Tuesday, June 7, 2011

manusia oh manusia...

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim...

Manusia ini pelbagai karektornya, ada yang nampak lembut,tetapi garang, ada yang nampak garang tapi hatinya lembut, ada yang tegas dan keras, tak kurang yang berhemah dan berbudi bahasa.Segalanya bergantung pada hati, diri, tarbiyah dan suasana persekitaran. Tidak kurang juga pengaruh dari keturunan.Tetapi Allah telah menyatakan bahawa penciptaan manusia adalah sebaik-baik penciptaan. maka, tidak perlu diragui pada pelbagai kekurangan itu, kerana itu salah satu fitrah manusia. tiada yang sempurna.

Teringat kisah Luqmanulhakim bersama anaknya, rasanya kita biasa mendengar kisah ini. sebagai ulangan dan ambillah pengajarannya.

Pada suatu hari, Luqmanulhakim berjalan bersama anaknya menuju ke suatu tempat menaiki keldai, manakala anaknya menuntun keldai tersebut. sampai di suatu tempat, orang ramai berkata kepada mereka, "apalah si ayah itu, tidak kasihan langsung pada anaknya yang menuntun keldai. sepatutnya anaknya lah yang menaiki keldai, ayahnya;ah yang menuntun kerana ayahnya sudah dewasa." maka, si Luqmanulhakim inipun turun dari keldai dan menyuruh anaknya menaiki keldai, sedang dia pula yang menuntun keldai. sampai di suatu kawasan, orang ramai menegur mereka,"apalah si anak ini, tidak kasihan langsung pada ayah yang tua, menuntun keldai, sedang si anak bersenang-lenang berada di atas keldai". maka, si anak turun dari keldai lalu mereka berdua yakni si LuqmanulHakim dan anaknya menaiki keldai itu bersama-sama. sampai di suatu tempat, orang ramai menegur mereka. "apalah mereka berdua itu, tiada belas kasihan langsung pada haiwan, kesian keldai itu dinaiki dua orang". lalu, mereka berdua turun dari keldai dan kedua-duanya menuntun keldai itu bersama-sama. sampai di suatu kawasan, orang ramai sekali lagi menegur mereka. "apalah orang itu, sudah ada keldai, tetapi tidak mahu menaikinya.." Lihat, inilah manusia...

 Luqmanulhakim telah berjaya mendidik anaknya melalui empat situasi ini. sesungguhnya pemikiran manusia ini berbeda. apatah lagi perangai, pembawaan, personaliti, hatta cap jari juga berbeza. walau seiras mana kita, atau kembar siamkah kita, kita tetap berbeza. itulah kuasaNya Sang Pencipta, betapa bijaksanaNya DIA.

Namun, manusia yang paling baik ialah manusia yang paling banyak manafaatnya kepada manusia yang lain, juga Muslim ialah muslim yang lain selamat dari lisan dan tangannya. Agak-agak kita, bermanafaatkah kita pada insan lain, pada manusia di sekeliling kita. dan yang paling minima, bermanafaatkah kita sekurang-kurangnya pada insan yang kita sayangi? selamatkah muslim di sekekeling kita dari lisan kita yang tajam ini, atau dari tangan kita yang sasa ini?bermuhasabah seketika. andai tidak mampu memberi manafaat kepada orang lain, sekurang-kurangnya, janganlah kita menyusahkan orang lain atau menyakiti hati orang lain melalui lidah dan tangan kita.

Ingatlah,hidup kita tidak habis sekadar berada di bumi Malaysia ini saja, atau dimana-mana diatas bumi Allah yang luas ini, tetapi kita punya baki hidup yang lebih panjang, abadan abada di sana nanti. sekecil zarah kebaikan kita lakukan, balasannya ada, begitu juga sebesar zarah kejahatan kita lakukan, balasannya tetap ada. berdosa dengan Allah, pintu taubatNya terbuka dan rahmatNya melangit luas. tetapi andai dosa sesama manusia. janganlah tiba masanya, kitalah manusia muflis itu. kononnya kaya didunia, tetapi muflis di sana! Nauzubillahi min zalik. Semoga Allah melindungi kita dari dosa sesama manusia dan berdosa denganNya.

No comments:

Post a Comment