Monday, June 14, 2010

andai ada baiknya..(2)

ini adalah tips + catatan peribadi penulis sahaja, tiada yang istimewa kerana kami hanya insan biasa.andai ada rasa tak best dalam diri kalian, hentikan bacaan, jangan teruskan, kerana ini adalah cantuman2 memori indah bersama arwah suami saya..mungkin indah pada saya, tapi tidak pada kalian, kalian berhak menentukan..andai ada baik, ambil dan amalkanlah..andai sebaliknya, usah teruskan pembacaan anda...

(4)apa yang penting, kerjasama...

lakukan aktiviti bersama2.spend masa bersama dan amalkan tolong menolong, bantu membantu..suami kena bantu isteri, isteri kena bantu suami. tugas dan tanggungjawab isteri masakini amat mencabar. isteri membantu suami mencari rezeki. balik rumah tanggungjawab dirumah lagi. memasak, membasuh, mengemas, anak2 lagi..memang memenatkan. andai suami seorang yang prihatin, alhamdulillah...tolong2 la isteri kt dapur 2, tolong jemur kain pun dah ok.tapi isteri tolong jangan komen kalau suami dah tolong, bersyukur dan sesuaikan pertolongan itu mengikut kehendak kita..be flexible skit la..

kes aku,aku tak berani nak cerita panjang2 pasal ni, kang ada plak yg kata, awak kan duduk asing2, mana nak merasa semua tu..tak, aku kalau balik bercuti tu, aku tetap duduk dgn arwah suami.alhamdulillah, sepanjang kami bersama, abang memang ringan tulang, terutama waktu aku tgh sarat mengandung dulu. aku basuh kain, dia jemur kain. dia tolong masak sarapan. alhamdulillah..

(5)amalkan solat berjemaah dan makan berjemaah

kedua amalan ini andainya kita lakukan secara berjemaah, insyaAllah tautan hati2 kita akan bertambah erat. tak percaya, cubalah..biasanya keluarga yang tidak amalkan makan berjemaah ini, hati2 mereka terpecah dan tidak bersatu.kalau boleh, galakkan suami solat di masjid atau surau, kerana itu lebih afdhal. tapi seandainya ada kekangan..apa salahnya solat berjemaah dengannya di rumah.

kes aku plak, alhamdulillah, sepanjang aku bergelar isterinya, makan berjemaah dan solat berjemaah memang jadi amalan.sebenarnya aku rindu utk menjadi makmumnya.sudah jadi kebiasaanku,seusai solat, aku akan melabuhkan kepalaku ke bahunya. menyandarkan sebuah harapan pada kehidupan sementara ini. namun dahan yang kubergantung rupanya rapuh. kerana sebenarnya harapan patut disandarkan pada Pencipta Kehidupan, sungguh aku alpa.ya Rabb, ampuni aku..

6) sama2 beribadat dan galakkan utk beribadat.

suami ketua keluarga. murabbi isteri dan anak2. tujuan kehidupan ini adalah untuk beribadat kepada Allah. cari rezeki dalam rangka beribadat kepada Allah. semuanya dikira pahala andai semuanya kerana Allah. hatta, sesuap nasi yang disuapkan ke mulut isteri akan dikira pahala disisi Allah. untuk ibadat khusus, ajak dan galakkan isteri dan anak2 sama beribadat. indahnya hidup andai kita sekuarga taat beribadat kepada Allah dan dengan rahmatNya insyaAllah,kita sekuarga akan berkumpul di syurga Allah, balasan pada sebuah ketaatan di dunia dulu.gunakan masa yang ada, sebelum terlambat. seandai mereka yang kita sayangi sudah tiada. tidak berguna lagi penyesalan.

aku dulu berazam untuk mendapatkan sanad bacaan Al-Quran dari abang. sebab abang mempunyai sanad yang sampai kepada Rasulullah. namun impian itu hanya tinggal impian, aku tak sempat menghabiskan bacaan Al-Quran aku dengannya. menyesal pun,sudah tidak berguna. namun kenangan terindah aku dengannya, ketika aku membaca untuk bacaan surah sepanjang aku mengandung. aku sub kan surah yusuf pada abang, surah2 lain semua aku baca, kenapa? entahlah..sekurang2nya ada peranan abang pada baby dalam kandunganku. selalunya kalau dia baca surah yusuf tu, aku akan baring diribaannya. itupun hanya sebulan yang terakhir bersamanya.

7) saling memahami.

kasih sayang suami isteri semamangnya anugerah Allah. suami yang datang dari keluarga yang jauh, budaya hidup yang berbeza.sebelum kahwin tak kenal pun, tapi selepas akad nikah Allah hadirkan rasa kasih pada si suami, rasa sayang pada si isteri. subhanallah..persefahaman perlu dicari. titik sama perlu diperluaskan lagi.suami isteri memang berbeza tapi ada samanya. cari yang sama dalam perbezaan.supaya tidak berleluasa percanggahan.

orang putih kata soulmate, agaknya apa yang aku rasa itulah kot. aku pun tak tau nak terangkan camne tapi aku rasa dia adalah diriku. aku sebahagian darinya. selepas mendapat berita pemergiannya, apa yang aku rasa adalah sebahagian dari diriku hilang. aku selalu menggelarkannya 'hatiku',sebab makna nama dia pun 'hati'.dan aku rasa sebelah dari hatiku hilang. tapi hati adalah satu2nya organ yang akan tumbuh lagi kalau dipotong (atau didermakan, mengikut pembacaan aku la..wallahua'lam..)kini setelah setahun berlalu, aku rasa Allah telah menambah hatiku yang hilang itu untuk meniti liku2 hidup ini. seandainya rasanya ini masih sama seperti dalam seminggu kehilangannya..aku rasa tiada catatan ini disini..mungkin aku memerlukan ikhtiar bantuan ubat dan sebagainya. Alhamdulillah ya Allah.Engkau berkuasa atas segalaNya.

8)satu selamanya.

pesanan dari pensyarahku dulu, antara suami isteri, buat satu kebiasaan yang kita akan ingat selamanya. bila isteri tiada, suami akan ingat isteri, bila suami takde, isteri akan ingat suami. contoh yang paling simple pensyarah aku kata, potongkan kuku suami, bila isteri pergi kursus lama sikit mesti suami kata, alamak ayang takde plak, kuku abang dah panjang ni..ni contoh yang paling simple yang biasa org buat. dan senang nak buat,tapi ramai tak buat pun..pensyarah aku katalah.satu lagi, kalau boleh isteri hantarlah pemergian suami ke muka pintu dan sambut kepulangan suami. hilang segala penat suami melihat senyuman isteri dan air minuman di tangan isteri.(bagi isteri yg duduk rumah je la..)

so, aku pun memanjangkan pada korang2 yang baca ni.apa yang aku paling ingat abang buat, emm..dia memang rajin memotong kuku aku. tapi aku tak pandai nak potong kuku dia, tah la, biasa gak potong kuku dia, tapi rasanya lain kot macam dia potong sendiri.aku biasa buat dan paling aku suka buat ialah, hair treatment, facial treatment and massage. 3 pakej masuk saloon aku..hehe..aku suka basuh rambut dia..lama, kadang tu sampai nak tertidur dia, adik dia pernah tanya, abg ngah nk wat apa bawa baldi dan cebok dalam bilik (bilik kami jauh dari bilik air)..nak tergelak rasanya bila ingat semula.siap dengan limau nipis tu..lepas tu wangi je rambut abg..buat facial sekali je,tapi siap letak mask, toner semua la..lama gak aku wat eksperimen kat muka abang..abang pulak jenis suka..lagi la menjadinya..

9) banyakkan sentuhan.

aku pernah dengar, sentuhan antara suami isteri dapat mengurang risiko sakit jantung,wallahua'lam..mungkin ada benarnya. wallahua'lam..orang sekarang ni, waktu bercinta bukan main lagi berpegangan tangan, bila dah halal jalan sedepa jaraknya. seeloknya, waktu bercinta tak payah jumpa, bila dah halal, nikmati cinta halal seikhlasnya.susah la..dah termula bercinta sebelum kawen, payah dah...kalau macam tu, aku pun tak tau nak kata apa, tepuk dada, tanyalah iman sendiri..

bagi orang yang menikmati cinta selepas kawen, memang akan kata lebih manis dan berkat. lepas kawen nak buat apa2 pun tak kisah dah. suami aku memang jenis suka pegang tangan aku bila berjalan. aku pun malu pada mulanya tapi biarlah, takkan nak tarik tangan plak, kat mana2 pun sama kalau dengan keluarga aku pun dia tetap camtu. akhirnya aku dah biasa.pernah sekali, kami berjalan di pekan sehari temerloh, nak membeli ikan talapia..penjual ikan biasanya akan riuh memanggil pelanggan kan, ada sorang penjual ikan tu siap panggil kitaorang pasangan romantik lagi.antara kenangan terindah dengannya..aku malu giler..tapi dia buat muka selamba je..nak kata org tu cakap kat org lain, rasanya kami berdua je yang berdua area tu..tah la..tapi aku dan dia tak pernah plak komen pasal org tu kata sampaila hari ni..

rasanya cukuplah dulu catatan ini..sebenarnya, aku takut nak mengcatat ini semua. nanti ada yang rasa cam tak best je, padahal aku bukan best sangat pun, aku dan dia hanyalah manusia biasa..apa yang aku kongsikan, buat penghilang rinduku pada sidia, yang telah tiada.

Hanya Allah yang Maha Sempurna,
ummu fathi
1.10am
13/06/10

No comments:

Post a Comment