Monday, August 29, 2011

hari terakhir dalam ramadhan kali ini..

Assalamualaikum..

Salam ramadhan terakhir tahun ini. pastinya persiapan menyambut syawal sedang rancak berjalan. budaya kita, syawal terlebih disambut sedang ramadhan yang mulia disambut biasa-biasa. ada pula yang susah hati untuk menyambut ramadhan, takut kelaparan bila nak menyambut syawal terasa baru lepas bebas dari penjara. harap-harap kita takde la macam tu.r amadhan kali ni, honestly..tidak cemerlang pencapaian saya. harap2 puasa dan amalan saya diterima dan semoga dosa-dosa saya diampunkanNYA..sesungguhnya RahmatMu meluas, ampuananMu menggunung..redhaMu perlu ku raih..rahmati kami ya Rabbi..ampuni kami ya Rabbi..redhai lah kami ya Rabbi..

Pagi tadi mngemas rumah, terjumpa album coklat yang tertulis di cover nya.."sweet memory"..emm..gambar2 dalam tu memang sangat sweet..selalunya bila tgk gambar tu..mesti sayu je rasa hati..tapi pagi tadi saya tengok sambil tersenyum puas hati. kenapa yer? saya rasa pelik..sebab saya sangat berpuas hati melihat gambar2 kami berdua sejak hari pernikahan, waktu honeymoon kat sarawak, gambar kenangan di majlis perkahwinan kak de dan perkahwinan jumli..tersenyum dan terus tersenyum sehingga ke helaian terakhir..

Mungkin saya tahu sebabnya, dalm hati saya berkata, alhamdulillah..Allah temukan syg dengan abg..Allah takdirkan syg bertemu jodoh dgn abg..walaupun sekejap tapi syg pernah memiliki abg..walau hakikatnya abg milik Allah..syg pun milik Allah..syg pernah memiliki kasih sayang abg..syg pernah disayangi abg..pernah menjadi suri hati abg..alhamdulillah..

syg puas hati, sebab sepanjang kita kawin..syg tak pernah tinggikan suara dgn abg..abg pun tak pernah marah syg..syg mmg selalu merajuk dgn abg, tapi abg pandai pujuk..kita tak pernah gaduh sepanjang kita 3 tahun kita kenal dan kawin..syg bahagia sgt dgn abg..

walaupun abg tak pernah dgr syg membahasakan diri syg ummi..tapi abg dah tinggalkan zuriat yang sangat berharga buat kita. sekurang-kurangnya ada waris abg..ada zuriat keturunan abg..yang bakal mendoakan abg..insyaAllah muhammad akan jadi anak soleh..dia juga kenal abg..sejak akhir2 ni dia selalu nak gi masjid. nak solat. nak jadi imam. selalu dia cakap dia nak jadi hafiz.. abg tau..sekali tu muhammad jadi imam, anas anak kak cah jadi makmum dia..sempat adik rakam dalam kamera, kitorang semua gelak tengok gelagat dia..sempat la sampai 3 rakaat, tapi tahiyat takde..berdiri nak masuk empat rakaat, imam dah lari..makmum pun terus kejar imam..lawak sangat..abg pun tak sempat dgn anas kan..anas tu anak susu syg..waktu dia kecil dulu kesian kat dia, sebab tak leh nak menyusu dengan kak cah..jadi syg susukan dia..jadi dia adik beradik susu dengan muhammad. dia rapat sgt dgn muhammad. seminggu tak jumpa mesti bising muhammad ajak syg gi umah mama ( kak cah)..

abg, syg harap bekalan2 yang syg bekalkan untuk abg, mak dan ayah sampai kat abg,  mak dan ayah.. ramadhan nak habis dah..syg yakin Allah beri nikmat yg abg tak terhingga di dalam sana tu..nikmat dlm taman2 syurga..abg ..maafkan syg ye..kalau syg ada wat salah silap..syg tau sepanjang abg takde..syg byk buat silap..dulu kalau abg ada..abg tegur..tapi sekarang..syg kena ingat sendiri..

oklah..sekarang syg dah tak sedih sgt dah..sengaja je nak cerita..macam syg cerita dgn abg..sebab rasa lama dah tak dapat bercakap macam ni..huhu..semoga Allah panjangkan umur syg dalam keberkatan..supaya dapat meghantar bekalan buat abg, mak dan ayah kat sana..insyaAllah..

Saya memang tak dapat nafikan rasa hati saya untuk mengingati dan mengenang dia..tapi itu tak bermakna saya sedih atau saya lemah..atau tidak kuat..saya kuat bila ingat dia, bila ingat dia..saya akan ingat hakikat hidup ini, saya akan ingat yang saya akan menyusuli dia nanti, saya akan ingat yang kita semua adalah milik Allah..Allah pemilik sekelian Alam..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...MAAF ZAHIR BATIN...





Saturday, August 27, 2011

di saat kita bergembira..

Assalamualaikum..

Amaran: ini bukan entry mendayu saya lagi ye...

Baru-baru ni bermeseg dengan adik-adik ipar..adik-adik arwah..mereka kata raya ni, kak long dan kak de raya kat rumah mertua mereka..tinggallah mereka-mereka yang bujang trang tang tang di rumah..sayu je dengar mereka kata..sedih la kak ngah..huhu..

Bila mereka cakap camtu, saya lagi la..terasa..kalau la saya sayu apatah lagi mereka yang kehilangan ibu bapa dan abang mereka. jika sebelum ni, sebelum raya sibuklah mak, ayah dan abang membuat persediaan..sangat meriah..kali ini suasana itu sangat berbeza. kepulangan mereka ke kampung halaman tidak lagi disambut oleh tangan-tangan penuh kasih sayang itu, tiada lagi senyuman bahagia melihat anak-anak berkumpul. kepulangan mereka disambut oleh sunyi dan sepi. tetapi Allah yang Maha Mengetahui telah mengurniakan adik beradik yang ramai buat mereka. . walaupun adik beradik tidak dapat menggantikan tempat ibu bapa yang amat disayangi,tempat mereka bergantung..mungkin itu sedikit sebanyak dapat mengubat rasa sepi mereka...walaupun hari raya pertama mereka agak sayu, harapan saya kepulangan saya dan muhammad fathi, kak long dan familynya pada raya kedua membuahkan senyuman di wajah mereka. i.Allah kak de sekeluarga juga akan pulang pada hari raya ketiga..

Cuma yang menjadi kemusykilan dan kebimbangan saya ni, macamana saya nak drive dan muhammad fathi menjadi penumpangnya..kalau dia keseorangan, saya rasa saya akan berebut stereng dengan dia. ya ampun..dia tersangatlah lasak..saya sangat-sangat bimbang. sebelum ini, biasanya akan ada seorang 'dayang' yang akan menemani perjalanan kami. tapi 'dayang' ni tak nak ikut kali ni, sebab saya nak bermalam lama skit kat sana. pertama sebab dah lama tak balik, kedua, sebab abang teh akan bertunang..i.Allah..jadinya..saya tak tau macamana nak drive balik dengan segala macam cabaran sepanjang perjalanan bila hanya bersama muhammad fathi..tapi saya yakin Allah bersama saya..semoga Allah permudahkan perjalanan saya..

# mood menulis makin teruk. ayat jadi sangat tunggang langgang. maafkan saya.
# terima kasih pada seorang manusia yang sudi menegur saya dan tulisan saya.  

Monday, August 22, 2011

s.y.u.k.u.r

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..segala puji buatMu Ilahi..atas segala nikmat yang tak terhingga dariMu..

Syukur..kalimah yang yang senang di ucap..namun..manusia selalu lupa..untuk bersyukur..

Malam tadi, saya menghadiri jemputan berbuka puasa dan memberikan sumbangan duit raya untuk anak yatim. Kali ketiga jemputan, tapi baru dua kali saya menghadiri. selepas memakir kereta..saya mendekati kelompok insan-insan senasib. saya berbual dengan salah seorang dari mereka. Seorang balu yang baru kehilangan suaminya..(ada entry saya tulis pasal anak dia) anak bongsunya baru berumur 9 bulan. Masih kecil dan tidak memahami..anak yang kedua, umur 8 tahun..saya rasa dia memahami, sebab bila saya cerita pasal kematian ibu,dan datuk Nabi Muhammad SAW, dia juga bercerita tentang ayahnya. Dia berasal dari Kelantan dan kini terus menetap bersama ibu dan ayah mertua disini. beliau tidak bekerja dan ditanggung sepenuhnya oleh ibu dan ayah mertua.

Menoleh ke sebelah kiri, terdapat makcik yang sangat tua. dia bertanggungjawab menjaga cucunya yang juga anak yatim. salah seorang cucunya adalah 'anak istimewa'. kakinya berbalut, katanya dia luka dan yang lebih malang, dia penghidap diabetis. Sesekali, lelahnya kedengaran di setiap helaan nafasnya.  Allahu rabbi..

Penerima-penerima itu adalah anak murid saya. ketua pengawas di SKJU juga adalah anak yatim. saya sangat senang dengan sikapnya. sesampai saya di masjid petang itu, terus disuakan salam dan mencium tangan saya. Saya memang agak rapat dengan dia, kerana dialah harapan sekolah bagi pertandingan bercerita MTQSS. dan saya adalah orang yang bertanggungjawab melatihnya.

saya WAJIB bersyukur. ramai lagi orang yang susah diluar sana. semoga Allah memurahkan rezeki mereka dan melapangkan urusan hidup mereka..amin.


Thursday, August 18, 2011

sebak..

assalamualaikum..

hari ke 17 Ramadhan..salam nuzul Al-Quran..

seminggu yang berlalu..saya dalam keadaan yang sangat tidak keruan..kenapa?entahlah nak kata PMS tak juga..tapi kesebakan yang nyata..sebak..sayu..pilu..serabut..ribut..serius!!..segalanya berlegar dalam hati dan kepala saya..

setelah hampir 2thn 4bln peristiwa itu berlalu..saya masih mengenang dia,masih terasa sebak dan sayu..salahkah saya berperasaan begitu?masih teringat, kenangan ramadhan dengannya..walaupun hanya sempat 2 kali ramadhan saja dengannya..walaupun hidup kami berjauhan..tapi rasa itu berbeza..sebelum ramadhan lagi,dia akan ingatkan dirinya dan galakkan saya utk bangun tahajud di malam hari. sebolehnya dia akan mengejutkan saya untuk bangun bersahur..walaupun kadangkala saya yang miscalled dia dulu..ketika saya balik bercuti..habis bazar ramadhan kami jelajah..dari lipis sampai temerloh..kalau di jerantut..mesti dia cari gulai asam rom ikan baung kenahak..(betul kot nama ikan tu...) kalau di Lipis, mesti dia cari rendang hitam yang famous tu...yang peliknya..apa yang dia suka makan..akhirnya akan menjadi feberet saya juga..dia banyak ajar saya makan makanan yang femes di daerah Lipis, cam sambal hitam,,,fuuhh..memang best laaa..sebelum puasa baru ni..saya sangat merindui dia..dan ketika itu,saya keluar ke jerantut..selalunya kalau saya lapar tahap gaban sekalipun,saya tidak akan makan keseorangan di restoren..hari tu entah kenapa..saya dengan selambanya masuk ke restoren yang biasa saya dgn dia makan gulai asam rom tu..saya makan sambil mengelap airmata, pertama sebab sangatla pedas..(dah lama saya tak makan situ..terasa kepedasannya luar biasa) kedua..sebab teringat kat dia..huhu..dan Ramadhan kali ini, sekalipun saya tidak pernah ke pasar ramadhan Jerantut..saya takut kang saya nangis sambil berjalan..sobs..sobs..saya juga merindui suaranya mengalunkan bacaan Al-Quran ketika berterawih..di siang hari,mesti saya tasmik dia sebab malam nanti dia kena jadi imam...rindunya kat dia..huhu..

semalam seperti biasa, saya akan bersembang dengan my handsome boy..

ummi: sapa name ummi
muhd: aicah
ummi:pandai..sape nama muhd?
muhd: muhd apis (selalu menggelarkan dirinya al-hafiz...semoga anak ummi benar2 menjadi hafiz Al-Quran satu hari nanti cam arwah abah)
ummi:sape nama abah?
muhd:????
ummi: Muhamad Fuad..
muhd:abah?
ummi: abah muhd dah takde..dah meninggal..
muhd: tak..tak ninggal..abah ada..ada kat umah mama..
ummi: itu abah adik anas...

Ummi terus rasa sebak..Muhammad Fathi dan semakin besar..semakin bijak..semakin memerhati dan mencari..ummi dia pula semakin sebak nak bercerita..

hari ini, malas melayan lara hati saya keluar untuk mencari baju raya muhd.mujurlah pakngah muhd,abang fauzan dan kakak afiah(sepupu muhd) rajin melayan kami berdua. saya pergi ke bank dulu untuk mengeluarkan duit..riuh si kecil itu mengajak ke kedai.."nak li aju aye.." katanya. puas saya memujuk supaya diam..sampai di kedai..saya berjumpa dengan baju yang berkenan..tetiba plak dia nampak sorang abang tu pakai kasut berlampu lip lap lip lap kat kasut dia..dia heret saya ajak pilih kasut camtu gak..hehe..akhirnya saya jumpa saiz dia dan cuba pakaikan kat muhd..padan! malangnya dia tak nak tanggal dah kasut tu..terpaksa hulur kaki dia kat kaunter pembayaran...huhu..muhd..muhd..seronok sangat saya rasa, bila tengok dia seronok pakai kasut berlampu tu..terhibur jugak hati ummi..






Friday, August 12, 2011

RahsiaNya..

assalamualaikum..

Setiap yang hidup pasti akan merasai kematian. cepat atau lambat. mengejut atau sakit yang berpanjangan. kita tetap akan berdepan dengan malaikat maut. logik akal manusia biasa akan berfikir yang sakit akan pergi mengadapNYA terlebih dahulu..sedangkan hakikatnya tidak begitu.

Tahun 2003, adik saya disahkan mengidap penyakit SLE. tak tau?haa..baca link tu untuk menambah pengetahuan. bila saya bercerita tentang penyakitnya, orang akan berkerut dahi dan bertanya, "sakit apa tu?.." semakin canggih penemuan dalam dunia perubatan, semakin canggih penyakit akan timbul. hikmahnya,supaya dapat meruntuhkan ego si pakar2 perubatan kononnya merekalah yang paling bijak menemukan vaksin ini, vaksin itu..sedangkan Allah Si Pemberi Sakit dan yang Maha Penyembuh lagi Maha Bijaksana.

Dia melalui fasa turun-naik-stabil sepanjang 8 tahun ujiannya menemani hidupnya. bermula dengan belasan pil yang terpaksa ditelan hinggalah kini hanya satu pil sahaja. Alhamdulillah..saya menyaksikan ketabahan dan kesabarannya menghadapi segala-galanya. sewaktu mula disahkan mendapat penyakit itu. dia berada di matrikulasi UIA di PJ sedang saya sudah di main campus di Gombak. terpaksa berulang alik ke PJ untuk melihat keadaannya. Julai 2008, keadaannya sangat kritikal akibat kebosanannya menelan pil yang keterlaluan itu, dia meninggalkan ubat sepanjang 7 bulan itu..Allah punya kuasa, ubat sebenarnya tiada daya kuasa apapun..tetapi kita perlu berikhtiar, hasilnya seminggu dalam Julai 2008 itu, dia koma! saya yang ketika itu berada di Sarawak bergegas pulang ke Temerloh, bergilir-gilir dengan mak dan adik2 untuk menjaganya. masih segar diingatan petang itu, saat nafasnya seolah-olah berada di penghujung nyawa, salah seorang bapa saudara saya iaitu ayahandak berada disisinya membacakan surah yasin. penghuni-penghuni katil di wad itu seolah-olah sedang bersedia untuk menerima satu berita sedih apabila masing2 sudah menyarankan untuk diajar kalimat "Lailahaillah.." kepada adik saya. namun, ketentuanNya berbeza..umurnya masih panjang. Arwah suami saya yang juga ada ketika itu menarik nafas lega.

tahun 2008 juga, ayahandak saya yang telah disahkan mengidap kanser usus melalui fasa pembedahan-kimoterapi-masuk keluar dari wad. masih teringat saya dan arwah suami pernah melawatnya di hospital kuantan selepas dia menjalani kimoterapi. badannya lemah, namun semangatnya tidak luntur, disisinya mak andak yang setia menemani. kami berbual ringkas sahaja sebab ketika itu terlalu ramai pelawat sedang melawatnya. Ayahandak diuji dengan kanser yang semakin merebak dalam masa setahun selepas mula disahkan mengidap kanser apabila sakit dalam perutnya berlarutan membawa kepada penurunan berat badannya sebanyak hampir 20kg pada tahun 2007.

tahun 2009, ketika adik saya dana ayahandak saya masih bernyawa. arwah suami saya yang mendahului mereka. Seorang insan yang sihat walafiat itu telah sampai masanya untuk mengadap Penciptanya. hari kejadian, (03/04/2009) ayahandak saya yang masih boleh memandu, membawa isterinya melihat kereta yang remuk dipenuhi darah, akibat kemalangan itu.Disember 2009, selepas 8 bulan pemergian arwah abang, barulah tiba masanya ayahandak dipanggil pulang. dan Alhamdulillah..adik saya yang pernah suatu hari di tahun 2008 itu hampir kehilangan nyawa, Allah masih panjangkan usianya hingga ke hari ini. saat adik saya sakit, dua insan yang saya sayangi itu, arwah suami dan arwah ayahandak masih segar. tidak diketahui pada saat itu, insan yang paling segar itulah yang mendahului yang lain. Wallahua'lam..sesungguhnya kematian ini adalah dalam rahsiaNYA..kita hanya perlu bersedia..




Friday, August 5, 2011

diary muhd fathi

assalamualaikum..

7.00pg-2.00ptg-kena tiggal dek ummi..ummi gi sekolah..huhu..

12.30tgh- muhd 'bawa' motor tok sampai hampir melanggar dinding rumah, pucat lesi wan dan muhd..
4.30ptg-menumpahkan sejag air keladi yg ummi beli tadi..huhu..
6.00ptg-lebam lutut jatuh tangga..
6.30ptg-setengah jam dok dlm bili air gara2 lakonannya sebagai "pakcik man tangkap ikan patinpiya atas bot"...
7.20mlm-berbuka pose, masih menumpahkan air..
8.00mlm-abis pensil color ciknor jadi 'aishkeringnya'..berbelang lidah..huhu..
8.30mlm-masuk buai..ummi sedikit lega..tangannya masih bercerita..sedang mulutnya sudah disumbat susu botol..
10.00mlm- baru tido dlm buai..mlm ni ummi tak perlu fikir apa bedtime story dia..sbb tido buai..selalunya mesti ummi tercari2 kisah nabi apa yang sesuai nak diceritakan pada muhd..yg mesti dimasukkan watak2 haiwan..

-sifat ingin tahu,ingin mencuba dan imaginasi muhd fathi sgt tinggi..sometimes memang penat, walau penat macamana sekalipun ummi tetap happy..sebab muhammad fathi sangat berharga buat ummi..sayang my handsome boy..