Saturday, June 26, 2010

ujian lagi..sahabat karibku dibawa pergi..

Salam ukhuwwah..

Mataku sayu memandangnya yang perlahan-lahan menghilang dari pandangan..

Sayu.

Tapi tak sedih.

Akhirnya tersenyum..

Apalah engkau ni Aishah, kereta kena tunda pun engkau sayu..

bukan pe, pesonaku itu umpama sahabat karibku, selalu nak pi mana2 dengan dia..

hari ni,bila CCMku itu dinaikkan atas lori tunda tu dan dibawa pergi..sayu plak rasa hati..huhu..

Alkisahnya..

Semalam, aku pergi servis pesonaku yang mempersonakan itu..pas servis pi uruskan urusan bulanan..(bil2.)

Lepas solat asar di masjid temerloh, aku balik kampong jenguk wan kejap..sihat ke tak wan kusayang..selain nak menjenguk, tujuan utama adalah untuk menghantar kuih yang mak bekalkan. Sian wan dan aki, mereka hanya tinggal berdua,umur wan sudah mencecah 81 tahun, manakala aki, 91 tahun, masih kuat sebenarnya, aki masih mampu mencangkul, wan masih menanam sawi, petola dan jagung. Sekadar singgah sekejap dan berlalu pulang.

Pagi tadi,

“ju, kenapa keta awk ni?minyak hitam mengalir dah ni”..suara mak kedengaran cemas.

Aku yang sedang memasak untuk sarapan agak cuak, kenapa plak?.

Setelah selesai memasak, dapur kutinggalkan tanpa sempat dikemas, bergegas ke porch untuk melihat keretaku. Biar betul..aku rasa hampir kering minyak enjin dalam tangki ni. Tanpa berlengah aku memeriksa minyak enjin. Sah! Linking yang menyebabkan minyak di paras minima.

Apa yg harus aku lakukan. Tenang saja. Aku perlu menelefon abg yi. Pakar rujukku bab kereta ni. Beberapa kali mendail, tiada jawapan. Kak cah pulak la..kak cah mencadangkan supaya aku memanggil jiranku untuk membantu memeriksa atau ke kedai mara untuk memanggil ‘pomen’. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk menelefon pusat servis semalam dan akhirnya dia dtg..walaupun terpaksa menunggu hamper 2 jam..takpelaa..itupun dah ok sbb depa terpaksa berkhidmat hamper 45km jauh dari pusat servis depa. Anyway, tq.syukran,,jazakumullah..

Masalah yg CCM ku hadapi ialah, terdapat kesan retak dan kebocoran pada tangki minyak enjin tu. Nak kata aku tergesel dengan sesuatu, aku pun tak pasti…akhirnya..lori tunda sampai dan CCMku berjaya dibawa ke mentakab untuk diservis sekali lagi..nasib baik ada warranty..Cuma kena bayar khidmat lori tunda tu je la..melayang gak rm2oo..

Itulah..kita merancang, tetapi perancangan Allah lagi sempurna, kerana Dia Maha Berkuasa. Dia mengetahui apa yg berlaku pada esok hari..perancangan kami sekeluarga adalah untuk menjemput adikku Norzakiah yang akan pulang dari kembara Ilmunya di Jordan selama beberapa tahun. sebab tu aku servis keta.Isnin ini InsyaAllah dia kan mendarat di KLIA jam 12tghr. Jadi, disebabkan sabtu separuh hari bekerja, ahad cuti dan hari Isnin barulah pesonaku dikerjakan oleh pakcik2 pomen tu..maka, ‘selamatlah’ impian untuk menyambut adikku di KLIA. Takpelah, wakilkan jumli je la..InsyaAllah malam isnin tu dia sampai la kat rumah ni. Leh la jumpa..macamana la muka budak kuat tido tu ek..makin kiut ke?..makin tembam ke?hehe..jangan main, adik aku sorang tu kuat tido tapi otak boleh tahan..

Masalahku sekarang, camana aku nak amik keta kat pusat servis tu ari selasa esok ek..kena naik bas ke?..ish..bukan tak nak..tapi, bas cuma ada awal pagi dan lewat ptg jer..hai, patah kaki aku takde kereta ni..kereta ini salah satu nikmat Allah bagi nak mudahkan aku, Dia tarik kejap je..dah lain rasanya..hai..aishah..bersyukurlah...

maka, nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?


ummu fathi,
1024pm
FJU

Wednesday, June 23, 2010

bila izrail datang..

assalamualaikum..

salam ukhuwwah..

ajal maut di tangan Allah..segalanya telah tertulis di luh mahfuz..

seawal jam 6.30pg tadi, kami dikejutkan oleh berita kematian salah seorang penduduk felda ini..Allahyarham Nordin bin Long. Pengerusi Koperasi Felda Jenderak Utara merangkap ketua blok 24 (kalau tak salah aku laa..)umurnya 46 tahun, meninggalkan seorang isteri dan 2 org anak.
jam 8.15 pg tadi kebetulan aku free, so, pi la melawat jenazah.ramai org melawat dan menghadiah bacaan Yasin. ramai menangisi pemergiannya. dia seorang ketua yang berwibawa, sentiasa tersenyum dan selalu menolong orang. pemergiannya mengejut, akibat strok setelah jatuh di dalam bilik air. sampai akak aku pun cakap (dlm msg)baru lagi nampak dia, senyum je..jenazahnya juga begitu, seperti tersenyum saja..

sabtu sebelum ni (19/06/10)
aku melawat jenazah maklang timah..sepupu wan (baca:nenek) aku, so,pangkat nenek saudara aku la..umurnya 70an..sudah lama uzurnya..

rabu (16/06/10)
awal pagi juga,dalam jam 7.00pg, telefon mak berdering. panggilan dari wan aku yang menyatakan pakcik jak (abas) yang tinggal di belakang rumahku sedang nazak. wan yang tinggal hampir 20km dari rumahku sudah mendapat berita, sedangkan kami yang tak sampai 2km tak dengar berita. sesudah sarapan, kami bergegas ke rumah sepupu mak tu. pakcik sedang terbaring tidak sedarkan diri. hanya dengusan nafasnya sahaja kedengaran. sekali aku perhatikan, terdetik di hatiku, mungkin dah tak lama..sbb, kata org2 tua, andainya lututnya sudah jatuh, hidungnya sudah jatuh, badannya sudah melekat di baringan (tidak ada ruang lagi) menandakan tak lama ajalnya akan sampai..aku tak pandai gak, tapi detik hatiku berkata begitu..kami cuma melawat dan tidak lama kemudian kami pulang, sebenarnya kami org luar yg pertama sampai, mereka sekeluarga sudah membacakan yasin, tetapi sewaktu kami sampai, mereka berhanti seketika untuk bersarapan. jadi untuk tidak mengganggu mereka bersarapan, kami pun pulang dulu..dalam pukul 11pg, emakku pergi sekali lagi. sebenarnya lagi 3 hari, iaitu sabtu, akan diadakan kenduri menyambut menantu di rumah pakcik jak tu..jadi org ramai telah datang untuk medirikan khemah dan sebagainya. apabila emak sampai ke rumah itu, emak mencadangkan supaya pakcik diberi air gula, sebab pakcik pengidap kencing manis yg serius. setelah diberi beberapa sudu..pakcik tersedar..namun pada jam 2.00ptg, pakcik kembali ke rahmatullah..aku hanya sempat ke kuburan sebab aku keluar ke temerloh kerana ada urusan..

tidak dinafikan, sejak setahun ini, kematian terlalu kerap berlaku di tempatku..yang pergi tidak akan kembali lagi,sudah cukup masanya untuk membuat bekalan..tidak akan dikembalikan lagi walau hanya untuk mengucapkan satu subhanallah..

dan..pada hari sabtu yang lalu, aku juga dikejutkan dengan satu cerita, makteh aku (mak sedara sepupu arwah suami, merangkap mak sedara sepupu aku gak-sebab makteh kawin sepupu mak) singgah ke rumah kerana mereka sekeluarga pergi ke kenduri arwah pakcik jak..makteh tanya aku, selalu ke pergi kubur arwah? aku cakap selalu.kenapa? dia cakap ada org kg cakap kat dia, kubur arwah 3 beranak (arwah abg, mak dan ayah ditanam dalam satu liang) ni lain dari yg lain..dia kata kuburnya bersih cam ada org jaga..aku cakap takde sape yg jaga, sbb adik beradik arwah semua dok jauh2..jarang balik, kalau aku balik baru depaorang ikut aku ke kubur.kubur tu tak ditumbuhi rumput, tanahnya masih tanah merah..tapi pokok dan batu sungai yg ditanam di kepala dan kaki hidup subur..aku yang tak pernah terfikir tentang itu pun memikirkannya..ya betul!..rumput tak naik atas kubur tu, tapi disekelilingnya penuh dengan rumput..selalu kalau aku datang pun, baca yasin, berdoa dan balik..kadang2 hanya sempat membaca surah al-fatihah, selawat dan surah al-ikhlas sahaja.yelah aku tau, baca dimana2 pun takpe..tak pi kat kubur, sampai gak..tapi aku ada kekuatan bila tgk kubur tu..memikirkan yang hidup ini sementara saja, sampai masa aku akan menyusul juga..tenang tau kalau pi kubur..tentang kubur arwah tu, aku tak tau laa..makteh ada tanya sorang ustaz tu...diberitau apa yg ustz itu katakan, andainya benar, alhamdulillah..semoga Allah terus memelihara abg, mak dan ayah disana..wallahua'lam..

bila izrail datang memanggil..

Ya Allah ya tuhanku, akhiri hayat kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri hayat kehidupan kami dengan kesudahan yang buruk..Amin ya Rabbal 'Alamin..

ummu fathi,
4.36pm.
FJU.

Monday, June 21, 2010

sekitar hidupku..

assalamualaikum..

salam kasih selamnya..

alhamdulillah..menghirup udara pagi isnin yang segar..malam hingga ke awal pagi hujan, bumi kembali menghijau..alhamdulillah..terima kasih ya Allah kerana 'menghidupkan' semula bumiMu ini..tempat tinggal sementara kami..a

sepanjang perjalanan ke sekolah..bukan lama pun, amik masa tak sampai 5 min..hehe..seronok sgt rasanya..bersemangat, dan tak sabar nak jumpa anak2 muridku yg kutinggalkan selama 2 minggu kerana cuti..sampai sekolah, alhamdulillah, perhimpunan masih belum berlangsung..melihat wajah2 mereka, semangat hidupku membara..aku pernah berjanji dengan diriku dan mereka2 ini..akan ku kotakan janjiku..

cuti selama 2 minggu ini pun, terasa puas..sebab aku banyak habiskan masa di rumah sahaja..sekali je kuar ke bandar, itupun ada urusan, selebihnya..berbakti pada mak, ayah dan adik2..serta tak lupa buat anakku sayang..masak masakan yang di'order' oleh adik yang dok asrama..kesian kat adik, time cuti la nak makan best pun..semalam pun hantar adik2 balik asrama..dah malam baru sampai rumah..

malam tadi dpt msg kak la..my best friend @ sahabat dunia akhirat..akakku itu selamat melahirkan anak keduanya..alfu mabruk ya ukhtie..mesti comel cam kakaknya hannan..minggu ni kalau Allah izinkan rasanya nak terbang pi klang, nak tgk baby kak la..tapi, tak kompom lagi kak la pantang kat klang ke?...

semalam juga..hari bapa..selamat hari bapa buat apakku sayang..apak sekarang takde kat umah...masih dalam misinya..koi (baca:saya)sayang sgt kat apak..dalam ramai2 adik beradik, kami 3 org je yg rapat ngn apak,kak long, koi dan adik..yg lain seramai 7 org tak rapat sgt,lebih rapat ngn mak sbb apak garang dulu waktu kami kecik2 dulu..tapi kami bertiga ni tak makan saman..garang macamana pun selamber je..terutama adik bongsu aku tu, lagi la selambernye..nak minta apa2..minta kat apak..yg lain tak berani..minggu pertama cuti dulu, sempat bermuzakarah dgn apak..best...hampir 2 jam berdebat, bercakap..tentang jemaah dan masalah2 umat akhir zaman ini..aku faham dan mengerti isi hati apak..apak luahkan isi hatinya dan pengalamannya sewaktu menjalankan dakwah..bukan semua org faham..yg penting Allah mengetahui isi2 hati kita kan apak..dan dgn koi je apak selalu bincang dan tukar2 pendapat..sampai adik beradik nak minta apa2 pun selalunya koi la jadi org tengah..hehe..takpe..koi suka..dengan mak pun best gak..kesimpulannya, koi sayang sgt mak dan apak..akan ku tabur baktiku sepenuh hati buatmu mak dan apak sehingga ke akhir hayat kalian..aku faham ini adalah antara hikmah Allah aturkan perjalanan hidupku ini dan kehilangan dia..

SEMOGA MAK DAN APAK SIHAT UNTUK BERIBADAT, PANJANG UMUR DALAM KEBERKATAN,DAPAT MENCAPAI CITA2 UNTUK SYAHID DIJALAN ALLAH..SEMOGA KITA SEMUA BERKUMPUL DI JANNAH FIRDAUSNYA..AMIN YA RABBAL 'ALAMIN..


sayang mak, apak..

koi,
11.30am
SKJU.

Thursday, June 17, 2010

alkisahnya..

salam..

alkisah satu cerita..nak tukar mood la plak..asyik sedeyy je..layan citer ni plak..

petang beberapa hari lepas, adik aku yang nade2 tu, teringin la nak try pegang stereng keta ayah aku..lepas dia pegang, dia start enjin keta, dah start, apalagi la..mula berteriak panggil aku ajak temankan dia ronda2 sambil blaja bawa keta..first time bawa..aku dengan mengendong si kecik tu pun mengikut ler...dok sebelah dia..alhamdulillah, lepas sekali pusing kawasan felda aku, kami selamat sampai ke rumah..

esoknya, lepas asar, dia skali lagi memanggil aku temankan dia. tapi kali ni entah nape aku berat hati nak bawa muhammad fathi. aku siap bawa hanset lg tu..dia pun mula start enjin dan bawa keta, agak konpiden kali ni..sampai kat satu simpang tu, camne tah dia leh lambat nak pusing balik stereng tu, bila aku suruh control stereng, dia mula gabra dan tertekan minyak..akhirnya...

keta terbabas masuk longkang..oppss tak masuk longkang lagi, tapi tayar belah aku dah tergantung atas longkang..kuang..kuang..kuang..

aku pun dengan segera berlagak tenang..aku tarik nafas..apa aku nak wat ek..keta ni dah goyang2 nak masuk longkang..adik aku sebelah ni dah pucat, tak terkata dah..aku matikan enjin keta, 'p' kan gear..dan tarik handbreak...dengan lafaz bismillah, aku buka pintu dan melompat kuar..alhamdulillah! selamat..adik aku pun kuar dari keta..

kami mula terpana2 melihat keadaan keta yang tergantung tu..skit lagi nak masuk longkang, agaknya kalau tolak skit mesti dah terjunam masuk longkang..aiyaaa...

tetiba ada dua org pemuda lalu kat simpang tu..tersengih2 budak tu nengok keta 'gantung' kami dan kami yg dok tercangok kt situ tak tau nak wat apa..depa pi panggil pakcik yg bawa lori kelapa sawit..dengan bangla2 datang nak tolong kami..aku dah malu giler ni..hish..

maka, bermula la episod tolak menolak keta tu..dengan tenaga seramai 7 org lelaki, keta itu pun selamat dinaikkan ke atas jalan..huhu..aku dengan malunya mengucapkan arigato pada semua 'penyelamat2' keadaan itu...

pabila aku citer kat abg yi..abg yi aku cakap..kalau dah malu nape tak wat pura2 pengsan je?....haiya..itu cerita 12 tahun dulu laa...

12 tahun sebelumnya..jeng..jeng..jeng..

kali pertama aku try bawa motor..ketika aku di tgktn 5.aku teringin sgt nk bawak motor cam member2 aku yg lain..jadi aku ajak inah jalan..aku pun start enjin masuk gear..jalan..

emm..punya syok bawak motor, sampai tak sedar depan tu ada simpang, aku tanpa membrek terus masuk simpang tu dan...skriiit...tergelincir dari jalan dan bergelimpangan atas jalan...kaki aku terhempap dek motor, inah sempat melompat dari motor..aku menjerit suruh inah angkat motor tapi inah tak larat..dan kat tepi simpang tu ada satu kedai kopi..maka, berduyun2 la manusia lelaki datang membantu...bayangkan, perempuan ayu yg bawak motor laju melintas depan kedai kopi, sekarang terbaring atas jalan..dengan pakai kain batiknya...huhu..aku tak sanggup..belum pun sempat manusia2 itu sampai di tempat kejadian, aku pun memejamkan mata..aku dah pengsan!!..haha..

woi..budak ni pengsanla..angkat2 la..angkat..

mataku makin rapat kupejam...

berat gak ek..tolong la weii..
angkat masuk dalam keta..

jasadku berjaya di masukkan kedalam keta kancil pakcik arif..pintu keta ditutup...aku pun membuka mata..ha...dah sedar dah..lalala...rancak lagi aku berborak dgn pakcik arif seolah2 takde apa yg berlaku..hehehe...

akhirnya sebulan aku tak pi sekolah kerana tak leh berjalan, kaki aku terbakar akibat terlalu lama di bawah ekzos motor..huhu..

tapi kejadian aku pura2 pengsan sbb malu terus diingati oleh kaum keluargaku sampai kini..huhu..malu laa...:)

kronologi tragedi 0304

assalamualaikum..
allahumma solli 'ala saidina Muhammad wa 'ala ali saidina Muhammad.

kata org, usah dikenang pada yang tiada..
kata pujangga, yang patah tumbuh, yang hilang berganti..
kata aku, kenangan ini adalah kehidupanku di masa lalu..ianya tidak dapat dipisahkan dariku..selagi hayatku dikandung badan, ianya tetap menjadi sebahagian dari memoriku..

maknanya;aku tak nak lupa memori itu, sebab itulah blog ini diwujudkan, dan juga...apa yang baik, aku harap para pembaca mengambil iktibarnya, supaya ianya menjadi saham buat si penulis yang tak pandai menulis lagi dhaif ini..saham di alam abadi nanti..

catatan ini juga bukan bertujuan untuk memancing simpati siapa2..tragedi ini biasa di dengar oleh kebanyakan org di qariahku,tetapi tidak ramai yang mengenali empunya diri..biarlah, aku bukan mengejar populariti, aku hanya diuji oleh Tuhan sekelian alam..harapanku, semoga aku lulus ujian ini. doa dari kalian yang kuharapkan.

12/02/2009.khamis
aku nekad.apapun yang terjadi aku mesti pulang ke kampung.kesihatanku semakin merosot. kandunganku agak tidak stabil. mungkin kesihatanku terjejas akibat tekanan perasaanku. kedudukan bayi yang sekejap songsang, sekejap normal betul2 merisaukanku. demam dan batuk berterusan memburukkan lagi keadaan. surat cuti dari hospital pakar sarawak menjadi taruhan.akhirnya aku nekad terbang kembali kesisi suamiku setelah mengisi borang cuti tanpa gaji dan tawakkal kepada Allah. harap2 aku lepas terbang memandangkan kandunganku yang hampir mencecah 8 bulan.

2.30pm
selamat mendarat di lcct sepang. abang menunggu dengan senyuman, memelukku erat. rindu! setelah hampir 2 minggu berpisah.

mac 2009
melewati hari2 yang indah bersamanya..

24 mac 2009
bertemu doktor di kkia kuala lipis. doktor mengarahkan aku masuk hospital lebih awal,becoz of the history (kematian puteri sulungku).38 minggu masuk hospital kuala lipis =>01/04/2009.

01/04/2009 rabu

pagi2 bersiap untuk berangkat ke hospital. entah kenapa, perasaan berdebar2 sahaja. mungkin takut doktor induce aku..macamana la rasanya ek..
abang pergi sekolah juga hari ni sebab ada pensyarah nak observe..terpaksa pi lipis ngan mak dan ayah..sampai lipis pi kkia dulu, amik surat, mak teman masuk kkia, ayah tunggu dalam keta.dpt surat, pi makan dulu, sbb dah lapar..baby yg lapar kan..bukan umi..:)mak tak selera makan, tapi ayah begitu berselera.aku pun tak selera sbb takut nak masuk hospital.
sampai hospital, dimasukkan ke wad bersalin. doktor kata 'ubat' mungkin akan dimasukkan pada esok pagi,(khamis-02/04/2009) sebab esok genap 38 minggu..mak balik dulu, sebab aku takde apa2..mak kata abang akan datang petang ni..salam mak, mak peluk aku..
petang, abang datang..cuma berbual2 sahaja dan order barang yg lupa nak bawa..emm..barang2 aku pun mak yg tolong kemaskan, aku mana tau nak bawa apa, sbb tak biasa masuk hospital, waktu lahirkan arwah zulfa dulu pun mak jenderak yg tolong kemaskan.sewaktu nak balik tu, abang bersungguh2 ajak aku balik rumah semula..
jawabku; tak boleh la bang..takkanlah doktor bagi sayang nak balik, baru masuk nak balik dah..esok nak masuk 'ubat' dah..takpe ek... abg hanya diam.

02/04/2009 khamis

seawal 7pg aku dimasukkan ke labour room,debaran makin terasa..sakit ke?doktor memeriksa jalan, masih belum terbuka. doktor memasukkan ubat disamping memantau denyutan jantung bayi..kesakitan masih belum terasa.
11.30pg,baru buka 2cm.tak rasa sakit sgt.
keluar dr labour room untuk makan, sbb lapar sgt dah..makan nasi, buah betik dan air.tak sempat jumpa mak, sbb lama sgt dok labour room, kat katil ada makanan yg mak dah belikan..tapi tak selera nak makan, makan kuih je..

12.00tgh,

abang sampai.jika semalam abg selesa berbual dgn abg kt dalam wad, kali ni abg tak nak masuk dlm wad dh, dia ajak aku borak kt tpt solat.dia tanya sakit tak? aku hanya menyatakan rasa sakit yg datang sekejap2 tapi ringan saja sakitnya..aku sibuk bercerita tentang kakak sewad denganku yang kematian 3 org anaknya ketika masih kecil..lantas dia menjawab, bestnya kalau kita dapat jaminan syurga kan.. aku menyuruh abang makan makanan yg mak belikan tadi, abg makan dgn berselera sekali. abg kata dia nak ke maktab dulu ptg ni, mgkn selepas asar baru dia dtg.

5.30 ptg
sudah 4cm, air ketuban juga sudah dipecahkan, sakit makin terasa, tapi masih boleh berjalan2.aku kembali ke wad selepas berada di labour room selama beberapa jam. hanya abg yg setia menunggu di pintu masuk wad. abg kata mak, ayah, pakteh, makteh, aki aji, wan semua ada dtg nak melawat aku, tapi tak sempat nak jumpa sebab aku dok kt labour room.aku menyuruh abg balik ke rumah dulu sbb jln lmbt sgt buka.

9.00mlm..

masih 4 cm, denyutan jantung baby masih normal. tapi doktor mula risau keadaan jalanku yg terlalu lmbt buka. akhirnya keputusan dibuat. aku terpaksa dihantar ke hospital sultan ahamad shah temerloh untuk rawatan lanjut, besar kemungkinan akan dibedah disebabkan takut risiko baby lemas. kebetulannya, dewan bedah hospital lipis masih dlm renovation.abg masih belum sampai. doktor mengambil no hanset abg utk menyatakan keputusan terbaru. sakit makin terasa, tetapi sedikit berkurangan apabila aku mengiringkan badan.kalau terlentang, tak sanggup aku menahannya..

9.30mlm,

abg sampai, waktu doktor menelefonnya tadi, dia sudah on the way.
ambulans dipanggil. abg mengemas brg2ku.aku naik ke atas kerusi roda kerana sudah tidak berdaya melangkah. apabila aku duduk saja atas kerusi roda, air ketuban mengalir lagi.banyak..aku hanya mampu berdoa semoga babyku selamat..aku takut menghadapi apa yg telah aku lalui tahun lepas..aku berdoa dan terus berdoa.pada mulanya abg nak bawa kereta saja, dan aku menaiki ambulans..tapi setelah dipujuk, abg bersetuju untuk menemaniku di dalam ambulans..

10mlm..

bermulalah perjalanan menaiki ambulans bersama abg dan 2 org nurse, nurse siap berpesan, seandainya terasa nak meneran, tahan dulu..masyaAllah..pengalaman yg amat mendebarkan..jln sudah terbuka 4cm, air ketuban dah mengalir keluar, sedangkan perjalanan mengambil masa hampir 2 jam untuk sampai ke temerloh..sungguh, aku cuma bergantung pada rahmat dan kuasa Allah taala shj.aku minta abg membaca al-quran, abg hanya diam merenungku.sepanjang jalan, aku memegang erat tangannya mencari kekuatan..aku hanya merenung wajahnya sepuas2nya..apa yang aku fikirkan ketika itu..andai ditakdirkan sayang pergi dulu, sayang puashati sebab dah tengok muka abg puas2..abg pun banyak merenung gelap malam sambil menahan badan dari ayunan gerak ambulans yg agak laju..ketika aku menanya abg sampai dimana sekarang, abg hanya menggeleng kepala dan menyatakan tak tau..

11.45mlm.
akhirnya sampai ke HOSHAS Temerloh.dimasukkan ke bilik menunggu..sejuk sgt,denyutan jantung baby mula tidak stabil, apabila aku terasa sakit,denyutannya jatuh, bila ok, denyutannya normal. doktor yang pada mulanya ingin memasukkan lagi 'ubat' akhirnya membuat kepautusan untuk melakukan c-sect memandang situasi baby dalam kandunganku.abg dipanggil masuk, kata2 nasihat abg kuingat, tenangkan fikiran, jgn fikir bukan2..beberapa kali abg mengulangi kata2 itu..

1pg..
aku dimasukkan ke dewan bedah setelah tandatanganku diambil.terketar2 aku menandatangani surat persetujuan.sungguh! aku sudah tidak berdaya menahan sakit, lemah tidak bertenaga kerana kali terakhir aku makan jam 11 pg tadi..

2.08pg.
puteraku lahir..alhamdulillah, aku bersyukur sgt2 bila mendengar tangisan bayiku kedengaran. aku dibius separa badan, jadi mata dan telingaku masih berfungsi..

3.15pg.
keluar dari dewan bedah. aku hanya nampak mak, ayah, da, teh, abg, dan mak jenderak menunggu aku.abg memegang handbegku dan disandang di bahu. aku jadi hairan, bukankah abg paling tak suka bw handbegku di bahu..badanku menggigil akibat ubat bius..aku dimasukkan ke dalam wad..abg mengiringiku. apabila sampai ke katil. abg mengazankan bayiku..perlahan..aku pun tak dengar suara abg.

4.00pg
abg masih disisiku,da, adik dan teh masuk bergilir2..ayah pun masuk dan hanya tersenyum memandangku..mak masuk dan menegur bayiku yang membuka mata ketika itu..mereka bercadang untuk pulang, aku menyalami mak, mak mengucup pipiku.., abg mengambil hansetku dan sebelum keluar abg mengucup dahiku dan berkata, abg saaayang syg..dan berlalu pergi..abg yang terakhir keluar,sempat aku berpesan supaya datang awal sikit pagi esok..abg hanya diam.

12tgh 03/04/2009 (jumaat)
aku tersedar apabila kuterdengar esakan kecil disisiku. aku membuka mata. sahabatku,rina sedang mnegesat matanya. aku happy tgk rina dtg..rina tanya aku, adakah dia org pertama sampai, aku hanya cakap a'ah..kami berborak sebentar sebelum mak sampai,dibelakangnya ada adikku jumli, isterinya aisyah dan amira. abg yi pun ada, inah..saroi pun ada..aik apsal ramai sgt org ni, takkan la jumli dan saroi yg dok kt sg buluh dan subang balik nk tgk anak aku, esok kan dah cuti..akalku bermonolog..tapi yg peliknya, kenapa mereka hanya duduk jauh..

mak: ju kena banyak sabar, kena tabah..ujian awk ni berat..
aku: takpelah mak..nak wat camne..
mak hanya diam sambil mengusap2 kepalaku. saroi menghampiriku,
aku:saroi..hensem tak anak koi?..saroi hanya tersenyum sambil mengangguk kepala.
aku: napelah abg fuad ni tak dtg2 lg, hanset kt dia ni...
jumli dtg menghampiriku, dia duduk sebelahku sambil memegang tanganku..

"kakju, ada berita tak baik nak beritau kakju ni.."
"apa dia?"
"abg fuad accident pg tadi...dia..dia..."
kata2 jumli terhenti...airmatanya mengalir laju..
kurasakan sesuatu telah berlaku..
"nape?abg fuad dah takde ke?"aku menyoal..
"a;ah,abg fuad dah takde.."
,mak menyampuk,"mak ngan ayah pun dah takde.."

aku keliru..tipu...tipu..hanya itu yg mampu kuucapkan...kosong!
mata kupejam rapat..dalam hatiku bergema, la haula wala quwata illa billah..berulang2 kali...
terbayang senyumannya..
senyumannya..renungannya..abg!!...

3.00ptg.
polis dtg..aku masih keliru tapi tak mau nak ambil tahu..aku hanya terfikirkan adik2 yg ramai itu, apalah nasib mereka kalau ayah dan mak dah takde..mak mendapat panggilan dari kerambit untuk menanyakan apakah mereka perlu menunggu aku untuk kebumikan jenazah..aku hanya menyuruh mereka meneruskan upacara pengkebumian..doktor mengizinkan aku keluar hospital, tapi atas risiko sendiri..aku masih tidak berdaya hatta untuk menggerakkan kaki..aku redha dengan pemergian mereka2 yang tersayang..mak, ayah dan suami tercinta pergi setelah 2 jam aku melahirkan zuriat keturunan mereka..

Ya Allah ya tuhanku, tempatkan mereka di kalangan org2 yg soleh..ampunilah mereka, jadikanlah kubur2 mereka taman dari taman2 syurga..amin ya rabbal alamin.

Monday, June 14, 2010

perkongsian sukarelawan ke Gaza (2)

Perkongsian Ustaz Haji Jamaluddin Ilyas.

Perkongsian telah diteruskan oleh Tuan Haji Jamaluddin Ilyas daripada Yayasan Amal. Beliau kelihatan sangat bersemangat, berucap dalam keadaan berdiri.Katanya, beliau berdiri untuk melihat wajah-wajah ‘pengganti’ beliau. Beliau menyatakan bahawa mereka tidak mahu digelar mereka ‘wira’. Dia yang memakai kot menyatakan betapa kot itu baru dibelinya semalam untuk urusan protokol. Beliau menceritakan betapa beliau keluar dari penjara Israel dengan memakai baju banduan, dan beliau mencintai baju tersebut. Azam beliau, baju itu akan disimpan dengan baik, menjadi bahan cerita kepada masyarakat Malaysia nanti.

Beliau menyatakan bahawa Yayasan Amal sudah tiga kali menyertai misi bantuan ke Gaza. Kali pertama semasa di bulan januari. Kemudian sebelum LL4G, beliau telah datang sekali lagi. Kali ketiganya adalah sekwatu LL4G. Beliau diarahkan oleh Wisma Putra untuk pergi memberikan bantuan daripada Kerajaan Malaysia. Kerajaan Malaysia telah dapat mengumpulkan 14.5juta ringgit dan Yayasan amal diberikan tugas bersama Haluan, untuk membuat projek pam air di Gaza. Banyak negeri juga telah memberikan bantuan dan sumbangan, terutama dengan derma ketika ceramah-ceramah Palestin.

Namun malangnya, duit yang beliau pegang telah hilang di atas kapal semasa tentera Israel menyerang.

Beliau menceritakan pengalamannya menaiki Mavi Marmara. Beliau bercanda bahawa wujudnya rakyat Malaysia dan Indonesia menyebabkan ada yang menggelar mereka sebagai Malindo. Ahli konvoi dari Malaysia pada awalnya hanya 11 orang. Kemudian apabila ada sebuah kapal rosak dan ingin dibawa pulang, ahli kapal yang rosak itu telah menaiki Mavi Marmara. Terdapat seorang warga Malaysia bersama mereka. Ini menjadikan bilangan ahli konvoi dari Malaysia sebanyak 12 orang.

Cerita beliau, suasana di atas kapal sangat menyeronokkan dengan pengisian dari pelbagai bahasa. Dari masa ke semasa, ada sahaja lontaran peringatan dan tazkirah yang diberikan bagi menguatkan jiwa dan meningkatkan kefahaman. Di atas kapal, ada banyak masa dengan Al-quran, dan melakukan ibadah. Mereka juga diberikan motivasi secara haraki agar mampu bersedia untuk menerima apa sahaja keadaan yang akan berlaku. Mereka juga diarahkan untuk beriadhah di atas kapal dengan berjongging mengelilingi Mavi Marmara bagi memastikan tubuh sihat dan mudah untuk melakukan kerja.

Kebanyakan komunikasi di atas kapal menggunakan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Tetapi ada juga ahli kapal yang tidak mampu berbicara selain dari bahasa ibunda mereka sendiri. Ustaz Jamaluddin sempat bercanda dengan berkata: “Kalau mereka tak reti Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab, ana sembang jawa aja dengan mereka” dan canda beliau disambut tawa hadirin.

Beliau menceritakan bahawa pada 30hb, jadual awalnya adalah untuk bergerak pada pukul 6 petang. Mereka telah diarahkan untuk menjaga kapal di dek ke-3. Ustaz Jamaluddin telah menjadi pengawal yang menjaga pintu masuk agar sesiapa sahaja yang ingin memasuki kapal akan terpaksa melalui mereka terlebih dahulu. Semua orang arab diberikan mask sebagai persediaan berhadapan ddengan bom gas askar Israel. Namun, untuk ‘geng malindo’ kata Ustaz Jamaluddin, hanya diberikan satu mask sahaja. Yang memakainya adalah Ustaz Jamaluddin.

Ustaz Jamaluddin menceritakan detik permulaan konfrontasi antara mereka dengan tentera Israel. Ceritanya, bermula pada pukul 11-12 malam, mereka sudah mula melihat lampu yang lain dari lain dari kejauhan. Ahli konvoi amat mengenali kapal konvoi yang lain, tetapi cahaya tadi lain dari kapal konvoi. Dari situ sudah diketahui bahawa itu bukan kapal milik mereka. Selepas itu juga, sudah mula kelihatan lampu daripada helikopter dari kejauhan.

Sekitar pukul 3 pagi, kedengaran ahli kapal bertakbir. Ikan lumba-lumba rupanya telah mendekati kapal mereka. Seakan-akan memberikan petanda bahawa sesuatu yang besar akan berlaku tidak lama selepas itu. Ketika masuk waktu subuh, azan telah dilaungkan dengan sekuat mungkin. Apabila tamat sahaja azan, mereka melakukan Solat Subuh. Sempat Ustaz jamaluddin menyatakan bahawa, mereka terlah terdidik agar setiap apa pun yang mereka lakukan, mereka mestilah berada dalam keadaan berwudhu’. Mereka beramal dengan penuh kemas. Hatta Solat Dhuha juga diperingatkan.

Sebaik sahaja mereka tamat melakukan Solat Subuh, telah kedengaran bunyi letupan yang sangat kuat. Namun cerita Ustaz Jamaluddin, Allah tidak memberikan kegentaran pun dalam diri mereka. Mereka tidak panik. Semua menjaga posisi masing-masing sebagaimana yang telah dilatih. Mereka bergerak kemas mempertahankan kapal daripada Israel. Haji Jamaluddin mengutip bom-bom gas dan membaling keluar. Allah telah menghantar pula angin yang kuat, meniup gas pemedih mata dari memberikan kesan kepada ahli kapal. Selepas itu, tentera Israel mula merapati ahli konvvoi dari Malaysia. Ustaz Jamaluddin menceritakan bahawa mereka mempertahankan diri dengan membaling botol air. Atas kuasa Allah, menurut Ustaz Jamaluddin, tentera Israel lari menjauhi mereka.

Tidak berapa lama kemudian, Israel mula menembak dengan peluruh getah. Tetapi ahli kapal tetap bermati-matian mempertahankan kapal. Tetapi semua ahli konvoi telah dipesan dan diperingatkan agar tidak sesekali membunuh.

Selepas beberapa minit, helikopter pertama datang. Menyuluh spotlight dari atas. Dua komando turun. Relawan Turki dengan berani telah menangkap komando yang pertama, membuang senjatanya. Tidak berniat bergaduh. Tetapi apabila komando kedua turun, dia mula menembak dengan peluru hidup. Itulah mulanya syahid yang pertama di atas kapal. Tetapi tetap mereka tidak takut kerana mereka memang telah bersedia untuk syahid.

Tiga orang Malaysia telah ditembak dengan peluru getah. Ustaz Hasanuddin, Halim dari muslimcare dan dirinya sendiri. Akhirnya selepas itu, dalam masa yang sebentar sahaja, ada pengumuman dibuat oleh kapten kapal menyatakan bahawa kapal telah ditawan. Ketika itu grup tentera Israel telah mula memenuhi kapal. Mereka diarahkan untuk duduk diam.

Ustaz Jamaluddin menceritakan bahawa, Dr Arba’ie sempat mencium tiga dari yang gugur pada pagi berdarah itu. Dr Arba’ie telah memberitahu beliau bahawa ada bau kasturi yang harum keluar daripada tubuh mereka yang telah terbunuh itu.

Ustaz Jamaluddin dengan penuh bersemangat bercerita lagi bahawa Dr Syed Muhammad Halim telah meminta tentera israel agar menyelamatkan orang yang cedera parah. Tetapi tentera Israel menyebut : “Ini laut antarabangsa. Tiada tempat untuk dihantar.” Sesungguhnya mereka mengetahui bahawa ini lautan Antarabangsa, tetapi tetap serangan mereka lancarkan juga.

Ustaz Jamaluddin menyatakan kesayuannya kerana antara yang gugur itu adalah yang telah mula dirapatinya semasa di atas kapal sebelum ini.

Perkongsian Aswad Astro Awani


Selepas penceritaan penuh semangat oleh Ustaz Jamaluddin, saudara Aswad dari Astro Awani pula mengambil alih majlis.

Beliau menceritakan bahawa penyertaannya menjadi ahli konvoi adalah kerana dijemput oleh Aqsa Syarif. Peranannya yang utama adalah untuk menyampaikan mesej-mesej penting daripada konvoi Misi Bantuan ke Gaza itu. Hal ini kerana, di Malaysia, saluran Astro di dalamnya mempunyai media-media barat juga yang menyebelahi oleh kuasa barat. Maka peranan wartawan sepertinya, yang berada di tengah medan adalah untuk mengimbangi perkara tersebut agar kebenaran tidak tertanam oleh kebatilan.

Saudara Aswad menyatakan betapa di Malaysia, biasanya yang menjadi rujukan masyarakat adalah media-media barat. Maka Saudara Aswad merasakan betapa pentingnya peranannya dalam memberikan maklumat yang tepat dan sohih, terus langsung daripada ahli konvoi itu sendiri, kepada masyarakat yang mengikuti.

Dalam sepanjang perjalanan konvoi, Saudara Aswad menceritakan bahawa mereka berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk menjadikan peranannya tadi satu realiti. Bagi wartawan, beberapa masalah utama adalah antaranya fasa menyampaikan maklumat untuk meredakan kegusaran penonton yang mengikuti perjalanan Konvoi. Kedua, untuk memastikan bahawa mereka sentiasa menyampaikan mesej-mesej yang sebenar, terus langsung dari kapal. Bukan dari khabar angin. Mereka telah ditetapkan untuk berlangsung dua kali sehari. Setiap kali bersiaran, maka Saudara Aswad akan berusaha menyampaikan intipati peristiwa yang berlaku di atas kapal.

Beliau menyatakan bahawa, antara perkara positif dalam hal ini yang boleh menjadi kekuatan adalah orang islam berkongsi isu sentimen Palestin dan apa-apa yang berlaku di sana.

Saudara Aswad juga menyatakan bahawa mereka berhadapan dengan Perang Psikologi daripada pihak-pihak yang ingin memberikan imej buruk kepada perjalanan misi bantuan keamanan ini. Israel dan konco-konconya setiasa akan berusaha melobi media untuk mencucuk dunia agar percara bahawa kapal itu membawa sesuatu yang buruk. Maka tugasnya sebagai wakil media adalah untuk membersihkan tohmahan sedemikian dengan membawa berita-berita yang benar.

Saudara Aswad menceritakan bahawa ahli konvoi yang paling muda di atas kapal adalah berumur 8 bulan. Maka di sini adalah bukti betapa flotilla misi bantuan ke Gaza hanyalah untuk membawa bantuan bukan keganasan.

Pada hari terakhir mereka bersiaran langsung, Saudara Aswad menyatakan bahawa mereka bersedia untuk mendepani segala kemungkinan. Mereka faham bahawa mereka berhadapan dengan manusia berjiwa zionis. Namun Saudara Aswad berkata, walaupun menyatakan telah berusaha untuk bersedia, ternyata bila di alam medan sebenar, persediaan itu nyata tidak cukup mana. Israel nyata lebih kasar, lebih tidak berperi kemanusiaan dari yang dijangka.

Saudara Aswad memberitahu bahawa kerjanyaa adalah untuk membidas semua pandangan media barat akan hal mereka. Beliau sempat menghantar email kepada barisan editor di Awani, menyatakan bahawa kapal mereka telah dikepung. Aswad yang berada di belakang dek sempat melihat kapal israel mendekati mereka.

Keesokan harinya tiada berita daripada Saudara Aswad kerana mereka telah ditawan. Saudara Aswad menceritakan pengalamannya semasa tragedi ngeri itu berlaku. Katanya, semasa peperangan, wartawan bebas bergerak ke mana-mana untuk menangkap semua keadaan yang pastinya tidak akan disiarkan di CNN. CNN hanya akan menunjukkan video-video yang pro kepada Israel. Apabila ahli kapal semuanya telah menyerah, bahan-bahan rakaman seperti sd card, tape kamera, semuanya telah dirampas dan dimusnahkan bagi mengelak mesej-mesej itu disiarkan untuk menekan Israel.

Saudara Aswad sempat menyatakan akan pentingnya agar diwujudkan penyatuan masyarakat sivil. Apa yang berlaku di atas kapal flotilla, penyatuan masyarakat sivil adalah lebih daripada 50 buah negara. Di dalam mana-mana pun peperangan, Israel akan menggunakan PRuntuk mengawal mesej yang disampaikan bagi mengelirukan maklumat yang sebenarnya. Namun apabila wujudnya penyatuan sivil, Israel telah berhadapan lebih dari 60 buah negara yang telah menyiarkan realiti fakta keadaan. Bahkan semua pandangan mempunyai akurasi dan kekonsistenan menunjukkan ianya benar tepat.

Akhirnya Israel tersepit dalam mencari cara untuk membidas dan memusingkan fakta yang benar. Fakta benar daripada 50 buah yang konsisten membuatkan dunia melihat perkara ini sebagai penting dan benar. Tetapi, kekurangan dalam hal ini adalah, kerajaan-kerajaan yang masih dikuasi oleh zionis akan menyebabkan perkara ini tidak mampu menunjukkan hasilnya ke tahapnya yang maksimum. Maka, Saudara Aswad menegaskan bahawa penyatuan masyarakat sivil adalah perkara yang mesti diusahakan.

Wartawan semestinya akan berusaha menyampaikan isu secara tepat dan padat. Mesej yang hendak disampaikan adalah kesedaran betapa kedamaian di Malaysia ini, kadangkala membuatkan kita alpa betapa ada negara yang menderita.

Soal Jawab

Selepas tamat perkongsian daripada Saudara Aswad, sesi soal jawab pula dimulakan.

Soalan 1: 10 ribu tan barang kemanusiaan, ke mana perginya? Difahamkan di dalam berita, Mavi Marmara telah dikosongkan.

Soalan 2: 12 orang relawan, bagaimana perkembangan baki lima orang?

Soalan 3: Setelah gagalnya misi kita kali ini, apakah ada misi akan datang akan berjaya? Atau hanya akan menerima nasib yang sebegini? Atau mungkin akan ubah taktik penghantaran?

Jawapan dijawab oleh Encik Muhammad Nizam daripada Haluan, beliau bertanggungjawab dari segi media. Beliau jua dipertanggungjawabk an untuk menghantar berita ke Akhbar Sinar dan radio IKIM.

Encik Muhammad Nizam menyatakan bahawa barangan yang dibawa 10 ribu tan, dari segi status sebenarnya, tiada maklumat yang sohih berlaku kepada barangan itu. Cumanya, usaha mereka adalah dari pihak IHH sendiri. InsyaAllah, pihak kerajaan Turki akan berusaha mendapatkan semula barang-barang tadi. Hakikatnya, sebelum bergerak sekalipun, Israel telah mengugut untuk merampas barang dan mereka menyatakan akan memberikannya kepada PBB untuk diberikan kepada Gaza.

Tetapi Israel langsung tidak boleh diprcayai berdasarkan apa yang pernah berlaku dahulu. Encik Muhammad Nizam menyatakan bahawa mereka akan ke Istanbul pada 4hb Julai 2010 untuk perbincangan akan situasi barang bantuan.

Khabar akan baki, semuanya sihat. Encik Muhammad Nizam sempat bercanda bahawa ahli konvoi yang paling kritikal pun adalah Haji Jamaluddin kerana ditembak peluru getah. Kumpulan Malaysia hakikatnya dipertanggungjawabk an menjaga tingkat dua. Kawasan itu kurang kritikal meyebabkan semua ralawan malaysia selamat.

Pada Encik Muhammad NIzam, misi LL4G tidak pernah gagal. Mungkin dari segi misi hendak memberikan bantuan barangan mungkin belum tercapai. Tetapi bantuan ke Gaza akan sampai juga dalam bentuk-bentuk yang lain. Hakikatnya, mereka telah mendapat kejayaan yang besar, kerana daripada persitiwa inilah dunia telah tersentak dengan hebatnya. Hakikatnya, kesyahidan itu adalah bayaran untuk kesedaran dunia.

Teruja dengan respon, pelajar-pelajar yang hadir terus menyoal lagi.

Soalan 4: Israel sekarang telah melakukan fokus terhadap isu bahawa jika IHH ini benar membawa keamanan, maka mengapa askarnya diserang. Sekarang ini dikatakan bahawa, kalau benar aman, kenapa ada penentangan semula? Kedua kenapa tetap menentang semula walaupun sudah diketahui bahawa mereka berhadapan dengan askar komando? Kenapa jika tiada perkara sensitif yang dibawa, mengapa mesti takut diperiksa Israel? Berikut adalah persoalan yang media pro Israel cuba timbulkan. Jadi bagaimana pandangan relawan akan hal ini?

Soalan 5: Kerajaan Turki dikatakan hendak menghantar tentera laut untuk mengiringi konvoi, maka realitinya bagaimana? Dirasakan bahawa gerakan ketenteraan lah yang akan membawa kesan yang sebenarnya.

Soalan 6: Benarkah seperti pendapat Syeikh Raid, apakah benar akan berlaku intifada yang ke-3?

Soalan 7: Berkaitan dengan NGO palestin di Malaysia, dengarnya ada program khas di mana rakyat malaysia mampu memberikan sumbangan kepada anak yatim palestin secara berterusan, ada anak-anak kecil boleh dijadikan anak angkat, mereka boleh dijadikan sebagai keluarga angkat, adakah benar ada? Jika ada tolong dedahkan agar ada bantuan boleh diberikan.

Soalan 8: Berapakah lagi aktivitis yang masih tertinggal di penjara israel? Dan bagaimana layanan berada di dalam penjara?

Soalan 9: apabila mengikuti perkembangan, kita akan mengikuti Al-Jazeera dan BBC serta media lain. Di BBC mereka akan membuat propaganda bagi menghalalkan tinakan Israel. Katanya, tanpa bantuan dari luar pun Gaza telah mampu menghasilkan misil. Maka, apatah lagi apabila ada bantuan, pastinya akan lebih teruk. Maka mereka sebenarnya ingin menyekatnya dari awal. Sebab itu dilakukan pengepungan dengan tembok kematian

Soalan 10: Dikatakan bahawa, mengikut peraturan dunia, blockade adalah dibenarkan di Gaza. Adakah benar?

Soalan 11: Kalau konvoi diserang di dalam kawasan perairan Gaza, bagaimana?


Ustaz Jamal bangkit menjawab. Beliau menyatakan bahawa, senjata yang ada di dalam kapal pun adalah pisau. Pisau itu pula bukannya dipegang oleh ahli konvoi, tetapi hanya diletakkan di dapur untuk memotong sayur. Kini, media hendak memofkuskan betapa pisau sayur itu digunakan untuk menentang askar Israel. Sedangkan, tak masuk akal untuk menentang sniper dan lain-lain senjata hebat dengan pisau pemotong sayur. Dan kalau ditanya kenapa bawa pisau, Ustaz Jamaluddin menjawab dengan canda: “Takkan nak makan sayur dengan buah gitu aja tanpa potong? Nak masak macam mana? Pakai lah akal tu sikit”

Antara bukti lain bahawa relawan tidak berniat menentang adalah, mereka telah merampas senjata komando yang pertama. Maka jika benar henda menentang, maka mereka akan tembak semula. Tetapi senjata itu dibuang, bukan digunakan untuk menyerang askar semula. Maka itu menunjukkan bahawa semua ahli konvoi hanya hendakkan keamanan. Polisi sedemikian itu dibuat, adalah untuk mengumumkan kepada dunia bahawa konvoi itu datang dengan aman, untuk beri bantuan sahaja. Kalau benar hendak perang, maka mereka tidak akan bawa budak kecil umur 8 bulan dan orang tua umur lebih dari 80.

Berkenaan kenyataan BBC, beliau menyatakan bahawa apabila media itu tidak menyokong Islam, maka ia akan berusaha dengan apa cara pun untuk mengutuk Islam. Namun Allah Maha Besar. Al-Jazeera punya media dihadang.Satetlitny a diganggu dari mendapat rakaman secara LIVE semasa tragedi itu berlaku. Tetapi media Turki mereka tidak berjaya tutup kerana mereka terlupa. Di dalam kapal Mavi Marmara, terdapat banyak kamera tersembunyi yang merakamkan semua kejadian itu. Video-video inilah yang akhirnya membuka keadaan sebenar akan apa yang dilakukan oleh Israel.

Berkenaan soalan jika perkara ini berlaku di perairan Gaza pula, Ustaz Jamaluddin menyatakan bahawa, rancangan asal mereka adalah mereka akan berhenti di sempadan. Kalau tak dibenarkan, mereka akan duduk di sempadan perairan Gaza selama mana bekalan makanan bertahan. Sekiranya habis makanan, bantuan makanan akan diatur untuk datang agar mereka boleh terus menunjukkan protes. Mereka hakikatnya tidak tahu berapa bulan hendak berada di atas laut. Tetapi penyusunan Allah itu sangat baik dan cantik. Allah susun mereka diserang, dan ia nampaknya lebih membuka mata dunia dari rancangan asal. Hakikatnya, mereka tidak akan merentasi sempadan Gaza tanpa kebenaran agar tidak ada konsikuensi yang buruk.

Selepas Ustaz Jamaluddin menjawab, Encik Muhammad Nizam pula menjawab berkenaan penglibatan tentera laut Turki. Jawapannya adalah tiada ketenteraan. Kerana IHH tidak membenarkannya. Hatta apabila MT-MT Turki hendak menyertai konvoi ini, IHH tidak membenarkan juga. Hal ini kerana IHH tidak mahu Israel mendakwa ianya adalah konvoi Kerajaan Turki.

Berkenaan intifada ke-3, mereka sempat bersama dengan Syeikh Raid mendengar penyampaiannya yang hebat di atas kapal. Encik Muhammad Nizam memberitahu bahawa jika ada yang berhajat untukmendengarnya, bolehlah ke hidayatullah. com.

Tetapi, sepanjang penyampaian Sheikh Raid itu, tiada pula disebut berkenaan intifada yang ke-3. Yang disebut adalah nakbah yang ke-2. Semasa 1948, Israel berusaha menghapuskan semua penduduk Palestin. Itu nakbah yang pertama. Yang dimaksudkan dengan Nakbah Kedua adalah, kini Israel berusaha menghapuskan generasi pelarian 1948. Maka Syeikh Raid berkata, mungkin akan berlaku nakbah yang ke-2 jika hal itu berlaku.

Dari segi mangsa yang masih tinggal di penjara, Encik Muhammad Nizam menyatakan sebenarnya mereka pun tidak ada berita berkenaannya yang sohih. Mereka pun baru berjaya keluar dari Israel. Mereka sangka, mereka akan duduk di penjara sekurang-kurangnya dua minggu. Mereka dirisaukan dengan ketiadaan kedutaan Malaysia di Israel.

Buat masa ini, komunikasi dengan penganjur utama, yakni IHH juga masih belum mampu dilakukan. Mereka akan ke Istanbul pada 4hb 6 2010 untuk dapatkan maklumat lanjut. Tetapi yang pasti, masih ada 3 orang lagi di hospital Israel. Dan kerajaan Turki bekeras untuk mengambil mereka.

Encik Muhammad Nizam juga memberitahu bahawa terdapat dua orang relawan dari Indonesia adalah cedera parah. Seorang ditembak pada dada, manakala seorang lagi dari tangan dan menembus mengenai bahu.

Selepas itu, Ustaz Hasanuddin pula menjawab bahawa kapal itu membawa misikedamaian. Kalau peperangan, peperangan yang dilakukan hanyalah perang media. Untuk membuka mata dunia. Ini diambil pengajarannya dalam sirah Peristiwa Hudaibiyah yang apabila Rasulullah datang dengan ihram tanpa menghunus senjata.

Ustaz Hasanuddin juga menyatakan betapa di dalam penjara Israel, sangat teruk dan buruk sekali layanannya. Sehingga ada ulama’ telah buta akibat seksaan mereka. Namun, apabila berlaku peristiwa serangan Israel ke atas bantuan keamanan Flotilla, penjara yang diberikan adalah penjara baru, yang selesa, bersama semua peralatan yang baru. Itu semua adalah untuk mengabui mata dunia, menyatakan Israel bukanlah pengganas.

Ustaz Hasanuddin juga menjawab berkenaan hal anak yatim Palestin. Dia berkata bahawa buat masa ini, Aqsa Syarif telah menerima kepercayaan sebagai wakil untuk menguruskan anak yatim di Palestin. Urusan keluarga yag dipenjara oleh Israel, maka ada persatuan dari Wafrah, Lubnan yang telah melantik Aqsa Syarif untuk menguruskannya. Maka, bantuan boleh disalurkan dengan membantu Aqsa Syarif dalam hal tersebut.

Dr Syed Muhammad Halim pula menyambung dengan menyatakan berkenaan pembinaan misil di Gaza.

Beliau berkata bahawa itu satu soalan helah yang dikenakan kepada masyarakat oleh media yang pro Israel. Maka jawapannya adalah, apakah patut hukuman dilaksanakan kepada seluruh rakyat? Jika benar pun hendak menyalahkan Hamas yang berjuang, mengapa tidak hanya pelaku kesalahan sahaja dihukum? Persoalan sekarang, mengapa rakyat biasa juga menjadi mangsa?

Dr Syed Muhammad Halim juga menjawab berkenaan rancangan merentas ke Gaza. Hakikatnya memang tiada plan untuk merentasi sempadan Gaza. Rancangan asalnya adalah, di sempadan Gaza, mereka akan berperang media agar berpuluh-puluh kapal lagi menyertai mereka memberikan tekanan hinggalah mereka dibenarkan memasuki Gaza dengan aman. Hatta kalau terpaksa merentasi perairan Gaza dan ditembak oleh Israel, maka itu adalah kemenangan di pihak Konvoi dan membuktikan kegagalan Israel.


Perkongsian daripada Dr Syed Muhammad Halim lagi

Sempat Dr Syed Muhammad Halim menceritaka keadaan apabila konvoi diserang oleh tentera Israel. Hakikatnya, Mavi Marmara adalah yang terakhir ditawan. Jika benar Israel hendak bertindak, maka sepatutnya amaran diberikan terlebih dahulu. Atau sekadar menarik Kapal Mavi Marmara untuk diberikan hukuman. Tetapi mereka nampaknya telah tergesa-gesa dengan melakukan tindakan menyerang. Itulah susunan Allah yang cantik. Akhirnya kecaman diberikan oleh seluruh dunia. Syahid, dibayar oleh Allah dalam keadaan yang cantik sekali.

Dr Syed Muhammad Halim juga menceritakan hal di penjara. Dia menyatakan bahawa, apabila mereka diberikan penjara baru yang bersih dan selesa, mereka juga diberikan surat perjanjian untuk dibebaskan cepat. Ini baginya menghairankan. Sepatutnya jika benar mereka bersalah, maka mereka sepatunya dibicarakan dan dihukum atau didenda. Tetapi mereka ditawarkan untuk mentandatangani perjanjian untuk dibebaskan awal. Tetapi tiada yang mentandatangani. Ini tanda bahawa Israel telah ditekan oleh Amerika sendiri.

Tindakan mereka tidak dapat diterima oleh seluruh dunia.

Kehangatan program ini membuatkan masanya ditambah lagi walaupun sudah mendekati waktu Maghrib. Program yang dicadangkan berhenti pada pukul 7 malam, telah dipanjangkan untuk berhenti pada pukul 7.30 malam.


Perkongsian kisah ditawan, dan di dalam penjara oleh Ustaz Jamaluddin

Ustaz Jamaluddin bangkit lagi dan kini menceritakan pengalamannya di dalam penjara.

Beliau bermula dengan menceritakan akan keadaan mereka setelah Israel berjaaya menawan kapal. Mereka telah diikat dengan kasar ke belakang. Kesakitannya masih dirasai. Ada anggota tangan yang masih terasa kebas sehingga waktu mereka memberikan penyampaian hari ini. Ustaz Hasanuddin antara yang pertama diikat dan dia telah digelar sebagai teroris. Ustaz Hasanuddin dipijak banyak kali. Ustaz Jamaluddin menceritakan bahawa dia duduk di sebelah orang Jordan. Orang jordan itu bising memprotes tindakan askar Israel. Akhirnya, bersama dengan orang Jordan itu, Ustaz Jamal juga diikat sama dan ditendang. Ustaz Jamaluddin bercanda: “Askar Israel itu tak dapat beza muka jawa ana dengan muka Jordan orang sebelah ana”

Saudara Noorazman disepak juga. Tetapi kata Ustaz Jamaluddin, kesakitan langsung tidak dirasai oleh mereka. Semua itu adalah nikmat Allah SWT.

Apabila ahli kapal telah dikumpulkan semua, kaki mereka dilipat duduk dengan tangan diikat ke belakang. Mereka berrada dalam keadaan sedmikian lebih dari dua jam. Ustaz Jamaluddin mengakui bahawa ianya sangat menyeksakan. Darah tak berjalan. Mereka tidak diberikan apa-apa untuk mengisi perut. Maka mereka berniat untuk berpuasa.

Kemudian mereka dihantar ke dek depan. Mereka dibawa ke kapal. Waktu ini cukup seksa kerana ada yang rasa hendak ke tandas tetapi tidak diendahkan. Ramai yang terkencing di tempat mana mereka diikat. Bab solat, ada yang dibenarkan, ada pula yang tidak dibenarkan. Tetapi semuanya melaksanakan solat dalam apa keadaan sekalipun.

Daripada dek itu, walaupun mereka berpuasa, Ustaz Jamaluddin menyatakan bahawa mereka tetap tidak merasa lapar. Allah telah memberikan mereka kekuatan. Bila diberi makan, mereka makan. Berkongsi air dan biskut dalam mereka kuantitinya ramai. Ini pengajaran yang terbesar, kesatuan yang tinggi.

Apabila mereka telah masuk ke penjara di Israel, masing-masing ada pengalaman tersendiri. Seorang kameraman telah dituduh untuk menembak askar Israel apabila dia menalakan video kameranya ke arah mereka.

Ustaz Jamaluddin menyatakan bahawa dapatlah dia merasa makanan dalam penjara. Mereka diberikan makan nasi, ikan dan sayur. Ada juga yang diberi daging, tetapi tiada yang makan kerana tak tahu siapa yang masak dan bagaimana askar israel memasaknya.

Ustaz Jamaluddin menceritakan bahawa, pada awalnya, dia langsung tidak dapat bersembang dengan rakan sepenjaranya kerana semuanya dari Turki. Akhirnya ada orang dari Macedonia boleh bersembang dalam bahasa inggeris, mereka duduk bersama-sama dan bersembang mengisi masa. Ustaz Jamaluddin menyatakan betapa mereka tidak bersedih walau dalam penjara. Mereka sentiasa ceria. Bahkan ada yang bercanda.

Ketika di dalam penjara, Ustaz Jamalauddin menceritakan bahawa mereka diberikan barang-barang keperluan hidup. Solat dibenarkan. Makan pun dihidang sendiri. Tentera Israel tidak menganggu mereka kerana telah mendapat tekanan dunia.

Kemudian, tidak lama selepas itu, wakil dari Jordan datang untuk membebaskan Malaysia dan Indonesia. Walaupun dibebaskan sangat awal, Ustaz Jamaluddin menyatakan betapa dia tetap rasa sedih kerana terpaksa meninggalkan rakan-rakan lain. Ustaz Jamaluddin juga menyatakan bahawa, duduk bertahun-tahun lagi di dalam penjara pun dia sanggup.

Sangkanya apabila dikeluarkan dari penjara, dia terus bebas. Tetapi rupanya bila keluar, dia telah dimasukkan ke dalam bilik kecil. Duduk 4-5 jam dalam keadaan panas. Sehingga lah mereka menaiki van yang kemudiannya membawa mereka ke sempadan Jordan.

Ustaz Jamaluddin mengakhiri perkongsiannya dengan harapan bahawa, bermula dengan penyekasaan mereka ini, harapnya ummat Islam menjadi lebih kuat. Mereka menyatakan bahawa mereka semua insyaAllah bercadang hendak membuat buku dan keuntungannya akan diberikan kepada Gaza.


Ucapan Ustaz Sulaiman

Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Ustaz Sulaiman, Pengarah Malaysian Student Department di Amman, Irbid.

Ustaz Sulaiman menyatakan apa usaha yang telah dilakukan kedutaan malaysia di Jordan dalam isu perlepasan taawanan. Mereka hakikatnya telah berbincang berkenaan apa yang boleh digunakan untuk membantu warga Malaysia yang ditawan. Ia menjadi lebih menarik perhatian kerana dikatakan ada yang mati. Ditolaj oleh risau, maka sebelum mendapat arahan lagi, tindakan yang berkaitan telah diambil. Mencari saluran untuk membantu tawanan agar dibawa ke Jordan.

Hubungan dengan rapat antara Jordan dan Malaysia sedikit sebanyak membantu usaha ini berjalan dengan lancar. Semua itu dilakukan untuk memastikan mereka boleh dibawa balik.

Ustaz Sulaiman juga menyatakan bahawa, pihak kedutaan Malaysia di Jordan dan MSD sentiasa menyokong perjuangan pembebasan Palestin. Mereka memastikan bahawa saluran yang daiambil adalah saluran antarabangsa. Ustaz Sulaiman menyatakan bahawa, kedutaan Malaysia di Jordan telah banyak berusaha. Akhirnya menyebabkan semua urusan pembebasan menjadi pantas dan mudah.

Ketika mendapat berita tawanan hendak dibebaskan, semua pegawai telah menanti di sempadan, hatta Datuk Duta juga menunggu. Menunggu selama sehari lebih kerana disangkanya dibebaskan lebih awal, tetapi agak lewat juga dari jangkaan. Perdana Menteeri juga menunjukkan keprihatinan dengan mengarahkan Menteri Luar Negeri untuk terus datang ke Jordan walaupun belum pulang dari Malaysia untuk memastikan rakyat Malaysia dalam keadaan selamat.

Usaha diplomasi dimainkan oleh pihak Malaysia melalui PBB adalah amat penting dalam membantu Palestin. Melalui saluran ini, sering diusahakan untuk mengembalikan hak rakyat Palestin. Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Jordan dirapatkan lagi agar memudahkan urusan bantuan kepada Palestin.

Sempat juga Ustaz Sulaiman menceritakan bahawa bahawa warga Irbid sangat prihatin akan isu Palestin. Ketika peristiwa penyerangan ke atas Gaza di akhir tahun 2008, bantuan telah diusahakan dan telah diberikan kepada pihak Jordan River. Tetapi bantuan itu telah ditahan oleh Israel dan dibuang begitu sahaja.

Mengikut kata-kata Ustaz Sulaiman, kerajaan Jordan juga hakikatnya sangat perihatin kepada rakyat Palestin. Pembebasan orang Malaysia dan Indonesia adalah arahan Raja Malik Abdullah itu sendiri.

Ketikam ini, Pengerusi Majlis, Azlan Shah menyatakan bahawa pelajar-pelajar Irbid telah berjaya mengumpulkan 5,800JD untuk LL4G dalam program 10JD Dari Irbid untuk Gaza.


Penutup: Penggulungan oleh Dr Syed Muhammad Halim.

Sebagai penamat program, Dr Syed Muhammad Halim melakukan penggulungan.

Beliau menyoal: Apakah tindakan kita? Beliau menyatakan bahawa realiti sebenaryahudi adalah musuh paling keras. Beliau menyatakan bahawa di Jordan, tenang. Tenang dalam erti kata tak kisah, walaupun negara di sebelahnya menderita.

Dr Syed Muhammad Halim menyatakan betapa Allah akan tanya kepada kita nanti apakah tindakan kita? Maka Sejauh mana keprihatinan kita merasai keperitan saudara di Gaza. Bayangkan jika semua yang berlaku ke atas rakyat Gaza itu berlaku ke atas keluarga kita sendiri? Allah akan tanya nanti di akhirat apa kemampuan kita? Allah akan hitung. Kalau benar kita rasa Israel itu musuh kita, maka apa tindakan kita? Allah akan tanya semua itu.

Di manakah tindakan kita? Itu persoalan yang besar, yang peerlu kita perhatikan.

Mengikut Dr Syed Muhammad Halim, dia menyatakan bahawa, jika tiada pengorbanan, tidak mampu bertindak, maka hakikatnya keimanan kita adalah mandul. Kalau kita tak mampu nak tinggal benda-benda yang Allah larang, maka Allah tak benarkan kemenangan. Maka apa daripada jahiliyyah yang kita telah korbankan?

Dr Syed Muhammad Halim menyatakan bahawa kemaksiatan membuatkan Allah menahan kemenangan.

Kejayaan hakikatnya adalah apabila kita mampu membuka mata hati kita dan mampu membuatkan kita bergerak untuk berubah. Bukan sahaja untuk Palestin, tetapi untuk hubungan kita dengan Allah SWT.

Beliau menutup dengan hadith:

“Sesiapa yang tidak emngambil tahu urusan orang mukmin, maka ia bukan dari golongan mereka” Hadith.

Beliau mengakhiri majlis dengan mengucapkan terima kasih kepada semua.

Itulah dia perkongsian dengan relawan LL4G.

Semoga anda semua berjaya mendapat manfaat, dan bergerak ke arah perubahan, melancarkan PERANG NAFAS PANJANG dalam kehidupan kita ke atas jahiliyyah yang wujud baik dalam kehidupan kita mahupun dalam kehidupan orang lain.

Allahuakbar!

andai ada baiknya..(2)

ini adalah tips + catatan peribadi penulis sahaja, tiada yang istimewa kerana kami hanya insan biasa.andai ada rasa tak best dalam diri kalian, hentikan bacaan, jangan teruskan, kerana ini adalah cantuman2 memori indah bersama arwah suami saya..mungkin indah pada saya, tapi tidak pada kalian, kalian berhak menentukan..andai ada baik, ambil dan amalkanlah..andai sebaliknya, usah teruskan pembacaan anda...

(4)apa yang penting, kerjasama...

lakukan aktiviti bersama2.spend masa bersama dan amalkan tolong menolong, bantu membantu..suami kena bantu isteri, isteri kena bantu suami. tugas dan tanggungjawab isteri masakini amat mencabar. isteri membantu suami mencari rezeki. balik rumah tanggungjawab dirumah lagi. memasak, membasuh, mengemas, anak2 lagi..memang memenatkan. andai suami seorang yang prihatin, alhamdulillah...tolong2 la isteri kt dapur 2, tolong jemur kain pun dah ok.tapi isteri tolong jangan komen kalau suami dah tolong, bersyukur dan sesuaikan pertolongan itu mengikut kehendak kita..be flexible skit la..

kes aku,aku tak berani nak cerita panjang2 pasal ni, kang ada plak yg kata, awak kan duduk asing2, mana nak merasa semua tu..tak, aku kalau balik bercuti tu, aku tetap duduk dgn arwah suami.alhamdulillah, sepanjang kami bersama, abang memang ringan tulang, terutama waktu aku tgh sarat mengandung dulu. aku basuh kain, dia jemur kain. dia tolong masak sarapan. alhamdulillah..

(5)amalkan solat berjemaah dan makan berjemaah

kedua amalan ini andainya kita lakukan secara berjemaah, insyaAllah tautan hati2 kita akan bertambah erat. tak percaya, cubalah..biasanya keluarga yang tidak amalkan makan berjemaah ini, hati2 mereka terpecah dan tidak bersatu.kalau boleh, galakkan suami solat di masjid atau surau, kerana itu lebih afdhal. tapi seandainya ada kekangan..apa salahnya solat berjemaah dengannya di rumah.

kes aku plak, alhamdulillah, sepanjang aku bergelar isterinya, makan berjemaah dan solat berjemaah memang jadi amalan.sebenarnya aku rindu utk menjadi makmumnya.sudah jadi kebiasaanku,seusai solat, aku akan melabuhkan kepalaku ke bahunya. menyandarkan sebuah harapan pada kehidupan sementara ini. namun dahan yang kubergantung rupanya rapuh. kerana sebenarnya harapan patut disandarkan pada Pencipta Kehidupan, sungguh aku alpa.ya Rabb, ampuni aku..

6) sama2 beribadat dan galakkan utk beribadat.

suami ketua keluarga. murabbi isteri dan anak2. tujuan kehidupan ini adalah untuk beribadat kepada Allah. cari rezeki dalam rangka beribadat kepada Allah. semuanya dikira pahala andai semuanya kerana Allah. hatta, sesuap nasi yang disuapkan ke mulut isteri akan dikira pahala disisi Allah. untuk ibadat khusus, ajak dan galakkan isteri dan anak2 sama beribadat. indahnya hidup andai kita sekuarga taat beribadat kepada Allah dan dengan rahmatNya insyaAllah,kita sekuarga akan berkumpul di syurga Allah, balasan pada sebuah ketaatan di dunia dulu.gunakan masa yang ada, sebelum terlambat. seandai mereka yang kita sayangi sudah tiada. tidak berguna lagi penyesalan.

aku dulu berazam untuk mendapatkan sanad bacaan Al-Quran dari abang. sebab abang mempunyai sanad yang sampai kepada Rasulullah. namun impian itu hanya tinggal impian, aku tak sempat menghabiskan bacaan Al-Quran aku dengannya. menyesal pun,sudah tidak berguna. namun kenangan terindah aku dengannya, ketika aku membaca untuk bacaan surah sepanjang aku mengandung. aku sub kan surah yusuf pada abang, surah2 lain semua aku baca, kenapa? entahlah..sekurang2nya ada peranan abang pada baby dalam kandunganku. selalunya kalau dia baca surah yusuf tu, aku akan baring diribaannya. itupun hanya sebulan yang terakhir bersamanya.

7) saling memahami.

kasih sayang suami isteri semamangnya anugerah Allah. suami yang datang dari keluarga yang jauh, budaya hidup yang berbeza.sebelum kahwin tak kenal pun, tapi selepas akad nikah Allah hadirkan rasa kasih pada si suami, rasa sayang pada si isteri. subhanallah..persefahaman perlu dicari. titik sama perlu diperluaskan lagi.suami isteri memang berbeza tapi ada samanya. cari yang sama dalam perbezaan.supaya tidak berleluasa percanggahan.

orang putih kata soulmate, agaknya apa yang aku rasa itulah kot. aku pun tak tau nak terangkan camne tapi aku rasa dia adalah diriku. aku sebahagian darinya. selepas mendapat berita pemergiannya, apa yang aku rasa adalah sebahagian dari diriku hilang. aku selalu menggelarkannya 'hatiku',sebab makna nama dia pun 'hati'.dan aku rasa sebelah dari hatiku hilang. tapi hati adalah satu2nya organ yang akan tumbuh lagi kalau dipotong (atau didermakan, mengikut pembacaan aku la..wallahua'lam..)kini setelah setahun berlalu, aku rasa Allah telah menambah hatiku yang hilang itu untuk meniti liku2 hidup ini. seandainya rasanya ini masih sama seperti dalam seminggu kehilangannya..aku rasa tiada catatan ini disini..mungkin aku memerlukan ikhtiar bantuan ubat dan sebagainya. Alhamdulillah ya Allah.Engkau berkuasa atas segalaNya.

8)satu selamanya.

pesanan dari pensyarahku dulu, antara suami isteri, buat satu kebiasaan yang kita akan ingat selamanya. bila isteri tiada, suami akan ingat isteri, bila suami takde, isteri akan ingat suami. contoh yang paling simple pensyarah aku kata, potongkan kuku suami, bila isteri pergi kursus lama sikit mesti suami kata, alamak ayang takde plak, kuku abang dah panjang ni..ni contoh yang paling simple yang biasa org buat. dan senang nak buat,tapi ramai tak buat pun..pensyarah aku katalah.satu lagi, kalau boleh isteri hantarlah pemergian suami ke muka pintu dan sambut kepulangan suami. hilang segala penat suami melihat senyuman isteri dan air minuman di tangan isteri.(bagi isteri yg duduk rumah je la..)

so, aku pun memanjangkan pada korang2 yang baca ni.apa yang aku paling ingat abang buat, emm..dia memang rajin memotong kuku aku. tapi aku tak pandai nak potong kuku dia, tah la, biasa gak potong kuku dia, tapi rasanya lain kot macam dia potong sendiri.aku biasa buat dan paling aku suka buat ialah, hair treatment, facial treatment and massage. 3 pakej masuk saloon aku..hehe..aku suka basuh rambut dia..lama, kadang tu sampai nak tertidur dia, adik dia pernah tanya, abg ngah nk wat apa bawa baldi dan cebok dalam bilik (bilik kami jauh dari bilik air)..nak tergelak rasanya bila ingat semula.siap dengan limau nipis tu..lepas tu wangi je rambut abg..buat facial sekali je,tapi siap letak mask, toner semua la..lama gak aku wat eksperimen kat muka abang..abang pulak jenis suka..lagi la menjadinya..

9) banyakkan sentuhan.

aku pernah dengar, sentuhan antara suami isteri dapat mengurang risiko sakit jantung,wallahua'lam..mungkin ada benarnya. wallahua'lam..orang sekarang ni, waktu bercinta bukan main lagi berpegangan tangan, bila dah halal jalan sedepa jaraknya. seeloknya, waktu bercinta tak payah jumpa, bila dah halal, nikmati cinta halal seikhlasnya.susah la..dah termula bercinta sebelum kawen, payah dah...kalau macam tu, aku pun tak tau nak kata apa, tepuk dada, tanyalah iman sendiri..

bagi orang yang menikmati cinta selepas kawen, memang akan kata lebih manis dan berkat. lepas kawen nak buat apa2 pun tak kisah dah. suami aku memang jenis suka pegang tangan aku bila berjalan. aku pun malu pada mulanya tapi biarlah, takkan nak tarik tangan plak, kat mana2 pun sama kalau dengan keluarga aku pun dia tetap camtu. akhirnya aku dah biasa.pernah sekali, kami berjalan di pekan sehari temerloh, nak membeli ikan talapia..penjual ikan biasanya akan riuh memanggil pelanggan kan, ada sorang penjual ikan tu siap panggil kitaorang pasangan romantik lagi.antara kenangan terindah dengannya..aku malu giler..tapi dia buat muka selamba je..nak kata org tu cakap kat org lain, rasanya kami berdua je yang berdua area tu..tah la..tapi aku dan dia tak pernah plak komen pasal org tu kata sampaila hari ni..

rasanya cukuplah dulu catatan ini..sebenarnya, aku takut nak mengcatat ini semua. nanti ada yang rasa cam tak best je, padahal aku bukan best sangat pun, aku dan dia hanyalah manusia biasa..apa yang aku kongsikan, buat penghilang rinduku pada sidia, yang telah tiada.

Hanya Allah yang Maha Sempurna,
ummu fathi
1.10am
13/06/10

Sunday, June 13, 2010

tarbiyyah cuti sekolah.

Alhamdulillah, segala puji buatMu Ilahi..Selawat dan salam buat RasulMu yang tercinta, Rasul akhir zaman.

Alhamdulillah.

Bahagia.

Puashati.

Seronok.

Alhamdulillah..alhamdulillah..rasanya dan sememangnya tidak mampu kumenghitung segala nikmatMu Ya Allah. Sekarang dan baki seminggu lagi aku sedang diberi nikmat bercuti oleh Allah, nikmat ke? Ya, nikmat..nikmat masa lapang yang jarang2 manusia menghargai dan mensyukurinya.

Di saat insane lain masih terkejar2, masih berperang dengan masa, alhamdulillah, Allah kurniakan banyak masa lapang, maka, wajiblah aku mensyukurinya dengan menggunakan masa yang ada sebaiknya. Alhamdulillah aku gunakan sepenuhnya untuk anak bujangku itu..hehe..dah bujang ke Muhammad fathi?

Melihat anak membesar depan mata, juga nikmat Allah. Melihat Muhammad fathi bergelak tawa gembira melihat umi yang berada sentiasa di depan matanya. Alhamdulillah, Muhammad fathi sudah sihat sepenuhnya. Dan seminggu ini tempuh selera makannya menggebu2..lepas makan, makan lagi, tak lama lagi minta nak susu pulak, pastu makan lagi..subhanallah..seronok umi tengok. Antara hikmah Allah beri sakit kat Muhammad minggu lepas.

Badan Muhammad pun dah naik sikit. Kebetulan cuti ni ramai sepupu2 dia balik, so, punyalah susah Muhammad nak tidur. Asyik nak main je..pastu gelak..tapi dalam main2, aku tak lupa untuk mendidiknya..

Tarbiyyah untuk minggu ini-> mengkoordinasi tangan dan mata sambil belajar menabung.

Muhammad fathi sudah pandai memasukkan syiling2 ke dalam tabungnya. Awal cuti dulu dia masih tidak pandai memasukkan syiling tu dalam tabung, sebab lubang tabung tu kecil, syiling tu agak besar, dan dia tak pusingkan syiling mengikut lubang tabung tu, memanglah tak masuk, selepas percubaan pertama, dicubanya lagi atas dorongan motivasi ektrinsik umi..maka akhirnya dia berjaya memasukkan syiling ke dalam tabungnya. Sekarang ni pantang jumpa syiling, mesti sibuk cari tabung dia. Disamping tu, aku juga berjaya menjawab persoalan yang berlegar di otakku, adakah Muhammad fathi kidal? Jawapannya, tidak, sebab dia tak boleh memasukkan syiling menggunakan tangan kiri. Sebelum ini dia banyak menggunakan tangan kiri, sehinggakan aku jadi confuse, betul ke Muhammad fathi ni kidal, aku tak kisah sebenarnya, sebab arwah abah dia pun kidal. Tapi persoalan aku terjawab la sepanjang cuti ni.

Muhammad fathi juga sudah cuba untuk makan nasi menggunakan tangan sekarang. Tapi masyaAllah..berterabur nasi jadinya..rasanya yang keluar dari pinggan lebih banyak dari yang masuk ke dalam mulut. Sabar je laaa…tapi seronok tengok dia nak mencuba.

Muhammad fathi juga sudah mula berjinak2 dengan iqra’..bukan aku paksa, tapi sebab selalu tengok kakak2 yang mengaji baca iqra’ jadi dia pun seronok amik iqra’ suruh aku ajar..so, umi kena ajar la…3 hari lepas, Muhammad fathi membaca ma’thurat, bunyinya macam bunyi lebah,sambil mengangguk2 kepala dan memegang ma’thurat..tengah baca ma’thurat la tu kot..tapi dalam versi Muhammad fathi..

Alhamdulillah, Muhammad fathi, ketahuilah umi saying sangat kat anak umi ni…tapi umi kena ingat Muhammad fathi ni milik Allah, amanah Allah..

Ya Allah ya Tuhanku, aku serahkan anak yatim ini dibawah perlindunganMu, di bawah pemeliharaanMu, dibawah tarbiyyahMu..aku serahkan segala2nya buatMu..aku hanya menjalankan tanggungjawabku sekadarnya..hanya Engkau yang berkuasa atas segala2nya..Ya Allah ya tuhanku, Engkau sihatkanlah tubuh badan Muhammad Fathi, sempurnakanlah jasadnya,aqidahnya, imannya, akalnya dan akhlaknya. Engkau kurniakanlah ilmu yang bermanafaat buat anakku dan semoga anakku ini menjadi penyebar ilmuMu dan agamaMu. Amin ya Rabbal’alamin.

Tuesday, June 8, 2010

perkongsian sukarelawan misi ke gaza..

syukran pada adikku, norzakiah atas email yg diforwardkan ini, perkongsian pertama oleh sukarelawan LL4G di Irbid Jordan, adikku sempat meluangkan masa mendengar perkongsian tersebut, walaupun masih dalam demam peperiksaan.

Mukaddimah

Program bermula pada pukul 5 petang waktu Jordan. Azlan Shah Nabees Khan, pelajar tahun 3 Ekonomi dan Perbankan Islam, University of Yarmouk, telah menjadi pengerusi majlis. Majlis diadakan di sebuah dewan bernama Solat Petra, di Irbid, Jordan. 6 relawan, diiringi oleh Pengarah Malaysian Student Department hadir pada petang yang mulia ini. Pelajar-pelajar Irbid juga hadir dalam angka yang sangat ramai. Bukan itu sahaja, program ini juga mendapat sambutan daripada pelajar-pelajar di daerah luar Irbid seperti Mu’tah, Mafraq dan Amman.

Pengerusi menjemput keenam-enam relawan yang hadir, iaitu Dr Selamat Aliman, Dr Syed Muhammad Halim, Ustaz Jamaluddin Ilyas, Ustaz Haji Hasanuddin, Aswad Ismail, dan Encik Muhammad Nizam Awang.

Buat masa ini, program ini merupakan program yang pertama untuk relawan menceritakan akan pengakaman mereka secara langsung. Pelajar-pelajar Irbid ternyata mendapat penghormatan menjadi yang pertama untuk mendengar terus perkongsian pengalaman daripada mereka.

Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid(PERMAI) , Ahmad Amirul Amin bin Azmi telah dijemput untuk memberikan ucapan alu-aluan memandangkan Presiden PERMAI, Muhammad Naqeb bin Sulaiman amat sibuk dengan peperiksaan. Timbalan Presiden PERMAI menyatakan rasa terima kasih kepada relawan yang sudi hadir meluangkan masa. Dalam kesibukan dan kepenatan baru dilepaskan, mereka tetap hadir ke Irbid untuk memberikan perkongsian. Beliau juga menyatakan kekagumannya terhadap komitmen ahli untuk hadir walaupun sekarang adalah musim peperiksaan bagi pelajar di Irbid.

Seterusnya, pengerusi majlis telah menjemput Pengarah Malaysian Student Department(MSD) , Ustaz Sulaiman bin Ismail untuk memberikan ucapan sepatah dua kata. Ustaz Sulaiman telah mengalu-alukan kehadiran relawan ke Irbid dan menyatakan bahawa beliau tidak ingin bercakap panjang kerana hendak memberikan laluan kepada perkongsian yang lebih banyak. Beliau berharap agar, perkongsian kali ini akan berjaya menanam semangat perjuangan yang besar dalam hati pelajar-pelajar Jordan. Beliau menyatakan bahawa, di Jordan, program-program kesedaran untuk hal Al-Aqsa hakikatnya telah berjalan secara serius lebih dari dua tahun di Jordan. Pada akhir bicaranya, beliau dengan senang hati membuka peluang dengan menjemput mana-mana NGO yang berusaha dalam isu Palestin, untuk datang ke Jordan dan berkongsi pengalaman gerak kerja, maklumat bersama dengan pelajar-pelajar di sini.

Pengerusi menyatakan bahawa, Saudara Noorazman bin Shamsudin yang dijadualkan untuk menyampaikan perkongsian di Irbid tidak dapat hadir kerana memenuhi jemputan daripada Perdana Menteri Jordan, Malik Abdullah. Tetapi insyaAllah, penyampaian daripada 6 relawan yang ada, pastinya akan memberikan makna yang tetap bukannya kecil.


Perkongsian Dr Selamat Aliman


Perkongsian telah dimulakan oleh Dr Selamat Aliman. Beliau merupakan wakil daripada Jemaah Islah Malaysia(JIM) . Beliau memulakan penyampaian dengan memuji Allah dan mengucapkan terima kasih kepada penganjur atas inisiatif mengadakan perkongsian pengalaman bersama mereka. Hakikatnya, beliau menyatakan bahawa dia tidak menjangka akan ada majlis sebegini.

Beliau menyatakan bahawa, JIM hakikatnya telah berusaha semenjak penubuhannya 15 tahun lepas dalam isu Palestin. Usaha memberikan kesedaran kepada masyarakat akan isu itu agar semua sedar untuk bergerak sama-sama membantu. Beliau menyatakan bahawa, hakikatnya isu Palestin sepatutnya menjadi pengetahuan umum.

Beliau juga menyatakan bahawa JIM juga telah berusaha mengumpul sumbangan yang diperolehi daripada ceramah-ceramah dan roadshow dari seluruh negara. Semua itu tidak hanya dilakukan oleh ahli JIM sahaja, tetapi ada juga yang dilakukan dengan masyarakat dan kerjasama dengan NGO lain seperti Haluan dan Aqsa Syarif. Bagi misi Lifeline4Gaza( LL4G) yang lepas, beliau menyatakan bahawa JIM telah membawa sejumlah koleksi sumbangan sebanyak RM400,000. Beliau menyatakan, jumlah itu jika hendak dibandingkan dengan sumbangan daripada HaluanPalestin, nyata ia kuantiti yang sedikit. Bahkan, untuk keperluan Gaza sendiri, jumlah itu bukanlah satu jumlah yang besar. Tetapi nyata beliau, kuantiti bukan masalah. Semangat dan kesungguhan, serta keikhlasan itulah yang kita perlukan bersama dalam perjuangan untuk menegakkan hak orang Palestin yang dikongkong oleh Israel.

Beliau di dalam perkongsiannya, hendak menjelaskan keperluan bagi menyertai misi LL4G. Beliau menceritakan bahawa, LL4G adalah gabungan NGO yang diterajui oleh IHH, satu badan NGO daripada Turki. IHH telah berjaya menggerakkan NGO dari seluruh dunia untuk menyertai misi ke Gaza. Hakikatnya, misi yang berlangsung pada bulan Jun baru ini bukanlah misi yang pertama. Misi ini hakikatnya misi yang ketiga. Konvoi Kapal Laut Flotillah adalah merupakan inisiatif yang keempat. Misi Lifeline yang sebenarnya adalah menggunakan jalan darat dari London, bergerak ke Istanbul dan hendak memasuki Gaza melalui Rafah. Tetapi berlaku sekatan oleh Kerajaan Mesir di sempadan Rafah-Gaza.

Dalam konteks LL4G yang keempat ini, beliau menyatakan bahawa dunia telah melihat apa yang telah berlaku. Ahli kapal diserang, ada yang dibunuh dan ramainya di’culik’ oleh Rejim Zionis yang mencipta taktik Lanun laut. Satu perkara yang penting perlu diberi perhatian adalah, ianya berlaku di luar kawasan pantai Israel. Perkara itu berlaku di atas perairan antarabangsa yang sepatutnya tiada siapa yang berhak untuk menguatkuasakan undang-undang di situ. Sekiranya ada, sepatutnya sekadar mengawal pergerakan sahaja. Bukannya menyerang seperti apa yang berlaku.

Beliau menyatakan bahawa, jika diperhatikan kejadian lanun laut di Somalia dan sebagainya, reaksi untuk kes LL4G lebih pantas. Perbuatan itu ternyata mendapat celaan yang hebat daripada masyarakat antarabangsa. Dalam konteks ini, masalah lanun di Somalia adalah pencabulan hak kebebasan menggunakan jalan laut itu adalah perbuatan individu. Tetapi di dalam kes LL4G, yang melakukannya adalah sebuah negara, yang mempunyai tentera yang terlatih dan senjata yang hebat. Bukannya individu.


Perkongsian Ustaz Hasanuddin


Majlis seterusnya diserahkan kepada Ustaz Haji Hasanuddin. Ustaz Haji Hasanuddin memulakan perkongsian dengan menggelarkan rakan-rakannya( yakni relawan yang lain) sebagai ‘rakan-rakan sepenjara’ dan beliau menyatakan bahawa, tercatat di dalam Al-Quran bahawa Nabi Yusuf AS telah memanggil sahabat sepenjaranya dengan gelaran “Ya Soohibayis Sijn.”

Ustaz Hasanuddin menyatakan bahawa dirinya adalah wakil dari Aqsa Syarif. Beliau menceritakan yang Aqsa Syarif hakikatnya telah lama wujud dalam bentuk pergerakan semnejak zaman beliau belajar di Sweileh, Amman, Jordan lagi. Cuma baru-baru ini sahaja digerakkan secara besar-besaran. Aqsa Syarif dinyatakan telah mempunyai 72 cawangan di seluruh Malaysia.

Ustaz Hasanuddin menyatakan bahawa syuhada itu hidup di sisi Allah SWT. Para Syuhada, selepas mati dan melihat nikmat yang akan diberikan kepadanya, akan tidak sabar-sabar untuk pulang menyampaikan berita gembira akan nikmat-nikmat itu kepada manusia yang masih hidup. Demi memerdekakan Al-Aqsa, semangat yang sama itu jugalah yang menghilangkan perasaan takut dan perasaan sedih. Ustaz Hasanuddin menyatakan bahawa, itulah dia antara perkongsian di atas bot yang mereka dapati sebelum bertolak ke Gaza.

Ustaz Hasanuddin menyatakan bahawa, mereka hakikatnya memang arif dengan perangai Israel Zionis. Allah telah menentukan bahawa, Bani Israel ini telah tercatit untuk mereka ini melakukan kerosakan. Bahkan, dua kali kerosakan itu akan dilakukan dan mereka akan meninggi diri dengan penuh sombong. Ustaz Hasanuddin berkata bahawa, walaupun perkara itu telah arif untuk dirinya, dan dia merasakan telah sangat kenal dengan sikap Bani Israel kerana mempelajarinya daripada Al-Quran, apabila bertemu sendiri dengan Israel dan dilayan secara kasar, maka ‘perkenalan’ itu menjadi lebih mendalam dan berkesan di dalam jiwanya. Ternyata, medan gerak kerja berlainan dari medan ilmu dan berkata-kata.

Ustaz Hasanuddin menjelaskan bahawa, mereka bergabung untuk memecahkan tembok kepungan ke atas saudara-saudara di Gaza yang telah berjalan selama 4 tahun setengah. IHH melihat perkara ini dan berusaha membuat sesuatu untuk membantu. Maka IHH mengumpulkan pelbagai pihak dari seluruh dunia untuk memfokuskan akan hal ini. Ustaz Hasanuddin menyatakan bahawa di atas bot flotilla itu sendiri, ada paderi kristian yang menyertainya. Ahli-ahli LL4G telah membantu Paderi itu yang menghidapi penyakit kencing manis.

Ustaz Hasanuddin berkata bahawa, kejadian Gaza dikepung dan usaha IHH hakikatnya sama dengan apa yang pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW. Ketika mana orang-orang Quraisy memulaukan Rasulullah SAW dan seluruh pengikutnya, bahkan Banu Hasyim yang melindunginya, maka wujud beberapa orang yang mempunyai semangat kemanusiaan, walaupun bukan dari orang Islam dan tidak pula dari golongan Banu Hasyim, datang membantu menghentikan pemulauan. Itulah yang telah dilakukan oleh IHH.

IHH telah mengkaji undang-undang dunia untuk memastikannya mampu menyebelahi apa yang hendak dilakukan mereka. Negara Turki yang berasal dari kerajaan sekuler pimpinan Kamal Ataturk, hari ini bangkit menjadi pemimpin yang menggunakan sekularisma sebagai pisau menikam sekularisma itu sendiri. Kebencian terhadap kerajaan sekular, hari ini Allah balas dengan menunjukkan betapa pemimpin turki sendiri berjaya menggunakan sekularisma untuk memecahkan sekularisma dunia itu sendiri. Ini adalah usaha bijak penuh telus yang dilakukan IHH.

Ustaz Hasanuddin menyatan, sebelum mereka bergerak ke Gaza, Israel dengan suka hati teklkah menambah, membesarkan jarak sempadan laut mereka. Memandangkan kapal flotilla tidak merentasi sempadan Israel, mereka telah melakukan tindakan drastik dengan menyerang ahli konvoi di atas laut. Sedangkan yang ada di atas kapal hanyalah pensel untuk kegunaan sekolah anak-anak di Gaza, bantuan makanan, dan batu-batuan serta simen untuk tujuan pembinaan sekolah. Terdapat dua kapal kontena penuh dengan bahan muatan untuk membina semula Gaza.

Ustaz Hasanuddin berkata bahawa, tujuan mereka jelas. Konvoi ini hakikatnya selain dari memberikan bantuan, ia juga berhajat besar untuk menyeret seluruh dunia memandang isu kezaliman yang telah berlaku ke atas Gaza semenjak 1948. Dengan izin Allah, hari ini, Kerajaan Malaysia sendiri telah bergegas menyambut mereka apabila mereka berjaya dilepaskan. Ini tanda keendahan itu telah bertambah. Bagi Ustaz Hasanuddin, beliau menyatakan bahawa matlamat dakwah yang utama dalam LL4G telah tercapai dan berjaya. Yakni untuk menyeret seluruh dunia memerhatikan, dan membincangkan isu Palestin serta melihatnya secara serius. Beliau menyatakan betapa hakikatnya, yang membicarakan hal Palestin ini akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.


Perkongsian Dr Syed Muhammad Halim


Perkongsian seterusnya dilakukan oleh Dr Syed Muhammad Halim dari HALUAN. Beliau pada mulanya tidak tahu hendak bercerita bermula dari mana. Tetapi kemudiannya beliau telah mengajak hadirin untuk melihat suasana cemas yang telah mereka lalui di dalam kapal. Namun suasananya terbalik apabila mereka sampai di Jordan. Suasana Jordan sangat tenang, seakan tidak ada berlakunya apa-apa terhadap negara jiran mereka. Lepasan tawanan pula disambut bagaikan wira negara. Beliau menganggap, itu hakikatnya sebagai satu kegagalan selagi mereka belum dapat mencapai objektif membebaskan bumi Al-Aqsa dan tidak lengkapnya pengabdian diri mereka kepada Allah SWT. Beliau menyatakan, apabila semua itu tercapai, barulah dinamakan kejayaan dalam obkjektif LL4G.

Beliau menceritakan bahawa, LL4G sebelum ini telah berjaya menembusi Rafah melalui jalan darat. Yang berjaya masuk hanya separuh manakala bakinya disekat. Pelbagai kekasaran telah ditunjukkan oleh Kerajaan Mesir dalam hal itu. Sehingga ahli konvoi berpakai bukan itu caranya untuk memecahkan tembok kematian Gaza. Dr Syed Muhammad Halim menceritakan betapa di Gaza, tiada sistem perbankan untuk menghantar wang terus ke sana. Mereka tersekat di dalam tembok kematian walaupun luasnya hanyalah lebih kurang Shah Alam sahaja. Daerah yang cukup kecil, tetapi amat terseksa. Namun kata beliau, rakyat Faza telah menunjukkan ciri-ciri pengabdian kepada Allah yang amat tinggi. Mereka mampu hidup sampai sekarang walau dikepung selama 4 tahun setengah.

Beliau juga berkongsi akan pengisian yang diperolehinya semasa di atas kapal, yakni cerita akan Ashabul Kahfi. Kata beliau, wujud juga Ashabul Ghazza yang perlu diperhatikan. Namun Ahlul Ghazza tiada gua untuk mereka bersembunyi, tiada ruang untuk mereka melarikan diri. Hari-hari mereka dibom dan dibunuh, anak-anak dirampas dan semalam mereka masih dibom lagi. Dan tiada siapa yang memprdulikan mereka. Tiada siapa bersuara untuk mendakwa Israel kerana membunuh penduduk di Gaza.

Dr Syed Muhammad Halim berkongsi bahawa Gaza saban tahun melahirkan 10,000 orang Hafiz Al-Quran. Di Gaza jugalah munculnya halaqah dan usrah yang hidup. Hakikatnya di Gaza, ada 30,000 halaqah yang bergerak setiap minggu secara konsisten. Mereka ini telah berjaya menjadi contoh yang realiti terhadap ummah dunia. Mereka tiada bank, tiada sistem perparitan, tetapi tetap sehingga sekarang mampu hidup tanpa rungutan. Mereka tetap hidup beradab sopan dan berkahlak sesama mereka.

Dr Syed Muhammad Halim merasakan betapa bahawa, mereka hakikatnya datang ke Gaza bukan untuk memberikan bantuan. Bahkan, merekalah yang meminta bantuan daripada Gaza. Hal ini kerana, mereka ingin belajar daripada Gaza akan erti kehidupan yang sebenar, dan mencontohi mereka.

Dalam perkongsiannya, Dr Syed Muhammad Halim berkongsikan akan objektif LL4G. Ada tiga semuanya, digariskan oleh IHH. Sebelum itu, beliau berkongsi akan satu cerita selepas dibawa seorang ulama’ dari Gaza untuk perkongsian semasa kuliah Subuh di Malaysia. Selepas ceramah itu, terdapat dua orang jemaah masjid membincangkan akan hal Gaza dalam keadaan tidak tahu. Bila diterangkan akan keadaan Gaza yang sengsara, mereka berdua menyoal semula – ada ke negara yang demikian? – itu orang yang pergi bersolat subuh. Bagaimana agaknya orang lain yang larut dengan dunia?

Objektif yang digariskan oleh IHH untuk LL4G ada tiga. Iaitu:

1. Mewujudkan Kesedara Masyarakat Dunia akan hal Gaza.

Isteri Bill Clinton, telah menyuruh dikaji semula bantuan secara berjadual di Gaza. Hal ini baru di sebut selepas 4 tahun pengepungan, selepas terjadinya kes serangan Israel ke atas LL4G. Selepas kapal dicuri, ada yang syahid dibunuh, baru Palestin mendapat perhatian. Seakan-akan perkara ini baru berlaku semalam. Inilah rupanya bayaran untuk menyedarkan ummah.

2. Menamatkan Kepungan Terhadap Gaza.

Objektif ini hendak menyatakan kepada masyarakat dunia bahawa mereka boleh menamatkan kepungan yang berlaku di Gaza itu secara legal. Cuma di mana selama ini pemimpin-pemimpin dunia? Di mana selama ini kumpulan hak asasi-kumpulan hak asasi manusia? Tetapi yang tiada kuasa, senjata, tiada daya bercakap, yang itulah yang berkumpul hendak membantu Gaza. Dengan tenaga empat kerat, merempuah perairan yang pastinya akan diganggu Israel. Bila terjadinya kes sebegini, barulah dunia hendak memberikan perhatia.

3. Untuk Menyampaikan Bantuan kepada Gaza.

Sebab itu dilakukan kutipan. Beliau menggucapka terima kasih kepada semua yang memberikan bantuan.

Kata beliau, objektif pertama nampaknya telah berjaya dicapai. Contohnya di Malaysia, pada 5hb 6 2010 akan diadakan perhimpunan oleh pelbagai kaum untuk melaung di atas jalan, “Hancur Israel.” Ini satu perkembangan yang baik.

Berkenaan objektif ke-2, misi-misi yang akan diteruskan sampai kepungan berakhir.

Objektif yang ketiga pula, yakni menyampaikan bantuan, nampaknya belum mampu dicapai sepenuhnya. Apabila barang-barang dirampas oleh Israel, walaupuan ada pihak Israel menyatakan bahawa barang-barang tersebut akan diberikan juga kepada rakyat Gaza, maka samalah seperti barang-barang itu telah hilang kerana Israel tidak boleh dipercayai. Namun syukur, apabila terjadinya perkara sebegini, pintu Rafah telah dibuka oleh Kerajaan Mesir.

Syed Muhammad Halim telah ditugaskan sebagai perawat medical personal di atas dek ketiga di luar untuk memberikan rawatan kepada peserta yang cedera yang dijangka akan dilakukan oleh Zionis. Memang sesungguhnya mereka telah menjangka bahawa mereka akan diserang malam itu. Ada raptai latihan untuk situasi itu pada malam sebelum kejadian.

Selepas selesai latihan, kapten mengarahkan untuk berehat. Di sini ada satu suasana yang menarik. Kapten akan sentiasa mengingatkan bahawa sebelum tidur, siapa yang rasa berdosa, perlulah bertaubat kepada Allah sebelum tidur.Ada yang tidak tidur, meneruskan solat, qiam, berdoa, ada yang membaca Al-Quran dan berkawal.

Selepas solat subuh, lebih kurang pada pukul 4.15 pagi, terdengarlah letupan di belakang mereka. Letupan ini terhasil dari bom gas yang dibaling. Beliau menyatakan betapa suasana ketika itu sangat mengerikan. Tetapi beliau menyatakan bahawa takut langsung tidak wujud dalam jiwa mereka. Mereka telah meletakkan jangkaan akan berlakunya keadaan yang terburuk. Apa itu keadaan terburuk? Itulah dia – diseksa, dikepung, tak diberi makan dan sebagainya – Ada pendengar menjawab ‘Mati Syahid’ tetapi segera beliau menyatakan bahawa syahid bukan keadaan yang terburuk.

Apabila kejadian itu berlaku, belum sempat dia berkemas, dia mendengar bahawa jururawat menyatakan sudah ada kecederaan. Dalam masa yang singkat, sudah ada 4 orang masuk untuk rawatan. Salah seorangnya telah ditembak sniper di dahi dengan otak yang telah terburai. Seluar beliau pada ketika itu berlumuran darah. Dua kali dibasuh, tetapi darah masih tidak hilang. Sekali di dalam penjara, sekali di hotel. Namun darah syuhada tetap kekal di seluarnya.

Dr Syed Muhammad Halim berkongsi bahawa, ada 4 mayat di hadapan mereka. Salah seorangnya seiras dengan kenalannya di atas kapal, sangkanya, kawannya itu telah syahid. Tetapi bila dia melihat keluar, dia terjumpa kawannya. Nyata kawannya bukan yang syahid tadi. Dia menceritakan kepada temannya betapa seirasnya wajah temannya itu dengan yang syahid tadi. Kawanya pantas berkata: Alangkah baiknya kalau dia yang mati itu.


Penutup: Bersambung di Post yang kedua.

InsyaAllah perkongsian seterusnya akan dipublishkan pada 5hb 6 2010. Akan ada perkongsian daripada Ustaz Jamaluddin Ilyas, Aswad Astro Awani dan Encik Nizam, serta sesi soal dan jawab

Sunday, June 6, 2010

andai ada baiknya...

alhamdulillah, wa syukrulillah..
06/06/2010..

ramai memilih tarikh ini untuk mengadakan walimah, membina mahligai kasih nan indah..dan alhamdulillah, hari ini aku berjaya menjalin silaturrahim bersama ustazah kepada adikku,ustazah juliana yang mendirikan rumahtangganya pada hari ini di maran. semoga Allah memberkati pernikahan ju dan dilimpahi mawaddah, rahmah dan sakinah selama2nya.

sepanjang perjalanan, aku memandu tenang, jalan lama kuantan-temerloh agak sibuk, tapi 70% fikiranku sebenarnya bukan atas jalan raya, tapi menerobos ke kenangan-kenangan manis bersama si dia. salahkah andai aku masih mengingatinya?bolehkah andai memori2 indah itu kuungkap lagi?aku masih berkira2..tapi, padaku, andai ada baiknya, andai ada manafaatnya apa yang bakal kucatatkan ini..ambillah buat pegajaran dan amalkanlah..semoga ada 'saham' buat si dia disana dan ada ganjaran buat si penulis ini. niat dihati perlu dijaga, silap2 mengundang syirik kecil pula, wal'iyazubillah..

sebenarnya aku ingin berkongsi beberapa tips2 utk rumahtangga yg inginkan mawaddah, rahmah wasakinah..layakkah aku berbicara soal ini?aku bukan siapa2, hanya ingin berkongsi pengalaman dan kenangan.bolehkan...(dari pengalaman dan pandangan seorang muslimah untuk muslimat)

1) get 1 free all..

ish, cakap omputih la plak aku..hehe..sebenarnya, apabila selesai saksi2 mengucapkan perkataan sah!, bermakna wanita itu telah menukar statusnya dari cik kepada puan, dan mrs lelaki tersebut. dan bermulalah tanggungjawab sebagai seorang isteri, berat tapi indah..biasanya selepas selesai upacara akadnikah, kita akan bersalam-salaman dengan tetamu yang hadir, dengan mak mertua, ayah mertua dan adik2 ipar kita. sebenarnya kita bukan sahaja dapat memiliki si dia, tapi juga memiliki maknya, ayahnya, adik beradiknya, keluarganya dan qariahnya..

kes aku plak,arwah abang yang mengingatkan aku tentang ini semua, mak aku adalah mak dia, mak dia adalah mak aku, so, takde istilah mak abang telefon tadi..no, mak kita sama2..jadi untuk membezakannya aku biasakan dengan mak jenderak dan mak relai..best tau, ada 2 mak, ada 2 ayah,ayah takde masalah sgt sbb aku panggil ayah aku apok, so, satu apok, satu ayah..dan utk kes aku ni..aku mengenali mak lebih dulu dari si anaknya, arwah suamiku.waktu keluarganya datang merisik aku, aku melayan bakal ibu mertuaku itu makan, waktu tu la aku mula berkenalan dengan mak,dan menceritakan tentang adik beradiknya yg 12 org tu...ramai awak..puas aku nak mengingatkan..waktu nak balik tu, mak peluk aku, sampai bila2 aku ingat pelukan pertama mak sebab 1st time tgk muka mak, aku takut sebenonya tapi sebenarnya mak seorg yg sgt2 penyayang.emm..waktu tu aku tak kenal pun abang, sampailah dekat nk kawin pun, aku cuma tgk gambo je..bila dkt nk kawin btl2 baru la ada jumpa itupun dgn keluarga ats urusan2 berkaitan walimah tu..

2)1+1=2=1

sifir pe la plak ni?..explanation ttg sifir tu, gini..dulu waktu bujang2 dulu, kesana kesini sorang2 atau dgn kawan2 tapi bila dah kawen, kita akan berdua la plak dgn suami.tolonglah,saudara-saudari seislamku..kalau boleh elakkanlah berdua-duaan dgn sidia kalau belum sah. sebab kalau umur panjang kita akan berdua dengan dia lama lagi,(takut timbul plak rasa jemu..betul, ada kes jemu ni tau.. )yelah..tak dinafikan, kalau ada rezeki tambah dgn anak2..kalau sebelum kawen kita tak biasa dgn dia, indah sgt nikmat bercinta secara halal selepas kawen..dapat duduk bersama sebumbung, jangan risau pasal rezeki, walau ciput camne pun gaji cik abe tu..insayAllah Allah cukupkan kalau pernikahan kita ini diberkati..

kes aku plak, aku dgn arwah suami, Allah uji kami duduk berjauhan selepas kawen, aku bertugas di sarawak bumi kenyalang dan dia di lipis pahang. sokmo abg cakap, abg redha sayang berbakti disana..nak sgt2 duduk sekali, tapi Allah knows the best.dia sabar sgt dgn ujian ini, tapi aku selalu tersasar..Ya Allah, ampunilah aku atas segala dosa2 aku, Dia Maha Mengetahui segala2nya.tapi kesabaran abg menguatkan aku, tak pernah putus asa utk turun naik putrajaya. duit gaji banyak habis kt mr. tony fernandez, toke airasia tu..tapi tu lah nak kata, rezeki Allah bagi tu cukup je (malah kdg2 berlebih)walaupun aku atau dia akan terbang sebulan sekali..

3)panggillah dgn panggilan yg menyenangkan.

bila berkawen, kita ada seseorang yang akn kita cakap dgn dia sokmo2..jadi seeloknya kita gunakanlah panggilan yg kita suka dan lebih2 lagi dia suka.nak panggil apa, honey ke..hubby ke, habibi ke..tak kisah, asal best dengar kt telinga, senang di jiwa..ada sorg sahabat tu pernah ckp, dia tak nak panggil isteri dia ayang sbb nanti jd aye, aye bahasa klate ialah ayam..entahlah, itu pendapat dia..mgkn benar bg org klate..

kes aku plak,mula aku kawen, aku mmg panggil dia abang dan aku bahasakan diriku dgn nama aku je..tapi dia panggil aku sayang..mula2 kekok gak, aku still bahasakan nama aku..sampai dia tanya, sayang tak suka ke abang panggil syg,syg?alamak..tak, cuma perlu latih lidah dulu..tak sampai seminggu, ok dh lidah aku..aku suka panggilan tu, sampai aku cakap kt dia, abg janji panggil syg, syg, sampai kita tua tau..abg tukar janji dgn aku plak, syg janji syg pakai tudung labuh ni sampai tua tau..
ya, aku juga dh berjanji dgn dia psl tudung tu, tapi takdir Allah mengatasi segalanya..dua tahun selepas kawen, aku tidak dgr lg org itu memanggilku syg..kerana dia telah tiada..

opss..aku perlu menghentikan dulu catatan itu..nak blog walking dulu la..cari kekuatan..ada air mengalir dipipi..air ape tah..dah janji dgn diri sendiri, tak mau menangis..sebelum ia lebat, baik aku stop dulu..insyaAllah, ada umur,akan kusambung semula..


mrs fuad.
11.26pm
kg.loyang.

Saturday, June 5, 2010

Ya Allah, beratnya amanah ini!

saat aku menatap wajah si kecil di dalam buaian, aku berasa sayu dan takut. sayu kerana dia anak yatim yang suci, putih bersih dari noda dan dosa. takut, bila memikirkan amanah yang aku pikul keseorangan ini amat berat.amanah mendidik dan membesarkannya dan menjadikan dia seorang lagi khalifah Allah di muka bumi ini.

andainya membesarkannya cukup dengan makan dan pakai, aku tidak gusar. dengan izinNya aku boleh menyediakan makan pakainya sekadar termampu. tapi amanah itu lebih lagi. bagaimana harus aku tanam konsep kalimah LAILAHAILLAH, MUHAMMADURRASULULLAH dengan semantap-mantapnya.

aku tidak mahu anak yatim ini seperti kebanyakan kanak-kanak yang menganggap Ultraman yang berkuasa, superman idola mereka. ataupun mereka2 yang bertuhankan hantu, lebih takutkan hantu dari Pencipta Sekelian Alam ini.atau lebih takut binatang, polis atau apa2 lagi yang sering disogokkan oleh ibubapa mereka yang itu semua berkuasa. sesungguhnya, aku mahu tanamkan bahawa semua makhluk ini tiada kuasa, hanya al-Khaliq sahaja yang berkuasa.

dunia hari ini dunia mencabar. Ancaman dan pengaruh negatif berada disekeliling kita. buka mata sahaja, pelbagai hiburan dihidangkan,sekali jari menekan, seribu maklumat terhidang di depan mata. bagaimana harus aku menapis dan mengasingkan yang positif supaya anakku ini tidak mengambil yang negatif. ilmu kebal apakah yang perlu aku gunakan supaya anakku ini tidak terkena sebarang virus negatif. jawapannya hanya aqidah yang mantap.

tarbiyah ini tidak mudah.sungguh!

setakat ini, anakku sudah mampu memahami arahan-arahan ringkas, maka aku sudah memperkenalkan dia dengan alam ini dan semestinya penekanan kepada pencipta Alam ini. biarlah seandainya dia tidak memahaminya lagi.tapi, aku tetap harus tanam dan sirami ia lagi dan lagi.

aspek aktiviti seharian juga perlu kutekankan..adab2 perlu dijaga, doa2 perlu dibaca.pemakaian perlu menutup aurat dan mengikut sunnah. pemakanannya juga..masyaAllah..

minatnya setakat ini masih kabur, tapi alhamdulillah, dari pemerhatian aku, dia meminati buku. andai diberi pilihan buku dan mainannya, kurasakan dia lebih kerap mencapai buku kertas tebalnya. biarlah, aku lebih suka andainya dia meminati buku. tapi aktiviti lasaknya waktu petang tidak pernah dilupakannya. selalunya apa yang dibuat oleh mak kat luar, menyiram pokok2 bunga dan syur-sayurannya, menggemburkan tanah, menanam ranting supaya timunmya memanjat, itulah aktiviti2 yang juga sangat disukai oleh muhammad fathi.

bukan sekadar itu sahaja, amanah terhadap peninggalan arwah abahnya juga perlu kujaga. seelok-eloknya kukembangkan agar kebajikannya di masa depan terjaga. ya betul, rezeki itu dari Allah, dan dengan izinNya rezeki anak yatim ini amat murah. syukur padaMu Ya Allah..

berat. sungguh berat, apatah lagi andai kufikirkan semuanya bakal disoal di hari akhirat kelak..mampukah aku melaksanakan sebaik mungkin?..hanya padaMu ya Allah aku berserah..

ummu fathi,
5.55pm
FJU.