Saturday, July 30, 2011

Ramadhan kareem..

assalamualaikum..

semangat menulis semakin kendur..oh..semangat datanglah padaku..opss..kang semangat lain plak yang datang..sori melalut..^_^

alhamdulillah..ribuan kesyukuran yang kulafazkan ini tidak akan mampu untuk membayar semua nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada hambaMu ini ya Rabbi..tapi hambaMu tetap begini..masih alpa..leka dan lalai dengan dunia..Tuhanku..tolonglah hambaMu ini..kami tiada upaya melainkan dengan rahmat dan kasih sayangMu..

minggu yang sibuk. ayat itu boleh menggambarkan situasi saya pada minggu ini. minggu penghujung syaaban..bakal menginjak ke bulan yang suci..ramadhan yang dinanti. Ramadhan..bulan yang lain auranya..lain feelnya..alangkah indahnya andai aura dan feel itu dapat dibawa ke bulan-bulan seterusnya..

tidak terkecuali andai saya katakan bulan ini juga menyimpan memori manis dengan sidia yang telah tiada...biarlah segala tersimpan di sudut hati...

untuk kamu, kamu dan kamu yang membaca..salam ramadhan saya ucapkan..jadikan ramadhan kali ini madrasah tarbiyah terbaik buat kita..semoga semua amal ibadat kita diterima..

p/s: sangat terharu dengan kisah encik ini..

Sunday, July 17, 2011

perginya seorang ulama..

assalamualaikum..

Semalam dan hari ini cuti hujung minggu. semalam pakai baju kuning..oppsss..tak leh ckp kuat2..nanti ada orang sensitif..hehe..semalam best sgt, sebab duduk kat umah je..rehat sepenuhnya, memasak dan layan muhammad je..dah lama sebenarnya tak dapat nak rehat dan cuti betul2 macam ni..sabtu lepas pergi Raub, sebelum tu pergi KL..emm..memang penat..hari-hari kerja pun penat macam tu..balik sekolah mesti keluar semula..ada je hal kat bandar..so, semalam memang hari yang best..

Rabu baru ni, berapa haribulan ek..13hb Julai 2011..balik ke Kg Relai, Kerambit, Pahang..sebab Tuan Guru Hj Ahmad pengasas pondok di kg tu..telah meninggal dunia. Innalillahi wainna ilaihi rajiun..memang dah lama beliau uzur, akibat kanser usus kalau tak silap la..ramai sangat orang melawat jenazah buat kali terakhir..Perginya seorang lagi ulama di Pahang. Beliau pernah mendapat anugerah tokoh Maalhijrah peringkat negeri Pahang.

Sewaktu arwah suami masih ada, setiap kali kami pulang ke kampung (saya pulang, arwah suami memang duduk di kg itu) arwah mesti bawa saya jumpa Tuan Guru yang saya panggil aki aji dan isterinya, wan. selalunya berbual-bual dengan orang tua tu, tenang rasa jiwa. kata-kata dia lembut dan berhikmah, penuh nasihat..maklumlah orang berilmu tinggi. teringat bual bicaranya tentang sistem pendidikan pondok dan moden suatu ketika dulu.arwah suami pun pernah cerita, kalau dia susah hati, atau ada perkara yang membuatkan hatinya tidak tenang, dia akan berjumpa aki aji..sekadar berbual kadangkala..

Ramai sangat anak murid beliau yang dah beberapa generasi menuntut di pondok itu melawat. berjumpa dengan beberapa orang sahabat yang sebenarnya saya tidak tahu bahawa mereka pernah belajar di situ. mereka juga pelik melihat saya berada di sana. sekarang pondok tersebut menjadi SABK yang disegani. di halaman sekolah terdapat beberapa kain rentang memaparkan ucapan tahniah utk calon PMR dan SPM 2010 yang telah berjaya dengan cemerlang. tahniah juga..Arwah abang pernah pesan supaya muhammad dihantar ke sekolah tu. sebabnya sekolah tu ada program tahfidz dan disiplinnya bagus. sekolah di ceruk kampung..para pelajar tidak akses kepada budaya kotor di luar.

Semoga Allah menempatkan arwah aki aji bersama orang2 yang soleh dan menjadkan kuburnya taman dari taman-taman syurga..insyaAllah ada masa, ada rezeki ingin sekali melawat wan yang keseorangan..menghibur sunyi seorang isteri yang ditinggalkan, seperti saya suatu ketika dulu...

Monday, July 4, 2011

-short entry-

"Kekosongan hati dan masa luang adalah pembunuh yang sentiasa merancang kematian fikiran dan perasaan. Akal jadi malas berfikir dan bergerak mencari manafaat untuk diberikan kepada kehidupan. Masa luang meracun fikiran dengan segala macam perasaan sedih,duka, gundah gulana, was-was dan rendah hati. Akhirnya hati dan fikiran menyediakan tempat paling indah untuk para syaitan beristirehat"

status di FB malam ni.. saya dapat quote ni apabila saya terselak lembaran diari lama, tahun 2008 yang lalu, ketika saya dalam pantang selepas pemergian puteri sulung saya. maafkan saya,saya tak ingat dah dari mana sumbernya, tapi saya amat termotivated dengan kata-kata itu..

Saturday, July 2, 2011

malam ini,semalam dan esok..

Assalamualaikum..

Malam ini kelam, dari jauh suasana riuh bunyi dari rumah Pakcik Man yang akan kenduri esok hari. Kala ini, aku ditemani tv. satu tabiat yang amat jarang aku lakukan. Aku jarang menonton tv, tapi malam ini agak berbeza kerana aku menonton malam kemuncak imam muda dan sekarang aku 'tersangkut' pada sebuah telemovie terbitan Suhan Movie. Agak menarik jalan ceritanya. aku suka dan dapat memberi pengajaran pada aku khasnya dan penonton amnya. Cerita berkisar tentang orang yang memakan harta anak yatim dan mengabaikan anak yatim. takut tau..emm..lupa nak cakap, tajuk cerita ni, HIJAB KEKASIH...dan tak lupa..tahniah buat Imam Muda Hassan yang dinobatkan sebagai imam muda unggul. ingatkan IM Nazrul dapat juara IM, rupanya IM Hasan, by the way..dua-dua hebat. tahniah!...


Semalam saya menyusun hadiah-hadiah dari anak-anak murid saya sejak saya bergelar guru. Hampir satu almari saya penuhkan. Itupun ada lagi yang dah hilang. dalam menyusun tu, saya terpandang dan terpegang satu mug yang cantik. Saya katakan cantik kerana mug itu sangat berharga pada saya. Mug yang menyimpan memori manis antara saya dan arwah. Alkisahnya, ketika dia di maktab, dia kena belajar subjek Pendidikan Seni, dan tugasan dia kena buat sendiri lukisan pada mug tu. malam-malam hari keluar ke kajang mencari mug kosong warna putih untuk dilakarkan di badan mug tu..esoknya dia ke maktab dan petangnya dia pulang membawa mug yang telah dihias cantik. saya sendiri tak tau nak wat camne..dia cerita kat saya camne dia buat..tapi saya dah tak ingat..dia tulis kat mug tu, -bersama selamanya- dan dia hadiahkan mug tu pada saya. Sewaktu saya nak pulang ke Sarawak, saya tertinggal mug tu. kesian sangat kat dia, bersusah payah dia bawa mug tu sampai ke Sarawak sewaktu Cuti Tahun Baru Cina  2009 tu..kali terakhir dia ke Sarawak..bila saya pegang mug tu. terbayang lagi memori indah ketika itu. satu perkataan tergambar -R.I.N.D.U

Esok, saya akan bersekolah. Satu malaysia akan bersekolah untuk menjayakan larian 1 Murid, 1 sukan 1 Malaysia. macam-macam program daaa..dan esok juga akan diadakan sambutan Isra' Mikraj peringkat sekolah. semoga semuanya berjalan lancar..amin..

Dalam hidup ini, kita bertemu dengan pelbagai jenis manusia. di setiap persimpangan kehidupan, Allah temukan kita dengan manusia yang kadangkala kita tidak jangka, bagaimana 'kebetulan' ini menemukan kita.Hanya Dia yang tahu nikmat dan hikmatnya sebuah pertemuan. Pelbagai perkara ingin saya luahan..namun, semuanya seakan terbuku di dada. Sebu di situ. Ingin saya menyandarkan harapan pada sebuah pertemuan. Namun saya sendiri tidak pasti kukuhkah dahan bergantung. Teguhkan akar pegangan. Mampankah menongkah ujian. Imankah panduan atau nafsukah satu tujuan.Ya Allah, hanya padaMu aku berserah..tolonglah hambaMu ini dalam mencari cintaMu dan redhaMu..