Monday, August 27, 2012

catatan ramadhan vs bingkisan syawal..

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah, Isnin 9 syawal 1433H bersamaan 27/08/2012..isnin yang pertama bekerja setelah seminggu bercuti. Alhamdulillah..walaupun sedih dengan pemergian ramadhan yang lalu,tapi sambutan syawal yang meriah melupakan seketika kesedihan itu..terasa sedih sebenarnya,terutama apabila ke masjid untuk berjemaah maghrib dan Isyak,suasananya tak semeriah ketika adanya terawih selepas isyak..

terasa ingin menulis, meluah segala cerita yang terbuku didada..banyak sangat nak cerita..tapi masa dan kesibukan seharian tak mengizinkan saya menulis disini.tambahan pula, saya sekarang sudah berpindah ke rumah suami di tepi hutan sana (bak kata muhammad-tapi saya amat menyukai istana kecil kami ditepi hutan itu..) jadi, tiada talian internet disana, dan juga tiada televisyen..hehe..sangat aman...bila saya ceritakan yang istana itu tiada televisyen,tiada internet,ramai yang tidak mempercayainya..ye la zaman sekarang seolah-olah satu kewajipan bagi satu rumah ada satu televisyen..sebenarnya ada televisyen..tapi kami tak pernah memasangnya..entah kenapa,mungkin siarannya yang kurang jelas barangkali. jadi,saya sudah selesa dengan keadaan itu, saya akan menonton tv apabila balik ke rumah mak saya atau mak mertua, internet pula saya dapat akses bila di sekolah atau di rumah mak saya..terasa sangat aman dunia..hehehe...

opss..sebenarnya saya nak cerita pasal ramadhan yang lalu dan sambutan aidilfitri kami, okey kita mulakan dengan catatan ramadhan..:)
________________________________________________________________________________

Catatan Ramadhan

ramadhan kali ni memang berbeza, maklumlah dah bertambah seorang disisi..kalau dulu berpuasa dengan mak, apak dan adik2, sekarang banyak masa saya habiskan dengan en suami dan muhammad fathi. kehidupan sepanjang ramadhan ni banyak masa dihabiskan diatas jalan, sampailah hari semalam, kami memang banyak masa dok dalam kereta, almaklumlah, dari istana kecil kami ke sekolah saya, amik masa 40minit, en suami hantar saya ke sekolah, balik nanti dalam pukul 2.00 ke 2.30 ptg (ikut hari) amik muhammad, dah masuk asar, lepas solat asar gi jalan2 pasar ramadhan jap..dah masuk maghrib then isyak, pastu terawih, balik rumah tidur, bangun sahur gi kerja..macam tu la rutin harian saya sepanjang ramadhan, nak bertilawah pun banyak dalam kereta dan di sekolah je..huhu..

terasa sedih sangat bila nk menjelang syawal,sebab terasa amalan masih kurang. tak betul2 rebut tawaran hebat sepanjang satu bulan tu..tapi  apakan daya, hanya mampu berdoa semoga dapat bertemu ramadhan akan datang.. hampir menjelang syawal, satu peristiwa tidak dapat dilupakan berlaku, baju raya kami sekeluarga yang sedondon tu, DIGIGIT TIKUS...habis berlubang2..memang sampai tak leh nak pakai..SANGAT GERAM DAN KECEWA..sabooorr jelaaaa...huhuhu..en suami memujuk ajak beli baru..tapi rasa cam membazir beli sampai dua kali, muhammad pun pujuk ummi, katanya," takpe ummi, kita beli baru..nanti kita tak yah letak dalam almari tu dah.." hehe..terubat gak rasa hati..akhirnya, kami pergi mencari baju melayu warna putih susu untuk muhammad supaya sedondon dengan baju waktu akad nikah dulu..lagipun baju tu pun sekali je pakai..jadilah tema putih untuk raya kali ni..hehe..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BINGKISAN SYAWAL..

Raya pertama kami beraya di rumah mak saya..petangnya, barulah kami balik ke rumah mak mertua ni kota gelanggi, esoknya raya kedua, dengan tema warna hitam, kami bergegas ke Kuala Lipis, menziarahi kubur arwah suami..en suami memang berniat dari awal nak menziarahi kubur arwah..kami pun menziarahi keluarga arwah termasuk, mak saudara sepupu dan nenek saudara arwah. petangnya, kami balik ke kota gelanggi dan esoknya raya ketiga ada kenduri di rumah mak mertua, kenduri menyambut menantu + tahlil arwah tok en suami, raya keempat kami ke temerloh dan raya kelima kami ke kg pasir durian, kuala tembeling untuk meraikan pernikahan adik ipar (adik arwah suami). alhamdulillah, hubungan saya dengan keluarga arwah suami tetap utuh, dan en suami pun sangat memahami dan menggalakkan saya menghubungi keluarga arwah, malah dia sekarang sudah mesra dengan adik2 arwah.


gambar hari raya pertama kami.

hari raya ke enam, kami balik ke terengganu untuk menziarahi tokki en suami yang sudah uzur. seronok sangat dapt berjalan ke terengganu, siap mandi laut lagi dengan en suami dan muhammad...waktu kat pantai tu, ada orang shooting drama, pelakonnya, aiman pelakon terkenal cerita vanilla coklat tu..saya dengan adik2 ipar yang comel2 tu pun 'selok' (teruja sgt2) melihat org shooting, almaklumlah..tak pernah tengok..en suami senyum je..hehe..raya ketujuh, kami balik pahang..sampai rumah dah pukul 12 malam dan keesokan harinya, iaitu semalam, pak sedara en suami meninggal dunia di hospital temerloh. Innalillahi wainna ilaihi rajiun..dalam kemeriahan, dan kegembiraan menyambut syawal..Allah bagi peringatan yang nikmat dunia ni sementara je..membuatkan kami terfikir..Allah..sibuk kehulu ke hilir meraikan syawal..Allah bagi ingatan yang malaikat maut sentiasa menjenguk kita..bila tiba masa kita? wallahua'lam..bersedia atau tidak?..Allah..doa dan harapan semoga Allah memanjang umur kita, supaya dapat lagi kita meraikan ramadhan yang akan datang..amin

Tuesday, August 14, 2012

dari ummi untuk muhammad..

assalamualaikum warahmatullah..

buat tatapan anakanda yang tersayang, anak soleh umi..muhammad..
semoga Allah sentiasa melindungi muhammad, memberkati sepanjang perjalanan hidup muhammad..

Alhamdulillah..ummi syukur sangat pada Allah muhammad..Allah dah beri kita macam2 kan muhammad..banyak sangat nikmat dan rezeki yang Allah beri kat kita..tak macam orang2 somalia yang muhammad tengok kat youtube tu kan..muhammad sedih sgt tengok sampai muhammad nak nangis kan..pastu muhammad taknak tengok dah kan..tu la muhammad..apa2 pun..kita kena syukur banyak2 pada Allah..Allah tak uji kita dengan ujian kemiskinan dan kelaparan macam orang somalia tu kan..

Muhammad..Allah bagi kita abi, muhammad suka sangat kan..umi nampak mata muhammad yang bercahaya dan senyuman yang tak lekang bila muhammad bercerita dengan abi..bila abi balik solat, umi suka sangat dengar muhammad jerit2 " abi dah balik!!..abi dah balik!!.." umi syukur sangat dan umi seronok sangat bila tengok abi dukung belakang muhammad waktu kita gi kedai..alhamdulillah..tugas umi pun dah makin ringan skit bila muhammad nak mandi dengan abi..nak gi solat dengan abi..bukan umi tak suka muhammad dengan umi selalu2..tapi muhammad sangat lasak kalau dengan umi..mandi yang sekejap pun leh jadi lama kalau dengan muhammad..tapi umi tau yang muhammad pun takleh tinggal umi lama2..malam2 pun tengah tidur pun muhammad kejap terjaga, kejap terjaga nak cari ummi..

muhammad sayang..

Allah beri kita tempat tinggal, cukup untuk kita berteduh dari panas dan hujan..Alhamdulillah kan muhammad..muhammad sampai terconfuse nak balik mana..umah wan pun umah muhd..umah temerloh pun umah muhammad, umah tok wan pun umah muhammad..umah abi pun umah muhammad walaupun muhammad selalu cakap umah abi buruk, umah abi tepi hutan..tapi kita kena syukur.Allah bagi abi kat kita, Allah bagi rumah kat kita..macam2 dah Allah bagi kat kita..Allah bagi kereta kat kita, ada orang tu jalan naik motor je..ada plak yang jalan2 naik basikal je..yang lagi sedih kalau takde apa2..jalan kaki je..sedih kan muhammad...

muhammad..

kita jadi orang yang bersyukur ye sayang..macamana nak bersyukur ye..muhammad kena dengar cakap umi, kalu umi tak bagi tu bukan sebab umi tak sayang muhammad..tapi ada sebab yang tak elok untuk muhammad..kalau umi ajak mengaji tu, muhammad kena mengaji..janganlah banyak sangat alasan muhammad..muhammad suka sangat ajak umi borak hal lain2 kalau ummi tengah ajar muhammad ngaji..alhamdulillah,semua selawat2 tu muhammad dah pandai..zikir,istighfar,tapi bila nak ngaji muhammad liat skit..muhammad kena rajin ngaji tau..umi ni pegang amanah arwah abah muhammad..berat tau amanah arwah abah, yang ummi kena capai..muhammad pun kena rajin solat..ikut abi gi masjid kena duduk soleh2..tak boleh lari2 dalam masjid tau..tak baik..masjid tempat orang solat..bukan tempat orang lari2..
nanti sampai masa, ummi akan hantar muhammad masuk madrasah maulana helmi..muhammad jangan nangis2 tau..ummi pun kena kuat waktu tu..i.Allah..

okey la muhammad..ummi rasa setakat tu je luahan hati ummi..ummi sentiasa doakan muhammad fathi jadi anak yang soleh, berilmu, beriman dan beramal dengan ilmunya..



 

Saturday, August 11, 2012

kembara mencari mawaddah,rahmah dan sakinah..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

selamat pagi sabtu, 22 ramadhan 1433, 11 ogos 2012..semoga ramadhan yang kita lalui ini adalah ramadhan yang lebih baik dari sebelumnya..Allah,,kami mengharapkan rahmat,maghfirah dan pembebasan dari Nar MU ya Allah..

I.allah, lagi 2 hari genap sebulan usia pernikahan kami..Allahu Rabbi..cepat kan masa berlalu..sedar tak sedar dah hampir sebulan berlalu..terasa baru semalam saya memakai pakaian pengantin..hehe...macamana Allah bukakan hati saya untuk menerima lelaki lain dalam hidup saya? saya pun tak tau, tapi peristiwa dimana dua tiga kali muhammad cakap kat saya, "umi, kita cari abah lain la..abah tu dah meninggal.." membuatkan saya berfikir.. dia sangat sedih bila tengok album gambar arwah..saya tahu, dia perlukan seseorang..dan peristiwa yang buat saya bergenang airmata apabila di suatu hari dalam bulan mei, ada kenduri di kampung saya, sepupu saya kawin. saya balik kampung nak menolong la..bila saya sibuk, saya tak dapat nak layan muhammad..saya tengok dia dari jauh..dia mengekori pak sedaranya, (pak ngah) tapi pak ngah pun sibuk, dia mengekori aki janggutnya pulak (pak sedara saya) aki janggut pun sibuk..dia nak pegang tangan org2 itu..nak orang2 tu layan dia bercakap..saya sangat sebak melihat dia 'mencari' seseorang lelaki dalam hidupnya. sejak peristiwa itu, saya terbuka hati untuk menerima seseorang yang dapat menerima saya dan menganggap muhammad macam anak dia sendiri..syarat utama saya, mesti pandai layan muhammad dan boleh anggap muhammad macam anak sendiri. ya, saya berkahwin kerana Allah dan kerana Muhammad Fathi.

saya tidak tahu, kenapa saya dipertemukan dengan en.suami, memang sudah ketentuan Ilahi, sudah tertulis saya akan bertemu dia dan berkahwin dengan dia..dia memang tidak menepati ciri2 yang saya nak..tapi bila seorang kawan buat status kt FB, (thanks sarah..) "Allah tidak memberi apa yang kita nak, tapi Dia memberi apa yang kita perlu.." membuatkan saya terfikir..ya, dia ada apa yang saya perlu..bukan apa yang saya nak..

Dia pernah berkahwin, dan tidak mempunyai anak..dia dikhianati..sedih juga mendengar cerita jalan hidupnya..tapi ketentuanNYA..Allah memberi apa yang en suami hendak dan perlu apabila dia mengambil keputusan untuk berada di jalan Allah..mengambil keputusan untuk menjadi daie..katanya, "saya bukan doktor, apatah lagi dato..saya seorang daie.." ayat yang saya suka...hehe...

pada awalnya, keputusan saya untuk berkahwin lagi ditentang oleh sesetengah ahli keluarga saya, (bukan mak dan ayah saya..) mereka masih sangat2 menyayangi arwah..kalau mereka menyayangi arwah..apatah lagi saya..orang yang pernah hidup bersama dengan arwah..tapi, pada saya..saya hanya menjalani takdirNYA saja..bukankah jodoh pertemuan ajal maut di tangan Yang Esa..saya tidak dapat menghalang hadirnya jodoh kedua saya, sebagaimana saya tidak dapat menghalang perginya dia yang pertama..

apapun..saya rasa en suami adalah yang terbaik Allah berikan pada saya..kedua-duanya..walau ada kekurangan, ada kelemahan..mana ada manusia sempurna kan..saya belajar banyak perkara dari dia..Alhamdulillah..mungkin akan ada lagi penghijrahan dalam hidup saya..doakan semoga saya diberi kekuatan..semoga saya sekeluarga diberi kekutan untuk mengamalkan sunnah Nabi dalam kehidupan seharian..semoga rumahtangga kami dilimpahi mawaddah, rahmah dan sakinah..amin ya rabbal alamin..

Wednesday, August 8, 2012

hijrah dalam hidup --> saya sudah kahwin..

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..

Allahumma solli 'ala saidina muhammad..

Alhamdulillah..setelah sekian lama menyepi membiarkan belog ini bersawang, maka saya kembali dengan berwajah baru..dengan hijrah yang baru..dengan title yang baru..ya, saya sudah kahwin..ada seseorang meseg saya, betul ke awak dah kahwin? yee..saya cakap, saya sudah kahwin..buat kali kedua dalam hidup saya. sahabat saya tu diam saja, dan saya menyambung..saya hanya menjalani takdir Yang Maha Esa..Dia aturkan buat saya ada insan yang sudi mengambil saya sebagai isteri, sudi menjaga dan menganggap muhammad sebagai anak sendiri..sudi menghabiskan sisa2 umur yang ada bersama..dan mengajak saya berjuang di jalanNYA bersama2..mengajak saya usahakan supaya dapat syahid bersama2 di jalanNYA..supaya nanti matlamat akhirnya, kami dapat masuk ke syurga tanpa hisab..(Allah..sungguh besar matlamat itu..) dan keranaNYA, saya bersolat istikharah, keranaNYA saya menerima dia..dan keranaNYA, saya kini bergelar isteri buat kali kedua.

kawan2 saya juga berpesan pada saya,jangan lupa update blog..yang sorang lagi kata, saya makin menyepi setelah bertukar status..berhari-hari saya memikirkan, perlukah saya membuka blog baru atau teruskan dengan blog ini..saya amat menyayangi blog ini..sebagaimana saya amat menyayangi kenangan2 yang terpahat disini..maka, saya mengambil keputsan untuk meneruskan blog ini..walaupun insan yang disisi saya sudah bertukar dan bertambah..

belog ini saksi perjalanan hidup seorang ummufathi..blog ini akan terus hidup, dengan izinNYA..menyampaikan sesuatu buat tatapan mereka yang sudi singgah..semoga ada manafaatnya..

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaannu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan )  bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan" Al-Insyirah ayat 5-6.