Wednesday, October 14, 2009

tragedi 030409 siri 2

Sepanjang malam aku tidak dapat melelapkan mata. bayiku yang terlena diatas katilnya hanya diam shaja. Sesekali dia bergerak menandakan kehausan. aku memejamkan mata. terbayang senyumannya. aku membuka mata semula. merenung dalam kegelapan. benarkah? benarkah berita yang kuterima siang tadi. benar! jika tidak masakan polis datang melawatku petang tadi. mereka juga menceritakan serba sedikit tentang kejadian tersebut. kenapa begitu sukar aku menerima hakikat ini...
Pagi menjelma..selepas semalam aku berfikir, kurasakan kebenaran sedikit demi sedikit menyelinap dalam hatiku. Aku meraung melepaskan segala rasa dalam jiwa yang kupendam semalaman. terbayang bagaimana hidupku nanti tanpanya. hatiku bertambah sayu pabila kulihat wajah mulus bayiku yang tidak mengerti apa-apa.
Kepalaku masih kosong saat mula aku menerima berita tersebut sehinggalah aku dibawa keluar dari wad. airmataku tidak henti-henti mengalir. tidak dapat kutahan. seolah-olah aku tidak mampu mengawal pengalirannya. seumpama empangan yang pecah. mujurlah ada emak dan kakak aku yang menguruskan bayiku.
Hari ahad, 3.00ptg, aku sampai kerumah. sesampainya ke rumah. tetamu telah memenuhi rumahku. hari itu, ayahku membuat kenduri tahlil untuk arwah. sekali lagi aku tidak dapat menahan perasaan. ayah berusaha memujukku dengan kata-kata yang menusuk hatiku. ingatlah Allah...semuanya telah tertulis di luh mahfuznya. kita hambaNya tidak dapat menghalang ketentuannya. aku menyedari hakikat kata-kata itu dan tangisanku semakin perlahan dan akhirnya aku terlena kepenatan. terlena dalam kesakitan dan kesedihan. semoga Allah mengampunkan dosa aku meratapi pemergiannya. sejak hari itu, hanya kaset bacaan Al-Quran yang kudengar dari walkman sahaja dapat menenangkan aku dalam pantang itu..

No comments:

Post a Comment