Sunday, July 17, 2011

perginya seorang ulama..

assalamualaikum..

Semalam dan hari ini cuti hujung minggu. semalam pakai baju kuning..oppsss..tak leh ckp kuat2..nanti ada orang sensitif..hehe..semalam best sgt, sebab duduk kat umah je..rehat sepenuhnya, memasak dan layan muhammad je..dah lama sebenarnya tak dapat nak rehat dan cuti betul2 macam ni..sabtu lepas pergi Raub, sebelum tu pergi KL..emm..memang penat..hari-hari kerja pun penat macam tu..balik sekolah mesti keluar semula..ada je hal kat bandar..so, semalam memang hari yang best..

Rabu baru ni, berapa haribulan ek..13hb Julai 2011..balik ke Kg Relai, Kerambit, Pahang..sebab Tuan Guru Hj Ahmad pengasas pondok di kg tu..telah meninggal dunia. Innalillahi wainna ilaihi rajiun..memang dah lama beliau uzur, akibat kanser usus kalau tak silap la..ramai sangat orang melawat jenazah buat kali terakhir..Perginya seorang lagi ulama di Pahang. Beliau pernah mendapat anugerah tokoh Maalhijrah peringkat negeri Pahang.

Sewaktu arwah suami masih ada, setiap kali kami pulang ke kampung (saya pulang, arwah suami memang duduk di kg itu) arwah mesti bawa saya jumpa Tuan Guru yang saya panggil aki aji dan isterinya, wan. selalunya berbual-bual dengan orang tua tu, tenang rasa jiwa. kata-kata dia lembut dan berhikmah, penuh nasihat..maklumlah orang berilmu tinggi. teringat bual bicaranya tentang sistem pendidikan pondok dan moden suatu ketika dulu.arwah suami pun pernah cerita, kalau dia susah hati, atau ada perkara yang membuatkan hatinya tidak tenang, dia akan berjumpa aki aji..sekadar berbual kadangkala..

Ramai sangat anak murid beliau yang dah beberapa generasi menuntut di pondok itu melawat. berjumpa dengan beberapa orang sahabat yang sebenarnya saya tidak tahu bahawa mereka pernah belajar di situ. mereka juga pelik melihat saya berada di sana. sekarang pondok tersebut menjadi SABK yang disegani. di halaman sekolah terdapat beberapa kain rentang memaparkan ucapan tahniah utk calon PMR dan SPM 2010 yang telah berjaya dengan cemerlang. tahniah juga..Arwah abang pernah pesan supaya muhammad dihantar ke sekolah tu. sebabnya sekolah tu ada program tahfidz dan disiplinnya bagus. sekolah di ceruk kampung..para pelajar tidak akses kepada budaya kotor di luar.

Semoga Allah menempatkan arwah aki aji bersama orang2 yang soleh dan menjadkan kuburnya taman dari taman-taman syurga..insyaAllah ada masa, ada rezeki ingin sekali melawat wan yang keseorangan..menghibur sunyi seorang isteri yang ditinggalkan, seperti saya suatu ketika dulu...

No comments:

Post a Comment