Saturday, August 28, 2010

{novel bersiri} tahajud cinta

Astaghfirullah..dia lagi..


Sekali lagi dia terserempak. Kali ini jubah biru lembutnya betul-betul menusuk pandangan Haikal. Susuk tubuh yang asing bagi Haikal, tapi tidak bagi pandangan matanya. Haikal memalingkan wajah dan bersegera ke ruang wudhuk lelaki. sebentar lagi azan Zohor akan berkumandang.
Kenapa dia yer?”

***********************************************

Tengahari itu seperti biasa selepas selesai mengimami solat Zohor di Masjid Sultan Ahmad Shah, Haikal memandu keretanya ke Bank Islam berhampiran. Niat dihatinya untuk mengeluarkan sedikit duit untuk dimasukkan ke dalam akaun Tabung Haji ibunya. Sudah lama hajat ibunya untuk menjejak kaki ke Tanah Suci diutarakan. Namun, apakan daya, Haikal anak sulung yang baru bekerja sedangkan ibunya hanya surirumah sepenuh masa yang hanya bergantung pada pencen arwah abahnya. Haikal berusaha untuk memenuhi hajat ibunya walau dia sendiri terpaksa berjimat cermat.


Sampai di bank Islam, H.aikal beratur di belakang seorang lelaki di mesin atm.
“Assalamualaikum Ustaz, nak keluar duit?” seseorang menegurnya dari belakang. “o..Poksu, a’ah..nak keluar duit, poksu nak keluar duit jugak ke? Tanya Haikal ramah. Mukanya manis dengan senyuman ikhlas.

“dok, Poksu nak tukar duit ni, nak buat cucur..nak start niago dah..” jawab Poksu.

‘ooh..lupa, Poksu nak buka gerai di bazaar ramadhan kan..”

“aah..datang la ust, buleh poksu bagi diskaun..”

“insyaAllah”


Poksu melangkah laju keluar dari bank Islam. Poksu adalah salah seorang makmun yang selalu bersolat di Masjid Sultan Ahmad Shah. Keramahan poksu membuatkan mereka mesra. Poksu juga antara anak muridnya yang berusaha menghafaz Al-Quran. Sejak Haikal menjadi imam di masjid itu, Haikal berusaha membuka kelas tahfiz untuk orang awam yang berminat menghafaz Al-Quran seperti Poksu.Haikal juga kagum dengan semangat Poksu, walaupun sudah berusia dan sibuk dengan gerai makannya, dia masih berusaha mencuri masa untuk menghafaz Al-Quran.


Tiba-tiba, mata Haikal tertancap pada sekujur tubuh.tubuh yang berdiri menunggu giliran di depan mesin cash deposit. Jubah hijau membalut tubuhnya bersama tudung labuh yang sedondon. Haikal seakan mengenali gadis itu. Gadis itu berpaling kearah Haikal. Pandangan mereka bertembung. Terasa angin sejuk menerpa di dada haikal. Dengan segera Haikal menundukkan pandangannya. Astagfirullahalazim....dia lagi...macam tau2 je aku pandang dia. Haikal terus bergegas keluar setelah berjaya mengeluarkan duit. Haikal tidak mahu berlama-lama di situ, takut pandangannya tidak dapat dijaga sementelah ada yang begitu menarik pandangan hatinya.


Seingat Haikal sudah banyak kali dia bertembung dengan gadis misteri itu. Gadis yang biasa berjubah dan bertudung labuh sedondon. Kelibatnya menarik perhatian imam muda itu. Namun, sebolehnya Haikal menjaga hati dan pandangannya. Tetapi desiran bayu yang menerbangkan bunga-bunga indah dihatinya kian melanda.

****************************************************

Ya Allah, tolonglah hambaMu ini, kenapa bayangan wajah gadis itu menari-nari di tubir mataku. Sedang aku langsung tidak mengenalinya. Ya Allah, janganlah makhlukMu itu memalingkan cintaku terhadapMu.


Aduan Haikal awal pagi itu. Segala-galanya diluahkan buat Yang Maha Memberi Petunjuk. Lega rasanya dapat diluahkan pada Yang Maha Mendengar walaupun dia tahu, Allah Maha Mengetahui segala-galanya. Haikal masih berteleku di sejadah, dibukanya naskhah Al-Quran dimeja kecil disisi katilnya. Matanya semakin memberat. Tiba-tiba terasa sesuatu menyentuh bahunya. Haikal berpaling, ahh..begitu terkejut apabila gadis manis itu tersenyum di belakangnya. Haikal tersentak dan terus terjaga.


Resah hatinya makin berlagu. Masakan tidak, sampai di atas sejadah ingin mengadap Allah pun masih bermimpi gadis itu.Hawa sememangnya fitnah terbesar kaum Adam. Mungkin mataku yang bersalah kerana tidak pandai mengawalnya. Tetapi kenapa pertembungan kami terlalu kerap? Soalan itu terbiar disapa angin lalu.
**********************************************************

“ust, alhamdulillah sampa jugok ust ko gerai poksu..ust nok gapo?poksu belanjo ust..”Tanya poksu ramah. Kelibat dua tiga orang perempuan separuh umur menyaingi Haikal untuk ke gerai Poksu. Mungkin keramahan Poksu dan kesedapan air tangan Moksu menambat hati pelanggan.
“eh, takpe lah Poksu, saya memang niat nak merasa masakan Moksu ni..takyah la belanja, saya bayar..”
“takpo ust, ust pilih jah..” Moksu pula menyampuk.
Mata Haikal cepat menangkap barisan polisterin yang berisi nasi kerabu, makan kegemarannya.
“ ust, bakpo poksu nampak muko ust ni keruh ja..ado masalah ko?" Tegur poksu.

“takdelah poksu mungkin letih saja kot..” Orang tua yang dianggap seperti saudaranya sendiri itu dapat meneka kolam hati Haikal.
‘ust, poksu ni ado soale dan ado hajat nok tanyo ko ust, tapi dok sesua loni..male kare pah terawih, poksu nok jupo ust buleh?” tanya Poksu mengharap.

bersambung...

Friday, August 27, 2010

ramadhan dulu dan kini..

Bismillahirrahmanirrahim..




satu perkataan yang menggambarkan diriku kala ini..



R.I.N.D.U.



R.I.N.D.U..



Ramadhan dulu, bersama-sama bertadarus Al-Quran. Dia akan mendengar bacaanku dan aku akan mendengar bacaannya.



kini, aku membaca Al-Quran seorang diri. Alhamdulillah, Allah masih memberi nikmat sihat dan nikmat waktu lapang untuk aku menikmati keindahan kalamNya.



R.I.N.D.U,



Ramadhan dulu, aku berlagak best sebab aku pegang Al-Quran dan dia kena ulang hafazan Quran sebab malam nanti dia nak kena jadi imam.



Ramadhan kini, merindui aktiviti itu...:(



R.I.N.D.U,



Ramadhan dulu, bermakmunkan dia..di surau sekolahnya..



Ramadhan kini, alhamdulillah..beberapa kali bermakmun dengan imam tempatan di masjid qariahku. tapi jarang sekali dapat pergi sebab kekangan si kecil.



R.I.N.D.U,



Ramadhan dulu, bersama-sama mencari gulai asam rom feveret dia..sbb isteri dia ni tak pandai masak gulai tu..satu lagi menu kegemaran dia, rendang daging kat bazar lipis tu..aku yang first time makan pun menjilat jari..maveless...alhamdulillah..



Ramadhan kini, beberapa kali meredah bazar Ramadhan keseorangan atas permintaan adik2 yang nak makan macam2..nade2 bdk yang dok asrama tu..:)



R.I.N.D.U



Ramadhan dulu, aku diSarawak dia di Pahang, malam dia dah janji nak kejutkan untuk sahur dan utk tambah2 bonus pahala sebelum sahur..janji nak doa sama2..dia ngadap Yang Esa di Pahang, dan aku di Sarawak..bertemu dlm doa..



Ramadhan kini, bangun dan mendoakan agar dapat pertemukan di JannahNYA..



p/s : sudah hampir setahun lima purnama berlalu...sepatutnya aku sudah mampu untuk tidak menoleh kebelakang..melangkah dan maju ke hadapan..Ya Rabbi, ampunilah aku..semoga diberi kekuatan...



ummu muhammad,
FJU
10.24pm..

Tuesday, August 24, 2010

angin pakistan melanda..

Bismillahirahmanirrahim..

semalam, jam sepuluh pagi, jemaah masturat Pakistan itu melangkah pergi, meneruskan permusafiran di jalanNya.

selama dua hari bermuamalat, ada perkara lucu yang berlaku. maklumlah apabila ayam bertemu itik, ayam bercakap bahasa ayam, itik bercakap bahasa itik..last2 guna bahasa isyarat. sebenarnya ada translatornya, tapi bukan setiap masa memerlukan translator, maka, umpama ayam dan itik la bercakap..

mengenali bahasa mereka, tidak dinafikan bahasa urdu adalah bahasa yang indah. aku sempat mempelajari beberapa perkataan,

tike-tike: ok,ok..
bas : cukup
beta: anak lelaki
beti; anak perempuan
mere; saya

apalagi ek...tak ingat dh..hehe..kalau gila tgk cite hindustan mesti tau sikit2 bahasa urdu, tapi sbb aku tak minat tgk cite hindustan jadi aku memang jahil bahasa urdu.

mereka juga mempelajari bahasa melayu, sampai dah pandai kira sampai seratus tuu!!..

mengenali makanannya pula, aku sgt2 takjub melihat ketaksuban mereka dengan ais (air batu) mereka tak minum air masak kosong tanpa ais. kari mereka nyaman (sedap kata org sarawak). minum susu segar (dutch lady) campur coke dan 7up, pagi2 makan nasi sejuk (diletak semalaman didalam fridge) yang dicampur susu dan gula untuk dimakan waktu sahur (macam bubur nasi), semuanya menginsafi diri bahawa sesungguhnya Allah jadikan manusia ini berbilang bangsa supaya kita bertaaruf..

naseem, salah seorang ahli jemaah, sgt2 la peramahnya, jua sgt lembut..sempat bercerita dari hati ke hati dengannya. maklumlah sama2 diuji.dia diuji dengan kegagalan mendapatkan anak selepas agak lama berkahwin. dia sgt2 suka kat muhammad fathi, sampai nk bawa balik Pakistan..:) malam terakhir mereka di rumah, muhammad buat perangai, mengamuk tak mau tido (mungkin tahu mereka nak pergi dah esok..)last2 aku masukkan dalam buaian dan sister naseem ni la yang bacakan quran tepi telinga muhammad dan meniupkan ke kepalanya. muhammad diam saja. sampai tertido...

mereka semua tahu kisah aku, bukan berniat menjaja cerita, tapi apabila ditanya, pasti panjang jawapannya. dan pastinya muhammad fathi menjadi tumpuan mereka seandainya mereka tidak mempunyai program. Mereka mendoakan muhammd fathi menjadi hafiz,(macam arwah abahnya) alim dan mufti..Amin ya Rabb..

sekarang mak dah pandai pakai selendang macam org pakistan tu..hehe..nampaknya,angin pakistan masih bertiup di rumahku..

ummu fathi,
skju @ 11.25am

Monday, August 23, 2010

Majlis Berbuka Puasa bersama Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah, berkesempatan menulis entry ke 106 ini.

sabtu petang,
atas jemputan, aku, inah sebagai pengiring setia dan Muhammad fathi (tak leh tinggal ni..) pergi la ke majlis berbuka puasa bersama Tengku Mahkota Pahang, isteri dan ank2nya di Masjid Kg Paya Luas, Kuala Krau sempena merasmikan masjid baru kg itu.

sampai jam menghampiri 6 ptg,aku dengan malu2 ayamnya terus mencari meja yang disediakan khas untuk penerima2 sumbangan..sedih je dengar,,penerima sumbangan tu..huhu..inah yg sekadar menjadi peneman terpaksa dihalau ke meja lain, last2 dpt kt meja VIP tuu..jelezz..

melilau sekeliling, meja yang aku duduk tu adalah meja utk ibu tunggal..makcik2 dan wan2..aku rasa aku la yg paling muda..hehe..meja sebelah, org2 oku..sedih sgt tgk bdk2 sindrom down,buta dan cacat kat meja tu..insaf dengan kurniaan Ilahi.

meja belakang, org2 fakir miskin kot..sbb tgk dari cara pemakaiannya..emm..dhaif je..insaf lagi..layak ke nak terima ni...tgk org lain lagi susah..eh!..bukan utk aku tau sumbangan ini..ini untuk muhammad fathi sebagai anak yatim.

6.30 ptg, muhammah fathi sudah resah gelisah, aku lupa sebenarnya yg dia dah lama tak makan, selalunya kalau berjalan bawa botol susu pun dah ok, tapi disebabkan kali ini kami berada dalam suasana yg membosankan bagi muhammad fathi..sebab tak leh nak lari2..nak panjat2..jadi otak dia cepat je teringat kat perutnya yg kosong..akhirnya..waaa...muhammad menangis..semua org pandang dia (dan aku)..huhu..umi pun malu gak..tapi pujuk2 dan minta izin kat ahli meja tu nk amik kurma dulu, bagi kat muhammad, habis sebiji dimakannya..alhamdulillah..dia pun berubah mood..suka hati la..walaupun sekadar alas perut..emm..sian muhammad..sorii sgt2..umi lupa nk bawa bekal makan muhammad..dan apabila berbuka puasa, banyak sgt dia makan nasi..walaupun sekadar makan dengan sayur kubis..(sebab yg lain pedas..)

Selepas berbuka, Tengku Mahkota dan Tengku Puan turun kebawah dan menjelajah dari meja ke meja utk menyampaikan sumbangan. sampai turn aku, dia bagi dan seorang lelaki tu terus bagi beg kat aku..ahli meja tu separuhnya sudah menerima duit sumbangan tapi masih belum menerima beg..Tengku Puan pun membebel la kat org laki tu.."amboi la.mentang2 la muda,cepat la dia bagi ye.." alahaii..mungkin dia bergurau..sampai kat meja sebelah pun dia masih memperkatakan hal itu...huhu..aku tak bersalah..:(

selepas menerima sumbangan kami bertolak balik dan solat di masjid kuala krau..

gambar takde sbb serabut nk berebut kamera dgn muhammad..:(

sekian melaporkan,
ummu fathi,
13 ramadhan 1431h.

Saturday, August 21, 2010

ahlan wasahlan..

bismilahirrahmanirrahim..

21/08/2010..sabtu yg santai..

Alhamdulillah, hari ini Allah memilih rumah kami sebagai destinasi seterusnya bagi jemaah masturat dari Pakistan. Jam sepuluh pagi tadi,mereka sampai dan menghulurkan salam ukhuwwah..berbeza bangsa, berbeza bahasa dan berbeza adat. Namun, atas hakikat kalimah yg satu, kami dipertemukan.

Agak sukar berkomunikasi disebabkan hanya 2 org sahaja dari tujuh org yang pandai berbahasa Inggeris. selebihnya berbahasa urdu yg indah..sesekala macam ayam dan itik bercakap..maka, untuk mendekatkan jurang yg ada, dua org itu saja perantara kami. program pertama telah selesai, seterusnya adalah sessi qailulah utk memudahkan program 2/3 malam nanti.

sudah bertaaruf, tetapi masih shy2 cat..:) hopefully, jemaah ini memberi banyak pengajaran buatku macam jemaah dari Sri Lanka dulu. Mahabbahnya sampai ke hati dan akan diingati sampai mati.

Semoga Allah menerima amal kami di bulan yang mulia ini. dan memberi hidayah kepada semua muslimin dan muslimat supaya kembali kuat berpegang dengan tali Allah.


yg lemah,

ummu fathi,
FJU @ 12.17
  

Thursday, August 19, 2010

rojak..

alhamdulillah..wassolatu wassalamu 'ala rasulillah..

malam yg hening, angin dingin menampar tubuhku..tenang saat ini bersantai bersama buku..dan tukunku (laptop) ini..ada rahsia kenapa ia digelar tukun..(",)

muhammad sudah lena di baringan..pejam rapat matanya, mungkin sedang bermimpi..mimpi indah2 ye anakku..melihat anak tenang lena jua satu nikmat..seronok melihat keseronokan anak, walau kadang2 penat dengan lasaknya, tapi itulah cabaran membesarkan putera tunggalku.

sebenarnya ingin bercerita tentang apa yee..entahlah, entri kali ni entri rojak je la..bukan rojak makanan tu tau...

firstly,tentang kembara mencari ilmu..

keinginan untukku menambah ilmu secara formal masih kuat. asebab aku tiada ilmu, perlu menambah ilmu di dada..aku ingin melanjutkan pengajian ke tahap yg tertinggi semampu aku..tapi adakah itu sekadar angan2 mat jenin je..mampukah aku merealisasikan..
so, step utk mereliasasikan kena ada..kena survey universiti dulu..oppss..sebelum tu, simpanan utk itu camne?..target bila aku nk menyambung..leh buat simpanan khusus utk tujuan itu..kalau nk guna scholarship, kena tanya senior2 camne nk dptkan scholarship tu...banyak perkara perlu dibuat..kena listkan dulu..mengikut aulawiyatnya..semoga Allah permudahkan urusanku..

second, tentang puasa..

alhamdulillah, sudah masuk hari kesepuluh..semoga kita mendapat rahmatNya, dan seterusnya MagfirahNya juga menanti kita..dan semoga kejayan Ramadhan yg kita dambakan, pelepasan dari seksa api neraka berjaya kita dapatkan..beberapa perkara yg lompong di entryku sebelum ini sudah dipenuhi..perlukan sedikit mujahadah..sedikit usaha dan tawakal..semoga setiap amalan kita diterimaNya..tahun ini dan tahun lepas, agak kurang aku ke masjid. kenapa? sebab utama, Muhammad Fathi nk mengikut..pernah sekali aku balik kampung, aku bawa je muhammad pergi masjid. kesian muhammad, org lelaki sepatutnya ke tempat solat lelaki, tapi dia duduk je kat sebelah aku solat..alhamdulillah, tak banyak ragam dia menunggu aku siap solat..sampai nenek2 kampung tu memuji dia..tapi habis solat, cepat je dia nk ke tempat jamuan (moreh)..agaknya lapar dia menunggu umi solat lama sgt kot..

dan..berita yg baru kudengar..
bos aku nk tukar! maknanya minggu depan, guru besar baru akan mengambil alih tugas di sekolahku..ahlan wasahlan..semoga ada pembaruan akan dibuat oleh org baru itu..beberapa rumors kedengaran, malas utk percaya, biarkan segala misteri terungkai apabila orangnya muncul dan mentadbir sekolahku nanti..apa yg penting..kerjasama!!!..aik..apahal kuar wonderpets plak ni :) ..apa yg penting, kerja lillahi taala... dan betul gak yg wonderpets tu cakap..apa yang penting..kerjasama!!..apa-apa je la..

oklah, selamat meneruskan tadarus, puasa, zikir, dan amalan2 nawafil kita..anggaplah puasa ini puasa yang terakhir buat kita..semoga diberi kekuatan...


yang suka rojak,
ummu fathi,
FJU @ 11.30pm

Monday, August 16, 2010

ujian ramadhan..

Bismillahirrahmanirrahim..

Firman Allah Taala yg bermaksud:

" apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan sajamengatakan;"kami telah beriman"sedangkan mereka tidak diuji? (SURAH AL-ANKABUT:2)

saje aku nk highligtkan firman Allah taala tu untuk peringatan aku..Ramadhan ini aku diuji berkali2..

kes 1

hari ke 2 Ramadhan..seseorang telah datang ke bilik jqaf. ingatkan dia ingin memantau P&P aku pagi tu, biarkan saja..belum habis waktu lagi, dia ajak aku berborak..bla..bla..bla..aku hanya diam saat dia menghidangkan daging mentah saudaranya di hadapanku..apa aku perlu lakukan...berkali2 aku beristighfar dan mengingatkan diri sendiri..aku sedang berpuasa, namun, kata2 itu tidak mampu diterjemahkan oleh lisanku..Ya Allah, dhaifnya aku...ampuni aku ya Allah..

kes 2

tiap2 hari nk pi bazar Ramadhan..nk cari murtabak..apa sgt la murtabak yg aku nk cari tu..habis telan..habislah..it's nothing..tapi sanggup habiskan masa, tenaga dan minyak keta nk gi bazar ramadhan..masih menurut nafsu makan...Allahu Rabbi..tolonglah..


kes 3

beberapa perkara yg dilistkan untuk istiqamah masih ada lompongnya..apa yg terjadi padaku ini..andai ini Ramadhan yg terakhir buatku..alangkah ruginya...:(

sungguh! syaitan telah dibelenggu ketika ramadhan menjelang, tapi manusia ini masih lemah dan lesu melawan godaan yg satu itu.nafsu!
Ya Allah Ya tuhanku..hambaMu yg bernama Siti Aishah (nama betul ni..) ini masih lemah dan terlalu lemah..Engkau kuatkan dia melalui jalanMu..TarbiyahMu..Engkau Yg Maha Berkuasa, Engkau Yg Maha Mengetahui...tolonglah hambaMu ini..
 
Rintihan Hamba Yg Lemah,
SKJU,
10.19 @ 160810.

Wednesday, August 11, 2010

hari pertama puasa buat murid thn 1

meh kita tgk muka2 budak thn 1 berpuasa..

selalunya dia bdk hyperaktif...


ala syiannya..penat yer..


laa..camne hariz leh tido kt sini plak..nk marah sian..harizz..bangun...


yg perempuan tetap cool..hepi lg puasa pun kan...


semoga anak-anak muridku menjadi hamba Allah yg soleh dan solehah..




ummu fathi,
skju
pahang..

uzlah di awal ramadhan..

Bismillahirrahmanirrahim..

hari pertama puasa..sehingga jam ini, aku dok bruzlah di bilik jqaf..haha..rasa2 cam aku tak nak jumpa org je ari ni..nape ek...apa dah jadi kat bilik guru, kat ofis..aku tak tau..cikgu2 lain pun aku tak jumpa lagi..semalam, aku dtg awal tapi lepak kt sini gak, sambil memantau bdk2 thn 6 solat hajat..kecoh cikgu2 mencari aku, sbb aku org pertama sampai sekolah, tapi tak nampak muka kt bilik guru..ada gak org cari aku bila aku takde..maknanya kehadiran aku dinanti..hehe..perasan..:-p

hari ni menyorok lagi..nape?..ade sbbnye..sebabnyee..:-D

aku malu..mata aku bengkak!!!..hehe..tah nape, mlm td, aku menangis tak henti2..sampai bengkak2 mata..terasa ngn kata2 seseorg, tapi takpelah..aku maafkan dia sempena ramadhan ni..aku yg lemah sebenarnya..bukan salah dia nak mengeluarkan kata2 tu..




pastu, bila dah sedih mula tak henti2 nangis..alamak, malu la..childish btl...dulu dh janji no more tears..tapi, bukan sengaja nk nangis, termenangis..dah jenuh pujuk hati nk suruh berhenti, ngalir gak airmata..degil tu airmata nih...sampai fikir...kalo abg ada...ohh..noo..jgn ckp dan jgn teruskan pikirin kalau2 tu...yg lepas tu biar lepas..redhakan yg telah tiada..



macam2 aku pikir..sbb tu terus2 mengalir.takleh nk kontrol..wal khatimah, bengkaklah mata bila bangun pagi..konon2 pakai la spek aku yg dh lama tak pakai tu bila ke sekolah..padahal...sbb nk cover..huhu..



biarpun aku mulakan ramadhan ini dengan kesuraman...aku harapkan agar terik mentari ramadhan ini bisa membakar semangat juangku...chaiyok..Aishah..byk lagi kerja yg perlu dilakukan..wakafkan diri untk Islam..mencari kembali jalan perjuangan yg telah menyepi...



umi muhammad fathi seorang yg kuat, tabah dan sabar..semoga Allah menceriakan hidup dia ni dengan cahaya iman, sinar kekuatan jihad dan lorongkan hidup dia di sirat mustaqimNya..


ummu fathi,
12.05 @ skju

Monday, August 9, 2010

kembali dari kg..

Bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah, wa syukru lillah..

semalam kembali dari kg.kg arwah suami..kenapa aku masih balik ke sana? ikatan hati antara aku dan org2 yg disayangi oleh arwah org2 yg aku sayang membuatkan aku kembali ke sana..faham dok bahasa aku ni..berbelit2..:) mungkin aku rasa aku kak ngah depa..kak ngah sampai bila2..sian kat akak, dok sorang je kt umah..jadi balik teman dia..

balik dengan hati terselit rasa cuak..ok ke muhammad fathi kali ni?..biasanya dia akan meragam balik ke sana..entahlah mgkn sbb dia tak biasa dgn pak2 n mak2 sedara dia..

alhamdulillah, syukur sgt2 sbb muhammad fathi btl2 bersopan santun di sana..hehe..macam tak caya anak umi yg hero tu leh bertukar 100%..duduk sopan n diam je..malu bila pak sedara dia tegur..selama dua hari dia ok..tak nak tolong susun pinggan mangkuk kt rak pinggan..(selalunya dia yg rajin nk tolong.) taknak tolong kemas kain baju yg dah dilipat..(selalunya dia yg rajin tlg angkat kain utk simpan masuk dlm almari..) tgk je mesin jahit..(selalunya dia leh berjalan2 atas mesin jahit..) tak minat nk main turun naik tangga..(selalunya pantang tgk tangga, tpt paling best nk test kaki kecik tu..siap lompat turun tu..)

Petang sabtu, menziarahi aki aji..(Tuan Guru Hj Ahmad Kerambit) pengasas Sekolah Pondok Kg Relai Kerambit, yg kini bertukar menjadi Sek.Men. (A) Bantuan Kerajaan Al-Ittihadiah, Kg Relai, Kerambit..satu-satunya sekolah menengah kerajaan yg ada program tahfiz..sekolah tempat arwah abg belajar dan akhirnya mengajar dan antara org yg berusaha membawa sekolah itu ke dalam program SABK.sudah menjadi rutin abg dulu bw aku melawat aki aji dan wan apabila balik ke kg..jadi kebiasaan itu aku teruskan walaupun dia telah tiada..dan kini aku membawa puteraku..aki aji tu pangkat datuk saudara arwh abg..pgkt moyang la dgn muhammad. muhammd fathi punya suka pi rumah tu..siap tak nak balik sbb sibuk nk kejar ayam...hehe..bravo anak umi ni..:)

Pagi Ahad, sempat menziarahi pusara arwh abg, mak dan ayah..masih sama mcm tahun lepas..tanah masih merah dan tidak dinaiki oleh rumput, bersih..tidak seperti kubur2 lagi..berdoa dan bermuhasabah diri..tenang disitu..semoga setenang org2 yg berada didalamnya..semoga menjadi taman dari taman2 syurga..

Perjalanan pulang, muhammad fathi happy sgt, melompat2 dlm keta..pelik aku..ooo..rupanya, dia suka, sbb dh lepas gian..kan dh jaga perangai selama dua hari, jadi on the way pun dh suka hati, sampai melompat2..

sampai rumah..dia kembali ligat..sampai dah terpecah sebiji cawan..hai anak umi ni.. sabo la..biasalah anak lelaki..dia nk belajar dan bereksperimentasi..masih ada beberapa perkara perlu dibuat untuk muhammad fathi ni..insyaAllah, moga diizinkan dan dipermudahkan oleh Allah..

ummu fathi,
11.18 @skju

Friday, August 6, 2010

ulasan buku..sInErGi..

Bismillahirrahmanirrahim..




Alhamdulillah..



Mlm td dgn sgl daya usaha berjaya mghabiskan e-book, novel sinergi, karangan adik hilal asyraf..ketinggalan keretapi betul aku ni, novel tu dh lama publish, aku baru baca..hehe..takpelaa…better late than never kan…



Ok, camne novel tu..walaupun mata aku pening2 lalat menghadap lappy hamper 3 jam..mengkhatamkan 396ms..tp berbaloi gak..sbb ada ibrah yg dpt diambil..



Bg sesiapa yg lum baca novel tu, citer dia berlatar belakangkan dua buah universiti yg terkenal di Jordan, university of Yarmouk dan JUST..(Jordan University of Science and Technology). Watak utamanya Irfan dan Asid, dua ‘kembar’yang selalu mendapat perhatian disebabkan ukhuwwah yg berpaksikan keimanan..terkenal dengan istilah, sinergi 1+1=3..1 induvidu + keimanan.



Kedua2 adalah pemimpin pelajar..mendapat tarbiyah yang boleh memagar diri mereka daripada melatah ketika menghadapi ujian..pelbagai dugaan dan onar yang dirancang oleh disaster five menguji kesabaran, keimanan dan ukhuwwah fillah..

Sinergi juga menunjuk jalan dakwah bilhal..dan dakwah paling berhemah dan berhikmah yg dlakukan oleh Irafan dan Asid dlm membawa disaster five ke jln ketaqwaan..sorang demi sorang dpt ditariknya asbab ukhwah dan pengisian jiwa mereka yg selama ini kosong.


Aku juga suka ayat yg dikeluarkan oleh irfan ketika ingin menyelamatkan syafiq dari membunuh diri setelah rahsianya terbongkar.” “Aku tak akan lepaskan kau. Kalau kau terjun ke neraka, aku akan tarik kau untuk naik semula, berpimpin dengan kau ke syurga” Terfikir dan terharu..


Novel ini mengajak aku berfikir, adakah aku seorang sahabat keimanan? Sahabat yg benar2 mengasihi sahabatnya kerana Allah dan iman..sahabat yg ingin sahabat2nya sama2 memasuki syurga Allah..
Adakah kita sahabat sebegitu atau adakah kita punya sahabat yg sebegitu?



Pada aku, bolehlah bgi 4 bintang kat buku tu..ok, nnti kita citer pasal buku baru Habiburrahman El-Shirazi plak, buku “BUMI CINTA”..satu lagi buku best..

Ummu Fathi,
SKJU

Thursday, August 5, 2010

berhati2 di jalan raya..

Bismillahirrahmanirrahim..

Gambar ini menceritakan segalanya..sudah ketentuan dariNya..Gambar ini akan bercerita dengan Muhammad Fathi seandainya dia bertanya tentang arwah abahnya...








setahun selepas kejadian, barulah aku berani melihat gambar ini...




hilux yg berlanggar dgn honda civic arwh abg..


walaupun kereta remuk teruk, tapi jasad arwh abg, mak dan ayah tak cedera sgt, cuma kecederaan dalaman sj..




semoga mengambil iktibar dari gambar2 ini..kita tidak tahu ketentuanNya dan bilakah kita akan dipanggil pulang..mulakan perjalanan dengan nama Allah, niat perjalanan kerana Allah dan sentiasa tidak lagha dlm perjalanan..semoga arwah abg, mak dan ayah sentiasa dirahmati Allah dan ditempatkan bersama2 org2 yg soleh..Amin..

Ramadhan Kareem..

Bismillahirrahmanirrahim..

hari ini, 05/08/2010..khamis..Alhamdulillah atas segala nikmatMu ya Rahman..

Sedar atau tidak, kita sudah menghampiri bulan yang sangat mulia, bulan penuh keberkatan..bulan yang auranya berlainan dengan 11 bulan yg lain..Seandainya nafas ini masih berfungsi sehingga 1 Ramadhan nanti,Alhamdulillah, Allah kabulkan doa kita tahun sudah dan rejab yang lepas supaya kita sampai ke Ramadhan ini..

dulu, (dulu lagi....):) sewaktu aku di kampus, ketika menghampiri Ramadhan,seorang pensyarah Sudan begitu gembira dengan kehadiran bulan yang ditunggu2 itu..diajarnya kami menyanyi..

Ramadhan Ya Ramadhan..
Ya Mausimal Quran..

apa lagi tah..aku pun dah tak ingat..seronok sgt..berpuasa, dan time paling best berbuka bersama2 warga UIAM yang majoritinya dari luar, sama2 bahu membahu bergilir mengambil makanan yang disediakan di masjid..biasanya bergilir2 makanan international dan makanan local..berbuka di kaki lima masjid yang indah..solat maghrib dan terus bertadarus Al-Quran..solat Isyak dan berterawih sehingga jam menghampiri 11 mlm...best sgt tgk foreigner yg bawa anak2 kecik sekecil umur bulan2 ke masjid untuk berterawih..susana yg jarang dilihat di kampung2 di Malaysia..agak janggal pada masyarakat kita untuk membawa anak kecil yg umur bulan2 pi masjid untuk berterawih..

Indahnya bulan ini bukan sebab dekat nk raya, bukan sbb nak gi bazar ramadhan, bukan sbb dpt duit extra wat kuih raya, tapi bonus2 dan tawaran2 yang Allah janjikan pada bulan ini..bulan yang lebih baik dari seribu bulan..

semoga Ramadhan yg akan menjenguk kita beberapa hari lagi menjadi madrasah tarbiyah terbaik buat kita yg dhaif ini..


al-faqirah..
ummu fathi,
12.00 @ SKJU