Friday, July 30, 2010

terimalah cintaku..

Mentari pagi masih malu untuk muncul, menyorok di sebalik awanan suram..malu bak gadis sunti..desiran angin memupuk lembut menyapa wajahku..perlahan-lahan ku melangkah..indahnya pagi ini, alhamdulillah..udara yang nyaman, pagi yang tenang..



Namun, langkahku terasa kaku..rasa hatiku terasa layu..Allahu rabbi..



Aku hanya hambaMu yg dhaif..yang selalu lupa…aku terlalu memerlukanMu ya Rabbi..terlalu!



Pandanglah aku berkali2..Ya Allah..pandanglah..Jgn ngkau biarkan aku sendiri..tolonglah hambaMu ini..Ya Allah..



Aku takut Ya Allah..takut dengan nikmat kesenangan yang Kau berikan kini..aku takut dengan nikmat kelapangan yang kau berikan kini..Aku takut dengan nikmat kegembiraan yang Kau berikan kini, aku takut dengan nikmat senangnya berduit kini yang kau berikan..aku takut..aku takut andai itu ujian..ujian untuk menguji aku..aku takut ujian berbentuk kesenangan yg selalu membuat aku lupa dan alpa, berbanding ujian kesedihan dan kehilangan yang membuatkan tawakkalku padaMu makin menebal..



Ya Rahman Ya Rahim..aku cemburu dengan org2 yg Engkau sentiasa pandang..dengan pandangan kasih, dengan ujian yg tidak putus2..yg sentiasa Engkau ingatkan, yg sentiasa Engkau tarbiyahkan dengan sentakan-sentakan nikmat kesenangan..dengan sentakan-sentakan kesakitan..Engkau yg mengingatkan dikala mereka mula melupakan..di kala dunia mula menyapa dijiwa..



Aku tahu ya Allah..siapalah aku, apa yg kupertaruhkan untuk meraih cintaMu, apa yg kupertaruhkan untuk meraih redhaMu, apa yg aku boleh lelongkan untuk mendapat syurgaMu..tiada Ya Allah..tiada!..hanya Engkau yang Maha Kaya, Hanya Engkau yang Maha Pengasih, Hanya Engkau yang Maha Pengampun..Ampunkan aku ya Allah..Redhailah aku ya Allah..izinkan aku bertemu denganMu di jannah firdausMu..aku rindu saat itu..saat Kau memberi salam buat penghuni2nya..



Ya Allah ya tuhanku, kumpulkanlah kami yang saling kasih mengasihi keranaMu..temukan semula kami di taman abadi itu..hanya nikmat disana yang aku dambakan. Hanya pertemuan di sana yang kuharapkan…perkenankanlah ya Allah permintaan hambaMu ini..Amin ya Rabbal Alamin..

Monday, July 26, 2010

anakku sayang..

Salam ukhuwwah..
Masih di sekolah, berehat sebentar sambil melayari beberapa web wajibku..tetiba, rasa rindu menyapa..teringat pada sikecilku, Muhammad Fathi bin Muhamad Fuad..best kan nama dia, nama yg diberi oleh arwah abah dia, ngam je dgn nama abah dia..



Lahir, 03.04.2009.
Kelahiran yang dinanti, diiringi ujian yg betul2 mencabar iman..alhamdulillah, Engkau berkuasa atas segalanya..Maha Suci Engkau, yang mengatur sesuatu..aturan yg begitu halus dan lembut..perginya setelah semuanya selesai..alhamdulillah..Muhammad fathi, insane istimewa dan dipilih oleh Allah untuk menghadapi semuanya..

                                                                        hari kedua, tidur je..

Sepanjang 40hari, Muhammad Fathi jarang sekali menangis. Tidak pernah membebankan uminya.mungkin dia tahu uminya masih dalam kecelaruan dan kesedihan..Allahu Rabbi.betapa adilnya Dia..sekali pernah aku rasa sedih sgt..menangis teresak2..namun, seketika Muhammad Fathi terjaga merengek jua..meminta susu..jadi hilang segala rasa, apabila fikiranku tertumpu pada si kecil itu..aku perlu kuat dan tabah demi Muhammad Fathi..



60hari, di bawa terbang ke Sarawak..
muhammad diam saja sepanjang perjalanan yg ditemani mak..yg bestnya, bawa muhammad fathi yg berusia 60 hari naik bas ekspres utk ke kl..takde sape nk hantar, semua org kije..takpelah, berdikari..perjalanan pertamanya yang jauh..



                                               gambar muhammad fathi kat LCCT..gelap skit..


67hari,
Terbang balik ke bumi pahang..meninggalkan Sarawak yang penuh kenangan..syukran tak terhingga buat sahabatku, kak la dan kak mila atas segala bantuan..Allah jua yg membalasnya..


68hari hingga 90hari (3bln)
Berada di benta, kuala lipis..

Disebabkan penempatan baru aku masih kabur, aku ditempatkan di SK Benta atas sebab permohonan pertukaran aku sebelum ini di Kuala Lipis..maka, benta persinggahan pertama aku sejak bertugas di pahang. Muhammad Fathi baru berusia 3 bulan..mujurlah mak sentiasa mengikuti aku, kemana jejak kakiku berhenti, disitulah kami sekeluarga melepaskan lelah..di benta, aku bawa apak, mak, inah, dan Muhammad bersama tinggal di kuartes guru bt 3..kalau nk cerita pasal kuarters tu..sedih gak..tapi ingatan buat aku yg mudah lupa ini..syukur alhamdulillah, Allah mengizinkan aku menumpang di kuarters itu tanpa sebarang masalah biokrasi..aku tidak mengisi borang pun, salah sebanranya kalau mengikut prosedur, tapi aku hanya menumpang. Dalam masa 3 minggu aku tinggal disana, aku hanya bertilamkan toto yg nipis, tiada dapur, tiada kelengkapan untuk memasak langsung..kosong! aku hanya membeli makanan di luar dan makan dirumah. Tiada tv, tiada radio, hanya baldi sebiji dan alatan mandi sekadarnya..yg lain takde..hitter pun aku beli memandangkan Muhammad fathi sudah diberikan susu formula. Kawan2 baru di sk benta datang melawatku dirumah hanya menggeleng kepala..sedih katanya melihat kami tinggal begitu..ramai menawarkan barangan2 dapur mereka..aku tolak, aku yakin, aku hanya sementara di sana..kerana itu janji JPN kepadaku..sebenarnya di benta, kesihatan aku betul2 merudum..kepalaku berpusing berhari2..sehingga aku terlantar begitu saja, solat juga dalam keadaan duduk..ujian untuk menguatkan semangatku menghadapi hari2 mendatang..tekanan baranngkali..kerana ketika itu, sememangnya aku betul2 teruji dengan kerenah org yg tak faham bahasa..menagih sesuatu yg mustahil lewat pemergiannya baru 3 bulan..entahlah malas aku nak mengingatkan semua itu..segalanya ujian buat penguat iman..alhamdulillah..


                                                             baru pandai meniarap..


4bln..

Muhammad Fathi sudah pandai meniarap..

Umi bertukar tempat bertugas di Mentakab Pahang. Kami semua berpindah balik ke tempat kelahiranku, rumah ibu bapaku di Felda Jenderak Utara.


6bulan,
Muhammad fathi pandai menyusur dan melaju..



9 bulan,
Sudah berdiri dan memegang kerusi, meja dan perabot2..



10bulan, sudah mula berjalan dengan memegang tangan org..




1 tahun 6 hari,
Muhammad fathi sudah mula melangkah sendiri..



1thn 2 bulan,
Sudah pandai melompat
Suka azan kt tv dan buat2 mcm dialah bilalnya..



1 thn 3 bulan,
Sudah laju berlari..
Makin kuat menangis..
Sudah pandai memanggil wan, mi, (umi), nah (cik inahnya) kakak, ikan, susu..dalam pelatnya..
Sudah pandai membaca bismillahirrahmanirrahim..dalam bahasanya, dengar ee..man..eehim..
Terlalu suka pada kucing, sampai nak mati anak kucing tu dikerjakan..
Tak suka durian, nak termuntah bau durian..
Suka memanjat, semua meja sudah habis dipanjatnya termasuk mesin jahit..
Suka tarik kerusi kalau tak sampai nk capai barang yg tinggi..
Tiap2 hari mesti ada tanda kt dahi, kepala dll sebab Muhammad fathi budak hero..kalau dah kena tu,dengan sendirinya akan mencari minyak dan bawa kt org utk sapu kt tanda2 tu..



Itulah namanya Muhammad fathi,

Semoga Muhammad Fathi membesar sebagai hamba Allah yg soleh, berilmu dan bermanafaat kepada ummah..


ummu fathi,
skju,
10.20am..

Tuesday, July 20, 2010

Allah menyayanginya..kenangan arwah Zulfa Hanani

Salam ukhuwwah.

Anak sulung..disahkan positif hamil ketika usia perkahwinan baru mencecah 3 bulan. Sungguh teruja..terutama pada arwah abg..sebab dia memang sukakan kanak-kanak..
"Abg nak ank perempuan"..katanya..

"Syg nk anak lelaki"..kataku pula..
"Abg rasa abg silap doa la syg.."katanya dlm satu panggilan wajibnya malam itu.

"Nape plak bang..ada ke silap doa?"

"Betul..abg doa biar abg tanggung segala sakit syg waktu mengandung ni..betul la dpt kt abg.."

Hehe..aku tergelak..aku tau niatnya, dia betul2 tidak mahu menyusahkan aku yang mengandung keseorangan di Sarawak sedangkan dia di Pahang.
Betul..kadang tu rasa pelik, tapi realitinya, waktu aku mengandung anak sulung, aku tak ada sebarang masalah malah tidak merasa alah sekalipun. Berbanding abg yg demam, selsema dan meloya..mujurlah keadaan alahan abg tak lama..alhamdulillah..
Kami betul2 seronok waktu membeli persiapan bayi sulung yang bakal lahir. Tiga pasaraya besar di kuching semua kami jelajahi.. abg yg sungguh2 bersemangat membeli beberapa pasang gaun utk anak perempuan yg dinanti.
28.04.2008..
8.30pg di sk rakyat..

Sakit itu datang sekejap2..sekeliling pinggang terasa begitu sakit..

"Pergilah hospital"..nasihat kak zi..

"Kejap lagi la kak, nak siapkan kerja ni sikit lagi.."

7.00mlm..

Aku sampai ke hospital umum Sarawak.

Ditempatkan di wad bersalin.

Alat mengesan denyutan bayi dipasang. Namun tidak berjumpa dengan denyutan bayi..aku panic!

Beberapa org staff nurse mencuba, masih sama.

Beberapa doctor mengelilingiku..kandungan di scan..

Confirm! Denyutan jantung bayi sudah tiada.bayi telah meninggal dunia dalam kandungan.

Bertalu2 soalan dari doctor, namun aku tidak mampu menjawab..hanya airmataku terus menerus mengalir.

Apabila mak dan kak mila masuk ke dalam wad..aku meraung..mak hanya menyabarkan aku..

Panggilan telefon dibuat. Abg masih di masjid..menunaikan solat hajat bersama anak2 muridnya..
Sekali lagi panggilan dibuat, aku bercakap dengan abg, namun aku tak mampu bersuara..hanya tangisan aku saja yg kedengaran..
Aku ditempatkan ke wad menunggu bersalin setelah darahku diambil untuk diuji..aku perlu bersalin normal kerana sudah ada sakit2 untuk bersalin walaupun jalan masih belum terbuka..
Bersolat isyak, aku rasakan solat itu adalah solat aku yang paling khusyuk..hanya padaMu aku berserah, aku tau ini ujian dariMu..kuatkan imanku dalam menghadapinya, tenangkan hatiku..aku tahu Engkau yg Maha Mengetahui, Engkau mengetahui yg terbaik buat hambaMu yang dhaif ini..panjang doaku dalam solat itu..mak, kak mila dan kak la hanya tersedu2 menunggu aku selesai bersolat.
Malam itu aku bermalam di wad. Dikiriku seorang doctor dari sabah yang menunggu untuk dibedah esok hari dan di kananku seorang guru yang menunggu saat bersalin. Dan aku ditengah2 menunggu untuk melahirkan arwah anakku..hanya zikir penemanku..tidak mampu untuk tidur dengan kesakitan yang dating sekejap2..abg masih di Pahang, akan dating esok hari kerana jarak perjalanan dari kuala lipis ke lcct memakan masa hampir 5 jam, jadi yang terbaik, abg dating esok pagi sahaja.

29.04.2008
Esoknya, selasa..jalan sudah terbuka 2cm..kesakitan semakin kerap. Aku perlu tabah..tiada lagi airmataku..
Jam 9.00pg, ramai sahabat2ku dari sekolah menziarahiku..mereka mengalirkan airmata..memaksa airmataku jua mengalir..kak zi mencium dahiku sambil mengucapkan kata2 semangat..cikgu hasan, ust anuar, kak jannah, semua dating..aktiviti sekolah juga agak terganggu kerana sebahagian besar guru2 keluar membantu menguruskanku, ada yg sudah menghubungi masjid negeri untuk menanyakan urusan pengebumian dan lain2.maklumlah, aku perantau, tiada saudara mara dibumi kenyalang itu, dan ujian ini sebenarnya menunjukkan betapa tulusnya sahabat2 guru2 sk rakyat dalam berukhuwwah..syukran ya Allah..Kau hadirkan mereka membantuku..terima kasih yang tak terhingga buat semua yg mmbantu sehingga jenazah anakku selamat dikebumikan, terutama kak liza n suami, abg masdi, cikgu hassan, ust anuar, kak zi, kak lehot, kak janah, dan semua guru2 sk rakyat..juga sahabat serumah yg sangat2 baikhati..kak la dan kak mila..hanya Allah yg dpt membalas jasa kalian..
Jam 10pg, jalan sudah terbuka 9cm..labor room masih penuh, aku menjerit memanggil nurse kerana terasa nk meneran..
Dilabor room, aku dikelilingi 3 org nurse dan seorang doctor lelaki, mereka memberi semangat padaku. Aku masih ingat pada seorang nurse berbangsa iban yang sangat baik, dari malam tadi dia sudi dating menemaniku berbual2 kerana dia tahu status bayi dalam knadunganku. Dia juga menemaniku di labor room..

Aku yg pertama kali bersalin ini tidak mempunyai pengalaman.. sampaikan doctor tersebut sanggup menjadikan badannya tapak untuk aku menahan kakiku..sungguh, aku tak berdaya, namun aku perlu tabah untuk mengeluarkan anakku ini..
Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya.. tubuh kecil itu berjaya dikeluarkan, nurse memberi peluang untukku melihat anakku sekilas dan bertanya jantinanya. Tiada tangisan, hanya wajahnya yang cerah bertambah biru akibat sudah pucat. Comel!
Tidak lama kemudian, petugas dibilik mayat membawa jenazah anakku pergi. Mak pergi mengiringinya untuk membawa anakku ke masjid negeri untuk diuruskan jenazahnya.
Aku dibawa ke wad selepas bersalin. Ramai sahabatku dating melawat setelah mendengar berita. Aku sedikit terhibur dengan kedatangan sahabat2 yang tidak putus memberi kata2 semangat..
Abg sudah menjejakkan kakinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Ust Anuar mengambil abg dan terus dibawa ke masjid negeri untuk menguruskan jenazah.
Selepas asar. Arwah Zulfa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang. Kuching, Sarawak.
Abg sampai ke wad. Aku tidak mampu menahan tangisanku apabila kulihat wajah sugul abg.
“abg..anak kita..”hanya itu yg mampu kuluahkan. Abg memelukku erat. Semua sahabat2ku menangis..

Abg membisikkan kata2 bahawa anak kita itu milikNya, hanya diberi pinjam kepada kita. Bersabarlah..sabar..
Dan seketika aku sudah tenang. Abg meminta izin untuk berlalu sebentar. Aku tahu, abg keluar untuk meredakan kesedihannya, untuk mencari kekuatan.. kerana aku tidak melihat airmatanya menitis di hadapanku walau setitik.
Petang itu, abg memi nta untuk membawaku keluar dari wad. Setelah beberapa kali doctor dipujuk, akhirnya abg berjaya membawa aku keluar dari wad. Kata abg, dia tak sanggup meninggalkan aku keseorangan di wad malam itu.
30.04.2008

Bermulalah hidupku berpantang tanpa anak. Sahabat2 masih tidak putus2 mengunjungiku..inilah ukhuwwah di perantauan..sepanjang seminggu itu, abg banyak menghiburkan aku..dengan kata2 nasihat dan tazkirah. tak lupa kadangkala diselik dengan unsur jenaka..aku selalu tergelak apabila abg berbual dengan nenek tempolary-  gelaran nenek yg mengurutku. macam ayam dan itik bercakap. abg tak faham bahasa sarawak, nenek plak tak faham bahasa abg,akulah jadi org tghnya..
03.05.2008

Aku kembali ke bumi pahang utk menyambung cuti bersalin dan berpantang..minggu pertama dan kedua, mimpiku kerapkali diganggu dengan kenangan ke pasaraya membeli barangan bayi..aku juga sangat tersentuh apabila mendengar bayi jiranku yang menangis.namun kutabahkan hati, kusabarkan jiwa..kerana semuanya dari yg Esa..dan aku yakin, semua yg aku lalui ini tidak dijadikan sia2..ada hikmahNya..ada rahmatNya..tarbiyah secara langsung dariNya..
Kata2 yg menjadi pegangan kami setelah diuji, kita jangan berputus asa dengan rahmat Allah.. maknanya kami ingin mencuba sekali lagi untuk mendapatkan zuriat. Kerana sebelumnya arwh abg berura2 supaya aku mengandung apabila aku dapat tukar ke semenanjung shj.
Dan Alhamdulillah, dengan berkat rezeki Allah taala, aku disahkan mengandung 5 bulan selepas itu..Alhamdulillah, namun persiapannya tidak semeriah yang pertama kerana kami belajar dari pengalaman..
Dan akhirnya, kini, arwh abg dpt bersama ank perempuan kesayangannya disana. Dan aku meneruskan hidup bersama anak lelaki kesayanganku..bukankah Allah Maha Adil?. Kami tetap bercinta dan masih sekeluarga walau berpisah dua alam yang berbeza.Semoga kami semua dapat bertemu dan bersatu semula di jannahNya..

Friday, July 16, 2010

aku dan bumi itu..

bumi itu menyimpan seribu satu kenangan..

hidup seorang aku yang penuh memori..

sarawak, bilakah lagi aku akan menjejakkan kakiku di situ?

-2007-
"tok jak?" soal pembantu kedai 7E Satok malam itu.

"aa..err..??" aku lihat abg terpinga2.

"tok jak ka?"soalnya lagi.

aku mampir. "auk, tok jak, sori, nya bukan org sitok, nya sik faham kitak klata."terangku.

pembantu kedai itu tersenyum.

kenangan yang membuat aku tersenyum bila mengingatinya. malam itu, kami berdua terpaksa keluar ke kedai untuk mencari sedikit barang keperluan. mujurlah hotel penginapan kami agak dekat dengan pekan Satok. abg yang pertama kali mendengar dialek sarawak semestinya tidak memahami apa yang diperkatakan.

"abg ingt dia ajak ape td..tok2 la..ajak datuk mana la plak.."

aku hanya tergelak. gelakkan abg yg terpinga2..hasilnya, satu cubitan singgah di pipiku..suka sgt mengusik dia.

"amboi..gelak kt org.." kata2 nya yang diselangi dengan senyuman..

andainya aku menggelakkan sesiapa saja termasuk dirinya, ayat itulah yg keluar dari mulutnya.. kalau dia dah kata macam tu, maknanya aku perlu menghentikan kata2 komen seterusnya..hehe..suka komen apa yg dilihat..jadi, tarbiyah dari dia, mesti teguran itu...sampai sekarang aku ingat, dan sekarang ni jarang dah nk komen,pandang dan fikir sorang2 je..kalau nk gelak sgt pun, hanya senyuman tercipta dibibirku.

balik semula ke sarawak..bandaraya kuching..hampir 5 tahun aku mendiaminya..tanahnya selalu basah dengan airmataku..airmata rindu..

dan tanahnya juga tempat kembalinya puteriku..arwah zulfa hanani..anak sulungku, anak yg hanya sempat menumpang di rahimku selama 38 minggu. tanpa sempat menjenguk alam shahadah, alam dunia ini, dia telah kembali ke rahmatullah..

aku hanya memandangnya sekilas apabila dia selamat keluar secara normal..kelahiran anak sulung yang dinanti.. tapi Allah Maha Mengetahui, Allah Maha berkuasa, Allah Mengetahui apa yg berlaku esok hari, Allah mengetahui apa yg ada dalam rahim ibu..sedangkan kita hambaNya..tidak ada apa2..ALLAH MENGETAHUI APA YG TERBAIK BUAT HAMBANYA..

Rupanya lebih mirip arwah abahnya. berkulit cerah macam Muhammad Fathi. hidungnya mancung, ikut arwah abahnya.comel..tapi aku tak sempat mendakapnya..kelahirannya tanpa tangisan..mukanya sudah pucat membiru..lehernya terdapat kesan tali pusat yang melilit kemas..

andainya seorang ibu kematian 3 org anaknya yang masih kecil, Allah ganti kesedihannya dengan syurga. tapi aku kematian seorang anak itu saja..lalu, apakah jaminan aku layak untuk syurgaMu ya Allah..mengharapkan ibadat..aku bukanlah AbidMu yang terulung..sedang dosa aku bagai bertimbun..aku hanya mengharap pada rahmatMu ya Allah, pada redhaMu dan pada ampunanMu..ampunkan aku ya Allah..

dan catatan terakhirku dalam entri ini..aku rindu kak la, kak mila, kak wani dan kak su..semua kakak2ku (yg pernah serumah denganku) yang masih berbakti dibumi kenyalang..rindu kenangan kita bersama..semoga Allah memanjangkan ukhuwwah kita..insyaAllah..

ummu fathi,
skju,
1.45pm.

Thursday, July 15, 2010

alasanmu..

assalamualaikum..

"sape dlm kelas ni yg solat penuh 5 waktu sehari semalam?"soalku.

lima, enam org murid mengangkat tangan.murid2 yg cemerlang dan antara top 5. patutlah top 5, jaga solat walaupun baru di tahun 2.

"sape yg solat tak cukup 5 waktu, 4 waktu ke, 3 ke?"soalku lagi.

majoriti mengangkat tangan.

"sape yg tak pernah solat kat umah?"

belasan murid mengangkat tangan.

"awak kena belajar solat kat umah dari sekarang, kat sekolah kita dah belajar kan, kena buat kat umah kalau dah tau.time mak ayah awk solat, awk ikut yer.."ulasku.

"ustzh, ayah saya tak sembahyang, dia kata dia sibuk kerja, tak sempat nak sembahyang.mak pulak buntut dia berdarah.."

belum sempat aku menjawab, kedengaran suara seorang murid perempuan mencelah,

"oo..mak awak sembelit yer.."
"eh, awak, mak aidil sembelit la.." beritahu si comel hanim pada kawan sebelahnya pula..

darah aku yang mendidih saat mendengar alasan ayah si aidil tentang solat itu bertukar rentak sedikit dengan komen jujur dari hanim. budak2 terlalu lurus dan jujur. kesian..

betapa mudahnya alasan, tidak sempat solat kerana sibuk bekerja..angkuhnya manusia itu. tanpa menyedari siapakah yang memberi rezeki padanya. siapakah yang memberi sihat padanya..siapakah yang memberi hidup padanya..

sabda Rasulullah, "suruhlah kanak-kanak mengerjakan solat apabila berumur tujuh tahun dan apabila sampai 10 tahun maka pukullah (sekiranya tidk solat)".

anak-anak ibarat kain putih, maka ibu bapalah yang mencoraknya..tetapi jika ibu bapanya sendiri sebegitu, maka  corak bagaimana yang bakal dilakarkan pada jiwa kanak2 ini..

Betapa entengnya pandangannya pada solat. sedangkan solat adalah perkara pertama yang akan disoal di akhirat kelak. jika solatnya sempurna, maka mudahlah jalan yang seterusnya..

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman : “Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya”? Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain”. (Riwayat At-Tarmizi)

Sesunguhnya solat membezakan muslim dan kafir. Ingatlah, kita tidak selamanya berada di dunia ini. kita akan berhadapan dengan Allah Rabbul Jalil. Saat itu, apakah lagi yang dapat menolong kita berdepan dengan penghisaban Allah..Saat mulut sudah dikunci, hanya anggota badan yang bersuara..apakah kita yakin kita terlepas dan berjaya dalam penghisaban itu?dunia ini pelbagai alasan kita berikan, tapi bolehkah kita beralasan di sana nanti..

Tuhanku, aku tidak layak untuk syurgaMu..
Namun tak upaya menghadapi siksa nerakaMu,
oleh itu, kurniakanlah ampunan kepadaku, ampunkanlah dosaku,
sesungguhnya Engkau Pengampun dosa2 besar...


ummu fathi,
skju,
9.20am..

Wednesday, July 14, 2010

dalam tangis ada senyuman..

assalamualaikum..

alhamdulillah..wa syukru lillah..

ada hiris2 duka menghiasi dadaku sehari dua ini..kenapa? ada sebabnya..



saat panggilan dan ajakan bercuti bertalu2 datang dari saudara2ku..aku hanya terdiam,mereka merangka percutian yang indah, manis untuk dikenang..tempat2 bersejarah, pantai2 indah,pulau lagenda,aku terkesima..


hatiku tiada untuk kesana..tidak berupaya untuk bergembira disana..sungguh!saat mereka merangka,kesayuan menusuk jiwa..kerana dulu, kami jua begitu, merangka,  merancang dan berangan..untuk bercuti dan berjalan..angan2 itu sgt indah..tapi, kini..aku tidak mampu untuk pergi bercuti kerana sebelah hati dan kakiku telah tiada...


dalam situasi lain, sudah kedengaran kata2 nista yang mengdownkan aku..aku sedar siapa aku..bukan kupinta aku hidup dengan status ini..aku tidak pernah mengganggu mereka..bercakap jua jarang sekali..kenapa?hinakah sgtkah golongan2 seperti aku ini..sedih..


saat aku bersendirian di bilikku..airmataku memberati pelupuk mataku..aku tidak mahu menangis..aku mesti kuat..namun, aku seperti dulu jua..tangisan masih akrab dengan diriku..aku menutup kedua tanganku ke muka, aku mahu menyembunyikan kesediahan ini..aku mahu mengusirnya jauh2..


tiba2, satu tangan kecil menarik tanganku yang menutup muka..sebelah tangan dan kemudian sebelah lagi..aku masih memjamkan mata..aku tidak mahu membiarkan anak kecilku itu melihat airmataku...

tiba2..kurasa satu jari kecil masuk ke lubang hidungku.aku membuka mata..

MUHAMMAD!!!..MUHAMMAD KOREK HIDUNG UMI?...

sengihannya membuatku sedihku hilang, bertukar gelak..hai..muhammad..umi tengah nak nangis, boleh muhammad korek hidung umi..jom basuh tangan...

hahaha...anak terunaku itu pandai sungguh mengubat luka dihati umi..umi maafkan semua org, tak kira org nak ckp apa..umi maafkan demi anak umi ini..umi sayang muhammad..kerana Allah..


ummu fathi,
fju
5pm.

Monday, July 12, 2010

rumah idamanku..

alhamdulillah, syukur padaMu ya Ilahi..masih berkesempatan utk meniti hari2 indah..segala puji dan syukur buatmu atas segala nikmat ini..

salam ukhuwwah..

2008..

"abang, umur kita 30thn nnti kita cari umah nak.." cadangku.
"emm..abg pn fikir camtu..tapi nnti la dulu kt settle2 urusan syg pindah sisni dl.."katanya.

2009..

"bestnya kalau kita ada umah sendiri kan syg..dok sama2..cuti2 baru balik umah mak..kalau cuti panjang kita buat kebun.." abg berangan..
"em..syg nk tanam orkid byk2 .."tambahku, juga berangan..

seminggu sebelum pemergiannya.
"syg, kita wat rumah bajet RM50k saja la nak.." katanya.
"aik, bajet dh turun ke bang, dulu kata nak RM200k?" soalku..
"emm..tapi kita takleh nk panjang angan2..nnti kita cinta dunia lebih.."katanya pula..

2010..

alhamdulillah..akhirnya aku berjaya, dengan izinNya dan rezekiNya..
walaupun dia sudah tiada, impian kami untuk memiliki rumah sendiri kuteruskan jua..meski agak hambar, tapi kuniatkan rumah ini buat anakku, anak yatim itu..walaupun rumah itu hampir siap, tapi keterujaanku untuk memdiaminya tiada...sebab org yg sama2 berkongsi minat dan impian itu telah tiada..tapi..takpelah..hidup mesti diteruskan..

aku nak hias camne rumah ni ek..dah beberapa kali beli anjung seri, ada la gak ideanya..jom kita tgk hiasan rumah ni ..ok tak?..


kabinet camni sesuai, sbb dapur tu sempit skit..

bilik tidur lak..camni ok gak..


hijau lembut..cun gak..hehe..berangan..

living room..



suka warna camni, putih dan krim..atau..



nampak ok gak..

apa2 pun..tunggu la dl..kena tgk bajet dl..hiburkan hati..tapi jgn panjnag angan2..ingat tu aisyah..:)

alhamdulillah 'ala kulli hal..
ummu fathi
skju

Saturday, July 10, 2010

rindu..

saat itu..
bahagia..
saat itu..
ceria..
saat itu..
kita ketawa..

sungguh,
aku rindu pada seraut wajahmu..
aku rindu pada lembut tutur katamu..
aku rindu pada tegas teguranmu..


aku rindu..
pada ibu yang penyayang itu..
pada ayah yang riang itu..
pada gelak tawa silam..
pada meriahnya alam..

tapi aku menyedari..
segalanya tiada lagi..
segalanya telah berlalu pergi..
pergi..
jauh..
dan terus menjauh..

tinggallah aku kini..
bersama ribuan memori..
pahit manis yang telah kita lalui bersama..

p/s: abang..sayang rindu sgt kt abg...

Tuesday, July 6, 2010

diriku kala ini..

Menulis adalah terapi buatku.

Sekarang adalah momen-momen aku dikejar deadline dan timbunan-timbunan kertas. Hampir tenggelam oleh kertas2. tenggelam fizikal dan emosi. Makin memberat kepala. Tapi..

Ingat tak aisyah, awak telah diberi nikmat waktu lapang yang panjang oleh Allah taala sepanjang cuti yang baru berlalu ini. Jadi, adillah andai kini awak ditimbuni kerja. Alhamdulillah..sekadar waktu berlalu. Ianya pasti akan selesai jua. Buat dengan sabar. Kerana Allah..

Alhamdulillah, masih ada kesempatan buatku mencoret didinding blogku ini. Betul! Menulis adalah terapiku. Walau sibuk camana sekalipun, andai lama tak menulis, gatal rasanya tangan ini untuk menaip sesuatu. Ada beberapa tulisan yg berhenti di tengah jalan, akibat kekontangan idea. insyaAllah akan disiap dan dipublishkan secepat mungkin.

Kini, keseorangan di meja kerja. Sesekali, bukan, malah berkali2, ingatan melayang pada kenangan lama. Entahlah sampai bila aku akan merindui orang yg telah tiada itu. Mungkin sampai bila2, andai diizinkanNya nafas masih ada.

Pun begitu, emosi ini kadangkala agak bergelora. Entah kenapa, sekali tersentuh saje, amarahku menyinga..astaghfirullah..dhaifnya diri ini..mungkin akibat tekanan kerja. Bukan. Akibat diri sendiri yang tidak pandai mengawal emosi. Nasib baik akibatnya tidak berpanjangan..ya Allah tolonglah aku dalam aku menjaga lidahku..

Lelah dengan dunia. Lelah dengan hambatan masa. Lelah dengan karenah manusia. Lelah dengan kelemahan diri. Lelah !

Ya Allah..beratilah imanku ketika ujian mendatang. Ikhlaskanlah hatiku dalam setiap amalan. Kuatkanlah semangat hidupku dan semangat juangku. Ampuni aku..Ya Rabbi, hanya padaMu kami berserah dan hanya padaMu kami bertawakkal..amin ya rabbal’alamin.

Thursday, July 1, 2010

syahidnya seorang pejuang..

“Alhamdulillah..syukur padaMu ya Allah..” Ummu Fateh bersegera melakukan sujud syukur. Dahinya mencecah bumi. Hatinya pasrah, redha dan tenang saat bibir dan hatinya bersatu mengucap tahmid yang tidak henti-henti. Dua orang pegawai tentera yang bertugas menyampaikan berita tersebut terdiam, terpinga dan semestinya hairan. Masakan tidak, pelik dengan reaksi gembira ummu fateh ketika menerima berita sedih itu.

*************************************************************************

“umi, redhakah umi kalau fateh pergi ke sana?” wajah bersih anaknya dipandang sayu. Ummu fateh mencari kesungguhan dari riak wajah anaknya itu. Permintaan yang bukan main-main. Bukan mudah untuknya melepaskan anak tunggal kesayangannya itu pergi. Namun dia faham gelodak hati anaknya itu. Faham benar isi hati anaknya itu.

“fateh, umi tak halang, tapi izinkan umi mencari keikhlasan dulu”
“mencari keikhlasan?”
“ya..supaya umi benar-benar ikhlas melepaskan anak tunggal umi ini dan apabila ikhlas, umi akan redha seredha-redhanya apabila berlaku apa-apa pada anak umi.”
“umi carilah keikhlasan itu, apabila sudah bertemu, umi beritahu fateh segera, supaya senang fateh bersiap sedia”.

Selepas sebulan, ummu fateh bertemu dengan apa yang dicarinya. Ikhlas dan redha.. semuanya keranaMu ya Allah..aku izinkan dia pergi keranaMu..semoga dia tidak kembali lagi..

Selama sebulan itu, ummu fateh sibuk. Siangnya sibuk mengulang, membaca dan menghadam semula buku-buku berkaitan sejarah tempat itu. Tempat itu tidak asing baginya. Berbelas tahun dia mengajar subjek itu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Palestin amat dekat dihatinya. Sentiasa meniti dibibirnya.

Shabra shatila;masyarakat dunia pejam mata,
Penindasan di gaza; masyarakat dunia pekak telinga,
Pembunuhan Syeikh Ahmad Yasin;masyarakat masih berdiam
Pelarian Palestin;bisu.
Penderitaan Palestin; masyarakat dunia tak tau!
Marvi marmara ; baru sedikit tersentak,

Siangnya juga sibuk mencari dan meneliti penderitaan-penderitaan saudara-saudaranya itu. Juga tidak lupa memberi sepenuh perhatian dan memenuhi segala permintaan anaknya. Malamnya pula diisi dengan dialog dan monolog dengan tuhannya. Mencari jawapan pada soalan dan akhirnya dia mendapat jawapan.

Puas hati.

***********************************************************************

Senyumannya indah. Manis sekali. Tersenyum lantas menyalami dan mencium tanganku. Wangi! Dan dia berpaling untuk pergi..beberapa langkah, dia berpaling sekali lagi. Tersenyum dan terus pergi..

Tersedar!

Subhanallah!…mimpi rupanya..

Airmata ummu fateh mengalir gembira. Gembira dapat bertemu anaknya walaupun sekadar di dalam mimpi. Masih terasa hangatnya tangan anaknya. Ummu fateh mengucup tangannya sendiri. Betul! Wanginya masih terlekat.

Ya Allah, aku hambaMu yang lemah. Ampunilah aku andai terselit rasa sedih. Aku meredhai dia, aku halalkan setiap titik air susuku yang mengalir di dalam badannya. Semoga kami dapat bertemu di Jannah firdausMu Ya Allah..

***********************************************************************

Fateh anak umi. Seorang anak muda yang sangat taat pada ibunya , Allah serta rasulNya. Mempunyai misi dan visi yang jelas dalam hidupnya. Fateh anak bijak. Seawal usia 10 tahun, anak itu telah berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Minatnya pada ilmu sangat tinggi. Masakan tidak, sanggup berulang alik ke kelantan mendalami ilmu agama disamping ilmu sains dan teknologi yang dipelajari di sekolahnya.. Intergrasi ilmu Sains dan Agamanya telah menjadikan dia seorang yang advance melebihi usianya.

Kepimpinannya terserlah sejak dibangku sekolah rendah lagi. Dengan izinNya,tarbiyyah yang didapati oleh Muhammad Fateh telah memaksimakan potensi dirinya. Dalam petaksiran yang dijalankan, kredit diberikan lebih kepada Muhammad fateh sehingga mudir serta mualliminnya tidak ragu-ragu melantiknya menjadi ketua murid walaupun usianya baru mencecah 11 tahun.

Minatnya pada perjuangan Palestin telah lama, sejak dia pandai membaca, aku telah dedahkan dia dengan perjuangan rakyat Palestin. Tujuannya supaya dia tahu, dalam kesenangan dan kenikmatan aman damai dalam negaranya yang tercinta, ada saudara-saudaranya yang amat dekat dihatinya sedang menderita. Dan jalan derita itu boleh membawa ke syurga. Minatnya dan cita-citanya untuk syahid di Palestin berpunca dari aku. Api revolusi itu aku yang nyalakan. Aku yang memulakan. Aku pasrah. Aku redha dan aku bangga. Anakku pilihan Allah untuk syahid disana.

************************************************************************

Paparan akhbar di skrin ipodku masih diulang baca beberapa kali. Gambaran wajah yang sangat dikenali itu seolah-olah tersenyum.

“Gaza: 15 Oktober 2021. Seorang lagi sukarelawan antarabangsa ditembak mati oleh tentera rejim Israel awal pagi tadi. Lelaki muda yang berusia lingkungan 20an itu berasal dari Asia Tenggara. Sukarelawan muda itu dikatakan dalam perjalanan pulang dari masjid untuk ke markaz sukarelawan setelah selesai menunaikan solat Subuh…

Alhamdulillah..hanya tahmid berlagu dibirnya.

Keratan terakhir itu terus dibaca..

“beberapa das tembakan mengenai tepat dikepala dan dada sukarelawan itu. Darah yang membuak-buak keluar tidak henti-henti. As-Syahid ini adalah ketua sukarelawan dari Asia dan antara ketua unit-unit sukarelawan yang termuda…”

Aku hanya tersenyum dan tersenyum. Bahagia.

Biarpun Palestin masih belum bebas, Al-Aqsa masih ditawan, masih belum menang, tapi Muhammad Fateh telah bebas dan telah menang. Darah Fateh telah mengalir di bumi berkat itu. Semoga darahnya menjadi inspirasi semangat jihad syabab-syabab muslim di seluruh dunia.

“hayya biljihad! Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar!”

Dunia ini hanya persinggahan. Muhammad Fateh telah sampai ke destinasinya. Abu Fateh juga telah lama bersenang-senang di destinasi itu jua. Begitu jua dengan kakak Fateh, arwah Zulfa Hanani. Hanya umi saja yang masih disini. Masih dalam perjalanan ini.

“Fateh, tunggu umi di syurga ye..” monolog hatiku.