Saturday, April 30, 2011

Didik anak cara Sunnah (2)

Assalamualaikum..

Sambungan dari episod lepas. sekadar perkongsian ilmu dan pengalaman. nak kata berilmu sangat pun, saya pun sebenarnya bukan berilmu sangat pun..sekadar ada pengalaman, jadi kita kongsi la..sharing is caring kan..apa yang baik tu, ambillah dan jadikanlah amalan..

Sewaktu melahirkan, jaga hati dan mulut kita, sememangnya sakit ketika bersalin adalah sakit yang Allah kurniakan kepada wanita. khusus untuk wanita-wanita yang kuat. yang mampu menanggung kesakitannya, dan ada ganjaran yang menanti disebalik kesakitan itu. jaga mulut kita agar dibasahi dengan zikrullah. amalkan bacaan doa Nabi Yunus ketika ditelan ikan Nun. لااله الا انت سبحانك اني كنت من الظالمين. jangan meraung, jangan menjerit. jaga maruah kita walau kita sedang sakit. memanglah kadangkala tengah sakit, kita tak sedar apa yang berlaku tapi insyaAllah kita boleh. berdasarkan pengalaman sendiri.insyaAllah boleh, tapi pengalaman setiap manusia itu berbeza.

Setiap anak dilahirkan, azankan dan iqamatkan.seelok-eloknya, sebaik keluar, biarlah perkataan pertama yang sampai ke telinga anak kita ialah Allahu Akbar. setelah itu,tahnikkan mulut anak kita dengan kurma atau air zam-zam. Ada sesetengah tempat menggunakan susu dan garam. Wallahu a’lam yang mana lebih afdhal dan mengikut sunnah. Dan yang mengtahnikkan itu, pilihlah orang yang wara’dan alim.  Setelah 7 hari, namailah ia dengan nama yang baik. gunting atau cukur rambutnya dan timbangkan rambut itu, dan sedekahkan mengikut harga emas. Sebaik-baiknya buatkan aqiqah untuk anak kita.

Ketika umurnya 1-5 tahun, didiklah dengan penuh kasih sayang. Apabila anak sudah pandai bercakap. Agarkan dia dengan ucapan zikrullah. Ajarkan dan latih-latihkan lidahnya menyebut zikir-zikir. Ceritakan tentang kebesaran Allah,tentang kekuasaan Allah, penciptaan langit dan bumi serta matahari yang menyinari. Tidak lupa ceritakan tentang kasih sayang Allah pada hambaNya. Anak yang berusia 2 tahun, sudah memahami kata-kata ibu bapa, dan amat memerhati perbuatan ibu bapa. Disini akhlak perlu diterap. Usaha-usahakan agar apa yang kita tidak suka anak lakukan, jangan kita lakukan. Sebagai contoh, saya tidak suka anak saya mencampakkan barang-barang mainannya. Tetapi, entah mengapa semalam, saya yang tergesa-gesa ingin memandikan anak mencampakkan seluar yang ditanggalkan dari tubuhnya ke dalam bakul kain kotor. Dengan segera dia berkata, mi ampak..(mi campak)..Allahu Rabbi..malu pada anak sendiri.

Selain itu, biasakan mengajak anak bersolat. Dia akan suka melihat kita mengambil wudhuk. Biarkan dia ikut dan lihat. insyaAllah tidak lama kemudian, mesti dia pandai ambil wudhuk. Muhammad fathi pun begitu, Alhamdulillah, dah pandai ambil wudhuk, walaupun tertibnya entah kemana. Cara dia membasuh tangan sebijik macam kita membasuh tangan sewaktu berwudhuk. Itu hasil pemerhatian dia. Waktu bersolat, bentangkan sejadah untuk anak di belakang kita, dia akan ikut. Biarkan dia mengikut walaupun sekadar satu rakaat. Kadangkala, walaupun bukan waktu solat sekalipun, anak akan ingin bersolat, hasilnya apabila kita galakkan dia bersolat. Biasakan tanya dia sudah bersolat atau belum, walaupun umurnya baru dua tahun.

Mengaji pula, latihlah anak sedari kecil mengenal huruf-huruf hijaiyah, bacaan-bacaan doa dan surah-surah lazim. Bagaimana? Untuk mengajar menggunakan iqra’, sememangnya kanak-kanak susah untuk duduk diam dan focus. Jadi, galakkan dia mengambil iqra’. Baca bersama-sama, walaupun masa yang dapat diambil sekadar 2 minit. Tak kisah..dia akan mengenal buku iqra’ terlebih dahulu. Tapi ingat, kita kena terapkan adab-adab membaca iqra’ dan Al-Quran sedari awal. Walaupun dua minit, baca perlu bersama-sama dengan adab-adabnya. Pernah saya melihat dalam youtube seorang kanak-kanak kecil yang membaca iqra atau Al-Quran (tidak jelas) di atas lantai dan ibu-bapa dan orang-orang tua disekelilingnya hanya tergelak-gelak melihat cara kanak-kanak itu membaca, tanpa menjaga kehormatan kitab Mulia itu. Sungguh tidak sopan.

Seandainya dia tidak focus dengan buku iqra’ itu, jangan marah pada anak itu. Kita alihkan pada minat si anak. Anak-anak memang minat lagu-lagu dan nyanyian. Jadi carilah cd atau video dari youtube utk mengenal huruf-huruf hijaiyah kepada kanak-kanak. Anak-anak memang suka.kebanyakan video yang cantik, berwarna-warni itu datangnya dari Indonesia. ataupun dari video2 muslim kid school yang menggunakan kaedah Baghdadi.. Memang anak2 suka..muhammad pun suka sgt.. 

Selain itu, bacaan doa perlu menjadi amalan. Terapkan pembacaan itu bermula dari kita. Kita bacakan dengan kuat apabila kita mula untuk menyuapkan makanan untuknya, memakaikan pakaiannya, masuk bilik air bersama-samanya.insyaAllah, dia akan pandai membaca doa dan akan menjadi amalan anak itu. Tetapi, malangnya masyarakat kita, sewaktu kecil diajarkan doa2.tetapi, amalannya tidak istiqomah. Akhirnya doa2 itu hilang seiring usianya. Untuk tidur, seelok-eloknya bacakan bersama-sama surah –surah lazim, 3 qul, ayat kursi dan doa tidur. Lebih baik andai kita pasangkan surah-surah Al-Quran apabila dia tidur, dalam volume yang perlahan. Pengalaman anak saya, dia akan tidur lebih nyenyak andai saya pasangkan suara qari mengaji.

 Antara tips lain yang saya amalkan, selepas anak saya lelapkan mata, saya akan bercakap2 dengan dia, dengan suara yang lembut. nyatakan harapan kita, tapi jangan gunakan perkataan 'jangan'. Pada saat itu minda bawah sedar dia dapat mencerna maklumat yang kita suarakan. Niatkan dan doakan semoga anak membesar menjadi anak yang soleh. wallahua'lam..sekadar perkongsian. semoga ada manafaat.

Wednesday, April 27, 2011

Mendidik anak cara Sunnah (1)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..saya bersyukur yang teramat kerana saya ditakdirkan kembali tinggal bersama ibu bapa saya. ibu bapa saya sangat mementingkan pendidikan agama anak-anaknya. jadi apabila mereka telah bercucu. kaedah yang sama, mereka pesankan pada saya untuk mendidik anak saya. dan tidak lupa jasa mereka yang mendidik saya sedari kecil sehingga kini, mereka menolong saya mendidik anak saya. maklumlah saya kan ibu tunggal. sayalah ibu, sayalah bapa, sayalah keluar mencari rezeki. semasa ketiadaan saya, merekalah tempat si anak yatim itu bermanja. namun syukur tak terhingga atas segala nikmat kurniaanNya. di sebalik semua yang berlaku pelbagai kemudahan,kenikmatan dan anugerah yang tak terhingga yang Dia kurniakan..Allah Rabbi..hanya hambaMu ini saja yang kadangkala tidak menyedari.

Didikan anak bermula dari pemilihan pasangan. pilihlah pasangan yang soleh. tetapi untuk mendapatkan yang soleh, perlu mensolehahkan diri dahulu. Andai angan2 setinggi gunung, mengharapkan yang soleh, sedang diri tidak sesolehah mana. umpama menunggu bulan jatuh ke riba. Sebab semua itu janji Allah. yakinlah dengan janjiNya. Setelah bertemu yang berkenan di hati, tanyalah Yang Maha Mengetahui erlebih dahulu. seelok2nya redha dengan segala ketetapan Dia. Kadangkala ada sesetengah orang tidak mahu menunaikan solat istikharah kerana pada hemat hatinya pilihan hatinyalah yang terbaik, sedang kita insan lemah, tidak tahu apa yang berlaku di masa hadapan.  Setelah itu, tanyalah ibu bapa, mohon restu. lebih afdhal andai pilihan itu pilihan orang tua. kenapa zaman sekarang banyak berlaku penceraian berbanding dulu. Zaman ini perkenalan sesama sendiri, ibu bapa 'terpaksa' merestui..sedang zaman dulu, pilihan di tangan orangtua. tapi kekal hingga ke syurga. 

Ikutilah dan taatilah Sunnah RasulNya dalam melayari bahtera rumahtangga. bermula dari kenduri-kendara hinggalah waktu bersama. Elakkan pembaziran dan bermegah-megah. Utamakan jemputan pada fakir miskin dan yang memerlukan. Lebih afdhal andai ada jemputan di kalangan anak-anak yatim, raikan mereka di hari bahagia kita.

Seandainya, 'rezeki' Allah kurniakan segera, syukurilah ia.sesetengah pasangan tak bersedia dengan kehadiran orang baru. takut mengganggu waktu berbulan madu. Percayalah, anak adalah rezeki Allah yang besar, yang dikurniakan kepada kita. lihatlah pada pasangan yang berpuluh-puluh tahun kesepian tanpa gelak tawa si anak kecil. syukurilah kurniaan Allah itu . Bersedekah salah satu tanda kita bersyukur. banyakkan bersedekah sepanjang ibu mengandung.

Jaga amalan sewaktu kita mengandung. seelok2nya khatamkan bacaan Al-Quran sekurang-kurangnya sekali. kalau boleh dan mampu, lebih lagi bagus. Diikuti bacaan surah-surah tertentu, seperti surah Luqman, surah Maryam, surah Yusuf, surah At-Taubah. selain surah yang yang biasa Rasulullah amalkan sepanjang malam sebelum Rasulullah melelapkan mata, iaitu surah As-Sajdah,Al-Waqiah dan Al-Mulk.

Selain itu jaga emosi sepanjang mengandung. saya pernah mendengar kata-kata dari Datuk Dr Fadzillah Kamsah bahawa ibu yang sepanjang mengandung, ada terdetik atau ada ketikanya berasa benci atau tidak suka pada suaminya. InsyaAllah, anak yang lahir tidak serasi dengan ayahnya. Memetik kata-kata dari pengalaman pakar motivasi yang terkenal itu. 


-sambung-muhd fathi dah mengantuk..

Tuesday, April 19, 2011

kebenaran di sebalik kematian adik syaiful syazani

 asusum

kematian Adik Syaiful Syazani memang menggemparkan negara.kisah seorang ustaz yang mendera seorang anak yatim berusia 7 tahun memang menggambarkan betapa jijik dan kejam ustaz tersebut. Boleh kita baca bagaimana ‘jahat’nya guru tersebut dengan pendedahan media seperti,
“Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu’ dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung” – harian metro- (boleh baca lanjut dengan tajuk, cikgu ambil nyawa
“Saiful Syazani meninggal dunia selepas tiga hari dilaporkan koma, akibat dibelasah guru yang juga seorang warden di sekolah agama persendirian selepas disyaki mencuri RM7 di asrama sekolah. Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa diikat kedua-dua tangan pada tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman” – penerangan
Setelah kita mengikuti kes tersebut melalui media yagn membuat liputan, maka kita telah menghukum dengan rasminya bahawa sungguh jijik dan jahat perbuatan guru tersebut.
Namun disana, saya masih curiga akan kisah yang berlaku. Dengan izin dan kesempatan yang diberikan Allah, telah menggerakkan hati saya dan pimpinan GAMIS ( Akram dan Nazry ) melawat tempat kejadian dan rumah arwah di Jejawi, Perlis. Kami kesana atas kerja rasmi GAMIS dan berkesempatan menziarahi rumah arwah.
CERITA SEBENAR
Setibanya kami di sekolah berkenaan, ustaz waqar ( sahabat baik kepada guru agama yang dituduh ‘membunuh’)menyambut kami dengan mesra dan penuh ukhwah. Kami terus dibawa kerumah ayah angkat arwah terletak lebih kurang 6km dari sekolah berkenaan. Sepanjang perjalanan, ustaz waqar telah mencerikan kisah sebanar kejadian.
“ adik saiful(arwah) merupakan seorang yang mesra dengan orang. Dia agak aktif disekolah dan pernah menjadi Johan pertandingan azan PASTI peringkat negeri Perlis(gambar hadiah yang dimenangi). Setelah masuk ke darjah 1, dia tinggal diasrama. Namun timbul beberapa kes disiplin sepanjang adik ni tinggal diasrama hinggalah pada kemuncaknya dia didapati mencuri wang rakannya berjumlah RM7. Maka dia telah dipanggil oleh ustaz (yang dituduh) yang merupakan warden asrama ke bilik warden. Ustaz telah bertanya kepada adik saiful tentang kecurian wang rakannya, dan dia mengaku berbuat demikian. Semasa pertanyaan diajukan, ustaz berkenaan telah mengikat kedua-dua tangan adik saiful dibahagian hadapan, bukan belakang. Namun sepanjang berada dibilik warden tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal yang berlaku sebagimana yang dilaporkan.
Sebaliknya ikatan tangan tersebut dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik saiful dalam bilik berkenaan. Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang lagi warden, ustaz y telah membuka bilik berkenaan dan mendapati adik saiful terbaring diatas toto sambil menggigil. Mulanya ustaz y mengesyaki adik saiful terkena sawan dan kacing gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang. Lantas ustaz Y terus membawa adik saiful ke hospital Kangar, namun pihak hospital tidak dapat menerima pesakit kerana banjir melanda Bandar Kangar pada masa itu. Seterusnya adik saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan terus dimasukkan ke wad ICU.
Pada malam kejadian itu juga ustaz h telah menemui ayah angkat adik saiful dan memohon maaf atas kesilapan dia mengurung arwah selama 2 jam. Sebelum ustaz h pergi kehospotal, dia terkejut dengan berita bahawa adik saiful dimasukkan ke icu, lantas dia terus menunaikan solat hajat”.
Selang 3 hari dari hari kejadiaan, adik Saiful dipanggil oleh Allah untuk mengadapnya pada jam 8pagi hari ahad.”

Begitulah cerita sebenar kejadian kematian adik saiful yang telah diceritakan oleh rakan baik ustaz h. Kami terus pening kerana banyak percanggahan maklumat yang dibaca melalui media sebelum daripada itu. Kami terus sampai kerumah Abang Zamri(ayah angkat adik saiful). Ketibaan kami disambut mesra oleh abang zamri yang kelihatan pasrah dan redha akan ketentuanNya. Adik saiful tinggal bersama keluarga Abang Zamri sejak umur 2 tahun setengah, setelah bapa adik saiful tidak mahu membelanya setelah kematian ibu adik saiful. “ dia seorang yang berani dan tak takut apa yang orang kata. Dia memang keras dan keberanian dia tak padan dengan umur dia” cerita abang zamri.

Setelah setengah jam berbual dengan abang zamri, kami pun memohon izin untuk pulang. GAMIS sempat menyampaikan sedikit bantuan kepada abang zamri atas musibah yang menimpa. Kami doakan agar abang zamri dan keluarga tabah dan sabar menempuh ujian yang mendatang.

Semasa perjalan pulang, ustaz waqar sempat menyambung ceritanya tadi. Beliau turut mengaitkan kes ini telah menjadi suatu isu politik kepartian kerana sekolah berkenaan adalah dibawah parti PAS. Maka sebab itu, pelbagai cerita pelik yang timbul. Saya rasakan apa yang diceritakan oleh ustaz w adalah benar setelah melihat laporanforensik yang diberitakan bahawa punca kematian adik saiful adalah kerana kekurangan oksigen dan pendarahan dalam otak. Maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku, namun nyata sekali tidak ada kesan LEBAM akibat pukulan yang berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media. Lihat laporan ini, meniggal akibat kekurangan oksigen.

Kami juga dibawa melihat bilik warden yang dikatakan tempat adik saiful dikurung oleh warden berkenaan. Bilik tersebut bukan hanya pejabat, bahkan tempat tidur ustaz berkenaan. Banyak lagi persoalan yang timbul disebalik kejadian berkenaan, namun Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya.

Apa yang sangat menyedihkan ialah apabila masyarakat telah ‘menghukum mati’ peribadi ustaz berkenaan yang hanya dituduh dan ditohmah oleh media yang sanga berat sebelah. Yang lebih teruk lagi bila politikus menjadikan isu ini sebagai senjata politik hingga mendesak sekolah agama berkenaan ditutup.

GAMIS bukan membela tindakan ustaz bekenaan, namun apa yang kami harapkan ialah keadilan mesti diberikan kepada mereka yang terlibat. Media jangan cepat mnghukum hingga masyarakat pada hari ini memberi tanggapan yang sangat negatif kepada sekolah agama rakyat. GAMIS juga mendesak agar jangan libatkan politik yang melampau dalam kes ini hinggalah mahkamah yang menentukan siapa yang bersalah dalam kes berkenaan. Kita doakan agar keadialan diberikan kepada mereka yang berhak, dan pembalasan yang sepatutunya kepada yang zalim.

sumber - cerita asal

kembali

assalamualaikum warahmatullah..
alhamdulillah..syukur atas segala nikmatNYA yang tak terhingga..

selamat kembali dari Kuala Terengganu Ahad lalu (semalam la..) alhamdulillah..
khamis tu bertolak dari rumah jam 9 pg, sampai ke kemaman jam 12.30tgh. Alhamdulillah, Allah izinkan tautan ukhuwwah antara saya dengan sahabat maya bertukar menjadi realiti apabila DIA izinkan saya bertemu muka dengan Sarah Khamis lalu. Alang-alang dah sampai Kemaman jadi teruskan hajat nak bertemu. dah lama kenal melalui BMC sejak tahun 2007 lagi kalau tak silap..sebab ingat lagi tgk gambar kawin dia..time tu je kenal muka (dari dalam BMC) syukran jazilan wa jazakillah khairan kathira..semoga Allah memberkati Sarah sekeluarga. siap lunch lagi kat umah Sarah,padahal Sarah baru balik sekolah..sori kalau susahkan Sarah..tima kasih banyak2 yer..lain kali Allah izinkan kita jumpa lagi..seronok Muhammad Fathi main dengan abang Baihaqi. jam 3.00ptg bertolak ke kuala terengganu. alhamdlillah sampai jam 6 ptg..penat sangat2..tapi syukur sgt2 sebab selamat sampai..

tempat adik saya temuduga tu tak jauh sangat dengan hotel, jadi agak senanglah saya nak berulang-alik mengambil dia. maka, masa yang terluang saya, adik saya (Norzakiah) dan Muhammad Fathi pun berjalan sakan laa..tapi banyak gak tempat yang tak sempat gi, pergi ke Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man petang Jumaat tu.. cuma bersiar2 di persisiran menuju ke Masjid Kristal saja. terbayang saat2 indah tahun 2008 dulu. waktu saya dan arwah abang pergi untuk kenduri menyambut menantu biras saya. tempat2 yang kami lalui, kami berhenti makan..dan segala-galanya terbayang dimata. waktu tu muhammad fathi baru sebulan dalam kandungan. tengah pening2 dan muntah2..mood pun tak menentu ketika itu..semuanya telah jadi kenangan..biarkan ia terus berlalu..

sabtu, pagi berjalan ke Muzium Negeri. sebenarnya first time saya gi Muzium kt Semenanjung ni..dulu pernah masuk pun kat muzium kuching, itupun sebab ada program sekolah. tak masuk pun dalam muzium tu sbb fikir, nanti Muhammad boring plak..tengok benda yang dia tak faham. so, just naik tram tu untuk keliling kompleks tu..tengoklah rumah2 tradisional, tempat org buat bot,kapal yang orng bawa gi laut..muhammad pun seronok laa..walaupun muka dia cuak sebab takut naik tram tu..yang tak tahannya kat situ,asyik berebut kamera je dengan muhammad..ya Allah..macam orang besar nak amik gambar...ada beberapa keping gambar yang muhammad fathi ambil sendiri,salah satunya cantik..pada pandangan saya..nanti kita tengok ek...

petang tu, gi Kuala Berang, rumah mak mertua k.de..sambil2 nak tengok baby k.de yang baru..nurul auni..muhammad punya la suka kat baby..nak suruh umi bawa balik baby..haii..sape nak jadi baby..muhammad lagi..masa nak balik tu, sempat kejar2 ayam lagi kat bawah rumah tu..seronok nampak anak teruna saya tu bila bawa berjalan..nak buat camana..umi n arwah abah dia dulu pun memang suka  berjalan..

ahad, pagi2 lagi check out..jam 9pg bertolak balik selepas breakfast. perjalanan pulang Allah mudahkan jadi 5 jam je perjalanan..laju gak la bawa sebab dah tau jalan. lagi satu nak kejar adik2 yang dok tunggu kat umah. diorang nak balik KL petang ahad tu jugak..harap2 sempat jumpa anak2 sedara, Ameera dan Dania..alhamdulillah..sampai rumah jam 2.30ptg..sempat la bermesra dengan anak2 sedara..


 lengang lagi org tak ramai kat pasar payang.


ni la gambar yg 100% muhammad fathi yg amik..

dah la tu..malas nak letak gambar byk2..mgkn ada skit yg letak dlm facebook..


Tuesday, April 12, 2011

saya dan kamu..

assalamualaikum..

wahh..datang mood rajinnya, satu malam ni dua entry kamu buat ye ummufathi..hehe..takpe, ni yg short punya..satu penghargaan dari saya buat kamu2 yang sudi buat entry pasal saya..

tima kasih akma sudi cerita pasal kita jumpa ari tu..hehe..dia terkejut sbb dapat jumpa akak..akak pun tak sangka dapat jumpa akma kt skjc khee chee tu..


satu lagi..syukran yang tak terhingga buat fuza yang juga wat entry pasal akak..terima kasih atas doa tu..very2 touching dik..huhu..

doakan anak2 murid saya berjaya esok..dan juga doakan saya berjaya menjayakan majlis perasmian penutup dengan jayanya..apa ayat daa..:)

saya mungkin akan tinggalkan blog beberapa hari..sebab saya nak gi kuala terengganu khamis ni..saya cuak sebenarnya nak drive jauh2 tambah plak muhammad fathi tgh lasak skrg..selalu dia 'tertukarkan' gear keta saya waktu saya tgh drive..doakan saya selamat pergi dan balik..semoga Allah selamatkan perjalanan saya..

eh,kata pendek je..ni dah panjang pun dah..ok laa..minta diri dulu..assalamualaikum..

rajinlaa skit anak muridku..

assalamualaikum..

hari ni hari selasa..esok hari rabu..esok MTQ daerah temerloh.akma, gi x esok?kalo gi, leh jumpa lagi..hehe..alhamdulillah..anak murid saya yang berdua tu akan bertanding esok di SK Batu Sawar. seorang peserta lelaki pertandingan bercerita, seorang peserta perempuan, juga bercerita. latihan dah dijalankan..semoga ada rezeki diorang berdua esok..amin ya rabb..

seperti yang pernah saya cerita sebelum ni, memang saya minat jadi guru..suka sangat2..hari ni, dalam sejarah saya jadi guru, sekali lagi saya mengejar budak-budak yang ponteng kelas tasmik..(acah jer kejar tuu..) saya pun tak tau la camne nak bagi ingat kat budak tahun 4B tu..asal saya lambat skit masuk kelas tasmik, alamatnya..saya kena pegang rotan..cari semula budak2 yang dah nak balik tu sampai ke lubang cacing  pintu pagar. saya tau la tasmik waktu akhir sekali, luar jadual p&p...tapi tak bermakna kamu semua leh lari balik camtu je...haiii..nasib baik mood saya baik ari ni..kalau tak saya balun anak murid saya tu sorang2..dan nasib baik saya tak termakan hasutan cikgu saya (yang kini jadi rakan sejawatan) supaya balun je budak-budak yang selalu ponteng kelas tasmik tu..saya masuk kelas lambat skit je pun..bukan saya mengular..tapi sbb saya tgh latih budak2 bercerita tu..

saya bukan apa..saya kesian sangat tengok anak-anak murid saya tu. dah la kelas yang kedua..ramai lagi yg baca iqra'. bila la depa nak naik Al-Quran kalau kat rumah malas nak mengaji, kat sekolah pun selalu ponteng kelas tasmik..

ok, saya dah puas membebel..sekarang saya dah puas hati.sekian terima kasih...

Friday, April 8, 2011

MTQ 2011

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..first of all..nak citer psl mtq..ape tu?Majlis Tilawah Al-Quran Zon Kuala Krau telah selamat berlangsung pada 4hb April  2011, di SK Batu Sawar. sekolah kami telah menghantar 6 orang peserta. dua perserta Pertandingan bercerita kisah dari Al-Quran, dua orang peserta Tilawah Al-Quran dan dua untuk Hafazan Al-Quran. Dua peserta mendapat naib johan, dan dua lagi mendapat tempat ketiga. keseluruhan sekolah saya mendapat tempat ketiga. keputusan yang agak memberansangkan dari tahun-tahun yang lepas. Alhamdulillah.

waktu MTQ tu jugak, saya ditugaskan menjadi hakim untuk bahagian Hafazan Al-Quran dan menjadi pengerusi majlis perasmian penutup. sebenarnya tugas menjadi pengacara majlis tak pernah saya buat. cuma tahun ini, entah kenapa asyik nama saya je naik kena jadi pengerusi majlis, mula dari hari sukan dulu laa..first time jadi pengerusi majlis, habis semua cikgu kena 'paksa' menolong saya..hehehe..tu la...sape suruh lantik saya jadi MC. sekali hari sukan tu, saya tersasul..saya lupa nak sebut gelaran dato' pada dato' tu..apalagi..melatah la 'org2 tertentu' tu..nasib baik GB,GPK, dan guru2 ok..semua cakap..takpe..ok dah..percubaan pertama yang sangat memberansangkan..then..akhirnya, saya 'terpaksa' jadi MC utk MTQ peringkat zon dan daerah minggu depan..haaa..ambik kau!!..hehe..takpe, saya anggap tu sebagai satu cabaran dan pengalaman.. chaiyokkk!!!..

keta saya kena langgar ari tu, i.allah esok siap..nanti saya buat entry pasal keta kena langgar..entah ada ke tak orang nak membacanya...takpe la..kalau kamu nak baca..bacalah..kalau taknak baca pun takpe..saya tak paksa..

oklah..saya nak chow dulu la..banyak kerja nak kena buat ni..takde pengajaran dari entry ni kan..takpela..moralnya u all fikir la sendiri ekk..saya gerak dulu..assalamualaikum..

Tuesday, April 5, 2011

genap 2 tahun..

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah..akhirnya berkesempatan meng'update' blog..fuhhh!!! punyalah sibuk..tahap gaban punya sibuk la kunun-kununnya..hehe..

actually saya memang sangat sibuk lately..macam-macam benda saya nak citer, tapi semua dok berlegar dalam kepala je..kisah keta saya kena langgar..huhu..sedih tau..kisah sukan sekolah..gumbira plak..sebab saya dapat hamper besar..tambah pulak rumah sukan saya pun menang..hehe..kisah saya jadi pengerusi majlis yang tahapahapa..macam2 citer yang berlaku pada saya dalam seminggu ini..eemmm...alhamdulillah..syukur pada Allah taala..yang memberikan pelbagai warna dalam lorong kehidupan saya..apapun yang berlaku..saya tetap seronok dalam hidup ini..dengan pinjaman nafas yang Allah berikan ini..saya mampu bertemu, tersenyum dan bermesra dengan manusia yang saya kenali dan juga tidak saya kenali..alhamdulillah..

dan kisah yang saya nak citer hari ni..kisah tertunggak 3hb april yang lalu..makanya..genaplah umur muhammad fathi 2 tahun..sudah dua tahun anak umi ni..dah besar pun..tapi still my baby.. malah, dia pun sokmo ngaku..ni baby ni..baby..tapi kadang-kadang tu datang mood perasan dia.."ni abang ni..abang muhd..apisshh.."(muhammad al-hafiz) saya pun tak perasan siapa yang ajar dia cakap dia hafiz..mungkin sebab wajtu dia nak tidur saya selalu bacakan surah2 dan doa..bila dia dah tidur, saya selalu bisikkan kat telinga dan kepala dia yang saya nak dia jadi anak soleh..jadi hafiz Quran..mungkin sebab tu kot..sebab jarang gak sebut pasal nak suruh dia jadi hafiz al-Quran masa dia sedar..

hari ahad tu, sempatlah saya masak simple2..mee kari dan bihun sup untuk jamuan kecik2..jemputlah anak-anak murid yang mengaji kat rumah ni..cucu2 jiran yang balik sabtu-ahad baru ni..tetamu pun tak sampai 50 org..simple..just potong kek..nak bagi muhammad experience sambut besday..saje..nak 'hepi'kan si kecil tu..


kek yg sgt bestt..




besday boy yg dh penat..

akhirnya  zzzz...


semoga muhammad fathi menjadi anak soleh yg beriman, berilmu dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara..amin..