Wednesday, March 28, 2012

book review- kemana wang anda?

assalamualaikum..

saya sangat suka membaca buku ini.  bidang pengurusan harta juga adalah bidang 'favourite' saya. siapa tak suka harta kan? ada ke yang benci wang? saya rasa kalau adapun, mungkin dia ada gangguan mental. hehe..tapi tak bermakna saya gila wang.itu satu istilah yang lain pula yer..satu soalan untuk anda, apa yang anda akan lakukan bila anda dapat RM50k..simpan?joli?melabur? dan berapa lama duit itu berada di tangan anda? ok, bayangkan saja..sebab tiada siapa yang akan beri anda duit RM50k free-free.so, jom kita review buku ni..sorry la, kalau cara saya review ni tak ikut standard..ini standard saya yer..hehe..


di dalam buku ini diceritakan beberapa ti untuk financial freedom..ada tips untuk mengira financial freedom kita..then ada dititipkan perancangan kewangan untuk kita mencapai matlamat kita mengikut pelan usia kita. contohnya seperti fasa 1 awal kerja (awal 20an hingga awal 30an) kemudian fasa 2 apa yang patut kita lakukan di usia awal 30an hingga awal 40an..then fasa 3 awal 40an hinggalah ke awal 50an dan akhir sekali awal 50an hingga usia bersara. bagaimana untuk menjana pendapatan dari tabungan dan pelaburan. juga diceritakan kepentingan pelan takaful untuk pendidikan anak-anak. kepentingan menabung dan banyak lagi..snagat berbaloi untuk membacanya kerana didalamnya sangat banyak ilmu yang dikongsi oleh puan pengarang. sekian ulasan buku saya.

p/s: maaf..terasa susunan ayat yang sangat serabut..jarang buat book review...huhu..

selamat bertunang akak!

assalamualaikum warahmatullahi wabaraatuh..

alhamdulillah atas segala nikmat yang Alah kurniakan..nikmat iman,nikmat islam,nikmat sihat,nikmat ketenangan yang saya rasai sekarang..Allahu Akbar, tanpaMu ya Rabbi..siapa la kami..

Alhamdulillah sekali lagi, cuti persekolahan seminggu telah berlalu. sminggu yang sangat sibuk dan diawal cuti tu Allah uji saya dengan nikmat sakit.cirit birit dan muntah2 yang menyebabkan saya tak makan satu hari. Alhamdulillah..Allah bagi saya sakit..hikmahnya dapatlah usus saya berehat sebentar. bukan apa, selalunya usus tu sentiasa bekerja..maklumlah pantang jumpa makanan..mesti ngappp...huhu..

dan di akhir cuti itu, berlangsung majlis pertunangan akak..siapa akak? akak bukan kakak saya, tapi adik saya..ya, dia adik ipar saya sebenarnya..adik arwah abang, suami yang tersayang. dan adik beradik dia seramai 11 orang tu masih adik beradik saya. kalau nak tau, memanglah adik beradik dia tersangatlah ramai..dan ramah..sampai sekarang saya sangat selesa, seronok dan sangat bahagia berada di kalangan mereka.

ok, kita cerita pasal majlis tu..ini majlis pertunangan yang ketiga dalam keluarga abang,selepas mak ayah dan abang tiada. pertama pertunangan teh, then aba (fakhrudin) dan ketiga akak. dan ini majlis kenduri yang agak besar dikendalikan oleh adik beradik selepas mak ayah dan abang pergi. memang sangat besar cabarannya..maklumlah, kak long pun baru berumur 33 tahun, tua setahun je dari saya dan abang. semua kelengkapan telah tersedia sewaktu saya sampai. dan pada hemat saya, majlis berlangsung dengan lancarnya. walaupun ada juga cakap2 belakang yang berbisa, sehingga ada hati yang terguris, dan tanpa disedari airmata mengalir..teringat pada arwah mak..ayah dan abang..bukan saya yer..tapi ketua yang bertanggungjawab dalam keluarga..sangat kesian..sewaktu airnata kaklong menitis..ingin saja saya memeluk kak long..memujuk..tapi saya sendiri,tidak berdaya..tak kuat..seandainya saya menghampirinya..pasti airmata saya mengalir lebih laju..

akak selamat ditunangkan dengan man..alhamdulillah..selesai upacara menyarung cincin..akak bersalaman dengan semua orang, sampai giliran kak long..airmatanya hampir mengalir..begitu juga apabila bertemu mata dengan saya yang berada di sebelah kaklong..laju je airmatanya mengalir..saya pujuk akak..."jangan menangis akak...nanti kak ngah nangis sama.." dan diwaktu itu..saya rasa fikiran kami sama..kalaulah mak ayah dan abang masih ada....huhu...

astaghfirullahalazim...hati selalu memujuk agar kata-kata kalau itu tidak dikeluarkan...tapi..semoga ia tidak membuka laluan untuk syaitan menghasut...cepat2 ucap astaghfirullahalazim... apapun akak..selamat bertunang..semoga jodoh akak dengan man kekal hingga ke syurga..kak ngah sayang akak..sayang kak long..sayang korang semua..

-wajah2 kesayangan hamba-

Wednesday, March 7, 2012

bingkisan rindu buatmu

assalamualaikum warahmatullah..

tengok tajuk pun cam entry meleleh lagi ni..hehe..maaf la ye..saya memang sedang sangat2 rindukan dia. tak kisah la nak cakap entry melankolik ke..jiwang tak habis ke..yang pasti saya kena cakap,yang saya rindukan dia..

isnin lalu, saya ke Hotel Seri Malaysia Temerloh menghadiri majlis persaraan mantan GPK 1 kami.dua tiga hari sebelum tu dah berdebar je. boleh ke saya ke sana? saya takut majlis gembira tu kang bertukar jadi sayu (dalam hati saya je) sampai di laman hotel tu, terus terfikir..ermm..kat sinila..di sini la...alkisahnya...(bayangkan ada soundtrack mengiringi..) ^_^

-aishah, saya ada kursus kat temerloh minggu depan
-kat mana
-hotel seri malaysia
-oo..saya balik minggu ni..saya nak bagi barang kat awak,nanti msg lagi..

minggu depannya..

-saya dah check in
-ok,sy siap dl..jap lg sy sampai

takutnya waktu tu..berdebar sangat..sebab ini pertemuan pertama antara saya dan dia.

-saya dh sampai,dpn hotel.
-ok,sy turun.

alamak ok tak ni..untuk mengcover debaran..buat2 tampal roadtax kereta enjang yang sekali menemani.

nampak someone keluar dari lobi hotel. erk...handsomenya..tak la tinggi sangat orangnya..sedang2 aje..
saya keluar dari kereta enjang. berbual sebentar,beri barang dan tak sampai 5 minit, kami beredar.

on the way...

-awk mmg suka pakai mcm tu ke?
-pakai ape? (dlm hati..apa tak kena dengan pakaian saya,jubah,tudung labuh dan stokin,sandal..rasanya takde yang tak kena..)
-takde,jubah,tudung labuh tu sy suka..beg tu..macam org tua...

hahaha...saya tergelak..ada ke komen beg saya..memang la..mana ada orang muda macam saya (muda lagi waktu tu) bawa beg tabung haji yang kecil tu..kurang2 pakai handbeg ke..hehehe..dah kena gelak dengan dia..tapi tak terasa pun..almaklumlah,org tengah suka..camane kena komen pun tak kisahhhh...
 pertemuan pertama yang sangat singkat. dia harapkan agar kami dapat berbual selesa dalam restoren di hotel tu ditemani enjang saya sekali..tapi, harap maklum..saya seorang yang pemalu...dan saya tak pernah bertemu dia lagi dah sehingga bulan mac 2009,ketika membeli barang2 untuk persiapan kenduri kahwin, di jln TAR..saya ditemani adik dan dia keseorangan..alamak..rindunya kat dia..

semalam..saya mendapat panggilan telefon dari nombor yang saya tidak kenali. selalu dah nombor tu telefon dan meseg..selalunya berkaitan dengan urusan ayah saya. tidak lama selepas itu, ada meseg masuk berbunyi " jangan lama2 sangat cikgu,dah 3 tahun berlalu, bukalah buku baru....." panjang lagi mesegnya..malas saya nak taip, pointnya suruh saya cari lain..dan meseg keduanya membayangkan nak makan angin dgn dia dan anak2 dia..aiyaaaa...sah2 la dia ni suami org..saya langsung tak kenal siapa dia.tetiba je nak mengajak saya makan angin dgn dia dan family dia apahal....aiyaaa..tolonglah..pada saya,saya tak sedih lagi dah bila mengenang kisah cinta saya dan arwah..saya suka,saya tersenyum dan saya sangat bahagia bila bercerita tentang dia..saya akan sedih bila ada orang2 seperti ini yang mengganggu saya..airmata saya mudah je luruh..kata2 manusia kadangkala buat saya lemah kerana hati saya terhiris..pernah org yang sama rasanya menyatakan "carilah selagi cikgu muda lagi..esok dah tua takde sape nak.." ooohhh...tolonglah..macamlah saya ni kebulur sangat nak mencari lelaki..Astaghfirullah..kadangkala..kata2 manusia...siapa dia nak menentukan jodoh saya..Allahu Akbar... cabaran, dugaan dan ujian yang tak putus2..semoga orang itu mendapat hidayah Allah..ya Allah ya tuhanku..aku sangat menyayangi arwah suamiku..sangat merindui dia..ya Allah temukan kami sekeluarga di syurgaMu ya Allah..amin ya rabbal alamin..


-rindu dia-