Monday, October 12, 2009

kembara hidup di bumi kenyalang (1)




Surat tawaran itu masih digenggamanku. Berkali-kali aku membaca tempat bertugas yang dinyatakan. Ribuan kilometer jauhnya dari tanah tumpah darahku. apakah tegar aku berjauhan dengan insan-insan tersayang dalam hidupku?
Namun, apabila kufikirkan inilah peluang. peluang untuk aku mengubah kehidupan dan mencapai cita-cita yang terpendam sedari kecil. jiwa pendidik dalam diriku meronta-ronta memujuk aku untuk menerima tawaran. " betul ke awak nak gi ni ju?" mak bertanya sekian kalinya. mungkin tidak percaya dengan keputusan yang telah kubuat. dalam keluarga aku, mak dan apak memberi kebebasan bagi kami adik-beradik membuat keputusan. selagi tidak melanggar syara'Nya. "inSyaallah mak.." jawabku ringkas.
Tekadku telah menerbangkan aku ke bumi itu. saat aku berada di dalam perut kapal terbang, beberapa kali aku mengulangi bacaan yasin. mungkin kerana gementar menguasai pabila kapal terbang sesekali bergegar melanggar awan. Maklumlah pengalaman pertama!. Di dalam pesawat itu, kesemua 170 orang guru-guru j-qaf dari semenanjung malaysia dihimpunkan untuk diterbangkan sekaligus ke bumi di seberang lautan china selatan itu.
Pesawat itu selamat mendarat. Kami dikumpulkan mengikut maktab perguruan masing-masing dan dibawa menaiki bas menuju ke maktab tersebut. Mataku tidak leas memandang sekeliling sepanjang perjalananku. sesekali kufikir, aku ibarat rusa masuk kampung. Ya, aku tidak mahu lepas melihat pemandangan bandaraya kuching yang sebelum ini hanya kulihat melalui tv sahaja. sebelum sampai ke maktab kami. aku sempat mengira jumlah gereja yang aku nampak sepanjan perjalanan iaitu sebanyak 5 buah, tapi masjid hanya sebuah sahaja iaitu didalam Maktab Batu lintang itu sahaja. Mungkin tidak kelihatan di tepi jalan, bisik hatiku.
Sesampai di Maktab Batu Lintang kami mendaftar. walaupun letih seharian di dalam perjalanan namun aku gagahi juga langkah ini sehingga sampai ke bilik penginapanku. Sebilik denganku, gadis manis dari kedah, munirah..
Kami dihidangkan dengan pelbagai taklimat dan kursus sebelum melangkah kaki ke sekolah masing-masing. mujurlah aku ditempatkan di bandar kuching. tidak seperti sesetengah sahabat yang terpaksa meredah ombak, menaiki bot dan kenderaan pacuan empat roda untuk sampai ke sekolah. aku juga telah berkenalan dengan sahabat sesekolah denganku. setiap sekolah ditempatkan tiga orang guru j-qaf. disinilah aku mula mengenali sahabat yang sungguh mulia, iatu Kak La..sahabat sej-qaf dan sesekolah denganku..
Sampailah masa aku bertolak kesekolah. aku masih ingat hari itu. Isnin 14hb Februari 2005. SK Rakyat Jln Hj Bolhassan.. nama sekolahku..bagaimanalah keadaan sekolah itu? bagaimana dengan guru-guru dan murid-muridnya? pesoalan itu menimbulkan debar didadaku ketika melangkah kaki ke sekolah tersebut....

No comments:

Post a Comment