Tuesday, March 29, 2011

belajar bercakap

bismillahirrahmanirrahim..

sebenarnya, masih dalam mode takut..masih takut pada teknologi, takut tak terjaga hati, sedang hati ini terlalu sukar untuk dikawal..takut timbul riak, ujub, sum'ah dan yang sewaktu dengannya..sedang berkira-kira untuk menutup bolg daripada tatapan umum. tapi biarlah dulu..

muhammad fathi, anak teruna saya kini telah melangkah ke fasa bercakap yang tak henti-henti..sesekali menyanyi..lagu yang tidak diketahui mana asal-usulnya, macam lagu..tapi kadang-kadang dengar cam membebel pun ada..lucu!

minggu dulu, dia sedang belajar membetulkan penggunaan NAIK-TURUN-ATAS-BAWAH.
muhd : mi, wan naik bawah..
umi : naik atas..turun bawah..


minggu lepas, dia belajar menggunakan perkataan DEPAN-BELAKANG dengan betul.
muhd : keta mi belakang (keta mcm keta umi di depan)
umi : keta macam keta umi tu depan la sayang, bukan belakang..belakang kat sana..(tunjuk ke arah belakang)

minggu ini, belajar menggunakan perkataan MASUK-KELUAR pula..
muhd: mi..asuk..(sambil tarik tangan umi keluar dari bilik)
umi: muhd, kalau macam ni keluar, bukan masuk, masuk bila kita masuk dalam bilik, dalam rumah..(sambil tunjuk contoh..)

adakah muhd sedang confius dengan penggunaan perkataan yang berlawanan?

Monday, March 21, 2011

update aktiviti (versi malas)

assalamaualaikum warahmatullah..

Alhamdulillah..

seminggu lebih berlalu, blog dibiarkan tak di update..hanya memandang sepi pada paparan skrinnya..
bukan tiada masa, bukan terlalu sibuk, tapi tiada mood nak update..terlalu berfikir..akhirnya takut..takut pada teknologi kini..

seminggu yang berlalu..alhamdulillah..Allah izinkan, masa bersama keluarga tercinta..walaupun cuti, tapi setiap hari keretaku tetap akan bergerak sekurang-kurangnya 30kn sehari..macam2 aktiviti..hanya sehari ke sekolah (dalam cuti) utk sama-sama memeriahkan bengkel menjawab soalan UPSR kertas matematik..(padahal tiada kaitan pun dengan subjek saya) takpe, saya yang menurut perintah..

beberapa perkara menarik sepanjang cuti..

Isnin- perkongsian pengalaman dgn guru-guru pasti Pahang..diminta menggantikan kawan yang tak dapat membentangkan kertas kerja ttg Etika,Sahsiah dan Penampilan Guru Pasti..

Isnin+Selasa = sibuk di Pejabat tanah Temerloh..betul ketetapan Allah..andai ada rezeki, yang jauh boleh datang ke depan mata, tapi andai tiada, yang dalam genggaman boleh hilang dari pandangan..;( 

Rabu = ke jengka 14, belajar order barang utk renovate rumah...emm..leh naik taraf jadi kontraktor ni..

khamis = ke sekolah..dikira LADAP..

jumaat+Sabtu = dok umah...

Ahad = ke jengka 13..dan balik kampung loyang  menziarahi wan dan aki yang sunyi di kampung..

hari ini- kembali ke sekolah dan latihan sukan bermula..

23hb-meeting ni SKJC Khee Chee..
27hb ni ada sukan komuniti bola jaring DUN Jenderak.

p/s : betul2 malas nk update..sori yer..yg bold tu kena fikirkan..

Monday, March 7, 2011

motivasi dari mengingati mati..

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Terasa lama tidak menulis. tuntutan tanggungjawab, mendahulukan prioriti..makanya, blog tinggal seketika. 3 hari 2 malam berkampung di PERHILITAN, Felda jenderak Selatan, memusnahkan impian bercuti dan bersenang lenang bersama keluarga. Bukan satu rungutan, malah satu kesyukuran, kerana pengalaman yang dicari dan bakti yang dicurah..memungkinkan hasil yang bermanafaat..semoga semuanya kerana DIA Yang Esa.

Kem motivasi thn 6. alhamdulillah, dengan rahmat dan kasih sayangNya, semua berjalan lancar. sempat berbincang dengan guru besar dan guru yang berpengalaman dalam bidang pendidikan ini, menyedarkan diri yang kerdil ini tentang hakikat betapa bersabarnya seorang guru dalam mendidik manusia menjadi manusia. setinggi mana kesabaran seorang guru, insyaAllah setinggi itu ganjaran dariNya. sabar! ya, guru memang seorang yang sabar, kerana proses mendidik bukan hari ini mengajar dan mendidik, esok semua murid menjadi manusia. ia adalah proses yang panjang dan merumitkan. subjek utama didikannya bukan robot yang menerima arahan lantas terus melaksanakan arahan, tetapi seorang manusia yang punya akal, iman dan nafsu. pokok utama, terus sabar mendidik, semoga sedikit sebanyak, Allah izinkan, ia berhasil.

Saya memarahi lidah yang tersasul menyatakan persetujuan untuk menjalankan slot penghayatan diri. Dengan tiada persediaan yang mencukupi, hanya padaNya saya mengadu, memohon bantu. Diberi ilham dan kekuatan untuk melaksanakan tugas, menyampaikan sesuatu yang dapat menjentik 'rasa' pada 33 orang murid yang diulit keseronokan hidup awal remaja. perancangan awal untuk brain wash mereka terpaksa dibatalkan kerana mereka telah di'brain wash' lebih awal akibat kesalahan yang mereka buat. sengaja cari 'bala'. akibatnya, saya susah hati..apa nak buat ni?..

Alhamdulillah, Allah izinkan akal ini masih mengingati aktiviti2 dari program2 motivasi yang saya dan team Al-Falah dan team Al-Farabi kendalikan dulu. saya mengambil satu aktiviti yang memerlukan perahan minda dan idea dari kalangan ahli kumpulan. murid-murid begitulah 'nature' nya. tidak menepati masa, dan tidak serius dalam membuat satu-satu tugasan. kelemahan itu saya sentuh di akhir tugasan dan akhirnya mengheret kepada slot penghayatan diri.

" ada antara mak-mak kamu mengadu kepada cikgu..cikgu tolonggglah...saya dah tak tau nak buat macamana dengan anak saya"

dialog itu starting point pada sentuhan rasa seorang anak yang membayangkan tentang kematian seorang ibu, tanpa sempat si anak memohon ampun dan maaf. maka, bersahut-sahutanlah raungan dari si anak yang terasa masih banyak dosa yang dilakukan mereka pada ibu yang bersusah payah mengandungkan mereka. melahirkan mereka, membesarkan mereka, menyuapkan makan mereka, menyikatkan rambut mereka, berjaga ketika sakit. bertungkus-lumus membesarkan mereka. sehingga mereka tidak menghiraukan tentang lapar perut sendiri, sakit pening sendiri, baju-pakai sendiri, malah sehingga nyawa sekalipun sanggup ditukar dengan seorang anak. begitu jasa seorang ibu!

tetapi anak? menyakiti, tidak mengendahkan...menganggap ibu seorang yang menyusahkan, suka membebel..suka marah-marah..suka kongkong..semua yang disukai, dibenci oleh si ibu..

orang yang mengingati mati adalah orang yang paling bijak.

seorang anak yang meyakini bahawa ibu bapanya adalah pinjaman Allah padanya, bila-bila masa ibu bapanya boleh dipaggil kembali kepada Pencipta kehidupan dan kematian, akan sentiasa mentaati ibu bapanya dan menggembirakan ibu bapanya. kerana masa untuk bersama ibu dan bapa adalah sangat singkat.

seorang suami/isteri yang menyakini bahawa suami/isterinya adalah pinjaman Allah taala buatnya tidak akan menyakiti hati dan jasad suami/isteri kerana masa merencana dan membina hidup mawaddah dan sakinah bersama adalah terlalu singkat.

seorang sahabat meyakini bahawa kematian setiap insan adalah pasti, maka berusaha sedaya mungkin untuk membahagiakan sahabatnya selagi hayat dikandung badan.

seorang jiran yang meyakini, bila lah masa kita pula akan kembali padaNya, akan menjadikan jirannya selamat dari sakit akibat lisan dan perbuatannya.

seorang majikan atau ketua yang meyakini bahawa dia akan dipanggil pulang ke alam abadi dan akan di soal akan amanah dan tanggungjawab orang bawahannya, sesekali tidak akan menzalimi mereka yang berada di bawah pengawasannya.

dan andainya semua manusia mengambil mati sebagai satu motivasi, bukan sebagai sesuatu yang ditakuti..maka, wujudlah alam yang penuh kasih sayang, bersatu padu, dan harmoni. semuanya akan berlumba membuat kebaikan dan memaafkan kesalahan insan.

" Ya Allah ya tuhanku, bukankanlah pintu hati anak-anak muridku, jadikanlah mereka anak-anak yang soleh, yang berjaya du dunia dan akhirat..amin."

ummufathi @ FJU,
7/3/2011.

Thursday, March 3, 2011

1 thn 11 bln-umi dan muhammad fathi..

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..

Pejam celik, pejam celik, anak yang dulunya lahir, boleh dipegang dengan sebelah tangan, kini berusia 1 thn 11 bulan pada 3/3/2011. petang tadi, seperti biasa rutin pemeriksaan  di klinik, muhammad fathi ditimbang. masih menangis takutkan alat penimbang tu. beratnya mencecah 10.4kg.alhamdulillah, anak umi sihat walafiat.

Muhammad fathi adalah anak yang ditarbiah oleh Allah sejak dalam kandungan lagi. Pelbagai ujian demi ujian menimpa kami. tanda kasih sayang dan perhatian Pencipta kepada makhluk ciptaanNya. sedari nutfah menjadi 'alaqah kemudian mudghah, muhammad fathi hanya bersama uminya, sesekali barulah Allah memberi peluang dia mendengar suara abahnya. apabila balik bercuti, abahnya tidak melepaskan peluang membacakan ayat2 suci Al-Quran pada muhammad fathi terutama surah yusuf, sebab surah-surah lain umi yang bacakan, surah yusuf je umi bagi kat abah dia baca. tapi kalau time abah dia i'adah Al-Quran,umi tukang semak. muhammad fathi di dalam kandungan umi tukang dengar kan..selalu abahnya berbual-bual dengan muhammad fathi terutama selepas solat, berpesan supaya muhammad fathi menjadi anak yang soleh.

Lahir muhammad fathi di pagi jumaat, saat paling indah untuk qiyamullail. keluar ikut tingkap. sebab telah ditakdirkan muhammad fathi nak keluar ikut tingkap,puas doktor bagi umi ubat cetusan (induce) untuk bersalin, muhammad fathi tetap tidak mahu keluar lagi. selepas mendengar suara tangisan muhammad, umi rasa sangat2 bersyukur dan lega. terasa hilang segala kesakitan, kepenatan, debaran, ketakutan sebelum itu. Allahu rabbi..telah lahir seorang lagi little caliph di bumi Allah ini.


Umi menyusukan muhammad, walaupun susu umi masih belum ada. saat pertama kali memegang anak comel itu, terasa..Allahu akbar, Allah telah memakbulkan doa saya. saya telah dikurniakan seorang anak lelaki yang sangat comel. kelopak mata yang agak sepet, (ikut abah) tapi matanya yang bulat macam umi. umi belek seluruh tubuh badan muhammad. tiada cacat cela..alhamdulillah..


Setelah keluar dari labour room, abah muhammad azankan muhammad. sebenarnya permintaan awal umi, mahu abah masuk bersama ke dalam labour room, tetapi ditolak secara lembut oleh doktor kerana ketika itu, keadaan umi dan muhammad yang agak mencemaskan. setelah keluar, barulah muhammad fathi diazankan. selepas abah, nenek aki, pekteh, maknjang, moksu muhammad balik, barulah umi melelapkan mata yang sangat berat, akibat keletihan dan kesan ubat bius sewaktu pembedahan itu. umi tidak sedar langsung, ketika muhammad fathi menangis meraung jam 5 pagi itu. hanya jururawat saja yang mengangkat dan memujuk muhammad. Rupa-rupanya, muhammad fathi telah merasai sesuatu telah berlaku pada abah. Mungkin Allah izinkan 'rasa' pada makhluk fitrah ini, lewat pemergian ayahanda tercinta.

muhammad fathi membesar dengan penuh kasih sayang. walau dia kehilangan seorang ayah. dia tidak mengenali ayahnya, tetapi dia tahu ayahnya ada melalui gambar-gambar yang umi tunjukkan. muhammad fathi sudah pandai menyebut abah.  sejak dia pandai bercakap, (walaupun pelat) umi, wan, tok, dan semua dalam rumah ni melatih muhammad menyebut nama Allah. Alhamdulillah, setelah hampir 2 bulan dilatih, muhammad telah pandai menyebut nama Allah.

"Allah, atuh lak.."sambil tangan kecilnya mengambil semula botol susunya yang terlepas dari tangannya.

peristiwa petang tadi betul-betul buat umi tergelak, terfikir dan terharu..

panggg!!!, mangkuk yang dipegangnya terburai. "muhammad!!! kan umi dah cakap!!!" suara saya mula meninggi dari biasa. keluar dari dapur, saya lihat dia sedang terkebil-kebil memandang serpihan kaca yang bertaburan. "umi cakap apa tadi, jangan bawa mangkuk tu kan, takut jatuh..kan dah jatuh!!" dia mengangguk kepala. "sape buat ni?" "emmad...eccahh..katanya lagi. "sape punya mangkuk tu?" "Allah.."jawabnya tulus. umi terdiam, dan tergelak..hilang segala amarah. "emm..betul muhammad, pandai anak umi ni.."kata saya. mangkuk ni Allah bagi pinjam kat umi, kat wan kan..bukan milik mutlak umi..buat apa umi nak marah2.. satu pengajaran dari si kecil muhammad fathi yang berusia 1 thn 11 bln ini. umi lupa sayang..umi hak Allah, muhammad pun milik Allah..semua di dunia ini milik Allah.hanya diberi pinjam kepada kita..

muhammad telah diajar, apabila melalui ladang kelapa sawit yang terbentang, "ni pokok apa?"soal umi. "kokok awit.." ni? "kokok etah..(getah). sape yang jadikan pokok getah? "Allah".."sape yang jadikan lembu?." "Allah"..sedari kecil, perlu diterapkan aqidah yang kukuh, kerana cabaran yang mendatang sangatlah hebat. semoga Allah melindungi anak kecil ini.



baru-baru ini, mak cerita kat saya. muhammad berdakwah kat pakcik2. rumah tempat kami semua berlindung sedang dibina semula. pakcik2 yang bekerja membina rumah ini kini menjadi sahabat karib muhammad. selalu berbual2 dengan muhammad, tak tau la pakcik2 tu faham tak bahasa muhammad. sekali suatu petang, muhammad fathi menjerit dari dalam rumah di bahagian dapur, "acik..ayang.." haish..pandai pulak budak kecil ni suruh pakcik2 tu sembahyang. mungkin sebab dia tengok orang dalam rumah tengah sembahyang, boleh plak dia menjerit kat pakcik kat luar tu suruh sembahyang.


tengah solat mana boleh pandang orang.

Muhammad Fathi seorang yang periang, peramah, tapi kadangkala agak cengeng..dan manja..semoga Muhammad Fathi menjadi anak yang soleh, berilmu, dan beramal dengan ilmunya, menjadi ulama yang berpegang teguh pada aqidah, sunnah dan semoga dapat membentuk daulah islamiyah. ulama yang berani menyatakan kebenaran walau dipenjara,disiksa, atau syahid. umi redha sayang... 


ummufathi @ FJU,
3/3/2011