Monday, February 28, 2011

1 thn 11 bln-saya dan dia..

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..

Punya masa sedikit terluang petang tadi, saya manafaatkan dengan menyusun semula pakaian-pakaian di dalam almari Muhammad Fathi dan uminya.. sedang asyik menyusun, terpegang sehelai t-shirt biru berkolar. T-shirt ini menyimpan banyak memori. Tangan saya terus menarik t-shirt itu, lantas saya dakap erat ke dada. Terasa wangiannya masih sama. T-shirt itu adalah baju yang dipakai saat pertemuan pertama kami bersama keluarga untuk membeli kelengkapan majlis perkahwinan. Agak kacak dia bersalut t-shirt biru itu. Dan t-shirt itulah t-shirt kesayangannya. Masih saya simpan. Banyak pakaian arwah saya sedekahkan kepada adik-adik lelaki arwah, bukan apa, terlalu besar saiznya untuk dipadankan ke badan Muhammad Fathi. Hanya pakaian-pakaian bermakna yang menyimpan memori manis, akan saya simpan. Terjumpa baju itu, membuatkan fikiran saya mengimbau kenangan manis bersamanya.

 Usai majlis pernikahan di kedua-dua belah pihak, kami terbang ke sarwak untuk honeymoon. Menambah satu minggu lagi cuti. Tiga minggu bersama suami saat paling indah dalam hidup. Selepas tiga minggu itu, kami dipisahkan oleh laut china selatan. Dia di pahang dan saya di bumi kenyalang. Masih teringat ketika itu, setiap malam, jam 10 mlm, saya akan berdating dengan suami melalui telefon. Hanya perbualan biasa, tapi setiap hari dia tetap setia membuat panggilan tepat pada waktunya. Andainya ada kerja yang di lakukan seperti program di sekolahnya yang lewat selesai, dia kan tetap menelefon saya walau jam sudah menunjukkan pukul satu pagi, kerana dia tahu isterinya tidak mampu mlelapkan mata sebelum mendengar suara suaminya. Mengada-ngada betul isteri dia tu kan

Sebulan yang terakhir, saya mempunyai satu habit yang agak ganjil. Saya tidak tahu kenapa saya begitu asyik memandang wajahnya. Mungkin Allah gerakkan hati saya berbuat demikian kerana wajah itu tidak lagi dapat ditatap selepas itu. Sewaktu dia bersiap ke sekolah, saya asyik merenung wajahnya. Selalu dia mengusik, “nape sayang ni? Abg semakin hensem ke sekarang ni?” suka merenung matanya yang redup sayu dan wajahnya yang tenang. Dan ketika itu satu kewajipan saya untuk mengiringinya pergi kerja sehingga dia hilang di sebalik selekoh di depan rumah. Pendek kata saya tidak akan berganjak dari porch, sehingga dia hilang dari pandangan mata.


Saya tidak pandai bermain kata. Tapi saya amat menyukai senyumannya. Senyuman dan tawa manisnya membuatkan sang mentari bersinar menyinari bumi, pelangi muncul di celah awan, dunia dirasakan sangat berseri. Begitu indah. Begitulah agaknya orang sedang bercinta. Manis, dan terlebih manis andai bercinta secara halal. Pernah sekali wajahnya muram ketika dia menghantar saya ke airport. Sayu dan suram. Saya berfikir, apa yang patut saya lakukan untuk mengembalikan senyumannya. Lalu, saya mencipta satu permainan teka-teka. Meneka pelbagai symbol bagi jenama-jenama yang terdapat di dunia. Agak tidak ilmiah permainan itu, tapi saya mampu mengembalikan senyuman dan tawa di bibirnya. Apabila melihat senyumannya, terasa bumi kembali bersinar. Sampai di airport, selesai urusan check in, saya masuk ke balai berlepas selepas menerima kucupan di dahi seperti biasa. Saya hanya tersenyum melambai. Saya tidak tahu keadaannya apabila dia kembali memandu seorang diri kembali ke Kuala Lipis yang memakan masa hampir 5 jam itu. Adakah dia tenang sepanjang pemanduan, atau dia bersedih, saya tidak tahu. Yang saya tahu ketika itu, saya sedang berusaha menahan empangan airmata saya dari mengalir. Sangat  perit perpisahan, tetapi pertemuan yang dinanti menjanjikan satu kemanisan yang tidak terhingga.


Saya sangat bersyukur kerana Allah memberi peluang saya mengenalinya, menyayanginya, berpeluang menjadi suri hatinya. syukur yang tak terhingga kerana Allah Pemilik hati kami menyatukan hati-hati kami. Dan sehingga kini, saya masih tidak mampu untuk berhenti menyayanginya dan mencintainya, walau jasadnya telah ditelan bumi. Dia tetap di hati. Kini, saya menanti pertemuan yang abadi. Pertemuan di tempat yang tiada lagi airmata, peluh dan derita. Semoga Allah menemukan saya dan dia di sana. Amin.  

p/s : sangat terharu dengan kisah ini...


lots of love,
ummufathi @ FJU,
28022011.
  

Wednesday, February 23, 2011

ujian Allah buat hambaNya..

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

selawat dan salam buat RasulNya..

Hari ini banyak termenung..sedari pagi, entah kenapa dan mengapa..akal banyak berfikir...dan akhirnya malam tadi, berjumpa dengan seorang sahabat lama, sama belajar di UIA dulu..perkhabaran yang diterima agak mengejutkan..ujian buat keluarganya..sahabat itu disahkan mengidap kanser usus tahap 4...Allahu rabbi..sangat2 terkejut dan akhirnya hanya mampu mengucapkan..inna lillahi wainna ilaihi rajiun..dia masih bertahan untuk meneruskan hidup, membesarkan anak yang baru berusia setahun sebulan..

Penyakitnya mengingatkan saya pada allahyarham ayahandak, ayahandak dapat tahu tentang penyakit pada tahun 2008..dan doktor telah mengesahkan yang jangka hayatnya hanya 3 tahun. namun, doktor hanyalah makhlukNya. hanya Dia yang Maha Mengetahui tentang tarikh lahir, tarikh mati seorang hambaNya..pada 2 Disember 2009, ayahandak telah kembali ke rahmatullah..saya juga sempat mengadapnya hingga ke akhir hayatnya. dia sorang pendidik, sehingga ke akhir hayatnya, dia telah mendidik orang di sekililingnya tentang betapa dahsyatnya sakaratulmaut. masih terbayang, saat pemergiannya. beliau seorang yang sangat soleh, sesuai dengan namanya, Mohd Salehuddin..semoga Allah menempatkan arwah bersama-sama orang yang soleh di jannah firdausNya.

tahun 2009, sememangnya tahun kesedihan buat saya. allahyarham ayahandak banyak sangat jasanya pada saya. dialah yang mengambil saya ketika saya melangkah ke alam sekolah menengah. mengajar saya tentang erti hidup berdikari, bersabar dengan karenah 'remaja' macam saya ketika itu. semoga Allah membalas segala jasanya.

Dan apabila saya mendengar berita tentang sahabat saya ini. saya hanya terkaku dan terfikir..inilah kehidupan, Allahu Rabbi..Dia Tuhan kita, Pemilik kita, hanya Dia yang layak menguji hambaNya dengan pelbagai cara, pelbagai cerita..semoga pohon-pohon kesabaran sementara hidup di dunia ini membuahkan hasil lumayan di akhirat kelak.




ummufathi @ FJU,
23/02/2011.

Monday, February 21, 2011

family day

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

alhamdulillah..

entry tertunggak hampir 20 hari yang lepas..aci dak?..layan je laaa..

tajuk : Family Day Kampung Loyang 2011
tarikh : 3/2/2011
tempat : masjid kg loyang, sanggang, temerloh pahang.. (malas nk betulkan huruf kecik@besar..)


acara boling padang lelaki..

aksi pengganti shalin zulkifli..

khusyuknya memancing botol2 tu..

nampak tak depa buat ape tu?...

juara bertahan acara anyam ketupat..

dah! tu je la gambar yg ada..malas nk upload byk2..


cucu org loyang,
21/02/2011 (best gak tarikh ni..)

Friday, February 18, 2011

mulut...

assalamualaikumwarahmatullah..

hari ni nak cerita tentang mulut..oppss..sebelum tu, apa khabar semua? sihat ke?tak pernah2 tanya kabo, hari ni tanya kabo apehal...sebenarnya, saya tanya kabo kamu ni sebab sekarang ni musim demam, selsema batuk dan sebagainya. kalau sihat, alhamdulillah, Allah tak bagi demam, selsema dan batuk pada saya. cuma dia bagi ujian sakit ulser mulut pada saya. biasa kena ulser kt mulut kan? saya boleh dikatakan tiap2 bulan kena..Alhamdulillah..setiap sakit yang Allah bagi kita tu ada ganjarannya, kalau kita sabar..

tapi nak ceritalah kan..saya kena dah hampir seminggu ni..bila nak cakap sakit, nak makan sakit..tapi manusia ini tetap makan, dan tetap cakap..itulah kan..ingatkan Allah bagi sakit nak makan, leh puasa ke apa..tapi makan jugak..dua tiga hari lepas, saya dah berazam utk kurangkan cakap, tapi sebagai seorang guru, amatlah janggal kalau kita tak bercakap..aset guru yang paling berharga adalah suaranya. sebab dengan suara, pengajaran itu disampaikan..betul boleh guna ICT, pasang laptop, pasang LCD, biarlah alat2 kaku itu mengambil alih peranan seorang guru. pada saya, amatlah tidak wajar kalau alat2 itu yang berperanan sebagai guru. ianya sebagai alat bantu sahaja. maka, dengan mulut yang bengkak sebelah, saya gagahkan diri juga membuka mulut dan bercakap memberi ilmu pada anak-anak murid semua.

ok, selesai dalam kelas, ingatkan nak diam la masuk staff room ni..mulut sakit nak cakap..tup..tup..sampai dalam staff room..bising gak..staff room tu tak pernah sunyi, kecuali takde orang dalam bilik tu..bila orang bercakap kita menyampuk jugak..aiiyaaa...

dalam mesyuarat KMK pun ingatkan nak diam gak..tapi terpaksa menggantikan Ketua Panitia yang outstation utk menerangkan ttg sambutan maulidurrasul peringkat sekolah yang telah berlangsung pagi tadi..alhamdulillah..

cikgu Z pernah mengemukakan teka-teki kepada guru2 perempuan, bulan apakah orang perempuan kurang bercakap? eemmm..anda tahu? saya tau...:)

tanpa disedari, begitulah besarnya nikmat mulut yang Allah beri pada kita, kita gunakan ia setiap hari, setiap masa, sangat2 berharga..nak bercakap guna mulut ni,,nak makan guna mulut ni.kalau dah macam ni...nak makan terutama kalau terkena makanan yang pedas..alamat berair la mata..tapi gigih habiskan jugak makanan pedas itu..emmm..itulah manusia namanya..

tak habis lagi cerita..terlalu banyak nikmat Allah yang diberi pada kita..tak terhitung banyaknya..sejuta tahun ibadat pun takkan dapat membalasi nikmat yang diberi pada kita..tinggal lagi kita laa...sendiri mau ingat laa..muhasabah pada diri yang dhaif ini..Allah tarik sebentar nikmat mulut ni, terasa sakitnya...astaghfirullah...padahal dah 30 tahun guna mulut ni..sikit je masa sakitnya berbanding masa sihatnya..


Ummufathi @ FJU,
18/02/2011

Tuesday, February 15, 2011

hebatnya mereka...

Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh...

salam maulidurrasul 1432..

hari ni duduk santai di rumah sambil melayan anak kesayangan yang tidak boleh ditinggalkan walau untuk ke tandas. di kesempatan bercuti, ditambah masa lapang yang ada maka saya membuka tv untuk melihat sambutan Maulidurrasul peringkat kebangsaan. teruja dengan kisah salah seorang penerima anugerah tokoh mauludirrasul yang berbangsa Cina yang berjaya mendapat A dalam subjek Bahasa Arab dlm PMR 2010. dan dia juga boleh berkomunikasi dalam Bahasa Arab. ok, tinggalkan seketika cerita remaja Cina ini, kita cerita tentang manusia-manusia yang hebat di dunia ini.

ukhuwwah persaudaraan ansar dan muhajirin sangat mengagumkan. memang benar hakikat sabdaan Rasulullah SAW yang menyatakan generasi yang terbaik adalah generasi sahabat baginda, kemudian yang generasi selepasnya, kemudian generasi selepasnya. sesampainya di Madinah, kaum sanggup menyerahkan harta mereka, isteri mereka dan segala yang mereka ada untuk saudara muhajirin mereka.

sebagaimana seorang sahabat yang sanggup memadamkan pelita untuk menjamu sahabatnya makan. suatu hari, Rasulullah bertanya kepada sahabatnya, siapakah sanggup menjamu sahabat ini berbuka puasa. maka, salah seorang sahabat ansar telah membawa tetamu ini pulang ke rumah untuk berbuka puasa. beliau telah berpesan kepada isterinya supaya menidurkan anak-anak mereka terlebih dahulu, kemudian apabila tetamu mereka mula untuk makan makan, hendaklah isterinya berpura-pura membetulkan pelita dan memadamkannya. maka pada malam itu berlakulah seperti yang di rancang, tetamu tersebut makan dalam gelap dan sahabat tersebut (tuan rumah) berpura-pura makan sambil melayan tetamunya. tetamu tersebut makan dengan kenyangnya dan anak-anak mereka tidur dalam kelaparan malam itu. Allahu Akbar!!..hebat! begitu tingginya nilai ukhuwwah mereka yang berpaksikan aqidah yang kukuh.

kisah ini pula mengenai sahabat2 dalam peperangan Yarmouk. ketika peperangan hampir tamat, seorang sahabat mencari saudara sepupunya yang bersama-sama berjuang menentang kaum kuffar dalam peperangan tersebut. sahabat tersebut membawa sebekas air untuk diminum oleh sepupunya. dia menjumpai sepupunya yang cedera teruk dan hampir nazak. sepupu itu meeminta air untuk diminum. sahabat tersebut ingin memberi air kepada sepupunya. tiba-tiba, terdengar suara seorang lagi sahabat yang meminta air tidak jauh dari kedudukan mereka. maka, sepupu sahabat yang nazak itu mengisyarat supaya memberi air kepada sahabat yang meminta air tu. sedang sahabat itu menolong sahabat yang kedua inginkan air,. terdengar seorang lagi sahabat meminta air, maka sahabat kedua tadi mengisyaratkan supaya memberi air kepada sahabat yang sorang lagi tu. apabila sahabat yang membawa air itu sampai ke sahabat yang ketiga itu, sahabat itu telah syahid, beliau kembali ke sahabat yang kedua, sahabat itu juga telah syahid, dan beliau kembali kepada sepupunya, maka dilihatnya sepupunya juga telah syahid.lihatlah betapa hebatnya mereka. sanggup mendahulukan sahabat mereka walaupun keadaan mereka sendiri sedang nazak.itulah konsep ithar yang ada pada para sahabat.

bagaimana pula dengan sahabat Rasulullah SAW dengan baginda. ketika dalam perjalanan hijrah Nabi Muhammad SAW, Ali RA yang ketika itu mash muda belia sanggup mengambil peranan untuk mengalihkan perhatian puak musyrikin Mekah dengan tidur di tempat tidur baginda. Abu Bakar As-Sidiq RA menemani baginda berhijrah sehinggalah mereka singgah bermalam di sebuah gua. ketika di dalam gua, Rasulullah SAW tidur di atas riba Abu Bakar RA. tiba-tiba seekor ular muncul dari sebuah lubang berdekatan dengan Rasulullah yang sedang tidur. bimbang dengan keselamatan Rasulullah SAW, Abu Bakar telah menutup lubang yang ada ular itu dengan telapak tangannya sehingga tangannya dipatuk ular. akibat dari kesakitan yang ditanggungnya, diam-diam airmata mengalir di pipinya, dan jatuh ke pipi baginda yang mulia. air mata yang jatuh itu mengejutkan baginda yang sedang tidur dan baginda bertanya perihal Abu Bakar yang menangis. Subhanallah!!! sehingga begitu sekali persahabatan dan persaudaraan mereka. Layaklah mereka di gelar Radiallahu anhu.. iaitu Allah telah redha mereka dari dunia lagi. dan di akhirat, mereka tetap bersama kekasih yang mereka cintai Rasulullah SAW.

kita? bagaimana dengan kita sahabat-sahabat sekelian. saya akui, dulu saya memang agak melupakan sahabat2 saya.  setelah di uji, alhamdulillah Allah campakkan rasa kasih sayang pada sahabat. itulah nikmat yang Allah beri, nikmat bersahabat.

dan di sudut alam maya. sebenarnya saya tidak begitu pandai bersahabat di alam maya. maafkan saya, saya sekadar membalas kunjungan sahabat2 pembaca dan sesekali saya menitipkan doa dan komen di blog anda. maafkan saya, kerana saya tidak pandai untuk lebih dari itu. ada juga sahabat yang memanjangkan ukhuwwah dengan balasan email. amat2 saya hargai dan saya sayang pembaca-pembaca sekelian. biarpun anda sekadar singgah, baca dan terus pergi. saya tetap sayang anda. tapi saya minta tolong ikuti saranan saya di side bar blog ini. minta selawatlah kepada junjungan besar Nabi muhammad SAW. tidak rugi berselawat kepada Baginda, kerana setiap selawat kepada baginda, Allah akan balas dengan 10 selawat.dan jangan lupa tolong sedekahkan Al-Fatihah buat kekasih saya selepas Allah dan RasulNya. Allahyarham suami saya. semoga ukhuwwah kita berpanjangan.

p/s :kita manusia tiada yang sempurna. mari kita terus berkasih sayang selagi hayat masih ada.

Ummufathi @ FJU,
15/02/2011.

hebatnya Nabi Muhammad SAW dan kisah si kecil Muhammad Fathi

panjangnya tajuk entry kali ini..harap sudi membaca..

(i)

Manusia sangat mengenalinya. dikatakan baginda adalah satu-satunya manusia yang mempunyai sejarah hidup yang paling lengkap dalam sejarah. malah, baginda juga adalah manusia paling berpengaruh di dunia. baginda seoerang insan terpilih, insan kamil. namun dia juga manusia seperti saya, awak dan awak.

Andai baginda masih ada sekarang, di zaman huru-hara ini. baginda dapat menyelesaikan masalah dunia hari ini dalam masa yang singkat, mungkin tidak sampai 24jam. Barrack Obama juga tidak mampu menyelesaikannya walaupun berlagak sebagai ketua polis dunia. sayangnya, baginda telah meninggalkan kita melebihi 1432 tahun yang lalu.

Dalam khutbah baginda yang terakhir, pesan Baginda," aku telah tinggalkan kamu dua perkara, yang mana jika kamu berpegang kepada keduanya, kamu tidak akan sesat selamanya, iaitu Al-Quran dan Sunnah. "

dan kini, adakah kita mengikuti pesanan terakhir baginda. kini, sunnahnya diperlekeh. kononnya ketinggalan zaman. Al-Quran ditinggalkan sekadar perhiasan rumah, sekadar perhiasan kedai, untuk memajukan bisnes, untuk dunia, untuk dunia dan semuanya untuk dunia yang sementara ini, Al_quran hanya digunakan untuk kepentingan dunia sahaja. tiada langsung rasa membaca kalam Ilahi, tiada langsung membaca surat cinta kekasih agung itu. yang dipuja apa yang nampak material di depan mata.

hadis rasulullah SAW bermaksud, "yang paling baik di kalangan kamu ialah Al-Hal Walmurtahil, para sahabat bertanya, apakah itu Al-Hal walmurtahil. Rasulullah bersabda, tempat berhenti dan orang yang memulakan semula. maksudnya ialah orang yang berterusan membaca Al-Quran sehingga khatam dan mengulangi bacaannya semula dari awal.

hadis rasulullah SAW juga bermaksud, "barangsiapa yang membaca 10 ayat dari Al-Quran setiap malam, ia tidak akan dikira di dalam golongan orang yang lalai"

semoga kita dapat kekuatan untuk mengamalkannya.

(ii)

seseorang telah bertanya tentang Muhammad Fathi baru-baru ini. "apa yang dia sudah pandai". saya jawab," dia sudah pandai bercakap" "selalunya dia minta apa pada awak?" tanyanya lagi. "perkataan favourite dia ialah, "mi, nak kut.."ya, kemana-mana saja saya nak pergi, mesti dia nak ikut. walaupun ke sekolah. pernah dia menangis, meraung  dan meronta-ronta nak ikut umi dia ke sekolah. dan banyak kali juga umi dia trepaksa  bawa dia pergi beli kuih dulu sebelum pergi sekolah. dan apabila dah dapat kuih tu, pandai plak dia dengan relaxnya melambai umi nak ke sekolah. dah tak nak ikut!!!..

mainan dia yang paling disukai setakat ini ialah tukul mainan. kali pertama umi dia beli tukul mainan hanya bertahan selama sejam saja. selepas dengan gigihnya dia menukul seluruh dinding rumah wan, akhirnya tukul itu hancur pada jam 7.30ptg, sedangkan tukul itu baru sampai rumah pada pukul 6.30ptg. sangat berminat dengan tukul. kali kedua umi beli tukul mainan yang getah di hujungnya dan berbunyi bising bila diketuk. sekali lagi dia sangat gigih mengetuk dinding2 rumah wan. maklumlah sekarang ini rumah wan dalam pembinaan. rumah kayu semua telah dirobohkan untuk diganti dengan batu. akibat anai-anai yang menghancurkan dinding rumah wan. dan akibatnya muhammad fathi snagat teruja melihat pakcik yang tengah bekerja itu. sekali lagi tukulnya hancur. dan umi rasa, umi tak perlu lah beli tukul lagi untuk muhammad. mungkin umi beli spannar ke, player ke..atau yang seangkatan dengannya.

p/s : bilalah kerdau akan menjadi tumpuan satu malaysia? harap2 PRK dalam bulan Mac ni..

Ummufathi @ FJU,
15022011.

Friday, February 11, 2011

pengganti..

Assalamualaikum warahmatullah...

InsyaAllah, mulai entry ini dan seterusnya, saya akan mula membahasakan diri ini saya, sebab saya rasa macam sangat tidak best kalau terus membahasakan diri aku..sebenarnya jarang sgt2 membahasakan diri aku, sebelum ni, saya sekadar suka2 menulis dan menganggap ianya sebagai monolog diri..jadi sesuailah nak bahasakan diri aku..setelah blog ini mempunyai pembaca yg tersendiri..rasanya elok saya menukar kata ganti diri ini..harap maklum.

Beberapa bulan yang lalu, saya telah menghadiri kursus pemantapan profesionalisme GPI. seperti biasa, dalam kursus seperti itu, semestinya saya akan berjumpa dengan sahabat2 lama. salah seorang sahabat yang saya temui pada hari itu ialah, fairos. kakaknya housemate saya di kuching dulu, dan juga satu mahallah dengan saya. dia juga sahabat saya sedari di UIA lagi. berbual pelbagai perkara sehingga keluar dari mulutnya soalan ini.

" kak ju tak nak cari pengganti ke?"

Pada saya, soalan ini sangat sukar di jawab. sangat-sangat sukar. sebolehnya nak je saya pinta..tolong jgn tanya saya soalan maut tu.. tapi sebenarnya jawapannya sangat mudah. "saya serahkan segala-galanya kepada Allah. soal pertemuan, perpisahan, jodoh dan ajal maut semua di tanganNya, kalau ada lagi jodoh saya di dunia ini, saya terima, andai tiada saya redha.."

jawapan yang agak positif. namun jauh di sudut hati, sebenarnya ada perspektif yang berbeza. soal pertemuan, perpisahan, jodoh dan ajal maut semua kerja Allah. Buat apa kita fikirkan tentang kerja DIA. itu isu yang pertama, pertemuan- sememangnya ia aturan yang Esa. kadangkala kita tidak menyangka akan bertemu seseorang dalam keadaan yang tidak disangka2. dan adakalanya, kita telah merancang untuk bertemu dengan seseorang, namun andai tidak diizinkanNya, pasti tidak berlangsung pertemuan itu.

Begitu jua dengan jodoh. siapa sangka saya berkahwin dengan Muhamad Fuad bin Mat Zin. ramai sahabat2 bertanya saya, walaupun selepas pemergiannya.."jumpa arwah suami dimana?". apa yang perlu saya jawab? "di dalam masjid waktu akad nikah", jawapan serius tapi nampak macam main-main.serius! saya hanya jumpa dia di situ. sebelum itu ada la jugak sekali waktu persiapan kahwin. tapi kalau saya betul2 nak main2 saya akan jawab, "tepi jalan!!..." dan ramai sahabat tidak mengenalinya, biarlah...dia pun sudah berbahagia di alam sana. dia memang tidak terkenal, tapi dia dikenali setelah pemergiannya.

Dan ajal maut adalah rahsia dari rahsia Allah. semuanya telah tertulis di Luh Mahfuz, bilakah tarikh kita akan dipanggil mengadapNya.tidak akan terlambat atau tercepat walau sesaat. setiap detik yang berlalu, semakin hampir dengan saatnya. saya sendiri masih terfikir, sewaktu akad nikah dulu, saya tidak pernah terfikir dan menyangka bahawa jodoh pertemuan saya dengan dia hanya berusia 3 tahun. dan saya tidak pernah terfikir yang arwah akan meninggal dunia pada pagi Jumaat yang tenang itu. dan ketika saya menulis ini, saya juga tidak tahu sampai bilakah lagi tangan ini dapat ditarikan didada keyboard ini, entah esok, entah lusa..saya juga seperti arwah..kembali menemui pencipta kita semua. perumpamaan hidup dan mati ini seolah kita sedang berada di sebuah bilik yang dipisahkan oleh sekeping dinding yang nipis. kita akan ke bilik sebelah yang dikenali dengan nama alam barzakh itu hanya dengan satu panggilan. kini, kita hanya menuggu giliran sahaja.

kembali kepada persoalan yang dilemparkan oleh sahabat saya tadi. jauh di sudut hati saya, saya berkata, tidak mungkin ada orang yang dapat menggantikan tempat dia di hati saya. pada saya, dia terlalu istimewa. walaupun pertemuan dan jodoh kami hanya 3 tahun, tapi dia telah mendidik dan mengajar saya macam2. walaupun kami tidak sempat menyambut ulangtahun perkahwinan yang kedua, tapi pelbagai kenangan pahit manis bersama dilalui. walaupun kami tidak tinggal sebumbung, tapi kami tetap suami isteri yang sangat2 saling sayang menyayangi..kerana cinta dan kasih kami bertunjangkan Yang SATU. Sehingga sewaktu saya di Benta dulu, kak yati seorang sahabat yang selalu menanya dan berkongsi cerita dengan saya bertanya, "berapa lama aisyah kawin dengan arwah?" saya cakap "hampir 2 tahun". " "tapi akak rasa dari cerita aisyah, macam dah lama aisyah kawin dengan dia",katanya. Pelbagai perkara yang arwah ajar saya, saya sampaikan pada kak yati. dan akhirnya dia sendiri bermuhasabah tentang hubungannya dengan suaminya yang berusia hampir 14 tahun.

bukan tiada yang menanya, bahkan ada yang sampai datang ke rumah, untuk memberi sedikit keselesaan, saya juga telah bersolat  istikharah, dan jawapannya tetap sama. andai gerak hati panduannya, hati saya tetap pada arwah, kalau mimpi panduannya, malam saya masih bermimpikan dia. saya juga pernah dihujani panggilan telefon dari seorang isteri kedua pada seorang lelaki. lelaki yang tahu mengamalkan sunnah Nabi yang itu saja. sedangkan sang suaminya tidak pernah saya kenali. itulah cabaran hidup oarng yang berstatus seperti saya. lelaki ( tidak semua) suka mengambil kesempatan, tidak kira dia seorang guru atau ustaz. amaran saya baru-baru ini, berupa tindakan meletakkan gambar saya dan arwah suami di atas meja kerja nampaknya agak berhasil. tindakan itu berupa satu amaran bahawa, saya tidak mahu mencari pengganti lagi!!! dan juga berupaya mengelakkan fitnah. pagi tadi, seorang anak murid saya di tahun dua melihat gambar itu dan katanya pada rakannya, " ni gambar suami ustazah, suami ustazah dah meninggal.." saya menghargai ingatannya, kerana dia rapat dengan keluarga saya dan paktehnya sahabat lama saya selalu menitipkan salam kepada saya. salam seorang sahabat kepada sahabatnya. husnu dzon..

cukuplah Allah sebagai pelindung saya. cukuplah Al-Quran sebagai penghibur saya, cukuplah ujian demi ujian ini sebagai pengingat diri saya yang selalu lupa. cukuplah berbakti kepada ibu bapa, keluarga serta anak yatim ini sebagai saham saya. semoga segalanya diterima sebagai amal yang ikhlas.

dua tiga kucing berlari,
manakan sama si kucing belang,
dua tiga datang mencari,
manakan sama si arwah seorang.


p/s: harap anda faham.

ummufathi @ FJU,
11.38pm / 11022011.

Tuesday, February 8, 2011

alhamdulillah..

segala puji buatMu ya Rabbi..

alhamdulillah..hari ini sekolah dibuka setelah hampir 5 hari bercuti, jadi bila start kerja semula, semangat jadi lain, fikiran tu lain..concentrate kat kerja yang sangatlah banyak tu..so, takde masa nak fikir perkara2 yang sudah lepas. alhamdulillah..sekurang-kurangnya emosi agak terkawal apabila aku kembali mengadap muka anak-anak bangsaku yang tercinta ini.

sememangnya benar, apabila cuti sekolah menjelma, aku punya banyak masa lapang. bila berada di kelapangan, akalku dan hatiku bersatu mengingati memori2 indah saat bersamanya dulu. tidak aku nafikan, tiada salahnya aku mengingati arwah, yang tak bestnya sometimes aku tak leh nak kontrol rasa rindu hingga akibatnya bengkak2 la mataku..itulah yang dikatakan ujian pada tulisan, apa yang aku tulis dulu tu, menjadi ujian buatku, supaya lebih matang mengawal emosi.

di sekolah memang sibuk dan meriah. saya sangat suka sekolah. dari zaman bersekolah sampailah zaman mengajar di sekolah, tempat paling best didunia adalah sekolah. sahabat2 sekerja yang ok, walaupun ada sorang dua yang lain perangainya, anggaplah sebagai satu dugaan berkerjaya. dan mulai januari hingga ke april nanti pelbagai aktiviti kokurikulum akan dijalankan termasuklah perlawanan bola jaraing, alhamdulillah latihan sudah hampir dua mingga berjalan. dan yang paling best, setelah memantau anak2 buah aku berlatih bola jaring, aku akan join mereka main. dan terasa seronok apabila peluh mengalir keluar. yeahh..amalkan cara hidup sihat..mari kita bersukan...dan ayat perasan takleh tinggal..badan pun terasa makin ringan..hehe..memang best...

alhamdulillah..maknanya Allah memakbulkan doaku supaya diringankan bebanan perasaan ini..alhamdulillah..semoga semangat mendidik anak bangsa terus membara..berusahalah ummufathi!!!


ummufathi @FJU,
12.01am

Friday, February 4, 2011

hati ini..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

alhamdulillah..segala puji buatMu Ya Rabbi..

setiap saat Allah melimpah nikmatNya pada hambanya. tidak terhitung nikmat yang pelbagai. tinggal lagi hambanya memilih untuk mengingati lantas mensyukuri atau langsung tak ingat dan tak mau ingat. mungkin pada mereka, terlalu banyak perkara lain yang perlu diingati. apa perlu diingati pada perkara yang diberi free-free.

setulusnya, hatiku ini mahu sentiasa diajar-ajar mengingati nikmat Allah..lantas mensyukurinya. bukan apa, hati bukan mudah untuk dijaga. sedikir terleka, lalai yang menerpa. sementelah dua tiga hari ini hati asyik diuji rasa. diuji dengan apa yang ditulis tentang petua baik punya, tentang kawalan emosi, tentang hati..ya, hati ini...hakikatnya, hati ini masih terlalu kuat mengingati si dia, arwah yang telah tiada.

hati ini perlu diajar-ajar supaya lebih berminat bercerita tentang revolusi di Tunisia . hati ini perlu dibasuh dengan ingatan darah para syuhada di Palestin. hati ini perlu merasa sedikit lapar para penuntut ilmuwan di bumi Kinanah. hati ini perlu disegarkan dengan perjuangan di bumi Tak Bai. hati ini...tolonglah jangan terlalu mengingati yang telah pergi...



ya Allah ya tuhanku..sesungguhnya Engkau pemilik hati ini..tolonglah sembuhkan hati ini andai ia berpenyakit, tolonglah segarkan hati ini andai ia telah layu, tolong jernihkan hati ini andai ia telah suram, tolong kilatkan hati ini andai ia telah karat. tolong tenangkan hati ini andai ia bergelora..tolonglah ya Allah, sembuhkan hati ini dengan kalimahMu, segarkan hati ini dengan jihad fisabililah..,jernihkan hati ini dengan al-imanu billah, kilatkan hati ini dengan zikirilmaut, tenangkanlah hati ini dengan zikrillah..

ummufathi@fju,
4/2/2011