Thursday, December 31, 2009

salam tahun baru 1431h/2010..

salam..

agak lama menyepi..maaf la buat member yang menanya..bukan apa, cuti sekolah, so, cuti segala-galanya...dok ngadap anak yang makin lasak ni jer...

salam tahun baru 1431h/2010..

sedar tak sedar kita dah nak melangkah masuk 2010 dah pun..dan selamat tinggal 2009...tinggallah segala memori, segala peristiwa yang terakam di helaian hari-hari di 2009..setiap saat jam berdetik, saat itu semakin jauh ditinggalkan...biarlah 2009 terkubur selama-lamanya...sebelum ia semakin jauh meninggalkan kita, elok rasanya kusingkapkan peristiwa-peristiwa 2009 yang aku lalui...moga2 ada manafaat tersirat pedoman buat kita di hari akan datang...

2009...

Januari..

di awal tahun...aku masih bergelut dengan appoinment doktor yang silih berganti...kandungan kedua ku ini sebolehnya kujaga sebaik mungkin..itulah ikhtiar aku, namun kusedar segala ketentuan di tangan Yang Esa...

Februari..

Allah mengizinkan aku kembali ke sisi suamiku...cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor pakar HUS membolehkan aku vbercuti lebih awal...2 minggu sebelum aku mengambil cuti tanpa gaji..

Mac..

aku bercuti selama sebulan...tanpa gaji, pengorbanan untuk baby dan suami..

April...

peristiwa terbesar terjadi dalam sehjarah hidup aku...apapun, syukur Alhamdulillah...bmasih banyak nikmat yang Allah berikan buat aku disebalik semua ujian yang datang...semoga aku lulus dalam ujian ini...

Perdana Menteri Malaysia bertukar...Dato' Seri NajibTun Razak mengangkat sumpah...membawa mesej 1 Malaysia, Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan...

Mei...

masih berpantang...

Jun..

kembali ke sarawak...seminggu disana, kemas barang utk pindah ke pahang...Allah telah kabulkan doa2ku selama bertahun-tahun...tapi dalam situasi yang agak berbeza..

Julai..

berada di benta, hidupku selama 3 minggu di benta, Alhamdulillah ada rumah untuk berteduh, tanpa dapur, makanan kena beli sokmo...tidur sekadar atas toto nipis..dan paras gula dalam badanku naik akibat terlalu banyak minum minuman dalam tin dan kotak..banyak kali gak aku diserang pitam dan pusing kepala, sampai aku tak pi sekolah berhari-hari dan akhirnya aku dipanggil mengadap guru besar...aku tau tak semua orang memahami masalah kita, walaupun kita amat berharap agar orang faham...

ogos..
di mentakab..hidup seorang musafir...terasa diri ini ibarat musafir...seolah =olah seorang nomad..terkezut dengan suasana baru sek baru, murid yang ramai, guru yang ramai...susah gak nak sesuaikan diri...

ramadhan pertama tanpanya...teringat aku tak sempat menghabiskan usaha aku nak bertalaqi dengan abg...nak mengambil sanad al-quran darinya, namun takde rezeki, nak wat camne kan...semuanya ketentuan Dia..

September..

1st september...birthday aku...sepi kali ni, tanpa ucapan dari sesiapa..selalunya abang la org pertama mengucapkannya...setelah hampir tengahari barulah ada mesej dari sahabat baik aku..aku membaca mesej itu dengan linangan airmata...

aidlfitri...sehari sebelum cuti hari raya aidilfitri, aku teremosional sedikit..ceramah sempena aidilfitri yang bakal menjelang dan upacara bersalam-salaman sambil diiringi lagu-lagu raya sepatutnya membuat semua org berkobar untuk menyambut syawal...tetapi lain halnya dengan aku, setelah sekian lama aku menahan diri dari mengangis, akhirnya tangisan itu terhambur juga bila kudengar lagu mamat exist tu...spoil sungguh...tapi aku tak nak hipokrit..memang aku sedih sangat hari tu...teringat sgt kt arwah abg, mak dan ayah...

oktober...
bulan sibuk dengan exam dan data>tapi membuahkan kemesraan dengan guru-guru jqaf ABS..sayangnya dah terlambat, aku dah menghantar borang tukar sekolah...emm...tukar sekolah lagi!..

November..

jawapan aku untuk bertukar sekolah dah sampai ke tangan...akhirnya aku kembali ke SKJU...sekolah aku ketika di sekolah rendah dulu...balik kampung!...ada cikgu ABS tanya, tak boring ke nak balik kampung?..tah la..tapi aku rasa makin semangat nak mengajar di kampung aku sendiri...

Disember...

cuti sekolah...tak dinafikan...cuti2 ini terbayang saat dia masih ada...mesti sibuk kehulu ke hilir...tapi kini, cuti aku habiskan sepenuhnya di rumah..cuma sekali mengiringi sepupu aku berrak kenduri kahwinnya...buat sepupu aku tu...MABRUK!...SELAMAT PENGANTIN BARU...semoga kekal ke anak cucu...

juga, pemergian ayahandak tercinta ke rahmatullah..semoga dia ditempatkan dikalangan org2 soleh...amin..

2009 bakal melabuhkan tirainya..

rumusan> kerja
aku memang tak berpuas hati, tahun ni aku paling banyak cuti..performance tak bagus, 2 buah sekolah baru, tak sempat nak perform, masih dalam usaha menyesuaikan diri..
2010->kualiti kerja perlu ditingkat...buat semaksimun mungkin, ikhlas kerana Allah taala..

ibadat
tingkatkan lagi, mana yang aku dah tertinggal tak buat tahun 2009, kena wat 2010 ni...muhammad pun dah makin besar...insyaAllah..moga Allah memberi kekuatan padaku..

semoga 2010 memberi sinar bahagia buatku dan keluargaku...amin..

Wednesday, November 11, 2009

surat terbuka

terima kasih tak terhingga buat Ust pahrol md joui atas tulisan ini...satu lagi motivasi diri buat diri ini..syukran!

Ke ribaan isteriku yang tersayang…Sayang, aku tenang di sini kerana ku yakin kau telah menerima hakikat ini dengan tabah dan bijaksana. Hentikan tangisanmu di sana. Demi ketenanganku di sini. Yakinlah, perpisahan sebenar bukan kerana jaraknya destinasi. Tetapi oleh retaknya hati.

Perpisahan ini, insya-Allah akan menyuburkan cinta… sekiranya kita menerimanya sebagai satu didikan Allah. Yakinlah, kita akan bertemu dalam suasana yang lebih indah dan manis. Perpisahan ini adalah mahar buat saat yang indah itu.

Semoga perpisahan ini menguatkan jiwaku. Tiadalah ubat jiwa yang paling mujarab kecuali mencintai Allah. Dan dengan cinta itu nanti semuga kita saling menyintai kerana Allah – cinta yang lebih suci.

Kita dipaksa berpisah untuk “dijemput” ke daerah tauhid dan syariat-Nya. Selama ini kita terlalu banyak berlakon-lakon dan bermain-main dengan pelbagai alasan dan kemalasan. Aku pasrah dengan “paksaan” ini walaupun suntikannya terlalu sakit, ubatnya pahit.

Sayangku,
Hadapilah kenyataan yang sudah termaktub sejak azali ini. Kesedihan dan air mata tidak akan meredakan hati apalagi menyelesaikan masalah. Aku sentiasa berdoa untukmu.

Ya Allah…
Ampunilah dosa-dosa isteriku dan memaafkan semua kesalahannya. Kuatkanlah iman dan taqwanya… dengan Kau suburkan selalu dihatinya rasa hina, berdosa, jahil, lemah, miskin, berharap terhadap-Mu.

“Ya Rahim…
Berilah dia kekuatan dan kesabaran dalam mendidik anak-anak kami. Agar ditangannyalah nanti tertempa zuriat yang soleh dan solehah. Bimbinglah kemarahannya, kebijaksanaannya, kesabarannya, kelembutannya, hukumannya dan segala-galanya dengan seimbang, agar dia terdidik untuk mendidik.”

“Ya Rahman…
Maniskanlah akhlak isteriku semanis wajahnya. Hiasilah kata-kata dari lidahnya dengan kebenaran dan kelembutan, seperti Kau telah hiasi matanya dengan kecantikan. Berilah kecantikan dan keindahan hakiki dengan limpahan taqwa yang sejati.”

“Ya Rabbi…
Lembutkan hati isteriku agar mudah ia mengadu-ngadu pada-Mu. Lenturlah jiwanya agar ia mudah merayu-rayu dan meminta-minta pada-Mu. Haluskanlah perasaannya agar dia mampu menangis dan merintih-rintih pada-Mu. Hancur dan remuk-redamlah dirinya dalam menerima didikan-Mu kerana di situlah pengiktirafan dia sebagai hamba-Mu.”

Sayang,
Ramai pasangan berpisah kerana putus cinta. Namun lebih ramai yang terpisah kerana terlalu cinta. Bila cinta makhluk membelakangi cinta Allah, maka cinta itu akan kehilangan daya untuk bercinta sesamanya. Ia akan layu, kesepian dan keseorangan. Pada cinta yang ilusi begini… pertemuan adalah perpisahan. Tapi bila cinta itu cinta hakiki, berpisahkanpun masih bertemu.

Justeru, perpisahan ini untuk menyelamatkan. Perpisahan ini adalah mehnah yang akan menguatkan kembali ikatan perkahwinan. Ia adalah satu “reaksi berantai” kepada semua yang ada ikatan dengan kita. Agar semuanya bergantung dengan ALLAH semata. Jangan kita bergantung dengan selain-Nya.

Makhluk yang terhubung atas nama suami, isteri, ibu, bapa, anak, adik, abang, kakak, saudara, sahabat atau apa sahaja akhirnya akan pergi jua. Sesungguhnya, perpisahan adalah cara Allah “mencantas” pergantungan hati kita dengan yang bernama suami, isteri, ibu, bapa, anak dan saudara.

Hakikatnya saat itu pasti tiba. Mati boleh terjadi bila-bila. Ketika itu jika hati tidak bersedia… pedih dan sakitnya tentu terlalu. Mungkin hilang kewarasan, mungkin luntur semangat, kecewa untuk meneruskan hidup. Dan paling khuatir, terhakis iman, tercalarnya tauhid.

Sayang… bergantunglah pada Allah kerana hubungan kita dengan-Nya tidak akan dipisahkan istilah janda, duda dan yatim. Sedangkan hubungan kita sesama manusia tidak dapat tidak, pasti diputuskan oleh MATI. Justeru… anggaplah perpisahan ini satu persediaan untuk menghadapi saat mati yang sudah pasti datang.

Syukur … kerana dahulu pernah aku terlintas, bagaimana nanti kalau kalau salah seorang daripada kita dipanggil pulang oleh Allah? Apakah ketika itu hati akan redha? Ah, lantaran benci merasainya, fikiran dikunci daripada memikirkannya…. Padahal itu sudah pasti. Oh! Tuhan, benci betul rupanya kita kepada mati.

Angkuh betul kita dengan ‘milik’ pinjaman Allah ini. Seolah-olah isteri, suami, anak-anak dan lain-lain itu benar-benar kepunyaan kita. Terlalu berat untuk memulangkannya. Sebab ‘memulangkannya’ bererti berpisah!

Tidak sanggup kita “pulangkan” kembali bila tarikh pulangnya sudah tiba. Kini, alhamdulillah, pinjaman itu dipinta kembali oleh Allah buat sementara… aku diserahkan kembali olehmu, dan kau diserahkan kembali olehku kepada-Nya.

Didikan ini sangat mahal harganya. Inilah intipati iman kita kepada satu ayat Quran yang sangat pendek:
“Sesungguhnya kita kepunyaan Allah, dan kepada Allah kita akan dikembalikan.”
Bersedialah untuk menghadapi yang terburuk akibat perpisahan ini. Namun jangan sekali-kali terputus dari berharap sesuatu yang terbaik.

Doaku dan doamu pasti dicelahi oleh rasa bimbang takut-takut tidak diperkenankan tetapi padamkanlah segalanya dengan satu keyakinan bahawa ia pasti diperkenankan. Amin. Yang penting… bukan diperkenankan atau tidak, tetapi semoga Allah tingkatkan kesabaran, keimanan dan tawakal kita menghadapi apa jua takdir-Nya.

Isteriku, jangan dipinta ringankan ujian, tetapi pintalah ‘beratnya’ iman untuk menghadapi ujian i
tu!

dear diaryku (4)...

salam ukhuwah..

puji dan syukur hanya buatMu ya Ilahi..Alhamdulillah..

minggu yang menyesakkan...inilah tugas guru, ahad baru ni kena jaga budak2 camping..nasib baik tak kena tidur kat sekolah, bukan tak mau dan bukan tak sanggup, seandainya diarahkan insyaAllah akan kuturuti, tapi memandangkan akulah guru yang tinggal paling jauh dari sekolah, jadi mungkin ada consideration kat situ..jadi tukang masak, kena basuh periuk kawah...itulah uniknya jadi cikgu...semua kerja leh wat...

minggu ni jugak, sibuk nak tanda paper exam...alhamdulillah..semua kelas dah settle..nak kena masukkan data j-qaf gak time ni...semalam semua guru j-qaf abs kalut menyiapkan data, 6 buah laptop bersepah-sepah di bilik j-qaf..ramai menegur, kaya no cikgu j-qaf ni ada laptop belaka...bukan masalah kaya, tapi masalah data yang tak siap lagi...bukan kerja last minit tapi, banyak kerja yang bertindih menyebabkan terpaksa buat last minit..bukan mencari alasan, tapi itulah saja peluang masa yang ada..

alhamdulillah...dalam kesibukan, ada masa juga untuk menilik kelemahan diri...diri yang lemah, dhaif (bahasa arabnya..) faqir..bilalah masanya aku dijemput untuk menjadi tetamunya...selalu sayu je hati nak ke sana...ya Allah ya tuhanku izinkan aku menjadi tetamuMu...semoga Allah izinkan aku kesana..sebelum mata ditutup buat selamanya...


Wednesday, November 4, 2009

dear diaryku (3)...



Alhamdulillah...hari yang indah, penuh dengn nikmat Ilahi...tak mampu hambaMu yang dhaif ini menghitungnya..alhamdulillah...

hari ni, Muhammad sudah menjangkau 7 bulan..sekejap saja rasanya..masa terus berlalu dan berlalu..rasa macam nak cakap kat jam tu...stop la dulu...jgn terlalu cepat sgt berjalan...nanti makin jauh aku dengan kenangan-kenangan itu, makin jauh aku dengan 030409...tapi...aku manusia waras, Allah telah kurniakan akal dan iman padaku...malah Dia telah berikan peluang padaku untuk belajar di institut pengajian tinggi dan belajar dari pengalaman hidup orang lain dan diri sendiri..

seperti kata Imam Al-Ghazali..apakah yang paling jauh sekali?..yang paling jauh sekali ialah masa yang telah berlalu...

emm...muhammad dah pandai menyusur (laju ke depan)..-> info terbaru buat mak-mak dan pak-pak sedara muhammad yang jauh...ciknor di jordan, mak jang di USIM, mak lang di UPM...Pak itam yang nak balik ke Mesir... sekarang dia dah makin ligat dah...pantang ada barang depan mata dia, cepat je dia nak capai...

apak pun akan balik dari Jerman minggu ni...mesti tok pun dah rindu sgt kat Muhammad..minggu ni pun I.Allah ramai yang balik kg...best la...leh jumpa amira..yasmin...anak-anak buahku sayang...

Alhamdulillah atas segala nikmatMu ini ya Allah..dan janganlah Engkau uji kami dengan apa yang tak sanggup kami hadapi, ampunilah kami, rahmati kami...

tragedi 030409 siri 3

Alhamdulillah…segala puji dan syukur kutujukan khas buatMu Ilahi, Tuhanku Yang Maha Pengasih, Maha Mengetahui..selawat dan salam buat junjungan Besar, Nabi Muhammad S.A.W yang telah bersusah payah menyebar Islam, hingga sampai ke zaman kami dan kami dapat menikmati keindahan nikmat Islam dan Iman ini.

First of all, aku nak betulkan niat…sebelum ni ada berniat tapi agak serong..dulu, ketika orang lain berblog, aku yang agak buta IT ini juga ingin berblog. Sekadar minat untuk menulis..tapi ketika itu aku mempunyai komitmen lain. Kini, setelah dia tiada aku yang buta IT ini berjaya membina blog yang simple ini (setelah belajar sendiri, sebab tu buruk semacam jer…huhu…)…sebab aku banyak tak tau tentangnya…niatnya sekadar untuk meluahkan rasa hati setelah pemergiannya. Tapi kini, setelah aku berfikir berkali-kali…alangkah indahnya andai apa yang aku tuliskan ini dapat memberi manafaat kepada pembacanya. Aku tak tau berapa orang sahaja yang membaca blog ini, tapi aku tak kisah biarlah sedikit tapi aku ikhlas untuk menyampaikan sesuatu yang mungkin berguna buat mereka. Dan juga aku berlindung denganMu Yang Esa, Yang Maha Mengetahui segala isi hati, daripada sifat riyak atau takbur…apa yang aku catatkan, dan tuliskan hasil pemikiran aku, ilham kurniaanNya, dan pengalaman diri yang kadangkala sebenarnya agak peribadi. Dan aku amat-amat berharap agar aku dapat memberi ‘sesuatu’ kepada pembaca dan juga peringatan untuk diri yang dhaif lagi faqir ini. Aku juga berharap semoga sesuatu yang aku tinggalkan ini dapat menjadi saham yang bermanafaat buatku di alam sana nanti.

TRAGEDI 030409 SIRI 3

Sukar untukku menyambung siri ini sebenarnya. Namun kugagahi juga, bukan memaksa diri mengungkap memori antara kami, namun seperti yang kuniatkan diatas, semoga ada manafaat yang tersirat. Hakikat yang perlu kita semua sedari, suatu ketika nanti, samaada lambat atau cepat, jauh atau dekat, kita pasti akan menyusul mereka-mereka yang telah pergi. Itu hakikat yang perlu kita sedari. Semestinya yang paling utama, bekal bentuk apakah yang bakal kita bawa?...satu persoalan yang aku tinggalkan untuk kita sama-sama fikirkan…

03 April 2009..

Tarikh yang bermakna buat diriku, hari yang menukarkan gaya kehidupanku…semalamnya, khamis..aku masih punya dia, dan esoknya,jumaat, dia sudah tiada…dan aku tidak dapat lagi bertemu dengannya selepas dia melangkah kaki malam itu buat selama-lamanya…Allah, tuhanku yang Maha Pengasih, yang Maha Lembut, memanggilnya saat aku tidak menunggunya..saat aku tenang terlena..saat aku punya sikecil yang dapat mengalihkan perhatian dan ingatanku buat sementara..saat yang pada pandangan aku yang dhaif ini rasakan paling tepat.. Alhamdulillah syukur atas segala nikmatMu dan rahmat hidayatMu ya Allah. YA ALLAH YA TUHANKU, JANGANLAH ENGKAU PESONGKAN HATI INI SETELAH ENGKAU MEMBERI HIDAYAH…

Firman Allah Taala yang bermaksud; “ maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan”

Seumur hidupku, inilah kali pertama aku berdepan dengan kematian. Kematian insan yang begitu hampir dengan mata dan hatiku. Sewaktu aku bergelar isteri, akulah penunggu setia. Hampir setiap waktu aku menunggu panggilan dan mesejnya.. maklumlah perkahwinan jarak jauh..apabila aku bercuti tanpa gaji…(waktu-waktu terakhir yang Allah telah atur untuk kami tinggal bersama untuk kali terakhirnya) aku sentiasa menunggu saat kepulangannya dari kerja. Dan saat aku dimasukkan ke wad, aku menunggu waktu melawat. Tapi malam itu, pertama kalinya aku tidur dengan lena (akibat ubat bius) tanpa menunggunya.

030409…ulangtahun kelahiran ayahku yang ke 70

030409…ulangtahun kelahiran k.de yang ke 27

030409…hari Dato’ Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 6.

030409…kelahiran puteraku sayang jam..2.08pg..di HOSHAS.

030409…pemergian suami, mak dan ayah mertua tersayang…jam 4.40pg..di km7 jln jerantut-temerloh..

Tanda-tanda..

Didalam buku “Menyingkap tabir rahsia hidup sesudah mati” karangan Drs. H.Syahrin Nosution..menyatakan bahawa roh seseorang tahu baawa ajalnya sudah dekat. Tetapi biasanya orang sekelilingnya hanya dapat mengerti apabila simati sudah tiada..begitu juga dengan arwah abang..

1.Kalau abang mati macamana?

Satu soalan yang abang utarakan 2 minggu sebelum pemergiannya..masih kuterbayang waktu itu, wajahnya yang selamba menyoalku..mulutku terkunci, tidak berkata apa-apa, namun hatiku menganggapnya sebagai satu gurauan semata-mata.

2.Kalau abang takdepun, abang tau,sayang pun berdikari gak..

Waktu aku memuji mak sedaraku yang begitu berdikari apabila ketiadaan suaminya yang selalu berkursus. Dia berkata sedemikian, Aku hanya terdiam bila dia berkata begitu..

3.Janji dengan abang, walau apapun yang terjadi, sayang mesti pakai tudung labuh sampai bila-bila..

Janji antara kami yang mampu mendidikku untuk menutup aurat dengan sempurna..

4. Kesukaannya pada warna putih..

5 hari sebelum pemergiannya..Hampir dua hari dia memakai baju putih hadiah dari petronas. Sehinggakan aku memasukkan bajunya kedalam bakul baju untuk dibasuh, dia masih mencari baju putihnya itu.sebulan sebelumnya, dia kata cantik kalau Honda civicnya itu dicat dengan warna putih.

5. Abang takde mood la nak main badminton..

2 minggu sebelumnya juga, mood dia untuk beriadhah di petang hari juga sudah tiada, padahal baru sahaja dia membeli kasut untuk bermain..pabila ku Tanya mengapa, dia pun tak tau jawapannya..

6. Bestnya kalau kita dapat jaminan syurga..

Di wad, sewaktu dia dating melawatku hari khamis itu, dia banyak termenung, dan apabila kuceritakan perihal kakak sewad denganku yang kematian anaknya sewaktu kecil, itu jawapannya..dia berkata sambil matanya memandang jauh kedepan…

7. Tidak henti-henti membuat kerja..

Ahad seminggu sebelum ketiadaannya, dia bekerja dari pagi sehinggalah tengahari itu, macam-macam kerja dibuatnya ..tidak berhenti-henti, selepas itu dibawanya adik dini menaiki kereta…first time kurasakan dia meletakkan dini dipangkuannya sewaktu membawa kerata. selepas itu abg long mengajaknya keluar minum dan kata abg long, dia diam sepanjang jalan dan di gerai itu..apabila pulang, dia duduk di tangga dapur itu dan menunggu sambil merenung aku yang sedang sibuk di dapur.

8. Abang seronok berada dalam keluarga sayang..terima kasih kerana memberi abang peluang ni..

Kalau ikutkan agak pelik kata-kata sedemikian dikeluarkan dari mulutnya setelah hampir 2 tahun kami berkahwin..bukan dia tidak biasa berkumpul dalam keluarga besarku itu…kata-katanya sewaktu dalam perjalanan pulang dari rumah we..

9.Jangan terlalu panjang angan-angan..

Ketika dalam perjalanan ke Bandar, dia bercerita tentang tazkirah yang didengari dari tv9, kata Dr Fatma az-Zahra, jangan terlalu panjang angan-angan terhadap dunia, jangan keras hati dan mata dari mengalirkan airmata kerana terkenangkan dosa-dosa kita…kalau panjang angan-angan dan keras mata dan hati, itu tanda kita hubbuddunia..

10.Penyayangnya yang berlebihan

Dia sememangnya seorang yang sangat caring, romantic dan penyayang..sepanjang perkahwinan kami, kami sentiasa jalan berpegangan tangan. Tetapi kurasakan caring yang berlebihan waktu-waktu terakhir dia bersamaku..pernah sekali, dia menjejakiku di bahgian perempuan surau di tempat rehat itu, selepas dirasakan agak lama aku bersolat. Takut apa-apa terjadi padaku, katanya…sekali lagi di hadapan pasaraya tf, dia melarang akumelangkah longkang kecil itu, dan memegang tanganku membawaku melalui jalan yang agak jauh tanpa melalui longkang tersebut.

11.Pesanan terakhirnya…

Pesanan terakhirnya sewaktu di HOSHAS, tenangkan fikiran,jangan fikir bukan-bukan..abang saayang sayang.

Semua tanda-tanda itu sewaktu bersamaku dan yang kulihat tetapi dengan anak muridnya, pada hari khamis itu, di dalam kelas…katanya…

“ hari ni hari terakhir ustaz mengajar kamu, lepas ini ada orang yang ganti ustaz..”

Bagaimana dia melontarkan kata-kata terakhirnya pada anak-anak muridnya?..hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang tersirat dihatinya dan apa yang dirasakannya pada hari-hari terakhirnya..

Minggu terakhir itu, makteh kata dia banyak menghabiskan masanya di dalam bilik mesyuarat sekolah. Apa yang dilakukannya disitu hanyalah membaca Al-Quran.

Dan sebelum dia melangkah kaki pulang hari terakhirnya di sekolah itu, dia meminta pada semua guru supaya mendoakannya..”doakan selamat ye..”mereka cuma menganggap yang abang risaukan keselamatan aku yang bakal melahirkan anak…

Monday, November 2, 2009

Isu terkini..

Assalamualaikum..

Resah hatiku tika ini..resah dengan situasi yang melanda negara hari ini. pejuang agama ditangkap ketika menyampaikan kuliah, alasan tiada tauliah...masyaAllah..tauliah apa yang diperlukan?..dia punya ijazah, master dan phd..itu pada sijilnya, ilmunya..semua orang tahu dia seorang ilmuwan..pengemudi bahtera perubahan minda..semoga Allah melindungi dia dan terus memberi kekuatan dan semangat padanya untuk menyampaikan ilmu dan terus menjana perubahan masyarakat..amin.

Wednesday, October 28, 2009

HATI OH HATI..

Mencari ketenangan sekeping hati...:)

Bagaimana hendak mengekalkan momentum ketenangan hati kala ini?..

hati...Rasulullah s.a.w pernah bersabda : "sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.apabila daging itu baik,maka baiklah seluruh anggota.dan apabila daging itu rosak,maka rosaklah seluruh anggota.ketahuilah,itulah hati."

Hati yang sentiasa berbolak balik. hati yang sentiasa menjadi taruhan diantara pertembungan iman dan nafsu. hati yang menjadi cerminan jiwa dan diri. Hati yang menjadi raja dan permaisurinya akal kurniaan Ilahi.
Seringkali hati kita resah gelisah, kadangkala riang gembira, tenang bahagia tidak kurang duka nestapa. kebiasaannya resah gelisah dikaitkan dengan dosa. titik hitam yang telah mecalari cerminan jiwa. Apabila terpalit
titik hitam di hati sedang diri terus lela dan lalai dengan dunia jadilah ia seketul hati yang keras dan liat dari menerima kebaikan dan sukakan kemaksiatan, lali dengan dosa, jauh dari taubat, dan hasilnya, apa yang keluar dari mulut adalah perkataan yang kotor, yang terzahir di fizikal dan kelakuan adalah akhlak yang tercela.
Hati yang tenang adalah cerminan dari kebersihan jiwa. jiwa yang sentiasa mengharapkan keampunanNya. jiwa yang selalu mendambakan rahmat dan kasih sayangNya. jiwa yang memerlukan hidayat petunjukNya.jiwa yang merindui tarbiyah dariNya dan mengharapkan mardhatillah sepanjang jalan kehidupannya. jiwa yang takut dihimpit noda dan dosa. apa yang terzahir dari jiwa sebegini adalah mulut yang sentiasa memuji Ilahi. Hati yang tidak lekang berzikir pada Yang Esa.Akhlak yang terzahir adalah sifat-sifat mahmudah. kuat dan tabah, redha dan sabar menghadapi segla mehnah Ilahi dan terus berpegang dengan taliNya.
Bagaimana untuk menjadikan hati tempat turunnya nur Ilahi? Allah berfirman : "sesungguhnya beruntung orang yang menyucikan jiwanya dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotori jiwanya."
bertaubatlah!..sesungguhnya Allah suka kepada orang yang bertaubat dan membersihkan dirinya.dan berdoalah kepada Allah supaya kita tidak kembali kepada dosa-dosa yang telah kita lakukan dahulu. tenangkan hati dengan solat-solat wajib dan sunat. bangunlah ketika orang lain sedang lena dibuai mimpi..saat itu adalah saat terindah dan paling tenang untuk kita mengadu segala kegelisahan hati dan kekacauan jiwa. berzikirlah dengan qalbi, qauli dan fikli...biarpun susah tapi bersabarlah kerana kemanisan yang dijanjikan pasti ada. semoga sinar Ilahi terus menyinari jalan hidup kita sehingga akhir hayat nanti.

Wednesday, October 21, 2009

KAMPUNG vs BANDAR..

KAMPUNG vs BANDAR

Saja kupilih tajuk ini untuk entri kali ini. Boring gak asyik citer pasai diri sendiri jek..aku tak expect ramai yang membaca blog aku ni.. even, aku tau ramai gak yang mengikut secara diam..silent readers…takpe la..blog ni pun aku buat sekadar suka-suka, untuk meluahkan perasaan aku sejak kehilangan orang-orang yang amat aku sayang..ok la, back to the topic..Andai diberi pilihan, kampong atau Bandar di mana pilihan anda untuk menetap?

Kampong?...aah…konservatif la orang yang pilih nak dok kampong…biasanya orang yang dok kampong ni org2 tua je..yang dah takde ape nak wat dah…wat amal ibadat je..ulang ke surau..dok tanam sayur, bela ayam, itik, kambing, lembu…mana ada orang muda belia nak dok kampong.

“Semua orang muda MESTI ke Bandar…kalau orang muda nak dok kampong, something wrong somewhere la tu…”

“ish..ish…ish…macam katak bawah tempurung la dok kampong ni…mana syok…nak wat ape dok kampong, mana ada kerja kat kampong…ko nak menorah getah ke?”.

Mungkin itulah pemikiran kita dewasa ini..kampung sinonim dengan ayam, itik, kambung, sayur,pokok getah..yelah, takkan kat putrajaya nak bela itik….ish, silap2 kena saman plak..kebanyakan orang mesti memandang dan berfikir sebegitu…tapi tak semua la…

Bandar plak..semua ada, ko nak ape...hiburan?, kerja? pengangkutan?tempat makan best2?..senang dok Bandar, semua senang, janji ada duit…pasaraya besar2 berlambak..pusat2 hiburan 24jam bertaburan…malam cam siang, jalanraya jarang sekali tidur, siang sibuk ngan traffic jem…malah jem gak dengan mat-mat rempik..pendek kata, Bandar macam-macam ada…(mak ayah je takde…itupun kalo mak ayah dok kampong… )

Tapi personally aku la (aku lagi…takpe la rumah aku…)…kalau diberi pilihan aku lebih suka menetap di kampong…biarlah aku digelar konservatif ke, katak bawah tempurung ke…aku tetap vote kampong…sebab aku tak suka jem…I mean traffic jem…tak suka sesak-sesak…tak suka hiburan terlampau…bukan nak tunjuk baik la…sorry to say, rumah aku dah 3 bulan tv tak hidup…hehehe…aku tau mesti orang pelik, tapi hakikatnya, aku memang tak suka tengok tv…radio pun jarang dengar…mesti org kata, aku ni spesis katak bawah tempurung apa…tapi aku tiap-tiap hari baca paper dan melayari internet tau…aku suka kedamaian kampong. Aku suka kokokan ayam menyejutkan tidurku..aku suka malamku dibuai suara cengkerik…aku suka kedinginan embun pagi yang menitis di celah-celah daun semalu…aku suka sungai pahang yang mengalir lesu…aaahh…indah untuk digambarkan…best sangat dok kampong sebab aku dok kampong aku tau la..Sekarang ni pun kampong pun semua ada,astro ada, coverage broadband pun ok..(kampong aku laa..)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sebenarnya, apapun pilihan anda, kampong atau Bandar. Kita mesti ingat, kita masih menjunjung langit yang sama, memijak bumi yang sama…lagit dan bumi ciptaan Allah, langit yang masih belum runtuh dengan ribut taufan dan bumi yang masih belum membelah dengan gegaran atau gempa bumi…BERSYUKURLAH SAUDAR-SAUDARAKU…kita masih mampu melelapkan mata dengan aman. Masih mampu bergelak tawa dengan rakan-rakan. Masih mampu menyuapkan makanan dan masih mampu hidup bahagia bersama insane kesayangan kita.. BERSYUKURLAH…dan jangan KUFUR dengan NIKMAT-NIKMAT YANG ALLAH KURNIAKAN KEPADA KITA…bukannya susah…tunaikan segala perintah…jauhi laranganNya..semoga kita di kalangan insane-insan yang beriman dan bersyukur…J

Tuesday, October 20, 2009

Muhammad Fathi

Alhamdulillah, sehari lagi aku dihidupkan oleh Allah taala dengan nikmat sihat, iman dan Islam.Muhammad masih terlena, tapi sebentar sahaja. bila terasa ketiadaanku disisinya. otaknya mula sedar dan tangannya mula mengagau mencari aku. matanya pula secara automatik akan terbuka. walaupun kadangkala dilihat begitu sukar untuk membuka mata akibat masih mengantuk. aku suka bila dia buka mata wajah aku yang dpandangnya, dan terus sikecilku itu tersenyum. saat itu kurasa saat paling best sekali, best sangat...yelah...anak permata hati kita. hari ni, dia pandai dah nak merengek bila dia tengok aku bersiap nak ke sekolah. mungkin disebabkan aku cuti tiga hari baru ni. asyik melayan dia je..hari ni dia dah tau yang aku akan meninggalkan dia sebentar. mak angkat dia masuk buai..masih lagi merengek sambil matanya tak lepas memandang aku. akhirnya kuangkat semula dari buai dan kudukung menemaniku sarapan...sehingga dia boleh tergelak semula...akibatnya aku lambat keluar ke sekolah.mak bawa muhammad melihat keberangkatan pergi aku ke sekolah. kaki kecilnya melonjak-lonjak saat aku melambai-lambai dari dalam kereta..takpe sayang...umi pergi sekolah kejap je..petang kang umi balik laa...
Muhammad Fathi...nama itu diberikan oleh arwah suamiku. pada mulanya aku mencadangkan nama Muhammad Muaz, tapi dia tak setuju..maknanya mendalam..begitu sesuai dengan apa yang Allah aturkan buat kami semua. Fathi= pembukaanku/kemenanganku.. pembukaan bagi hidup baruku dan kemenangan buat arwah suamiku. kenapa aku panggil Muhammad...tidak fathi?...mak-mak sedara dan pak-pak sedara sebelah arwah abang memanggilnya Fathi, tapi disebelah aku semua memanggilnya Muhammad, tapi aku melarang nama itu disingkat jadi mamat atau mat...biar penuh, MUHAMMAD..Aku panggil Muhammad sebab..1 - sempena nama Nabi Muhammad ( yang terpuji) Nabi Muhammad pun dilahirkan yatim. Muhammad pun sama.
2- sebab, kami suami isteri meminati adik Muhammad Al-Hafiz kecil tu...ingat lagi waktu aku kat sarawak mula-mula mengandungkan Muhammad, arwah abang datang melawat aku disana. bersamanya dibawa keratan akhbar tentang kejayaan adik Muhammad tu...kalau boleh dia nak anaknya jadi macam tu jgk...tinggi cita-citanya...besar juga amanah yang terpikul dibahuku..Dia juga pernah brpesan supaya anak itu menurut jejak langkahnya iaitu menghafaz Al-Quran.

Enjang pernah kata, muhammad ni sesuai jadi mudir madrasah. sebab muka seriusnya.. jarang sekali dia senyum pada orang yang tidak dikenalinya. selalunya kalau dia pandang orang pun tak lama, mesti dialihkan pandangannya. mak kata dia malu...tah la ikut sape tu?.doa umi, semoga permata hati umi ini menjadi anak soleh, beriman, bertaqwa dan berilmu dan beramal dengan ilmunya. semoga Muhammad Fathi menjadi seorang hafiz Al-Quran, Alim dan Mufti..

Monday, October 19, 2009

ayahandakku..

Namanya Mohd Salehudin bin Abdullah.umur bape ek…aku rasa dlm area 46-48thn..kategori muda lagi la. Dia adik mak aku yang ke…bap eek…kena kira jap…sbb mak aku ni banyak adik…yang ke4 bongsu. Tahun lepas dia disahkan mengidap kanser usus. Setelah menjalani pembedahan dan kimoterapi sebanyak 6 kali. Badannya jauh berubah. Terlalu susut. Mungkin kesan dari kimoterainya. Ingatkan penderitaannya berakhir disitu, rupanya tahun ini, doctor mengesahkan bahawa kansernya telah merebak ke hati. Dan yang paling membimbangakn 80% hatinya telah dijangkiti dan juga beberapa organ lain. Minggu lepas, wan kata matanya juga telah bertukar menjadi kuning dan perutnya membusung keras. masyaAllah…ya Allah ya tuhanku…Engkau yang Maha Pengasih, maha penyayang…aku bermohon padamu ringankanlah penderitaan saudaraku itu. Ampunilah segala dosa-dosanya. Jadikanlah dia seorang yang sabar dan tabah menghadapi segala ujianMu ini.. sembuhkanlah dia ya Rabbi…

Aku sedih sangat melihat penderitaan dia sebenarnya. Dulu disaat aku tidak diterima masuk ke mana-mana sekolah menengah (sebab tak hantar boring…)dialah yang mengambil aku dan membawa ke sekolah tempatnya mengajar. 4 tahun aku tinggal dengannya. Jasanya padaku bukan sedikit.

Masih terbayang di ruang mataku, saat kami berkonvoi beramai-ram,ai ke Cameron highland 3 tahun lepas. Percutian yang sangat menyeronokkan. 3 buah myvi dan 1 toyoto tua miliknya. Percutian itu menjadi memori manis kami dan masih disebut-sebut. Tapi kini…dia lemah tidak berdaya.. semoga semangatnya terus membara melawan penyakitnya, dan semoga suatu hari Allah mengabulkan doa-doa orang –orang yang menyayaginya…supaya aku boleh lihat kembali senyuman cerianya ,menghiasi wajahnya. Gurau sendanya memeriahkan suasana..Dan kudrat keringatnya kembali mengalir membasahi bumi Pahang dengan baktinya untuk membangunkan anak bangsa ini. Amin…


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

dharurat , hajiyat or tahsiniyat...


Dalam kehidupan seharian kita, nak tak nak kita pasti akan berdepan dengan persoalan yang melibatkan tiga perkara ni. Banyak menda dalam hidup ni memerlukan kita berfikir panjang sebelum membuat sebarang keputusan. Takut juga nanti keputusan yang kita ambil salah. Seterusnya menjadikan masalah kepada kita di hari muka. Jika kita mempelajari fiqh aulawiyat, tentu tidak sukar kita membuat keputusan.

Begitu juga aku…dulu, aku banyak merujuk kepada suamiku dalam membuat sebarang keputusan, selain berdoa kepada Allah. Tapi kini, setelah pemergiannya, semuanya perlu aku lakukan sendirian. Maka aku perlu membuat keputusan yang bijak supaya aku tidak menyesal di kemudian hari. Baru-baru ni, aku berdepan dengan persoalan PERLUKAH AKU MEMBELI KERETA BARU?...persoalan itu semakin hari semakin menyasak benakku. Kumulakan langkah mencari jawapan dengan menunaikan solat istikharah dua rakaat…setelah kuselidiki hati dan mimpi..Lantas kuambil sehelai kertas kosong. Tujuannya supaya aku merasionalkan pemikiranku tadi. Lantas ku cari jawapan samada kereta itu satu dharurat atau hajat atau untuk tahsiniyat. Setelah diambil kira beberapa aspek, termasuk aspek poket…maka aku pun melangkah ke soon fuat auto sdn bhd…

Setelah hampir tiga minggu menunggu…jeng..jeng..jeng…maka, aku berhasil mendapatkan sebuah kereta baru..CCM 4089. Emm…cukuplah sekadar aku selesa untuk berulang alik sejauh 86km setiap hari kesekolah. Ikutkan nafsu, memang Honda civic atau jazz kusambar…tapi aku ikutkan poket..justeru, sekadar persona se jadi milikku…apakan daya…ukur baju dibadan sendiri laa beb!..lupa…aku lum snap gambo persona aku lagi…nanti la aku masukkan..aku pinjam gambo kat atas tu laa dulu...cute wa cakap lu…heheh..mesti saroi jelezzz tahap gaban ni…haha…alhamdulillah ‘ala kulli hal…

Wednesday, October 14, 2009

tragedi 030409 siri 2

Sepanjang malam aku tidak dapat melelapkan mata. bayiku yang terlena diatas katilnya hanya diam shaja. Sesekali dia bergerak menandakan kehausan. aku memejamkan mata. terbayang senyumannya. aku membuka mata semula. merenung dalam kegelapan. benarkah? benarkah berita yang kuterima siang tadi. benar! jika tidak masakan polis datang melawatku petang tadi. mereka juga menceritakan serba sedikit tentang kejadian tersebut. kenapa begitu sukar aku menerima hakikat ini...
Pagi menjelma..selepas semalam aku berfikir, kurasakan kebenaran sedikit demi sedikit menyelinap dalam hatiku. Aku meraung melepaskan segala rasa dalam jiwa yang kupendam semalaman. terbayang bagaimana hidupku nanti tanpanya. hatiku bertambah sayu pabila kulihat wajah mulus bayiku yang tidak mengerti apa-apa.
Kepalaku masih kosong saat mula aku menerima berita tersebut sehinggalah aku dibawa keluar dari wad. airmataku tidak henti-henti mengalir. tidak dapat kutahan. seolah-olah aku tidak mampu mengawal pengalirannya. seumpama empangan yang pecah. mujurlah ada emak dan kakak aku yang menguruskan bayiku.
Hari ahad, 3.00ptg, aku sampai kerumah. sesampainya ke rumah. tetamu telah memenuhi rumahku. hari itu, ayahku membuat kenduri tahlil untuk arwah. sekali lagi aku tidak dapat menahan perasaan. ayah berusaha memujukku dengan kata-kata yang menusuk hatiku. ingatlah Allah...semuanya telah tertulis di luh mahfuznya. kita hambaNya tidak dapat menghalang ketentuannya. aku menyedari hakikat kata-kata itu dan tangisanku semakin perlahan dan akhirnya aku terlena kepenatan. terlena dalam kesakitan dan kesedihan. semoga Allah mengampunkan dosa aku meratapi pemergiannya. sejak hari itu, hanya kaset bacaan Al-Quran yang kudengar dari walkman sahaja dapat menenangkan aku dalam pantang itu..

Monday, October 12, 2009

dear diaryku (2)...

(gambar muhammad dan thaqif)

Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan usiaku hari ini. Hari ni memulakan hidup seawal 5.00pg..muhammad masih lena. selalunya aku bangun dia pun terjaga gak. pagi-pagi lagi aku mendegar perkhabaran tentang ayahandak yang semakin lemah. kesian ayahandak, kanser ususnya mungkin telah merebak ke hati...Ya Allah, Kau ringankanlah penderitaan bapa saudaraku dan ampunilah dosa-dosanya. Allah Maha penyayang, maha pengasih. Dia tidak pernah menjadikan sesuatu itu sia-sia. Allah akan ampuni dosa-dosa kita yang sakit sehingga kita sembuh even kalau kita tercucuk duri pun. Subhanallah... cuma kadangkala disaat kita sihat, selalu kita melupakanNYa. bila dah sakit baru kita nak mengadu padanya. kadangkala,kita tak sedar pun bila kita sihat semula. sedar-sedar dah hilang batuk, dah ok selsema...itulah manusia..yang pelupa..
Muhammad bangun pukul 6.30pg. diam je tengok aku di sejadah. tergolek-golek sorang, aku pun menghampirinya. bermain-main dengannya sampai aku leka jam sudah menunjukkan pukul 7 lebih. selalunya dia akan mengantuk semula, tapi hari ni seronok sangat bermain. mungkin sebab aku bercuti kot. kul 9 lebih, barulah aku memandikan dia.
sahabat2 mak datang kul 10.30 untuk taalim. muhammad mak bawa awal ke atas. waktu aku ke atas kulihat dia diam di pangkuan umi. emm..alhamdulillah Allah kurniakan aku anak yang tak banyak karenah. sepanjang majlis pun dia diam sahaja mendengar org membaca taalim.
tengahri aku pi kenduri kesyukuran pakcik majid yang akan berangkat ke tanah suci. ya Allah ya tuhanku, izinkan aku juga menjadi tetamuMu..
walaupun sinar hidupku terasa kusam, walaupun ingatanku terhadapnya selalu menjengah, walaupun sukar untukku kikis rasa ini...aku bersyukur padaMu Ilahi...sekurang-kurang aku ada Muhammad yang menyerikan hati dan hidup ini pabila aku membuka mata setiap hari...untuk meneruskan perjuangan ini..

kembara hidup di bumi kenyalang (1)




Surat tawaran itu masih digenggamanku. Berkali-kali aku membaca tempat bertugas yang dinyatakan. Ribuan kilometer jauhnya dari tanah tumpah darahku. apakah tegar aku berjauhan dengan insan-insan tersayang dalam hidupku?
Namun, apabila kufikirkan inilah peluang. peluang untuk aku mengubah kehidupan dan mencapai cita-cita yang terpendam sedari kecil. jiwa pendidik dalam diriku meronta-ronta memujuk aku untuk menerima tawaran. " betul ke awak nak gi ni ju?" mak bertanya sekian kalinya. mungkin tidak percaya dengan keputusan yang telah kubuat. dalam keluarga aku, mak dan apak memberi kebebasan bagi kami adik-beradik membuat keputusan. selagi tidak melanggar syara'Nya. "inSyaallah mak.." jawabku ringkas.
Tekadku telah menerbangkan aku ke bumi itu. saat aku berada di dalam perut kapal terbang, beberapa kali aku mengulangi bacaan yasin. mungkin kerana gementar menguasai pabila kapal terbang sesekali bergegar melanggar awan. Maklumlah pengalaman pertama!. Di dalam pesawat itu, kesemua 170 orang guru-guru j-qaf dari semenanjung malaysia dihimpunkan untuk diterbangkan sekaligus ke bumi di seberang lautan china selatan itu.
Pesawat itu selamat mendarat. Kami dikumpulkan mengikut maktab perguruan masing-masing dan dibawa menaiki bas menuju ke maktab tersebut. Mataku tidak leas memandang sekeliling sepanjang perjalananku. sesekali kufikir, aku ibarat rusa masuk kampung. Ya, aku tidak mahu lepas melihat pemandangan bandaraya kuching yang sebelum ini hanya kulihat melalui tv sahaja. sebelum sampai ke maktab kami. aku sempat mengira jumlah gereja yang aku nampak sepanjan perjalanan iaitu sebanyak 5 buah, tapi masjid hanya sebuah sahaja iaitu didalam Maktab Batu lintang itu sahaja. Mungkin tidak kelihatan di tepi jalan, bisik hatiku.
Sesampai di Maktab Batu Lintang kami mendaftar. walaupun letih seharian di dalam perjalanan namun aku gagahi juga langkah ini sehingga sampai ke bilik penginapanku. Sebilik denganku, gadis manis dari kedah, munirah..
Kami dihidangkan dengan pelbagai taklimat dan kursus sebelum melangkah kaki ke sekolah masing-masing. mujurlah aku ditempatkan di bandar kuching. tidak seperti sesetengah sahabat yang terpaksa meredah ombak, menaiki bot dan kenderaan pacuan empat roda untuk sampai ke sekolah. aku juga telah berkenalan dengan sahabat sesekolah denganku. setiap sekolah ditempatkan tiga orang guru j-qaf. disinilah aku mula mengenali sahabat yang sungguh mulia, iatu Kak La..sahabat sej-qaf dan sesekolah denganku..
Sampailah masa aku bertolak kesekolah. aku masih ingat hari itu. Isnin 14hb Februari 2005. SK Rakyat Jln Hj Bolhassan.. nama sekolahku..bagaimanalah keadaan sekolah itu? bagaimana dengan guru-guru dan murid-muridnya? pesoalan itu menimbulkan debar didadaku ketika melangkah kaki ke sekolah tersebut....

Tazkiyatun Nafs



Allah berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 185 yang bermaksud, “Setiap yang hidup pasti akan merasai mati”.

MATI…@ MAUT..@ MENINGGAL DUNIA…perkataan-perkataan yang biasa kita dengar setiap hari. Setiap saat, ada sahaja makhluk Allah di muka bumi ini akan mati @ maut @ meninggal dunia..perkataan yang pelbagai tetapi mempunyai makna yang satu. “ alah…mati, biasalah…semua orang akan mati…” kebiasaannya yang membuatkan kita sudah lali dengan perkataan tersebut. Tetapi, apakah kelalian kita itu sampai ke akal kita? Apakah kebiasaan kita tidak meninggal apa-apa kesan di hati kita?

Pelbagai sebab manusia untuk maut. Ada disebabkan sakit yang berat seperti sakit jantung, darah tinggi, kanser dan sebagainya. Tidak kurang juga disebabkan sakit yang ringan seperti demam, sakit perut, pening kepala dan lain-lain. Di Malaysia, kemalangan jalan raya merupakan penyebab utama kematian rakyat Malaysia selain, jantung, darah tinggi dan kanser. Apa yang dinyatakan tadi sekadar penyebab untuk berlakunya kematiaannya sedangkan,ajal, maut kita semua telah ditentukan oleh Yang Maha Penentu, Allah taala.

Kita seringkali terlalai dari menyedari bahawa maut sentiasa menyintai. Terasa maut amat jauh dari kita. Atau mungkin kita terfikir, mustahil maut mengunjungi kita di saat ini. “Aku masih muda..masih punya anak, punya cita-cita.. banyak lagi impian dunia ini yang belum tercapai..takkan aku nak mati sekarang”…barangkali itulah fikiran kita yang hanyut dalam arus dunia ini. Sedarkah saudaraku, maut tidak akan menunggu kita walau sesaat. Bila dan dimana maut menjemput kita, tidak kita ketahui. Itu semua rahsia Ilahi yang dirahsiakan dari hambaNya.

Mungkin di saat kita bergembira meraikan sesuatu kejayaan. Ia datang tanpa tanda. Seandainya kita tergolong dalam golongan beriman dan soleh, beruntunglah kita kerana maut datang dengan tanda-tanda yang kita sahaja mengetahuinya. Tidak mampu kata-kata menafsirkan bicara tentang maut yang akan mendatang. Ianya tidak mungkin difahami oleh orang tersayang. Sidia tersayang mungkin mengabaikan sahaja kata-kata kita disebabkan sihatnya kita. Atau sekadar karutan yang tidak bermakna baginya kerana kebiasaannya maut datang disebabkan sakit atau derita yang berpanjangan.

Walau apa-pun keadaan, kita perlu sentiasa bersedia. Tidak kira kita masih muda belia, atau warga emas. Samada sakit derita atau sihat bahagia. Bersedialah menerima hakikat yang setiap manusia pasti akan menghadapinya. Tidak perlu gementar andai bekalan sentiasa dibawa. Ianya satu perjalanan yang pasti untuk menuju akhirat yang abadi.

Friday, October 9, 2009

dear diaryku...

Hari ni...cam biasa, muhammad bangun awal pagi ni, kul 6.10 mulutnya dah bising memanggil orang. camtu la kalo takde org kat sebelah dia, bisinglah dia...bertolak ke sekolah jam 6.47...emm...rasanya lambat lagi la aku sampai sekolah arini...CAP sekali lagi wat hal...gear payah nak masuk, aaiii...sabaarlah hati...dah la aku nak cepat ni...rasa hati aku memang tak nak bawa dah keta tua ni, tapi camne aku nak ke sekolah, lagipun keta tua ni la banyak jasa kat aku...BERSYUKURLAH APA YANG ADA dan HARGAILAH SELAGI ADA...emmm...best bunyi tu..kata-kata pegangan aku sejak pemergian sidia tersayang...akhirnya aku selamat sampai ke sekolah jam 7.35pg...dengan semangat berkobar-kobar aku melangkah kaki ke sekolah, semoga hari ni ada manafaat yang aku curahkan buat anak bangsaku..

tragedi 030409 siri 1

" Kak, ada berita tak baik nak bagitau ni..."dengan berhati-hati adikku mengeluarkan kata. Aku yang masih terbaring kesakitan hanya merenung mukanya yang serba salah. "emm...pe dia?"aku bersuara lemah. " Abg Fuad accident pagi tadi...dia...dia...." tersekat-sekat adikku bersuara. sambil airmatanya menitik. tanganku makin erat digenggam."kenapa? pe jadi ngan abg?."aku tak sabar menunggu berita seterusnya." kak, abg fuad dah takde!.."ttipu!tipu!..." aku tak percaya...
" betul, mak dan ayah dia pun meninggal sekali.."mak menyampuk sambil menenangkan aku yang meronta-ronta..." sabarlah ju, semua ni ketentuan Allah.." aku terdiam sambil memejamkan mataku..keliru!..

Masih terbayang di mataku...
kucupan terakhir abg di dahiku sebelum dia melangkah pergi, aku berpesan padanya supaya datang awal pagi ni kerana bayi yang baru aku lahirkan sejam yang lalu masih berpakaian dengan pakaian yang dibekalkan oleh hospital. mujurlah anakku diam sahaja semasa diazankan oleh abahnya tadi. mak mertuaku yang melihat cucu yang ditunggu itu sekadar tersenyum dan berkata, " cerdik budak ni...selalunya baby tidur je lepas lahir, tapi dia..bulat mata tengok orang.." aku sekadar tersenyum melihat mak dan cucunya. ayah yang masuk selepas itu hanya tersenyum melihat cucu barunya.
Kini...
Abang dah meninggal dunia?soalan itu berlengar-lengar di kepalaku. aku masih diam membisu. tanpa airmata, kepalaku kosong...mak, ayah pun dah takde..betul ke?...tapi takkanlah mak nak menipu plak, itu soal hidupp dan mati, bukan perkara main-main..
Aku membuka mata melihat sekeliling. aku tidak bermimpi. perlahan-lahan jariku mencubit lenganku...ya, aku tidak bermimpi, aku sedar dan terasa sakitnya...betulkah berita yang kudengar tadi..adikku memandangku sayu, mak mengesat airmatanya. inah masih menjauh, tak berani mendekatiku..abg yi dan saroi juga begitu...menjauh tanpa alasan..
Petang itu, aku dikunjungi sekumpulan polis. aku terdiam. benarkah apa yang menimpaku...kenapa polis yang datang? aku mendambakan kehadiran suamiku...anakku juga perlukan abahnya..kenapa wajah-wajah yang kutunggu tidak muncul-muncul..aku masih keliru dan tidak percaya...

Tuesday, October 6, 2009

muhasabah diri..

Meminjam kata-kata dari Pahrol mohd juoi, (Anis Oktober 2009, ms: 33)
ANDAI DIA PERGI DULU SEBELUMMU..
Andai dia pergi dulu sebelummu, sepuhlah airmata dan teguhkanlah jiwa. Kita yang masih hidupperlu menyambung perjuangannya. Tidak mengapa bersedihlah seketika. Itu fitrah jiwanamun, bersederhanalah kerana esok kau mesti bangkit semula. Katakana pada diri…ya…kau telah pergi, pergi bersama doaku. Kau tunggu disana, pasti aku akan menyusul nanti!.
Andai dia pergi dulu sebelummu,tanyakan pada hatimu yang sebati dengan hatinya, apa yang dia inginkan jika dia masih disis? Renung wajah anak-anakmu, lontarkan fikir melampaui kesedihan. Anak-anakmu punya masa depan. Di tanganmu segala cita-cita dan harapan. Jangan sampai nestapa ini menjadi halangan. Apakah kau tega mengecewakan?.
Andai dia pergi dulu sebelummu, katakan pada diri, akanku galas amanah ini. Sekiranya terpaksa bertongkat dagu pun, aku tidak akan lemas dipagut sendu. Berjuanglah, agar dia bias senyum di barzakh itu. Oleh nukilan doa anak yang soleh dan solehah. Kalau benar cinta itu setia, anak-anak itulah titiannya. Di jambatan munajat, di aman ibadat, tentu ada sungai pahala, yang mengalir selamanya.
Andai dia pergi dulu sebelummu,walaupun dia tidak akan kembali lagi, tetapi itu akhir pertemuan. Dulu kita bertemu untuk berpisah,kini kita berpisah untuk bertemu. Inilah jalan takwa yang telah dilalui oleh Siti Aishah, Siti Habshah, Ummu Salamah, Mariah Qibtiyyah apabila ditinggalkan Rasulullah. Syukur kau terpilih untuk melalui jalan mujahadah. Mujur kau ditakdirkan merasa mehanah Ilahi-tradisi hidup Ummahatul Mukminin yang ditinggal suami!
Anadai dia pergi dulu sebelummu, sibukanlah dirimu. Beribadatlah sehingga kau letih untuk merasa sedih. Gembirakanalah hatimu dengan menggembirakan orang lain. Carilah peluang kebajikan dan kebaikan yang bertaburan. Apabila sesekali rasa sedih dating tanpa diundang, berwudhuk dan bacalah Al-Quran. Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu satu kerehatan. Begitulah setiap kali Rasulullah SAW apabila tersa gundah..diadukan kesedihan kepada Allah.
Andai dia pergi dulu sebelummu, bisikan ke dalam hatimu yang paling dalam. Dia bukan milikku. Dan aku juga bukan miliknya. Pemilik segala ialah Al-Malik. Dialah yang memiliki dan menguasai segala-galanya. Pada kita hanyalah amanah, sampai masanya terpaksa diserah. Jangan ada rasa dimiliki, dan jangan ada rasa memiliki. Apabila terasa sepi, jangan katakana aku sepi…katakana padaku sentiasa ada pemerhati.

Monday, October 5, 2009

macam-macam :(

Dah lama aku tak nulis ape2 kat sini...arini rasa cam byk ngat menda nak tulis...aku start ngn alkisah CAP ku...

i) CAPku sayangi...khamis dulu, aku rasa cam semacam je bila aku gi sekolah, kuar umah ok lagi, sampai depan skju gear tak masuk2...berderum2 ah bunyinya..aik, guano ni...lepas ke tak ke sekolah, perjalanan aku ke sekolah jauh lagi, tiap ari aku drive ke sekolah hampir 43km..ni baru tak sampai 1km dah wat hal...CAP ko biar bebetul..huhuhu...last2 aku pusing skju, takut2 kalau aku dah jauh, makin susah aku kalau jadi ape2...nasib baik la bila sampai depan skju, gear masuk dengan selamatnya...alhamdulillah... ok la..aku pun terus ke sekolah dengan senang hati...lalala...

Untuk menyedapkan hati aku, aku pun tipon abg yi...tanya mane bengkel yang ok ckit...almaklumlah aku ni pompuan, mana ler reti bab2 keta ni...abg yi rekemenkan sebuah bengkel kat temerloh...emmm...KUJAN..unik namanya...aku pun cari ler...

"kak, akak punya minyak gear ni lama dah tak tukar kot".." emm...akak pun tak tau la dik, ni bukan keta akak..tukar la mana patut..."aku menyerahkan segalanya pada budak pomen tu...memang berisiko skit ler sebeno nye...kotnya dia suruh tukar banyak...parah aku!..baik aku tukar keta baru jer...hehe...nasib baik la KUJAN ni org melayu, islam yang baik sikit, jujur ler...dia beri penerengan tentang drive sharft (betui ke aku eja ni?...:)) aku yang dah koyak,aku tengok memang ada koyak ler...selamat lagi ke kalau tak tukar? aku tanya budak tu...tapi setiap kali aku masuk simpang or selekoh, dah ada bunyi kat tayar belah kiri tu...untuk selamat aku pun tukar la...melayang la...RM300++...huhu...keta lama...nak wat camne...:)

ii) Balik dari Kujan, aku nak tipon kak n saroi...tipon kak nak tanya kabo kesihatannya, dengar citernya...dia kurang sihat, saroi plak nak tanya kabo kancilnya...dengar kabo dia test power kancilnya dengan melanggar lori, agak2 kemek lori tu kot..hehe..3,4 hari dah kejadian dia melanggar lori tu...dia mms gambar kancil tu...emmm...memang power, terkopak gak la bumpernyer...camtu ler agaknya terkopaknye duit dia..sampai umah, aik...ada lak NAN 1936 ni..honda civic akak aku tersadai kat parking umah...rupa-rupanya sesudah solat subuh pagi tadi, sebelum burung keluar dari sarangnya, kak dan dua anak daranya dah kuar berangkat ke jengka...dalam 2 jam setengah dia drive dari nilai ke jengka...fuh!..leh tahan akak aku ni merempit...aku tau dia susah hati, anak kecilnya tinggal kat jengka dengan suaminya, abg amin dah berhenti kerja di nilai, then dia kerja sendiri di jengka.. baby anas baru 2 bulan n terpaksa berjauhan dengan akak aku..sian budak comel tu...ni gambar dia baru siap mandi...penuh bedak kat pipi..

http://4.bp.blogspot.com/_rLsQuYqiuNo/SslmRiKa3vI/AAAAAAAAABQ/yB8RRgfQc-M/s320/raya+09+056.jpg

Wednesday, September 30, 2009

permata hatiku...






Semalam kepulanganku disambut oleh senyuman si kecil, permata hatiku...harta tinggalan sidia yang amat bermakna dalam hidupku..muhammad dah pandai bermain dan tergelak besar..berbaloi aku belikan mainannya semalam apabila kulihat dia tidur bersama mainannya itu..hilang segala penat lelah aku seharian berhadapan dengan pelbagai karenah anak muridku..

Muhammad Fathi, si comel yang kian membesar, seiring dengan usianya, selama itulah aku kehilangan sidia...kerana abah Muhammad Fathi pergi setelah dua jam bayiku itu melihat dunia ini..pergi setelah selesai menunaikan tanggungjawabnya mengazankan anaknya yang kedua ini..


Inilah suratan takdir,kehidupan yang tidak pernah kujangkakan..ya, semuanya milik DIA. andai dipanggil pergi, siapa kita untuk menghalang...kita hanyalah hambaNya yang dhaif..yang suatu hari nanti ,kita juga akan kembali ke alam abadi...

Tuesday, September 29, 2009

salam perpisahan ramadhan...

Ramadhan berlalu pergi...membawa pergi seribu rahmat yang dijanjikan...adakah kita tergolong dalam golongan yang bertuah, atau biasa-biasa saja, atau yang lebih malang golongan yang dikutuk?..

Ramadhan kali ni agak berbeza. Berbeza dengan kehadiran orang baru dan memori indah bersama sidia masih kuat melekat di ingatan...tapi, satu kekuatan bagiku bila aku teringat saat indah menyemak bacaan sidia yang menjadi imam terawih pabila malam menjelma...hanya tinggal kenangan...sabarlah hati...:(

Di teratak indah kami, suasana berlumba-lumba untuk mengkhatamkan Al-Quran sempena Ramadhan mulia ini masih kuat, setiap hari pasti ada saja soalan dari adik-adikku tentang juzu' terkini bacaan Al-Quran...bukankah Allah sendiri menyuruh kita berlumba-lumba membuat kebaikan?...

Ku harapkan aku akan bertemu lagi dengan ramadhan akan datang...dan semoga ramadhan ini madrasah tarbiyah terbaik buat hambaNya yang dhaif ini...

Monday, September 28, 2009

dunia baru 1430H..

salam aidilfitri 1430h...

saat ini hampir 6 bulan aku melangkah ke dunia baru..
dunia yang tidak pernah terfikir oleh akalku untukku jejaki gelarannya...
yang kadangkala begitu sukar untuk ku suruti langkahnya...
yang begitu payah untukku jejaki likunya...
namun ku tahu...
aku ada DIA
yang Maha Bijaksana..
yang Mengatur segala...
dan...
aku ada sidia..
yang menunggu di alam sana...
semoga ayunan langkah tidak tersasar..
semoga aku terus berada di landasan mustaqimnya...
sehingga dapat aku bertemu sidia disana...
kerana aku berpisah di dunia ini...
untuk bertemu denganya di alam abadi nanti...