Sunday, September 26, 2010

raye 2008..

Bismillahirahmanirrahim..

dah janji utk bangkit..chayokkkk!!! jadi mmg skrg aku tak sedih..tak tipu tau..cuma, bila godek2 lappey ni..ade plak terjumpa gambar2 raya 2008..rasa2 aku la, ni gambar terakhir aku bergambar dgn abg..waktu raya tu bln 9@ 10..eh, lupa laa...sape tau raya aidilfitri 2008 bln bape angkat tangan..takde la plak respon..takpe la..anggaplah bln 9 @10..dan, abg meninggalkan dunia ini pada bulan 4 2009..emm..lama gak la bezanya..

hensem kan arwah abg..waktu mula2 kawin dulu, aku terfikir apakah hikmahnya Allah temukan aku dengan jejaka hensem tuh..dah la hafiz Al-Quran, rupa ada..soleh plak tu..ngn org tua pun hormat..dgn bdk2 dia pandai amik hati..aku ni sape laa..dh la rupa takde, bkn hafizah plak tu..tp dia..pendek kata aku rasa la dia ni mr right sungguh..sekarang baru ku tahu...

baju raya ni, abg yg pilihkan..mula aku tetapkn tema warna peach, tapi tak jumpa baju melayu yg color peach yg cantik skit..so, abg pilihkan baju ni, mula tak berkenan, tapi bila tgk lama2..lawa la plak..pastu baru jumpa baju melayu abg tu..makteh kata, baju raya kami paling cantik colornya..hehe..entah ler..


malam raya tu bakar sate..sate! sate! meriah sgt...ingat lagi abg merajuk manja sbb dia tukang amik gambo je, sampaikan gambo dia takde...hehe..


ni keluarga besar di kerambit, adik beradik abg ada 12 org, sume ada termasuk menantu2 mak dan ayah seramai 3 org (termasuk aku, menantu perempuan yg pertama) yg takde dlm gambo ni abg teh dan abg paku yang masih di Shubro, Mesir.



arwah mak dan ayah..hingga sekarang aku terfikir, hanya mereka berdua sajalah mak dan ayah mertua aku..tapi aku tak tau apa yang akan berlaku di hari mendatang..ku serahkan segalanya padaNYA...

buat adik2 terutama da...jangan bersedih lagi..kuatkan semangat..teruskan perjuangan hidup kita, dan berdoalah, semoga kita semua dikumpulkan semula di JannahNya..Amin Ya Rabbal Alamin...



ummu fathi @ FJU,
11.43pm


Tuesday, September 21, 2010

raye 2010

sempena raya 2010, aku nak tepek la gambo family aku yang hepi..alhamdulillah 'ala kulli hal...banyak2 kena syukur ni..keluarga yang sangat2 aku sayang..yang menjadi tulang belakang aku, banyak menyokong aku semasa aku diuji..syukur Alhamdulillah, ya Rabb..sekurang2nya aku masih punya mereka..

tak cukup korum lg ni..

ni antara family aku, dari tepi kiri, ede (pak sedara),saroi,fauzan aka abg atan,jumli tgh dukung amira,isteri jumli,aisyah n baby dania,mak aku pakai tudung hitam tu, adik pakai tudung purple, apak n muhd my beloved son, sebelah apak nor, inah n sape tah yg pakai tudung hijau tu..akhir sekali tu makcu aku..depan bdk kecik tu sepupu aku, mardhiah n hajar dan yg paling spesel ddk bersanding tu, wan n aki aku yang tersayang...love u all...

ni dlm pembikinan almond london


 yg takde dlm gambar, kak long sekuarga, kak ngah sekuarga, kakde sekuarga, kak cah sekuarga, abg yi sekuarga, saroi tukang amik gambo..my big big family...


pose istimewa muhammad dan uminya..jgn tgk yg sebelah tu, org tgh sibuk nk makan, dia sibuk nk amik gambo..


ni ketupat feveret kami..yummi..yummi..

semoga Allah merahmati keluarga aku di dunia ini dan semoga kami terus dapat sama-sama berkumpul di JannahNya..



ummu fathi @ FJU,
11.45pm




gelaran itu..

Bismillahirahmanirrahim..
Alhamdulillah, segala puji buatMu ya Rabb..
Pagi ini berkesempatan membaca artikel tulisan Sarina Md Dom dalam majalah I keluaran September 2010. tentang wanita berstatus j.
Wanita dan gelaran j. gelaran janda amat ditakuti oleh golongan wanita. Golongan ini dipandang serong dan disisihkan oleh masyarakat. Pandangan masyarakat masih semacam apabila menyatakan wanita itu adalah janda. Tidak kira samada jandanya dia kerana diceraikan atau ditinggalkan oleh suami buat selama-lamanya.
Ya, saya juga seorang wanita dan saya seorang janda. Tanyalah mana-mana wanita, siapa yang ingin menjadi janda?pasti jawapannya, hisshh..simpang malaikat 44..( tak tau la kenapa no 44 itu dikaitkan dengan malaikat). Berbicara dari pengalaman sendiri,saya sebagai wanita tidak pernah terfikir untuk memegang status j ini seawal usia 29 thn. Fobianya dengan gelaran itu, saya lebih suka digelar ibu tunggal. Or single mom..
Siapa kita untuk menolak takdir Allah. Telah tersurat di Loh MahfuzNya yang saya akan bergelar ibu tunggal bermula 3hb April 2009. Tidak pernah terfikir dan terbayang oleh akal fikiran. Senarionya balu-balu yang kehilangan suami masih terus menerus dalam kesuraman dan kesedihan akibat kematian suami. Dan saya juga mungkin begitu, tetapi apabila terbaca artikel oleh Sarina Md Dom tadi, semangat juang semakin tinggi.
semangat untuk bangkit berdiri diatas kaki sendiri. semangat untuk memperbaiki diri dan anak penyambung warisan simati.
Ibunda Khadijah R.A juga pernah dua kali kehilangan suami. Tetapi Khadijah terkenal sebagai Wanita bangsawan yang anggun, jelita, bertaraf tinggi dan mulia. Bukankah Khadijah RA juga seorang janda? Bahkan dia memiliki rangkaian perniagaannya yang tersendiri dan akhirnya dia ditemukan oleh Allah dengan insan terpilih, paling mulia junjungan besar Rasulullah SAW. Yang lebih menakjubkan, bukankah anak-anak Rasulullah lahir dari rahim wanita mulia itu?
Begitu juga dengan Ummu Salamah yang pernah menolak pinangan Abu Bakar RA dan Umar RA. Tetapi akhirnya Ummu Salamah dipinang oleh Nabi Muhammad SAW. Nikmat apakah yang lebih baik dari menjadi antara Ummahatul Mukminin?
Wahai ibu-ibu tunggal sekelian, ayuh bangun! Bangkit dari kesuraman kita. Bangun berjuang, jihad ekonomi dan jihad nafsi. Mari sama-sama kita mengmahmudahkan diri kita dan seluruh insane-insan di sekeliling kita.


ummu fathi @ skju,
11.27am

Saturday, September 18, 2010

{novel bersiri} tahajud cinta

“Abang pening la sayang..”Haikal yang baru balik dari masjid mengeluh.
“Kenapa bang? Abang sakit kepala ke?”
“Tak, abang pening dengan org kat masjid tu, satu jemaah tabligh datang dari Kuantan,ada setengah jemaah tempatan yang kurang bersetuju dengan jemaah tabligh ni..”
“Ooo..camtu, maknanya, kumpulan jemaah tempatan ni tak bagi ke jemaah tabligh duduk kat masjid abg ye..”
“Aik, sejak bila abg ada masjid? Bukan abg punya la masjid tu..”
“Bukan laa..maksud sayang..masjid tempat abg jadi imam, macam masjid abg la, abg yang jaga..”

“Eh, tak laa..tok siak yang banyak jaga masjid tu..”Haikal mengusik lagi.
“yela bang..Masjid Sultan Ahmad Shah ibni Sultan Abu Bakar”panjang Fatimah menyebut nama masjid tersebut kerana geram selalu diusik oleh suaminya.
Haikal yang suka mengusik hanya tergelak besar.
“A’ah..depa minta abang ckp kt jemaah tu.”
“Abang camne?apa pendapat abg tentang jemaah tabligh tu?”
“Pada abang, Rasulullah sendiri bersabda yang pada akhir zaman nanti umat Islam ramai tapi tak bersatu, umpama buih2 di lautan. Jemaah dalam islam ini pelbagai. Dalam negara kita pun dah macam2. kat luar lagi la.Jadi bila ada pelbagai jemaah, uslub dakwah pun pelbagai. fikrah pun pelbagai. maka, terjadilah ikhtilaf, tetapi dalam islam ada adab2 ikhtilaf. Sayang pun tahu kan..”
“Emm..tahu, tapi semua jemaah dalam Islam tu matlamatnya sama kan. Menyatukan manusia dalam kesatuan aqidah.”
“Betul, pandai sayang abg ni. Ok, balik pada jemaah tabligh tadi, tabligh ada method dakwahnya yang tersendiri. Tak semua org awam faham dan boleh mampu melakukan dakwah sebagaimana ahli jemaah tabligh lakukan.”
“Abang pernah join tabligh ke?”
Haikal tersenyum mendengar soalan dari Fatimah Az-Zahra. Masih dalam fatrah perkenalan usia perkahwinan mereka.
“Ya, abang pernah join tabligh. Ada keistimewaannya…”
“Bukan ke tabligh tak menolak politik? Tabligh guna hadis dhaif?” Bertalu-talu soalan dari Fatimah kepada sang suami.
Haikal masih lagi tersenyum. “Tau banyak rupanya sayang abg ni..”Haikal mengusik isterinya sambil menarik hidung fatimah yang agak mancung.
“Abg..sakit laaa…”Fatimah mengadu sambil tangannya mencubit lengan Haikal.
“Ouch..sakit la sayang…” giliran Haikal pula menjerit kesakitan
“Haa..tu la..suka tarik hidung org yaa…”
“Dah tu abg nk tarik hidung lembu ke?”Haikal ketawa mengusik.
Sekali lagi cubitan singgah di pinggang Haikal.
“Ehh..banyaknya semut kat sini..suka2 je semut ni gigit org..”kata Haikal sambil tangannya berpura-pura menyapu sofa di ruang tamu kuarters Pegawai Masjid Sultan Ahmad Shah itu.
“Abang..abang tak abis lagi cite pasal jemaah tadi…”manja suara Fatimah mengajak suaminya kembali ke perbincangan awal mereka.
“Emm..ok,ok..kat mana tadi…” Haikal bertanya sambil menanggalkan kopiah di kepalanya.


Bersambung..

Friday, September 17, 2010

yess!!..aku menang..

salam ukhuwwah..

Raya dengan pelbagai cerita..masih lagi dalam mood raya walaupun hari ini adalah hari pertama persekolahan. Disebabkan masih dalam mood raya, majoriti kelas, murid yang hadir hanya separuh sahaja. Tambahan pula, dari pagi sehingga sekarang bumi masih ditimpa hujan renyai-renyai..redup dan sejuk.

Sebenarnya nak cerita pasal semalam. semalam dalam dilema. malam kelmarin (baca:rabu malam khamis) terima mesej dari sahabat yang mengajak datang ke rumah dan mesej dari adik2 ipar (adik arwah abg) yang mengajak menziarahi mak-mak sedara belah arwah mak. teringin sangat2 nk gi ziarah mak sedara arwah mak yang seiras arwah mak. hilang rindu pada arwah mak kalau menatap wajah mak itam kerayong.

Dalam masa yang sama, ayah aku mengajak ke rumah saudara-mara di Raub. tidak memberi jawapan. kerana hati teringin ke temerloh. sehingga pagi masih buntu. hati masih berat untuk ke temerloh. Ayah tidak memaksa, dan berura-ura untuk membawa sendiri CAP 209 ke Raub. Mendengarkan hasrat hatinya yang mahu memandu CAP aku jadi tidak keruan.

Akhirnya, aku membatalkan hasrat untuk ke Temerloh dan menawarkan diri menjadi driver pada ayah dan mak. Sepanjang perjalanan, bisikan dan hasutan syaitan masih terdengar di telinga. Kutulikan telinga dari hasutan itu dan beristighfar sepanjang jalan. Sehingga hampir 30km, barulah aku berjaya menewaskan bisikan dan membuang segala nafas ketidakpuasanhati.yess..aku menang...syaitan dah kalah..lalala.

Sesungguhnya aku manusia yang lemah. Apabila bertembung keinginan sendiri dan tanggungjawab sebagai seorang anak..sepatutnya aku perlu mendahulukan kehendak ibu bapaku. Alhamdulillah, aku berjaya membuat keputusan yang paling baik semalam. Memandu hampir 300km dengan anak yang kurang sihat. mungkin disebabkan niat hati aku yang terpaksa dipelihara dari awal dari terpesong, (disebabkan hasutan bertalu2 dari makhluk yang terlepas dari belenggu ) Allah membantu aku. Muhammad yang kurang sihat hanya tidur sepanjang perjalanan, selalunya aku risau nak memandu jauh kerana Muhammad akan kedepan dan ke tempat penumpang. Terlalu aktif, sehingga pernah sekali dia menukarkan gear kereta dengan tidak sengaja.

Aku teringat kisah para sahabat yang mendahulukan sahabat yang lain untuk minum air sedang diri sendiri nazak, sehingga akhirnya ketiga-tiga sahabat syahid. Inilah konsep ithar yang menjadikan para sahabat menjadi generasi yang unggul berjaya di dunia dan di akhirat. sedang kita? mengkoreksi diri..terlalu jauh bezanya kita. diri sahabat yng hampir nazak, mendahulukan sahabat yang lain yang juga inginkan air. andai kita?mampukah kita melakukan sedemikian.Ya Allah, lemahnya diri ini..


ummu fathi @ skju
12.53pm.

Wednesday, September 15, 2010

indahnya jika semua kerana Allah..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..

segala puji buatMu ya Rabbi..

pada awalnya, agak hambar sambutan raya kali ini. namun, sebenarnya kita yang mencorakkan mood di hati. andai tawar kita pasakkan dalam fikiran, tawarlah jadinya. andai kita cuba perisa tambahan, pasti berubah rasa. begitulah aku di permulaan aidilfitri ini.

alhamdulillah, sedaya upaya mengawal hati dan perasaan. tidak mahu teremo berlebihan. akhirnya kurasakan raya ini adalah raya terindah selepas ketiadaannya. indah kerana ukhuwwah fillah..alhamdulillah, Allah izinkan aku dapat berjumpa sahabat2ku dan saudara mara. walaupun tidak semua, tapi masih dalam usaha untuk menjejaki mereka.

semalam, pagi, sahabatku, fairosilawati datang sekeluarga. ust Sarizal suaminya merangkap junior aku dari sek. Al-Khairiah dan terus ke UIA.  kakaknya, fairosilawani,adalah ex-roommate aku kat sarawak, juga sahabat dari UIA. bertandang membawa puteri comelnya Nur Awatif Auni yang baru dapat 'kaki'.

tengahari, ayahcik sekeluarga datang. belum bertemu lagi raya kali ini, kerana kali ini giliran mereka beraya di terengganu. riuh seketika dengan gelagat sepupu2ku, aiman, anisah dan adib hanif yang semakin tembam, beratnya hampir 7 kg, sedang umur baru mencecah 4 bulan.

masih ayahcik di rumah, adik2 dari kerambit pula datang. sebenarnya aku belum berkesempatan balik ke kg relai untuk menziarahi adik2 dan pusara disana. jadi, di kesempatan menghantar hanah untuk pulang ke matrikulasi kuala pilah, mereka singgah di rumahku. sempat bersama-sama menikmati hidangan makan tengahari disini. sedang asyik berbual, abg teh mendapat panggilan menyatakan aki cu telah kembali ke rahmatullah. berita yang agak mengejutkan kerana baru kelmarin mereka menziarahi aki cu, masih sihat. segalanya ditanganNya. andai telah sampai ajalnya, tidak dilewatkan atau dipercepatkan walau sesaat.

Petang, Hajar dan Rina pula berziarah. Alhamdulillah, seronok bukan kepalang dapat berkumpul semula dengan sahabat2 sebilik dan sekampus diUIA. sempat bermuhasah tentang peranan dalam tarbiyah. Diharuskankah jika berdiam buat seketika, masing2 punya komitmen pada keluarga. Penerangan hajar dari bacaannya tentang keluarga Hassan Al-Banna menyedapkan rasa seketika. Mungkin medan dakwah kita skopnya berbeza kini. tapi niatkan segala yang kita usahakan itulah medan kita.

Berfikir. kupunyai pelbagai nikmat yang sangat2 memerlukan kesyukuran yang bukan sedikit. Allah telah memanggil abg, tapi sejak pemergiannya, hikmahnya aku dapt berhubung kembali dgn sahabat2 dan kembali berjinak2 dengan 'kerja2' yang aku lupakan seketika dahulu.alhamdulillah, segala puji buatMu Ya Allah..

semoga aku dan sahabat2 yang pernah bersama2 memikul beban dakwah ini terus diikat hati2 olehNya supaya semuanya tidak terlalu lalai dengan dunia sehingga melupakan taklifan yang sama2 kita telah janjikan dahulu.



ummu fathi @ FJU
12.09pm.

Monday, September 13, 2010

{novel bersiri} tahajud cinta III

Haikal memberhentikan keretanya di bawah sepohon mangga. Semua penumpang kereta bergegas turun. Tidak sabar mereka ingin menyaksikan satu upacara penting dalam hidup abang sulung mereka.
Ibu tersenyum gembira apabila Haikal berjaya melafazkan ijab Kabul tengahari itu. Seorang perempuan cantik berhias dibawa ke depan Haikal. Jantung Haikal berdegup kencang. Masakan tidak, inilah kali pertama dia menatap wajah seorang hawa yang bakal dikongsi hidup bersama.
Saat tangannya sejuk menyarungkan cincin, matanya masih lagi malu untuk menatap wajah permaisuri pilihan hati. Selesai disarungkan cincin, tangan mulus itu bersalaman dengan Haikal dan permaisuri yang baru dinikahi itu mencium tangan Haikal. Dengan lafaz Bismillah, Haikal menatap wajah yang tertunduk malu.


“Subhanallah”..ucap lisannya spontan.

“Perkenalkan, ini kembar imah, Aisyah Humaira. “ Fatimah menarik tangan seorang gadis yang sebaya dan seirasnya ke hadapan Haikal. Sekali lagi Haikal terkejut. Tadi dirasakan gadis itu sama dengan gadis berjubah itu. Tapi kini, kekeliruannya bertambah, mana satu gadis misteri berjubah dan mana satu permaisuri hatinya.
“Bezakan dengan tahi lalat, imah ada tahi lalat di bawah bibir, ira takde, tapi ada lesung pipit.” Imah bersuara ceria.
Aisyah Humaira tersenyum hambar. Terserlah lesung pipitnya, namun agak kaku pada pandangan Haikal. Sah, retina mata Haikal biasa melihat kerlipan mata ini. Mata sang kembar permaisuri hatinya kini.
Penat badannya masih terasa. Setelah seminggu berada di rumah mertuanya, Haikal kembali ke kampong halamannya. Pagi tadi, kenduri menyambut menantu selesai dilaksanakan.
Terkenang sepanjang dirumah mertuanya. Beberapa kali Haikal tersilap memanggil Aisyah Humaira dengan gelaran khas untuk isterinya. Hatinya tidak keruan. Air muka Aisyah Humaira juga nampak agak tegang. Nampak sangat kembar isterinya tidak menyukainya. Hari kedua dia berada di sana, kembar isterinya telah kembali ke tempat kerjanya. Sebuah tadika islam berhampiran masjid Sultan Ahmad Shah.
Patutlah selalu terserempak, rupanya kerja dekat dengan masjid tempat Haikal bertugas sebagai imam.
Alhamdulillah, segala puji buatMu ya Rabbi, syukur tak terhingga atas segala nikmat yang Engkau kurniakan. Allah telah aturkan yang terbaik buatku. Monolognya berlagu. Jodoh pertemuan semuanya ditanganNya.walaupun dia pernah tersyok sendiri, namun Haikal pasti Fatimah Azzahra adalah jodoh yang terbaik buatnya.


bersambung..

Thursday, September 9, 2010

selamat hari raya aidilfitri 1431H

salam ukhuwwah..

Ramadhan sudah menjejak ke penghujungnya. tahun depan entahkan sempat entahkan tidak. Ramadhan tahun ini, semoga apa yang telah dikerjakan adalah yang terbaik. semoga ketiga-tiga fasa menganugerahkan kita ketiga-tiga anugerah yang tidak ternilai itu.

hambar dan tidak berperisa. tiada manis, tiada pahitnya. namun, perlu ditambah dengan rencah syukur yang tidak terhingga. itulah perasaan aku kala ini. melihat kegembiraan kanak-kanak mengheret kasut raya, melihat keceriaan kanak-kanak mencuba baju baru mengajak aku berfikir, alangkah indahnya menjadi kanak-kanak..:)

 baru menjejak kaki ke rumah semula. dua,tiga hari yang agak sibuk. memenuhi permintaan dan menghadirkan diri pada satu taman ketenangan. sebenarnya, baru kembali dari pusara. mengjenguk mereka-mereka yang tercinta yang mungkin bakal sedih dengan perginya bulan yang barakah ini. tenang! setenang peghuninya, insyaAllah. masih sama, tanah yang masih merah dan bersih.

sejak akhir-akhir, fikiran menerawang tentang perjalanan akhir abang. entahlah, selalu terfikir hikmahnya Allah tidak mengizinkan aku melihat jenazah buat kali terakhir, melihat pembaringan terakhir arwah-arwah tersayang. mungkin aku tidak sekuat mana untuk menatap pengakhiran mereka yang kucinta. tetapi ingatlah,

ALLAH TIDAK AKAN MENJADIKAN SESUATU ITU SIA-SIA, ALLAH MAHA ADIL

keyword aku kali ini. dulu, jangan berputus asa dengan rahmat Allah. sebenarnya, apabila menghadami kata-kata itu, aku jadi biasa, tidak akan apa-apa. malah tidak sabar untuk menunggu, semoga apa yang dijadikan olehNya itu, natijahnya syurga. betapa indahnya andai dapat kembali bertemu di sana nanti.

perjalanan yang bakal kulangkahi inipun, tidak tahu dimana penghujungnya. mungkin entah berapa tapak lagi, Izrail pun menyapa, entah ratusan ribu langkah lagi, Allah izinkan..semuanya rahsia. apa yang aku harapkan, setiap detik helaan nafas ini kuhembuskan, aku diredhaiNya. dan aku tidak berada dalam kealpaan.

dan, dua hari yang bakal menjelang, (sempat ke tidak..:)) semua umat Islam akan menyambut hari raya. kemenangan kerana sebulan menahan nafsu. menang atau tidak, mereka tetap sama, bergembira kerana tidak perlu lagi berpuasa..astaghfirullah, semoga kemenangan yang akan dikecapi itu, benar-benar menang hendaknya, kerana berjaya menundukkan nafsu. dan kemenangan hakiki hanya dapat dikecapi disana nanti.

sempat terfikir, betapapun kita diuji, semenangnya benar, dunia ini penjara bagi mukmin dan syurga bagi kafirin. lalu, apakah perlu dipelikkan dengan ujian yang bertalu. sedang insan terpilih, Nabi Muhammad SAW pun lebih hebat ujiannya. Isteri tercinta meninggal dunia. bapa saudara yang memelihara juga pergi meninggalkan baginda. dengan hidup yang penuh kesederhanaan, tiada makanan hanya berpuasa. itu kekasih agung, kita bagaimana? hidup mewah dengan pelbagai nikmat, sedikit diuji, terus-terusan menangisi diri. betapa lemahnya manusia ini. tapi, teringat kisah Aisyah RA yang cemburu apabila Rasulullah banyak bercerita tentang kekasih hatinya Khadijah RA. Walaupun telah lama tiada, namun masih terkenang-kenang. fitrah manusia, jadi tidak salah andai aku juga masih terkenang-kenang yang telah tiada.

betapa indahnya andai disyurga kelak, aku dapat mengenali insan-insan agung itu. Saidatina Aisyah Ra yang jelita. Saidatina Khadijah RA yang disayangi baginda. Fatimah RA.... dan isteri-isteri baginda, serta tidak lupa, wanita-wanita agung yang berkorban di jalanNya. pasti mereka mendapat martabat yang tinggi disana. kemenangan hakiki. persoalannya, layakkah aku ke syurgaNya?...

semoga apa yang kita usahakan, bakal menatijahkan satu tingkatan kejayaan yang hakiki, bukan disini, kerana tiada kemanisan kejayaan dalam penjara, jika tidak percaya, tanyalah banduan-banduan berpengalaman. indahnya andai kejayaan itu diraikan disana, bersama yang tercinta. ya Allah ya Tuhanku, redhailah hambaMu yang lemah ini, hisablah kami dengan hisab yang ringan. terimalah segala amal kami, hidup kami, mati kami hanya untukMu. ya Allah ya Tuhanku, berilah kajayaan kami disana nanti, kejayaan yang hakiki, masukkanlah kami kedalam syurgaMu, bersama para syuhada dan solihin. Amin.



kullu am wa antum bikhair..
maassalamah..

ummu fathi,
3.01am @ FJU.

Friday, September 3, 2010

{novel bersiri} tahajud cinta II

Haikal merenung langit. Tabiat baru yang mendatangkan ketenangan. Kedinginan desanya menambahkan rencah santainya malam itu.Terngiang-ngiang lagi satu persatu bicara poksu malam itu.
“ ust dah ado ore ko?” faham dengan pertanyaan poksu, segera Haikal menjawab,
 “belum poksu, tgh mencari la ni.."
” gini ust, poksu ado anok sedaro, Fatimah Az-Zahra namo budok tuh, Poksu kene kalu dpt ust ngn dio, baik budaknyo, baru balik ngaji Mesir, dulu sebelum gi Mesir, dok nun Kualo Kubu, ngafa Quran..dok la cantik mano, tapi manis la jugok orenyo…”panjang lebar Poksu mnyuarakan hasrat hatinya.
Haikal berjanji utk solat Istikharah dan bertanya ibunya terlebih dahulu. Haikal yakin, jawapan dari Allah dan pandangan ibunya adalah aulawiyat untuk dia membuat keputusan.


“Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu”


:: Riwayat Bukhari dan Muslim ::


Fatimah tu, anok sedaro Moksu, datuk Fatimah pok sedara Moksu tu ulama, ado pondok di kg.
Berseling seli hadis itu dan penerangan Poksu, segala-galanya bagai baru memecah gegendang telinga Haikal. Rasa-rasanya garis panduan yang diberikan oleh Rasulullah dalam memilih calon isteri ada pada Fatimah Az-Zahra.
Rupanya pula? Tiba-tiba soalan itu muncul di minda Haikal. Tidak mengapa, kalau rupa tidak seberapa, tapi ciri-ciri lain yang lebih mantop mengatasi soal rupa. Tapi, alahai si gadia misteri itu?...persoalan itu meruntun hati Haikal.
Apakah aku perlu berfikir tentang gadis yang aku sendiri tidak mengenali. Apakah perlu aku teruskan permainan hati ini sedang empunya diri tidak mengetahui.


Istikharah telah dilakukan. Kini, Haikal amat pasti dengan ketentuan Pemilik hati-hati ini.

bersambung..

iftar bersama nisa'

salam ramadhan,

hari ni 24 ramadhan 1431H..masih berbaki lebih kurang 6,7 hari lagi..

31 Ogos yg lepas...salam merdeka, semoga kita merdeka jiwa, diri, rohani dan jasmani dari cengkeman nafsu yg rakus, syaitan yang sentiasa membisikkan manusia ke jalan kesesatan..

hari yang sama, 31 Ogos..Alhamdulillah, dengan izinNya, Allah gerakkan hati kami untuk berkumpul berprogram di rumah aku di FJU. Nisa' Kuala Krau seramai 8 orang menghulurkan salam ukhuwwah, menambahkan bilangan sayap2 perjuangan dan fikrah2 yang bersatu yang dalam perjuangan yang satu. Alhamdulillah, Allah izinkan seawal jam 5.30 ptg mereka sampai dan sempat berusrah sebentar..(sampai dekat nak berbuka) dan hampir terleka dari menghidang makanan untuk berbuka..:)

pagi itu, aku dah bersiap sedia mengemas rumah. cuti hari kebangsaan aku gunakan sepenuhnya untuk mengemas rumah. bermula jam 7.oo pg dan selesai jam 10 pagi, siap tu, start enjin keta gi kedai beli barang untuk memasak. kembali ke rumah jam 11.15pg, 11.30 pg start memasak..buat koktail dulu, sbb nk letak dlm fridge. pastu buat mi kari. lepas zohor memasak untuk menu bersama nasi putih. simple je, semua menu kampung je..buat sayur labu, daging masak kicap, ikan talapia berlada, sayur taugeh kasar goreng dan acar kobis. siap semua pukul 5.00 ptg...alhamdulillah..

walaupun penat, namun hati puas sgt..syukur sgt2 dengan ukhuwwah yang baru terbina ini..semoga ia menjadi jambatan buat perubahan bagi anak2 remaja felda ini..ada misi untuk adik2 remaja perempuan di sini, semoga Allah memberi kekuatan dan memudahkan kami melaksanakan..

Hanya padaMu ya Rabbi, kami yang hina dan lemah ini bermohon, bantulah kami dalam membantu adik2 kami..satukanlah hati2 kami..kuatkan ikatan aqidah kami, kami hanya berusaha, sesungguhnya hidayah milikMu jua.. 



ummu fathi,
skju @ 1.30pm


Wednesday, September 1, 2010

saya sudah tua..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah. alhamdulillah, alhamdulillah..

sepatutnya tidak cukup 3 kali aku mengucapkan syukur padaNya. Berjuta-juta kali sekalipun tidak mencukupi. terlalu banyak nikmat yang Allah berikan pada aku dan ahli keluargaku.

salah satu nikmatnya ialah umur aku..dan hari ni umurku meningkat lagi..hari ni genap 30 tahun umurku..

ucapkan untuk diri sendiri...SELAMAT HARI LAHIR KE 30..

saya dah semakin tua..dan semakin dekat mendekati sang maut..dan semakin rapat saat pertemuan denganNya..

dua tiga hari sebelum sampai hari tua aku..aku buat sebiji kek khas untuk diriku...takde sape nak belikan, so, buat sendiri laa...


belum sampai harinya pun,tp keknya dh nak abess...

dulu, alamakk..dulu lagi..nape lerrr yerr...tak kiralah, nak cakap jugak yang dulu2 tu...abg selalu suruh aku belaja buat kek, sbb dia selalu makan kek yang dibuat oleh makteh aku yang best sgt2..so, sokmo2 la dia suruh belaja dgn makteh, aku ni bukan pandai sgt masak..tak pandai sgt nk wat kek-kek ni..suka masak, tapi suka buat menda yang dah pandai laa..lepas dia takde, aku selalu ingat pesanan dan saranan dia tu, jadi aku pun belajar la buat kek..akhirnya menjadi...horeeeyyy...

tapi, sedih la sikit..sebab org yang nak makan kek aku tu dah takde..waaa..nk nangis la plak...bila aku tengok muhammad suka sgt makan kek tu, aku rasa cam nak menitik airmata, sbb arwah abah dia tak sempat merasa kek aku yang sheedap sgt ni..hehe..

takpe-takpee..kurang-kurang aku dah pandai dh buat...jgn sedih-jgn sedih...tak baik sedih-sedih di hari jadi ini...huhu..marilah kita menceriakan hari-hari kita lalui...




besday girl yg masih cute,
-saya-
skju, phg.