Monday, January 30, 2012

Terapi Sendu

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

alhamdulillah..14 jam dari hari Isnin telah berlalu. hari persekolahan pertama setelah bercuti selama 9 hari. saya akui agak bersemangat hendak memulakan kerja pada hari ini. saya suka bekerja. saya suka hari persekolahan. dan saya suka masa yang sibuk terisi dengan melayan karenah anak murid yang comel2. hari cuti membuatkan saya mempunyai masa kosong yang akan membawa saya ke dunia lain...btw..alhamdulillah atas segala nikmat masa yang masih Allah berikan pada saya.Apa yang penting...bersyukur.

ya, saya akui..memang saya agak emosional pada entry saya yang lalu. mood plak time tu tgh swing2..almaklumlah orang perempuan biasalah...so, keesokan harinya..saya melakukan satu terapi yang sungguh besssstttt... apa dia??..pukul 8 pagi keesokan hari selepas entry sendu berlagu dipublish..saya memandu kereta untuk menghantar adik saya yang akan ke KL. masih pagi dengan keadaan jalan yang agak lengang. saya memasang cd ayat2 Al-Quran yang menenangkan jiwa. sepatah kata pun tak terucap dari mulut saya. hanya bunyi cd saja berkemundang. sampai di temerloh, saya membayar segala bil2 dan menyelesaikan urusan saman dan bayar cukai pintu di MPT..boleh kata hampir RM400 la habiss..huhu...siap kena saman tau..takpe..saya tak tension..memang salah saya, parking merata2..kan dah kena saman..huhu..

then, selesai semua urusan..jam 10pagi saya sudah terpacak depan starmall..bukit bendera mentakab, bukan bukit bendera kat Penang nuuu..dalam hati saya agak konfius..adakah saya   pelanggan pertama starmall hari ni...hehe..takpe..hari ini saya mahu shopping..dah lama tak shoping..berjam-jam jugaklah saya melilau keseorangan (sian saya jalan sorang2 kan..)mencari sandal dan purse baru..almaklumlah, sandal yang saya pakai tu pun dah hampir putus..sebab terpelecok kat Jerantut dua tiga hari sebelum tu..malu je..dah la tengah mendukung Muhammad Fathi..Alhamdulillah tak jatuh..kalau jatuh, mesti kesian kat Muhammad...manakala purse saya tu pun dah sangat2 la uzur..menggelupas dah kulit dia..usia dia pun dah hampir tiga tahun..ramai dah menegur purse saya tu..tapi saya selalu berseloroh mengatakan "don't judge the purse by it's cover"...hehe..

hampir 3 jam, saya keluar dari starmall dengan sandal Larrie di tangan dan satu purse yang simple..agak cuak dengan sandal ni sebab biasanya sandal saya hanya akan bertahan satu tahun saja..kadangkala lebih pendek umurnya.sebab apa ek..saya tau..ganas sangat kot saya pakai..atau mungkin saya memang tak pandai nak jaga..kat situ tanggal..situlah lepaknya sandal tu, walaupun kadangkala terkena hujan..dulu waktu arwah abang ada..dia yang tolong letakkan sandal saya di tempat kasut...selalu tengok, dah beralih tempat...huhu...sekarang sendiri kena jaga..huhu..

kembali ke Temerloh, saya merayau lagi ke dua tiga pasaraya..mencari makanan kegemaran, minuman kegemaran, dan dalam perjalanan balik, saya memasang lagu kegemaran dari cd opick..lagu2 yang mendayu dan berunsur ketuhanan menyentuh hati..dan kesimpulannya..andai anda dilanda kesedihan..buatlah macam saya-bawa kereta-dengar ayat al-quran-shoping-makan makanan kegemaran-minum minuman kegemaran-dengar lagu kegemaran- then..bila kembali ke rumah..saya sudah boleh ketawa..dan itulah terapi sendu saya yang paling bestttt...okeh..sekian melaporkan..

 cantik kan beg ni..huishhh..membazir2..handbeg ok lg..

*p/s: terapi ini untuk org2 ABC saja..if not, better amik wudhuk, solat hajat, qiyamullail..baca Al-Quran..lagi cepat tenang..
*p/s2: si merah kesayangan saya sudah kemek dibelakang...huhu..doakan dia cepat sembuh..

Wednesday, January 25, 2012

sendu berlagu..

assalamualaikum....

happy chinese new year..selamat bercuti buat mereka yang masih bercuti..saya masih bercuti berbaki 4 hari lagi. walaupun tiada seorang pun murid yang bernama Lim Ah Ching (bukan nama sebenar) atau guru bernama Chong Wei (tiada kena mengena dengan jutawan badminton tu) tetapi sekolah kami tetap cuti seminggu..1 malaysia la katakan..

kemana cuti ni?soalan lazim akan ditanya saat menjelang cuti persekolahan. kali ni, saya menjejak kaki semula ke kampung penuh kenangan. mengutip sisa-sisa memori yang tertinggal. mengharap ada cebisan azimat penawar rindu dan sendu. akhirnya, sayu yang berlagu mendendangkan irama pilu yang tiada penghujungnya..ooopppsss..apa saya melalut ni..biarlah...entry kali ini memang entry melalut.

sudah lama saya tak balik kampung relai. kampung tempat bersemadinya kekasih hati. juga ibunda dan ayahanda yang disayangi. melangkah kaki ke bilik itu, hati dipagut sayu. Allahu Rabbi..bukan sekali dua, malah berkali-kali dan sehingga kini, perasaan itu tetap sama. ingin mencari sesuatu buat pengubat rindu yang tiada penawarnya sehingga kini.


sangat menyesakkan dada. tersumbat disitu, tanpa dapat diluahkan. betapa saya rindukan dia..saya mencari, saya mengingati, saya mengamati..saya ..Allahu Rabbi..tak tergambar perasaannya..sampai rasa macam sakit kepala..akhirnya pujuk hati...hati..kembalilah pada realiti..akal...tolonglah fikir secara rasional..dia telah tiada..jasadnya telah lama ditelan bumi. walaupun setiap kali kau pulang, kau akan mengosongkan tempat pembaringan di sebelah,sambil mengharapkan setelah kau membuka mata keesokan pagi..dia ada disisi..dan ITU ADALAH MUSTAHIL...SANGAT-SANGAT MUSTAHILLL....


Allahu Rabbi..apakah tiga tahun yang bakal menjengah tiga bulan lagi ini tidak mampu mengembalikan kau pada realiti. masih tidak mampu merasionalkan akal tentang satu pemergian. tentang hakikat yang dia tidak akan kembali lagi. Allahu Rabbi...padaMu aku berserah..hati, jiwa, akal..jasad ini milikMu..ubatilah kesemuanya ya Allah..padaMu aku berserah..padaMu aku juga bakal kembali...

abang, tau tak..sampai2 je kat umah semalam, terkedu sgt bila tgk teh pakai baju abang ni..dalam hati kata..kenapa dia yang pakai..sangat2 mengharap agar dapat lagi melihat tuan punya baju ni pakai baju ni..macam dalam gambar ni...huhu..

Wednesday, January 18, 2012

permulaan yang sibuk..

assalamualaikum..

permulaan tahun 2012 yang sibuk. sesiapa yang berkerja sebagai guru, pasti tahu apa yang berlaku di awal tahun. tambahan pula ada kerja tambahan yang sedang saya lakukan selepas pulang dari sekolah. nampaknya blg ini semakin bersawang dan semakin sepi la jawabnya. apapun,saya akan cuba mengisi masa yang terluang dengan mencoret sesuatu disini.

apa yang cerita yer...emm..dalam kesibukan seharian, pendidikan anak insyaAllah tidak akan terabai. baru ni saya telah 'melabur' untuk muhammad fathi satu education program yang saya boleh buat kat rumah. pelaburan yang agak besar berbanding pendapatan saya yang biasa-biasa ni..semoga Allah permudahkan segalanya,dan semoga program ini memberi manafaat yang besar buat dia.

malam tadi seperti biasa,saya ajar dia mengaji..selalu dia akan main-main. biasalah kanak-kanak..malam sebelumnya,saya sudah hilang sabar dan saya keluarkan rotan..ok la skit dia baca, then malam ni..dia sudah agak serius membaca..tapi awal-awal lagi dia tanya,"ummi amik tu tak?" sambil tunjuk pada rotan yang tergantung. saya katakan kalau muhammad tak nak baca betul-betul,umi akan amik..dia pun bacalah..oklah..tapi sampai ke hujung muka surat tu...tiba-tiba muka dia suram,muram dan diam je...aikk..kenapa?saya pun taknak paksa dia dah..terus stop..saya bagi dia susu,then baring atas katil..saya tanya kenapa?dia diam je..saya pun tanya,"muhammad suka ngaji?"  dia kata,"suka,tapi..ummi tanya apa ni?apa ni? muhammad tak ingat.." terangnya dengan muka sedih. uwaaa..sedih sangat saya melihat wajahnya. saya katakan,"muhammad..takpe..ummi tak marah kalau muhammad tak ingat..muhammad dah ingat banyak dah..takpe..nanti ummi ajar lagi..ummi ajar sampai muhammad pandai..ingat semua..nak tak?" dia pun berkata,"nakkk.." sambil tersenyum. rasa bersalah pulak ummi sebab terlalu memaksa dia..lepas ni,saya akanbuat secara santai..kesian muhammad kan..baru dua thn sembilan bulan dah stress belajar..hehe..takpe sayang..satu pengalaman dalam proses pembelajaran..insyaAllah..ummi akan fikirkan sesuatu yang buat muhammad fathi seronok belajar tanpa stress-stress..