Wednesday, December 28, 2011

di ambang 2012..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

alhamdulillah..masih diberi peluang menarik nafas dengan tenang. jasad yang semakin sihat. Allahu rabbi. "maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustai?" Allahu Rabbi..banyaknya nikmat yang Allah beri, selalu kita tak nampak..yang kita nampak apa yang orang lain ada, yang kita tiada..Allahuakbar..semoga kita tidak tergolong dalam golongan org kufur nikmat.

Perjalanan hidup ini diteruskan. walaupun payah, walaupun susah..langkah tetap diteruskan. pahit, manis, masam kelat..semua ada..perencah sebuah kehidupan. semalam, semalam dan semalam terus berlalu meninggalkan kita..yang ada harapan untuk hari esok. semoga ada sinar buat saya dan anda semua di esok hari.

Peristiwa yang diingati di akhir Disember.

Hari selasa, 27hb Disember 2011. saya berasa sangat pelik, dan perasaan itu tidak dapat digambarkan. bercampur baur..kenapa? begini, cuba anda bayangkan, anda berada di sebuah tempat yang asing, bersama orang-orang asing untuk melawat satu jenazah yang baru meninggal dunia di waktu senja. MasyaAllah..camana ye perasaannye..tidak dapat saya gambarkan, mungkin anda susah untuk menyelami perasaan itu, kerana anda tidak berada di tempat saya.

ok, biarlah saya bercerita terus apa yang berlaku. ayah saya mempunyai seorang adik perempuan(sama ibu, lain ayah) yang tidak pernah dikenalinya sejak kecil. padahal adiknya itu tinggal satu daerah dengannya. akhirnya, dengan kecanggihan teknologi masakini ( bukan melalui facebook ye, kerana ayah saya tidak mempunyai akaun facebook) ayah saya berjya menjejaki makcik itu dan bertemu dengan makcik di hospital Temerloh, itupun setelah hampir dua,tiga minggu makcik terlantar disitu. makcik mengidap pelbagai jenis penyakit, jantung, darah tinggi, kencing manis, paru-paru, buah pinggang..masyaAllah..semua ada. jadi kami pun berkenalan dengan adik ayah yang 'baru'. juga mengenali sepupu-sepupu yang 'baru'. minggu lepas, sekali lagi kami melawat makcik yang sudah koma dan dipendekkan cerita, makcik 'baru' kami telah meninggal dunia pada 27/12/2011. semoga Allah mengampuni segala dosa2 allahyarhamah, dan tempatkan dia dikalangan orang yang soleh.

setelah mendapat berita pemergiannya, kami bergegas ke hospital Temerloh. untuk pertama kali, saya mencari unit forensik hospital temerloh, tempat orang memandikan jenzah. sesampai disana, jenazah telah siap dikafankan, dan kami mengikut van jenazah untuk dikebumikan di Felda Bukit Damar.

sampai di Bukit Damar, azan maghrib sudah berkumandang, saya melihat jenzah sebentar, sebelum ke masjid untuk berjemaah maghrib. saya berasa terkilan dengan suasana yang tidak mementingkan solat. disebabkan jenazah yang sampai agak lewat, dan ingin dikebumikan malam itu juga, segala-galanya agak tergesa2. saya berharap agar tiada yang sanggup meninggalkan solat semata-mata untuk menyempurnakan jenazah. mudah-mudahan begitu.Tetapi harapan saya rasanya hanya tinggal harapan, membuatkan perasaan saya amat terkilan dan sedih. perasaan saya terasa begitu bercampur baur. perasaan yang tidak menentu di senja hari. jenazah, apabila kita lawati, sepatutnya kita mengambil iktibar bahawa andai tiba saat itu, tiada lagi amal yang boleh kita lakukan, hanya perhitungan yang bakal berlaku. mengharapkan doa anak yang soleh,sedekah jariah dan ilmu yang bermanafaat yang boleh membantu. itupun kalau ada..malangnya, tiada yang berfikir begitu. sewenang-wenangnya, meruntuhkan tiang agama yang satu. Allahu Akbar..ampuni mereka ya Allah..berilah hidayah pada mereka. semoga mereka kembali padaMu.menuruti segala perintahMU dan meninggalkan segala laranganMU. 

2011 yang bakal berlalu..

sepanjang tahun ini, pelbagai peristiwa yang berlalu. peristiwa yang paling diingati ialah pemergian insan2 yang saya kenali, malah ada juga yang tidak saya kenali, namun  terkesan di hati. 25hb Disember yang lalu, pemergian seorang adik kepada rakan se'batch' di UIA. pemergiannya yang pada saya amat mengesankan hati saya. dia meninggal ketika bersalin akibat bleeding yang teruk dan akhirnya terpaksa ditukarkan ke hospital kerajaan, (dia pada mulanya bersalin di hospital swasta) pendarahan yang teruk membawa kepada kegagalan organ dalaman dan seterusnya membawa kepada mati otak dan akhirnya dia pergi meninggalkan puteranya yang comel. Allahu Rabbi..apabila tiba saatnya, tidak dilambatkan atau dicepatkan walau sesaat. banyak peristiwa kematian yang memberi kesan kepada hati saya. semoga tidak sekadar mendengar, yang penting berusahalah membuat bekal kerana kita juga pasti akan menyusul mereka yang mendahului kita.

Azam yang lalu.

hakikat yang terpaksa ditelan, azam yang lalu masih tidak tercapai. Allahu Rabbi..lemahnya hambaMu ini..cuma ada beberapa perkara yang telah dimulakan pada tahun 2011. semoga terus istiqomah dan semoga Allah berkati usaha itu.amin..

Harapan pada 2012.

saya menaruh harapan yang agak tinggi pada tahun 2012 atau 1433H ini. saya sangat2 berharap semoga airmata yang gugur pada tahun yang bakal menjengah 45minit (sewaktu tulisan ini ditulis) lagi ini tidak selebat yang telah gugur pada tahun yang bakal ditinggalkan. semoga keimanan bertambah, seiring tambahnya usia, semoga amal dan takwa bertambah seiring tambahnya masa. dan perlu diingat, pertambahan masa bermakna pertemuan denganNYA semakin hampir.

kerjaya, ya..gaji sudah bertambah. maka, prestasi perlu ditingkatkan. jaga masa, jaga diri, jaga prestasi. semoga segala usaha mendidik anak bangsa, mendapat ganjaran yang lebih hebat di'sana'. semoga segalanya kerana Allah.

pendidikan anak, insyaAllah akan diteruskan lagi apa yang telah dimulai. pelbagaikan teknik, kerana muhammad sekarang semakin bijak,tahu menilai apa yang menyukakan hatinya dan apa yang membosankan pasti akan dijauhinya. semoga Muhammad dapat menghafaz sekurang-kurangnya Al-Fatihah dan tiga qul untuk tahun 2012 ini.

apa yang menjadi agenda baru pada tahun depan ialah, menguruskan badan..hehehe..bertambah usia, bertambah berat badan. tapi alangkah bestnya kalau 2012 ini, azam untuk menjalani kehidupan yang sihat terlaksana. berat badan ideal, kesihatan terjaga, iman dan amal bertambah, hati semakin tenang, semakin bersemangat utk bekerja dan mengharapkan supaya 'impian' muhammad terlaksana. apa impian muhammad?syhhhh..itu rahsia kami berdua...:)
 



Friday, December 23, 2011

mujahid kecil..

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

pagi jumaat yang tenang. Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW. jom berselawat..Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad..semoga hidup kita dan mati kita dalam keadaan beriman dan disana nanti kita mendapat syafaat dari Penghulu sekelian Nabi itu.

sebelum saya nak cerita pasal mujahid kecil tu..saya nak ucapkan terima kasih buat anda-anda yang masih sudi menjenguk kami dua beranak kat sini. ramai yang meletakkan link blog ini di blog mereka. terima kasih. sebenarnya saya takut, takut sangat2 bila makin ramai orang membaca kisah saya. saya tahu risikonya ada. tapi, saya niatkan segalanya kerana Allah. semoga anda mengambil manafaat apa yang baik, dan segala yang buruk, sila abaikan..kebaikan itu datangnya dari Allah..keburukan dan kelemahan itu datangnya dari diri insan yang dhaif ini. hakikatnya insan ini juga dari Allah, Pemilik segala-galanya. apabila anda menyatakan saya kuat, tabah dan sabar. semoga ia menjadi doa buat saya. saya tidak kuat, saya bukanlah seorang yang sabar, apatah lagi tabah untuk menghadapi semua ini. tapi ketabahan, kekuatan dan kesabaran itu datangnya dari Allah jua. Dia yang meminjamkan segala-galanya kepada saya. saya diuji begini, ada manusia diuji lebih susah dari saya, ujian kesakitan yang berpanjangan, saya rasa kalau saya ditempat mereka.saya tidak mampu menghadapinya. ada diuji ujian impian yang tidak kesampaian, cth sudah lama kahwin, masih belum punya cahayamata, ada ujian penceraian hidup, ada ujian kesenangan hidup. ya, kesenangan hidup juga ujian. malah pada saya, ujian itu jauh lebih susah dari mana2 ujian yang lain. opppss...dah terpanjang la plak..hehe..

okey, jom kita bercerita tentang mujahid kecil ni plak. umur dia sekarang dah 2 tahun 8 bulan lebih dah. kejapnya rasa, dah makin membesar dah. selalu dia cakap,"muhammad dah besar dah". tapi kalau perkara yang dia taknak buat dia akan kata, "muhammad kecil lagi.." hehe..subjektif betul kecil-besar pada dia. boleh berubah mengikut kehendak dia sendiri. ^_^

dia semakin petah berkata-kata. baru-baru ni, dalam perjalanan pulang dari Temerloh, saya memandu tenang. seperti biasa, dia jadi peneman dan 'radio' dalam kereta tu. memang dia takkan berhenti bercakap, kecuali kalau dia tidur. dalam kereta tu, tiba-tiba dia tanya saya, "mi..sape jadikan Allah?"..haaaiishhh...budak ni baru 2thn 8 bln..dah tanya soalan yang sangat mencabar tu..jadi saya pun terangkan yang Allah tuhan kita, yang mencipta kita. Tiada siapa yang menjadikan Dia. Dia terjadi dengan sendirinya. Dia takkan sama macam kita. saya tak tau la dia faham tak apa yang saya terangkan. saya  terfikir juga, camana nak terangkan dengan penerangan yang ringkas dan difahami oleh kanak-kanak berusia dua tahun lebih ini dalam konsep ketuhanan. camana yek..saya kena banyak membaca lagi ni. tapi penerangan saya hari tu, dijawabnya,"oooohh.." dan dia sendiri yang sambung."Allah jadikan pokok, Allah jadikan buah.Allah jadikan motor besar.." hehe..dia sangat meminati motor besar. saya pun terangkan, motor besar tu manusia cipta, tapi manusia ni pun Allah yang cipta. Bijak tak Allah? berkuasakan Allah...

suatu hari yang lain, dia bermain-main bersama sepupu-sepupunya. berlari-lari di tepi longkang. tiba-tiba kakinya terjatuh dalam longkang. "Allah.." dia melatah. Alhamdulillah. sekurang-kurangnya nama Allah telah masuk sedikit demi sedikit dalam hatinya. Atok dia selalu berpesan, ajarkan kalimah Lailaha illallah padanya. masukkan kebesaran Allah dalam hatinya, sebelum dia membesar dengan membesarkan makhluk ciptaanNYA.

perkembangan pembelajarannya, emm..dia semakin rajin mengaji. kadang-kadang, dia sendiri mencari buku Al-Furqannya. cuma sejak saya kurang sihat baru-baru ni, aktiviti mengajinya sedikit terganggu. kesian muhammad, hari ni kita sambung semula ya sayang..dia dah kenal byk huruf,tapi kadang-kadang, agak sukar dia menyebut. bab hafazan pulak, dia agak ketinggalan sedikit. masih di tahap lama. saya tidak mahu terlalu memaksa. belajar menghafaz ketika santai, tapi sayangnya..dia sangat suka bermain. hafazannya jadi tunggang langgang. kadangkala tidak mahu mengikut kita membaca. bagaimana ya...saya terbaca yang darwish tu boleh menghafaz surah Al-Buruj sambil memanjat kerusi. MasyaAllah..camana saya nak buat kat muhammad, supaya dia betul-betul suka menghafaz. tanpa paksaan dari saya.saya kena email dan menuntut dengan kak Lina Karim, ibu Darwish n Darwisya la ni...huhu...dia juga sudah pandai membilang satu sampai sepuluh. tapi selalu hilang no 8..nape ek..tak minat nombor lapan kot...huhu..


Alhamdulillah, sekarang ni muhammad sudah mula mengikut atoknya ke masjid. selalu jemaah masjid tanya tok, tak nangis ke dia? biasanya dia tak nangis, elok je dia ikut sembahyang kat belakang.bila balik dari masjid, saya akan tanya, " muhammad solat apa tadi?" dia akan kata,"muhammad solat ashar..tok solat gerib.." hehe..jarang sungguh sama jawapan solatnya. mesti dia solat lain dari atoknya. tapi kebelakangan ni, dia selalu juga ajak tok balik awal. sedangkan tok selalu balik lewat. kesian plak kat tok. jadi muhammad tak ikut tok le masjid dah dua tiga hari dah. minggu depan, muhammad akan ikut semula. i.Allah..saya perasan, bila dia ikut saya singgah di masjid, dia akan terus ke tempat wudhuk, dan berwudhuk. selalu tak sempurna pun wudhuknya. sokmo lupa basuh kepala. dari basuh muka, basuh tangan sebelah sampai siku dan terus basuh kaki. bila suruh basuh kepala, dia akan hulurkan satu kepala dia bawah paip. habis basah semua..huhu..selalu kena bawa baju spare, singgah masjid mesti kena tukar baju, sebab habis basah baju ambil wudhuk. sekali tu, singgah kat masjid Kuala Krau. lepas amik wudhuk je, dia terus masuk masjid (tempat muslimat, masih tak ajar dia untuk ke tempat muslimin) dia trus solat (ikut cara dia la...hehe) padahal jemaah tak solat lagi. consider dia solat sunat tahiyatulmasjid la tu...hehe...bila jemaah solat, dia ikut jugak..tapi sokmo siap awal dari jemaah.then lari-lari dalam masjid. kadang tu bising gak.. takut gak jemaah lain terganggu. sekarang ni orang masih belum terbuka untuk mmbawa kanak-kanak mencintai masjid. tapi setakat ni, tak pernah muhammad kena marah buat bising dalam masjid. selalu gak pesan dan tegur dia. semoga dia faham suatu hari nanti, dan semoga masyarakat kita akan menjadikan masjid, salah satu tempat mesra kanak-kanak suatu hari nanti.

Alhamdulillah, terasa seronok dn bahagia sangat membesarkan muhammad fathi. pelbagai cabaran., pelbagai dugaan, namun kebahagian melihat dengan membesar depan mata itulah yang tak ternilai. Alhamdulillah Ya Allah..nikmatMu yang tak terkira. semoga mujahid kecil ini menjadi mujahid soleh, sesoleh Sultan Muhammad Al-Fateh..amin..

















Thursday, December 22, 2011

pertemuan ukhuwwah SSH & SBPA & demam...

assalamualaikum...

hari ni nak buat entry 3 in 1..harap tabah membacanya..^_^...

Pertemuan Ukhuwwah SSH..

alhamdulillah..setelah merancang selama dua minggu (yeke?x ingat la..) akhirnya Allah izinkan kami bertemu. kumpulan sokongan SSH dlm entry saya yang dahulu berlegar sekitar alam maya, dan akhirnya, pertemuan di alam realiti tercipta..petang sabtu 17hb Disember 2011 bertempat di KL Sentral,kami bertemu. perjalanan untuk sampai ke situ agak mencabar. pagi2 lagi saya drive dari Pahang, bersama dua orang adik yang sokmo jadi bodyguard i...hehe..dan of course dgn my hero..muhammad. sampai di rumah kak long hampir jam 12.30 tengahari, bertolak pn dah lewat sebenarnya. memang plan nak ajak muhammad fathi naik komuter for the first time, so sampai kat KTM Serdang ingat nak parking kereta kat situ...tup-tup..parking tu tgh renovate..maka,saya pun berpatah balik ke balakong. dari taman impian Ehsan kami naik bas ke KTM serdang. saja nak bagi experience kat muhammad naik bas.then naik komuter ke KL Sentral. hati berdebar je..macamana la rupanya kak pae dan nur ni ye..saya yang pertama sampai kat situ,sempat solat dan makan dulu. barulah kami bertemu di depan McD..mula2 nampak Nur, then disebelahnya ada kak pae..alamak cantik la Nur ni..kata saya dalam hati. bila dia tersenyum, terasa sampai ke hati...kak pae plak sangatla comel..macam anak dara je..hehe..Nur bersama Nadaa dan Marwa..manakala kak pae bersama alya dan fawwaz..mula2 agak segan, tapi lama2 rancak bercerita..muhammad plak buat perangai, dia mengantuk dan penat akhirnya meraung2 ajak balik..terasa cam tak puas je nak berborak..apakan daya,terpaksa bergegas balik dulu. sampai rumah kak long, badan terasa penat yang amat..maklumlah bersesak2 dalam komuter dengan mengdukung muhammad..tapi sangat best dapat jumpa mereka berdua.
esoknya, saya dan keluarga ke Kelab Golf Bukit Rahman Putra, menghadiri majlis persandingan abang ipar pada adik saya. sangat terharu dengan layanan keluarga mereka. walaupun budaya keluarga mereka dan keluarga kami berbeza, bahasa keluarga mereka dan keluarga kami berbeza, tapi layanan mereka tetap sama. sangat mesra. tahniah pada keluarga Dato Dr Kamarul Bahrain yang menerima menantu baru yang sangat cantik.

Taklimat SBPA

seperti yang sedia maklum, penjawat awam sekarang hangat membincangkan tentang isu SBPA..beberapa pembaharuan dilakukan dlm SBPA, saya nak ulas lanjut cam malas je..hehe..yang pastinya, pagi tadi saya bersama rakan2 sejawatan telah menandatangani persetujuan menerima SBPA. dan saya dengan jayanya dengan menge'tick' di kotak persaraan 60thn...huhu..mesti korang tanya..larat ke nak kerja sampai 60thn?..jawapannya wallahua'lam..kalau panjang umur, sihat tubuh badan..insyaAllah..mulanya saya nak stay umur persaraan cam yang saya pilih thn 2008 dulu iaitu 58thn..tapi memandangkan loan rumah saya sampai umur saya 60thn, maka saya dengan 'terpaksanya' tick kat 60thn..huhu..tapi in case nak bersara awal..dipersilakan..dan mengikut taklimat yang ikuti tadi, katanya saya dapat pencen macam biasa..itupun mungkin akan ada perubahan demi perubahan yang akan berlaku sepanjang perkhidmatan saya. jadinya..bersedia jela..


Demam..

sebenarnya badan kita juga memerlukan rehat yang cukup. saya dapat pengajaran ini apabila suhu badan saya meningkat, kepala semakin memberat, seluruh badan terasa sakit...mungkin rehat yang tidak mencukupi. dari hari sabtu sampai semalam, saya memandu beratus-ratus kilometer..dalam masa sebulan hampir 5ribu kilometer kereta itu bergerak..mungkin pada anda, tak la banyak sangat..tapi cuba bayangkan sewaktu saya di sarawak dulu, milleage kancil saya 28000 selama 4thn lebih..dan apabila saya berpindah ke Pahang, milleage Pesona saya 50000 dalam masa 2thn...huhu..baru saya sedari, bahawa Pesona itu sangat berjasa pada saya..dan malam ini, setelah sebiji panadol menjadi habuan saya..barulah badan terasa lega..alhamdulillah..Allah memberi sakit dan Dialah yang Maha Penyembuh..saya rasa seronok sebenarnya bila sesekali Allah bagi sakit pada saya. mungkin sebagai satu peringatan pada saya..cukupla mengejar dunia..dan memberi peluang badan saya berehat, jika tidak mungkin si merahku itu bergerak lagi hari ini. huhu..demamku ini nampaknya 'berjangkit' pada muhammad. suhu badan dia malam ni 38.2. buka peti sejuk..ubat demam yang selalu disimpan sudah habis. terpaksalah tunggu pagi esok untuk tindakan selanjutnya..harap2 suhu badan muhammad terkawal..janganlah terlalu panas. ya Allah sembuhkan la muhammad ya Allah..hanya Engkau yang Maha Penyembuh..



Friday, December 16, 2011

mimpi lagi..

assalamualaikum..

jumaat yang mulia. penghulu segala hari. dan seperti entry saya sebelum ini. saya akan ceritakan tentang apa yang berlaku seminggu yang lalu. backdated entry. jumaat yang lalu. saya mengambil keputusan untuk merealisasikan hasrat sendiri untuk tidur di rumah saya di Taman Jaya 8, Temerloh buat pertama kalinya. hasrat itu sudah beberapa kali tertangguh memandangkan kesibukan dan tuntutan tugas sebagai seorang anak, jiran dan sebagainya. maka saya mengotakan pada hari jumaat yang lalu. saya hanya bersama muhammad bermalam di sana. rumah tu plak jiran sebelah menyebelah takde. rumah depan pun orang tak duduk lagi. yang ada orang pun selang dua, tiga buah rumah disebelah kiri dan kanan. memang agak menyeramkan bagi saya. tapi saya kuatkan juga semangat. selepas makan malam, dalam pukul 10mlm, muhammad mula menutup tv dan mengajak saya tidur. saya memasang semua lampu di dalam rumah dan di luar rumah.. takut punya pasal. hehe..sambil berbaring,saya membaca ayatulkursi, 3 qul, surah al-insyirah dan berzikir dengan harapan supaya muhammad cepat melelapkan mata. begitu juga mata saya. cepatlah lelap..saya berdoa sangat2 supaya tiada apa2 berlaku malam itu. saya hanya bergantung dan bertawakal pada Allah. terbayang pula komen2 dalam facebook beberapa minggu yang lalu menyatakan bahawa salah satu rumah area taman jaya dimasuki perompak. Ya Allah jauhi kami dari segala bala bencana angkara manusia.

rasanya setiap jam saya terjaga, namun akhirnya saya terlena juga. tiba-tiba saya terasa seperti saya berada di Sarawak, di sekolah lama saya dulu. saya mengadakan aktiviti bersama anak murid saya dan datang seorang posmen menghantar bungkusan pada saya. saya membuka bungkusan tersebut dan di dalamnya terdapat satu kotak coklat yang tertulis i luv(simbol love) u..sangat cantik. saya tersenyum dan berasa sangat gembira. saya kemudiannya menghantar kakak saya yang juga ada disana ke klinik mendapatkan rawatan, sedang saya menunggu kakak saya masuk berjumpa doktor, saya menelefon abang. muhammad ada disebelah saya sedang bermain.

saya:assalamualaikum bang..
abang: waalaikumsalam..nape sayang?syg buat ape tu?
saya: syg hantar kak ke klinik. abang buat ape?
abang: tak buat ape2..
saya: abang, bungkusan yang bagi bagi tu dah sampai.
abang: (gelak)
saya: terima kasih abg..abg tau tak kak umi tu kan anak dia dua org meninggal....
tuuuuuuttt....terus terjaga!!!!!!!!

terjaga dan terus duduk. dalam hati...kenapa lama dah aku tak telefon abang?

pandang keliling...Allahu Rabbi...Abang dah takde..abang dah meninggal dunia dah..baru tersedar yang rupanya saya bermimpi...MasyaAllah..ya Rabbi..saya bermimpi dan mimpi tu macam betul2 berlaku..suasana, segala rasa dan segalanya seperti saya di Sarawak dan dia di Pahang. suasana kehiduan kami sebelum saya ambil cuti tanpa gaji mac 2009 itu. dialog akhir tu macam dialog saya berbual dengan abg hari terakhir dia bersama saya. Allahu rabbi..pandang pada jam, subuh baru saja menjengah..dan airmata saya tidak dapat ditahan2 lagi. bangun pagi itu, terasa satu kehilangan yang amat sangat. lama saya duduk disejadah menghadiahkan sesuatu untuk abang, sambil berfikir. masyaAllah..semalam saya baru share tentang persoalan roh di facebook dan blog, dan akhirnya Allah makbulkan permintaan saya untuk 'bertemu' dengannya, walau sekadar mendengar suara. namun ianya sedikit sebanyak mengubat kerinduan saya. dan mimpi itu memberi semangat untuk saya meneruskan hidup saya kerana saya tau kasih sayang dia tetap bersama kami berdua disini.



apabila terfikir semula, sudah tiga kali saya bermimpikan abang dalam keadaan yang sama iaitu saya ketakutan. first time, sehari sebelum saya menerima keputusan pindah dari sarawak, kedua ketika saya bermalam di kuaters guru di benta. kuaters yang kosong. tidak ada apa2 kemudahan dan saya bermalam bersama seorang adik dan muhammad. muhammad ketika itu baru berusia 3 bulan. abang datang dalam mimpi saya sambil menghadiahkan sebuah senyuman manis. Allahu rabbi..orang kata mimpi mainan tidur, tapi saya betul2 berharap yang mimpi saya tu betul2 punya... yang mana sememangnya abang menghantar 'mesej' pada saya yang dia tetap dan masih sayangkan saya! i luv u too abang..





Thursday, December 15, 2011

panik!

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

salam ukhuwwah..seminggu yang berlalu..sepi. sunyi je belog ni. tuan belog bizi sikit lately. hari ni baru berkesempatan membuka laptop. nak buat entry lagi, nak jenjalan bw lagi. kena spend masa betul2 ni sementara si hero tu tidur.

seminggu ini, pelbagai perkara berlaku. macam2. saya nak cerita tentang apa yang berlaku pada hari khamis yang lalu. seminggu yang lalu. hari ni pun dah hari khamis. alkisahnya....sesudah subuh, sinar suria masih belum menampakkan bayangnya. alam masih terasa sunyi. sesudah menyidai telekung, muhammad nampak bergerak2. hampir membukakan matanya, sudahlah malam tadi lewat tidur, pagi pulak awal bangunnya. lalu saya menepuk2 badannya untuk menidurkannya semula. tiba-tiba, suasana sunyi pagi itu dicemari dengan bunyi yang kuat. raungan. lolongan. teriakan. saling sahut menyahut. saya yang panik, terus terjun katil berlari ke arah suara tersebut. suara yang berpunca dari rumah jiran sebelah. sekujur tubuh kecil kebiruan dipapah oleh mak saya yang terlebih dahulu sampai. juga dipegang oleh kak de (anak jiran sebelah). "danish..danish kena sawan..tarik.." ibu danish sudah tidak mampu berfikir, hanya menangis meraung memanggil nama anaknya yang tidak sedarkan diri. "bawa ke klinik..klinik.." suara ayah saya kedengaran. makcik rodiah pun menyiakan dan saya segera berlari balik ke rumah untuk mencari kunci kereta dan menghidupkan kereta. danish diangkat masuk ke dalam kereta, dan dia masih belum sedarkan diri. belumpun sempat kereta bergerak, terdengar rengekan dari mulut kecilnya. Alhamdulillah..danish dah sedar. sampai ke klinik. kami menunggu doktor on call. tidak lama kemudian doktor datang memeriksa suhu badan danish, tekanan darah, jantung dan sebagainya. suhu badannya tinggi. begitu juga dengan tekanan darahnya. danish semakin tenang dan hanya sesekali merengek. tetapi dia meraung apabila doktor berusaha mengambil darahnya. tidak lama kemudian, danish dan ibunya dibawa ambulans untuk dihantar ke hospital temerloh. saya dan nenek danish kembali pulang ke rumah.

secara jujurnya, saya tidak pernah berdepan situasi panik dan havoc sebegitu. saya juga sangat2 terkejut melihat danish yang kebiruan dan terkulai layu. saya dapat bayangkan perasaan seorang ibu apabila berdepan keadaan tersebut. danishlah satu2nya anak ibunya. ibunya pula menghidap penyakit jantung berlubang sejak kecil, dan kelahiran danish adalah rahmat Allah setelah ibunya bertarung nyawa melahirkannya. doktor juga telah berpesan supaya dia tidak boleh mengandung. dan ibu danish sanggup menanggung risiko untuk mendapatkan seorang anak. saya tidak dapat bayangkan andai saya berdepan situasi begitu. nauzubillah min zalik peristiwa itu menjadikan saya terfikir tentang harga sebuah kehidupan, kesihatan dan nikmat melihat anak yang sihat. Ya Allah peliharalah kami, ya Allah..dari sebarang musibah.  pliharalah iman kami, kepadaMu tempat kami bergantung dan kepadaMu kami berlindung..

p/s:muhammad dah bangun. so, kena out dulu..jumpa lagi..


Friday, December 9, 2011

beberapa persoalan tentang Ruh..

Sumber asal-> minda tajdid

Sekali lagi saya merujuk beberapa pandangan al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H). Ini kerana beberapa isu yang dibahaskan semasa di Oxford membabitkan pandangan beliau. Sering saja nama besar itu menarik perhatian saya dalam kajian.

Sebenarnya, sejak dahulu saya memang berminat dengan tokoh tajdid ini. Sebagai anak murid tokoh reformis yang agung Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H), al-Imam Ibn Qayyim telah meneruskan usaha pembaharuan dan sumbangan ilmu selepas kewafatan gurunya itu. Saya sendiri –dengan segala kedaifan yang ada - telah mengasaskan pusat pengajian umum yang saya nama Dewan Pengajian al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah di Bukit Mertajam, S. Perai. Alhamdulillah, sekarang bertambah subur dan terus menyumbang dan dikenali sebagai IQ.

Dewan Ibn Qayyim yang penulis asaskan di Bukit Mertajam, S. Perai.
Lebih Luas

Ibn Qayyim dan gurunya Ibn Taimiyyah sering dikaitkan dengan aliran salafi. Bahkan ada yang menganggap bahawa pemikiran al-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab (meninggal 1206H) yang dikaitkan dengan wahabi itu sama seperti Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim.

Walaupun memang banyak perkara yang Muhammad bin Abdul Wahhab petik dan ambil daripada Ibn Taimiyyah, namun hakikatnya beliau tidak memiliki keluasan ilmu seperti Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim. Pemikiran Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim itu lebih menjangkau dan luas ke segala ceruk rantau bidang ilmu dari tauhid sehingga kepada kerohanian, dari akidah sehingga ke falsafah.

Melihat Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim cuma menerusi jendela Muhammad bin Abdul Wahhab akan memperkecilkan nilai sebenar kedua tokoh reformis yang agung itu. Sudah pasti melihat Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim dari jendela sesetengah salafis literalis yang muncul di zaman ini akan menzalimi dan menghina kehebatan ilmu kedua tokoh ilmuwan besar itu.

Antara perbahasan Ibn Qayyim yang agak ‘berbeza’ adalah mengenai ruh dalam karyanya ‘Al-Ruh’. Dalam karya ini Ibn Qayyim membincangkan tentang tajuk yang sering dianggap kontroversi iaitu persoalan tentang ruh; apakah mayat mengetahui apabila orang hidup menziarahi, apakah ruh orang mati menziarahi orang hidup, apakah ruh orang hidup dan orang mati bertemu dan pelbagai lagi. Oleh kerana agak aneh jawapan-jawapan Ibn Qayyim tentang hal-hal ini sehingga menyebabkan sesetengah mereka yang beraliran salafi cuba menyatakan kitab ini ditulis sebelum beliau berguru dengan Ibn Taimiyyah.

Namun, kenyataan itu ternafi kerana dalam kitab ini beberapa kali menyebut nama gurunya itu dengan penuh penghormatan. Ini menunjukkan ia ditulis berguru dengan Ibn Taimiyyah dan dari beberapa ungkapannya menunjukkan setelah Ibn Taimiyyah meninggal dunia.

Hakikat Barzakh

Telah lama kitab ini saya beli. Sejak saya belajar ijazah pertama di Jordan lagi. Namun, saya tidak memberikan masa yang memadai untuk menelaahnya. Apabila sahabat dan jiran saya yang turut menjadi felow di OCIS, Oxford; Sayyed Shahabeddin Mesbahi penulis buku Method and Mysticism, berbual berjam-jam pada suatu malam tentang alam barzakh, menyebabkan saya kembali mengingati buku ini. Huraian beliau tentang barzakh telah mengetuk fikiran saya untuk kembali melihat persoalan ini.
Apakah itu hakikat barzakh? Apakah ruh yang dibawa ke barzakh masih dapat mengingati apa yang telah mereka lalui di dunia ini? Lebih dari itu, apakah mereka yang berada di alam barzakh dapat mengetahui perkembangan tertentu di dunia ini? Inilah antara persoalan yang dilontarkan oleh ramai sarjana lepas, termasuk Ibn Qayyim dalam buku khusus tentang hal ini dan persoalan ini juga diminati oleh ramai penulis Barat dan pelbagai penulis filem di seluruh dunia. Persoalan ini mungkin kurang menarik bagi sesetengah pihak, namun bagi sesiapa yang kematian orang yang dikasihi, mungkin perkara berlegar dalam fikirannya. Juga kepada sesiapa yang mempunyai pengalaman tentang hal ini seperti sahabat saya Presiden IRF.
Kita pada hakikatnya makhluk bersosial. Kehidupan ini terbina atas hubungan kita dengan makhluk lain; manusia dan alam. Apabila kita mati, tubuh kita mungkin hancur menjadi tanah, namun ruh kita membawa bersamanya sejuta kenangan tentang kehidupannya di alam ini. Ruh akan terus mengingati keluarganya, sahabat handainya, kediamannya dan segala yang pernah dilalui.
Al-Quran menceritakan tentang keadaan ahli syurga apabila melihat buah-buahan di sana, lalu mengingati buah-buahan yang pernah mereka makan di dunia dahulu. Firman Allah: (maksudnya)
“dan berilah khabar gembira kepada mereka yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: “Inilah yang telah diberikan kepada ami dahulu”; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lama”. (Surah al-Baqarah: 25).
Jika di akhirat insan masih mengingati apa yang telah dilalui di dunia, sehingga rupa buah-buahan pun masih segar di ingatan, inikan pula perkara-perkara yang lebih besar. Sebelum akhirat bermula, setiap ruh akan berada di alam barzakh. Membawa bersamanya jutaan kenangan tentang kehidupan yang telah dilalui.
Apakah ruh insani akan berenang kesepian dalam alam barzakh yang maha luas itu? Atau mungkin bersosial di alam baru? Atau apakah masih ada ruang untuk ruh berjenguk perkembangan alam duniawi; kaum keluarganya, negaranya, sahabat handainya dan perkara-perkara yang Allah izinkan untuknya. Apakah ruh akan mengetahui beberapa tindakan sesiapa yang dikenalinya di dunia? Perkara-perkara ini dibahaskan oleh ramai sarjana muslim berasaskan riwayat-riwayat yang pelbagai dan penilaian yang berbeza pula.
Kita tahu Nabi s.a.w melarang kita menyakiti mayat antaranya sabda baginda dalam hadis yang sahih:
“Mematahkan tulang mayat sama seperti mematahkan tulang orang hidup” (Riwayat Malik, Abu Daud, Ibn Majah dll).
Banyak hikmah atas larangan tersebut, antaranya kerana mayat itu mempunyai empunyanya yang telah ke alam barzakh. Menyakiti mayat, akan menyakiti perasaan ruhnya. Ini antara tafsiran yang diberikan. Hakikat insan ialah ruhnya, tanpa ruh hanya tinggal tubuh yang tidak bernyawa. Walaupun tubuh sudah mati, ruh terus hidup dengan caranya yang tersendiri.

Ahli Kubur

Kita juga diajar oleh Nabi s.a.w agar memberikan salam kepada ahli-ahli kubur apabila kita melalui kawasan perkuburan. Pasti mereka mengetahui salam kita, jika tidak masakan kita disuruh memberi salam kepada batu dan kayu. Kata Ibn Qayyim:
“Nabi telah syariatkan umatnya agar ketika memberikan salam kepada ahli kubur hendaklah memberi salam seperti kepada mereka yang mendengar ucapan dengan menyebut ‘salam sejahtera kepada kamu wahai para penduduk yang beriman’. Ucapan ini untuk sesiapa yang mendengar dan berakal, jika tidak ucapan itu hanya seperti bercakap kepada sesuatu tidak wujud dan kaku. Ulama salaf telah bersepakat mengenai hal ini dan terdapat riwayat-riwayat yang mutawatir daripada mereka bahawa mayat mengetahui ziarah orang hidup dan bergembira dengannya”. (Ibn Qayyim, al-Ruh, m/s 140, Jordan: Maktabah al-Manar).
Di sana ada riwayat yang dinilai sahih oleh Ibn al-Mubarak, ‘Abd al-Barr, ‘Abdal-Haq al-Ashbili, Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim dan lain-lain, di mana Nabi s.a.w bersabda:
“Tiada seorang yang melintasi kubur saudaranya yang mukmin yang dia kenalinya dahulu di dunia, lalu memberi salam, melainkan dia (si mati) mengenalinya dan menjawab salamnya”.
Ibn Qayyim juga turut membahaskan apakah ruh orang yang mati boleh bertemu ruh orang hidup? Kata Ibn Qayyim:
“Apakah ruh mereka yang hidup dapat bertemu dengan ruh mereka yang mati? Bukti dan dalil dalam perkara ini sangat banyak, tidak dapat dihitung melainkan Allah. Perasaan (sense) dan realiti antara bukti terkuat bahawa berlakunya pertemuan ruh orang hidup dan orang mati seperti mana bertemunya ruh orang hidup sesama sendiri” (al-Ruh m/s 173).
Kemudian Ibn Qayyim mengemukakan pelbagai hujah yang dimulakan dengan firman Allah (maksudnya) :
“Allah yang mewafatkan jiwa-jiwa dari badan-badan; ketika matinya, dan ketika tidak mati semasa tidurnya; kemudian Dia menahan jiwa orang yang Dia tetapkan kematiannya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir”. (Surah al-Zumar: 42).
Demikian ruh datang dan pergi dari jasad. Ada yang hidup semula, ada yang mati tidak kembali ke jasad. Kata Ibn ‘Abbas ketika menafsirkan ayat di atas:
“Telah sampai kepadaku bahawa ruh orang hidup bertemu ruh orang mati dalam tidur. Mereka bertanya antara satu sama lain. Allah menahan ruh orang yang mati dan melepaskan kembali ruh orang yang hidup ke jasadnya”.
Kesimpulan Ibn Qayyim dan tokoh-tokoh yang lain bahawa kematian dan perpindahan insan ke alam barzakh masih mempunyai ruang untuk insan berhubung atau mengetahui kadar tertentu kejadian di dunia ini. Dari cebisan ilmu kita cuba memahami perkara ini. Namun, kita akhir menyebut firman Allah (maksudnya)
“dan mereka bertanya kepadamu tentang ruh. Katakanlah: “Ruh itu dari urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu melainkan sedikit sahaja”. (Surah al-Isra: 85).

Monday, December 5, 2011

pergi tak kembali

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

salam ukhuwwah. bagaimana untuk memulakan kalam, hati dan jiwa ini benar2 tersentuh dengan apa yang dibaca sedari semalam. tidak sengaja sebenarnya, apabila membuka mukabuku ku itu, terpandang satu status dari seorang sepupu saya yang sedang belajar di Universiti Al-Bayt Jordan. dan tidak lama kemudian, satu lagi post status dari seorang sahabat kepada adik yang yang juga semuanya mantan pelajar Al-Bayt Jordan. semuanya berkaitan kematian salah seorang pelajar Jordan university of Science and Technology (JUST). dan kemuncaknya, saifulislam.com juga menceritakan kisah yang sama.

kisah pemergian seorang anak muda yang sedang berjuang di medan ilmu. saat saya membaca buat pertama kali, saya tidak begitu ambil peduli. sekadar ucapan "innalillahi wainna ilaihi rajiuun..Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa'fu anhu.." saya tidak mengenalinya.inilah tipikal muslim sekarang,tidak ambil peduli tentang orang yang tidak dikenali. tetapi apabila muncul status kedua dari sahabat adik itu, saya teruja untuk mengenali allahyarham. saya mengodek2 facebook dan akhirnya saya ketemu facebook arwah yang masih aktif. terkedu! buat pertama kalinya saya membaca facebook orang yang telah meninggal dunia dan akuannya masih aktif. tidak mengapa pada saya, kerana allahyarham ILham Ellani ini orang baik dan soleh. saya membaca dan menghadamkan setiap bait kata-kata insan yang bakal dipanggil pulang. beberapa status terakhirnya, mengadu tentang kesakitannya. demam! sakit kepala! dan status kedua terakhir menceritakan tentang hidungnya yang asyik berdarah setiap 2 atau 3 jam sekali. dan akhirnya saat membaca status terakhirnya, saya terasa sangat syahdu. status terakhirnya bertarikh 28 Nov 2011 yang lalu mencerita yang dia tidak menjangka seteruk itu penyakitnya. ya, allahyarham disahkan mengidap leukimia dan setelah 4 hari terlantar di hospital, dia akhirnya pergi mengadap Ilahi. semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh beliau dan ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh. saya tidak mengenalinya, tetapi saya dapat rasakan perasaan sahabat2 allahyarham. kehilangan yang mengejut. Ibrahnya, 1. betapa tabah dan kuatnya allahyarham ketika menghadapi kesakitan demi kesakitan di perantauan, tidak ramai yang mengetahui perit lelah allahyarham mengharungi ujian kesakitan itu. 2. betapa setiap manusia pasti akan merasai kematian dan apabila tiba saatnya, tidak akan terlewat  atau tercepat barang sesaat. berikut saya copy ucapan takziah dari Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan.


Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh .

Sekali lagi kita dikhabarkan dengan berita mengenai kematian, tetapi kali ini melibatkan pelajar tahun 3 JUST Saudara Mohd Ilham Ellani Bin Jamal yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 3.15 petang tadi [waktu Jordan ] 3 Disember 2011  Sehubungan dengan itu, pihak kepimpinan MPPMJ dan seluruh warga MPPMJ merakamkan ucapan takziah dan semoga Allah Subhanallah Wa Taala. mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan dihimpunkan bersama golongan orang-orang yang soleh. Semoga Allah memberikan ganjaran dan kekuatan buat kalian sepertimana kuatnya para syuhada Mutah..



أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِن رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُوْلَئِكَ هُمْ الْمُهْتَدُونَ
 

Bermaksud: Sungguh akan Kami berikan cubaan kepada kalian, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun” (Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan hanya kepada-Nya kami kembali) . Mereka itulah orang-orang yang mendapat shalawat dan rahmat dari Rabb mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.(Al-Baqarah : 155-157)



Oleh yang demikian,saya ingin mengambil kesempatan mengajak warga MPPMJ untuk   bermuhasabah diri dalam  mengingati hakikat kehidupan. Sebagaimana baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. telah berwasiat kepada Ibnu Umar (Abdullah) r.a. berbunyi:

“Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang musafir ataupun sebagai pengembara.” (Matan Ar-Baien,Imam nawawi)

Tambahan pula, Ibnu Umar pernah berkata:

“Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati”.(Matan Ar-Baien,Imam nawawi)


Maka, wasiat tersebut mengingatkan kita bahawa hakikat musafir  di dunia ini pasti ada penghujungnya  Justeru,  apakah persiapan  yang telah kita lakukan untuk bertemu Allah S.W.T pada hari yang penuh dengan persoalan di padang Mahsyar?


Nabi bersabda kepada utusan anak perempuan baginda yang menyampaikan berita kematian cucu baginda, lalu baginda bersabda  :
” Pulanglah kepadanya dan khabarkan  sesungguhnya Allah berhak mengambil dan memberi kepunyaanNya, setiap perkara sudah ada ajalnya disisi Allah, maka suruhlah dia bersabar dan mengharap ganjaran kepada  Allah”.(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Saya sekali lagi  mewakili seluruh kepimpinan dan warga MPPMJ, merakamkan  takziah dan berharap agar seluruh ahli keluarga dapat bersabar atas  ketentuan Allah Subhanallah Wa Taala ini. Semoga Allah Subhanallah Wa Taala. melimpahi rahmat ke atas roh beliau dan mudah-mudahan beliau ditempatkan bersama roh para solihin dengan izin Allah Subhanallah Wa Taala,  InshaAllah. Al-Fatihah



MUHAMMAD HUSSIN BIN MOHD FAUZI
Presiden,

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan sesi 2011/2012

Sunday, December 4, 2011

home sweet home..

assalamualaikum...

ingatkan nak buat enty pagi tadi..best je nak menyayat di pagi yang tenang,tapi sibuk2 dengan kerja rumah, makanya,saya terpaksa mem'postponed'kan niat saya..sehinggalah matahari tegak di atas kepala..:)

salam ukhuwwah semua. hari ahad yang tenang. sedari pagi, sibuk melayan anak+anak saudara-sambil masak+lepaks dengan adik2 yang jarang2 jumpa..jadi sedar tak sedar, masa berlalu begitu saja.rupanya dah masuk separuh hari untuk hari ini. entry ni dibuat untuk cerita kisah semalam..jadi jom...kita zzzzaaaasss kembali ke hari semalam...

pagi sabtu..bangun pagi2.terus sibuk nak memasak, sebab hari ini saya bercadang untuk membuat jamuan di rumah saya di Taman Jaya 8 Temerloh Pahang.Rumah saya yang baru dapat kunci bulan April yang lalu..bulan April???ooohhh..sudah lama yer..hehe..waahhh..baru saya sedar, sudah lapan bulan saya dapat kunci..tapi saya tak buat apa2 pun dengan rumah tu...huhuu...sungguh terharu..:(

cuma sebulan yang lalu, saya berjaya meletakkan perabot asas dalam rumah tu. nak buat apa yer rumah tu...saya pun tak tahu kalau orang tanya macam tu..nak duduk, rasanya tidak buat masa sekarang sebab saya selesa tinggal di rumah mak ayah saya sekarang, lagipun sekolah tempat saya mencari rezeki hanya dua tiga langkah dinosour je dari rumah saya..kalau nak disewakan, saya rasa sayang..sebab rumah baru, takut rosak pulak..dan akhirnya,saya bercadang untuk bangunkan sebuah homestay atau rumah sewa harian di rumah tu,walaupun saingannya banyak,tapi takpelah..rezeki masing2 kan..semoga ada manafaatnya nanti.

saya rasa, kalau orang lain mesti excited sangat2 bila dapat kunci rumah sendiri buat kali pertama. kalau anda tanya saya, saya akan jawab..biasa je..mungkin sebab situasi yang berbeza. tahun 2009 dulu,saya memang bercadang untuk memiliki rumah pertama sebelum umur 30tahun. dan saya sendiri mencari2 iklan daripada pemaju perumahan, dan ketika itu, arwah mak mertua saya ada menegur" kak ngah nak beli rumah ke?" saya menafikan, sebab niat saya tu saya tak bincang lagi dengan abang. abang hanya memandang saya dengan penuh tanda tanya bila mak tegur saya begitu. then saya ceritakan hasrat saya pada abang, dia hanya diam. menyokong tidak, menolak pun tidak. (peristiwa ini berlaku dalam jangka masa sebulan sebelum pemergiannya..)

cuma seminggu selepas itu, abang sendiri cakap,"bestnya kalau kita ada rumah sendiri kan.." 
sayang," emmm...memang best, sayang nak tanam orkid banyak2"
abang, "petang2 boleh kita berkebun.."
sayang, "emm..kita tanam pisang yek.."
abang, " hujung minggu baru kita balik umah relai atau jenderak kan.."

berangan memang best!! ^_^

sayangnya, angan-angan itu hanya sekadar angan-angan. Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah kurniakan. tak sangka pada usia 31 tahun, Allah telah memberi saya rezeki ini. hakikatnya bukan milik saya sepenuhnya lagi, kerana  hutang saya yang bertimbun itu..huhu..
apepun..syukur yang tak terhingga..semoga rumah itu menjadi aset yang mendatangkan keuntungan buat saya dan anak soleh saya. hakikatnya, segalanya bukan milik saya. harta yang Allah pinjamkan ini, saya akan hibahkan buat anak soleh saya Muhammad Fathi. saya tiada harta..yang ada semua milik Allah dan dipinjamkan buat anakanda tercinta. semoga Allah menganugerahkan kami satu rumah di syurga kelak..untuk kami sekeluarga berkumpul semula...amin ya rabb..

p/s: 1-ini bukan gambar rumah saya, ni tempat kami berdua menumpang teduh, rumah mak ayah saya..
2- errkk- maaf, gambar muhammad not in proper attire..
3- sedang menangis berebut kamera dengan ummi....haha....



Wednesday, November 30, 2011

HIV..satu dimensi baru..

assalamualaikum...

pelik dok tajuk n3 saya kali ni..saya mengenali dia dan sahabat2nya di dalam blognya..melalui blog itu, mereka berjuang menentang salah faham tentang HIV, AIDS,stigma,diskriminasi,judgmental dan malpractice!saya beristighfar apabila membaca ujian yang Allah berikan padanya. dan sememangnya Allah memilih insan2 istimewa saja untuk diuji. dan hasilnya, dia dan sahabatnya membantu mereka yang kegelisahan, kerunsingan dan berdepan dengan pelbagai cabaran berkaitan HIV. anda semua boleh singgah di blog ini aku hiv positif untuk mendapatkan satu dimensi baru berkaitan HIV. Al-Kisah satu cerita...(dicopy sepenuhnya dari blog AHP)


Pada suatu petang seorang datuk melayan cucu lelakinya yang bernama Iman, berumur 15 tahun memancing di sebuah boathouse di Tasik Kenyir. Keindahan pemandangan alam semulajadi  ciptaan Allah memukau dan  menenangkan jiwa sesiapa sahaja. Mereka sekeluarga bercuti sambil mengadakan sambutan hari keluarga di sana. Ahli keluarga yang lain pergi menjalani aktiviti jungle trekking di Pulau herba yang berdekatan.   

Datuk tersebut sebenarnya seorang pembawa HIV dan menikmati sisa-sisa hidupnya sebagai seorang pesara dan ahli jawatankuasa masjid. Hubungan datuk dengan cucunya itu sangat rapat kerana dialah satu-satunya cucu lelaki kepada lelaki tua tersebut.  




Iman: “Atuk, Iman nak tanya sikit boleh tak?”

Atuk: “Ada apa pulak kali ni Iman…?, tanyalah.”

Iman: “HIV tu apa Atuk?”

Atuk: “HIV tu akronim kepada virus yang melemahkan sistem pertahanan badan…”

Iman: “Ooo… AIDS pulak tuk?”

Atuk: “AIDS pun akronim kepada sekumpulan penyakit yang biasa menjangkiti pembawa HIV apabila sistem pertahanan badannya menjadi terlalu lemah atau tiada lagi. Macam negara kita juga, tak ada polis dan askar ramailah yang nak menceroboh”.

Iman: “Contoh?”

Atuk: “Kanser, boleh kena pada sesiapa pun tetapi kalau kena pada pembawa HIV yang lemah imuniti badan, mereka panggil AIDS…”

Iman: “Maknanya HIV dan AIDS bukan penyakitlah?”

Atuk: “Bukan... Kenapa, apa sebenarnya Iman nak tanya ni?”

Iman: “Hehehe… atuk ada HIV kan?”

Atuk: “Iya…!”

Atuk buat-buat bodoh menunggu soalan seterusnya daripada Iman.

Iman: “Teruk ke tuk?”

Atuk: “Tak adalah biasa-biasa je, sama macam penyakit-penyakit kronik lain tapi orang luar selalu salah sangka. Selalunya mereka takut-takut untuk bergaul dengan atuk kalau tahu atuk ada HIV, kononnya mereka takut berjangkit…!”

Iman: “Kenapa tuk?” Iman kelihatan teruja.

Atuk: “Mereka tak betul-betul faham HIV dengan cara jangkitannya.  Pastu selalu orang kaitkan HIV dengan gejala negatif seperti hubungan seks bebas dan dadah. Kononnya HIV ni penyakit orang-orang jahat. Itu tidak semestinya. Dulu-dulu doktor dan kakitangan hospital pun ramai yang anggap begitu.”

Iman: “Eh, memanglah. Iman belajar pun begitu tuk… Iman tanya cikgu kaunseling, cikgu kaunseling pun cakap begitu…. HIV kan berjangkit melalui seks bebas dan dadah.”

Atuk: “Bukan kerana perbuatannya tetapi kerana punca jangkitannya. Contoh, kalau seseorang buat hubungan seks bebas tetapi mengamalkan seks selamat dan semua pasangannya bebas HIV, dia pun tak kena HIV…”

Iman: “Dadah?” Tanya Iman seperti tidak puas hati.

Atuk: “ Samalah, suntik atau telanlah 50 ribu kilo dadah sehari dan selagi tak kongsi jarum suntikan dengan pembawa HIV, HIV takkan terjangkit. Tetapi dapatlah penyakit lain pula…” Atuk tergelak.

Iman nampaknya makin keliru berbanding dengan pengetahuan sedia adanya.

Iman: “Habis, bolehlah buat sesuka hati kita tuk? Tak kena HIV ya?”

Atuk: ”Isskh… lain macam bunyi soalan Iman ni… Maksud atuk, antara fakta dengan anggapan adalah berbeza. Antara dosa dan punca jangkitan tak sama…”

“Walaupun sekali berkongsi jarum suntikan atau melakukan hubungan seks tanpa kondom dengan pembawa HIV, tidak mustahil seseorang boleh dijangkiti. Sebab tu Iman tak boleh cuba-cuba buat benda haram. Tak kiralah dengan perlindungan ataupun tidak kerana agama kita menghalangnya.”

“Mula-mula dulu atuk pun tak faham kenapa kempen cegah HIV agihkan jarum suntikan, bekalkan methadone dan kondom percuma. Seolah-olah menggalakkan pula. Bila fikir betul-betul baru atuk faham. Kalau tak buat gitu lagi teruk jangkitannya. Sekurang-kurangnya kita dah mendekati golongan berisiko untuk dibantu dan dirawat.”

Iman: “Tangkap dan hukum sahajalah semuanya tuk…!”

Atuk tersenyum memandang Iman dan berkata: “Tangkap, hukum dan penjara memang mudah. Mungkin boleh menyekat seketika tetapi takkan mampu menghapuskannya. Contoh, dadah akan ada selagi berlakunya rasuah. Pelacuran, gay dan homoseksual wujud sepanjang sejarah kehidupan manusia sama ada secara terbuka atau tersembunyi termasuk di kalangan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Kita kena ubah keseluruhan sistem”

Iman: ”Sistem?, tak fahamlah tuk..!”

Atuk: ”Macam ni, kemajuan sesebuah negara bukan diukur dengan fizikal sahaja. Mesti seimbangkan dengan pembangunan rohani tanpa mengira agama. Bersungguh-sungguh menghalang hedonism. Pendidikan dan usaha berterusan menggalakkan nilai-nilai positif secara serius”

Iman: ”Ooo… kalau buat begitu selesailah masalah atuk ya?”

Atuk: ”Masalah tetap ada tetapi dapat kita minimakan. Islam lebih menekankan aspek pencegahan daripada rawatan tetapi masalahnya kita terlalu cepat menghukum kerana miskin minda.”

Iman: ”Habis kenapa tak ubah, tuk?”

Atuk: ”Nantilah atuk terangkan, ianya tak semudah tu. Sekarang ni kita jangan pergi terlalu jauh. Kita fikirkan apa yang kita boleh buat untuk bantu.”

Iman kelihatan berfikir untuk cuba memahami maklumat tersebut sebelum atuk menyambung kembali.

“Iman kan tahu, ada juga yang dijangkiti melalui ibu kepada anak, melalui pemindahan darah atau pun organ dan isteri-isteri yang tidak mengetahui suami mereka pembawa HIV. Mereka tidak bersalah. Jadi tidak adil kita katakan HIV ni masalah orang-orang tertentu sahaja.”

Sinar mata Iman mula menunjukkan beliau semakin memahami kekeliruan tersebut.

Iman: “Betul tuk… kasihan merekakan. Lagipun atuk selalu pesan, sejahat manapun manusia, kalau dia dah sakit, kita wajib bimbing dan tolong dia tuk kan?”

“Cikgu kata, virus HIV ni sebenarnya lemah tak seperti virus Influenza dan H1N1 yang boleh tersebar melalui udara. Pembawa HIV patut belajar daripada virus tu sendiri tuk, kan? Lemah tapi tabah, pelan-pelan ‘fotostat’ diri dia sendiri sampai jadi banyak dan susah nak dihapuskan.”

Atuk: “Pandai pun… macam tu lah cucu atuk! Bermakna ianya boleh dirawat. Tak guna menghukum dan mengutuk kerana pembawa HIV pun manusia yang punya hati dan perasaan seperti kita. Perkara yang lepas bukan boleh diubah. Yang penting kita kena belajar daripada kesilapan. Penyakit adalah ujian dan didikan Allah tanda sayang-Nya pada kita.”

Iman terdiam dan kelihatan masih berfikir.

“Ujian kepada pembawa HIV pun ujian kepada kita juga sebab Allah nak tengok kita ambil berat tak pada saudara seagama dan sesama manusia. Jangan ingat kita bebas daripada soalan Allah ini di akhirat nanti.  Atuk menyambung lagi dan tiba-tiba Iman merapatkan diri dan memeluk atuknya.

Iman: “Iman sayang atuk, Iman nak minta maaf sebab sebenarnya selama ni Iman ada sedikit salah sangka terhadap atuk”.



Atuk tergelak besar mendengar luahan Iman.

Atuk: “Atuk faham, atuk dah biasa dengan keadaan macam tu,” jawab atuk tenang. 

Suasana hening seketika sebelum Iman bertanya kembali.


Iman: “Boleh Iman tahu macamana atuk dapat HIV?”

Atuk: “Haaa… inilah sebenarnya Iman nak tanya daripada tadi, kan?”

Iman: “Hehe… mana atuk tau, boleh ke tuk?”

Atuk dan Iman sama-sama ketawa.

Atuk: “Sebenarnya atuk pun tak tahu punca sebenar cuma berkemungkinan besar akibat pemindahan darah di hospital.”

Iman: “Ceritalah tuk…”

Atuk: “Masa tu umur atuk 43 tahun. Atuk ada diabetes dan masalah platelet rendah. Pesakit diabetes ni imuniti badan mereka memang lemah. Suatu hari bibir atuk tak berhenti berdarah, pergi ke klinik, dia orang suspek atuk denggi terus suruh pergi hospital dan terpaksa masuk wad.”

Iman: “Lepas tu tuk?” Iman kelihatan tak sabar-sabar.

Atuk: “Lepas tu dia orang tengok platelet dalam darah atuk tetap sangat rendah dan dia orang masukkan atuk ke HDW (High Dependency Ward) selama 2 hari. Lepas tu ke wad biasa semula sebelum doktor bagi tahu kemungkinan atuk kena macam-macam penyakit kronik. Kebanyakan mereka doktor pelatih,  dia orang diagnos atuk sambil-sambil rujuk buku.”


“Doktor senior dan pakar jarang-jarang jenguk. Habis lebam-lebam lengan atuk kena ambil darah. Dia orang belum mahir, cucuk sana, cucuk sini tak juga jumpa urat.”

“Mula-mula doktor kata kemungkinan neutropenia, baru sahaja atuk cuba belajar terima kenyataan, dikatanya kanser pula, lepas tu multiple myeloma dan dan akhirnya suspek leukemia. Pening atuk dibuatnya.”

“Sebenarnya bibir berdarah tu memanglah sebab sel darah menjadi cair akibat denggi dan masalah platelet atuk yang rendah.”

Iman: “Eeee… dahsyatnya tuk, itulah yang orang kata malpractice tu tuk kan? Nama penyakit tu pelik-pelik, Iman tak faham tuk…” Iman berterus terang mengaku kalah.

Atuk: ”Atuk pun tak faham. Agaknya jenis-jenis penyakit berkaitan sel darah. Nanti Iman boleh search info di internet”.



Keadaan kecoh seketika apabila atuk berjaya menaikkan patin buah seberat 5 kilogram.

“Lagi tuk, ceritalah…“ Iman memujuk selepas melihat atuknya kembali menjatuhkan mata kail.  

Atuk: ”Mereka pun buat BMA (Bone Marrow Aspiration), tebuk tulang punggung atuk untuk ambil sample”.

Iman: ”Fuyyooo… ngeri tu tuk, sakit tak?”

Atuk: ”Mahu tak sakit, melolong atuk dibuatnya. Mereka kata cuma satu tebukan tetapi jadi tiga sekaligus. Janji doktor pakar dan cuma 15 minit tapi semua M.O muda-muda dan dekat sejam.”

“Kalau tak salah atuk tiga orang doktor pelatih perempuan, seorang doktor muda perempuan banyak jerawat, dan seorang doktor muda lelaki Cina over confident. Atuk tengok muka doktor pelatih tu lagi takut daripada atuk…hahaha...!” 

“Dia orang gilir-gilir cuba tebuk tulang punggung atuk”, sambung atuk.



Iman: “Alamak..., apa lagi tuk?!”

Atuk: ”Masa tulah berkampit-kampit plaletet dan plasma dimasukkkan ke badan atuk. Nenek Iman kata, dia nampak darah bersepah di lantai. Di hujung prosedur tu semua doktor dan Pegawai Makmal Darah yang selia prosedur tu senyap.”

Iman:”Kenapa tuk? Kat OT ya?”

Atuk: ”Tak tahulah tapi bukan kat OT. Di bilik khas sebelah wad atuk tu aje. Habis semua pesakit lain dengar atuk meraung semasa tebukan kedua dan ketiga tu.”

Iman: “Kasihannya atuk… lepas tu?”

Iman seperti gagal mengawal naluri ingin tahunya.

Atuk: ”Atuk dimasukkan ke wad semula selama 2 hari sebelum dipindahkan ke Isolation Room selama seminggu. Katanya bimbang ada jangkitan kuman sedangkan atuk rasa sihat je cuma sakit tempat tebuk tu.”



Iman: “Kenapa pula kena asing tuk?”

Atuk: “Entahlah sayang. Katanya bimbang berlaku jangkitan kuman tetapi yang atuk pelik doktor selepas tu macam takut-takut jumpa atuk kecuali seorang doktor pelatih perempuan india yang jaga atuk. Yang lain pandang dan bincang tentang atuk di sebalik cermin bilik aje.”

“Yang atuk terasa hati sangat tu, dia orang mengelak-ngelak dan tak mahu berterus terang dengan atuk."

"Kebersihan bilik tu pun teruk. Atuk berkali-kali mengadu kepada doktor ada banyak kapas dan tisu penuh darah dan nanah dalam satu tray di tandas tu. Tak ada siapa pun peduli. Doktor kata itu tugas cleaner, cleaner kata itu tugas nurse, nurse kata itu tugas cleaner. Tension punya pasal atuk campak sendiri tray tersebut dalam tong sampah.”

“Sepatutnya Isolation Room, mesti bersihlah kan? Selain tu atuk ada nampak seorang nurse pancutkan sahaja darah lebihan dalam jarum suntikan ke tepi kepala katil atuk tempat atuk solat dan makan. Terpaksalah atuk terkedek-kedek cari cleaner minta tolong bersihkan”.

Iman: ”Oii… itu tak professional, tak betul tu tuk!!”

Atuk: ”Memang pun… tapi sikap begini ada kat mana-mana jabatan pun di Malaysia ni Iman. Di sebalik semua tu ada ramai doktor dan jururawat yang bagus-bagus tetapi sebab nila setitik rosak susu sebelanga. Iman belajar tinggi-tinggi, jadi khalifah, pimpin negara kita. Ubah kepada sistem yang sepatutnya.”

Iman: ”Insya-Allah tuk. Nanti keluar berita bertajuk, CUCU PEMBAWA HIV KINI PERDANA MENTERI… best tuk kan? Kenapa dia orang letak nila dalam susu tuk?”  Iman betul-betul hairan.

Atuk: “Iskhh… kau ni sama macam nenek-nenek kaulah Iman, kadang-kadang lurus tak bertempat”. Atuk ketawa sambil memandang Iman.

“Maksudnya sebab kelemahan seorang dua habis rosak nama baik orang-orang lain!”

Iman: ”Ooo… sori!” Jawab Iman tersipu-sipu. “Lepas tu tuk?”

Atuk: “Setelah beberapa hari dia orang buat ujian HIV dan hepatitis kepada atuk. Alhamdulillah dua kali test HIV, dua kali negative. Ujian x-ray, buah pinggang, paru-paru, jantung dan semuanya masih bagus ketika itu kecuali diabetes atuk sajalah. Itu pun terkawal…”

Iman: ”Habis begitu sahaja ke tuk?”

Atuk: ”Taklah, kemudian mereka beri atuk cuti. Kena datang 3 minggu kemudian untuk review ujian darah termasuk ujian ELISA. Syukur alhamdulillah tetap negatif. Lebih kurang sebulan selepas tu kes atuk dirujuk ke Hospital Ampang. Semua yang uruskan kes atuk pun doktor pelatih."

"Doktor pakar yang sepatutnya review penyakit atuk entah ke mana. Semasa nak review penyakit atuk tu lah, mereka kata beberapa perkara penting dalam Fail Rawatan atuk hilang. Bahkan sejak nak keluar hospital lagi doctor pelatih india tu pening cari Fail Rawatan atuk..”

Iman: “Habis macam mana atuk dapat HIV?”

Atuk: "Sebab itulah atuk kata atuk tak tahu… sampai di Hospital Ampang, doktor sana minta fail rawatan atuk tetapi hospital yang atuk masuk sebelum tu tadi kata Fail Rawatan atuk ‘tak ada’.

"Atuk nak claim insuran, hospital tu kata dia, Medical Report refer to Hospital Ampang. Atuk cuma nak claim masuk wad aje, itu hak atuk tapi banyak pula silap matanya."

"Kat Ampang darah atuk diambil lagi sekali dan sebulan pula lepas tu atuk disahkan HIV positif dan ada hepatitis.”

Iman: "Atuk pun ada hepatitis?” Iman terkejut.

Atuk: "Mana ada, atuk tak puas hati. Atuk buat test semula kat Private Medical Centre, tak ada pun. Mana boleh diagnos pesakit suka-suka hati, main agak-agak gitu...”

Iman: "Mana boleh macam tu, tuk kan? Kena batang hidung sendiri baru mereka tahu langit tinggi ke rendah. Habis, result BMA atuk sebelum tu macamana?”

Atuk: "Kena batang hidung dia orang, dia orang buat bodoh je. Masa atuk masuk wad tu, ada seorang suami doktor sama taraf dengan atuk duduk wad VVIP sorang-sorang. Layanan memang tip top!”

"Pasal sample tadi tu,  Itulah yang atuk rasa cukup teraniaya, senang sahaja doktor cakap sample tak cukup, ianya tak perlu."

"Tiga kali tebuk pun tak cukup lagi? Semudah itu dikatakan tak perlu?? Atuk ni ada rupa tikus makmal ke? Entahlah Iman. Kadang-kadang ada perkara apabila kita makin fikir kita jadi semakin tidak faham.”

Iman: "Ya Allah… kasihannya atuk tapi boleh ke kita dijangkiti secepat itu, bahaya pemindahan darah ni tuk kan?” ”Eh, bukan ke darah tu dah disaring dulu tuk?”  Iman menyatakan rasa was-wasnya.

Atuk: ”Itulah, atuk pun tak tahu. Setahu atuk, antibodi terhadap  virus boleh dikesan seawal 2 minggu. Purata 25 hari tapi yang konkrit selepas 3 bulan bergantung kepada imuniti badan seseorang.”

"Pemindahan darah memang bahaya terutama kepada pesakit yang mempunyai sistem imuniti badan yang rendah seperti pesakit diabetes dan leukemia.”

Iman: "Jadi tak boleh buat pemindahan darah ke tuk? Bukan ke ianya membantu pesakit yang memerlukan?” Iman nampaknya keliru.

Atuk: "Betul… tapi pemindahan darah cuma dilakukan apabila betul-betul perlu sahaja kerana  boleh menyebabkan berbagai-bagai kesan sampingan.”

"Darah memang telah disaring tetapi human error dan machine error boleh berlaku di mana-mana terutama jika virus masih baru di dalam darah penderma. Ini dikatakan window period, di mana virus tersebut di peringkat pengeraman. Ketika itu virus belum dapat dikesan.”

Iman: ”Oh, begitu, bahaya rupa-rupanya. Macam belajar sains pulalah tuk. Kemudian tuk?”

Atuk: ”Itu sahajalah. Kalau bukan kat hospital, kat mana? Kenapa 2 kali ujian sebelum tu negatif dan berubah positif dalam tempoh 3 bulan? Kenapa Fail Rawatan atuk yang sepenting itu hilang? Atuk nak kata apa lagi?” Atuk seolah-olah mengeluh sendiri.


Iman: ”Kenapa atuk tak saman?”

Atuk: ”Selalu orang tanya soalan tu sayang, dah penat atuk menjawabnya. Ikutkan hati, memanglah atuk pun marah tapi bila fikir betul-betul atuk tak mahu. Saman menyaman akan mengambil masa yang cukup panjang. Tuding menuding, polemik, tuduh menuduh, pusing sana, pusing sini sedangkan keputusan belum tentu menyebelahi kita. Ini mahkamah dunia. Atuk dah tua, atuk dah tengok macam-macam perkara pelik dalam dunia ni”.

“Bagi atuk, ada sesuatu yang lebih bernilai daripada wang ringgit untuk keluarga kita. Tak apalah, atuk rela menghadapinya asalkan Iman sayang atuk, boleh?” Atuk membalas pertanyaan dengan pertanyaan.

Iman: ”Boleh tuk, memang selama ini Iman sayang atuk tanpa syarat...” Iman kelihatan sebak.

“Teruk ke mula-mula terima kenyataan tu tuk?” Iman bertanya lagi.

Atuk: ”Tuhan sahajalah yang tahu Iman… nasib baiklah Allah, nenek-nenek Iman, ayah Iman, mak saudara dan pak saudara Iman sentiasa sokong atuk ketika itu. Atuk ada doktor yang bagus yang sentiasa bantu atuk dan ramai kawan-kawan yang bagi sokongan. Kalau tak, mahu agaknya atuk panjat pokok taugeh gantung diri dengan tali bihun…”

Atuk cuba melawak untuk menceriakan kembali keadaan. Iman dan atuk ketawa ketawa terbahak-bahak.

Iman: ”Atuk cakap betul-betul, atuk ada tak nakal-nakal belakang nenek?”

Kenakalan imaginasi remaja Iman membuatkannya bertanya begitu.

Atuk: ”Haha… kalau bertanya kepada nafsu, mestilah mahu. Semua orang mahu begitu Iman. Cuba bayangkan hari ni atuk tidur dengan Leha, besok dengan Kumari, lusa dengan Mary, kemudian dengan Swee Lan, kemudian dengan Margaret dan siapa sahajalah tetapi atuk masih waras...”

“Atuk berfikiran terbuka, akui banyak kelemahan diri tetapi terikat dengan satu sistem hidup yang dinamakan Islam. Ada dunia, ada akhirat. Di sana kehidupan sebenar kita. Kita bukan hidup sekadar seperti lembu, kerbau dan kambing. Itu pun makhluk  tersebut ada manafaatnya kepada kita.”

“Mengambil yang haram setelah memiliki yang halal seperti ghairah meratah najis busuk daripada memakan daging bersih. Atuk tak sebodoh dan sekejam itu pada nenek-nenek Iman.” Nada atuk sedikit tegas".

“Lagipun, kalau atuk masuk hospital disebabkan HIV, payah rasanya atuk bebas dengan macam-macam jangkitan penyakit opportunistic ketika itu terutamanya TB. Hampir mustahil nenek-nenek kamu bebas HIV,” kata atuk penuh rahsia sebagai seorang lelaki dewasa.

“Itu pun alhamdulillah atuk tahu awal dijangkiti. Kalau tak, kemungkinan nenek-nenek kamu pun menjadi mangsa, bayangkan.” Sambung atuk.

Iman: ”Iman tahu tuk, Iman usik-usik aje. Syukurlah nenek-nenek selamat”.

Atuk: ”Tak mengapa, atuk faham. Bukan nenek-nenek sahaja, kamu semua selamat atuk dah bersyukur sangat. Bayangkan dengan kecuaian manusia hampir pupus keluarga kita dibuatnya. Dah jelas semuanya kan?

“Yang penting, baik kita jadikan teladan dan yang buruk kita jadikan sempadan. Jangan cepat menghukum sesama manusia, kasihanilah pembawa-pembawa HIV yang tidak berdosa atau yang tersilap memilih jalan hidup”.

“Perjalanan kita berbagai cara dan ujian berbeza tetapi sama arah tujuan. Iman pernah dengar tak pembawa HIV bunuh diri atau mati di gereja akibat saudara seagama menghina dan membiarkan mereka? Dosa siapa tu? Dosa kita juga…

"Selalunya akibat judgmental terhadap seorang pembawa HIV, kita menganiaya  dan mengaibkan seluruh keluarga. Adilkah? Kita telah merasai kepedihannya.“

“Dahlah Iman, dah dekat maghrib ni. Jom kita bersedia pula untuk solat Maghrib dan Isya’ jamak berjemaah. Atuk kepingin Iman pula jadi imam ya. Lepas tu kita boleh makan-makan dan sambung cerita lain pula. Hah, itu pun mereka dah balik.”  Kata atuk menunjukkan ahli keluarga yang lain sedang menuju ke boathouse dan menutup perbualan.

Iman: “Baik tuk, terima kasih percayakan Iman”.

Nyanyian cengkerik semakin galak kedengaran dan mentari senja semakin melabuhkan tirainya.