Saturday, April 24, 2010

oh ibuku..wahai bapaku...

salam..

entri kali ni aku nak sambung pasal ayahku penagih dadah..kisah itu adalah kisah benar. kisah anak-anak muridku..wajahnya yang polos menggambarkan betapa mereka masih mentah dalam sepak terajang dunia hari ini..

niatku untuk memanjang kisah itu terbantut.sebenarnya semalam, aku menaip dalam keadaan yang terketar-ketar..pertama kali aku mengalami kepenatan yang terlampau begitu. aku tidak sakit, tetapi penat dan sangat lemah..namun kugagahi juga untuk sampai ke noktah terakhir. sampai ke rumah, aku terus terbaring...mak yang agak hairan dengan keadaanku terus menghidangkan makanan dan minuman..dan tidak lama kemudian aku beransur normal.

hingga ke hari ini, mak masih risau akan keadaan aku. walaupun berkali-kali aku menegaskan bahawa apa yang terjadi semalam hanyalah kesan daripada jadual makanku yang tidak teratur. sememangnya hari jumaat adalah hari yang paling sibuk setiap minggu kerana jadul kelasku yang padat.

dan itulah kasih ibu..oh mak...betapa aku tidak mampu membalas segala kasih sayang dan pengorbananmu...setiap insan yang lahir di dunia tidak berupaya memilih siapa ibu bapanya..pasti, anak-anak muridku yang berenam itu sebolehnya tidak mahu berayahkan seorang penagih dadah.tapi apakan daya...segalnya ketentuan Dia Yang Maha Berkuasa.

Aku bersyukur dikurniakan mak yang sangat penyayang. hidup mak juga berliku.ketabahan dan kesabarannya menguatkan aku menghadapi hidup ini. dari kecil aku selalu melihat airmata mak.walaupun mak seorang yang mudah mengalirkan airmata, tapi hati mak tabah dan kuat.sekuat pergantungannya pada Allah Yang Maha Esa.

terbayang saat mak mengalirkan airmata apabila mendapat tahu anak yang kukandung sudah kembali ke rahmatullah. mak menangis masa tu.tapi apabila mak bercakap dengan mak kerambit (mak mertuaku) airmatanya kering, dan dikhabarkan berita sedih itu dengan tenang.

tetapi 18 tahun dahulu, ketika mak kehilangan anaknya (khadijah, berusia 2 tahun akibat lemas) mak sungguh kuat. tidak nampak di mataku dia mengalirkan airmata. terutama ketika mak mengangkat jenazah adik dari dasar sungai di belakang rumahku. dan ketika itu mak hamil 8 bulan.betapa hebatnya mak!..

dan aku titipkan semangat buat anak-anak muridku...sesungguhnya anak-anak, kita tidak berhak memilih ibu bapa kita, tetapi kita perlu bersyukur, sekurang-kurang kita masih punya ibu bapa yang melahirkan kita. sekurang-kurangnya kita bukan seperti bayi yang dibuang merata-rata dewasa ini. kita ada ibu bapa yang wajib kita taati walau bagaimana sekalipun keadaan mereka, kecuali dalam hal-hal yang menyalahi syarak.

firman Allah taala:"Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu, hanya kepada -Ku-lah tempat kembalimu (Luqman:14)

sesungguhnya ya Allah, aku bersyukur atas nikmat yang Engkau berikan padaku dengan mengurniakan ibubapaku yang sangat mengasihi kami dan mengajak kami mentaatiMu..ya Rabbi, ampunilah dosa kedua ibu bapaku dan dosa arwah kedua ibu bapa mertuaku..kasihi mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika aku kecil..panjangkan usia kedua ibubapaku dalam ketaatan kepadaMu...hanya kepadaMu kami sembah dan kepadaMu kami mohon pertolongan...Amin Ya Rabbal Alamin.

Friday, April 23, 2010

ayahku seorang penagih dadah..

lewat senja itu, keretaku menjalar di perkarangan sekolah. Masih meneruskan perjuangan memdidik anak bangsa walaupun remang senja sudah hilang di kaki langit. aku memakir kereta berhampiran estima ust naqib. tempat wajibku setiap kali ke sekolah. malam ini prgoram motivasi diteruskan dengan slot bersama ibu bapa. aku tidak tahu apakah pengisiannya. yang aku tahu penceramah luar yang akan datang memberi motivasi.

terbayang diruang mataku,anak kecilku yang merengek apabila kakiku ingin melangkah keluar tadi.anakku...umi ada tanggungjawab besar yang umi sedang pikul.kau terlalu kecil untuk memahami semua ini..bisik hati kecilku..

kakiku melangkah ke dewan sekolah yang telah dipenuhi oleh ibu bapa. pengerusi majlis mengucapkan kata-kata aluan. setelah selesai, penceramah yang didatangkan khas dari felda mempaga memulakan bicara. agak lembut dan merdu suara en. motivator ini. murid-murid kelihatan khusyuk mendengar. tiba-tiba mataku terpandang seorang dua murid tahun enam yang sedang mengangguk kepala tapi agak luar biasa...ooo...tidur rupanya. aku hanya memerhati..

fasa pertama telah selesai..en. motivator memberikan beberapa tips untuk berjaya..peserta motivasi yang terdiri dari murid-murid tahun itu faham atau tidak, aku tidak pasti..tapi apabila motivator menanyakan SIAPAKAH MAHU 5A?...hanya seorang dua sahaja yang mengangkat tangan, itupun dalam keadaan malu-malu...oh...anak bangsaku....

fasa kedua dimulakan dengan penutupan lampu...gelap gulita..agak saspen.en. motivator yang bersuara merdu itu mengalunkan selawat dan istighfar..kesemua peserta dikehendaki mengadap kedua ibu bapa dan memegang tangan mereka dalam gelap. ramai juga peserta yang ibu bapanya tiak hadir..en motivator memulakan bicaranya..tentang pengorbanan ibu, pengorbanan bapa...

esakan kecil kedengaran dimana-mana...didalam kegelapan itu. tiba-tiba, kedengaran suara dua tiga peserta yang sedang ketawa..mood en. motivator bertukar..dimarahinya peserta yang ketawa.mereka adalah peserta yang ibubapanya tidak hadir..

slot itu selesai pada pukul 10.30 mlm.peserta yang ibubapanya hadir mengalirkan airmata dan memohon maaf kepada kedua ibu bapa mereka.

tetapi peeserta yang bergelak ketawa tadi masih seperti biasa, dengan lagak samsengnya mereka mengejek-ngejek dan ketawakan rakan-rakan mereka yang mengalirkan air mata.

ketua komandan memanggil semua peserta masuk kedewan setelah selesai makan pada malam itu..dihamburkan kata-kata yang menyedarkan mereka semua tentang apa yang mereka lakukan..kami ingin kamu semua berubah untuk kejayaan kamu....

aku memanggil enam orang peserta yang tergelak-gelak sewaktu slot sebentar tadi..kesemua duduk mengelilingi aku..bermula dari slow, aku menasihati mereka..hinggalah suara aku meninggi..bila aku menanyakan tentang ibu bapa masing2...inilah jawapannya..

-mak ayah saya bercerai...saya pun tak tau diorang sayang saya ke tidak..
-mak ayah saya ada kat umah, tak nak datang kot...
-ayah saya penagih dadah...mak saya selalu kena pukul dengan ayah..
-saya anak bongsu, apa saya minta selalu dpt..

inilah antara respon mereka..ooo...patutlah mereka tidak kisah apabila bercerita tentang pengorbanan ibu bapa. pada mereka ibu bapa mereka tidak sayangkan mereka..lalu...aku mengambil slot yang terakhir ini...khusus buat mereka berenam...

akhirnya..airmata mereka berenam berjurai2..aku tidak tahu, apakah jenisnya airmata itu, andainya benar terbit dari hati, akibat keinsafan atau kesungguhan untuk mengubah nasib keluarga...syukur ku panjatkan padaMu ya Rabbi...tetapi andai ia satu kepuraan...aku hanyalah insan biasa...KepadaMu aku serahkan segalaNya..aku hanya wasilah untuk Allah bukakan pintu-pintu hati mereka...

YA ALLAH YA TUHANKU...ENGKAU BIMBINGLAH ANAK-ANAK MURIDKU INI...MEREKA ANAK-ANAK YANG MASIH BELUM MENGERTI KEHIDUPAN INI..YA ALLAH TUNJUKKAN MEREKA JALAN YANG LURUS..AMPUNILAH MEREKA, BUKALAH PINTU HATI MEREKA, ENGKAU CAMPAKKANLAH HIDAYAH KEPADA MEREKA..LAPANGKAN DADA-DADA MEREKA UNTUK MENERIMA ILMUMU...DAN JADIKAN MEREKA HAMBAMU DAN ANAK-ANAK YANG SOLEH...AMIN.

Thursday, April 22, 2010

gigi palsu..

hari ni aku nak citer pasal semalam punyer kisah..semalam bape hari bulan...21/4/2010..yess..hari rabu, aku balik lewat sebab ada kokurikulum...

alkisahnya...

petang tu aku bawa kuar la muhammad fathi, puteraku sayang...jalan2 kat luar umah...menghirup udara petang...sambil menikmati kebisingan motor2 yang lalu lalang depan umah aku ni...tetiba..

- ju..lawak betul la makcik ari ni...sambil tergelak kecil.
-napenye makcik?aku yang sedang melayan budak kecik tu menoleh kearah makcik jiran sebelah umah aku..suara dia kedengaran lain..
-gigi palsu makcik hilang...puas dah cari...
-laa...camne leh hilang...(aku control diri dari tergelak)berdosa gelakkan org tua..
-makcik tido lepas asar tadi, yelah org selalu cakap lepas asar tak leh tido kan..tu laa...bangun tido gigi makcik dah takde...puas makcik kirai cadar, cari merata tak jumpa...susah la makcik camni...
-bawah katil kot..
-laa..sape nak bawak pi bawah katil lak...

tiba-tiba pakcik, suami makcik balik...cepat2 dilaungnya pakcik..
-awak nampak gigi saya?..
-gigi awak..lah pandai hilang gigi awak yer..
-tu la malas nak tanya pakcik awak tu ju...suka sangat melawak..bisik makcik pada aku..
-ada orang curi kot..pakcik mengusik lagi..
-tak pun jatuh kat jalan..

makcik yang malas melayan usikan pakcik terus berlalu masuk rumahnya...bila dah makcik masuk umah, barulah aku melepaskan gelak aku yang aku tahan tadi..pelik muhammad fathi tengok umi dia gelak sorang2...

sampai hari ni aku taktau adakah makcik dah jumpa gigi palsunya atau belum?...

Sunday, April 18, 2010

memori itu..

"sayang, abang tujukan lagu ni khas buat sayang.."
"emm...ok, lagu pe?"
" dengar la dulu.."

***senyum***

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan


Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

*********************
-"eh, bang...terasa damai ke?ramai?..."
-"ramai la yang.."
-"tak la bang dak, damai la..."
-"sayang cuba dengar betul2 lagu ni.."
-" a.ah laaa...ramai.."

***sambil tersengih malu***

Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

MEMORI BERSAMA ABANG KETIKA DALAM PERJALANAN BALIK KE KERAMBIT...SAMPAI SEKARANG TAK BOLEH DENGAR LAGU NI...TERBAYANG WAKTU DIA NYANYIKAN.. :(

kami sama2 suka nasyid..biasanya kami akan sama2 cari cd2 nasyid best,pastu kami sama2 nyanyi dalam keta...(hehe..seronok..) sebab rasa cam best sangat suara sendiri..tapi kadang tu aku nyanyi abang ketuk tangannya kat stereng jadi gendang...tapi bila time aku yang mengetuk, selalu kena gelak dengan dia...sebab sumbang jadinya...heheh...

Muhammad pun mengikut perangai arwah abahnya, suka sangat ngetuk apa saja untuk jadikan gendang...dan of course minat sangat nasyid gak..tadi waktu hantar ciksu dia balik asrama..dia wat suara latar untuk lagu menanti di barzakh by far east...anak umi dan abah kan...

Friday, April 16, 2010

perjalanan ini...

salam...

alhamdulillah, tidak ternilai kurniaanMu Ilahi...
tidak terhitung segala nikmatMu..
tapi aku hambaMu yang selalu lalai dan alpa..
hanya rahmat dan keampunanMu kudambakan..

perjalanan hidup yang agak sibuk kebelakangan ini..
Majlis Tilawah al-Quran berlangsung dengan jayanya..alhamdulillah, budak2 aku adalah lepas sampai peringkat daerah, tapi sangkut kat sampai situ jek..takpelaa...satu pengalaman berharga..

aku pun sudah mengenali guru2 di zon kuala krau ni...biasanya kerja ngan org2 sarawak je..ni kali pertama berkerja ngan org2 kg sendiri...

kejohanan bola jaring juga telah berlalu..first time jadi pengadil...huhuhu...ada gak kena komen..tapi takpela..pengalaman pertama..

hari ni, esok dan ahad..aku kena dok sekolah, ada kem motivasi..sampai ke malam dok sekolah...kena tinggallah muhammad...sian anak umi yek..sabar je laa...

Sunday, April 4, 2010

sayu rasa hati...

sedar tak sedar dah setahun berlalu..pagi2 tu dapat mesej dari akak, kak long dan da..dan dari sarawak, kak la..semua terasa sayu..terasa baru semalam peristiwa itu berlaku..kakde pun tak sanggup nak wish semalam, hari ni aku anta msg kt dia...katanya tak leh nak wish..sebak sgt..yelah..aku faham perasaan dia,tahun-tahun mendatang, ulangtahun kelahirannya disambut bersama ulangtahun pemergian mak, ayah dan abang..

mak, kak ngah rindu sangat kat mak...:(

ingat lagi waktu sebulan terakhir tu,mak sokmo teman kak ngah pergi klinik kerambit, tiap-tiap minggu, pastu kita pi kedai beli sayur, lauk..selalu org usik mak ngan menantu mak ni..seronok kak ngah tengok mak happy bila kak ngah makan bertambah-tambah...mak pun sanggup sediakan macam-macam untuk kak ngah..:(
terasa betapa mendalamnya kasih sayang mak, sewaktu di hospital, selepas kak ngah selamat melahirkan muhammad, mak dah tengok muhammad dan bersiap untuk pulang..mak cium pipi kak ngah...dan kak ngah tak sangka, itulah ciuman kasih sayang terakhir dari mak..

ayah, kak ngah rindu ayah..:(

ayah, ingat lagi waktu ayah hantar kak ngah ke klinik mela tu..sian kat ayah terpaksa tunggu lama, sampai tertidur dalam keta...mak ngan kak ngah dalam klinik..ayah pun sanggup tak makan lagi, sbb tunggu kak ngah ngan mak...dah siap tu baru kita bertiga makan kat kedai wan cu tu..waktu kat lipis tu..kak ngah ingat lagi betapa berseleranya ayah makan waktu nak hantar kak ngah masuk hospital hari rabu tu (01/04/2009)...tapi kak ngah dan mak tak selera, kita semua makan kuew tiew,ayah sorang je yang habis makan..

abang...sayang tak sanggup nak teruskan...biarlah segalanya terbuku di hati ini...ada kekuatan, suatu hari nanti, akan sayang kisahkan kisah kita dan betapa sayangnya sayang pada abang..

YA ALLAH YA TUHANKU...MEREKA ORG2 YG AKU SAYANGI KERANAMU..LIMPAHKAN RAHMAT KEPADA MEREKA, AMPUNI MEREKA, JAUHKAN MEREKA DARI AZAB SEKSA KUBUR DAN JADIKAN KUBUR MEREKA TAMAN-TAMAN SYURGA DAN REHATKANLAH MEREKA DI SANA SEHINGGALAH HARI KIAMAT...AMIN..

akhirnya...





semalam..(03/04/2010)

genap setahun muhammad fathi..

"selamat hari lahir anak umi sayang..semoga muhammad menjadi seorang anak yang soleh yang akan mendoakan umi dan arwah abah, menjadi seorang yg berilmu dan beramal dengan ilmunya, serta menyebarkan ilmunya ke serata alam..dan yang paling penting menjadi hamba Allah yang sentiasa mencari dan mendapatkan redha Allah.."


gambar kat atas tu waktu muhammad fathi umur sebulan...gelap muka dia...:)
pastu gambar dia berumur setahun, kecik je badan...takpela..Alhamdulillah anak umi ni sihat walaupun badan agak kecik..tengah main mainan hadiah cikli..syukran cilki, jazakallah khairan kathira..:)
kek tu hadiah cik aishah...thanks cik aishah...:)
hadiah dari ciknor tak sampai lagi...hehe...flight delay kot..jauh sgt dr jordan..;)

Friday, April 2, 2010

sehari lagi..

assalamualaikum..

masa terus berlalu..

sehari lagi, muhammad fathi, puteraku sayang bakal mencecah umur setahun..dan setahun genaplah jua, arwah abahnya pergi..

setahun yang lalu, khamis malam jumaat ( seperti malam ini)

abang erat memegang tanganku di dalam ambulans...
sakitku sedikit mengurang apabila kuiringkan badan mengadapnya..
merenung wajahnya yang tenang..kuminta dibacakan ayat-ayat suci al-Quran..
saat ambulans menderu dengan lajunya...
terasa amat panjang perjalanan malam itu..
namun aku tenang bersamanya..

kenangan terakhir yang paling indah dan mendebarkan bersamanya...

semoga abang tenang berehat di taman syurga...