Monday, October 12, 2009

Tazkiyatun Nafs



Allah berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 185 yang bermaksud, “Setiap yang hidup pasti akan merasai mati”.

MATI…@ MAUT..@ MENINGGAL DUNIA…perkataan-perkataan yang biasa kita dengar setiap hari. Setiap saat, ada sahaja makhluk Allah di muka bumi ini akan mati @ maut @ meninggal dunia..perkataan yang pelbagai tetapi mempunyai makna yang satu. “ alah…mati, biasalah…semua orang akan mati…” kebiasaannya yang membuatkan kita sudah lali dengan perkataan tersebut. Tetapi, apakah kelalian kita itu sampai ke akal kita? Apakah kebiasaan kita tidak meninggal apa-apa kesan di hati kita?

Pelbagai sebab manusia untuk maut. Ada disebabkan sakit yang berat seperti sakit jantung, darah tinggi, kanser dan sebagainya. Tidak kurang juga disebabkan sakit yang ringan seperti demam, sakit perut, pening kepala dan lain-lain. Di Malaysia, kemalangan jalan raya merupakan penyebab utama kematian rakyat Malaysia selain, jantung, darah tinggi dan kanser. Apa yang dinyatakan tadi sekadar penyebab untuk berlakunya kematiaannya sedangkan,ajal, maut kita semua telah ditentukan oleh Yang Maha Penentu, Allah taala.

Kita seringkali terlalai dari menyedari bahawa maut sentiasa menyintai. Terasa maut amat jauh dari kita. Atau mungkin kita terfikir, mustahil maut mengunjungi kita di saat ini. “Aku masih muda..masih punya anak, punya cita-cita.. banyak lagi impian dunia ini yang belum tercapai..takkan aku nak mati sekarang”…barangkali itulah fikiran kita yang hanyut dalam arus dunia ini. Sedarkah saudaraku, maut tidak akan menunggu kita walau sesaat. Bila dan dimana maut menjemput kita, tidak kita ketahui. Itu semua rahsia Ilahi yang dirahsiakan dari hambaNya.

Mungkin di saat kita bergembira meraikan sesuatu kejayaan. Ia datang tanpa tanda. Seandainya kita tergolong dalam golongan beriman dan soleh, beruntunglah kita kerana maut datang dengan tanda-tanda yang kita sahaja mengetahuinya. Tidak mampu kata-kata menafsirkan bicara tentang maut yang akan mendatang. Ianya tidak mungkin difahami oleh orang tersayang. Sidia tersayang mungkin mengabaikan sahaja kata-kata kita disebabkan sihatnya kita. Atau sekadar karutan yang tidak bermakna baginya kerana kebiasaannya maut datang disebabkan sakit atau derita yang berpanjangan.

Walau apa-pun keadaan, kita perlu sentiasa bersedia. Tidak kira kita masih muda belia, atau warga emas. Samada sakit derita atau sihat bahagia. Bersedialah menerima hakikat yang setiap manusia pasti akan menghadapinya. Tidak perlu gementar andai bekalan sentiasa dibawa. Ianya satu perjalanan yang pasti untuk menuju akhirat yang abadi.

No comments:

Post a Comment