Wednesday, October 28, 2009

HATI OH HATI..

Mencari ketenangan sekeping hati...:)

Bagaimana hendak mengekalkan momentum ketenangan hati kala ini?..

hati...Rasulullah s.a.w pernah bersabda : "sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.apabila daging itu baik,maka baiklah seluruh anggota.dan apabila daging itu rosak,maka rosaklah seluruh anggota.ketahuilah,itulah hati."

Hati yang sentiasa berbolak balik. hati yang sentiasa menjadi taruhan diantara pertembungan iman dan nafsu. hati yang menjadi cerminan jiwa dan diri. Hati yang menjadi raja dan permaisurinya akal kurniaan Ilahi.
Seringkali hati kita resah gelisah, kadangkala riang gembira, tenang bahagia tidak kurang duka nestapa. kebiasaannya resah gelisah dikaitkan dengan dosa. titik hitam yang telah mecalari cerminan jiwa. Apabila terpalit
titik hitam di hati sedang diri terus lela dan lalai dengan dunia jadilah ia seketul hati yang keras dan liat dari menerima kebaikan dan sukakan kemaksiatan, lali dengan dosa, jauh dari taubat, dan hasilnya, apa yang keluar dari mulut adalah perkataan yang kotor, yang terzahir di fizikal dan kelakuan adalah akhlak yang tercela.
Hati yang tenang adalah cerminan dari kebersihan jiwa. jiwa yang sentiasa mengharapkan keampunanNya. jiwa yang selalu mendambakan rahmat dan kasih sayangNya. jiwa yang memerlukan hidayat petunjukNya.jiwa yang merindui tarbiyah dariNya dan mengharapkan mardhatillah sepanjang jalan kehidupannya. jiwa yang takut dihimpit noda dan dosa. apa yang terzahir dari jiwa sebegini adalah mulut yang sentiasa memuji Ilahi. Hati yang tidak lekang berzikir pada Yang Esa.Akhlak yang terzahir adalah sifat-sifat mahmudah. kuat dan tabah, redha dan sabar menghadapi segla mehnah Ilahi dan terus berpegang dengan taliNya.
Bagaimana untuk menjadikan hati tempat turunnya nur Ilahi? Allah berfirman : "sesungguhnya beruntung orang yang menyucikan jiwanya dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotori jiwanya."
bertaubatlah!..sesungguhnya Allah suka kepada orang yang bertaubat dan membersihkan dirinya.dan berdoalah kepada Allah supaya kita tidak kembali kepada dosa-dosa yang telah kita lakukan dahulu. tenangkan hati dengan solat-solat wajib dan sunat. bangunlah ketika orang lain sedang lena dibuai mimpi..saat itu adalah saat terindah dan paling tenang untuk kita mengadu segala kegelisahan hati dan kekacauan jiwa. berzikirlah dengan qalbi, qauli dan fikli...biarpun susah tapi bersabarlah kerana kemanisan yang dijanjikan pasti ada. semoga sinar Ilahi terus menyinari jalan hidup kita sehingga akhir hayat nanti.

Wednesday, October 21, 2009

KAMPUNG vs BANDAR..

KAMPUNG vs BANDAR

Saja kupilih tajuk ini untuk entri kali ini. Boring gak asyik citer pasai diri sendiri jek..aku tak expect ramai yang membaca blog aku ni.. even, aku tau ramai gak yang mengikut secara diam..silent readers…takpe la..blog ni pun aku buat sekadar suka-suka, untuk meluahkan perasaan aku sejak kehilangan orang-orang yang amat aku sayang..ok la, back to the topic..Andai diberi pilihan, kampong atau Bandar di mana pilihan anda untuk menetap?

Kampong?...aah…konservatif la orang yang pilih nak dok kampong…biasanya orang yang dok kampong ni org2 tua je..yang dah takde ape nak wat dah…wat amal ibadat je..ulang ke surau..dok tanam sayur, bela ayam, itik, kambing, lembu…mana ada orang muda belia nak dok kampong.

“Semua orang muda MESTI ke Bandar…kalau orang muda nak dok kampong, something wrong somewhere la tu…”

“ish..ish…ish…macam katak bawah tempurung la dok kampong ni…mana syok…nak wat ape dok kampong, mana ada kerja kat kampong…ko nak menorah getah ke?”.

Mungkin itulah pemikiran kita dewasa ini..kampung sinonim dengan ayam, itik, kambung, sayur,pokok getah..yelah, takkan kat putrajaya nak bela itik….ish, silap2 kena saman plak..kebanyakan orang mesti memandang dan berfikir sebegitu…tapi tak semua la…

Bandar plak..semua ada, ko nak ape...hiburan?, kerja? pengangkutan?tempat makan best2?..senang dok Bandar, semua senang, janji ada duit…pasaraya besar2 berlambak..pusat2 hiburan 24jam bertaburan…malam cam siang, jalanraya jarang sekali tidur, siang sibuk ngan traffic jem…malah jem gak dengan mat-mat rempik..pendek kata, Bandar macam-macam ada…(mak ayah je takde…itupun kalo mak ayah dok kampong… )

Tapi personally aku la (aku lagi…takpe la rumah aku…)…kalau diberi pilihan aku lebih suka menetap di kampong…biarlah aku digelar konservatif ke, katak bawah tempurung ke…aku tetap vote kampong…sebab aku tak suka jem…I mean traffic jem…tak suka sesak-sesak…tak suka hiburan terlampau…bukan nak tunjuk baik la…sorry to say, rumah aku dah 3 bulan tv tak hidup…hehehe…aku tau mesti orang pelik, tapi hakikatnya, aku memang tak suka tengok tv…radio pun jarang dengar…mesti org kata, aku ni spesis katak bawah tempurung apa…tapi aku tiap-tiap hari baca paper dan melayari internet tau…aku suka kedamaian kampong. Aku suka kokokan ayam menyejutkan tidurku..aku suka malamku dibuai suara cengkerik…aku suka kedinginan embun pagi yang menitis di celah-celah daun semalu…aku suka sungai pahang yang mengalir lesu…aaahh…indah untuk digambarkan…best sangat dok kampong sebab aku dok kampong aku tau la..Sekarang ni pun kampong pun semua ada,astro ada, coverage broadband pun ok..(kampong aku laa..)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sebenarnya, apapun pilihan anda, kampong atau Bandar. Kita mesti ingat, kita masih menjunjung langit yang sama, memijak bumi yang sama…lagit dan bumi ciptaan Allah, langit yang masih belum runtuh dengan ribut taufan dan bumi yang masih belum membelah dengan gegaran atau gempa bumi…BERSYUKURLAH SAUDAR-SAUDARAKU…kita masih mampu melelapkan mata dengan aman. Masih mampu bergelak tawa dengan rakan-rakan. Masih mampu menyuapkan makanan dan masih mampu hidup bahagia bersama insane kesayangan kita.. BERSYUKURLAH…dan jangan KUFUR dengan NIKMAT-NIKMAT YANG ALLAH KURNIAKAN KEPADA KITA…bukannya susah…tunaikan segala perintah…jauhi laranganNya..semoga kita di kalangan insane-insan yang beriman dan bersyukur…J

Tuesday, October 20, 2009

Muhammad Fathi

Alhamdulillah, sehari lagi aku dihidupkan oleh Allah taala dengan nikmat sihat, iman dan Islam.Muhammad masih terlena, tapi sebentar sahaja. bila terasa ketiadaanku disisinya. otaknya mula sedar dan tangannya mula mengagau mencari aku. matanya pula secara automatik akan terbuka. walaupun kadangkala dilihat begitu sukar untuk membuka mata akibat masih mengantuk. aku suka bila dia buka mata wajah aku yang dpandangnya, dan terus sikecilku itu tersenyum. saat itu kurasa saat paling best sekali, best sangat...yelah...anak permata hati kita. hari ni, dia pandai dah nak merengek bila dia tengok aku bersiap nak ke sekolah. mungkin disebabkan aku cuti tiga hari baru ni. asyik melayan dia je..hari ni dia dah tau yang aku akan meninggalkan dia sebentar. mak angkat dia masuk buai..masih lagi merengek sambil matanya tak lepas memandang aku. akhirnya kuangkat semula dari buai dan kudukung menemaniku sarapan...sehingga dia boleh tergelak semula...akibatnya aku lambat keluar ke sekolah.mak bawa muhammad melihat keberangkatan pergi aku ke sekolah. kaki kecilnya melonjak-lonjak saat aku melambai-lambai dari dalam kereta..takpe sayang...umi pergi sekolah kejap je..petang kang umi balik laa...
Muhammad Fathi...nama itu diberikan oleh arwah suamiku. pada mulanya aku mencadangkan nama Muhammad Muaz, tapi dia tak setuju..maknanya mendalam..begitu sesuai dengan apa yang Allah aturkan buat kami semua. Fathi= pembukaanku/kemenanganku.. pembukaan bagi hidup baruku dan kemenangan buat arwah suamiku. kenapa aku panggil Muhammad...tidak fathi?...mak-mak sedara dan pak-pak sedara sebelah arwah abang memanggilnya Fathi, tapi disebelah aku semua memanggilnya Muhammad, tapi aku melarang nama itu disingkat jadi mamat atau mat...biar penuh, MUHAMMAD..Aku panggil Muhammad sebab..1 - sempena nama Nabi Muhammad ( yang terpuji) Nabi Muhammad pun dilahirkan yatim. Muhammad pun sama.
2- sebab, kami suami isteri meminati adik Muhammad Al-Hafiz kecil tu...ingat lagi waktu aku kat sarawak mula-mula mengandungkan Muhammad, arwah abang datang melawat aku disana. bersamanya dibawa keratan akhbar tentang kejayaan adik Muhammad tu...kalau boleh dia nak anaknya jadi macam tu jgk...tinggi cita-citanya...besar juga amanah yang terpikul dibahuku..Dia juga pernah brpesan supaya anak itu menurut jejak langkahnya iaitu menghafaz Al-Quran.

Enjang pernah kata, muhammad ni sesuai jadi mudir madrasah. sebab muka seriusnya.. jarang sekali dia senyum pada orang yang tidak dikenalinya. selalunya kalau dia pandang orang pun tak lama, mesti dialihkan pandangannya. mak kata dia malu...tah la ikut sape tu?.doa umi, semoga permata hati umi ini menjadi anak soleh, beriman, bertaqwa dan berilmu dan beramal dengan ilmunya. semoga Muhammad Fathi menjadi seorang hafiz Al-Quran, Alim dan Mufti..

Monday, October 19, 2009

ayahandakku..

Namanya Mohd Salehudin bin Abdullah.umur bape ek…aku rasa dlm area 46-48thn..kategori muda lagi la. Dia adik mak aku yang ke…bap eek…kena kira jap…sbb mak aku ni banyak adik…yang ke4 bongsu. Tahun lepas dia disahkan mengidap kanser usus. Setelah menjalani pembedahan dan kimoterapi sebanyak 6 kali. Badannya jauh berubah. Terlalu susut. Mungkin kesan dari kimoterainya. Ingatkan penderitaannya berakhir disitu, rupanya tahun ini, doctor mengesahkan bahawa kansernya telah merebak ke hati. Dan yang paling membimbangakn 80% hatinya telah dijangkiti dan juga beberapa organ lain. Minggu lepas, wan kata matanya juga telah bertukar menjadi kuning dan perutnya membusung keras. masyaAllah…ya Allah ya tuhanku…Engkau yang Maha Pengasih, maha penyayang…aku bermohon padamu ringankanlah penderitaan saudaraku itu. Ampunilah segala dosa-dosanya. Jadikanlah dia seorang yang sabar dan tabah menghadapi segala ujianMu ini.. sembuhkanlah dia ya Rabbi…

Aku sedih sangat melihat penderitaan dia sebenarnya. Dulu disaat aku tidak diterima masuk ke mana-mana sekolah menengah (sebab tak hantar boring…)dialah yang mengambil aku dan membawa ke sekolah tempatnya mengajar. 4 tahun aku tinggal dengannya. Jasanya padaku bukan sedikit.

Masih terbayang di ruang mataku, saat kami berkonvoi beramai-ram,ai ke Cameron highland 3 tahun lepas. Percutian yang sangat menyeronokkan. 3 buah myvi dan 1 toyoto tua miliknya. Percutian itu menjadi memori manis kami dan masih disebut-sebut. Tapi kini…dia lemah tidak berdaya.. semoga semangatnya terus membara melawan penyakitnya, dan semoga suatu hari Allah mengabulkan doa-doa orang –orang yang menyayaginya…supaya aku boleh lihat kembali senyuman cerianya ,menghiasi wajahnya. Gurau sendanya memeriahkan suasana..Dan kudrat keringatnya kembali mengalir membasahi bumi Pahang dengan baktinya untuk membangunkan anak bangsa ini. Amin…


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

dharurat , hajiyat or tahsiniyat...


Dalam kehidupan seharian kita, nak tak nak kita pasti akan berdepan dengan persoalan yang melibatkan tiga perkara ni. Banyak menda dalam hidup ni memerlukan kita berfikir panjang sebelum membuat sebarang keputusan. Takut juga nanti keputusan yang kita ambil salah. Seterusnya menjadikan masalah kepada kita di hari muka. Jika kita mempelajari fiqh aulawiyat, tentu tidak sukar kita membuat keputusan.

Begitu juga aku…dulu, aku banyak merujuk kepada suamiku dalam membuat sebarang keputusan, selain berdoa kepada Allah. Tapi kini, setelah pemergiannya, semuanya perlu aku lakukan sendirian. Maka aku perlu membuat keputusan yang bijak supaya aku tidak menyesal di kemudian hari. Baru-baru ni, aku berdepan dengan persoalan PERLUKAH AKU MEMBELI KERETA BARU?...persoalan itu semakin hari semakin menyasak benakku. Kumulakan langkah mencari jawapan dengan menunaikan solat istikharah dua rakaat…setelah kuselidiki hati dan mimpi..Lantas kuambil sehelai kertas kosong. Tujuannya supaya aku merasionalkan pemikiranku tadi. Lantas ku cari jawapan samada kereta itu satu dharurat atau hajat atau untuk tahsiniyat. Setelah diambil kira beberapa aspek, termasuk aspek poket…maka aku pun melangkah ke soon fuat auto sdn bhd…

Setelah hampir tiga minggu menunggu…jeng..jeng..jeng…maka, aku berhasil mendapatkan sebuah kereta baru..CCM 4089. Emm…cukuplah sekadar aku selesa untuk berulang alik sejauh 86km setiap hari kesekolah. Ikutkan nafsu, memang Honda civic atau jazz kusambar…tapi aku ikutkan poket..justeru, sekadar persona se jadi milikku…apakan daya…ukur baju dibadan sendiri laa beb!..lupa…aku lum snap gambo persona aku lagi…nanti la aku masukkan..aku pinjam gambo kat atas tu laa dulu...cute wa cakap lu…heheh..mesti saroi jelezzz tahap gaban ni…haha…alhamdulillah ‘ala kulli hal…

Wednesday, October 14, 2009

tragedi 030409 siri 2

Sepanjang malam aku tidak dapat melelapkan mata. bayiku yang terlena diatas katilnya hanya diam shaja. Sesekali dia bergerak menandakan kehausan. aku memejamkan mata. terbayang senyumannya. aku membuka mata semula. merenung dalam kegelapan. benarkah? benarkah berita yang kuterima siang tadi. benar! jika tidak masakan polis datang melawatku petang tadi. mereka juga menceritakan serba sedikit tentang kejadian tersebut. kenapa begitu sukar aku menerima hakikat ini...
Pagi menjelma..selepas semalam aku berfikir, kurasakan kebenaran sedikit demi sedikit menyelinap dalam hatiku. Aku meraung melepaskan segala rasa dalam jiwa yang kupendam semalaman. terbayang bagaimana hidupku nanti tanpanya. hatiku bertambah sayu pabila kulihat wajah mulus bayiku yang tidak mengerti apa-apa.
Kepalaku masih kosong saat mula aku menerima berita tersebut sehinggalah aku dibawa keluar dari wad. airmataku tidak henti-henti mengalir. tidak dapat kutahan. seolah-olah aku tidak mampu mengawal pengalirannya. seumpama empangan yang pecah. mujurlah ada emak dan kakak aku yang menguruskan bayiku.
Hari ahad, 3.00ptg, aku sampai kerumah. sesampainya ke rumah. tetamu telah memenuhi rumahku. hari itu, ayahku membuat kenduri tahlil untuk arwah. sekali lagi aku tidak dapat menahan perasaan. ayah berusaha memujukku dengan kata-kata yang menusuk hatiku. ingatlah Allah...semuanya telah tertulis di luh mahfuznya. kita hambaNya tidak dapat menghalang ketentuannya. aku menyedari hakikat kata-kata itu dan tangisanku semakin perlahan dan akhirnya aku terlena kepenatan. terlena dalam kesakitan dan kesedihan. semoga Allah mengampunkan dosa aku meratapi pemergiannya. sejak hari itu, hanya kaset bacaan Al-Quran yang kudengar dari walkman sahaja dapat menenangkan aku dalam pantang itu..

Monday, October 12, 2009

dear diaryku (2)...

(gambar muhammad dan thaqif)

Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan usiaku hari ini. Hari ni memulakan hidup seawal 5.00pg..muhammad masih lena. selalunya aku bangun dia pun terjaga gak. pagi-pagi lagi aku mendegar perkhabaran tentang ayahandak yang semakin lemah. kesian ayahandak, kanser ususnya mungkin telah merebak ke hati...Ya Allah, Kau ringankanlah penderitaan bapa saudaraku dan ampunilah dosa-dosanya. Allah Maha penyayang, maha pengasih. Dia tidak pernah menjadikan sesuatu itu sia-sia. Allah akan ampuni dosa-dosa kita yang sakit sehingga kita sembuh even kalau kita tercucuk duri pun. Subhanallah... cuma kadangkala disaat kita sihat, selalu kita melupakanNYa. bila dah sakit baru kita nak mengadu padanya. kadangkala,kita tak sedar pun bila kita sihat semula. sedar-sedar dah hilang batuk, dah ok selsema...itulah manusia..yang pelupa..
Muhammad bangun pukul 6.30pg. diam je tengok aku di sejadah. tergolek-golek sorang, aku pun menghampirinya. bermain-main dengannya sampai aku leka jam sudah menunjukkan pukul 7 lebih. selalunya dia akan mengantuk semula, tapi hari ni seronok sangat bermain. mungkin sebab aku bercuti kot. kul 9 lebih, barulah aku memandikan dia.
sahabat2 mak datang kul 10.30 untuk taalim. muhammad mak bawa awal ke atas. waktu aku ke atas kulihat dia diam di pangkuan umi. emm..alhamdulillah Allah kurniakan aku anak yang tak banyak karenah. sepanjang majlis pun dia diam sahaja mendengar org membaca taalim.
tengahri aku pi kenduri kesyukuran pakcik majid yang akan berangkat ke tanah suci. ya Allah ya tuhanku, izinkan aku juga menjadi tetamuMu..
walaupun sinar hidupku terasa kusam, walaupun ingatanku terhadapnya selalu menjengah, walaupun sukar untukku kikis rasa ini...aku bersyukur padaMu Ilahi...sekurang-kurang aku ada Muhammad yang menyerikan hati dan hidup ini pabila aku membuka mata setiap hari...untuk meneruskan perjuangan ini..

kembara hidup di bumi kenyalang (1)




Surat tawaran itu masih digenggamanku. Berkali-kali aku membaca tempat bertugas yang dinyatakan. Ribuan kilometer jauhnya dari tanah tumpah darahku. apakah tegar aku berjauhan dengan insan-insan tersayang dalam hidupku?
Namun, apabila kufikirkan inilah peluang. peluang untuk aku mengubah kehidupan dan mencapai cita-cita yang terpendam sedari kecil. jiwa pendidik dalam diriku meronta-ronta memujuk aku untuk menerima tawaran. " betul ke awak nak gi ni ju?" mak bertanya sekian kalinya. mungkin tidak percaya dengan keputusan yang telah kubuat. dalam keluarga aku, mak dan apak memberi kebebasan bagi kami adik-beradik membuat keputusan. selagi tidak melanggar syara'Nya. "inSyaallah mak.." jawabku ringkas.
Tekadku telah menerbangkan aku ke bumi itu. saat aku berada di dalam perut kapal terbang, beberapa kali aku mengulangi bacaan yasin. mungkin kerana gementar menguasai pabila kapal terbang sesekali bergegar melanggar awan. Maklumlah pengalaman pertama!. Di dalam pesawat itu, kesemua 170 orang guru-guru j-qaf dari semenanjung malaysia dihimpunkan untuk diterbangkan sekaligus ke bumi di seberang lautan china selatan itu.
Pesawat itu selamat mendarat. Kami dikumpulkan mengikut maktab perguruan masing-masing dan dibawa menaiki bas menuju ke maktab tersebut. Mataku tidak leas memandang sekeliling sepanjang perjalananku. sesekali kufikir, aku ibarat rusa masuk kampung. Ya, aku tidak mahu lepas melihat pemandangan bandaraya kuching yang sebelum ini hanya kulihat melalui tv sahaja. sebelum sampai ke maktab kami. aku sempat mengira jumlah gereja yang aku nampak sepanjan perjalanan iaitu sebanyak 5 buah, tapi masjid hanya sebuah sahaja iaitu didalam Maktab Batu lintang itu sahaja. Mungkin tidak kelihatan di tepi jalan, bisik hatiku.
Sesampai di Maktab Batu Lintang kami mendaftar. walaupun letih seharian di dalam perjalanan namun aku gagahi juga langkah ini sehingga sampai ke bilik penginapanku. Sebilik denganku, gadis manis dari kedah, munirah..
Kami dihidangkan dengan pelbagai taklimat dan kursus sebelum melangkah kaki ke sekolah masing-masing. mujurlah aku ditempatkan di bandar kuching. tidak seperti sesetengah sahabat yang terpaksa meredah ombak, menaiki bot dan kenderaan pacuan empat roda untuk sampai ke sekolah. aku juga telah berkenalan dengan sahabat sesekolah denganku. setiap sekolah ditempatkan tiga orang guru j-qaf. disinilah aku mula mengenali sahabat yang sungguh mulia, iatu Kak La..sahabat sej-qaf dan sesekolah denganku..
Sampailah masa aku bertolak kesekolah. aku masih ingat hari itu. Isnin 14hb Februari 2005. SK Rakyat Jln Hj Bolhassan.. nama sekolahku..bagaimanalah keadaan sekolah itu? bagaimana dengan guru-guru dan murid-muridnya? pesoalan itu menimbulkan debar didadaku ketika melangkah kaki ke sekolah tersebut....

Tazkiyatun Nafs



Allah berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 185 yang bermaksud, “Setiap yang hidup pasti akan merasai mati”.

MATI…@ MAUT..@ MENINGGAL DUNIA…perkataan-perkataan yang biasa kita dengar setiap hari. Setiap saat, ada sahaja makhluk Allah di muka bumi ini akan mati @ maut @ meninggal dunia..perkataan yang pelbagai tetapi mempunyai makna yang satu. “ alah…mati, biasalah…semua orang akan mati…” kebiasaannya yang membuatkan kita sudah lali dengan perkataan tersebut. Tetapi, apakah kelalian kita itu sampai ke akal kita? Apakah kebiasaan kita tidak meninggal apa-apa kesan di hati kita?

Pelbagai sebab manusia untuk maut. Ada disebabkan sakit yang berat seperti sakit jantung, darah tinggi, kanser dan sebagainya. Tidak kurang juga disebabkan sakit yang ringan seperti demam, sakit perut, pening kepala dan lain-lain. Di Malaysia, kemalangan jalan raya merupakan penyebab utama kematian rakyat Malaysia selain, jantung, darah tinggi dan kanser. Apa yang dinyatakan tadi sekadar penyebab untuk berlakunya kematiaannya sedangkan,ajal, maut kita semua telah ditentukan oleh Yang Maha Penentu, Allah taala.

Kita seringkali terlalai dari menyedari bahawa maut sentiasa menyintai. Terasa maut amat jauh dari kita. Atau mungkin kita terfikir, mustahil maut mengunjungi kita di saat ini. “Aku masih muda..masih punya anak, punya cita-cita.. banyak lagi impian dunia ini yang belum tercapai..takkan aku nak mati sekarang”…barangkali itulah fikiran kita yang hanyut dalam arus dunia ini. Sedarkah saudaraku, maut tidak akan menunggu kita walau sesaat. Bila dan dimana maut menjemput kita, tidak kita ketahui. Itu semua rahsia Ilahi yang dirahsiakan dari hambaNya.

Mungkin di saat kita bergembira meraikan sesuatu kejayaan. Ia datang tanpa tanda. Seandainya kita tergolong dalam golongan beriman dan soleh, beruntunglah kita kerana maut datang dengan tanda-tanda yang kita sahaja mengetahuinya. Tidak mampu kata-kata menafsirkan bicara tentang maut yang akan mendatang. Ianya tidak mungkin difahami oleh orang tersayang. Sidia tersayang mungkin mengabaikan sahaja kata-kata kita disebabkan sihatnya kita. Atau sekadar karutan yang tidak bermakna baginya kerana kebiasaannya maut datang disebabkan sakit atau derita yang berpanjangan.

Walau apa-pun keadaan, kita perlu sentiasa bersedia. Tidak kira kita masih muda belia, atau warga emas. Samada sakit derita atau sihat bahagia. Bersedialah menerima hakikat yang setiap manusia pasti akan menghadapinya. Tidak perlu gementar andai bekalan sentiasa dibawa. Ianya satu perjalanan yang pasti untuk menuju akhirat yang abadi.

Friday, October 9, 2009

dear diaryku...

Hari ni...cam biasa, muhammad bangun awal pagi ni, kul 6.10 mulutnya dah bising memanggil orang. camtu la kalo takde org kat sebelah dia, bisinglah dia...bertolak ke sekolah jam 6.47...emm...rasanya lambat lagi la aku sampai sekolah arini...CAP sekali lagi wat hal...gear payah nak masuk, aaiii...sabaarlah hati...dah la aku nak cepat ni...rasa hati aku memang tak nak bawa dah keta tua ni, tapi camne aku nak ke sekolah, lagipun keta tua ni la banyak jasa kat aku...BERSYUKURLAH APA YANG ADA dan HARGAILAH SELAGI ADA...emmm...best bunyi tu..kata-kata pegangan aku sejak pemergian sidia tersayang...akhirnya aku selamat sampai ke sekolah jam 7.35pg...dengan semangat berkobar-kobar aku melangkah kaki ke sekolah, semoga hari ni ada manafaat yang aku curahkan buat anak bangsaku..

tragedi 030409 siri 1

" Kak, ada berita tak baik nak bagitau ni..."dengan berhati-hati adikku mengeluarkan kata. Aku yang masih terbaring kesakitan hanya merenung mukanya yang serba salah. "emm...pe dia?"aku bersuara lemah. " Abg Fuad accident pagi tadi...dia...dia...." tersekat-sekat adikku bersuara. sambil airmatanya menitik. tanganku makin erat digenggam."kenapa? pe jadi ngan abg?."aku tak sabar menunggu berita seterusnya." kak, abg fuad dah takde!.."ttipu!tipu!..." aku tak percaya...
" betul, mak dan ayah dia pun meninggal sekali.."mak menyampuk sambil menenangkan aku yang meronta-ronta..." sabarlah ju, semua ni ketentuan Allah.." aku terdiam sambil memejamkan mataku..keliru!..

Masih terbayang di mataku...
kucupan terakhir abg di dahiku sebelum dia melangkah pergi, aku berpesan padanya supaya datang awal pagi ni kerana bayi yang baru aku lahirkan sejam yang lalu masih berpakaian dengan pakaian yang dibekalkan oleh hospital. mujurlah anakku diam sahaja semasa diazankan oleh abahnya tadi. mak mertuaku yang melihat cucu yang ditunggu itu sekadar tersenyum dan berkata, " cerdik budak ni...selalunya baby tidur je lepas lahir, tapi dia..bulat mata tengok orang.." aku sekadar tersenyum melihat mak dan cucunya. ayah yang masuk selepas itu hanya tersenyum melihat cucu barunya.
Kini...
Abang dah meninggal dunia?soalan itu berlengar-lengar di kepalaku. aku masih diam membisu. tanpa airmata, kepalaku kosong...mak, ayah pun dah takde..betul ke?...tapi takkanlah mak nak menipu plak, itu soal hidupp dan mati, bukan perkara main-main..
Aku membuka mata melihat sekeliling. aku tidak bermimpi. perlahan-lahan jariku mencubit lenganku...ya, aku tidak bermimpi, aku sedar dan terasa sakitnya...betulkah berita yang kudengar tadi..adikku memandangku sayu, mak mengesat airmatanya. inah masih menjauh, tak berani mendekatiku..abg yi dan saroi juga begitu...menjauh tanpa alasan..
Petang itu, aku dikunjungi sekumpulan polis. aku terdiam. benarkah apa yang menimpaku...kenapa polis yang datang? aku mendambakan kehadiran suamiku...anakku juga perlukan abahnya..kenapa wajah-wajah yang kutunggu tidak muncul-muncul..aku masih keliru dan tidak percaya...

Tuesday, October 6, 2009

muhasabah diri..

Meminjam kata-kata dari Pahrol mohd juoi, (Anis Oktober 2009, ms: 33)
ANDAI DIA PERGI DULU SEBELUMMU..
Andai dia pergi dulu sebelummu, sepuhlah airmata dan teguhkanlah jiwa. Kita yang masih hidupperlu menyambung perjuangannya. Tidak mengapa bersedihlah seketika. Itu fitrah jiwanamun, bersederhanalah kerana esok kau mesti bangkit semula. Katakana pada diri…ya…kau telah pergi, pergi bersama doaku. Kau tunggu disana, pasti aku akan menyusul nanti!.
Andai dia pergi dulu sebelummu,tanyakan pada hatimu yang sebati dengan hatinya, apa yang dia inginkan jika dia masih disis? Renung wajah anak-anakmu, lontarkan fikir melampaui kesedihan. Anak-anakmu punya masa depan. Di tanganmu segala cita-cita dan harapan. Jangan sampai nestapa ini menjadi halangan. Apakah kau tega mengecewakan?.
Andai dia pergi dulu sebelummu, katakan pada diri, akanku galas amanah ini. Sekiranya terpaksa bertongkat dagu pun, aku tidak akan lemas dipagut sendu. Berjuanglah, agar dia bias senyum di barzakh itu. Oleh nukilan doa anak yang soleh dan solehah. Kalau benar cinta itu setia, anak-anak itulah titiannya. Di jambatan munajat, di aman ibadat, tentu ada sungai pahala, yang mengalir selamanya.
Andai dia pergi dulu sebelummu,walaupun dia tidak akan kembali lagi, tetapi itu akhir pertemuan. Dulu kita bertemu untuk berpisah,kini kita berpisah untuk bertemu. Inilah jalan takwa yang telah dilalui oleh Siti Aishah, Siti Habshah, Ummu Salamah, Mariah Qibtiyyah apabila ditinggalkan Rasulullah. Syukur kau terpilih untuk melalui jalan mujahadah. Mujur kau ditakdirkan merasa mehanah Ilahi-tradisi hidup Ummahatul Mukminin yang ditinggal suami!
Anadai dia pergi dulu sebelummu, sibukanlah dirimu. Beribadatlah sehingga kau letih untuk merasa sedih. Gembirakanalah hatimu dengan menggembirakan orang lain. Carilah peluang kebajikan dan kebaikan yang bertaburan. Apabila sesekali rasa sedih dating tanpa diundang, berwudhuk dan bacalah Al-Quran. Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu satu kerehatan. Begitulah setiap kali Rasulullah SAW apabila tersa gundah..diadukan kesedihan kepada Allah.
Andai dia pergi dulu sebelummu, bisikan ke dalam hatimu yang paling dalam. Dia bukan milikku. Dan aku juga bukan miliknya. Pemilik segala ialah Al-Malik. Dialah yang memiliki dan menguasai segala-galanya. Pada kita hanyalah amanah, sampai masanya terpaksa diserah. Jangan ada rasa dimiliki, dan jangan ada rasa memiliki. Apabila terasa sepi, jangan katakana aku sepi…katakana padaku sentiasa ada pemerhati.

Monday, October 5, 2009

macam-macam :(

Dah lama aku tak nulis ape2 kat sini...arini rasa cam byk ngat menda nak tulis...aku start ngn alkisah CAP ku...

i) CAPku sayangi...khamis dulu, aku rasa cam semacam je bila aku gi sekolah, kuar umah ok lagi, sampai depan skju gear tak masuk2...berderum2 ah bunyinya..aik, guano ni...lepas ke tak ke sekolah, perjalanan aku ke sekolah jauh lagi, tiap ari aku drive ke sekolah hampir 43km..ni baru tak sampai 1km dah wat hal...CAP ko biar bebetul..huhuhu...last2 aku pusing skju, takut2 kalau aku dah jauh, makin susah aku kalau jadi ape2...nasib baik la bila sampai depan skju, gear masuk dengan selamatnya...alhamdulillah... ok la..aku pun terus ke sekolah dengan senang hati...lalala...

Untuk menyedapkan hati aku, aku pun tipon abg yi...tanya mane bengkel yang ok ckit...almaklumlah aku ni pompuan, mana ler reti bab2 keta ni...abg yi rekemenkan sebuah bengkel kat temerloh...emmm...KUJAN..unik namanya...aku pun cari ler...

"kak, akak punya minyak gear ni lama dah tak tukar kot".." emm...akak pun tak tau la dik, ni bukan keta akak..tukar la mana patut..."aku menyerahkan segalanya pada budak pomen tu...memang berisiko skit ler sebeno nye...kotnya dia suruh tukar banyak...parah aku!..baik aku tukar keta baru jer...hehe...nasib baik la KUJAN ni org melayu, islam yang baik sikit, jujur ler...dia beri penerengan tentang drive sharft (betui ke aku eja ni?...:)) aku yang dah koyak,aku tengok memang ada koyak ler...selamat lagi ke kalau tak tukar? aku tanya budak tu...tapi setiap kali aku masuk simpang or selekoh, dah ada bunyi kat tayar belah kiri tu...untuk selamat aku pun tukar la...melayang la...RM300++...huhu...keta lama...nak wat camne...:)

ii) Balik dari Kujan, aku nak tipon kak n saroi...tipon kak nak tanya kabo kesihatannya, dengar citernya...dia kurang sihat, saroi plak nak tanya kabo kancilnya...dengar kabo dia test power kancilnya dengan melanggar lori, agak2 kemek lori tu kot..hehe..3,4 hari dah kejadian dia melanggar lori tu...dia mms gambar kancil tu...emmm...memang power, terkopak gak la bumpernyer...camtu ler agaknya terkopaknye duit dia..sampai umah, aik...ada lak NAN 1936 ni..honda civic akak aku tersadai kat parking umah...rupa-rupanya sesudah solat subuh pagi tadi, sebelum burung keluar dari sarangnya, kak dan dua anak daranya dah kuar berangkat ke jengka...dalam 2 jam setengah dia drive dari nilai ke jengka...fuh!..leh tahan akak aku ni merempit...aku tau dia susah hati, anak kecilnya tinggal kat jengka dengan suaminya, abg amin dah berhenti kerja di nilai, then dia kerja sendiri di jengka.. baby anas baru 2 bulan n terpaksa berjauhan dengan akak aku..sian budak comel tu...ni gambar dia baru siap mandi...penuh bedak kat pipi..

http://4.bp.blogspot.com/_rLsQuYqiuNo/SslmRiKa3vI/AAAAAAAAABQ/yB8RRgfQc-M/s320/raya+09+056.jpg