Wednesday, October 28, 2009

HATI OH HATI..

Mencari ketenangan sekeping hati...:)

Bagaimana hendak mengekalkan momentum ketenangan hati kala ini?..

hati...Rasulullah s.a.w pernah bersabda : "sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.apabila daging itu baik,maka baiklah seluruh anggota.dan apabila daging itu rosak,maka rosaklah seluruh anggota.ketahuilah,itulah hati."

Hati yang sentiasa berbolak balik. hati yang sentiasa menjadi taruhan diantara pertembungan iman dan nafsu. hati yang menjadi cerminan jiwa dan diri. Hati yang menjadi raja dan permaisurinya akal kurniaan Ilahi.
Seringkali hati kita resah gelisah, kadangkala riang gembira, tenang bahagia tidak kurang duka nestapa. kebiasaannya resah gelisah dikaitkan dengan dosa. titik hitam yang telah mecalari cerminan jiwa. Apabila terpalit
titik hitam di hati sedang diri terus lela dan lalai dengan dunia jadilah ia seketul hati yang keras dan liat dari menerima kebaikan dan sukakan kemaksiatan, lali dengan dosa, jauh dari taubat, dan hasilnya, apa yang keluar dari mulut adalah perkataan yang kotor, yang terzahir di fizikal dan kelakuan adalah akhlak yang tercela.
Hati yang tenang adalah cerminan dari kebersihan jiwa. jiwa yang sentiasa mengharapkan keampunanNya. jiwa yang selalu mendambakan rahmat dan kasih sayangNya. jiwa yang memerlukan hidayat petunjukNya.jiwa yang merindui tarbiyah dariNya dan mengharapkan mardhatillah sepanjang jalan kehidupannya. jiwa yang takut dihimpit noda dan dosa. apa yang terzahir dari jiwa sebegini adalah mulut yang sentiasa memuji Ilahi. Hati yang tidak lekang berzikir pada Yang Esa.Akhlak yang terzahir adalah sifat-sifat mahmudah. kuat dan tabah, redha dan sabar menghadapi segla mehnah Ilahi dan terus berpegang dengan taliNya.
Bagaimana untuk menjadikan hati tempat turunnya nur Ilahi? Allah berfirman : "sesungguhnya beruntung orang yang menyucikan jiwanya dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotori jiwanya."
bertaubatlah!..sesungguhnya Allah suka kepada orang yang bertaubat dan membersihkan dirinya.dan berdoalah kepada Allah supaya kita tidak kembali kepada dosa-dosa yang telah kita lakukan dahulu. tenangkan hati dengan solat-solat wajib dan sunat. bangunlah ketika orang lain sedang lena dibuai mimpi..saat itu adalah saat terindah dan paling tenang untuk kita mengadu segala kegelisahan hati dan kekacauan jiwa. berzikirlah dengan qalbi, qauli dan fikli...biarpun susah tapi bersabarlah kerana kemanisan yang dijanjikan pasti ada. semoga sinar Ilahi terus menyinari jalan hidup kita sehingga akhir hayat nanti.

No comments:

Post a Comment