Thursday, November 11, 2010

seronoknya jadi cam diorang (2)

Salam ukhuwwah..




Entry ini sambungan dari entry sebelum ini. Sesungguhnya aku benar2 ingin menta’kidkan bahawa kanak-kanak Malaysia sememangnya bertuah. Seronok, bahagia, aman damai..semuanya menggembirakan. Apa yang seorang kanak-kanak inginkan melainkan keseronokan. Seronok di alam kanak-kanak.



Kenapa aku menyambung entry ini, sebabnya, malam tadi, aku menonton bulletin utama TV3 dan terdapat satu laporan dari wartawan tv3 yang terlibat dengan konvoi VIVA PALESTINA yang melaporkan dari Gaza. Bersama wartawan itu terdapat seorang kanak-kanak perempuan bernama Fatima Azzahra yang fasih berbicara menyuarakan suara hati agar dapat didengari di Malaysia khususnya dan dunia amnya. Kanak-kanak itu dengan fasih menceritakan tentang saudara-maranya yang yang dibunuh dan dipenjara oleh tentera zionis. Mengingati kisah berdarah tepat bersama tarikhnya. Dan kanak-kanak comel itu sempat menyuarakan cita-citanya ingin menjadi guru dan harapan semoga Allah merahmati semua muslimin dan muslimat.



Melihatkan kepetahan dan kematangan pemikiran kanak-kanak ini,tidak dapat tidak aku membanding bezakan dengan anak-anak muridku. Mampukah anak muridku sebaya kanak-kanak comel itu berbicara sepetah dan sematang itu, sungguh!ujian dan pengalaman mendewasakan.



Seronok menjadi kanak-kanak Malaysia. Buka mata segalanya sudah tersedia. Tidak dinafikan ada yang kurang bernasib baik, andai dibandingkan dengan nasib kanak-kanak di negara2 yang dilanda ujian, sememangnya nasib kanak-kanak kita berkali ganda lebih baik.



Di negara yang aman damai ini, kemudahan akses pendidikan sangat mudah. Malah ibu bapa yang tidak menghantar anak-anak yang sudah berumur 7 tahun ke sekolah akan dipersalahkan. Fasiliti pembelajaran juga sudah jauh berubah, semakin maju berbanding dua tiga puluh tahun dahulu. Cuma, kawasan pendalaman saja yang masih dihalang arus pembangunan. Agak sukar mengadakan fasiliti standing tempat lain, namun syukurlah basic fasiliti sekurang-kurangnya tersedia.



Berkaitan dasar kurikulum sekolah rendah. Mahu tidak mahu, terpaksa kita mengiyakan bahawa sedikit sebanyak kurikulum sekolah kita terpengaruh dengan politik. Bila bertukarnya menteri pelajaran, maka bertambah atau berkuranglah satu silibus. Mungkin berkurang di satu aspek, tetapi mesti ada pertambahan satu aspek yang lain. Banyak guru-guru merungut tentang bermacam-macam perkara berkaitan pendidikan yang terus muncul satu demi satu menmbahkan beban tugas yang kadangkala tiada kaitan langsung dengan P&P.. (ooopppss..terlari tajuk…)



Apapun, sebenarnya seronok menjadi kanak-kanak Malaysia. Dewasa ini Pendidikan Islam begitu ditekan berbanding zaman saya masih kanak-kanak. Dulu, kami mula bersembahyang dan belajar untuk memenuhkan 5 waktu sehari semalam hanya apabila kami menginjak umur 12 thn. Kini, seawal 7 tahun, murid tahun satu diasak tentang kepentingan solat. Umur 10 thn (tahun 4) sesiapa yang masih ada ‘bulat’ dalam buku rekod solat akan dirotan. Aplikasi kepentingan solat yang berjalan di sekolah aku.



Belum lagi ditambah dengan kelas-kelas agama. Di sessi pembelajaran pagi, kanak-kanak akan berdepan dengan tiga orang guru Pendidikan Islam (sekurang-kurangnya). Mereka akan dibahagikan kepada tiga kumpulan utk pembelajaran Al-Quran. Sebenarnya system ini (j-QAF) ini tidak terdapat pada mana-mana subjek lain di Malaysia dan mungkin didunia.



Dan di Felda ini, (mungkin bukan di Felda ini saja) petangnya murid-murid akan ke sekolah agama rakyat untuk belajar KAFA. Sessi ini akan berlangsung hingga jam 5 petang. Disini mereka akan diajar matapelajaran agama seperti aqidah, tauhid, fekah, sirah dan sebagainya.



Setelah pelbagai usaha dijalankan oleh pihak KPM dengan usahasama Jabatan Agama Islam dan pihak2 berkaitan, pendidikan Islam sebenarnya amat ditekan. Persoalannya, kenapa masih banyak lagi gejala-gejala social yang berlaku. Kes-kes pembuangan bayi dan orang tua masih meningkat. Sebenarnya dimanakah silapnya? Mungkin masih ada rompong lagi di dalam system pendidikan Negara kita.



Mungkin dari sudut aplikasi ilmu itu tiada. Ya, ilmu tanpa amal seperti pokok tnpa buahnya. Tiada guna. Apa yang dipelajari hanyalah teori yang mungkin akan masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Apa yang diajar disekolah dan di sarankan untuk diamalkan dirumah berbeza dengan apa yang telah diamalkan oleh ibu bapa mereka. Mungkin dirumah kuasa pendidik paling besar ialah televisyen yang tidak dipantau. Internet yang bebas. Aliran budaya muzik yang menyeronokkan. Dan mungkin itu yang menyebabkan kanak-kanak Malaysia bertambah-tambah seronoknya.



Mereka seronok kerana tidak pernah mendengar bunyi bom meletup. Hanya kedengaran bunyi mercun, yang mana bagi mereka amat seronok bermain mercun hingga ada kawan-kawan mereka tercedera akibat mercun. Mereka seronok kerana ibu bapa mereka orang senang, tiap-tiap hari dapat makan best dan berbelanja RM1-3 sehari. Mereka tidak pernah merasa lapar kerana kekurangan makanan. Mereka seronok kerana mereka ke sekolah dihantar dengan motor atau kereta atau kadangkala mereka sendiri menunggang motosikal. Malah, jarang sekali melihat mereka ke sekolah berjalan kaki. Mereka seronok kerana mereka sudah mengenali computer, tau apa itu internet, sudah ada akaun facebook walaupun usia baru menginjak 8,9 tahun.



Sesungguhnya sememangnya seronok jadi macam mereka.

p/s: ari ni kuar result UPSR, tahniah kepada 3 org murid thn 6 SKJU yang dapat 5A, UPSR bukan ukuran kejayaan, masih panjang lagi langkahmu wahai anak-anak didikku..insyaAllah..

ummu fathi,
skju @ 2.29pm
10/11/10

No comments:

Post a Comment