Tuesday, February 15, 2011

hebatnya mereka...

Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh...

salam maulidurrasul 1432..

hari ni duduk santai di rumah sambil melayan anak kesayangan yang tidak boleh ditinggalkan walau untuk ke tandas. di kesempatan bercuti, ditambah masa lapang yang ada maka saya membuka tv untuk melihat sambutan Maulidurrasul peringkat kebangsaan. teruja dengan kisah salah seorang penerima anugerah tokoh mauludirrasul yang berbangsa Cina yang berjaya mendapat A dalam subjek Bahasa Arab dlm PMR 2010. dan dia juga boleh berkomunikasi dalam Bahasa Arab. ok, tinggalkan seketika cerita remaja Cina ini, kita cerita tentang manusia-manusia yang hebat di dunia ini.

ukhuwwah persaudaraan ansar dan muhajirin sangat mengagumkan. memang benar hakikat sabdaan Rasulullah SAW yang menyatakan generasi yang terbaik adalah generasi sahabat baginda, kemudian yang generasi selepasnya, kemudian generasi selepasnya. sesampainya di Madinah, kaum sanggup menyerahkan harta mereka, isteri mereka dan segala yang mereka ada untuk saudara muhajirin mereka.

sebagaimana seorang sahabat yang sanggup memadamkan pelita untuk menjamu sahabatnya makan. suatu hari, Rasulullah bertanya kepada sahabatnya, siapakah sanggup menjamu sahabat ini berbuka puasa. maka, salah seorang sahabat ansar telah membawa tetamu ini pulang ke rumah untuk berbuka puasa. beliau telah berpesan kepada isterinya supaya menidurkan anak-anak mereka terlebih dahulu, kemudian apabila tetamu mereka mula untuk makan makan, hendaklah isterinya berpura-pura membetulkan pelita dan memadamkannya. maka pada malam itu berlakulah seperti yang di rancang, tetamu tersebut makan dalam gelap dan sahabat tersebut (tuan rumah) berpura-pura makan sambil melayan tetamunya. tetamu tersebut makan dengan kenyangnya dan anak-anak mereka tidur dalam kelaparan malam itu. Allahu Akbar!!..hebat! begitu tingginya nilai ukhuwwah mereka yang berpaksikan aqidah yang kukuh.

kisah ini pula mengenai sahabat2 dalam peperangan Yarmouk. ketika peperangan hampir tamat, seorang sahabat mencari saudara sepupunya yang bersama-sama berjuang menentang kaum kuffar dalam peperangan tersebut. sahabat tersebut membawa sebekas air untuk diminum oleh sepupunya. dia menjumpai sepupunya yang cedera teruk dan hampir nazak. sepupu itu meeminta air untuk diminum. sahabat tersebut ingin memberi air kepada sepupunya. tiba-tiba, terdengar suara seorang lagi sahabat yang meminta air tidak jauh dari kedudukan mereka. maka, sepupu sahabat yang nazak itu mengisyarat supaya memberi air kepada sahabat yang meminta air tu. sedang sahabat itu menolong sahabat yang kedua inginkan air,. terdengar seorang lagi sahabat meminta air, maka sahabat kedua tadi mengisyaratkan supaya memberi air kepada sahabat yang sorang lagi tu. apabila sahabat yang membawa air itu sampai ke sahabat yang ketiga itu, sahabat itu telah syahid, beliau kembali ke sahabat yang kedua, sahabat itu juga telah syahid, dan beliau kembali kepada sepupunya, maka dilihatnya sepupunya juga telah syahid.lihatlah betapa hebatnya mereka. sanggup mendahulukan sahabat mereka walaupun keadaan mereka sendiri sedang nazak.itulah konsep ithar yang ada pada para sahabat.

bagaimana pula dengan sahabat Rasulullah SAW dengan baginda. ketika dalam perjalanan hijrah Nabi Muhammad SAW, Ali RA yang ketika itu mash muda belia sanggup mengambil peranan untuk mengalihkan perhatian puak musyrikin Mekah dengan tidur di tempat tidur baginda. Abu Bakar As-Sidiq RA menemani baginda berhijrah sehinggalah mereka singgah bermalam di sebuah gua. ketika di dalam gua, Rasulullah SAW tidur di atas riba Abu Bakar RA. tiba-tiba seekor ular muncul dari sebuah lubang berdekatan dengan Rasulullah yang sedang tidur. bimbang dengan keselamatan Rasulullah SAW, Abu Bakar telah menutup lubang yang ada ular itu dengan telapak tangannya sehingga tangannya dipatuk ular. akibat dari kesakitan yang ditanggungnya, diam-diam airmata mengalir di pipinya, dan jatuh ke pipi baginda yang mulia. air mata yang jatuh itu mengejutkan baginda yang sedang tidur dan baginda bertanya perihal Abu Bakar yang menangis. Subhanallah!!! sehingga begitu sekali persahabatan dan persaudaraan mereka. Layaklah mereka di gelar Radiallahu anhu.. iaitu Allah telah redha mereka dari dunia lagi. dan di akhirat, mereka tetap bersama kekasih yang mereka cintai Rasulullah SAW.

kita? bagaimana dengan kita sahabat-sahabat sekelian. saya akui, dulu saya memang agak melupakan sahabat2 saya.  setelah di uji, alhamdulillah Allah campakkan rasa kasih sayang pada sahabat. itulah nikmat yang Allah beri, nikmat bersahabat.

dan di sudut alam maya. sebenarnya saya tidak begitu pandai bersahabat di alam maya. maafkan saya, saya sekadar membalas kunjungan sahabat2 pembaca dan sesekali saya menitipkan doa dan komen di blog anda. maafkan saya, kerana saya tidak pandai untuk lebih dari itu. ada juga sahabat yang memanjangkan ukhuwwah dengan balasan email. amat2 saya hargai dan saya sayang pembaca-pembaca sekelian. biarpun anda sekadar singgah, baca dan terus pergi. saya tetap sayang anda. tapi saya minta tolong ikuti saranan saya di side bar blog ini. minta selawatlah kepada junjungan besar Nabi muhammad SAW. tidak rugi berselawat kepada Baginda, kerana setiap selawat kepada baginda, Allah akan balas dengan 10 selawat.dan jangan lupa tolong sedekahkan Al-Fatihah buat kekasih saya selepas Allah dan RasulNya. Allahyarham suami saya. semoga ukhuwwah kita berpanjangan.

p/s :kita manusia tiada yang sempurna. mari kita terus berkasih sayang selagi hayat masih ada.

Ummufathi @ FJU,
15/02/2011.

No comments:

Post a Comment