Wednesday, June 29, 2011

pertemuan itu indah..

assalamualaikum..

Alhamdulillah, segala puji layak hanya buatMu Ya Allah..Selawat dan salam buat Rasul Tercinta..

Menyusuri hari demi hari, alhamdulillah! hanya satu perkataan yang membawa seribu makna dan pengertian itu saja mampu saya ucapkan. betapa hidup ini sangat indah dengan ujian, nikmat,rezeki, kurniaan dan kasih sayangNYA.

Ada duit, alhamdulillah..Allah beri rezeki pada kita, takde duit..Alhamdulillah..Allah suruh kita bergantung denganNya, bukan dengan duit tu..nikmatnya..

Badan sihat, Alhamdulillah..Allah bagi kesihatan pada kita, banyak perkara dapat dilakukan di waktu sihat. sakit pun Alhamdulillah..Allah masih 'pandang' pada kita untuk beri ujian sakitnya..bukan ke kita dah lama sihat?

Sibuk,Alhamdulillah..Allah masih beri ruang masa, tenaga, idea utk kita beerja yang mungkin menyebabkan kita sibuk..tak sibuk..lagi-lagi kena bersyukur atas masa lapang yang Allah kurniakan pada kita..

Sabtu lalu berpeluang mengadakan pertemuan, ya, sebuah pertemuan yang sangat dramatik..sangat membahagiakan...sangat best...pertemuan dengan mereka-mereka yang suatu ketika dulu, di bahu merekalah saya menangis, dengan lawak mereka, saya ketawa..sama-sama berduka, sama-sama gembira..mereka banyak jasa pada saya..tak terhitung, dan hanya Allah saja yang mampu membalasnya.

Di Mat'am Al-Rawsha, Jln Kg Pandan KL..saya bertemu dengan sahabat2 saya dari Sarawak yang datang berjalan di KL,dari Perak dan dari Kelang. tujuan hanya satu, untuk bertemu.. hanya airmata yang mengalir menyaksikan betapa Allah Maha berkuasa..mengizinkan kami bertemu semula walau sekadar sejam dua.

Dulu suatu ketika dulu, saya mengehadkan pergaulan kerana jarak dan masa. saya semacam tidak menghargai sebuah persahabatan, disebabkan terlalu memikirkan hal yang lain. saya 'terlepas' banyak jemputan walimah sahabat-sahabat,kerana masa yang tidak bersesuaian dengan jadual saya. kebanyakan walimah mereka berlangsung ketika saya berada di bumi kenyalang. dan apabila say pulang bercuti di Pahang, aulawiyat saya ketika itu ialah suami tercinta.

Apapun, itu kisah dulu, kini saya punya masa terluang untuk berziarah dan menjalinkan semula ukhuwwah prsahabatan yang agak kusam. Saya bayar semula persahabatan yang saya abaikan lewat beberapa tahun lalu. Sementara masih ada ruang dan peluang. Mungkinkah akan datang aulawiyat saya akan bertukar lagi..wallahua'lam..

Alhamdulillah atas nikmat pertemuan itu. Gambar malas nak upload..masih tersimpan dalam kamera lagi.. semoga Allah izinkan kita adakan beberapa siri pertemuan lain pula selepas ini..insyaAllah biiznillah... 











Wednesday, June 15, 2011

budak bertuah...

assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamulillah..mode sekarang: sangat sibuk..konon-kononnya la..sebenarnya memang tengah sibuk..sekarang sedang menyiapkan data e-laporan jqaf  bg Jun 2011 yang kena hantar esok..relax jap..penat dah tengok number2..lagipun lama sangat dah rasanya tak update blog. sesekali terfikir, blog ni tempat saya meluah rasa, tempat saya menghilangkan boring, tempat saya bercerita..tapi ada manafaatkah pada orang lain. harap2ada la kot..sebab my BFF pun cakap, kalau malas nak guna hp untuk tau update cerita saya, dia akan baca blog ni la..okey, disitu nampak unsur2 manafaatnya kan..menjimatkan duit dia..hehe...

Nak cerita pasal anak saya. siapa lagi kalau tak si muhammad tu..subhanallah..sekarang ni, mulut dia sama naik je dengan lasak kaki tangan dia tu..waktu cuti baru ni kan saya cerita yang dia sangaaaatlah meragam. mungkin sebab dia rindukan wannya (baca:nenek). emm..sebenarnya memang dia rindukan wan dia, sebab satu hari tu, saya berbual dengan dia, dia kata; "ingat wan..rindu wan..." saya tanya semula,"pe dia muhammad?" dia gelak2 malu...aiii..pandai malu rupanya. betullah...disitu ada ciri2 kelelakiannya..malu nak meluah perasaan..hehe..

Waktu dalam cuti baru ni, saya biasanya akan berada di sisinya setiap pagi, supaya setiap hari pada waktu cuti tu, dia bangun pagi dengan ceria, sebab bukak mata je dia nampak muka saya. satu pagi tu..dia nak bercerita, katanya.."mamat mimpi.." saya tanya semula.."muhammad mimpi apa.."dia nak bercerita. tapi mungkin susah agaknya nak menyusun ayat..so, ceritanya tergantung begitu saja. emm...saya terfikir..dia tau ke makna perkataan mimpi? ^ - ^

Waktu dalam cuti baru ni juga, saya sempat membantu jiran saya yang nak kenduri mengacau dodol..emm..sangat seronok, sebab dah lama tak mengacau dodol, selalunya bila nak raya je buat dodol. sebenarnya dodol ni memang feberet muhammad. dia tu memang budak lagi, tapi selera dia macam orang tua. suka dodol, suka pulut, lepas siap tu, saya pun makan kat situ, merasa dodol yang dikacau. emm..saya suka sekadar merasa, bukan lah minat sangat2..tapi muhammad, belum masak lagi, dia dah minta..sebaik saja masak, saya terus bagi dia..berselera sungguh dia makan. saya pula yang risau, takut dia tercekik..lepas tu saya pun nak balik ke rumah untuk solat asar. jiran saya suruh bawa balik dodol tu, saya menolak sebab saya rasa tiada siapa yang berminat sangat2 untuk makan dodol tu..tiba-tiba muhammad cakap kat jiran saya tu.."isi dalam bekas..isi dalam bekas.."oppss..lupa plak..feberet dia..siap minta isi dalam bekas tu...semua orang gelak dengar dia cakap..huhuhu..anakku..anakku..

Baru semalam, kami pulang ke kampung dan bermalam di sana. saya terangkan padanya yang kami akan berangkat ke kampung sebentar lagi, nak tengok moyang muhammad. saya pun tanya dia, "muhammad ingat tak moyang?" dia jawab.."ingaaaat..uyang alan cam ni...(ingat..moyang jalan macam ni..) lalu membongkokkan badannya sambil tangan diletakkan di belakang...saya tergelak..aishh..budak bertuah ni..pandai pulak dia mengajuk moyang dia jalan..

Sampai rumah moyang..memang aki (datuk saya) sedang uzur. semputnya berulang..saya gosokkan minyak di belakang badannya..akhirnya dia semakin lega. muhammad sekadar duduk di sebelah saya memerhati. selepas itu, saya memasak untuk makan malam..masakan yang ringkas saja. goreng sawi dan ikan. saya letakan di bawah tudung saji. dan saya teruskan dengan mengemas dapur. muhammad diam saja. saya syak sesuatu berlaku sebab jarang sekali saya tidak mendengar suaranya. saya ke ruang makan. terkejut yang amat melihat sayur sawi yang saya goreng itu telah dipenuhi dengan 'kuah tambahan'.huhuhu..rupa-rupanya, dia menambah kuah dalam sayur tu dengan air masak putih. mujur air masak putih. kalau air basuh tangan, tak ke haru? emmm..muhammad..muhammad...

Apapun yang muhammad lakukan, umi tetap gembira dan menikmati saat2 membesarkan anak umi ini. kerana saat ini tidak akan berulang lagi. dia semakin hari, semakin membesar. dari alam rahim, ke alam bayi sehingga akhirnya dia dewasa. saya mahu menikmati saat2 membesarkannya dengan sabar, tabah dan gembira..semoga dia membesar dengan sempurna, dengan didikan yang termampu saya lakukan. semoga Allah merahmati dia, memberkati perjalanan hidup dia, dan Allah tambahkan ilmunya..dan semoga muhammad beramal dengan ilmu di dadanya dan semoga Allah pilih dia sebagai pejuang agamaNYA. amin..



langkah demi langkah menuju kedewasaan..



Tuesday, June 7, 2011

manusia oh manusia...

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim...

Manusia ini pelbagai karektornya, ada yang nampak lembut,tetapi garang, ada yang nampak garang tapi hatinya lembut, ada yang tegas dan keras, tak kurang yang berhemah dan berbudi bahasa.Segalanya bergantung pada hati, diri, tarbiyah dan suasana persekitaran. Tidak kurang juga pengaruh dari keturunan.Tetapi Allah telah menyatakan bahawa penciptaan manusia adalah sebaik-baik penciptaan. maka, tidak perlu diragui pada pelbagai kekurangan itu, kerana itu salah satu fitrah manusia. tiada yang sempurna.

Teringat kisah Luqmanulhakim bersama anaknya, rasanya kita biasa mendengar kisah ini. sebagai ulangan dan ambillah pengajarannya.

Pada suatu hari, Luqmanulhakim berjalan bersama anaknya menuju ke suatu tempat menaiki keldai, manakala anaknya menuntun keldai tersebut. sampai di suatu tempat, orang ramai berkata kepada mereka, "apalah si ayah itu, tidak kasihan langsung pada anaknya yang menuntun keldai. sepatutnya anaknya lah yang menaiki keldai, ayahnya;ah yang menuntun kerana ayahnya sudah dewasa." maka, si Luqmanulhakim inipun turun dari keldai dan menyuruh anaknya menaiki keldai, sedang dia pula yang menuntun keldai. sampai di suatu kawasan, orang ramai menegur mereka,"apalah si anak ini, tidak kasihan langsung pada ayah yang tua, menuntun keldai, sedang si anak bersenang-lenang berada di atas keldai". maka, si anak turun dari keldai lalu mereka berdua yakni si LuqmanulHakim dan anaknya menaiki keldai itu bersama-sama. sampai di suatu tempat, orang ramai menegur mereka. "apalah mereka berdua itu, tiada belas kasihan langsung pada haiwan, kesian keldai itu dinaiki dua orang". lalu, mereka berdua turun dari keldai dan kedua-duanya menuntun keldai itu bersama-sama. sampai di suatu kawasan, orang ramai sekali lagi menegur mereka. "apalah orang itu, sudah ada keldai, tetapi tidak mahu menaikinya.." Lihat, inilah manusia...

 Luqmanulhakim telah berjaya mendidik anaknya melalui empat situasi ini. sesungguhnya pemikiran manusia ini berbeda. apatah lagi perangai, pembawaan, personaliti, hatta cap jari juga berbeza. walau seiras mana kita, atau kembar siamkah kita, kita tetap berbeza. itulah kuasaNya Sang Pencipta, betapa bijaksanaNya DIA.

Namun, manusia yang paling baik ialah manusia yang paling banyak manafaatnya kepada manusia yang lain, juga Muslim ialah muslim yang lain selamat dari lisan dan tangannya. Agak-agak kita, bermanafaatkah kita pada insan lain, pada manusia di sekeliling kita. dan yang paling minima, bermanafaatkah kita sekurang-kurangnya pada insan yang kita sayangi? selamatkah muslim di sekekeling kita dari lisan kita yang tajam ini, atau dari tangan kita yang sasa ini?bermuhasabah seketika. andai tidak mampu memberi manafaat kepada orang lain, sekurang-kurangnya, janganlah kita menyusahkan orang lain atau menyakiti hati orang lain melalui lidah dan tangan kita.

Ingatlah,hidup kita tidak habis sekadar berada di bumi Malaysia ini saja, atau dimana-mana diatas bumi Allah yang luas ini, tetapi kita punya baki hidup yang lebih panjang, abadan abada di sana nanti. sekecil zarah kebaikan kita lakukan, balasannya ada, begitu juga sebesar zarah kejahatan kita lakukan, balasannya tetap ada. berdosa dengan Allah, pintu taubatNya terbuka dan rahmatNya melangit luas. tetapi andai dosa sesama manusia. janganlah tiba masanya, kitalah manusia muflis itu. kononnya kaya didunia, tetapi muflis di sana! Nauzubillahi min zalik. Semoga Allah melindungi kita dari dosa sesama manusia dan berdosa denganNya.

Monday, June 6, 2011

perjalanan ini...

assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah 'ala kulli nikmat..

hari ini, sudah menjejak 6hb Jun 2011. seminggu sudah berlalu.cuti hanya berbaki seminggu lagi. bermanafaatkah cuti saya kali ini. cuba untuk bermuhasabah diri.

Insyaallah, dengan izinNya, saya telah berjaya melaksanakan beberapa perancangan sempena cuti ini. pertama- ziarah mahabbah ke Kuantan. Alhamdulillah, Allah izinkan bertemu semula dengan 11 orang adik beradik arwah suami. seronok sangat. muhammad Fathi seperti biasa, masih malu dan tidak mahu dengan sesiapa kecuali umminya saja. ingatkan nak pergi Kuantan hari Rabu tu, tapi disebabkan ada sedikit kekangan, maka hari Khamis baru berlepas ke sana. terus ke Indera Mahkota, rumah kak de, tempat semua adik beradik berkumpul. petang tu, sempat berkonvoi ke Pantai Batu Hitam, muhammad Fathi dah lama tak jumpa pantai, jadi, agak cuak dan takut. bila dah lama bermain air tu, barulah berani sikit. itupun tak mau lepas tangannya dari memegang baju ummi. dari Pantai batu Hitam saya bergerak ke rumah Etam, pak sedara yang menetap di Beserah, tak jauh dari pantai tu.Inah dan Adik bermalam di rumah Etam, manakala saya, muhammad Fathi dan Insyirah (anak saudara) bermalam di rumah kak de. malam tu, abang  teh adakan tahlil untuk arwah sempena kami berkumpul ramai2 ni. sebelum memulakan tahlil, teh berucap sepatah dua kata, menyuarakan doa dan harapan, semoga Allah memelihara ukhuwwah sesama adik beradik mereka dan ukhuwwah dengan saya, kak ngahnya. dan semoga semuanya dalam hidayah dan petunjuk Yang Esa. Esoknya (Jumaat), saya berjalan ke Pantai Teluk Cempedak dan selepas Zohor, bertolak balik ke Temerloh.

Sabtu, pagi2 lagi sudah bersiap untuk ke Hulu Langat. emm..berjalan saja. sampai sana sudah jam 1 tghari sebab bertolak pun dah hampir 11 pg. petang tu, menziarahi seorang sahabat di KUIS. Maziah, my BFF yang dah lama sangat tak jumpa, rasanya kali terakhir jumpa waktu dia dalam pantang anaknya Aisar, sekarang Aisar dah berusia 1 thn 8 bln, muda sikit je dari Muhammad Fathi.

Alhamdulillah, manis sekali pertemuan yang tercipta. rasanya tak sedar masa berlalu,sebab sibuk berbual macam-macam perkara, dari kenangan zaman kuliah hingga kisah sahabat2. dari kisah anak2 sampailah kisah mak2..macam2..yang pastinya mesti tak sunyi dari gelak tawa.

persahabatan saya dengan maziah sudah menjangkau 13 tahun ( yeke maziah?..emm..lamanya kan..)daripada single mingle, berdua hingga sekarang dia bertiga, masih teringat semua kenangan indah bersama. maziah yang mula saya kenali seorang yang agak malu untuk kedepan tapi seorang yang sangat peramah. mudah mendapat kawan. tak sangka seorang yang agak gementar ke hadapan tu menjadi seorang pensyarah yang hebat. maziah kuat belajar dan bersungguh mengejar cita-citanya. syabas mere beti..hehe..mesti ketar pipi maziah membaca entry ini..hehe..jangan marah ye maziah..kita cerita pasal awak..

alhamdullillah..banyak2 kena bersyukur ni, kerana Dia telah mengizinkan untuk saya mengeratkan lagi silaturrahim sesama saudara dan sahabat. berbaloi rasanya biarpun terasa kepenatan yang sangat2 sewaktu memandu pulang ke Temerloh semalam. kat highway bawa 80/90kmj je..hehe..cipta rekod sebab penat yang teramat..

sesungguhnya inilah kehidupan. kita bertemu dan mencipta kenangan. kemudian berpisah, syukurlah pada Allah yang mencipta pertemuan dan perpisahan. kerana di situ ada memori yang terakam untuk menjadi sebahagian dari kehidupan. kehidupan yang singkat di dunia yang sementara ini. semoga pertemuan kita di sini membawa kepada pertemuan yang abadi di sana nanti.


p/s: hari ni 1st day potty training. pagi tadi dah 2 kali muhammad terbabas . bersabar ye ummi.


muhammad dan kakak insyirah.

Wednesday, June 1, 2011

jangan menangis sayang..

assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim..

Sudah lima hari dia begitu. pantang tersilap sikit, rajuknya lama, sendunya mendayu. permintaannya juga bukan calang-calang. lasaknya juga bukan kepalang. aksinya bagai orang yang sunyi. mungkin juga, yang pasti,semuanya menduga kesabaran saya.

4 hari yang lalu, dahinya bertanda lagi, kini di sebelah kiri dahi. agak besar dan kebiruan. itu peristiwa sebelah pagi, petangnya jatuh sekali lagi akibat terlalu ingin menolong umi membasuh pinggan. esoknya, jari dan kaki sedikit terluka. mujur tidak menitiskan darah. kali ini kerana asyik menyiram pokok bunga di depan rumah. terkena duri barangkali.

Hari ini permintaannya, "mi, nak pempeng kudu.."mulanya tak faham. tapi akhirnya dapat tangkap maksudnya bila diajak pergi ke belakang rumah. emm..lempeng daun mengkudu. makanan kegemarannya yang dibuat khusus oleh wan (mak saya) untuknya. apabila pergi ke belakang rumah. dia agak kecewa kerana daun mengkudu yang biasa diambilnya bersama wannya sudah tiada di situ. sebenarnya daun itu telah diracun (secara tidak sengaja) oleh toknya. kesian dia! takde rezeki. mujur kali ni dia tak menangis.

Biasanya, hanya wan yang pandai buat lempeng daun mengkudu yang sedap.itulah makanan kegemarannya. dia boleh mengulang makan lempeng itu sampai habis.Selain itu. aktiviti-aktiviti dia di luar rumah juga banyak dipengaruhi oleh aktiviti wan dan toknya. biasa menolong wan menyiram pokok bunga, menolong tok memagar kawasan belakang rumah. menolong wan menanam pokok lada. memagar anak-anak pokok lada. itulah aktivitinya. dan apabila saya bersama dengannya di luar, dia kan bercerita yang itu dia buat, dan yang sana juga dia buat..:)

Sebenarnya saya dapat mengesan perubahan sikapnya lima hari ini. dia rindukan wan dan toknya. wan dan tok berada di Balikpapan, Indonesia sekarang. dia yang berada di sini mungkin terasa kehilangan mereka. sebab itu dia agak 'meragam'.

Inilah masa emas saya bersamanya. selalunya dia banyak habiskan masa bersama wan,tok, ciknah dan ciknornya..kini saya bercuti. maka,inilah masanya untuk dia meminta perhatian yang lebih dari saya. tidak dinafikan, dia memang seorang yang manja, agak sensitif, tapi kuat sakit dan agak sabar dalam bergaul, selalu mengalah dan kadangkala selalu 'dilepuk' oleh sepupunya. tapi, dia masih boleh tersenyum dan bermain bersama-sama seolah-olah tiada apa yang berlaku.


jangan menangis sayang..insyaAllah, wan dan tok akan pulang.