Thursday, December 30, 2010

2010 bakal melabuhkan tirainya

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, wa syukru lillah..wassolatu 'ala Rasulillah..

salam ukhuwwah..teman-teman maya sekalian..

masa terus berlalu..sedang diri ini masih begini..alangkah untungnya mereka yang sentiasa berusaha ke arah kebaikan, yang menjadikan hari ini lebih baik dari hari semalam dan esok lebih baik dari hari ini..

ya Allah, ampunilah kami atas segala kelalaian kami, ampuni kami atas segala kelemahan kami, Engkau yang Maha Perkasa, Engkau yang Maha Sempurna..

2010 membuka cerita dengan segala yang baru..suasana persekolahan di tempat baru..(walaupun sebenarnya sudah biasa, sekolah tempatku belajar, akhirnya kini sekolah tempatku menabur budi dan bakti) rakan2 sekerja yang baru, semangat yang baru..segalanya seperti...baru refresh...

alhamdulillah..Allah berikan nikmat ketenangan disini, di tempat tumpah darahku..aku tenang kembali ke kampung halamanku..semangatnya berbeza dari tempat2 lain yang pernah kujejaki, ya, mungkin kerana anak muridku adalah anak2 jiranku, sahabatku, dan saudara2ku..

dalam ketenangan kadangkala ada geloranya, Allah tidak akan biarkan hambanya berkata aku beriman, sedangkan dia tidak diuji..muhammad yang selalu berselang seli demam dan batuknya memaksa aku tidak hadir bertugas. untuk rekod, tahun ini, 4 kali terpaksa ambil CRK (cuti rehat khas). sebab anak aku dan sekali mak tak sihat..Alhamdulillah, aku tidak pernah ditimpa ujian sakit sepanjang tahun ini..Alhamdulillah..nikmat sihat yang jarang orang syukuri..

tahun ini juga, orang yang terdekat ramai yang telah pergi tidak kembali..antaranya jiran2, saudara mara dan yang terbaru berita yang sampai ke tanganku pagi tadi, saat mesyuarat guru kali pertama sedang berlangsung, k.la mesej menyatakan suami kak zi meninggal dunia, akibat accident di Sri Aman Kuching Sarawak..Innalillahiwainna ilaihi rajiun...sesungguhnya dari Dia kita datang dan akhirnya kembali kepadaNya..kak zi adalah sahabatku di SK Rakyat Jln Hj Bolhassan..guru pembimbingku yang banyak menurunkan ilmu pendidikan padaku. takziah kak zi, semoga Allah memberatkan iman kak zi menghadapi ujian yang getir ini..

ada yang pergi, tidak kurang juga yang baru melihat dunia fana ini. welcome to the new world my iman dania..anak saudara yang baru berusia 4 bulan..baby 2010..yang chomell..yang cute..yang macam cina, sbb keturunan cina...:)

apa lagi yer..catatan 2010..prestasi kerja masih di tahap biasa, harap dapat tingkatkan usaha di tahun mendatang..ingat target, rajinkan diri..jgn sekadar rajin blogwalking..ngeh..ngeh..ngeh..

dan untuk akhirnya..catatan untuk diri ini..ingatlah, kita sekadar seorang musafir di perjalanan ini.siapkan bekal untuk menempuh alam yang satu lagi..sebagai musafir, kita tak layak memiliki harta yang bertimbun, cukuplah sekadar ianya di telapak tangan, sampai masa kita lepaskan..bekal yang paling utama adalah bekal iman dan amal, direncah dengan redha Ilahi..insya Allah perjalanan diberkati...

selamat tinggal 2010, selamat datang 2011..

p/s: jumpa lagi di tahun baru, esok nak jalan melaka + johor, doakan selamat pergi dan selamat kembali..

ummufathi @ FJU,
11.20pm

Monday, December 27, 2010

entry-takde-tajuk

bismillahirrahmanirrahim..

salam ukhuwwah..semoga berada dalam rahmat Allah taala hendaknya..

isnin, 27/12/2010...
hari demi hari berlalu..makin menginjak ke tahun baru..detik yang berlalu meninggal sesuatu yang paling jauh untuk digapai manusia..iaitu masa..
buat adikku, akma-sanah helwa ya ukhti...semoga sentiasa diberkati Allah, terus mantop dalam perjuangan hidup dan perjuangan agama,semoga sentiasa bahagia dan berjaya di dunia dan akhirat..
juga buat adikku, maziah..lamanya tak dengar khabar sahabatku sorang ni..sanah helwa yg ke ...., semoga dirahmati Allah..dimurahkan rezeki dan bahagia dunia dan akhirat..

lagi beberapa hari untuk menjejak bulan baru, tahun baru..ini bukan entry yang terakhir buat tahun ini..andai diizinkan, semoga ada satu lagi entry penutup untuk tahun 2010 ini..

sebenarnya, semalam baru kembali dari kg relai, kerambit kuala lipis, pahang..tanah tempat bersemadinya kekasihku selepas Allah dan Rasul..k.long dan adik2 buat kenduri tahlil dan doa selamat..maka, kami semua berkumpullah..semua ada..yang tiada hanya yang telah tiada... (apa ayat belit2 ni..ngee..)

bila berkumpul ramai-ramai tu...memang meriah..nak tak nak, sereblum oblongata  aku (betul ke aku eja ni..) mesti back to the history..ngeng..ng..ngenggg..(muzik latar pun berbunyi...) terkenang waktu pertama kali aku menjejak kaki ke rumah itu, selepas kenduri sebelah lelaki..malam tu, makan malam yang pertama bersama keluarga mertua..mesti waktu tu malu2 gila lagi..almaklumlah..tak biasa..korang bayangkanlah..dengan sang suami pun  tak pernah dating..tak kenal sgt..apatah lagi dengan ahli keluarganya...tawakkal je la..bawa akhlak baik..i.allah orang suka..tu je prinsip aku..so, dengan shy2 cat join makan malam yang best tu..sebab apa best..sebab makan kat luar rumah..angin sepoi2 bahasa bertiup..bintang yang berkerlipan di dada langit..(harharhar..konon2 romantik la tu..)bersama debaran di dada..terasa serba tak kena..(sebab malu la kununnyee...) tup..tup..bila ramai2 tu..aku culture shock sekejap..sebab ape..riuh rendah rupanye keluarga baru aku ni..saaaaangaaaat meriah...then..dengan perlahan-lahan..angin telah membawa pergi maluku tadi...in addition, arwah abg memang sangat2 entertain aku..layanan..fuh..first class.org baru kawin la katakan...hehe..adik beradik pun jenis melayan..so, tak lah kekok sangat..

mula2 dulu..susah sgt nak ingat turutan adik beradik arwah..maklumlah 12 org adik beradik..nama leh kenal dan ingat..tapi turutan payah ckit, sebab semua cam sebaya je..kecuali udi, hasan dan adik..dah lama ckit kawen pun, masih blur..tak begitu rapat..sebab aku kan dok kat sarawak..hanya waktu cuti je aku balik..tapi setelah arwah mak, ayah dan abang takde..aku rasa semakin rapat dengan adik2 kt sana..makin kenal perangai masing-masing..

mereka orang2 baik..sangat baik..sebab tu Allah uji dengan kehilangan org2 yang sangat disayangi..semoga tautan ukhuwwah antara kita semua di pelihara Allah taala...

dan, sebelum balik ke FJU, aku sempat singgah ke pusara yang tersayang, aku bawa juga muhammad, dan aku terangkan pada muhammad, 
"kat sinilah abah adik duduk..abah adik rehat kat dalam ni.."
dia pun pegang batu sungai tu..macam faham sangatlah..:)


p/s: tahniah malaysia kalahkan indonesia piala aff suzuki..i.allah..malaysia juara!!!



ummufathi @ FJU,
11.17pm

Thursday, December 23, 2010

entry syahdu..

Bismillahirrahmanirrahim..

salam ukhuwwah..semoga anda semua berada dalam lindungan Allah hendaknya..

dua tiga hari ni hati terasa agak syahdu sebenarnya..terasa hati ini kembali mengingatinya. sebelum ni tak ingat ke?ingat sokmo..tapi kali ini ingat dengan sedikit sebak di jiwa..

kenapa? sebabnya, baru ni aku jumpa dengan salah seorang sahabat aku. sahabat di UIA yang juga merupakan anak saudara pada mak saudara aku..berbelit skit...macam ni, pak sedara aku kawin mak sedara dia..dia plak satu UIA dgn aku..faham tak..ok, faham dah kan..tahniah! :)

sahabat aku ni plak kawin dengan suami dia..suami dia tu kawan arwah..get it? itulah yang buat aku syahdu skitnye..bukan banyak tau..sikit je..automatik aku akan teringat kat arwah..haaa...asben dia la yang kata aku ni muka sedih..aparraa...kata org muka sedih...tapi takpe la..muka sedih pun tak menjejaskan kecutetan aku..heheh..sori..ayat perasan takleh tinggal...:P

tak sempat nak berborak lama dengan dia..bagus jugak..kalau sembang lama2 sgt kang..takut2 terpecah empangan airmataku ini..huhu..anaknya sebaya anakku..muda beberapa hari saje..comel sgt anaknya..

tu faktor pertama kenapa hati ini berbaur syahdu..

faktor kedua, anakku sayang demam hari selasa malam rabu tu sehinggalah hari ni, Alhamdulillah hari ni dah tak panas badan dia, cuma merengek je la..dah lama dia tak demam malam, malam tu badan dia panas mendadak..panik gak aku sebab mak ayah aku takde kat rumah. aku tinggal dgn adik2 aku je..

malam tadi, demamnya masih ada, cuma panas badannya kurang sikit. pukul 3 pg dia bangun terus duduk dan  tunjuk pada album gambar aku..aik..pagi2 buta nak tengok album gambar ni kenapa?..aku pun layan je laa..sebenarnya dalam seminggu ni dia banyak kali tengok album tu, dalam album tu banyaknya gambar kahwin aku dan gambar waktu honeymoon dulu..dia tunjuk kat gambar aku, dia kata.."mii.." pastu dia tunjuk kat arwah abahnya yang dok sebelah aku..aku pun terangkanlah, " ni abah adik.." dia pun sebut.."babah.."pastu dia cium gambar arwah abah dia..dia tengok keliling rumah..pastu tunjuk kat ruang tamu kat atas..aku pun kata kat dia.."adik, abah adik dah takde..abah adik dekat syurga, jumpa Allah.." dia pandang je muka aku sambil angguk kepala..jarinya yang halus tunjuk lagi kat gambar abahnya.."babah.."katanya..."i.Allah..nanti kita jumpa abah kat syurga ye.." dia angguk lagi..

muhammad fathi budak bijak..biasanya arahan atau apa yang aku katakan dia faham..tapi kali ni aku tak tau la dia faham tak..dalam kesuraman pagi yang sunyi itu, perlahan-lahan aku mengesat airmata yang mengalir..

aku tahu, nak taknak aku kena terangkan juga pada dia berkali-kali tentang abahnya. walaupun dengan iringan airmata, aku kena tabahkan hati untuk menceritakan pada permata hatiku itu bahawa dia punya abah seperti orang lain, bezanya Allah menyayangi kami, sebab itu abahnya dipanggil pergi terlebih dahulu...

di sisi lain pula, aku selalu mengingatkan diri ini, banyak nikmat yang Allah berikan padaku dan hikmah yang Allah tunjukkan selepas apa yang menimpaku. Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. banyak sangat hikmahnya, antaranya transformasi perasaan dan rasa kedewasaanku. yelah, pengalaman mendewasakan. belajar bersabar, bersabar dan terus bersabar, hargai dan syukuri apa yang ada di sekelilingku...dan persahabatanku dengan sahabat2 lama kembali terjalin..alhamdulillah atas segalanya Ya Allah..

sedih la jugak...
ummufathi @ FJU,
4.29pm

Sunday, December 19, 2010

balik kampung lagi..

salam ukhuwwah..

empat hari tak menjenguk blog..terasa rindunyaaa..tak wat entry n tak blogwalking..kalau sebulan mau meroyan agaknya...hehe..ayat terlampau tu..sebenarnya aku balik kampung..internet connection xde kt sana..broadband pn slow yang amat..jadi pasrah je laa..

wat entry ni pun sambil layan muhammad baca buku animal dia..emm..jap..jap panggil..mi..mi..ni..ni..uminya tengah bizi..hehe..takpe..dh biasa wat 2 kije dlm 1 masa..

balik kampung..alhamdulillah..niat nak temankan wan( baca;nenek) dan aki(baca:datuk) yang dah tua.umur wan 81thn, dan aki umurnya 91 thn..dah tua kan..tapi masih sihat..dua2 takde penyakit serius..no heart attack,no diabetes,no HBP..(wan je yg ada HBP). aki masih mampu berjalan kaki ke masjid yang jauhnya kira2 setengah km dari rumah. wan pun masih mampu menanam sawi, kangkung, kacang bendi, petola dan macam2 sayur kat belakang rumah dia.

jumaat-bertemu sahabat baik..ya, hampir 14thn mengenalinya, dulu waktu di Khairiah, ada classmate yang kata kami kembar, yain, muka kita sama ke?(dia antara silent reader kat laman ni..) dia antara yang hadir awal ke hospital sewaktu aku diuji dulu..

ada projek nak buat starting this new year..hopefully..Allah permudahkan..amin..:)
doakan yer..muhammad dah ajak keluar petang ni..so, jumpa lagi..


Ummufathi @FJU
6.12pm

Wednesday, December 15, 2010

lawatan sambil belajar ke KL

assalamualaikum...

salam ukhuwwah..

alhamdulillah..semalam Selasa 14hb Disember 2010, sekolah aku wat rombongan ke KL utk murid2 thn 6..so, aku dengan muka tak malunya minta nak join..padahal takde org offer pun..hehe...saja nk ajk muhammad jalan2 cuti2 ni..bila lagi nak bawa pi zoo n petrosains tu..jadi dengan tebal muka pi gak la tanya kat cikgu Z, ada lagi tak kosong..

rupa2nya memang nama aku ada sbb ganti seorang ustazah yang nak pindah tu..alhamdulillah..pe lagi laa..angkut la adik aku, anak sedara aku..woww..habis kaum kerabat nak diangkutnya..hehe..banyak kosong beb!

selasa (14/12/2010)
6.30pg
dpt call dr cikgu Z kata bas dh sampai..nasib baik dh siap..kalut2 gak masukkn barang2 dlm keta..macam banyak sgt barang nak bawa..nak gi lawatan ke nak pindah terus?...konfius...

6.40pg
bertolak naik bas..emm..kali kedua muhammad naik bas..agak teruja gak..walaupun sgt2 ngantuk lagi..tak lama jalan...dia pn sambung tido lagi..

10pg
sampai petrosains, KLCC baru nak buka..tapi ok la sbb tak ramai sgt manusia..


wahh..cantik posing..sayangnya gambo kurang clear..kt depan petrosains KLCC

masa nak naik gondola tu..tangan dah penat sgt, sbb dukung muhammad..baru nak mula perjalanan tu..dia taknak dukung ngan sesape pun melainkan uminya..haii..pandai tul dia pilih time..masa bergambar tu pun pujuk2 dia suruh berdiri sorang..

naik gondola..dia leh berdiri lagi tu..umi dia yang naik cuak naik benda alah tu..dalam gelap gitu..time kenderaan sekilas masa tu nak naik tu aku makin seram..muhammad relax je dia..first time naik you...



penat nak suruh dia pandang kamera, last2 jadi camni gambar..huhu..


muhammad asyik tgk t-rex, tak pandang kamera pun..yg sorang tu plak cam nk terbang je..hehe..

1.00tgh,
keluar dari KLCC, cari tmpt makan, makan dkt dgn HKL..jln ape tah kat situ..tak ingat dah..

2.00ptg, 
sampai zoo..muhammad tido dlm bas..so, terpaksa dukung dan bawa jln nak masuk ke zoo..masih tidur..
mula2 kejutkan dia, masih tak jaga..sampai kt tpt monyet tu barulah sedar..


wah..sampai terangkat kaki kakak..punyalah posing.,..hehe..


binatang apakah ini?

muncung2 mulut tgh kura2..


rombongan mak kiah..(napelah glemer sgt mak kiah ek..)


budak baju merah tu takut kat gajah..agaknya dia fikir..napelah besar sgt binatang tu..

komplen 1:

makcik ni, kalau tak komplen tak sah..hehe..bukan apa, nak kritik je, sepanjang perjalanan naik gondola tu, dia tunjuk macam2 melalui video dan simulasi hutan belantara,tapi satu pun takde dikaitkan dengan pencipta hutan belantara tu..iaitu Yang Maha Pencipta..seolah2 semua tu terjadi sendiri..syabas kepada org2 yang buat petrosains tu dan vidoe2 tu semua..nampaknya berjayalah orientalis2 yang nak memisahkan agama, sains dan kehidupan...

hikmah 1 gi trip ni :

dapat berbaik semula dgn 'org itu' dan keluarganya..alhamdulillah..mungkin sbb aku dah jernihkan hati, dah maafkan dia..semoga gurau senda sepanjang trip tu leh berkekalan sampai ke sek next year..amin..

hikmah 2 :
bila gi zoo ni kan..macam2 binatang kita tgk..pelik pun ada..tapi itulah, semua tu menunjukkan, betapa agungnya Allah taala..Maha Pencipta..Al-Khaliq..ada besar,ada kecil, leher panjang, leher pendek..pendek kata..macam2 ada..wah..macam astro jek..oklah jumpa lagi di lain siaran...





ummufathi @ FJU
15/12/2010

Sunday, December 12, 2010

puteraku sayang..


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..puteraku ini sudah berumur setahun lapan bulan. emm..pejam, celik, pejam, celik dah hampir dua tahun pun anak umi ni..makin besar, makin bijak, dan makin macam2..

sejak cuti ni, dia tak leh berenggang ngan aku. aku pulak suka usik dia..kadang2 tu main sorok2..saja aku menyorok tempat susah nak cari..dia punya cari satu rumah, tak jumpa mesti dia nangis..hehe..nakal umi dia kan..dia pun satu..tak leh renggang langsung..

semalam, aku tengah sibuk masak utk lunch, tak sedar dia amik periuk kecik, buka fridge..aku tengah leka memasak..tetiba dia datang tepi dustbin kt dapur tu dan buang something..aku pelik laa..dia buang ape...tengok2..rupanya dia amik telur dari fridge tu then dia pecahkan dalam periuk kecil tu..kulit telur tu dia buang dalam dustbin tadi..waahhh..sape plak ajar muhammad fathi masak telur camtu..mesti dia tengok kami masak, pastu dia tau la nak buat...

kalau dalam keta plak, dia dah pandai nak tukar2 cd..kalau dah lama dengar cd maher zain tu, mesti dia amik cd lain tukar plak..ikut suka dia la nak amik cd ape..tempat cd plak atas kepala driver..so, bila dia nak amik cd tu..si driver ni ( aku la tu..) kenalah hati2..

dia paling pantang kalau semua orang tgk tv dan tak hiraukan dia..hari ni, tetiba semua manusia dalam rumah ni tertengok the amazing race s4 rali punya..muhammad mula bengang orang tak layan dia, berapa kali dia tutup tv dan kipas..pastu tepuk tangan...suka hati dia dapat mengusik orang..

sekali tu aku tengah asyik dok dalam bilik ngadap lappy..tetiba dia masuk panggil.."mi..mi.." emm aku tak kisah sangat laa..sebab dia memang biasa macam tu..tapi kali ni siap tarik tangan ajak keluar...dia lari ke tangga depan untuk ke ruang tamu sambil tunjuk2 kat depan..aku pun jenguk tengok...ohhhh!!!..rupanya ada budak nak mengaji..biasanya budak2 mengaji datang awal sikit..emm..muhammad yang dah biasa tengok budak tu mengaji, jadi tukang panggil uminya yang tengah ralit ngadap lappy..apalah umi ni kan...

sekian saja coretan tentang anak teruna, puteraku sayang..semoga Muhammad Fathi jadi anak soleh, berilmu, beriman dan bertaqwa dan semoga muhammad fathi menjadi pejuang Islam suatu hari nanti..amin..


ummufathi @ FJU
12.15am..

Friday, December 10, 2010

kerjaya impian..

salam ukhuwwah..

Alhamdulillah segala puji buat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat lagi kita bersiaran di laman ini..

wahh..cam nak ceramah je :)..takpe..syukur..Alhamdulillah..kena syukur sokmo tau..banyak nikmat Allah bagi yang kadangkala kita tak sedar pun kita menikmati nikmat itu..contohnya, nikmat sihat dan masa lapang terutama buat cikgu cikgi kakitangan kerajaan macam aku ni..alhamdulillah..

walaupun aku kakitangan kerajaan yang sedang bercuti tapi hakikatnya apabila dipanggil bertugas, kami perlu datang bertugas. dan sebenarnya dalam cuti persekolahan macam ni pun, guru2 ada jadual bertugasnya sendiri. walaupun tidaklah tiap2 hari kena gi sekolah. begitulah hidup seorang guru.

aku suka jadi cikgu. orang kata, jadi cikgu tak glamer..tak seglemer jadi doktor, arkitek, lawyer, engineer..walaupun tak glemer, aku tetap suka..sebab aku bukan gila glemer pun..hehe..kalo nak glemer, lama dh aku join gadis melayu..wakakak..boleh gitu..:) (tak sedar diri betui..adushh..)



best tau jadi cikgu ni..aku suka main2 ngan budak2..kadang2 tu saja je aku usik murid2 aku..luar kelas aku memang sempoi ngn depaorg, tapi waktu aku ngajar..ada gak yang kena baling dengan bekas pensil aku..ganaskah aku? tapi sebenarnya niat utama aku nak mengajar sbb mengajar inilah medan dakwah aku supaya cita-cita aku tercapai..apa cita2 aku? cita-cita suapa Islam terbilang..kembali berada di puncak kecemerlangannya..takbir!!!..

family aku ramai jadi pendidik..dua org pak sedara aku lecturer..kalau guru sekolah menengah dan rendah tu lagi berlambaknya..sebab tu terinfluence kat aku..sebab dari kecik lagi selalu dengar citer pasai kerjaya ini..tapi adik beradik aku, cuma aku ngan abng je jadi cikgu..dua orang adik aku engineer, dua org lagi kerjayanya tanam anggur..aku pun tak faham, bilalah aku leh makan anggur diorang tu..takpelah..Allah tak beri rezeki lagi la tu..insyaAllah..ada rezeki sok..merasalah aku..

yang adik aku sorang tu, dah 40kali dh minta PTD..(tipu je..) bukan exactly 40 kali..40 kali tu cuma balaghah je..maknanya banyak kali dah..:) tapi belum rezeki lagi..susah gak nak cari kije dgn course dia yang advanced tu..political science you..aku rasa dia sesuai jadi tok penghulu la..oppss..silap..bukan tok, cik penghulu..a.k.a cik penggawa...hehe..

bila tiap kali adik aku yang sokmo minta PTD tu balik dr exam or interview PTD, selalu dia citer camne soalannya..aku rasa cam teringin sgt sesekali nk join interview dia..aiya..ngade2 tul..bukan..niat utk menambah pengetahuan dan mencabar keupayaan diri je..

apapun..aku syukur sgt2 sbb aku tak sesusah adk2 aku nak cari kije..sbb aku dapat jadi cikgu ni pun belum sempat aku konvo lagi..sampai maktab aku kat sarawak dulu tu nak hantar aku balik semula..katanya not qualified sbb x konvo lagi..aci ke gitu..aku dah diterima, dah sampai kat kuching sarawak nun pun....suka-suki dia je nak hantar aku balik semula ke kampung..malu la beb..mak ayah aku dah siap buat kenduri waktu aku nak berangkat tu..hehe..alhamdulillah Allah izinkan rezeki jadi cikgu tu tetap rezeki aku..HEP maktab tu tarik balik kata2 dia then aku dengan suka hatinya dapat menyambung pengajian aku utk dapatkan diploma pendidikan..huh!! penuh cabarn hidup aku kan...

doakan supaya adik aku 2 org tu dapat kije tahun 2011 ni yer..dua2 tu ada degree..mungkin belum rezeki lagi..and moral of the story nye malam ni sebnarnya aku nak citer..tidak semua keinginan kita mudah dicapai..pasti ada cabarannya..apapun, usaha dan terus usaha dan doa..insyaAllah..ada rezeki ia pasti milik kita...

oklah..renungkan lah apa yang aku tulis ni..terutama buat anda yang masih belum tercapai impian anda..

ummufathi @ FJU,
10/12/2010

Wednesday, December 8, 2010

KEM ANAK SOLEH 2010

Bismillahirrahmanirrahim...

Sempena cuti sekolah ini, seperti biasa NISA menganjurkan Kem Anak Soleh (KEMAS). kali ini diadakan di masjid felda Jengka 22. sambutan yang menggalakkan dari para ibu bapa menyebabkan pihak penganjur menganjurkan kem ini secara rali dan bergerak dari satu tempat ke satu tempat..

wahh..kenapa ayat aku ni nampak cam pelik jee..memang fail la nak wat laporan..ngeeee..jgn marah cikgu BM..bukan salah cikgu tak pandai ajar saya, saya memang fail skit bila nak wat karangan serius..:(

oklah..tukar mood santai..maka, hendak dijadikan cerita..aku pun dijemput untuk menjayakan satu slot..Alhamdulillah..niat untuk menyahut seruan Rasulullah S.A.W....dan masih dalam mood maalhijrah...

sampaikan dariku walau satu ayat...

tajuk :cinta rasul

siapakah Rasulullah S.A.W..


cukup kenalkah kita dengan Nabi Muhammad SAW ini? kenalkah kita sebagaimana kaum Yahudi mengenali Rasulullah lebih dari anak-anak mereka sendiri?

Nama baginda yang biasa kita tahu,

MUHAMMAD BIN ABDULLAH BIN ABD. MUTALIB B......

YA...

biasanya murid2 sekolah pun hanya akan tahu setakat itu sahaja, mungkin disebabkan budaya masyarakat kita yang hanya mengetahui keturunan terhenti setakat datuk, nenek dan moyang saja..dan selebih yang diatasnya, tidak diketahui..

bagaimana dengan ciri fizikal Rasulullah SAW?

Baginda mempunyai tubuh badan yang tegap, tulang yang kuat, kaki yang lebar, jari jemari yang panjang, muka yang bulat, kening yang lebat, alis mata yang halus dan memanjang, wajah yang putih berseri, hidung yang mancung, di antara dua tulang belikatnya terdapat cop kenabian, apabila Nabi berpaling, seolah-olah seluruh badannya berpaling..ketawanya adalah senyuman..tutur katanya indah, ringkas dan jelas..apabila baginda berkata-kata, seolah-olah keluar cahaya dari celah-celah giginya..

MasyaAllah!!! Subhanallah!!!tak dapat kubayangkan indahnya ciptaan Allah pada seorang Nabi Akhir zaman ini..

sifat peribadinya merangkumi semua sifat mahmudah..kerana sabdaan baginda sendiri..

Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq.. 

al-Amin gelaran diberi,
sedari kecil akhlaqnya terpuji,
pemaaf, lemah lembut tetapi berani, 
siapa melihat pasti tertarik hati..

KENAPA PERLU KITA CINTA RASULULLAH SAW??

1. tanda kita beriman pada Allah
hadis Rasulullah SAW,

Barangsiapa yang mentaatiku, dia mentaati Allah, barangsiapa menderhakaiku, dia menderhakai Allah..(Bukhari)

2. Rasulullah bayak berkorban untuk menyebarkan Agama Islam.
supaya aqidah yang suci ini sampai ke tangan kita, pelbagai ujian diharungi oleh Rasulullah, bermula dengan pemulauan kaum Musyrikin Mekah yang menyebabkan Rasulullah serta sahabat2 baginda hampir kebuluran. sehinggalah digelar orang gila, dibaling batu oleh Penduduk Thaif dan keadaan zuhudnya baginda ketika berada dalam usaha dakwahnya..
pernah diceritakan oleh seorang sahabat Rasulullah, bahawa pernah sekali beliau bersembahyang di belakang Rasulullah SAW dan ketika dalam sembahyang beliau mendengar perut baginda berbunyi seperti air yang mendidih akibat lapar..

MasyaAllah..Subhanallah..

itu kekasih Allah!! kekasih Allah yang setiap permintaan dan doanya akan dikabulkan..tetapi menderita kelaparan..

Aisyah r.Anha juga pernah menceritakan bahawa Rasulullah tidak pernah kenyang selama tiga hari..

maknanya, Rasulullah lebih suka hari ini kenyang, esok berlapar...
cuba bandingkan diri kita yang tak habis2 makan ini dengan keadaan Nabi kita..

alaaa..takpelah dia Nabi??..

tapi....Baginda Nabi yang maksum..yang kompom2 masuk syurga, yang Allah pilih untuk menyebarkan dakwah..kita?? kompomkah kita masuk syurga???ada jaminankah kita ni??

astghfirullahalazdim...

3. rasulullah amat sayangkan umat Baginda..

dah tengok..baginda sendiri sangat sayangkan kita..kita suka suki je tak nak sambut huluran kasih sayang Baginda..sampaikan ada yang sanggup menghina isteri baginda..(Nauzubillah..)
 sehingga ke akhir hayat baginda, dalam keadaan baginda nazak, apa yang keluar dr mulut baginda ialah ummati..ummati..

kalau boleh. baginda nak semua umat akhir zaman ini, hinggalah yang terakhir lahir sebelum kiamat akan selamat dari azab api neraka..kenapa? sebab Baginda dah tengok betapa siksanya azab api neraka dan betapa indahnya nikmat syurga yang tidak dapat dibayangkan oleh mata dan akal fikiran manusia.. dan ingatan buat para wanita..penghuni neraka paling ramai terdiri daripada wanita..

sabda rasulullah..seandai manusia mengetahui apa yang kau ketahui..nescaya mereka lebih banyak menangis dari ketawa..

see!!!..


so, macaman cara kita nak sayang dan cinta pada Rasulullah..

1. taat perintah Allah, jgn buat apa yang Allah larang..
2. jadikan Rasulullah ikutan kita..bukan AF atau Donald Trumph (betul ke aku eja ni??) idola kita..
3. ikuti sunnah Rasulullah. dari mula kita bangun tido sampai kita tido balik..
4. selalu selawat ke atas Nabi Muhammad SAW..

semoga kita diberi kekuatan untuk mengamalkan apa yang kita dah tau..

p/s : nota diatas untuk ingatan aku yang menyampaikan..dan juga pada para pembaca yang sudi baca..amalkan tau..


ummufathi @ FJU
11.01pm




Tuesday, December 7, 2010

MAHA 2010

Bismillahirrahmanirrahim..

aku rasa majoriti rakyat Malaysia tahu tentang kewujudan Ekspo Pertanian dan Perternakan yang besar tu.MAHA stand for what eak?aku pun tak tau..tapi setakat ni dah 2 kali aku pergi..sambutannya, MasyaAllah luar jangkaan..

kali pertama aku pergi pada tahun 2008 dulu. waktu tu pergi ngn my beloved late husband la..best sgt, walaupun sesat pada mulanya sbb kami mmg tak tau jalan..bawa anak2 sedara termasuklah si linda yang kawen baru ni..

tahun ni, pergi pada hari ahad 5/12/2010..hari terakhir MAHA..emmm..apa nak kata, jalan jem tahap gaban punya laa..kami pergi tiga kereta, dua tiga kali mengeliling cari jalan yang ok ckit nak masuk..lastly,abg long, abg ngah n shahrul terpaksa turunkan kami kat tepi exit dekat agro bazar tu..then, kami pun jalan kaki pi agro bazar..driver2 bertiga tu pergi cari parking..

dari agro bazar, kami amik bas ke pintu 1, masih bersesak..disebabkan terlalu ramai umat manusia, kami decided nak pi tempat ternakan saja, so..naik bas lagi ke pintu 2 tempat pameran ternakan..Muhammad yang tak pernah naik bas punya la excitednyee dapat naik bas..terpaksa dukung dia sambil berdiri dalam bas..sbb raaaamai sgt org...sampai pintu 2, masuk kawasan ternakan..nasib baik masih ada lagi memori2 2008 tu..cuaca panas terik..kak ngah dan anak2nya mula penat, last2 aku hantar dia org pergi surau..rehat kat sana..aku ngan 3 org adik, muhammad and wani jalan semula..wahh..sungguh gagah rupanya muhammad berjalan di tengah panas terik..sama naik je cam umi dia..hehe..

sedih je muka lembu ni...

cam tak pernah tgk kambing lak budak2 ni...isk..isk..isk..


ni tempat yang paling aku suka..Subhanallah..MasyaAllah..cantiknya...

sempat angkut 3 pasu orkid..

Pak2 supir masih belum ketemu tempat parking..punya la lama..last2 pi cari buah, then kumpul semula kt pintu 2 amik bas ke agro bazar semula..

sementara tunggu org2 yang mencari tpt parking..kami dah habis lawatan, depa tak dpt parking lg..bayangkan....

akhirnya, kami selamat keluar dar MAHA dan pi cari tpt makan sebab dah lapar sgt2..nasib baik muhammad tak meragam...bagus anak umi ni...


makan kat sini..cyberjaya..







ahli rombongan...tak termasuk pak2 supir..

puas hati selepas bersesak2 di MAHA..

antara kelemahan pengurusan yang aku nampak..
1. tempat parking penuh - tapi mgkn sbb time kami dtg tu waktu kemuncaknya..
2. tandas kotor-ramai sgt guna dan tak tau jaga kebersihannya..
3.beratur panjang nak dapatkan bas- patut tambah lagi bas..sian aku yang bawa budak kecik ni..
4.peta takde-papan tanda pun kurang..
5. pamplet @ maklumat prog pun aku tak dpt-atk tau sgt apa event dia ari tu..2008 dulu dapat tau gak ada rodeo tu..tapi tak sempat nak tgk..tgk budak2 naik kuda je la..

aku rasa pihak management kena baiki kelemahan2 yang wujud tu..termasuklah tpt parking sbb ramai yang parking tepi highway..bahaya plak rasanya..

rasanya tu sajalah bebelan aku kali ni..hehe..panjang umur dan andai ALLAH izinkan..2 tahun lagi kita pergi lagi MAHA.. kita tgk ada tak perubahan..oklah cau dulu..nak prepare utk esok punya prog...


ummufathi @ FJU
71210/10.28pm.



saya sudah ada menantu..

alhamdulillah..

wah!!!nampaknya saya sudah benar2 tua..uhuks..uhuks...

sabtu lepas (04/12/2010)

anak saudara aku yang sulung namanya linda..nama panjangnya nur syazlinda telah selamat menjadi isteri orang...oohhh..terasa macam tak percaya..kakak dah kawen ek..ahaks..rasa cam baru lagi dia melangkah ke alam persekolahan..tup2..dh kawen dh..

appapun..

BARAKALLAHU LAKUMA,WA JAMAA BAINAKUMA BILKHAIR...

SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE SYURGA..BE A SOLEHAH WIFE..


comel kan anak sedara aku tu..cam muka mak sedara dia yang tgh dukung anak tu..hehe..

umur linda baru 21 tahun..dah kije dan dah sampai jodoh dia..yang penting jodohnya dengan org beragama..ust kagat..



ehh..ni pengantin mana plak bersanding ni?...:)




selamat pengantin baru Linda & Ali..
cikju @ FJU
7/12/2010

Monday, December 6, 2010

salam maalhijrah 1432..

salam ukhuwwah..

alhamdulillah..hujan renyai2 diluar mengiringi jemari menulis sesuatu buat tatapan anda..
sehari demi sehari..selangkah demi selangkah..akhirnya..kita telah sampai ke tahun yang ke 1432 dlm kalendar Hijrah..detik yang berlalu..akan terus berlalu..masa mendatang yang perlu kita hadapi dan harungi..
Tahun ini, 1432H bermula maghrib tadi..dengan siaran langsung dari TV1 bermula forum sehingga doa akhir tahun dan awal tahun yang dibacakan oleh Imam Masjid Negara.


Sebaik saja azan maghrib berkumandang, rasa sayu dan sedih menyelinap di hatiku..(alaa minah ni..tak abiss lagi ke sedihnyeee..:)) bukan apa, aku rasa tahun 1431H aku telah gagal..aku gagal mencapai satu target yang aku selalu letakkan di awal tahun..selalunye sempat tapi tahun ni...ya Allah...ampunilah aku..ampuni kelalaian aku ya Allah..minggu lepas aku dah perasan, yang satu ni aku tak settlekan lagi..ingat sempat nak pulun saat akhir..bak seorang pelumba 100meter..pecutan sebelum sampai ke garisan penamat..namun akhirnya..pecutan itu tidak memahatkan namaku sebagai pemenang..

Apapun alasan..masa itu telah berlalu..aku tidak berjaya mencapai targetku buat kali kedua tahun ini..pertama sewaktu ramadhan, dan kedua hingga akhir tahun ini..semoga semangat perjuanganku terus membara lagi di hari mendatang..doakan aku supaya kegagalan itu TIDAK BERULANG LAGI...


sedih!
ummu fathi @ FJU
11.49pm..

Thursday, December 2, 2010

maaf..

salam ukhuwwah..

maaf kerana terpaksa menutup pintu laman ini buat seketika..bukan apa sekadar menambah beberapa perkara..terpaksa belajar..sbb tak pandai..org nak berblog, kita nak juga..semoga ada manafaat dari blog ini..

aku tau blog ini tak seberapa, tapi silent readersnye ramai..tengok statistiknya ok la jgk..tapi depa ni suka mai sengap2..pi pun sengap..macam aku gak la..selalu ziarah blog org..tapi tak beri salam..nak balik pun tak sempat bersalam-salaman..:)

takpelah..terima kasih kerana sudi menziarahi laman kenangan ini..harap jgn bosan, kembali lagi yer..

tapi, kalau takde org singgah pun takpe..aku kan tetap membebel sesuka hati..bebel?harap2 membebel yang beri manafaat..bukankah sebaik2 manusia itu yang paling bermanafaat pada manusia yang lain..

emm jangan lupa, coretlah sesuatu di sebelah yer..sembang2..tinggalkan jejak anda disini..andainya dapat diberi kata2 nasihat dan peransang buat penulis blog yang tak seberapa ini, alangkah bagusnya..dan saya sgt2 menghargai..maklumlah kadangkala hidup ini terlalu complicated..selalu diuji..tapi syukur..bukan merungut..

oklah..terpaksa berlalu..kata2 hikmah pentang ini..

syukuri dan hargai apa yang kita ada..

renung-renungkanlah...!!!

ummufathi @ FJU
6.03pm

Tuesday, November 30, 2010

musim luruh yang berlalu..



musim luruh yang berlalu..
biarlah ia berlalu..
dan terus berlalu..
meninggalkan jejak yang terhapus..
dalam diary masa..
sekadar ingatan tulus..
buat insan yang sama-sama mengharungi..
indahnya musim itu..
sekadar ia berlalu..
tidak mungkin ia kembali..
tidak mungkin...
walau seribu kali kau mencari..
akan musim yang sama..
ia tetap tidak akan sama..
kerana ia hanya sekali..
hanya yang itu..
sekali dalam hayatmu...

Thursday, November 25, 2010

Pelbagai cerita..

alhamdulillah,wa syukru lillah..

salam pagi khamis yang ceria..mlm tadi hujan lebat sgt kt sini..pagi ni, segar je bumi..terima kasih Ya Allah kerana menyegarkan bumi tempat tinggal kami yang sementara ini...

aku nak cerita tentang apa yang berlaku sejak dua hari lepas..

selasa-23/11/2010
pagi2, pabila aku masuk dapur pagi tu, terkejut sbb tgk air mengalir ke lantai..alamak!!!..paip kat sinki dapur bocor la plak..terpaksa tutup meter paip kat luar..camne ni??dah la takde org lelaki kat umah..aku bab teknikal ni mmg fail..
memasak mee bandung..terpaksa angkut air dari dlm bilik air..itulah nikmat air yang jarang disyukuri..selalunya buka je paip air dah mencurah..Allahu Rabbi..

11.00pg- ikut kuliah ayahwe kat masjid..sambil menunaikan janji ngan mak nak bawakan bekal air utk ayahwe..sian dia mesti nak minum gak lps mengajar..muhammad tidur, kalau tak, mmg nak bawa dia..mak pun selalu gak bawa muhammad ke masjid..nak biasakan dia dengan majlis ilmu.

12.30pg-dapat call dari apak suruh amik duit kat pejabat..alhamdulillah dapat gak duit wat belanja rumah..Alhamdulillah..n apak pesan posmen telefon suruh amik barang kat pejabat pos Kuala Krau..barang pe tu???

1.00tghr- dapat call dari akak, kata teh dah dioperate sbb doktor sahkan kanser tiriod dia makin merebak..selamat jalani operation dari jam 9pg Isnin keluar dari dewan bedah jam 6ptg Isnin..masih di ICU..Ya Allah, ini ujianMu buat keluarga relai..semoga Allah kuatkan semangat abg teh..

selepas zohor, bergegas ke Kuala Krau pergi pejabat pos, rupanya dapat netbook yang ditunggu..alhamdulillah..
gi sekolah adik, dia dlm dewan exam..1st day exam SPM..Semoga Allah memberi adik kejayaan..insyaAllah..sebenar dua kali gi ke sekolah adik, kali pertama tu takde sesiapa nak dipesan utk diberikan bekal kat adik, kali kedua tu terpaksa tinggalkan pesan pada kertas dan letak kat tempat barang kat asrama dia..harap2 sampai lah pesanan tu kat dia..

3.30ptg-pergi pejabat felda ni dapat duit yang apak pesan suruh ambil..alhamdulillah..banyak gak..jumpa plak dengan seorang kawan satu sekolah kat SMAAFBT dulu..sumpah aku tak kenal langsung mamat tu, dia yang tegur dulu, aku yang terpinga2 buat2lah kenal dulu..bila dia tanya tentang mutie sepupu aku, barulah aku ingat2 ckit..bila dia sebut nama barulah ingat, tapi lain benar dah..dulu kecik je budaknye..

balik rumah baiki paip, beli paip baru kat K.Krau tadi, aku surrender awal2 bab ni..mmg tak reti..nasib baik ada adik aku yang 2 org tu..akhirnya berjaya..yesss!!!..tahniah super women!!:)

malam cam biasa, tido awal..

rabu 24/11/2010

pgi masak sarapan-nasi goreng..
buat lagi mee bandung utk dibawa ke kuantan-minggu ni tema mee bandung..huhu..

tghari dah br sampai kuantan sbb lambat bertolak dari rumah..lunch kt cafe hospital kuantan.
lepas makan, ikut akak naik tgkt 5 wad kiambang..terkejut tgk teh..kesan jahitan bedah tu nampak seolah-olah teh disembelih..ngerii..dari bawah telinga kanan sampai hujung dagu kiri..masyaAllah..aku terkaku tgk dia yang pucat terbaring..dua wayar ditanam di bawah leher utk mengeluarkan darah..sebenarnya teh kuat kata akak..selalunya org lain lagi lama tak sedar lepas operate, teh dok ICU pun kejap je..dah boleh cakap dan makan..sekali tu dia tersedak bila minum air..masyaAllah..merah2 muka dia menahan sakit..Ya Allah..tak sanggup aku tgk..

7.00mlm-bertolak dari hospital ke rumah

9.30mlm- sampai rumah.hujan lebat sepanjang jalan..

hari ni cuma rehat kat rumah je..tgk sukan asia guongzhou..tahniah pasukan Malaysia dah mencapai target 9 emas..tak sabar nak tgk aksi final hoki lelaki malaysia lwn pakistan...chaiyokkk!!!!

Ummu fathi @FJU
4.52pm

Tuesday, November 23, 2010

mimpi yang tahapahapa..

Bismillahirrahmanirrahim..

cipta sejarah..pagi2 lagi aku dh ngadap laptop..:)

Alhamdulillah..Allah masih beri ruang utk aku bernafas di pagi Selasa ini..

malam tadi mimpi..:) mimpi yang sgt2 tahapahapa..mimpi lawak tahap gaban punyer...

ada ke mimpi arwah abg hidup lagi, tapi dia cuma hilang ingatan..dia tak kenal aku dah..syaitan ni ingat aku peminat drama indon kot..tu dia reka mimpi sejibik cam drama indon..

dalam mimpi tu, cuma arwah ayah je yang meninggal..hehe..kot2 syaitan nak menipu aku cari la idea lain ckit..ini mimpi tahap tak masuk akal langsung..

tapi mungkin salah aku gak..mak aku kata, kalau mimpi ngarut2 tu sbb tak buat adab tidur, hehe..memang pun, malam tadi penat sgt..muhd dh tidur, aku angkat dia dari buai..aku baring tepi dia jap..ingat nak bacakan surah2 yang aku biasa bacakan kt dia sebelum dia tido..last2 aku tak sedar bila masa aku dah hanyut...tak dan baca doa tidur pun..sbb tu mimpi ngarut sgt2...

keduanya mungkin sbb aku banyak sgt ingt kt arwah kot..entah ler..sejak2 aku tengok citer karma salina slot cerekarama tv3 sabtu dulu, aku selalu terfikir, camne wajah akhir arwah abg yer..mesti pucat cam sharifah amani tu..real la drama tu...best! banyak pengajaran..adik aku yang tak suka tgk drama melayu pun terpacak depan tv..pastu aku fikir, liang lahad arwh abg cam liang lahad dlm drama tu ke..kecik sungguh kan..tapi arwah abg ditanam sekali ngan arwah mak n ayah..dalam satu liang..so, mungkin besar ckit la..

sebab tu aku malas tengok tv sebenarnya..apa yang aku tgk biasanya terlekat kat fikiran aku 2,3 ari..pastu mula la fikir ngarut2..kalau tgk citer perang2 ke..kena2 kejar ke...lagi la..sampai dalam mimpi la aku kena kejar..hish..memang tahapahapa..sbb tu aku boikot tv..

ok la..tak nak pikir psl mimpi tu dah..tapi ada satu lagi mimpi yang aku takleh lupa..mimpi 3 tahun lepas sblm aku nikah dgn arwh abg, lepas aku wat solat istikharah waktu mak sedara dia menanyakan aku dulu..nanti2 la aku citer pasal mimpi tu..

hari ni aku kena menunaikan amanah mak spaya bawa bekal utk pak sedara aku yang mengajar kat masjid ni pagi ni..sementara mak takde kat umh ni, aku la kena ganti tugas mak..nak masak pe erk??..ok la..cau dulu la..nak kena masak sarapan plak..


ummufathi @FJU
7.27am

Monday, November 22, 2010

cuti sekolah kembali lagi..

alhamdulillah..segala puji dan syukur hanya buatMu ya Ilahi..

cuti sekolah telah bermula sejak seminggu yng lalu..kesibukan aidiladha bersambung terus dengan cuti menjadikan lama laman ini ditinggalkan kosong..emm..alhamdulillah, ada sedikit kelapangan petang ini, terus kugunakan buat mencoret sesuatu..walaupun muhammad fathi juga sedang sibuk mengacau aku..

muhammad plezz sayang, bagi peluang kat umi jap je...;)

hidup ini, alhamdulillah..segalanya indah jika keranaNya..

jumaat lalu, aku berjaya memandu ke kajang dan balakong..alhamdulillah..walaupun muhammad yag demam dan selsema merengek sepnjang jalan..tapi alhamdulillah selamat sampai dan selamat kembali ke pahang pada hari ahad lalu..first time you..hehe..sebelum ni aku cuak gak nak drive ke sana, maklumlah jalan kat sana camne..tapi ok je bila dh drive..sebenarnya sebelum ni aku dah pernah drive area kajang, bangi dan balakong..itupun dua tahun lepas, waktu arwah kursus dalam cuti kat MPI Bangi, so, aku jalan2 area sana..

sepanjang jalan dan ketika di sana, hati dan fikiran aku banyak back to the history..pandang JJ kat Balakong tu aku ingat kat dia yang suka mengheret aku jalan kesitu..siap gelak2 lagi kat aku tu, sbb aku kompom takut nak parking kat atas..pandang kat alif bistro, teringat time makan roti canai kat situ ngan cik nazir n abg long..tu belum lagi pi langat..sib baik gak umah kat langat tu terbakar baru ni..(erkk..nasib baik?) no, kesian gak kt k.long coz umah dia terbakar baru ni..(2nh house,umah ujung minggu..) rumah tu menyimpan seribu satu nostalgia aku dan dia..sbb last 2 years, situu la tempat kami bermastautin..sbb kami ni kan penumpang..asyik tumpang rumah org je bila dia kursus..

bila lalu kat highway karak tu, teringat time keta BFU rosak kat tepi highway malam sebelum raya 3 years ago..jam dah dekat kul 1 pg..jalan jem, keta rosak..terpaksa berhenti kat tepi highway tu, dia pi berlari kt emergency call tepi jalan tu..rupanya hampir 3km dia mencari tipon tu..aku terpaksa ditinggalkan dengan keta..balik tu dia berlari selaju2nya sb takut apa2 jadi kat aku..dia sayang bini weii..tinggal bini tgh2 mlm kt tepi hutan plak tu..sib baik la bini dia ni berani gak orangnya...heheh..taklah..nasib baik Allah gerakkan hati satu keluarga yang nak balik ke kelantan tu singgah dan temankan aku sementara my beloved late husband pi cari bantuan..huhu..kenangan..kenangan..

kenapa aku masih sayang dia walau dah hampir dua tahun dia pergi..sebab kami banyak melalui suka duka bersama..dua tahun hidup bersamanya sangat indah walau diuji pelbagai ujian yang pahit..

kak long kata, Allah dah gantikan arwah dengan Ali (tunang Linda,anak sedara aku) Ali tu perangainya lebih kurang cam arwah..mudah mesra, baik, ramah..selamber je..ust gak..Alhamdulillah. kata aku..tapi dalam hati aku..dia tetap seorang dia...tiada siapa dapat menggantikannya..

oklah..muhammad dah berbau sesuatu..maknanya time to log out..azan asar pun dah berkumandang..jadi marilah kita sama2 menuju kejayaan..solat, jangan tak solat..


cau dulu..

ummu fathi @FJU
4.23pm

Thursday, November 11, 2010

seronoknya jadi cam diorang (2)

Salam ukhuwwah..




Entry ini sambungan dari entry sebelum ini. Sesungguhnya aku benar2 ingin menta’kidkan bahawa kanak-kanak Malaysia sememangnya bertuah. Seronok, bahagia, aman damai..semuanya menggembirakan. Apa yang seorang kanak-kanak inginkan melainkan keseronokan. Seronok di alam kanak-kanak.



Kenapa aku menyambung entry ini, sebabnya, malam tadi, aku menonton bulletin utama TV3 dan terdapat satu laporan dari wartawan tv3 yang terlibat dengan konvoi VIVA PALESTINA yang melaporkan dari Gaza. Bersama wartawan itu terdapat seorang kanak-kanak perempuan bernama Fatima Azzahra yang fasih berbicara menyuarakan suara hati agar dapat didengari di Malaysia khususnya dan dunia amnya. Kanak-kanak itu dengan fasih menceritakan tentang saudara-maranya yang yang dibunuh dan dipenjara oleh tentera zionis. Mengingati kisah berdarah tepat bersama tarikhnya. Dan kanak-kanak comel itu sempat menyuarakan cita-citanya ingin menjadi guru dan harapan semoga Allah merahmati semua muslimin dan muslimat.



Melihatkan kepetahan dan kematangan pemikiran kanak-kanak ini,tidak dapat tidak aku membanding bezakan dengan anak-anak muridku. Mampukah anak muridku sebaya kanak-kanak comel itu berbicara sepetah dan sematang itu, sungguh!ujian dan pengalaman mendewasakan.



Seronok menjadi kanak-kanak Malaysia. Buka mata segalanya sudah tersedia. Tidak dinafikan ada yang kurang bernasib baik, andai dibandingkan dengan nasib kanak-kanak di negara2 yang dilanda ujian, sememangnya nasib kanak-kanak kita berkali ganda lebih baik.



Di negara yang aman damai ini, kemudahan akses pendidikan sangat mudah. Malah ibu bapa yang tidak menghantar anak-anak yang sudah berumur 7 tahun ke sekolah akan dipersalahkan. Fasiliti pembelajaran juga sudah jauh berubah, semakin maju berbanding dua tiga puluh tahun dahulu. Cuma, kawasan pendalaman saja yang masih dihalang arus pembangunan. Agak sukar mengadakan fasiliti standing tempat lain, namun syukurlah basic fasiliti sekurang-kurangnya tersedia.



Berkaitan dasar kurikulum sekolah rendah. Mahu tidak mahu, terpaksa kita mengiyakan bahawa sedikit sebanyak kurikulum sekolah kita terpengaruh dengan politik. Bila bertukarnya menteri pelajaran, maka bertambah atau berkuranglah satu silibus. Mungkin berkurang di satu aspek, tetapi mesti ada pertambahan satu aspek yang lain. Banyak guru-guru merungut tentang bermacam-macam perkara berkaitan pendidikan yang terus muncul satu demi satu menmbahkan beban tugas yang kadangkala tiada kaitan langsung dengan P&P.. (ooopppss..terlari tajuk…)



Apapun, sebenarnya seronok menjadi kanak-kanak Malaysia. Dewasa ini Pendidikan Islam begitu ditekan berbanding zaman saya masih kanak-kanak. Dulu, kami mula bersembahyang dan belajar untuk memenuhkan 5 waktu sehari semalam hanya apabila kami menginjak umur 12 thn. Kini, seawal 7 tahun, murid tahun satu diasak tentang kepentingan solat. Umur 10 thn (tahun 4) sesiapa yang masih ada ‘bulat’ dalam buku rekod solat akan dirotan. Aplikasi kepentingan solat yang berjalan di sekolah aku.



Belum lagi ditambah dengan kelas-kelas agama. Di sessi pembelajaran pagi, kanak-kanak akan berdepan dengan tiga orang guru Pendidikan Islam (sekurang-kurangnya). Mereka akan dibahagikan kepada tiga kumpulan utk pembelajaran Al-Quran. Sebenarnya system ini (j-QAF) ini tidak terdapat pada mana-mana subjek lain di Malaysia dan mungkin didunia.



Dan di Felda ini, (mungkin bukan di Felda ini saja) petangnya murid-murid akan ke sekolah agama rakyat untuk belajar KAFA. Sessi ini akan berlangsung hingga jam 5 petang. Disini mereka akan diajar matapelajaran agama seperti aqidah, tauhid, fekah, sirah dan sebagainya.



Setelah pelbagai usaha dijalankan oleh pihak KPM dengan usahasama Jabatan Agama Islam dan pihak2 berkaitan, pendidikan Islam sebenarnya amat ditekan. Persoalannya, kenapa masih banyak lagi gejala-gejala social yang berlaku. Kes-kes pembuangan bayi dan orang tua masih meningkat. Sebenarnya dimanakah silapnya? Mungkin masih ada rompong lagi di dalam system pendidikan Negara kita.



Mungkin dari sudut aplikasi ilmu itu tiada. Ya, ilmu tanpa amal seperti pokok tnpa buahnya. Tiada guna. Apa yang dipelajari hanyalah teori yang mungkin akan masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Apa yang diajar disekolah dan di sarankan untuk diamalkan dirumah berbeza dengan apa yang telah diamalkan oleh ibu bapa mereka. Mungkin dirumah kuasa pendidik paling besar ialah televisyen yang tidak dipantau. Internet yang bebas. Aliran budaya muzik yang menyeronokkan. Dan mungkin itu yang menyebabkan kanak-kanak Malaysia bertambah-tambah seronoknya.



Mereka seronok kerana tidak pernah mendengar bunyi bom meletup. Hanya kedengaran bunyi mercun, yang mana bagi mereka amat seronok bermain mercun hingga ada kawan-kawan mereka tercedera akibat mercun. Mereka seronok kerana ibu bapa mereka orang senang, tiap-tiap hari dapat makan best dan berbelanja RM1-3 sehari. Mereka tidak pernah merasa lapar kerana kekurangan makanan. Mereka seronok kerana mereka ke sekolah dihantar dengan motor atau kereta atau kadangkala mereka sendiri menunggang motosikal. Malah, jarang sekali melihat mereka ke sekolah berjalan kaki. Mereka seronok kerana mereka sudah mengenali computer, tau apa itu internet, sudah ada akaun facebook walaupun usia baru menginjak 8,9 tahun.



Sesungguhnya sememangnya seronok jadi macam mereka.

p/s: ari ni kuar result UPSR, tahniah kepada 3 org murid thn 6 SKJU yang dapat 5A, UPSR bukan ukuran kejayaan, masih panjang lagi langkahmu wahai anak-anak didikku..insyaAllah..

ummu fathi,
skju @ 2.29pm
10/11/10

Tuesday, November 9, 2010

bestnye jadi macam diorang..

Salam,


Alhamdulillah, masih dipinjamkan oleh Allah hayat dan tenaga untuk meneruskan perjuangan ini.



Minggu ini minggu peperiksaan akhir tahun bagi sekolahku. Agak ringan sedikit tugasan memandangkan kelas tasmik telah ditutup berakhir khamis minggu lepas. Cuma data2 terbaru perlu diupdate untuk dibawa ke tahun depan. Dan juga persediaan untuk memindahkan segala barang2 untuk pindah ofis baru di bangunan baru, seperti yang disuarakan oleh GBku dalam mesyuarat lepas, kemungkinan besar aku dan seorang lagi guru j-QAF tidak dibenarkan mempunyai meja di staff room, maknanya aku hanya perlu berada di bilik j-QAF yang besar di bangunan baru sana. Alamak boringnya!!..selalunya awal-awal pagi dah bising menjamu selera kat staff room, tahun depan aku kena terus ke bilik j-QAF je la yer..emmm..tak syok!!nanti mesti rindu kak midah..dan yang lain2..:(



Emm..sementara tengah menjaga budak2 tengah exam, aku asyik melihat pada murid tahun satu yang sedang rehat. Seorang murid perempuan tengah duduk diatas bangku di taman,sambil memakan keropok. Kakinya terjuntai sambil dihayunkan. Disebelah seorang murid lelaki yang cute, juga ditangannya ada keropok..sambil menikmati keropok, mereka tergelak-gelak gembira. Kedua-duanya cute dan comel. Dan aku mengenali mereka. Anak muridku.



Seronok ku lihat mereka, setelah habis kerepok, si budak lelaki yang mempunyai lesung pipit yang dalam dipipinya bangun dan menarik tudung yang dipakai budak perempuan itu, budak perempuan itu menjerit dan bangun mengejar budak lelaki yang telah melarikan diri sambil ketawa. Aku yang melihat hanya tersenyum.



Seronok kan jadi kanak-kanak. Semuanya best, makan best, main best, belajar best…teringat zaman kanak-kanakku. Di tanah ini aku berlari-lari, di tanah ini juga aku belajar dan di tanah ini juga mengajar aku mengenal ABC..



Seronoknya mereka berlarian, tiba-tiba si perempuan itu berjaya mencapai baju budak lelaki itu. Di tariknya hingga hampir terjatuh. Budak lelaki itu menjerit dan menolak tangan budak perempuan itu, sekali lagi dia terlepas dan terus berlari laju meninggalkan budak perempuan itu.



Seronok…tiada masalah yang perlu difikirkan. Hanya suka suki, riang ria..dan berlari-lari ke sana sini. Biasanya aku akan terjerit2 melarang mereka berlari, takut terjatuh, tapi seingat aku, dulu aku juga suka berlari..:) biasalah budak2…



Bunyi loceng mengejutkan aku dari lamunan. Masa sudah tamat, kertas peperiksaan ku kutip dan berlalu keluar dari kelas menuju ke staff room. Aku seronok disini..walau seribu halangan menghalang, walau seribu dugaan menduga, aku akan terus tetap disini..di bumi ini..insyaAllah..


ummu fathi,
SKJU @ 1.59
09112010

Sunday, November 7, 2010

antara realiti dan memori..

Salam..


Segala puji buatMu Ilahi..

Masuk malam ni, dah tiga malam aku susah nak tidur..terasa sesuatu yang berat dan sesak menghimpit dada, tak terluah dek kata-kata. Setiap kali pejamkan mata, aku seolah-olah berada di Masjid Jerantut menunggu dia selesai solat..dan sekali lagi aku terkejut dan terjaga. Itu kisah lebih setahun setengah yang lalu.. ya Allah bantulah hambaMu ini..



Masih begini.. dan apa yang aku lalui ini seperti aku lalui 2 tahun yang lalu, saat aku kehilangan anak sulungku. Setiap kali aku hendak lelapkan mata, aku terasa seperti berada di pasaraya sedang membeli belah kelengkapan bayi yang bakal lahir 2,3 minggu lagi.. saat itu, dia masih disisi mendengar luahanku dan memujukku agar tidur semula..



Mungkin benar pesanannya saat akhirnya, jangan fikir bukan-bukan..tenangkan fikiran..



Melihatnya Muhammad yang sedang lena di sebelahku, membuatkan aku terbuai-buai kenangan lalu..aghh..antara reality dan memori…muhammad sedang membesar dan terasa cepatnya masa berlalu apabila bibir kecilnya sudah pandai memanggil umi, meminta apa yang dimahu..terasa baru semalam dia diazankan..seperti baru semalam aku dikhabarkan tentang kemalangan yang menimpa abahnya..



Kini Muhammad sudah pandai menyebut papa..kadangkala bapak…terasa sesak nafas dan perit leher menelan air liur..bukan takut pada tibanya masa untuk menerangkan kepada dia, bahawa abahnya telah tiada, bukan takut..tetapi rasanya belum bersedia..mungkin 2, 3 tahun lagi barulah tiba saat itu..tapi aku perlu bersedia, perlu tabah dan kuat unuk menceritakan dan menjawab soalannya yang bakal keluar dari mulutnya tanpa menitiskan setitik air mata..



Banyak perkara telah aku lalui, alhamdulillah..tarbiyah Allah ini mengajar aku satu yang amat bermakna iaitu sabar. Dan apa yang aku lalui jua mungkin memaknakan satu rasa dewasa pada diri..aku lalui fitnah itu tanpa setitik airmata pun menuruni pipi. Bukankah itu satu kejayaan buat seorang yang berwajah sedih sepertiku..



Sayang, kawan abang tertengok gambar kita kat laptop abg baru ni..sori yer..


Gambar yang mana satu bang?


Gambar kat Sarawak..


oo..takpe la bang..nak wat camne..lagipun gambar tu tutup aurat kan..


dia kata muka saying muka sedih..


yeke..haha..aku tergelak..camne dia tengok, bkan ke waktu tu kita hepi..


tah la,dia kata dia ada blaja psikologi kat U dulu..



abang, sayang dah lalui banyak perkara sejak abang takde ni..kalau abg tgk keadaan syg, mesti abg leh proud la..tak macam dulu..tekanan kat sek ckit, ngadu kat abg, nangis..konflik pandangan ckit, ngadu kat abg, nangis..nak beli barang pun kadang2 kena abg brainwash supaya pandai say no kat salesman tu..skrg ni syg dh pandai nak syarah kat salesman pun..sayang pun dah leh drive jauh2..tak penakut cam dulu lagi…tak cengengeng cam dulu lagi..Cuma bila rindu giler2 cam skrg, baru syg nangis..sori abg…syg termenangis lagi..



Ya Allah, ya tuhanku..aku redha atas segala yang berlaku, Cuma kerinduan ini memaksa airmata ini mengalir lagi..ampuni aku ya Allah..ampuni dosa arwah suamiku, tempatkan dia dikalangan org2 yang soleh..jadikan kuburnya taman dari taman2 syurga, amin ya Rabbal Alamin..





Rindu,

Ummu fathi,

FJU @ 10.38pm

Thursday, November 4, 2010

fitnah yang dahsyat...

Bismillahirrahmanirrahim..




Skill menulis makin lemah…



Semangat menulis juga makin kendur…



Kenapa? Banyak perkara aku simpankan sendiri..banyak sangat..rasa cam nak luah kat sini..di kanvas sepi ini..siapakah yang sudi mendengar bicara sepi ini..



Baiklah, sebenarnya aku patut menceritakan disini..biar kepala kian pening berpusing terasa lega..bahuku yang memberat memikul tekanan ini terasa ringan..



Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak menjengah alam maya, akhirnya kembali..hanya menyepikan diri seketika, biarlah, lagipun kehadiran aku disini pun tidak dinanti, ketiadaan aku pun tidak dicari..



Berbicara tentang tekanan. Tekanan adalah ujian..bagaimana jiwa dan diri ini menghadapinya. Tepuk dada tanyalah iman.



Tekanan berpunca dari pelbagai sebab. Dan tekanan aku berpunca dari dua sebab. Tekanan kerja yang semakin memberat di hujung-hujung sessi persekolah ini. Ini tekanan yang boleh aku hadapi. Tekanan yang pada aku satu cabaran. Ini adalah kejaya yang paling aku suka dan minati. So, habis cerita..hadapi segalanya dengan tenang.



Tekanan kedua ini berbeza. Tekanan berpunca dari fitnah manusia. Lama aku berdiam diri dari alam maya menghibernate diri, mengawal sehingga segalanya reda. Andai aku terus luahkan di kanvas sepi ini, mungkin ada perkataan yang kurang enak aku keluarkan.



Seorang sahabat berkata, biarlah dibunuh saja dirinya, asal jangan difitnah..diambil dari ayat surah Al-Baqarah. Ya benar, fitnah lebih buruk dari membunuh. Aku sendiri tidak ketahui sejak bila fitnah itu menular. Ianya hanya kuketahui apabila ada seseorang yang tidak kukenali memohon maaf padaku. Katanya dia berdosa kepadaku keraa percaya pada kata2 seseorang yang selalu memburukkanku. Malah sewaktu kursus peningkatan profesionalisme guru pendidikan Islam baru2 ini, aku dipandangnya serong. Aku tidak kenal orang itu, tetapi aku kenal orang yang selalu membawa cerita tidak elok dan tidak benar tentangku. Aku sendiri tidak pasti apakah salah aku, sedang cerita yang dibawa semua fitnah belaka. Aku juga tidak tahu apa motif dia menjaja keburukan aku, sedang aku tidak begitu rapat dengannya.



Aku sedar segala perbuatan, bual bicara dan cara kerjaku diperhatikan oleh sesorang. Namun tidak kusangka fitnah ini yang berleluasa. Bukan aku tidak bekerja, aku tau apa hukumnya andai aku tidak melaksanakan amanah ini, tapi aku sekadar menukar method penyampaian saja. Tujuannya supaya objektif pembelajaran lebih menarik. Adakah itu salah?



Apa yang harus kulakukan setelah mendengar tentang fitnah yang tersebar…mula terasa ingin kubunuh saja org itu..tapi itu hanya syaitan yang berbisik..tenang, walau muka merah menyala..tarik nafas..walau terasa dada tidak terisi oksigen bahkan api yang menyala..



Aku hanya diam dan berfikir, lantas kuceritakan segalanya kepaa guru penolong kanan 1 dan HEM yang rapat dan mengenaliku. Mereka juga terkejut dan beristighfar. Mereka mengenaliku dan tahu menilai cara kerjaku. Atas nasihat mereka, aku berjumpa dengan Guru Besar dan menceritakan segalanya. Aku tidak menyebut nama orang yang terlibat, tetapi beliau pandai meneka siapakah orgnya. Guru Besar seorang wanita dan memahami kesedihan yang aku luahkan kerana fitnah ini juga melibatkan maruahku dan statusku.



Akhirnya, atas permintaan GPK 1, aku memberi tazkirah pada hari Jumaat yang lalu dengan lantangnya. Aku bukan berniat mngenakan sesiapa. Tetapi peringatan tentang bahaya fitnah, mengumpat, mencari2 aib dan kesalahan orang serta mengadu domba. Semoga tazkirah yang ramai menyatakan agak pedas bagi yang makan cili, meresap kedalam hati, dan semoga Allah memberi hidayah kepada orang itu. Dan kanvas sepi ini menjadi saksi bahawa aku telah memaafkannya, walaupun aku tahu aku berupaya untuk claim atas apa yang disebarkan di Mahkamah Allah Yang Maha Agung kelak.

Thursday, October 21, 2010

anakku sangatlah rajin..

assalamualaikum..

sila perhatikan betul2 gambar dibawah..

rajin kan anak bujang i tuu..


dah la pakai baju tikus betina tu..takpe baju wat kije kan sayang..siram pokok tepi tu la dik...

semoga muhammad athi terus rajin sampai besar..amin.

tolonglahhh...

Assalamualaikum..




Bicara sepi pada sebuah hati yang lesu..akal yang beku…minda yang tepu..



Khamis, 21.10.2010



Semalam..kem bestari solat..balik sekolah pukul 3.30pm..malam lepas maghribh terus tertidur kepenatan yang amat..sampaikan isyak terlewat dikerjakan..muhammad fathi pun hampir menjadi mangsa amukan penatku..astaghfirullah..sian Muhammad, last2 aku yang mengalir airmata..waaa..sian anak umi..sori sayang…



Sejak semalam jugak..tiupan taufan usikan tu bermula…entah dari mana puncanya aku tak tau..tapi, setau aku start dari aku buat air sirap semalam..dan waktu aku kuar dari staff room tu, entah apa ayat yang kuar dari mulut orang tu..yang membuatkan sampai hari ini aku ditanya soalan-soalan yang pelik..plezz laaa…



So, arini otak aku tepu..serabut dan rasa macam nak lari ke jerantut, pekena teh tarik dan roti canai pakdin, takpun ke tepi padang MDJ pekena char kuey teow…waaa..kalau ada ………………….stop it!!!!



Ok..

Bertenang..

Tarik nafas..

Lepas…

Tarik…

Lepas…



Ya Rabbi…


ummu fathi @ skju,
12.50.

Monday, October 18, 2010

bizi eh..

assalamualaikum..

wow..lama sih..tak menjenguk alam maya..

bizi sesangatnyee..ek eleh..cam le org laen x bizi..

last weekend, berkampung kat sekolah..

jumaat 15 okt 2010

3.00pm -  pendaftaran perkhemahan unit uniform SKJU..
4.00pm - sempat ngelat dgr bajet 2011..ikut perkembangan semasa, benda penting woih..
5.00pm - memasak untuk kumpulan aku yang semuanya boyzz..terpaksa cikgu cikginyee yg masak..ngeee..ada plak yg tukang observe..tu tak tahannyeee..
6.30pm- lari balik umah nk khidmat diri kat umah..muhammad fathi siap nangis nak ikut...dpt fon call suruh bg kuliah maghrib..aiseh man..tak dan nk prepare ni..
7.30pm -gi sekolah smula..budak2 tgh makan..laa..org nk semangat nk bagi kuliah, depa cancel lak..
10.30pm - lari balik tido kt umah..org laen tido kt sekolah, aku slmber balik umahh..heheh..cikgu besar, jgn marah yer..malam esok saya tido kat sekolah..

sabtu 16 Okt 2010

9.00am - pekse PTK..ngee ngeri memikirkan keselamberan aku yg tak baca pun..jawab senang je sebab dah ada pilihan jawapan, pilih je laa...
12.00 - siap exam, pecut balik umah..muhammad nak ikut lagi..gi kenduri bawak muhammad n terus ke sekolah..
2.00pm -anto muhammad balik umah, join jungle trekking..ingat2 dekat la..rupe-rupenyee..huishh..2jam setengah merayau dalam ladang kelapa sawit..sampai cikgu2 lelaki cakap..huii mantop tul ustazah ikut jungle trekking..dah lama tak join outdoor activity cenggini..best tahap tak ingat tu..hehe..
6.30pm - budak2 kena dera dengan larian berhalangan kat padang sekolah pulak..dah la penat blik jungle trekking...ada tergoleh terguling dah..tapi solute la semangat budak2 ni...
7.00pm - balik umah mandi..amik muhammad..
7.30pm - dengar kuliah maghrib by Ust Ramizul Amin..mula2 muhammad ok je..dah hampir nak masuk isyak tu dia mula wat perangai nak kuar dewan..
9.00pm - adegan bakar membakar..aku tak tolong pun depa bakar ayam, aku tukang makan je..dah tu, ayam yang siap dibakar terpaksa dikontrol untuk bagi semua peserta dapat makan, tapi yg best tu, semua cikgu guna nama anak aku nak minta ayam lagi..zarfan, anak aisyah nak ayam..matnor, anak aisyah nak sosej..zarfan, anak aisyah nak lagi...aiiyaa..padahal yang tukang bedal tu takde kaitan pun dengan muhammad..
10.30pm-anto muhammad balik umah, dia tido n aku lari balik sekolah n tido kat sekolah..first time tinggal anak tido ngn adik..camping punya pasai...

ahad 17 okt 2010

5.00am - balik ke umah..bdk2 tgh qiamullail..sedeeyy takdpt join skali...diharamkan...:)
9.00am - gi sekolah setelah selesai urusan rumahtangga..
10.00am -gi kk jemput apak n inah..jadi mak supir aku akhir2 ni..suka2..lalala..
12.00- makan, sempat tolong masak skit je..huhu..
2.30- bersurai...penat sesangatnyeee..

begitulah kisah aku yg bizi....aku tgh rindu ni...rindu sgt2 nk mengadap Dia..moga Dia msh beri nafas uttku malam ini dan supaya Dia sedarkan aku nanti, nak dating ngan Dia...sape nak ikut??..dah banyak wat dosa ni..kena taubat byk2..takut Dia marah nanti, lgpn rindu lama dh x dating ngn Dia..nak berdua je ngan Dia...

Ya Allah, ampunilah dosa2 aku ya Allah..kelalaianku ya Allah..andai aku terlalu alpa dengan apa yang aku lalui beberapa hari ini sehingga melupakan Engkau..ampunilah aku Ya Allah..sesungguhnya Engkau Maha Kaya, aku yang memerlukanMu sedangkan Engkau punya berbillion2 lagi hambaMu yang taat padaMu..siapalah aku dimataMu ya Allah..ya Tuhanku..jauhkanlah aku dari dosa dan maksiat..amin ya Rabbalalamin...

Rindu Dia,
Ummu Fathi,
196 FJU.

Tuesday, October 12, 2010

kepercayaan dan berdikari..

“dialah isteri saya.”

Ucapan yang ringkas. Tapi dalam maksud dan makna tersirat. Disitu terletak kebanggaan, penghormatan dan kepercayaan. Ucapan ketika memperkenalkan aku kepada seorang guru perempuan sekolahnya, setelah semalamnya aku dan guru itu rancak bersembang.


“sabarlah sayang, abang redha sayang berkhidmat di sana”


Seminggu itu, aku hanya meminta dan terus meminta izinnya untuk berhenti kerja. Sudah mencari-cari kerja kosong di dalam negeri Pahang. Tidak sanggup lagi bagiku berjauhan dengannya setelah diuji dengan kehilangan anak yang dinanti. Kesabarannya melayan karenahku begitu mengagumkan. Malah ketika itu, aku tidak sempat menyelami hatinya kerana kami sama-sama kehilangan. Apa yang aku tahu, aku hanya mahu berada di sampingnya. Dia seperti biasa tidak pernah menunjukkan atau menceritakan kesedihannya, sedangkan dialah yang benar-benar mahukan anak perempuan. Berkat kesabarannya, dan mungkin Allah menguatkan aku melalui kesabarannya, kami kembali ceria dan aku tidak bercerita lagi tentang kemahuanku untuk berhenti kerja.


“Abang tau, kalau abang takde pun, sayang boleh berdikari..”


Speechless. Tapi terselit rasa sayang, bangga dan bahagia. Yang pasti kepercayaannya padaku sangat tinggi. Dan aku gunakan sebaiknya kepercayaan itu. Kepercayaan sangat penting apabila berlakunya PJJ. Tanyalah mana-mana pasangan yang berkahwin, siapalah yang sanggup berjauhan dengan pasangannya. Tetapi andai itu ujian dan dugaan bahtera kasih, apakan daya, kuatkan iman, teguhkan kepercayaan.nescaya ujian itulah penguat kasih, penyemai sayang yang berpanjangan. Namun perlukan satu syarat, jangan terlalu lama berjauhan. Takut-takut syaitan berjaya menyucuk jarumnya. Rasa selesa bila berjauhan adalah racun dalam diam sebuah ikatan pernikahan.


Sebenarnya kata-kata yang terpacul dari landasan kata abang itu adalah ayat-ayat akhir seseorang yang seolah-olah telah tahu ajalnya bakal tiba walau jasadnya tiada cacatnya. Sebelum itu, sebelum bersiap ke masjid untuk solat jumaat seminggu sebelum pemergiannya, dia hanya memerhati aku membuat kerja-kerja di dapur. Dengan perut yang memboyot, aku leka menyiapkan kerja, tanpa disedari lama rupanya dia memerhatikan aku. Entah apalah yang difikirkan tika itu..


Berdikari. Ya, dan Alhamdulillah, Allah telah tarbiyah aku sedari kecil sememangnya seorang yang berdikari. Bermula habis sekolah rendah, aku ditakdirkan merantau ke daerah Raub yang jauhnya ratusan kilometer dari tempat kelahiranku. Aku dan sepupuku adalah pelajar paling jauh ketika itu. Dua tiga bulan selepas menjejak kaki ke SMAAFBT, aku telah berjaya pulang dan kembali sendirian ke sekolah apabila tiba musim cuti menaiki bas awam.


Sewaktu tingkatan 4, aku telah berpindah ke sekolah menengah agama yang berdekatan dengan kampungku. Malangnya, kemasukan aku yang agak terlewat memaksa aku mencari tempat tinggal luar kerana asrama telah penuh. Jadi sekali lagi aku berulang dari rumah kakak ke sekolah, kemudian menumpang di rumah ustazah Raudhah yang banyak berbakti padaku. Jasanya kukenang hingga ke akhir hayatku. Hanya Allah yang mampu membalasnya.


Begitu jua swaktu di matrikulasi UIA di PJ, dalam jangka waktu yang singkat, aku sudah mampu mencari jalan pulang walaupun sendirian menaiki bas awam di tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur. Sesekala terpaksa menapak sendirian ke hentian puduraya tika malam sudah menjelma. Apakan daya, itulah rutin seorang pelajar sepertiku.


Tidak habis di situ, aku juga sudah biasa berdikari apabila sendirian di Sarawak. Perjalanan hidupku berliku dan memaksa aku untuk kuat, sabar dan tabah. Namun hakikatnya, aku punya DIA yang membuatkan sepanjang perjalanan-perjalanan hidupku ini kuat, tidak gentar dan diselamatkan. Apabila aku punya DIA, aku tidak takut pada siapa-siapa.


Dan hingga kini, aku tetap terus mahu berdikari. Bukan mendabik dada menyatakan diri ini hebat, tetapi andai kita keseorangan dan ingin berdikari, rasa hati ingin terus kuat bergantung padaNYA. DIA tetap hadir dan subur di hati ini. Setiap saat, setiap ketika. Setiap helaan nafas ini dilepaskan, DIA ADA. Dan dengan izin DIALAH, aku masih kuat berdiri disini.


Dulu, aku berlari di jalanan kehidupan atas kepercayaan yang tersayang dan DIA YANG SENTIASA ADA. Kini aku terus juga berlari di landasan berliku ini atas kepercayaan bahawa DIA TETAP ADA, walaupun yang tersayang telah tiada….



ummu fathi,
skju @ 10.30am

Thursday, October 7, 2010

cuti..

Bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah..segala puji hanya layak buatMu Ilahi..

Tanpa dirancang, aku tidak ke sekolah hari ini. inilah ketentuanNya. semalam, aku keluar ke bandar membeli barang2 untuk jamuan pada hari sabtu ini, dan Muhammad Fathi pun kubawa bersama. Mungkin kerana cuaca yang terlalu panas, dalam perjalanan pulang, suhu badannya mula meningkat. sehingga ke malam, suhu masihnya tetap sama. panas!

hari ini, ku berdoa agar suhunya badannya turun. namun, masih tetap sama. khuatir dengan keadaannya,aku tidak berkompromi dengan tugasku di sekolah. sms kulayangkan kepada GPK HEM menyatakan ketidakhadiran aku untuk bertugas pada hari ini. mujurlah budaya sekolah aku yang tidak begitu ketat, dengan satu sms saja, aku sudah layak untuk mengambil cuti rehat khas.

bangun pagi, mukanya serius. selalunya ceria je..alahai..susah hati umi macam ni muhammad... tambah pula, terpaksa berkejar nak menghantar cik nor yang menjalani ujian komputer untuk mengambil lesen memandu. memandangkan kesukaran mendapatkan kenderaan awam di hari2 persekolahan seperti hari ini, terpaksalah umi menjadi driver teksi free. muhammad yang masih belum kebah pula merengek2 tidak membenarkan umi menghantar cik nor.

maka, terpaksalah sekali lagi mengangkut muhammad fathi sekali untuk ke temerloh. mula2 cuak jugak nak bawak muhammad, takut demamnya makin teruk, takut dia muntah dalam kereta pulak..macam2 aku fikir, tapi kerana kesian melihatnya menangis ingin mengikut, kugagahi jua..cik inah pun terpaksalah pergi juga..

dalam kereta, mukanya ceria..aikk..dapat berjalan, ceria terus muka..tak macam org demam pun dik..alhamdulillah, sepanjang perjalanan dia tidak meragam, sempat singgah di klinik homephathy ikhwan mengambil ubat.

setelah diamati, ada satu persamaan demam muhammad kali ini dengan sebelum ini. sebelum ini muhammad demam selepas mengambil sesudu scot emulsion. dan semalam juga begitu, tengahari tu, muhammad merengek2 menunjukkan jarinya ke botol scot emulsion tu, so, aku berilah sesudu..dengan izin Allah, petang tu suhu badannya naik..dulu pun sama gak..ke dia ni alah dengan scot emulsion tu???...wallahua'lam..moralnya, lepas ni aku tak beri dah kat muhammad benda alah tu..

petang tadi dah beransur sihat, walaupun masih terasa suam2 kuku badannya..sudah mampu berlari2 dan memanjat kerusi meja makan..maknanya dah sihat la tu..tapi, malam tadi, muammad muntah sampai habis basah bajunya, buaiannya dan beberapa helai kain..ok gak la dia muntah tu, sekurang2nya keluar gak kahak dia..

sekarang muhammad fathi sudah tidur dengan amannya..semoga pagi besok, muhammad fathi bangun dengan ceria dan sihat..insyaAllah..


ummu fathi,
196 @ fju.

Sunday, October 3, 2010

1 thn 6 bln..

Bismillahirrahmanirrahim..



Ahad, 3 Oktober 2010..


hari ini adalah hari kelahiran arwah ayah dan epi..(adik arwah abg ) epi berkongsi tarikh lahir dgn arwah ayah..dan hari ini genap 1 thn 6 bln pemergian mereka.


sebenarnya baru kembali dari kerambit. menjengah ke rumah sewa baru pak njang n enjang dan terus ke kg relai..kembali ke rumah yang penuh memori itu..segalanya telah berubah..seakan masih terbayang kemeriahan saat masih bersama mereka..mak yang rajin memasak di tepi tingkap..ayah yang selalu duduk di tiang tengah sambil menonton tv dan abg yang setia menemaniku di tepi dinding mengadap tv...ku rindu saat itu...


pagi tadi juga, satu mesej dari da ku terima..dalam perjalanan hingga terpaksa tangguh utk reply..akhirnya dapat bermesej ketika jam menghampiri 3.30 ptg..da masih bersedih..dan aku juga sedih bila da sedih..hinggakan teresak2 aku membaca bait2 kerinduaannya pada arwah mak, ayah dan abg ngahnya..kami mengimbau memori terakhir di rumah bersama arwah..kami biasa menghamburkan kesedihan bersama kerana kami adalah antara insan2 yang bersama mereka hingga ke akhir hayat mereka.


Da anak yang baik. mungkin ada hikmahnya, mak tak izinkan da kerja semasa menunggu keputusan STAMnya. mak bangga da dah jadi anak dara yang pandai buat kerja kat dapur. yang rajin tolong mak sampai mak boleh relax..da anak yang baik, sampaikan da tolong sikatkan rambut mak..da memang manja dengan mak..dan Allah takdirkan da adalah insan yang bersama melihat kemalangan itu di depan matanya dan hanya mampu melihat arwah mak, ayah dan abg ngahnya terkulai kaku di dalam kereta yang remuk kerana bantuan bomba yang lambat sampai. dari jam 5.00pg mereka kemalangan hinggalah jam 8.00pg barulah bomba datang, da,teh dan adik hanya mampu memandang...da juga pengsan beberapa kali..teh lembik badan..adik yang tak begitu mengerti hanya mampu menangis..


mujurlah anak arwah mak baik2..semua menjadi kata orang..teh juga hafiz Al-Quran..sepanjang mereka tersepit di dalam kereta, teh hanya mampu membaca ayat2 al-Quran tanpa henti..walaupun mereka dipanggil pergi bukan di pembaringan selesa di rumah yang indah, namun saat2 pemergian mereka tetap diiringi oleh ayat2 suci Al-Quran dari seorang anak dan adik yang menghafaznya.


sungguh! terlalu berat ujian ini..walau ku cuba beberapa kali berjanji utk tidak akan menitiskan airmata lagi, namun kesekian kalinya aku gagal..apatah lagi andai adik2 mengadu rindu pada arwah mak, ayah dan abg mereka..


Ya Allah Ya Tuhanku..Engkau mengetahui kelemahan kami..Egkau mencipta kami..Engkau yang memiliki kami dan org2 yang kami sayangi itu..Engkau yang selayaknya menguji kami..bantulah kami dalam menghadapi ujian ini ya Allah..tabahkanlah hati kami..engkau hiburkanlah hati2 kami yang dilanda kesedihan ini..engkau kuatkanlah iman kami..jauhkan kami dari godaan syaitan durjana dan temukanlah kami semua di jannah FirdausMu..Amin YaRabbalalamin..




masih menyayangimu,

fju@5.00pm

Friday, October 1, 2010

mode rajin..

Bismillahirrahmanirrahim..

aii..lama dh tak update blog rasenye...nak update, tp takdak idea..so, biarlah dulu..ada sawang tak agak2nye..tambah plak aku kan bizi...bizilah sangatnya..banyaknya membizikan diri sendiri.. :p

alhamdulillah...minggu ni, semangat kerja aku rasa berada di tahap memberansangkan..sebenarnya, sekarang ni sekolah aku dapat guru besar baru..sbb tu semangat kerja aku berubah..hehe..ade ke macam tu? kerja kerana Allah..bukan kerana guru besar, bukan kerana APC...

nak cite la skit pasai guru besar ni..bukan nak menyumpat tau...dosa besar menyumpat org..ingat tuu..seorang wanita yang berasal dari daerah temerloh ni la jugak..sebelum ni berkhidmat di sk kg raja, cameroon highland..tinggal di taman sri semantan. jauh gak dia berulang nak pi sekolah ni..

seorang yang agak tegas dan konsisten dalam arahannya..sebenarnya masih baru untuk aku menjustifikasikan karekternya..tapi yang aku suka perubahan yang dibawanya..

apabila aku menjejak kaki ke sekolah ni, (sekolah ini tempat aku belajar kecik2 dulu..) aku terkejut dengan budaya sekolah ini..budaya yang relax..sangat2 relax..berbeza dgn 3 buah sekolah yang aku berkhidmat sebelum ni..selama 9 bulan bersama guru besar lama, hanya sekali je kami meeting..best kan..:) sepatutnya meeting KMK kena wat tiap2 minggu..meeting panitia takde, minggu panitia takde, aktiviti panitia agama islam je yang aktif, panitia lain diam membisu, bukan tahap membisu, malah membeku..bukan nak kutuk..tapi, aku rasa kesian kat murid SKJU sebab aktiviti panitia banyak membantu murid2 sebenarnya..try tanya sifir, memang kantoi..thn 4 sifir 6,7 tu tak dapat lagi..aku dulu time belajar kat sini, siap la kena rotan kalau tak hafal sifir..

guru2 disini sebenarnya berada di dalam zon selesa..hingga terlena..kebanyakannya adalah guru2 lama yang telah berkhidmat di sekolah ini berbelas-belas tahun..dan bila aku perhatikan mereka mempunyai karekter masing2..macam2 perangai ada..wallahua'lam..

apabila guru besar baru datang, perubahan berlaku..maklumlah guru besar perempuan..kata org..pada aku biasa je laki ke perempuan..yang penting kita tetap buat kerja kita..takde perubahan sangat yang berlaku..kecuali bagi mereka yang rajin tak masuk kelas..atau..dah terbiasa dgn tak bermeeting hingga boleh dikatakan tiap2 tahun ada sampai surat layang dari sini ke ppd untuk menyuarakan rasa tidakpuas hati..yang sebenarnya boleh diselesaikan melalui mesyuarat..

entah ler..aku nak bersuara, aku masih baru..cuma mendengar rungutan demi rungutan..apalah sangat semua yang perlu kita lakukan itu..sememang itu kerja kita..tak perlu merungut sahabat2ku.lipatgandakan usaha kita..fikirkan segala2nya demi murid2 tersayang..be positif..andai kita merungut..apa yang nampak hanya kelemahan kita sahaja..

apapun, semoga perubahan yang berlaku memberi impak kepada perubahan sahsiah dan akademik murid2 skju..semoga skju terus maju dan mantap..


saya seorang guru,
fju @ 0224am..