Monday, May 30, 2011

holiday..

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..

hari ketiga cuti persekolahan..alhamdulillah..Allah masih panjang usia kita, masih berkesempatan meneruskan kehidupan yang penuh dengan onak,duri,derita bahagia,senyum,ketawa malah kadangkala dengan tangisan. hidup,sememangnya itulah adatnya. tanpa derita tiada bahagia, tanpa airmata tidak berharga sebuah senyuman.

cuti ini, ada beberapa plan untuk dilaksanakan. insyaAllah, esok akan menggantikan mak apak menghantar adik (Nor) yang akan mendaftar diri sebagai Pensyarah di UITM Jengka. Alhamdulillah, rezeki dia..walaupun terlewat dari sahabat2 yang lain, namun rezekinya telah diatur Allah. dalam usia yang masih muda, (23thn) dapat tawaran secara kontrak, namun berpeluang untuk diserap ke jawatan tetap andai dia menyambung pengajian ke peringkat sarjana. Alhamdulillah,sedang dalam proses untuk melanjutkan pelajaran juga. semoga Allah permudahkan urusannya dan menambahkan ilmu didada supaya nanti dapat dikembangkan ke dalam diri anak-anak didiknya.

Rabu, ajakan dari adik2 Kg Relai (sebelah arwah suami) untuk bersama-sama bercuti ke Kuantan. sudah lama merancang, semoga Allah permudahkan. muhammad Fathi pun sudah lama tidak bertemu muka dengan pakcik2 dan makcik2 dia sebelah sana. agak tidak adil andai saya tidak menyertai mereka. insyaAllah. saya akan ke kuantan jika Allah mengizinkan.

Sabtu, perancangannya akan ke Bt 14 Hulu Langat Selangor, bukan ke tempat tanah runtuh yang mengorbankan anak-anak yatim tersebut (Al-Fatihah) tapi ke rumah Kak Long, dekat la jugak dengan tempat tu. sahabat baik Kak Long, juga sahabat kami (saya dan arwah suami) akan mengahwinkan anak bongsunya Ahad ini. teringat budinya ketika majlis pernikahan saya dulu, mereka suami isterilah yang bertungkus lumus menjayakannya. budi mereka hanya Allah yang mampu membalasnya.  ke rumah itu (bt 14 Hulu Langat) menyimpan memori yang bukan sedikit buat saya dan arwah suami. teringat saat2 arwah masih belajar di IPIS Bangi. arwah berulang dari rumah itu. dan saya menunggu setia kepulangan dia. segalanya kenangan yang terindah buat saya. selepas pemergiannya arwah, hampir dua tahun saya tidak menjejak kaki ke sana. saya masih belum kuat untuk ke tempat yang penuh memori itu. tapi kini, InsyaAllah..saya akan kuat. saya akan mengimbau segala memori itu. kerana saya hanya punya memori manis itu sj kini. semoga Allah izinkan.

Sebenarnyaa gak berat hati untuk meninggalkan rumah ini, bukan apa mak dan ayah saya kini berada di Indonesia. Rumah ini masih dalam pembinaan. masih belum siap sepenuhnya. mungkin dalam 15% lagi yang belum siap. jika saya bermusafir, maknanya rumah ini ditinggalkan kepada pekerja-pekerja Thailand itu saja.emmm..saya dah beritahu mak yang saya akan ke hulu langat, tapi tidak untuk ke Kuantan. harap2 dapat menghubungi mak sebelum saya ke Kuantan.

Dua tiga hari ini, minda asyik terkenang yang telah tiada. Allahu Rabbi..sukarnya mendidik hati. sudah dipujuk hati agar jangan terlalu mengenang pada yang telah tiada, namun sukarnya di rasa. hanya padaMu ya Allah, aku berserah. tambahan pula apabila melihat dan mendengar berita tentang pemergian 16 orang anak yatim minggu lalu. Allah..betapa hidup ini hanya pinjaman semata-mata. bila tiba saat untuk dipanggil pulang. sekelip mata boleh berlaku. apakah nasib pengakiran kita, disaat beribadah atau berbuat maksiat (nauzubillah min zalik) ringankah sakaratul maut kita? diazabkah kita dialam barzakh? Allahu Rabbi..hanya padaMu kami sembah dan hanya padaMu kami mohon pertolongan...ampuni kami ya Allah..redhailah kami..

 

Friday, May 27, 2011

minggu ini dalam sejarah..

assalamualaikum...

sudah hampir dua minggu saya meninggalkan laman ini. bersawang?emm..biarkan saja..moga ada sang musafir lalu..menyerikan sedikit kekusaman dan kesuraman laman ini. kusam dan suram sebenarnya dua perkataan itulah yang menggambarkan emosi saya 3 hari terawal minggu ini. isnin, hati saya tidak tenang, selasa yang serabut..rabu betul2 swing mood..maka saya hibernatekan diri saya pada hari rabu itu di bilik j-QAF..rentetan dari emosi yang tidak seimbang, saya agak lewat ke sekolah..makanya, kemuncaknya pada hari rabu itu, guru besar mencari saya (yg tgh menyorok dalam bilik j-qaf). tak jumpa. dia tanya pada 2 org sahabat saya. "kenapa aisyah datang lambat?diakan dekat je, lainlah kalau jauh"...huhuhu..ayat guru besar yang sangat......

saya tau memang salah saya. definitely, it's my fault. apa nak buat..guru besar pun perasan perubahan saya. tetapi pertanyaannya itu telah menimbulkan salah faham dikalangan sahabat2 saya. mereka menganggap guru2 yang tinggal agak jauh 'dibenarkan' untuk datang lewat. mereka semua membebel..padahal yang kena tegur ialah saya. saya terpaksa memujuk mereka, menyatakan bahawa maksud guru besar itu lain. dia berharap semua dapat datang awal, yang dekat dan yang jauh..lebih-lebih lagi yang dekat. saya tau mereka sangat prihatin dengan saya. terima kasih sahabat2ku semua...sayang korang semua..

sebenarnya sebelum hari rabu itu (hari ditegur oleh guru besar) saya juga telah ditegur oleh seseorang, kenapa saya macam murung aje, ada masalah ke?emm..muka saya ni memang tak boleh simpan rahsia laa..

moral of the story,1.jaga emosi, 2.jaga diri,3. jaga airmuka (double meaning tu..) 4.jaga hubungan dengan guru besar (aci tak?...hehe..) 5. yang paling penting, jaga hubungan dengan Allah..supaya hati sentiasa tenang..

-al-faqiruilallah-
2052011

Thursday, May 19, 2011

sambutan hari guru..

assalamualaikum..

pertama nak citer..

esok, insyaallah..sekolah akan mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah..dalam sejarah sekolah..tahun ni tahun yang paling lambat buat sambutan...nak wat camne..dah kata putus mesyuarat camtu..kita org bawahan ni ikut je la..kan..kan..

tugasan esok..saya jadi pengerusi majlis a.k.a MC..emm..alamat tetap dan berpencen la saya kena jadi MC..dlm satu keadaan..ok..sebab just running the program smoothly.. tak perlu buat apa2 b4 and after the program..tapi kena la wat preparetion skit2..tu je..dulu, sebelum tahun ni..pernah jugak terfikir..tak pernah dapat jadi pengerusi majlis..memang orang tak pernah offer dan percayakan saya untuk jadi pengerusi majlis..tapi sekarang..alhamdulillah..dah merasa..dh ada experience tersasul panggil pangkat dan gelaran orang..dan akhirnya..selalu plak kena jadi..whatever la..asalkan jalankan tugas dengan baik..tu je..harap2 esok..program dapat berjalan dgn lancar...

keduanya..

saya tak sangka plak ada orang yang begitu prihatin tentang keadaan diri saya..muka saya nampak sedih ke..happy ke..tak sihat ke...tak sangka ada orang memerhati..emm..lepas ni kena wat elok2 la..tak leh keluar dah yang spontan2 tu..unpredixtable tu..tapi kan...kita selalu tak perasan yang kita ni 24/7 selama-lamanya diperhatikan olehNYA..tak sedar kan..tak sedar yang ada malaikat dok catit apa kita buat..apa kita bual..sorang2 ke..ramai2 ke..nak ke tak nak memang kena wat akhlak terbaik..takyah berangan nak hipokrit..kat orang tu leh lagi la nak cover line..tapi kat yg dok catit tu..tak leh nak cover2 dah..soooo...fikir-fikirkanlah...


p/s: apa kalut sgt dgn org nk perati tu..biaq pi dia la kan..x luak pn saya..tp rimas la jgk..emmm.... :P

Sunday, May 8, 2011

selamat hari ibu..

assalamualaikum..

Alhamdulillah, akhirnya sampai juga kita ke tarikh 8 Mei 2011. apa yg best pada tarikh ni..hari ini hari ibu sedunia..yeke sedunia?ye la kot..sebenarnya saya tak exiceted saya dgn tarikh ni..sebab pada pandangan saya..tiap2 hari kita perlu meraikan ibu kita..mengasihi, menyayangi dan berbakti..dan bersyukur kerana kita masih punya ibu..ramai di kalangan kita yang sudah kehilangan ibu. antaranya, adik-adik saya di kg relai (adik arwah suami). mereka telah kehilangan ibu dan ayah dan juga abang sulung mereka. adik yang bongsu berumur 11 tahun sewaktu mak, ayah dan abang meninggal..

Disebabkan hari ni secara rasminya hari ibu, maka saya dengan ini, ingin mengucapkan selamat hari ibu buat mak yang tersayang, wan yang tersayang, mak-mak sedara, kakak2 yang dah jadi ibu, adik2 beradik ipar..sahabat-sahabat yang bergelar ibu..dan teristimewa untuk diri sendiri..jgn lupa wish utk diri sendiri..sebab saya juga ibu..semoga pengorbanan para ibu2 ini dibalas Allah taala dengan ganjaran yang besar di akhirat sana. May Allah bless u all.

mereka2 ini sangat saya sayangi kerana Allah. gambar ketika pernikahan adikku jamlee, dari kiri, arwah suami tersayang,apak,saya,inah,adik,mak yang pakai niqab,nor di belakang mak dan abg yie..(bln 11 2007)

ni arwah mak dan arwah ayah yang tersayang. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka ( & arwah abg) dan tempatkan mereka di kalangan org2 yg soleh

p/s ; hidup ini terlalu singkat untuk bersedih, hidup ini terlalu singkat untuk bergaduh, berperang dan bersengketa..marilah sama-sama berkasih sayang keranaNYA.

Saturday, May 7, 2011

kasih sayang membuat manusia hidup

Assalamualaikum..

Saya pernah terfikir, kalau saya tidak menjadi guru. saya jadi apa yer..guru. satu perkataan yang amat dekat dengan hatiku dan hidupku. saya juga pernah terfikir untuk bertukar kerja apabila sesak dan serabut melanda. sesak dan serabut akibat lalai. apabila fikir dan ingat kembali padaNya, insyaAllah akan tenang. jadi, bila difikirkan, i born to be a teacher barangkali. tak dapat ku bayangkan andai saya bekerja bukan sebagai seorang guru.

Kali ini, saya nak cerita pasal empat orang anak murid saya. bila sebut anak murid saya, maknanya anda kena faham bahawa saya mengajar kelas pemulihan jawi. faham-fahamlah yer, bak kata upin dan ipin. murid pertama yang saya nak cerita, seorang murid tahun dua yang baru kematian ayahnya minggu lepas. ayahnya meninggal disebabkan penyakit AIDS. bukan niat membuka aib dia, tapi sekadar satu ingatan dan pengajaran. anak ini berusia 8 tahun saat ayahnya meninggal dunia. tinggallah dia bersama datuknya,neneknya, ibunya (menantu kepada pakcik, makcik tu..) kakaknya dan adiknya yang berusia 6 bulan, kalau tak silap. ibunya tidak bekerja a.k.a suri rumah sepenuh masa. beberapa hari anak muridku itu tidak hadir, dan apabila dia hadir, matanya sedikit bengkak. apabila selesai kelas yang berlangsung selama setengah jam itu, murid-murid lain kembali ke kelas, dan aku menahan dia dari balik. "ustazah nak borak dengan kamu dulu.."kata saya. saya pun bertanya kenapa dia tidak hadir. katanya "ayah saya meninggal ustazah.." serentak dengan itu, matanya berkaca. "oh anak.."hatiku berbisik sayu. hatiku juga menangis melihat matamu yang sayu itu. tidak sanggup saya bertanya apa sebab kematiannya, apa yang mampu saya ucapkan. "sekarang ayah awak dah tiada, awak kena belajar sungguh-sungguh tau..mak awak akan bangga kalau awak berjaya, ayah awak kat dalam kubur pun suka.."kataku. dia hanya menangguk kepala. selepas itu, baru ku tahu sebab ayahnya meninggal. sungguh tragis. begitulah anak-anak muda di FELDA ini. berapa ramai anal-anak yatim di sekolahku yang ayahnya meninggal akibat penyakit bahaya itu. akibat dadah semestinya.

kisah kedua mengenai dua orang anak muridku yang sangat nakal. seorang di tahun satu, dan seorang di tahun dua. semua rakannya mengadu kepadaku tentang kenakalannya. bukan saja murid, guru-guru juga tidak tahan dengan sikapnya. barang rakan-rakannya banyak diambilnya. pernah dipanggil bertemu guru disiplin walaupun usianya baru tujuh tahun. baru-baru ini, tahap kesabaran saya sudah sampai ke kemuncaknya apabila seorang rakan perempuannya bengkak tangan dan berbirat akibat dihiris olehnya menggunakan pensel yg tajam.Lalu saya menggugut untuk memotong tangannya andai dia masih degil dan nakal.sekali lagi dia berdegil. lalu saya ambil pisau dan sediakan kain diatas meja. bersedia untuk memotong tangannya. Apalagi, menangis dan meraung dia ketakutan.setelah dia meronta-ronta, saya nasihatkan dia dan menceritakan kepada dia tentang tujuan Allah jadikan tangan. apa akan jadi kalau tangan itu disalahgunakan. lalu saya buat tawaran padanya bahawa, saya akan memberi hadiah padanya andai dia berkelakuan baik dan saya tidak teragak-agak untuk momotong tangannya kalau dia masih tidak gunakan tangan itu mengikut apa yg Allah suruh gunakan. emm..agak ganas saya kan..

Keesokan harinya, dia berubah,tidak begitu nakal dan pandai duduk diam untuk membaca dan menyiapkan kerja sekolahnya. lalu, saya tunaikan janji memberikan hadiah dan memujinya. saya mengusap-usap kepalanya. nampaknya dia sangat gembira. begitu juga yang terjadi pada murid tahun dua yang sangat nakal itu. saya gunakan cara yang sama. apabila dia tidak membalas cubitan kawannya. saya memberinya hadiah. saya usap kepalanya dan memujinya. air muka gembira jelas terpancar di wajahnya. seminggu itu mereka berdua bersemangat belajar bersama saya. malah mereka berdua akan duduk di sebelah saya.dan setiap kali habis kelas, saya akan mngusap kepalanya dan memuji serta menasihatinya supaya tidak kembali menjadi nakal seperti dulu.

Setelah diselidiki, punca mereka berubah menjadi nakal akibat tiada kasih sayang dan perhatian dari keluarganya. ibu bapa yang bercerai dan meninggalkan mereka bersama datuk dan nenek mereka. manakala datuk dan nenek mereka sibuk dan tidak menghiraukan mereka. malah apabila ditanya pada murid tahun satu tu, dia tak tau di mana ayahnya berada. kesian sangat kan..

Kisah yang sama juga berlaku pada seorang lagi murid tahun dua juga. tahun dua ada dua kelas sahaja, bagi kelas yang hujung itu, guru kelasnya sendiri hampir demam setiap kali keluar dari kelas itu. kenapa?sebab ramai di dalam kelas itu yang nakal. Bukan seorang malah dua,tiga orang guru perempuan main kejar-kejar dalam kelas. Murid yang sorang tu dah jadi geng saya. sangat rapat malah pandai pulak dia merajuk bila saya beri perhatian pada kawannya tadi.

Moral of the story, sebagai manusia, kasih sayang itu sangat penting. manusia akan 'hidup'bila berkasih sayang. apatah lagi bagi kanak-kanak yang sedang membesar. mereka sangat memerlukan perhatian. Berdepan dengan pelbagai ragam kehidupan,membuatkan saya insaf.betapa syukurnya saya dengan apa yang Allah kurniakan..

Didik anak cara Sunnah (3)

Assalamualaikum..

Sambungan seterusnya bagi episod ini. Mafhun dari hadis Nabi bahawa anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan anaknya samada menjadi Islam, kristian atau Yahudi. Betapa penting dan besarnya peranan mendidik yang terletak di bahu ibu dan bapa. Besar tanggungjawabnya. sudah tanggung maka, bersedialah dengan jawapannya di sana nanti.

Saya terlupa nak masukkan tips tentang penyusuan susu ibu. Sebenarnya saya sedih nak cerita pasal breastfeeding ni sebab, saya tak mampu nak berikan bf pada anak saya secukupnya selama dua tahun. seperti yang disarankan dalam Al-Quran. Allah yang mencipta kita, kita mahklukNYA, Dia tahu yang terbaik buat kita. Sedang barat, baru kini mengkaji dan mempromosikan tentang khasiat susu ibu. memang ketinggalan!. Kenapa saya sedih?saya tambah-tambah sedih bila teringatkan hasrat arwah suami yang pernah disuarakannya, untuk saya menyusukan anak kami secara ekslusif. ketika itu, kandungan saya mencecah 8 bulan,dia telah berusaha bertanya kawan-kawannya tentang pam susu ibu yang manakah yang sesuai dan tidak menyakitkan. emm..memang sedih bila ingat semua tu..saya hanya mampu menyusukan Muhammad Fathi sehingga umurnya lapan bulan sahaja. sedangkan saya mendengar arwah bercerita yang dialah anak arwah mak yang paling lama menyusu dengan mak. cukup dua tahun. sebab tu dia rapat dengan mak. selalu dengar cakap mak dan akhirnya, arwah mak meninggal di atas pangkuannya. pergi bersama-sama dengannya.  T_T

Seorang sister Pakistan memberi tips kepada saya. katanya, jangan pakaikan anak dengan baju yang bergambar, nanti malaikat tidak menghampirinya. tips ini tidak mampu saya ikuti 100% kerana realiti masakini, jarang pakaian kanak-kanak tidak mempunyai gambar. kalau yang dibeli di kedai majoritinya bergambar. lainlah kalau saya mampu menjahit sendiri pakaian untuk anak ini. Apa yang saya mampu lakukan, beli baju yang gambarnya minima saja. Atau baju yang gambarnya agak sopan. 

Emak saya pula memesan, kalau hendak tidurkan anak dalam buaian. alunkan zikir-zikir, tasbih,tahlil dan takbir supaya anak yang membesar bersama alunan zikrullah ini, tenang hatinya, lembut jiwanya, senang mendengar kata. Alhamdulillah, bukan memuji jauh sekali berbangga atau riak, tetapi testimoninya amat positif sekali. Muhammad Fathi seorang anak yang lembut jiwanya, mendengar kata, jarang sekali dia menangis, tidak pernah mengamuk hendakkan sesuatu. sekali cakap dia dah faham. Alhamdulillah..semoga Allah jadikan sifat mahmudah itu sebahagian dari dirinya.

Saya dapat melihat dan beringat tentang didikan ibu bapa saya terhadap saya adik beradik. Apa yang perlu saya lakukan apabila umurnya muhammad Fathi 4 tahun ke atas, insyaAllah, andai Allah masih memanjangkan usia saya, saya perlu 'mengirim' Muhammad Fathi ke masjid. Ayah saya sudah berjanji, seandainya ada lagi umurnya, dia akan membawa Muhammad Fathi ke masjid. Dekatkan diri dan hatinya dengan masjid. Kenalkan anak-anak dengan masjid sebelum mengenali tempat lain. Budaya masyarakat kita, masjid bukanlah tempat mesra kanak-kanak. saya akui hakikat itu. adik-beradik lelaki saya telah menjadikan sejarah zaman kanak-kanaknya di masjid sesuatu yang menjadi trauma dalam hidup mereka. Masakan tidak, sehingga sekarang, jarang sekali 2 orang adik lelaki saya makan jamuan di masjid, kerana kisah mereka di zaman kanak-kanak. Ayah saya sememangnya membawa anak-anaknya ke masjid setiap waktu sehingga mereka berumur 12 tahun. Amalan ini menjadi kebiasaan mereka apabila pulang ke kampung sehingga kini umur mereka mengjangkau 28, 26 dan 25 tahun.

Dekatkan anak-anak dengan majlis ilmu. Saya pernah melihat satu rancangan di TV3 kalau tak silap saya, tentang ibu-ibu yang membawa anak-anak ke pusat karaoke. Pada hemat saya yang dhaif ini, tempat itu bukanlah satu tempat yang sesuai untuk kanak-kanak. Kanak-kanak yang dibawa berumur 5 tahun ke bawah. apalah yang akan dipelajari oleh kanak-kanak itu di pusat karaoke itu? jawapannya, fikir-fikirkanlah sendiri. Saya pernah mendengar satu pendapat atau kajian yang menyatakan kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun adalah berada di tahap sangat tinggi untuk belajar dan mudah diajar. Ada ura-ura yang menyatakan kerajaan akan mewajibkan kanak-kanak berumur 5 tahun memasuki tahun satu pada 2014. wallahua'lam..mungkin masih dalam perancangan dan kajian.

Saya sangat suka pada ibu yang mempunyai masa untuk melakukan aktiviti yang dapat meransang otak kanak-kanak. sangat kagum!.selalu juga saya melayari web ini untuk belajar tentang parenting. apa yang dipelajari di sana, saya praktikkan di rumah. Apa yang baik dan bermanafaat saya amalkan serta berkongsi bersama-sama pembaca yang lain. Kadangkala facebook juga medan yang baik untuk berbincang tentang pendidikan awal kanak-kanak. Gunakan medium yang ada untuk manafaat bersama.

Rasa saya, cerita saya ni agak lari dah dengan tajuk ini. takpelah kot..harapan saya semoga ianya bermanafaat untuk semua. ada masa insyaAllah kita cerita lagi tentang topik ini yer. sebenarnya saya amat berminat dengan topik2 berkaitan pendidikan awal kanak-kanak ini. sebab tu la saya ni peminat tegar majalah Pa&Ma..eh..eh..panjang pulak dh..rasa tadi cam nak berhenti dah..oklah..buat kamu, kamu ,kamu yang sudi baca blog ini..dan bakal bergelar ibu, semoga ianya bermanafaat..syukran..

semoga Muhammad fathi menjulang nama Islam di mata dunia.