Thursday, April 26, 2012

S.A.Y.A S.A.N.G.A.T T.E.R.K.I.L.A.N..

assalamualaikum warahmatullah..

salam ukhuwwah semua..semoga kita semua dalam rahmat dan kasih sayang Ilahi..

hari khamis hampir menghilang beberapa jam lagi..jumaat pula bakal menjelma..khamis ni..hari ni..pelbagai rasa sedang berperang di dada sekarang ini. alkisahnya begini, pagi tadi, saya menerima pesanan dari seorang kawan (guru) dari SKP yang telah menjuarai Kejohanan Bola Jaring bawah 12thn Zon Kuala Krau..katanya dia hendak menyerap 4 orang pemain sekolah saya untuk menyertai pasukan zon Kuala Krau ke peringkat daerah Temerloh yang bakal berlangsung 2 Mei nanti. untuk pengetahuan, sekolah saya berjaya mendapat Naib Johan dalam perlawanan peringkat zon tempoh hari.

dalam kepala saya ni, saya dah listkan empat pemain terbaik saya, baik dari sudut fizikal, skill permainan, kelincahan dan kecergasan mereka. maka, saya pun khabarkan pada GPK KOKurikulum sekolah saya. dia bersetuju dan menyuruh saya menyediakan surat kebenaran penjaga. perkara ini dilanjutkan dalam mesyuarat jam 1 tengahrai tadi..tiba-tiba ada seorang guru memberi respon yang negatif dan menyatakan yang kita tak perlu menghantar pemain2 tersebut disebabkan masalah disiplin dan pencapaian akademik mereka yang merosot. guru besar juga bersetuju dengan pandangan cikgu tersebut dan mengarahkan supaya saya tidak menghantar wakil dari sekolah saya. GPK 1 memberi pandangan yang agak berbeza dari GB dan Penyelaras tahun 6 tadi, GPK KOKO hanya diam..saya hanya menurut arahan GB saja, walaupun dalam hati saya sangatlah terkilan..selepas mesyuarat berakhir, sekali lagi saya cuba berbincang dengan GB tentang keputusannya, dia tetap dengan pendiriannya...walaupun saya rasa semua GPK menyebelahi saya, dan bersetuju untuk menghantar pemain2 tersebut. saya merayu pada GB, hanya sehari saja murid2 tersebut tidak hadir kesekolah..latihan pusat juga diadakan pada hari sabtu dan ahad..saya sanggup untuk menghantar dan membawa pulang mereka dari pusat latihan di SKP itu..GB memberi tempoh sehingga esok untuk membuat keputusan samada perlu menghantar pemain sekolah atau tidak.

ini kali kedua, permintaan saya ditolak atas alasan akademik tahun 6. kali pertama berkaitan dengan kem bestari solat yang saya ingin adakan pada hari sabtu minggu lepas. guru besar tidak membenarkan murid2 tahun 6 terlibat dengan KBS dengan alasan mereka ingin menghadapi peperiksaan pada hari Selasa minggu ini. saya tak kisah untuk KBS tu..sebab saya akan aturkan KBS untuk tahun 6 di lain kali, tapi untuk kejohanan bola jaring ni,inilah satu2 nya peluang yang ada..saya melatih dan menunggu hampir tiga tahun (sejak berkhdmat di SKJU) dan tahun ini dengan izin Allah, pemain2nya berbakat dan berjaya..namun akhirnyaaaa...sangat hampa dan terkilannn...

saya telah meletakkan target untuk kerjaya saya pada tahun ini. dan salah satu target saya, dengan izin Allah, saya ingin melatih pemain bola jaring sekolah hingga sekurang2nya ke peringkat daerah..sebab saya nampak potensi pemian2 saya..tapi apakan daya...sangat sedih..huhuhu...

 ehsan pakcik google

saya tahu, pencapaian akademik sangat penting, tapi sekadar melepaskan untuk satu hari pada saya, tidak menjadi masalah..tapi biarlah...seandainya keputusan pihak pentadbir tetap tidak membenarkan..siapalah saya untuk membantah..saya akur dan menurut perintah..tapi terasa juga untuk mencabar guru2 tahun 6 dan penyelarasnya..saya telah korbankan masa saya, muka saya (muka saya teruk kena sunburn...hhuhu...) waktu latihan tetapi dihalang untuk ke peringkat yang lebih tinggi..saya cabar mereka supaya mengajar dan mendidik pemian2 saya ini untuk dapat sekurang2nya 3A 2B dalam UPSR tahun 2012...sorii laaa...kalau korang baca nampak saya sangat emosi...hahaha...sememangnya benar...sekarang saya amat emosi...dalam hati saya sekarang kalau korang nak tau  ada tiga perkataan saja...S.A.Y.A  S.A.N.G.A.T. T.E.R.K.I.L.A.N...huhuhu.... 

Wednesday, April 25, 2012

karenah dia..

Assalamualaikum warahmatullah..

situasi 1 @ last week

balik sekolah

muhammad fathi: ummi, tadi muhammad simpan duit nak gi mekah..
ummi : bagusnya anak ummi..muhammad simpan duit kat mana?
muhammad fathi : kat masjid..
ummi : aikkk???
wan muhammad (mak saya) : tadi, muhammad ikut mak gi masjid, dia masukkan duit dalam tabung masjid..banyak..habis duit dalam beg mak dia amik..duit syiling habis dia kutip, duit wan we bagi pun dia masukkan..last sekali dia amik duit mak rm100 nak masukkan, mak cepat2 amik semula...hehehe..
muhammad fathi :muhammad nak simpan nak gi mekah..
ummi : bagusnya anak ummi..takpe nanti Allah gandakan banyak lagi..i.allah muhammad doa byk2 ye..nnti leh kita gi Mekah..

situasi 2 @ semalam

di rumah, dalam keta ciknor..

muhammad fathi: nak ikut ciknor balik..
ummi : takleh la sayang..ciknor nak kije..nanti sape nak buat susu muhammad?
muhammad fathi: ciknor laa..
ummi: nanti muhammad nak tido ngan sape?
muhammad fathi: ciknab.. muhammad jadi tukang kedai..nanti muhammad cat..kemas-kemas..susun2 roti..muhammad amik roti sapu kaya..masuk dalam plastik..muhammad jual..muhammad kan tukang kedai..
ummi : muhammad nak buka kedai kat mana?
muhammad fathi : kat belakang rumah ciknor..
ummi : sape nak beli roti muammad?
muhammad fathi : ciknab..

hahaha...see..imaginasi kanak-kanak itu..umur tiga tahun nak buka kedai roti..jual roti..saya gelak dalam hati..ada ciri2 usahawan..ikut sunnah nabi ye nak berniaga..tapi terfikir gak..mana dia dapat idea nak jual roti ni???...

Tuesday, April 17, 2012

Aktiviti Muhammad Fathi

Assalamualaikum warahmatullah..

salam ukhuwwah sahabat2 semua..

sekarang saya masih di sekolah..sementara menunggu waktu tasmik, hati teringat kepada anak di rumah..apalah yang sedang dilakukan sekarang ni ye..

Muhammad fathi, nampak sedikit perubahan aktivitinya sejak 2 minggu ni..entahlah mungkin sebab perubahan umur barangkali. yang paling ketara ialah jadual tidurnya. sebelum ini, dia akan bangun lewat setiap pagi, pukul 9pagi tu paling awal la dia bangun, tapi sekarang, 7.30 pagi atau paling lewat 8 pagi dia dah bangun. lepas tu, dia tak tidur dah sampailah malam hari, tapi awallah dia tidur..pukul 8.30malam dia dah lena..paling lewat 9.30malam..

kedua aktiviti menonton televisyennya. jika sebelum ni, dia kurang berminat menonton tv, sekarang macam dah jadi habit dia. wonderpets adalah program favourite dia..pada saya, program tu ok, sebab ada nilai murni nak tolong orang. selain tu, upin ipin, boboiboy dan yang paling saya terkejutnya, dia suka tengok TVIQ.. saya pun jarang buka TVIQ,tapi sejak akhir2 ni sepupu2 dia yang dah sekolah tu buka, jadi dia suka jugak la..dia suka tengok kanak2 dlm TVIQ buat eksperimen..pertama kali dulu, dia tengok budak2 tu buat belon dalam belon..dengan gigihnya dengan mengajak saya buat eksperimen tu..saya pun buatlah satu aktiviti belon dalam belon tu..alhamdulillah, dengan bantuan sepupunya, afiah (dah darjah 3) kami berjaya buat..apalagi dia..punyalah suka..then kali kedua, baru-baru ni, dia tengok eksperimen buat kapal terbang..bukan kapal terbang pun sekadar kipas yang terbang tu je..dua tiga hari la dia merengek ajak saya buat jugak..mujurlah wan dia rajin melayan dia..jadilah satu kipas yang saya sendiri tak terfikir nak buat camtu..hehehe...kreatif wan dia..terima kasih mak..saya balik sekolah,muhammad dengan happy nya tunjuk kat saya aktiviti dia hari tu...

waktu petang pulak, saya memang wajibkan dia turun tanah untuk outdoor activity..macam2 kami main, main bola, main lari2, kejar2, joging..kalau saya latih budak sekolah main bola jaring (hari khamis ni lawan..huhu) dia pun ikut sekali..lari la dia keliling padang..kadangkala dia bosan, sebab tu kan permainan orang perempuan...kejar burung tengah padang sekolah..saya tak kisah dia main rumput ke apa..yang penting, dia berpeluh dan lasak..baik untuk kemahiran psikomotor dia..

jika dah seharian penat, maka malam tu penatlah layunya matanya..tapi saya akan pastikan dia mengaji dulu..dengar taklim dulu..baru boleh  tidur..kadang2 sangat susah nak ajak dia mengaji..tapi kena gigih la jgk..dulu saya target dia dapat hafal surah 3 qul kan..sekarang ni surah al-ikhlas boleh la..yang lain masih tak boleh lagi..saya kena lebih gigih berusaha..saya tertarik dengan teknik al-baghdadi tu..agak2 muhammad mesti seronok belajar mengaji sambil ketuk2 camtu..tambahan pula, dia memang minat mengetuk..dah cuba call ALC yang terdekat..tapi tak berjawab..usaha lagi..

setakat ni, dia sudah boleh mengira 1-10, dalam B.M dan B.I..A,B,C pun dah leh sampai F...saya pun tak ajar saya semua tu..setakat dia tengok kat youtube je..anak orang lain dah boleh membaca sejak kecil..tapi saya tak la target setinggi tu. dia pun dah leh selawat, istighfar, tasbih, tahmid dan tahlil..nak suruh dia baca dan hafal surah2 pendek...mungkin saya perlu lebihkan usaha bila umurnya dah mencecah 3 tahun ni..banyak sangat target, takut tak tercapai lak nanti..maklumlah saya ni pun on off gak dalam nak mendidik dia..

mendidik anak bukan senang. tambahan pula,saya yang keseorangan ni..oppss..tidak, mujurlah mak dan adik saya membantu.kepenatan dan kesibukan seharian kadangkala melemahkan semangat saya..tapi saya kena recharge the energy..camne? saya baca blog2 tentang pendidikan anak2..tentang kejayaan orang lain dalam mendidik anak2..jadi saya pun bersemangat la semula...doakan saya ye kawan2..

Thursday, April 12, 2012

Allah..banyaknya nikmatMU..

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..

Selamat malam semua sahabat2 pembaca dan salam ukhuwwah..lain macam sikit intro malam ni.

semalam, bumi Malaysia, Indonesia terutamanya, India,Thailand,Myanmar dan mungkin beberapa negara di Asia tenggara terlibat merasai gegaran gempa bumi yang berlaku di Acheh. Allahu Akbar, MasyaAllah..semoga Allah melindungi kita semua dari bala bencana di bumi ini. Alhamdulillah,amaran tsunami ditarik balik walaupun sebelum itu suasana agak panik dengan amaran supaya penduduk berdekatan pantai tidak mendekati pantai dan tidak melakukan aktiviti laut.

begitu kuasa Allah, kuasa yang tiada tandinganNYA..sekali diarah, kun fayakun..dunia ini terlalu kecil pada kehebatan dan keagungan kuasaNYA..cuma kita, manusia yang selalu terlupa..walaupun amaran tsunami telah ditarik balik, namun amaran hari kiamat tetap kekal hingga tiba masanya-qoute from FB.

semoga kita mengambil iktibar dari kejadian semalam, dan sementara ada masa lagi ni,marilah kita muhabasah diri kita, sejauh mana hitungan amalam baik kita, berbanding hitungan dosa kita...sekurang-kurangnya setiap hari ada masa untuk kita bermuhasabah, dan perbaiki diri..untuk peringatan diri saya sendiri...

saya perasan, setiap kali diuji, saya tenang, hati saya sangat hampir denganNYA..DIA tempat saja mengadu susah payah segala derita perasaan, hanya DIA yang Maha Mengetahui. Dia tempat saya berserah segalanya. saya serahkan segala-galanya pada DIA..terlalu asyik..terlalu tenang dan sangat  merindui sangat2 itu, kerana saya rasa,sekarang saya makin kurang merasai itu smua..sangat sedih..terasa macam saya terlalu mengejar dunia, saya rindu saat saya sujud dalam solat isyak selepas doktor memberitahu anak dalam kandungan saya sudah meninggal dunia, bukan saya sombong, bukan saya ego, konon2 saya suka diuji, tapi saya rindu untuk sentiasa dekat denganNYA..Astaghfirullah..

kini, saya tahu,saya semakin selesa. saya sudah dapat menyesuaikan diri dengan status diri ini. saya takut, saya takut ayat2 yang keluar dari bibir dan tulisan saya menggambarkan seolah-olah saya sudah terlalu kuat, terlalu sabar terlalu tabah. sedangkan hakikatnya saya tiada apa-apa..semuanya dariNYA..jika tidak diberi ujian, kekuatan,ketabahan dan kesabaran itu..saya hanyalah saya yang sangat dhaif..Allahu Rabbi..ampuni saya ya Allah..ampuni saya.

saya semakin takut, bila semakin banyak pujian melalui apa yang telah saya lalui..tujuan utama saya menulis dalam blog ini, untuk mengingatkan diri dan sahabat2 pembaca, hargai,syukuri dan sayangi apa yang kita ada pada hari ini, saat ini kerana mungkin esok lusa apa yang kita ada itu dipulangkan kepada Yang Hak..dan saya juga ingin mengingatkan diri saya dan sahabat2..kadangkala, kita berfikir yang kitalah yang paling susah paling diuji tetapi masih ramai lagi yang diuji diluar sana.. saya sering kongsikan kisah2 kematian dan kesakitan yang dihadapi oleh sahabat2..antaranya yang sakit kronik berpanjangan, diuji penyakit anak, diuji Allah anak2 OKU..apabila kita diuji, lihatlah mereka2 ini..pastinya kita berkata..Allah..banyaknya lagi nikmat yang Engkau kurniakan pada aku..

pujian, kata2 semangat, doa daripada kalian antara jalan dan sebab penguat semangat saya, tapi seperti yang saya nyatakan tadi...semuanya dari Allah..terima kasih yang tak terhingga buat kalian yang sudi singgah di blog saya yang tak seberapa ini. ramai yang share kisah saya di blog mereka..saya baca, saya hargai, semoga pembaca2 blog ini dapat manafaat dari apa yang saya ceritakan. yang bergaduh dengan suami mungkin boleh brbaik smula bila baca kisah saya yang dalam sekelip mata saya kehilangan orang yang tersayang, yang baru kehilangan suami dapat kutip sedikit sebanyak semangat dari saya yang mungkin senior sikit..tapi ingat, semuanya dari Allah..saya hanya makhluknya yang punya sedikit masa dan berniat untuk berkongsi cerita..

ingatlah, saat selepas kesusahan pasti datang kesenangan, bukankah dalam surah al-insyirah atau alam nasyroh dah jelas tentang itu. dan alhamdulillah..dalam meniti hidup yang penuh liku itu..penuh pancaroba, penuh onak duri ini, Allah hiburkan saya dengan rezeki yang tidak disangka2..sebelum saya diberi rezki ini (APC) saya hampir down sangat nak buat kerja..ada sedikit konflik dengan rakan sekerja..saya seringkali menjadi mangsa..tapi saya diamkan saja..saya niatkan segala yang saya buat kerana anak2 murid saya, yang kebanyakannya adalah jiran2 saya, anak kawan2 saya, saudara mara saya..kalau ikutkan hati memang saya nak tukar sekolah..tapi Alhamdulillah..Allah pujuk saya,dan saya selalu berfikir, saya pernah berada dalam situasi macam ni, suatu hari dahulu di Sarawak..saya ingat akan pesan2 arwah abang..banyak perkara yang menjadi favorite tugas saya saya lepaskan, saya mengalah saja..tapi Alhamdulillah..Allah beri ujian..dan Allah hiburkan dengan nikmat2NYA yang tak putus2..Allahu Akbar..ampuni hambaMU ini ya Allah..andai sedikit terleka, terlalai dengan dunia..

saya pun bukanlah baik sangat...manusia biasa..tapi saya sangat berharap agar dapat hidup dengan baik2 sehingga akhirnya mendapat pengakhiran yang baik..yang matlamat utamanya, supaya saya dapat bertemu Allah, menemuiNYA membawa hati yang salim, iman yang kukuh dan amal yang ikhlas..dan akhirnya semoga kami sekeluarga dapat bertemu di Jannah FirdausNYA..dan semoga sahabat2, saudara2 dan pembaca2 menjadi jiran2 saya di sana..amin ya rabb.. 

Tuesday, April 10, 2012

si merah ku sayang..

assalamualaikum...

alhamdulillah..hari ni saya sangat gembira. ada sebab saya gembira, nanti saya cerita ye..tapi yang mula-mulanya nak cerita pasal hari ni saya gi servis kereta. memang dah awal-awal plan nak gi servis kereta hari ni,sebab milleage dah over dan esok, insyaAllah saya akan ke Raub menziarahi kakak2 saya disana. haruslah saya servis kereta dulu. saya takde masalah dalam servis kereta, sebab sememangnya slalu ikut jadual, tempatnya plak, memang tempat mula2 saya beli kereta tu..so, no problem..habislah hampir RM200 utk sekali servis.

then, masuk bab kedua..inilah point utamanya..saya nak buat alignment dan balancing dan saya nak tukar tayar belakang kasi dok depan dan tayar depan kasi dok belakang. (apa ayat aku ni???) part ni memang saya tak pernah buat. takut, berdebar-debar...takut kena tipu je dengan toke kedai tu..bukan apa, saya tak pernah buat benda alah tu semua..kenapa nak buat juga..sebabnya, hari isnin baru ni saya dengar dalam radio ikim orang tu cakap yang jangkahayat tayar hanya 2-3 tahun saja..dengan gigihnya saya dan adik membelek2 tayar untuk mengetahui tarikh buat tayar tu..dan setelah diselidiki, maka kompom tayar tu dah hampir tiga tahun. saya pun dengan sedaya upaya berusaha untuk menjaga keselamatan si merah kesayangan saya. saya menjenguk ke sebiji demi sebiji buah kedai..(sori..ayat memang hancuss) akhirnya kedai ketiga yang lengang dari sebarang pelanggan saya singgah..itupun setelah buat u-turn. dibukanya tayar kereta saya..dan didapati sebiji tayar tu telah botak teruk dan siap bergaris2 keluar benang.. Allah..duit lagi...terpaksalah saya tukar tayar tu...huhuhu..demi keselamatan si merah dan keselamatan kami sekeluarga..saya sanggup berkorban wang ringgit...huhuhu...

akhirnya, hampir RM500 saya habiskan hari ini untuk si merah saja..amboiiii banyaknya...si merah< sila beri perkhidmatan terbaik untuk kami!!!...

sebenarnya dulu waktu dengan arwah abang, saya selalu ikut dia servis kereta..buat balancing dan alignment kereta..tau la skit2..tapi dulu sebagai pengikut setia je..sekarang kita kena buat sorang2...huhu..abang, mesti abang suka kan tengok sayang sekarang ni..abang tau..semua dah sayang buat..dulu waktu kat sarawak dulu nak servis kereta pun tunggu abang datang baru servis, sekarang ni sayang dah biasa buat semua tu sendiri..betullah macam abang kata dulu, "kalau abang takde, abang yakin sayang boleh berdikari"...ermm...betulllll laaa..abang...terima kasih percayakan sayang..terima kasih atas semua tunjuk ajar abang pasal kereta..terima kasih atas kasih sayang abang pada sayang...

ehsan pakcik google


p/s: pasal apa saya happy sangat hari ni??..Alhamdulillah..pagi tadi GB saya panggil saya dan ucapkan tahniah, rupanya saya dianugerahkan APC..alhamdulillah..pendorong semangat untuk terus brbakti pada anak bangsa..

muhammad fathi dah besar..

asssalamualaikum..

Alhamdulillah..segala puji buatMu Ya Rabbi..

Sudah 7 hari Muhammad berusia 3 tahun. sudah besar anak ummi ni. perangai dia pun dah macam-macam ragam dah. tapi semuanya menghiburkan hati. sejak dua menjak ni habit dia bila ummi balik sekolah, mesti dia tanya " ummi dah solat?"..atau soalan dia," ummi  dah solat kat sekolah?" dia akan check solat saya. hehehe..so, kalau balik sekolah tu, bila dia dah keluar soalan tu, jadi cepat-cepatlah ye amik wudhu' nak solat..mungkin dia nak ingatkan saya, jangan lengah solat.

tapi yang nak tergelaknya, dia tanya kita dah solat belum, bila kita tanya dia..dia pun belum solat...hehe..kami selalu tengok astro oasis yang indahnya iman sebelum azan tu kan ada tunjuk tsunami kat Indonesia. dia selalu tanya, "kenapa ummi ombak tu besar" "kenapa rumah dia jadi macam tu?" macam2 soalan dia keluar. saya pun terangkan yang tu semua kejadian Allah buat, sebab ada salahnya orang kat situ, orang taknak solat, taknak dengar cakap mak ayah dia. dia diam je..pastu mesti sibuk nak amik wudhuk. then saya pun selalu cakap kat dia, Allah marah kita kalau kta tak solat. dia pun sibuk nak amik wudhuk time kita nak berwudhuk, siap bebel lagi kat kita.."mi ni..nanti Allah marah muhammad nanti..muhammad takut, muhammad nak solat..nanti Allah sayang muhammad"..siap amik wudhuk, dia tercegat je tengok kita solat..dia berdiri, rukuk, sujud pastu bangun gi main..heheh..kadang tu langsung tak solat..siap wudhuk, terus main..tak solat pun...huhu..

Impian kami sama, nak menunaikan umrah. tapi belum cukup persiapannya. jadi, saya selalu cakap kat dia, muhammad stop la beli mainan..kita simpan duit nak gi mekah ye..dia ingat sangat pesanan saya, pernah baru ni pergi ke pasar panas (tempat barang2 banyak jual borong) kat bandar puat jengka, dia siap ingatkan kami semua, " kita tengok je..jangan beli.." tapi sampai dipenghujung pasar tu, ada plak orang jual bantal sponge bob.."mi..fang fok" (dia tak reti sebut sponge bob) maka umminya pun ulang semula ayat dia, "muhammad kan kata, kita tengok je..jangan beli.." hehehe...

satu perangai dia bila dah masuk tiga tahun ni, dia takleh tengok gambar arwah abah dia. mak cerita, waktu saya gi sekolah, dia tengok gambar arwah abah dia, dia menjerit2, "nak abah!! nak abah!!"...huhu..haru saya dengar cerita mak. so, sekarang saya simpan je la album arwah abah dia. baru ni yang buat saya syahdu nya bila dia cakap kat saya, " mi..abah sebenarnya tak ninggal kan..abah buat kerja kat sekolah je kan.." huhu...adoi laaa...saya rasa dia saja buat helah bela diri untuk menyenangkan hatinya. saya pun terangkan kat dia, hakikat sebenar yang abahnya memang dah meninggal, tapi muhammad ada ummi, ada wan, ada ciknah,ada ciknab, ciknor, cik aroi, cikli..pakngah..ada mama..ummi sayang muhammad, wan sayang muhammad..semua orang sayang muhammad..ermmm..baru la dia senyum.. sambil angguk-angguk kepala..tapi dalam hati dia, saya masih sangsi..sememangnya dia seorang yang sangat pemerhati. mungkin sebab dia tengok sepupu2nya ada abah..ermmm..takpe sayang..ummi ada..ummi jadi ummi muhammad..ummi pun leh jadi abah muhammad..bukan ke kita dah biasa main bola sama2..silat2 sama2..main lumba lari sama2...(saya pun dah semakin ganas sejak akhir2 ini...huhu..)


 gambar waktu umur dia 1 tahun 4 bulan..gigi ada tiga batang...hehe..

anak ummi sayang. semoga kamu membesar sihat, bijak dan soleh..semoga Allah lindungi kamu dari fitnah dunia ini. jadi anak soleh ye sayang...

Wednesday, April 4, 2012

03.04.09 - 03.04.12

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah..sunyi dan sepi saja malam ni..semua orang dalam rumah ni dah tidur..termasuklah anakanda tersayang, Muhammad Fathi..hari ni,genap umur Muhammad Fathi 3 tahun. Allah..melihat anak membesar depan mata adalah salah satu nikmat Allah yang agung.

Muhammad Fathi, saya rasa kelahirannya istimewa. sedari dalam kandungan lagi dia ditarbiyah Allah, ya..umminya juga ditarbiyah oleh Allah sepanjang jalan kehidupannya setakat ini. masih teringat, disaat getir melawan rasa atas kehilangan itu..si kecil inilah yang sentiasa menyedarkan saya, bahawa hidup perlu diteruskan. sewaktu masih didalam pantang, setiap kali airmata saya mulai berlinang terdengar esakan kecil dia memalingkan fikiran saya dari mengingati apa yang telah terjadi. begitulah berkali-kali. hingga saya terasa sibuk menguruskan dia..dan akhirnya masa telah mengubati saya. Alhamdulillah..dan segala-galanya aturan Yang Esa sebenarnya.

April, ia sekadar satu bulan dari 12 bulan yang telah Allah jadikan. Perjalanan masa, kenangan, peristiwa membentuk satu persepsi diri. April, pada saya bulan yang agak tragis. di awalnya dan di akhirnya, membuai satu rasa yang berbeza. tapi akhirnya ia tetap kembali kepada satu frasa, segalanya aturan Allah.

Alhamdulillah..saya semakin kuat melangkah, langkah kaki saya bukan seperti dulu, bagaikan mengheret kaki, terasa tidak terdaya..kini, dengan izinNYA..saya mampu berjalan laju..walau tidak lagi mencapai tahap berlari. sudah mampu menepis emosi2 negatif, sudah mampu tersenyum dalam duka. sudah mampu berkata2 walau hati terasa. bukankah itu tandanya saya sudah matang?pengalaman hidup yang pelbagai mungkin mengajar diri ini untuk terus bersabar dengan dunia. ingatlah..dunia ini hanya sementara.

doakan anakanda saya. doakan kami berdua. dan doakan kami sekeluarga dapat bertemu semula di Jannah FirdausNYA. insyaAllah saya juga mendoakan kalian yang membaca. syukran!

 semoga Allah sentiasa melindungi kamu sayang!