Tuesday, July 20, 2010

Allah menyayanginya..kenangan arwah Zulfa Hanani

Salam ukhuwwah.

Anak sulung..disahkan positif hamil ketika usia perkahwinan baru mencecah 3 bulan. Sungguh teruja..terutama pada arwah abg..sebab dia memang sukakan kanak-kanak..
"Abg nak ank perempuan"..katanya..

"Syg nk anak lelaki"..kataku pula..
"Abg rasa abg silap doa la syg.."katanya dlm satu panggilan wajibnya malam itu.

"Nape plak bang..ada ke silap doa?"

"Betul..abg doa biar abg tanggung segala sakit syg waktu mengandung ni..betul la dpt kt abg.."

Hehe..aku tergelak..aku tau niatnya, dia betul2 tidak mahu menyusahkan aku yang mengandung keseorangan di Sarawak sedangkan dia di Pahang.
Betul..kadang tu rasa pelik, tapi realitinya, waktu aku mengandung anak sulung, aku tak ada sebarang masalah malah tidak merasa alah sekalipun. Berbanding abg yg demam, selsema dan meloya..mujurlah keadaan alahan abg tak lama..alhamdulillah..
Kami betul2 seronok waktu membeli persiapan bayi sulung yang bakal lahir. Tiga pasaraya besar di kuching semua kami jelajahi.. abg yg sungguh2 bersemangat membeli beberapa pasang gaun utk anak perempuan yg dinanti.
28.04.2008..
8.30pg di sk rakyat..

Sakit itu datang sekejap2..sekeliling pinggang terasa begitu sakit..

"Pergilah hospital"..nasihat kak zi..

"Kejap lagi la kak, nak siapkan kerja ni sikit lagi.."

7.00mlm..

Aku sampai ke hospital umum Sarawak.

Ditempatkan di wad bersalin.

Alat mengesan denyutan bayi dipasang. Namun tidak berjumpa dengan denyutan bayi..aku panic!

Beberapa org staff nurse mencuba, masih sama.

Beberapa doctor mengelilingiku..kandungan di scan..

Confirm! Denyutan jantung bayi sudah tiada.bayi telah meninggal dunia dalam kandungan.

Bertalu2 soalan dari doctor, namun aku tidak mampu menjawab..hanya airmataku terus menerus mengalir.

Apabila mak dan kak mila masuk ke dalam wad..aku meraung..mak hanya menyabarkan aku..

Panggilan telefon dibuat. Abg masih di masjid..menunaikan solat hajat bersama anak2 muridnya..
Sekali lagi panggilan dibuat, aku bercakap dengan abg, namun aku tak mampu bersuara..hanya tangisan aku saja yg kedengaran..
Aku ditempatkan ke wad menunggu bersalin setelah darahku diambil untuk diuji..aku perlu bersalin normal kerana sudah ada sakit2 untuk bersalin walaupun jalan masih belum terbuka..
Bersolat isyak, aku rasakan solat itu adalah solat aku yang paling khusyuk..hanya padaMu aku berserah, aku tau ini ujian dariMu..kuatkan imanku dalam menghadapinya, tenangkan hatiku..aku tahu Engkau yg Maha Mengetahui, Engkau mengetahui yg terbaik buat hambaMu yang dhaif ini..panjang doaku dalam solat itu..mak, kak mila dan kak la hanya tersedu2 menunggu aku selesai bersolat.
Malam itu aku bermalam di wad. Dikiriku seorang doctor dari sabah yang menunggu untuk dibedah esok hari dan di kananku seorang guru yang menunggu saat bersalin. Dan aku ditengah2 menunggu untuk melahirkan arwah anakku..hanya zikir penemanku..tidak mampu untuk tidur dengan kesakitan yang dating sekejap2..abg masih di Pahang, akan dating esok hari kerana jarak perjalanan dari kuala lipis ke lcct memakan masa hampir 5 jam, jadi yang terbaik, abg dating esok pagi sahaja.

29.04.2008
Esoknya, selasa..jalan sudah terbuka 2cm..kesakitan semakin kerap. Aku perlu tabah..tiada lagi airmataku..
Jam 9.00pg, ramai sahabat2ku dari sekolah menziarahiku..mereka mengalirkan airmata..memaksa airmataku jua mengalir..kak zi mencium dahiku sambil mengucapkan kata2 semangat..cikgu hasan, ust anuar, kak jannah, semua dating..aktiviti sekolah juga agak terganggu kerana sebahagian besar guru2 keluar membantu menguruskanku, ada yg sudah menghubungi masjid negeri untuk menanyakan urusan pengebumian dan lain2.maklumlah, aku perantau, tiada saudara mara dibumi kenyalang itu, dan ujian ini sebenarnya menunjukkan betapa tulusnya sahabat2 guru2 sk rakyat dalam berukhuwwah..syukran ya Allah..Kau hadirkan mereka membantuku..terima kasih yang tak terhingga buat semua yg mmbantu sehingga jenazah anakku selamat dikebumikan, terutama kak liza n suami, abg masdi, cikgu hassan, ust anuar, kak zi, kak lehot, kak janah, dan semua guru2 sk rakyat..juga sahabat serumah yg sangat2 baikhati..kak la dan kak mila..hanya Allah yg dpt membalas jasa kalian..
Jam 10pg, jalan sudah terbuka 9cm..labor room masih penuh, aku menjerit memanggil nurse kerana terasa nk meneran..
Dilabor room, aku dikelilingi 3 org nurse dan seorang doctor lelaki, mereka memberi semangat padaku. Aku masih ingat pada seorang nurse berbangsa iban yang sangat baik, dari malam tadi dia sudi dating menemaniku berbual2 kerana dia tahu status bayi dalam knadunganku. Dia juga menemaniku di labor room..

Aku yg pertama kali bersalin ini tidak mempunyai pengalaman.. sampaikan doctor tersebut sanggup menjadikan badannya tapak untuk aku menahan kakiku..sungguh, aku tak berdaya, namun aku perlu tabah untuk mengeluarkan anakku ini..
Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya.. tubuh kecil itu berjaya dikeluarkan, nurse memberi peluang untukku melihat anakku sekilas dan bertanya jantinanya. Tiada tangisan, hanya wajahnya yang cerah bertambah biru akibat sudah pucat. Comel!
Tidak lama kemudian, petugas dibilik mayat membawa jenazah anakku pergi. Mak pergi mengiringinya untuk membawa anakku ke masjid negeri untuk diuruskan jenazahnya.
Aku dibawa ke wad selepas bersalin. Ramai sahabatku dating melawat setelah mendengar berita. Aku sedikit terhibur dengan kedatangan sahabat2 yang tidak putus memberi kata2 semangat..
Abg sudah menjejakkan kakinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Ust Anuar mengambil abg dan terus dibawa ke masjid negeri untuk menguruskan jenazah.
Selepas asar. Arwah Zulfa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang. Kuching, Sarawak.
Abg sampai ke wad. Aku tidak mampu menahan tangisanku apabila kulihat wajah sugul abg.
“abg..anak kita..”hanya itu yg mampu kuluahkan. Abg memelukku erat. Semua sahabat2ku menangis..

Abg membisikkan kata2 bahawa anak kita itu milikNya, hanya diberi pinjam kepada kita. Bersabarlah..sabar..
Dan seketika aku sudah tenang. Abg meminta izin untuk berlalu sebentar. Aku tahu, abg keluar untuk meredakan kesedihannya, untuk mencari kekuatan.. kerana aku tidak melihat airmatanya menitis di hadapanku walau setitik.
Petang itu, abg memi nta untuk membawaku keluar dari wad. Setelah beberapa kali doctor dipujuk, akhirnya abg berjaya membawa aku keluar dari wad. Kata abg, dia tak sanggup meninggalkan aku keseorangan di wad malam itu.
30.04.2008

Bermulalah hidupku berpantang tanpa anak. Sahabat2 masih tidak putus2 mengunjungiku..inilah ukhuwwah di perantauan..sepanjang seminggu itu, abg banyak menghiburkan aku..dengan kata2 nasihat dan tazkirah. tak lupa kadangkala diselik dengan unsur jenaka..aku selalu tergelak apabila abg berbual dengan nenek tempolary-  gelaran nenek yg mengurutku. macam ayam dan itik bercakap. abg tak faham bahasa sarawak, nenek plak tak faham bahasa abg,akulah jadi org tghnya..
03.05.2008

Aku kembali ke bumi pahang utk menyambung cuti bersalin dan berpantang..minggu pertama dan kedua, mimpiku kerapkali diganggu dengan kenangan ke pasaraya membeli barangan bayi..aku juga sangat tersentuh apabila mendengar bayi jiranku yang menangis.namun kutabahkan hati, kusabarkan jiwa..kerana semuanya dari yg Esa..dan aku yakin, semua yg aku lalui ini tidak dijadikan sia2..ada hikmahNya..ada rahmatNya..tarbiyah secara langsung dariNya..
Kata2 yg menjadi pegangan kami setelah diuji, kita jangan berputus asa dengan rahmat Allah.. maknanya kami ingin mencuba sekali lagi untuk mendapatkan zuriat. Kerana sebelumnya arwh abg berura2 supaya aku mengandung apabila aku dapat tukar ke semenanjung shj.
Dan Alhamdulillah, dengan berkat rezeki Allah taala, aku disahkan mengandung 5 bulan selepas itu..Alhamdulillah, namun persiapannya tidak semeriah yang pertama kerana kami belajar dari pengalaman..
Dan akhirnya, kini, arwh abg dpt bersama ank perempuan kesayangannya disana. Dan aku meneruskan hidup bersama anak lelaki kesayanganku..bukankah Allah Maha Adil?. Kami tetap bercinta dan masih sekeluarga walau berpisah dua alam yang berbeza.Semoga kami semua dapat bertemu dan bersatu semula di jannahNya..

13 comments:

  1. Salam buat akak...

    subhanallah...Allah lebih mengetahui segalanya. hebatnya Cinta jika dipandu pada arah Yang Satu.

    semoga akak terus tabah menghadapinya.

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum warahmatullah kak.

    Semalam selepas publish, Syira dah baca blog akak dan pagi ni Syira baca sekali lagi.

    Dari Allah kita datang dan kepada Nya kita dikembalikan.

    Mudah-mudahan Allah memberatkan iman atas setiap ujian yang datang. Kita hanya hamba yang meminjam segalanya dari Yang Esa.

    ReplyDelete
  3. terharu dalam membaca kisah ini....semoga ujian ini makin menguatkan kte sbg hamba-Nya

    ReplyDelete
  4. salam perkenalan...

    setiap yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya..

    semoga ummu..terus tabah menjalani kehidupan..amin..

    Al Fatihah buat yang telah tiada...

    ReplyDelete
  5. salam,

    syukran buat sahabat2 semua,doakan sy terus tabah dan sabar mghadapi hidup ini, perjuangan hidup yg penuh liku..dan semoga kita sama2 mengambil iktibar bahawa kematian itu sentiasa mengintai kita..

    ReplyDelete
  6. menitis air mata saya baca entry akak ni... akak memang tabah... semoga akak sentiasa dilindungi Allah..

    ReplyDelete
  7. terima kasih aziey..study rajin2 yer..:)

    ReplyDelete
  8. speechless...sungguh hebat ujian Maha Esa..namun kental lagi iman kakak mengharunginya..Maha suci Allah..

    ReplyDelete
  9. Saya terpegun dengan ketabahan hati Ustazah...InsyaAllah pasti dipermudahkan segalanya atas segala kekuatan hati Ustazah menempuh ujian ini. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  10. tanpa disedari air mata sya terus mengalir..terkenang suami yang jauh..

    ReplyDelete
  11. salam ya ukhti..
    diiringi dgan nasyid ini dan cerita ukhti,tanpa dpinta air mata sy mngalir.. indah Nya cinta krana Allah.

    ReplyDelete
  12. MasyaAllah ummu fathi. Great Mata memandang lagi berat bahu yang memikul. Semua inSan dduga,saya diuji,ummu fathi lg besar ujiannya.....moga ummu tetap tabah....

    ReplyDelete
  13. Asaalamualaikum....takziah di atas pemergian..tapi kurang faham dengan kisah penceritaan puan...arwah abg?suami puan....suami puan pun meninggal juga ke....kerana apa?maaf sekadar bertanya...

    ReplyDelete