Saturday, May 7, 2011

Didik anak cara Sunnah (3)

Assalamualaikum..

Sambungan seterusnya bagi episod ini. Mafhun dari hadis Nabi bahawa anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan anaknya samada menjadi Islam, kristian atau Yahudi. Betapa penting dan besarnya peranan mendidik yang terletak di bahu ibu dan bapa. Besar tanggungjawabnya. sudah tanggung maka, bersedialah dengan jawapannya di sana nanti.

Saya terlupa nak masukkan tips tentang penyusuan susu ibu. Sebenarnya saya sedih nak cerita pasal breastfeeding ni sebab, saya tak mampu nak berikan bf pada anak saya secukupnya selama dua tahun. seperti yang disarankan dalam Al-Quran. Allah yang mencipta kita, kita mahklukNYA, Dia tahu yang terbaik buat kita. Sedang barat, baru kini mengkaji dan mempromosikan tentang khasiat susu ibu. memang ketinggalan!. Kenapa saya sedih?saya tambah-tambah sedih bila teringatkan hasrat arwah suami yang pernah disuarakannya, untuk saya menyusukan anak kami secara ekslusif. ketika itu, kandungan saya mencecah 8 bulan,dia telah berusaha bertanya kawan-kawannya tentang pam susu ibu yang manakah yang sesuai dan tidak menyakitkan. emm..memang sedih bila ingat semua tu..saya hanya mampu menyusukan Muhammad Fathi sehingga umurnya lapan bulan sahaja. sedangkan saya mendengar arwah bercerita yang dialah anak arwah mak yang paling lama menyusu dengan mak. cukup dua tahun. sebab tu dia rapat dengan mak. selalu dengar cakap mak dan akhirnya, arwah mak meninggal di atas pangkuannya. pergi bersama-sama dengannya.  T_T

Seorang sister Pakistan memberi tips kepada saya. katanya, jangan pakaikan anak dengan baju yang bergambar, nanti malaikat tidak menghampirinya. tips ini tidak mampu saya ikuti 100% kerana realiti masakini, jarang pakaian kanak-kanak tidak mempunyai gambar. kalau yang dibeli di kedai majoritinya bergambar. lainlah kalau saya mampu menjahit sendiri pakaian untuk anak ini. Apa yang saya mampu lakukan, beli baju yang gambarnya minima saja. Atau baju yang gambarnya agak sopan. 

Emak saya pula memesan, kalau hendak tidurkan anak dalam buaian. alunkan zikir-zikir, tasbih,tahlil dan takbir supaya anak yang membesar bersama alunan zikrullah ini, tenang hatinya, lembut jiwanya, senang mendengar kata. Alhamdulillah, bukan memuji jauh sekali berbangga atau riak, tetapi testimoninya amat positif sekali. Muhammad Fathi seorang anak yang lembut jiwanya, mendengar kata, jarang sekali dia menangis, tidak pernah mengamuk hendakkan sesuatu. sekali cakap dia dah faham. Alhamdulillah..semoga Allah jadikan sifat mahmudah itu sebahagian dari dirinya.

Saya dapat melihat dan beringat tentang didikan ibu bapa saya terhadap saya adik beradik. Apa yang perlu saya lakukan apabila umurnya muhammad Fathi 4 tahun ke atas, insyaAllah, andai Allah masih memanjangkan usia saya, saya perlu 'mengirim' Muhammad Fathi ke masjid. Ayah saya sudah berjanji, seandainya ada lagi umurnya, dia akan membawa Muhammad Fathi ke masjid. Dekatkan diri dan hatinya dengan masjid. Kenalkan anak-anak dengan masjid sebelum mengenali tempat lain. Budaya masyarakat kita, masjid bukanlah tempat mesra kanak-kanak. saya akui hakikat itu. adik-beradik lelaki saya telah menjadikan sejarah zaman kanak-kanaknya di masjid sesuatu yang menjadi trauma dalam hidup mereka. Masakan tidak, sehingga sekarang, jarang sekali 2 orang adik lelaki saya makan jamuan di masjid, kerana kisah mereka di zaman kanak-kanak. Ayah saya sememangnya membawa anak-anaknya ke masjid setiap waktu sehingga mereka berumur 12 tahun. Amalan ini menjadi kebiasaan mereka apabila pulang ke kampung sehingga kini umur mereka mengjangkau 28, 26 dan 25 tahun.

Dekatkan anak-anak dengan majlis ilmu. Saya pernah melihat satu rancangan di TV3 kalau tak silap saya, tentang ibu-ibu yang membawa anak-anak ke pusat karaoke. Pada hemat saya yang dhaif ini, tempat itu bukanlah satu tempat yang sesuai untuk kanak-kanak. Kanak-kanak yang dibawa berumur 5 tahun ke bawah. apalah yang akan dipelajari oleh kanak-kanak itu di pusat karaoke itu? jawapannya, fikir-fikirkanlah sendiri. Saya pernah mendengar satu pendapat atau kajian yang menyatakan kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun adalah berada di tahap sangat tinggi untuk belajar dan mudah diajar. Ada ura-ura yang menyatakan kerajaan akan mewajibkan kanak-kanak berumur 5 tahun memasuki tahun satu pada 2014. wallahua'lam..mungkin masih dalam perancangan dan kajian.

Saya sangat suka pada ibu yang mempunyai masa untuk melakukan aktiviti yang dapat meransang otak kanak-kanak. sangat kagum!.selalu juga saya melayari web ini untuk belajar tentang parenting. apa yang dipelajari di sana, saya praktikkan di rumah. Apa yang baik dan bermanafaat saya amalkan serta berkongsi bersama-sama pembaca yang lain. Kadangkala facebook juga medan yang baik untuk berbincang tentang pendidikan awal kanak-kanak. Gunakan medium yang ada untuk manafaat bersama.

Rasa saya, cerita saya ni agak lari dah dengan tajuk ini. takpelah kot..harapan saya semoga ianya bermanafaat untuk semua. ada masa insyaAllah kita cerita lagi tentang topik ini yer. sebenarnya saya amat berminat dengan topik2 berkaitan pendidikan awal kanak-kanak ini. sebab tu la saya ni peminat tegar majalah Pa&Ma..eh..eh..panjang pulak dh..rasa tadi cam nak berhenti dah..oklah..buat kamu, kamu ,kamu yang sudi baca blog ini..dan bakal bergelar ibu, semoga ianya bermanafaat..syukran..

semoga Muhammad fathi menjulang nama Islam di mata dunia.

No comments:

Post a Comment