengan recoder yang mendayu, kak liza yg sungguh baik hati, kak aida yang ceria..cikgu wan yang suka menyuruh aku bersabar..kak janot yg suka bg tips kewangan, cikgu jamil yg suka panggil aku toke airasia, a.k.a airaishah..kak sot yg 'bising' tapi kuat bekerja..ust anuar pakar rujukku..kak ros yang penyabar.. ohh..kamek rindu gilak pada kitak orang sinun..

laman penuh kenangan

ummufathi @ FJU,
132am/23012011

Wednesday, January 19, 2011

umi dan muhammad fathi..

Assalamualaikum..dan salam ukhuwwah..


U.M.I

jam menunjukkan pukul 6.30ptg saat umi parking keta depan rumah tadi.perasan sibuk la konon..tapi memang betul2 sibuk kat sekolah, sampai kena tambah  masa bekerja dan bawa muhammad fathi sama ke sekolah. jumaat ni ada majlis penyampaian hadiah yang tertunda dari tahun lepas. dilantik jadi ketua AJK hadiah, tu jadi perasan sibuk tahap gaban tu..

dalam sibuk2 ni, umi perasan sejak dua menjak ni hati umi rajin berdebar..entah kenapa..ya Allah ya tuhanku jauhkanlah hatiku dari titik2 hitam yang mengotori hati ini..bimbang itu puncanya..

Allahu rabbi..tolonglah aku dalam menjaga diriku, hatiku,aqidahku, imanku, akhlakku,anakku, usrahku, dan anak-anak muridku..bantulah hambaMu ini ya Rabbi..

M.U.H.A.M.M.A.D F.A.T.H.I.

perasan tak air liur saya meleleh?..tapi saya tetap hensem kan..

saya dah semakin bijak sekarang, sebab saya dah semakin besar. saya dah faham apa yang umi cakap. wan cakap., atok cakap. cik inah, cik nor dan cik su cakap semua saya faham..cuma saya pandai cakap sikit-sikit je..tak la susah sangat nak cakap, sebab biasanya bila saya cakap mesti umi saya faham, walaupun saya cakap yang hujung2 je..

saya pun dah pandai lompat tinggi. dan pandai lari laju. dan pandai bawa basikal..sebab umi saya kata saya dah setahun sembilan bulan, tak lama lagi saya nak masuk dua tahun..emm..agak-agaknya saya dah besar la tu..

umi saya cakap, saya ni Mr. Fuad Junior..sebab muka saya macam muka arwah abah saya. saya pun tak tau macamana muka arwah abah saya, sebab abah saya orang soleh, jadi Allah sayang dia. umi saya kata bila Allah sayang abah,. Allah bagi abah rehat kat dalam kubur. nanti saya dan umi saya nak jumpa abah kat syurga.

umi saya kata, saya kuat sakat umi..macam arwah abah jugak..memang pun..dulu tu kan...saya kejar umi saya dengan ulat yang saya kutip kat tepi tangga tu..umi saya lari..hehehe..umi saya tu takut dengan ulat..syyyy..rahsia tau..jangan cakap kat umi saya, saya cakap kat awak je ni..

umi saya cakap, saya ni menurun abah la, suka sangat dengan mesin rumput..dan rumput2nye sekali..saya pun tak tau kenapa saya suka sangat mesin rumput,seronok tau tengok orang mesin rumput..awak suka tengok orang mesin rumput? tak suka? best tau..nanti bila saya besar nanti, saya nak tolong tok mesin rumput..macam abah saya selalu tolong aki mesin rumput..umi saya cite laa...

saya pun dah start mengaji, tapi saya suka baca sendiri2 je..sebab saya rasa saya baca dah betul..tapi lepas tu mesti umi saya gelakkan saya..umi cakap saya baca sedap dah, cuma bunyi lain sikit..takpelah nanti bila besar nanti saya belajar mengaji betul2, saya nak hafaz Al-Quran macam arwah abah saya, nak jadi ulama..nanti saya boleh ajar orang dan ajak orang masuk Islam..

oklah, umi saya dah ajak saya tidur tu..dah malam dah..umi cakap Allah jadikan malam ni untuk rehat, tidur dan ibadat..nanti kita jumpa lagi yer..assalamualaikum...


umi dan muhammad fathi,
FJU,
11.16pm

Sunday, January 16, 2011

ibrah dari peristiwa itu..

salam ukhuwwah..

Alhamdulillah, syukur pada Allah taala..Allah tidak lokek, tidak kedekut, tidak jemu memberi nikmatNya yang pelbagai..hanya manusia saja yang tidak mengingati, tidak mensyukurinya..semoga kita tergolong dalam golongan manusia yang bersyukur..

kali ni nak citer pengalaman sendiri..masih berkaitan dengan emosi..selalu emo-emo ni berkait rapat dengan perempuan kan..tapi lelaki pun Allah jadikan beremosi jugak, cuma mungkin sebab orang lelaki ni tanggungjawab besar, so, hal-hal yang berkaitan emosi ni selalu dia letakkan ke tepi saja..

waktu aku kat UIA dulu, aku memang dari tahun satu sampai habis dok kat mahallah sumayyah..pernah jadi EXCO Sumayyah Representative Council..jadi secretary cabuk je..pernah berdepan dengan satu kes cubaan bunuh diri..


kebetulan plak, org yang nak bunuh diri tu roommate aku..aku namakan akak tu, Kak I..aku tak rapat sangat dengan dia..bilik tu bercampur course, so, aku ngan kawan aku masuk bilik tu berjumpa la ngan akak tu ngan kawan dia, course HS..kak I amik course LAW..

pada hari kejadian, aku balik awal ke bilik disebabkan lecturer membatalkan kelas tengahari tu..so, aku terus balik ke bilik..sampai bilik, senyap sunyi je sebab kebanyakan student blok C tu pergi kelas..masuk bilik aku letak beg dan nak keluar jap ke toilet..then, aku ternampak macam akak tu terbaring atas lantai..compartment kak i setentang dengan compartment aku..aku pun tegur la kak i, ingatkan dia tertidur atas lantai..tapi dia diam je..aku pun jenguk kat compartment kak i, agak bersepah barang2 dlm tu..then, aku tengok mulut kak i berbuih..kenapa ni kak i..kat tangan kak i plak ada sebotol dettol yang hampir habis..aku syak, kak i minum dettol la ni...

aku pun menjerit minta tolong kat kawan2 aku kt blok tu, tapi sorang pun takde..last2 aku lari kat makcik guard.minta tolong..guard pun telefon ambulans dan ofis mahallah..aku lari semula ke tingkat 3 bilik aku, makcik guard pun ikut aku..kami berdua angkat kak i yang tak sedarkan diri..sampai bawah, ambulans sampai..aku pun terus masuk ambulans then dibawa ke klinik UIA.

sampai klinik UIA, doktor dah menunggu, kak i tak diturunkan dari ambulans, doktor check sekjap dan terus kena bawak ke HKL..doktor pesan kat aku jangan bagi Kak I tertidur, sebab dokotr tu dah sedarkan kak i..tapi kak i masih mamai..antara sedar dan tidak..aku kena sentiasa pastikan kak i sedar..

maka bermulalah pengalaman pertama aku naik ambulans..(pengalaman kedua waktu nak bersalinkan muhd, hopital LIPIS-TEMERLOH). aku masih ingat waktu tu..aku dah lah takut..ambulans tu pulak bawa laju..jalan pulak tengah sesak dan jem..aku rasa cam naik roller coaster (tipu je-> aku mana pernah naik roller coaster) balaghahnya laaa..tugas aku kena pastikan kak i sedar..dalam keadaan aku sendiri terhuyung hayang dlm ambulans tu..dah la dlm hati ni asyik doa..kak i, jangan mati lagi...huhu..(korang cuba bayangkan keadaan aku waktu tu...)

sampai HKL depa terus bawak masuk emergency room..lama aku dok sorang2 kat luar tu, madam Zuhairah principal mahallah sampai kat HKL..dia tanya macam2 kat aku..aku jawab apa yang aku tau je la..aku ceritakan secara detail apa yang terjadi..

tak lama tu polis datang,. dia berbincang dengan madam zu..akhirnya polis tu cadangkan aku kena buat laporan polis gak, takut apa2 jadi kat kak i, aku plak yang kena charge, sebab aku yang pertama jumpa kak i..so, first time plak berdepan dengan polis..kena wat laporan polis..(pengalaman kedua, waktu kat sarawak..jadi saksi kes culik..)

akhirnya petang tu kak i sedar sepenuhnya..madam zu cuba slow talk dengan dia tanya apa yang berlaku..kak i ceritakan sebenarnya dia putus cinta..pakwe dia lari tinggalkan dia..kak i pun banyak masalah lain, family problem..dia datang dari sabah nak belajar, tapi terpaksa kerja sambil belajar then, subject pun banyak sangkut..extend sem..macam2...madam zu tanya aku, adakah kak i dh pregnant, aku ckp tak tau..mdm zu slow2 tanya kak i, alhamdulillah maruah kak i masih terpelihara..

itulah pengalaman aku berdepan dengan cubaan bunuh diri..sebenarnya selepas dari peristiwa tu pun, kak i masih berusaha menamatkn riwayat hidupnya..dengan cubaan mengelar tangannya dengan pisau..mujur kawannya nampak..aku cuba gak bercerita dengan kak i, ajak kak i ngaji, baca yasin supaya dpt tenangkn fikirannya..sebenarnya Allah masih sayangkan kak i, sebab cubaan dia nak bunuh diri semuanya gagal..

sebenarnya, aku tak niat pun nak buka aib kak  i atau student UIA, tapi aku citer ni supaya korang ambil pengajaran..ada kaitan dengan entry aku yang lepas..petua baik punya...nyawa kita ni Allah pinjamkan pada kita, bernilai sangat..walau sebesar mana ujian, dugaan dan masalah yang kita hadapi..jgn sesekali fikir utk bunuh diri..dosa besar..kawallah emosi..kalau teruk sangat pun doalah.."Ya Alah ya tuhanku, berilah kehidupan buatku andai itu baik untukku, dan matikanlah aku andai itu baik untukku.."

fikirkanlah bahawa, mati bukan satu jalan penyelesaian, makin besar masalah ada..dah la bunuh diri..tak dan nak bertaubat dengan dosa2 yang lalu dan dosa bunuh diri tu..nak beramal semula pun kita dah mati..entah2 azab Allah lagi yang menanti..semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita..

itulah la saja pengalaman hidup aku, banyak gak pengalaman yang unik2 hidup aku ni..nanti aku citer tentang kes culik kat sarawak tu yek...sebahagian dari memori2 lalu..oklah..dah panjang entry ni..aku nak tido dulu..assalamualaikum..

p/s: tiba2 teringat, kat mana la kak i sekarang ni..semoga Allah merahmati dia dan semoga dia sedang berbahagia..


ummufathi @ FJU,
10.21pm

Saturday, January 15, 2011

petua baik punya..

Bismillahirrahmanirrahim..

korang pernah tak rasa rindu sangat,sangat,sangat,sangat...sampai sakit2 dada?

korang pernah rasa sedih sangat,sangat,sangat,sangat sampai tak henti2 meleleh air mata?..(termasuk air hidung..)

korang pernah rasa down sangat,sangat,sangat,sangat...sampai rasa macam tak nak tengok dunia?

syukurlah kalau korang tak pernah rasa camtu..mungkin anda seorang yang pandai mengawal emosi anda..tahniah!!! atau mungkin anda tak pernah diuji sedemikian rupa...

kalau anda pernah rasa, tapi tak lah teruk sgt macam tu..sikit2 adalah maa..tahniah!! sebab mungkin anda juga pandai mengawal emosi, namun sesekali terbabas juga..

kalau korang pernah rasa,sebijik macam aku cakap tu... alhamdulillah..deria rasa anda masih berfungsi (ade kaitan ke?..)

kalau anda selalu a.k.a sokmo rasa camtu..baik korang hubungi doktor pakar jiwa..ha..ha..ade something wrong ke kt jiwa korang?baik check...

sebenarnya aku nak citer..manusia ni Allah jadikan macam2 perasan..emosi yang pelbagai..itulah yang menjadikan indah hidup ini, cuba bayangkan anda tak berperasaan..takde rasa sedih, taktau rasa sayang,rindu..tak pandai nak marah..waahhh..tu macam org koma je la tu..

Allah kan Maha Bijaksana, Dia Al-Khaliq..yang mencipta kita..dan manusia adalah makhluk yang paling sempurna..tetapi terpulang juga pada kita untuk meletakkan kesempurnaan itu di tempat yang sepatutnya atau di tempat yang paling bawah..

honestly, aku sebenarnya pernah rasa segala rasa yang aku cakap mula2 tadi..mungkin kalau korang kat tempat aku pun mesti rasa camtu gak..tapi, taktau la kot2 aku ni yang lemah emosi ckit..tak pandai nak kawal..itu mmg kelemahan aku..

tapi, aku tak la sokmo rasa camtu. sekali je rasa down cam nak ......,sedih tu ada la gak..rindu tu selalu...camne nak mengatasi rasa camtu???

disebabkan dari pengalaman sendiri, jadi aku turunkanlah petua baik punya, untuk mengatasi ujian2 emosi yang keterlaluan supaya tidak berlarutan hingga kena jumpa kaunselor..

1. ingat Allah banyak2..baca LAILAHA ILLA ANTA, SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZZOLIMIN.. zikir Nabi Yunus ketika ditelan ikan nun..baik untuk menghilangkan tekanan.

2. ingat ramai lagi org2 susah,jauh lebih susah daripada kita..kat Palestin, Somalia,Afghanistan,Iraq..dll..sekurang2nya kita masih hidup, masih ada peluang berjumpa manusia, masih sihat, masih ada makan..malah macam2 nikmat Allah bagi..syukur Alhamdulillah...tujuannya, supaya mengurangkan ingatan kita pada perkara yang membuatkan kita sedih, rindu giler2 dan down sgt4 tu..

3. ambil air sembahyang, solat sunat hajat..minta Allah ringankan bebanan perasaan kita..

4. dah amik air sembahyang tadi, jgn kentut lagi..amik al-quran..bacalah..memang kompom akan tenang..bukankah Allah dah janji, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang...

5. kalau takleh solat (uzur syar'ie..) cth mcm aku dlm pantang dulu..amik mp3,mp4 ke, radio ke, hanset ke, walkman ke..pasang bacaan Al-Quran..aku dulu takleh tido kalau tak pasang..sbb aku akan teringat sgt2 kt arwah..dlm pantang dulu laaa...

6. pesanan sahabat aku, kalau rasa lagi..tarik nafas dalam2..hembuskan...amik tangan kanan..(kena amik ke?) letak kat dada, baca surah AL-INSYIRAH..taktau? surah ALAM NASYROH tu..baca banyak2..sampai hilang rasa tu.. 

ok, itu sahaja petua aku di pagi sabtu ini, sesuai buat org yang putus cinta (sebelum kawen-> tu la sape suruh bercinta sebelum kawen...), baru bercerai..orang yang kita sayangi pergi, atau sesape yang rasa pernah diuji rasa begini..


sekian, selamat beramal...

ummufathi @ FJU,
8.41am

Wednesday, January 12, 2011

tukang kejut..

Bismillahirrahmanirrahim..
di dalam sebuah rumah di FJU..

mak : dah masuk waktu asar dah ni kan..

tak lama tu.."Allahuakbar..! Allahuakbar..!

umi tengah membuka bungkusan lepat ubi yang enak ini, amik sepotong kecil nak suapkan pada..

aik..takde dah..
nampak si kecik tu terkedik2 berlari masuk bilik cik inah..

"nah..nah..a'bak..a'bak.."sambil goyangkan badan cik inah..

ooo..kejutkan cik inah..nak suruh solat..

emmm...:)

"Ya Allah Ya tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan solat dan juga zuriat keturunanku.."

JOM SOLAT!


-ummufathi-

Friday, January 7, 2011

ujian kesusahan vs ujian nikmat..

Bismillahirrahmanirrahim..

petang tadi, bumi segar setelah disirami hujan yang tidak henti-henti sejak pagi..muhammad menagih janji untuk di bawa berjalan pada petangnya. taktikku untuk memujuknya setelah dua hari meragam setiap kali uminya hendak ke sekolah. maka, CCM 4089 pun berlegar sekitar felda jenderak utara. sepanjang perjalanan, aku memasang radio ikim.fm dan ada sesuatu yang menyentuh hatiku saat tanganku kejap di stereng kereta.

"ujian kesusahan sebenarnya lebih mudah ditangani berbanding ujian nikmat"

masyaAllah..aku tersentap dan aku sangat2 bersetuju. seketika bermuhasabah diri, tanpa disedari airmataku mengalir.. Ya Allah, ampuni aku ya Allah..ampuni aku..tolonglah hambaMu ini ya Allah...

ramai yang bertanya diri ini, malah yang terbaru ketika di Johor sabtu lalu, "bagaimana awak menghadapi segala ujian yang bertimpa-timpa ini?" " kataku senang saja, surah Al-Baqarah ada menyatakan, 'dan mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan solat.."

hanya dua perkara itu saja menjadi nadi kekuatan di saat2 aku mula2 menerima berita yang mengejutkan itu. kali pertama tahun 2008, saat doktor mengesahkan kandungan yang kukandung selama 38 minggu @ 266 hari itu meninggal dunia. saat tiada lagi terasa gerakan tendangan kaki kecil itu, aku juga menangis, hampir 2 jam aku menangis.. tetapi alhamdulillah, ketenangan dapat selepas aku selesai mengerjakan solat Isyak. dan airmataku tidak lagi tumpah sehinggalah abang muncul di hospital setelah selesai menguruskan jenazah.

dan ketika di Johor baru2 ini, barulah ku tahu situasi dari sebelah pihak yang ingin menyampaikan berita tentang kematian arwah suamiku. mungkin pada pandangan kebanyakan orang, berhati2 dengan wanita yang baru melahirkan anak, bimbang ditimpa depression atau kemurungan atau dengan kata biasa masyarakat kita, gila meroyan. mungkin itu yang sangat2 dibimbangi oleh kaum keluargaku hingga ada cadangan yang menyesyorkan agar berita tentang kematian suamiku itu tidak perlu sampai ke telingaku memandangkan keadaanku ketika itu. mak dan adik beradikku bertolak-tolak untuk menyuruh satu sama lain agar menyampaikan berita itu kepadaku. masing-masing duduk jauh dariku, masing-masing tidak berani!!.

namun, segala puji hanya layak ditujukan kepada Allahu rabbi..Al-Khaliq, Al-Malik, Al-Hayyi..saat aku menerima berita tersebut, aku hanya tenang..pejam mata, tarik nafas dalam-dalam..TIDAK PERCAYA..hanya itu saja..tapi zikir bergema didalam hatiku...LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH..INNALILLAHI WAINNA ILAIHI RAJIUN..dariNYA kita datang dan kepadaNYA kita kembali...

sehingga keesokan harinya, barulah airmataku mengalir..laju dan semakin deras terutama apabila aku dibenarkan keluar dari hospital. dan apabila sampai ke rumah, aku sedikit meraung..Astaghfirullah..

aku tidak kuat sebenarnya..ramai yang menyatakan aku kuat..TIDAK..TIDAK SAMA SEKALI.. tetapi yang menjadikan aku sedikit tenang, dan boleh menerima segala ketentuan ini tidak lain tidak bukan segalanya dariNYA jua..kita hanya makhluk. tiada daya usaha, tiada kekuatan melainkan yang dipinjamkan dariNYA..

dan ujian nikmat yang aku kecapi setelah hampir dua tahun berlalu, bagiku amat payah, teramat berat..malah lebih dahsyat dari ujian kematian 4 insan yang amat2 kusayangi itu..nikmat ini  memungkinkan aku menjadi hambaNya yang lali..memungkinkan aku menjadi hambaNya yang tidak bersykur..memungkinkan aku menjadi hambaNya yang berdosa..ya Rabbi, jauhkan aku dari segalanya..

bila diuji kesusahan, tawakal pergantungan kita sedikit sahaja pada makhluk, kuatnya pada DIA. segala-galanya DIA..namun, apabila nikmat senang melingkari, nikmat sihat mendampingi, nikmat gembira bahagia menjiwai diri, nikmat masa lapang menanti..mampukah kita mensyukuri tiap-tiap satu dariNYA..MAMPUKAH KITA TERUS MENGINGATI DIA SETIAP MASA SETIAP KETIKA?sedang nikmat yang diberikanNYA tidak terkira....


terbaca suatu hadis tentang nikmat ini, ada ulama menyatakan kita perlu bersedekah sebagai tanda kita bersyukur dengan nikmat2 yang Allah berikan pada hari itu, kita senyum satu sedekah, kita menumpangkan seseorang menaiki kenderaan kita dikira sedekah, malah membuang sesuatu dari jalan yang mungkin akan menyakiti orang yang melaluinya juga dianggap sedekah. hanya kita yang selalu alpa ini saja mahu melaksanakannya seikhlas hati atau sengaja membiarkan masa berlalu pergi..tanpa apa2 sedekah hatta sekuntum senyuman penyeri diri....




senyuman si comel ini penyeri hidupku... :)



ummufathi @ FJU,
07012011

Monday, January 3, 2011

tiga-satu-duakosongsatusatu..

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..

salam ukhuwwah.

alhamdulillah, syukur, masih sihat hari ni..masih bernafas, dan masih segar...

hari ni, hari pertama persekolahan sessi 2011..macam2 aksi aku dapat tgk kat sekolah aku.,.ada yang nangis..ada yang dapat tugas khas menjaga grill prasekolah..sebab menangis tak nak belajar, nak gi dekat ibunya saja..macam2 ada...

masuk tahun baru, banyak la yang barunya, termasuk azam baru..tahun ni, aku malas nak listkan azam baru aku..sebab aku malu, sat gi bila tak tercapai..sape lagi yang malu..aku gak la..ha, jadi utk tidak memalukan diri sendiri, azam itu aku sematkan kuat2 dalam hati..dan tawakal, semoga Allah permudahkan dan beri kekuatan..banyaknya azam aku tahun ni fokus pada kerja dan pendidikan anak saja..hopefully dapat;ah jayakan dengan cemerlang..chaaiyookkk...(ni pengaruh adik aku yang kuat tgk cite korea.-harap maklum )

hidup aku macam biasa, sabtu balik dari pagoh+melaka+negeri sembilan..huuiii..penat drive you..tapi syukur alhamdulillah..muhammad fathi tak banyak ragam..baik sepanjang jalan..tengoklah nak siapa?hehe..kuat jalan ikut siapalah tuu..??

haa..satu lagi aku nak citer, waktu aku kat melaka kan..aku tgk accident baru berlaku sewaktu aku lalu kat jalan tu..innalillahiwainna ilaihi rajiun..yang terlibat, seorang remaja lelaki menunggunggang motosikal melanggar ambulans yang tengah laju nak amik pesakit..last2 ambulans tu bawa budak tu dulu gi spital, pesakit yang dia nak amik tu taktau la camne..nak jadi kan..Allah kata kun fayakun..jadi..:maka, jadilah..even, bunyi ambulans tu kuat..telinga dia mesti dah tak dengar dah..hancur motosikal dia..yang si budak tu tak tau la  hidup lagi tak..macam tak bergerak, tapi mata dia terbuka..isshhh..seram...

aku sebenarnya fobia tgk accident2 ni..mesti aku fikir macam2..minta dijauhkan dari bala bencana seperti itu..sentiasa ingat supaya berdoa sebelum memulakan perjalanan, niat nak bermusafir tu sebab apa?..kalau boleh, biarlah niatkan segalanya kerana Allah..sepanjang perjalanan pun janganlah terlalu lagha dengan lagu2 yang lagha, sebab kita tak tau apa akan jadi di sepanjang perjalanan kita..

oklah..dah panjang dah entry ni..utk update dan semoga ada manafaat coretan aku ni..jumpa lagi..


ummufathi @ fju,
03012011..