Tuesday, November 30, 2010

musim luruh yang berlalu..



musim luruh yang berlalu..
biarlah ia berlalu..
dan terus berlalu..
meninggalkan jejak yang terhapus..
dalam diary masa..
sekadar ingatan tulus..
buat insan yang sama-sama mengharungi..
indahnya musim itu..
sekadar ia berlalu..
tidak mungkin ia kembali..
tidak mungkin...
walau seribu kali kau mencari..
akan musim yang sama..
ia tetap tidak akan sama..
kerana ia hanya sekali..
hanya yang itu..
sekali dalam hayatmu...

Thursday, November 25, 2010

Pelbagai cerita..

alhamdulillah,wa syukru lillah..

salam pagi khamis yang ceria..mlm tadi hujan lebat sgt kt sini..pagi ni, segar je bumi..terima kasih Ya Allah kerana menyegarkan bumi tempat tinggal kami yang sementara ini...

aku nak cerita tentang apa yang berlaku sejak dua hari lepas..

selasa-23/11/2010
pagi2, pabila aku masuk dapur pagi tu, terkejut sbb tgk air mengalir ke lantai..alamak!!!..paip kat sinki dapur bocor la plak..terpaksa tutup meter paip kat luar..camne ni??dah la takde org lelaki kat umah..aku bab teknikal ni mmg fail..
memasak mee bandung..terpaksa angkut air dari dlm bilik air..itulah nikmat air yang jarang disyukuri..selalunya buka je paip air dah mencurah..Allahu Rabbi..

11.00pg- ikut kuliah ayahwe kat masjid..sambil menunaikan janji ngan mak nak bawakan bekal air utk ayahwe..sian dia mesti nak minum gak lps mengajar..muhammad tidur, kalau tak, mmg nak bawa dia..mak pun selalu gak bawa muhammad ke masjid..nak biasakan dia dengan majlis ilmu.

12.30pg-dapat call dari apak suruh amik duit kat pejabat..alhamdulillah dapat gak duit wat belanja rumah..Alhamdulillah..n apak pesan posmen telefon suruh amik barang kat pejabat pos Kuala Krau..barang pe tu???

1.00tghr- dapat call dari akak, kata teh dah dioperate sbb doktor sahkan kanser tiriod dia makin merebak..selamat jalani operation dari jam 9pg Isnin keluar dari dewan bedah jam 6ptg Isnin..masih di ICU..Ya Allah, ini ujianMu buat keluarga relai..semoga Allah kuatkan semangat abg teh..

selepas zohor, bergegas ke Kuala Krau pergi pejabat pos, rupanya dapat netbook yang ditunggu..alhamdulillah..
gi sekolah adik, dia dlm dewan exam..1st day exam SPM..Semoga Allah memberi adik kejayaan..insyaAllah..sebenar dua kali gi ke sekolah adik, kali pertama tu takde sesiapa nak dipesan utk diberikan bekal kat adik, kali kedua tu terpaksa tinggalkan pesan pada kertas dan letak kat tempat barang kat asrama dia..harap2 sampai lah pesanan tu kat dia..

3.30ptg-pergi pejabat felda ni dapat duit yang apak pesan suruh ambil..alhamdulillah..banyak gak..jumpa plak dengan seorang kawan satu sekolah kat SMAAFBT dulu..sumpah aku tak kenal langsung mamat tu, dia yang tegur dulu, aku yang terpinga2 buat2lah kenal dulu..bila dia tanya tentang mutie sepupu aku, barulah aku ingat2 ckit..bila dia sebut nama barulah ingat, tapi lain benar dah..dulu kecik je budaknye..

balik rumah baiki paip, beli paip baru kat K.Krau tadi, aku surrender awal2 bab ni..mmg tak reti..nasib baik ada adik aku yang 2 org tu..akhirnya berjaya..yesss!!!..tahniah super women!!:)

malam cam biasa, tido awal..

rabu 24/11/2010

pgi masak sarapan-nasi goreng..
buat lagi mee bandung utk dibawa ke kuantan-minggu ni tema mee bandung..huhu..

tghari dah br sampai kuantan sbb lambat bertolak dari rumah..lunch kt cafe hospital kuantan.
lepas makan, ikut akak naik tgkt 5 wad kiambang..terkejut tgk teh..kesan jahitan bedah tu nampak seolah-olah teh disembelih..ngerii..dari bawah telinga kanan sampai hujung dagu kiri..masyaAllah..aku terkaku tgk dia yang pucat terbaring..dua wayar ditanam di bawah leher utk mengeluarkan darah..sebenarnya teh kuat kata akak..selalunya org lain lagi lama tak sedar lepas operate, teh dok ICU pun kejap je..dah boleh cakap dan makan..sekali tu dia tersedak bila minum air..masyaAllah..merah2 muka dia menahan sakit..Ya Allah..tak sanggup aku tgk..

7.00mlm-bertolak dari hospital ke rumah

9.30mlm- sampai rumah.hujan lebat sepanjang jalan..

hari ni cuma rehat kat rumah je..tgk sukan asia guongzhou..tahniah pasukan Malaysia dah mencapai target 9 emas..tak sabar nak tgk aksi final hoki lelaki malaysia lwn pakistan...chaiyokkk!!!!

Ummu fathi @FJU
4.52pm

Tuesday, November 23, 2010

mimpi yang tahapahapa..

Bismillahirrahmanirrahim..

cipta sejarah..pagi2 lagi aku dh ngadap laptop..:)

Alhamdulillah..Allah masih beri ruang utk aku bernafas di pagi Selasa ini..

malam tadi mimpi..:) mimpi yang sgt2 tahapahapa..mimpi lawak tahap gaban punyer...

ada ke mimpi arwah abg hidup lagi, tapi dia cuma hilang ingatan..dia tak kenal aku dah..syaitan ni ingat aku peminat drama indon kot..tu dia reka mimpi sejibik cam drama indon..

dalam mimpi tu, cuma arwah ayah je yang meninggal..hehe..kot2 syaitan nak menipu aku cari la idea lain ckit..ini mimpi tahap tak masuk akal langsung..

tapi mungkin salah aku gak..mak aku kata, kalau mimpi ngarut2 tu sbb tak buat adab tidur, hehe..memang pun, malam tadi penat sgt..muhd dh tidur, aku angkat dia dari buai..aku baring tepi dia jap..ingat nak bacakan surah2 yang aku biasa bacakan kt dia sebelum dia tido..last2 aku tak sedar bila masa aku dah hanyut...tak dan baca doa tidur pun..sbb tu mimpi ngarut sgt2...

keduanya mungkin sbb aku banyak sgt ingt kt arwah kot..entah ler..sejak2 aku tengok citer karma salina slot cerekarama tv3 sabtu dulu, aku selalu terfikir, camne wajah akhir arwah abg yer..mesti pucat cam sharifah amani tu..real la drama tu...best! banyak pengajaran..adik aku yang tak suka tgk drama melayu pun terpacak depan tv..pastu aku fikir, liang lahad arwh abg cam liang lahad dlm drama tu ke..kecik sungguh kan..tapi arwah abg ditanam sekali ngan arwah mak n ayah..dalam satu liang..so, mungkin besar ckit la..

sebab tu aku malas tengok tv sebenarnya..apa yang aku tgk biasanya terlekat kat fikiran aku 2,3 ari..pastu mula la fikir ngarut2..kalau tgk citer perang2 ke..kena2 kejar ke...lagi la..sampai dalam mimpi la aku kena kejar..hish..memang tahapahapa..sbb tu aku boikot tv..

ok la..tak nak pikir psl mimpi tu dah..tapi ada satu lagi mimpi yang aku takleh lupa..mimpi 3 tahun lepas sblm aku nikah dgn arwh abg, lepas aku wat solat istikharah waktu mak sedara dia menanyakan aku dulu..nanti2 la aku citer pasal mimpi tu..

hari ni aku kena menunaikan amanah mak spaya bawa bekal utk pak sedara aku yang mengajar kat masjid ni pagi ni..sementara mak takde kat umh ni, aku la kena ganti tugas mak..nak masak pe erk??..ok la..cau dulu la..nak kena masak sarapan plak..


ummufathi @FJU
7.27am

Monday, November 22, 2010

cuti sekolah kembali lagi..

alhamdulillah..segala puji dan syukur hanya buatMu ya Ilahi..

cuti sekolah telah bermula sejak seminggu yng lalu..kesibukan aidiladha bersambung terus dengan cuti menjadikan lama laman ini ditinggalkan kosong..emm..alhamdulillah, ada sedikit kelapangan petang ini, terus kugunakan buat mencoret sesuatu..walaupun muhammad fathi juga sedang sibuk mengacau aku..

muhammad plezz sayang, bagi peluang kat umi jap je...;)

hidup ini, alhamdulillah..segalanya indah jika keranaNya..

jumaat lalu, aku berjaya memandu ke kajang dan balakong..alhamdulillah..walaupun muhammad yag demam dan selsema merengek sepnjang jalan..tapi alhamdulillah selamat sampai dan selamat kembali ke pahang pada hari ahad lalu..first time you..hehe..sebelum ni aku cuak gak nak drive ke sana, maklumlah jalan kat sana camne..tapi ok je bila dh drive..sebenarnya sebelum ni aku dah pernah drive area kajang, bangi dan balakong..itupun dua tahun lepas, waktu arwah kursus dalam cuti kat MPI Bangi, so, aku jalan2 area sana..

sepanjang jalan dan ketika di sana, hati dan fikiran aku banyak back to the history..pandang JJ kat Balakong tu aku ingat kat dia yang suka mengheret aku jalan kesitu..siap gelak2 lagi kat aku tu, sbb aku kompom takut nak parking kat atas..pandang kat alif bistro, teringat time makan roti canai kat situ ngan cik nazir n abg long..tu belum lagi pi langat..sib baik gak umah kat langat tu terbakar baru ni..(erkk..nasib baik?) no, kesian gak kt k.long coz umah dia terbakar baru ni..(2nh house,umah ujung minggu..) rumah tu menyimpan seribu satu nostalgia aku dan dia..sbb last 2 years, situu la tempat kami bermastautin..sbb kami ni kan penumpang..asyik tumpang rumah org je bila dia kursus..

bila lalu kat highway karak tu, teringat time keta BFU rosak kat tepi highway malam sebelum raya 3 years ago..jam dah dekat kul 1 pg..jalan jem, keta rosak..terpaksa berhenti kat tepi highway tu, dia pi berlari kt emergency call tepi jalan tu..rupanya hampir 3km dia mencari tipon tu..aku terpaksa ditinggalkan dengan keta..balik tu dia berlari selaju2nya sb takut apa2 jadi kat aku..dia sayang bini weii..tinggal bini tgh2 mlm kt tepi hutan plak tu..sib baik la bini dia ni berani gak orangnya...heheh..taklah..nasib baik Allah gerakkan hati satu keluarga yang nak balik ke kelantan tu singgah dan temankan aku sementara my beloved late husband pi cari bantuan..huhu..kenangan..kenangan..

kenapa aku masih sayang dia walau dah hampir dua tahun dia pergi..sebab kami banyak melalui suka duka bersama..dua tahun hidup bersamanya sangat indah walau diuji pelbagai ujian yang pahit..

kak long kata, Allah dah gantikan arwah dengan Ali (tunang Linda,anak sedara aku) Ali tu perangainya lebih kurang cam arwah..mudah mesra, baik, ramah..selamber je..ust gak..Alhamdulillah. kata aku..tapi dalam hati aku..dia tetap seorang dia...tiada siapa dapat menggantikannya..

oklah..muhammad dah berbau sesuatu..maknanya time to log out..azan asar pun dah berkumandang..jadi marilah kita sama2 menuju kejayaan..solat, jangan tak solat..


cau dulu..

ummu fathi @FJU
4.23pm

Thursday, November 11, 2010

seronoknya jadi cam diorang (2)

Salam ukhuwwah..




Entry ini sambungan dari entry sebelum ini. Sesungguhnya aku benar2 ingin menta’kidkan bahawa kanak-kanak Malaysia sememangnya bertuah. Seronok, bahagia, aman damai..semuanya menggembirakan. Apa yang seorang kanak-kanak inginkan melainkan keseronokan. Seronok di alam kanak-kanak.



Kenapa aku menyambung entry ini, sebabnya, malam tadi, aku menonton bulletin utama TV3 dan terdapat satu laporan dari wartawan tv3 yang terlibat dengan konvoi VIVA PALESTINA yang melaporkan dari Gaza. Bersama wartawan itu terdapat seorang kanak-kanak perempuan bernama Fatima Azzahra yang fasih berbicara menyuarakan suara hati agar dapat didengari di Malaysia khususnya dan dunia amnya. Kanak-kanak itu dengan fasih menceritakan tentang saudara-maranya yang yang dibunuh dan dipenjara oleh tentera zionis. Mengingati kisah berdarah tepat bersama tarikhnya. Dan kanak-kanak comel itu sempat menyuarakan cita-citanya ingin menjadi guru dan harapan semoga Allah merahmati semua muslimin dan muslimat.



Melihatkan kepetahan dan kematangan pemikiran kanak-kanak ini,tidak dapat tidak aku membanding bezakan dengan anak-anak muridku. Mampukah anak muridku sebaya kanak-kanak comel itu berbicara sepetah dan sematang itu, sungguh!ujian dan pengalaman mendewasakan.



Seronok menjadi kanak-kanak Malaysia. Buka mata segalanya sudah tersedia. Tidak dinafikan ada yang kurang bernasib baik, andai dibandingkan dengan nasib kanak-kanak di negara2 yang dilanda ujian, sememangnya nasib kanak-kanak kita berkali ganda lebih baik.



Di negara yang aman damai ini, kemudahan akses pendidikan sangat mudah. Malah ibu bapa yang tidak menghantar anak-anak yang sudah berumur 7 tahun ke sekolah akan dipersalahkan. Fasiliti pembelajaran juga sudah jauh berubah, semakin maju berbanding dua tiga puluh tahun dahulu. Cuma, kawasan pendalaman saja yang masih dihalang arus pembangunan. Agak sukar mengadakan fasiliti standing tempat lain, namun syukurlah basic fasiliti sekurang-kurangnya tersedia.



Berkaitan dasar kurikulum sekolah rendah. Mahu tidak mahu, terpaksa kita mengiyakan bahawa sedikit sebanyak kurikulum sekolah kita terpengaruh dengan politik. Bila bertukarnya menteri pelajaran, maka bertambah atau berkuranglah satu silibus. Mungkin berkurang di satu aspek, tetapi mesti ada pertambahan satu aspek yang lain. Banyak guru-guru merungut tentang bermacam-macam perkara berkaitan pendidikan yang terus muncul satu demi satu menmbahkan beban tugas yang kadangkala tiada kaitan langsung dengan P&P.. (ooopppss..terlari tajuk…)



Apapun, sebenarnya seronok menjadi kanak-kanak Malaysia. Dewasa ini Pendidikan Islam begitu ditekan berbanding zaman saya masih kanak-kanak. Dulu, kami mula bersembahyang dan belajar untuk memenuhkan 5 waktu sehari semalam hanya apabila kami menginjak umur 12 thn. Kini, seawal 7 tahun, murid tahun satu diasak tentang kepentingan solat. Umur 10 thn (tahun 4) sesiapa yang masih ada ‘bulat’ dalam buku rekod solat akan dirotan. Aplikasi kepentingan solat yang berjalan di sekolah aku.



Belum lagi ditambah dengan kelas-kelas agama. Di sessi pembelajaran pagi, kanak-kanak akan berdepan dengan tiga orang guru Pendidikan Islam (sekurang-kurangnya). Mereka akan dibahagikan kepada tiga kumpulan utk pembelajaran Al-Quran. Sebenarnya system ini (j-QAF) ini tidak terdapat pada mana-mana subjek lain di Malaysia dan mungkin didunia.



Dan di Felda ini, (mungkin bukan di Felda ini saja) petangnya murid-murid akan ke sekolah agama rakyat untuk belajar KAFA. Sessi ini akan berlangsung hingga jam 5 petang. Disini mereka akan diajar matapelajaran agama seperti aqidah, tauhid, fekah, sirah dan sebagainya.



Setelah pelbagai usaha dijalankan oleh pihak KPM dengan usahasama Jabatan Agama Islam dan pihak2 berkaitan, pendidikan Islam sebenarnya amat ditekan. Persoalannya, kenapa masih banyak lagi gejala-gejala social yang berlaku. Kes-kes pembuangan bayi dan orang tua masih meningkat. Sebenarnya dimanakah silapnya? Mungkin masih ada rompong lagi di dalam system pendidikan Negara kita.



Mungkin dari sudut aplikasi ilmu itu tiada. Ya, ilmu tanpa amal seperti pokok tnpa buahnya. Tiada guna. Apa yang dipelajari hanyalah teori yang mungkin akan masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Apa yang diajar disekolah dan di sarankan untuk diamalkan dirumah berbeza dengan apa yang telah diamalkan oleh ibu bapa mereka. Mungkin dirumah kuasa pendidik paling besar ialah televisyen yang tidak dipantau. Internet yang bebas. Aliran budaya muzik yang menyeronokkan. Dan mungkin itu yang menyebabkan kanak-kanak Malaysia bertambah-tambah seronoknya.



Mereka seronok kerana tidak pernah mendengar bunyi bom meletup. Hanya kedengaran bunyi mercun, yang mana bagi mereka amat seronok bermain mercun hingga ada kawan-kawan mereka tercedera akibat mercun. Mereka seronok kerana ibu bapa mereka orang senang, tiap-tiap hari dapat makan best dan berbelanja RM1-3 sehari. Mereka tidak pernah merasa lapar kerana kekurangan makanan. Mereka seronok kerana mereka ke sekolah dihantar dengan motor atau kereta atau kadangkala mereka sendiri menunggang motosikal. Malah, jarang sekali melihat mereka ke sekolah berjalan kaki. Mereka seronok kerana mereka sudah mengenali computer, tau apa itu internet, sudah ada akaun facebook walaupun usia baru menginjak 8,9 tahun.



Sesungguhnya sememangnya seronok jadi macam mereka.

p/s: ari ni kuar result UPSR, tahniah kepada 3 org murid thn 6 SKJU yang dapat 5A, UPSR bukan ukuran kejayaan, masih panjang lagi langkahmu wahai anak-anak didikku..insyaAllah..

ummu fathi,
skju @ 2.29pm
10/11/10

Tuesday, November 9, 2010

bestnye jadi macam diorang..

Salam,


Alhamdulillah, masih dipinjamkan oleh Allah hayat dan tenaga untuk meneruskan perjuangan ini.



Minggu ini minggu peperiksaan akhir tahun bagi sekolahku. Agak ringan sedikit tugasan memandangkan kelas tasmik telah ditutup berakhir khamis minggu lepas. Cuma data2 terbaru perlu diupdate untuk dibawa ke tahun depan. Dan juga persediaan untuk memindahkan segala barang2 untuk pindah ofis baru di bangunan baru, seperti yang disuarakan oleh GBku dalam mesyuarat lepas, kemungkinan besar aku dan seorang lagi guru j-QAF tidak dibenarkan mempunyai meja di staff room, maknanya aku hanya perlu berada di bilik j-QAF yang besar di bangunan baru sana. Alamak boringnya!!..selalunya awal-awal pagi dah bising menjamu selera kat staff room, tahun depan aku kena terus ke bilik j-QAF je la yer..emmm..tak syok!!nanti mesti rindu kak midah..dan yang lain2..:(



Emm..sementara tengah menjaga budak2 tengah exam, aku asyik melihat pada murid tahun satu yang sedang rehat. Seorang murid perempuan tengah duduk diatas bangku di taman,sambil memakan keropok. Kakinya terjuntai sambil dihayunkan. Disebelah seorang murid lelaki yang cute, juga ditangannya ada keropok..sambil menikmati keropok, mereka tergelak-gelak gembira. Kedua-duanya cute dan comel. Dan aku mengenali mereka. Anak muridku.



Seronok ku lihat mereka, setelah habis kerepok, si budak lelaki yang mempunyai lesung pipit yang dalam dipipinya bangun dan menarik tudung yang dipakai budak perempuan itu, budak perempuan itu menjerit dan bangun mengejar budak lelaki yang telah melarikan diri sambil ketawa. Aku yang melihat hanya tersenyum.



Seronok kan jadi kanak-kanak. Semuanya best, makan best, main best, belajar best…teringat zaman kanak-kanakku. Di tanah ini aku berlari-lari, di tanah ini juga aku belajar dan di tanah ini juga mengajar aku mengenal ABC..



Seronoknya mereka berlarian, tiba-tiba si perempuan itu berjaya mencapai baju budak lelaki itu. Di tariknya hingga hampir terjatuh. Budak lelaki itu menjerit dan menolak tangan budak perempuan itu, sekali lagi dia terlepas dan terus berlari laju meninggalkan budak perempuan itu.



Seronok…tiada masalah yang perlu difikirkan. Hanya suka suki, riang ria..dan berlari-lari ke sana sini. Biasanya aku akan terjerit2 melarang mereka berlari, takut terjatuh, tapi seingat aku, dulu aku juga suka berlari..:) biasalah budak2…



Bunyi loceng mengejutkan aku dari lamunan. Masa sudah tamat, kertas peperiksaan ku kutip dan berlalu keluar dari kelas menuju ke staff room. Aku seronok disini..walau seribu halangan menghalang, walau seribu dugaan menduga, aku akan terus tetap disini..di bumi ini..insyaAllah..


ummu fathi,
SKJU @ 1.59
09112010

Sunday, November 7, 2010

antara realiti dan memori..

Salam..


Segala puji buatMu Ilahi..

Masuk malam ni, dah tiga malam aku susah nak tidur..terasa sesuatu yang berat dan sesak menghimpit dada, tak terluah dek kata-kata. Setiap kali pejamkan mata, aku seolah-olah berada di Masjid Jerantut menunggu dia selesai solat..dan sekali lagi aku terkejut dan terjaga. Itu kisah lebih setahun setengah yang lalu.. ya Allah bantulah hambaMu ini..



Masih begini.. dan apa yang aku lalui ini seperti aku lalui 2 tahun yang lalu, saat aku kehilangan anak sulungku. Setiap kali aku hendak lelapkan mata, aku terasa seperti berada di pasaraya sedang membeli belah kelengkapan bayi yang bakal lahir 2,3 minggu lagi.. saat itu, dia masih disisi mendengar luahanku dan memujukku agar tidur semula..



Mungkin benar pesanannya saat akhirnya, jangan fikir bukan-bukan..tenangkan fikiran..



Melihatnya Muhammad yang sedang lena di sebelahku, membuatkan aku terbuai-buai kenangan lalu..aghh..antara reality dan memori…muhammad sedang membesar dan terasa cepatnya masa berlalu apabila bibir kecilnya sudah pandai memanggil umi, meminta apa yang dimahu..terasa baru semalam dia diazankan..seperti baru semalam aku dikhabarkan tentang kemalangan yang menimpa abahnya..



Kini Muhammad sudah pandai menyebut papa..kadangkala bapak…terasa sesak nafas dan perit leher menelan air liur..bukan takut pada tibanya masa untuk menerangkan kepada dia, bahawa abahnya telah tiada, bukan takut..tetapi rasanya belum bersedia..mungkin 2, 3 tahun lagi barulah tiba saat itu..tapi aku perlu bersedia, perlu tabah dan kuat unuk menceritakan dan menjawab soalannya yang bakal keluar dari mulutnya tanpa menitiskan setitik air mata..



Banyak perkara telah aku lalui, alhamdulillah..tarbiyah Allah ini mengajar aku satu yang amat bermakna iaitu sabar. Dan apa yang aku lalui jua mungkin memaknakan satu rasa dewasa pada diri..aku lalui fitnah itu tanpa setitik airmata pun menuruni pipi. Bukankah itu satu kejayaan buat seorang yang berwajah sedih sepertiku..



Sayang, kawan abang tertengok gambar kita kat laptop abg baru ni..sori yer..


Gambar yang mana satu bang?


Gambar kat Sarawak..


oo..takpe la bang..nak wat camne..lagipun gambar tu tutup aurat kan..


dia kata muka saying muka sedih..


yeke..haha..aku tergelak..camne dia tengok, bkan ke waktu tu kita hepi..


tah la,dia kata dia ada blaja psikologi kat U dulu..



abang, sayang dah lalui banyak perkara sejak abang takde ni..kalau abg tgk keadaan syg, mesti abg leh proud la..tak macam dulu..tekanan kat sek ckit, ngadu kat abg, nangis..konflik pandangan ckit, ngadu kat abg, nangis..nak beli barang pun kadang2 kena abg brainwash supaya pandai say no kat salesman tu..skrg ni syg dh pandai nak syarah kat salesman pun..sayang pun dah leh drive jauh2..tak penakut cam dulu lagi…tak cengengeng cam dulu lagi..Cuma bila rindu giler2 cam skrg, baru syg nangis..sori abg…syg termenangis lagi..



Ya Allah, ya tuhanku..aku redha atas segala yang berlaku, Cuma kerinduan ini memaksa airmata ini mengalir lagi..ampuni aku ya Allah..ampuni dosa arwah suamiku, tempatkan dia dikalangan org2 yang soleh..jadikan kuburnya taman dari taman2 syurga, amin ya Rabbal Alamin..





Rindu,

Ummu fathi,

FJU @ 10.38pm

Thursday, November 4, 2010

fitnah yang dahsyat...

Bismillahirrahmanirrahim..




Skill menulis makin lemah…



Semangat menulis juga makin kendur…



Kenapa? Banyak perkara aku simpankan sendiri..banyak sangat..rasa cam nak luah kat sini..di kanvas sepi ini..siapakah yang sudi mendengar bicara sepi ini..



Baiklah, sebenarnya aku patut menceritakan disini..biar kepala kian pening berpusing terasa lega..bahuku yang memberat memikul tekanan ini terasa ringan..



Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak menjengah alam maya, akhirnya kembali..hanya menyepikan diri seketika, biarlah, lagipun kehadiran aku disini pun tidak dinanti, ketiadaan aku pun tidak dicari..



Berbicara tentang tekanan. Tekanan adalah ujian..bagaimana jiwa dan diri ini menghadapinya. Tepuk dada tanyalah iman.



Tekanan berpunca dari pelbagai sebab. Dan tekanan aku berpunca dari dua sebab. Tekanan kerja yang semakin memberat di hujung-hujung sessi persekolah ini. Ini tekanan yang boleh aku hadapi. Tekanan yang pada aku satu cabaran. Ini adalah kejaya yang paling aku suka dan minati. So, habis cerita..hadapi segalanya dengan tenang.



Tekanan kedua ini berbeza. Tekanan berpunca dari fitnah manusia. Lama aku berdiam diri dari alam maya menghibernate diri, mengawal sehingga segalanya reda. Andai aku terus luahkan di kanvas sepi ini, mungkin ada perkataan yang kurang enak aku keluarkan.



Seorang sahabat berkata, biarlah dibunuh saja dirinya, asal jangan difitnah..diambil dari ayat surah Al-Baqarah. Ya benar, fitnah lebih buruk dari membunuh. Aku sendiri tidak ketahui sejak bila fitnah itu menular. Ianya hanya kuketahui apabila ada seseorang yang tidak kukenali memohon maaf padaku. Katanya dia berdosa kepadaku keraa percaya pada kata2 seseorang yang selalu memburukkanku. Malah sewaktu kursus peningkatan profesionalisme guru pendidikan Islam baru2 ini, aku dipandangnya serong. Aku tidak kenal orang itu, tetapi aku kenal orang yang selalu membawa cerita tidak elok dan tidak benar tentangku. Aku sendiri tidak pasti apakah salah aku, sedang cerita yang dibawa semua fitnah belaka. Aku juga tidak tahu apa motif dia menjaja keburukan aku, sedang aku tidak begitu rapat dengannya.



Aku sedar segala perbuatan, bual bicara dan cara kerjaku diperhatikan oleh sesorang. Namun tidak kusangka fitnah ini yang berleluasa. Bukan aku tidak bekerja, aku tau apa hukumnya andai aku tidak melaksanakan amanah ini, tapi aku sekadar menukar method penyampaian saja. Tujuannya supaya objektif pembelajaran lebih menarik. Adakah itu salah?



Apa yang harus kulakukan setelah mendengar tentang fitnah yang tersebar…mula terasa ingin kubunuh saja org itu..tapi itu hanya syaitan yang berbisik..tenang, walau muka merah menyala..tarik nafas..walau terasa dada tidak terisi oksigen bahkan api yang menyala..



Aku hanya diam dan berfikir, lantas kuceritakan segalanya kepaa guru penolong kanan 1 dan HEM yang rapat dan mengenaliku. Mereka juga terkejut dan beristighfar. Mereka mengenaliku dan tahu menilai cara kerjaku. Atas nasihat mereka, aku berjumpa dengan Guru Besar dan menceritakan segalanya. Aku tidak menyebut nama orang yang terlibat, tetapi beliau pandai meneka siapakah orgnya. Guru Besar seorang wanita dan memahami kesedihan yang aku luahkan kerana fitnah ini juga melibatkan maruahku dan statusku.



Akhirnya, atas permintaan GPK 1, aku memberi tazkirah pada hari Jumaat yang lalu dengan lantangnya. Aku bukan berniat mngenakan sesiapa. Tetapi peringatan tentang bahaya fitnah, mengumpat, mencari2 aib dan kesalahan orang serta mengadu domba. Semoga tazkirah yang ramai menyatakan agak pedas bagi yang makan cili, meresap kedalam hati, dan semoga Allah memberi hidayah kepada orang itu. Dan kanvas sepi ini menjadi saksi bahawa aku telah memaafkannya, walaupun aku tahu aku berupaya untuk claim atas apa yang disebarkan di Mahkamah Allah Yang Maha Agung kelak.